e-portfolio
NAMA : MUIZZUDDIN BIN JAMAIL
ANGKA GILIRAN : 2022152310009
NO KAD PENGENALAN: 040820-01-1183
KOD & NAMA KURSUS: BMMB1074 (SEJAR
AH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU)
NAMA PENSYARAH: DR. ABDUL KARIM BIN MANSOR
TARIKH HANTAR: 3 OKTOBER 2022
Tulisan Rumi?
SEJARAH
PERKEMBANGAN
TULISAN DALAM
BAHASA MELAYU
Ejaan Rumi ?
PENGENALAN
Kemunculan tulisan rumi telah berada sejak lama lagi dan digunapakai
sehingga hari ini. Tulisan dan bahasa saling berkait rapat yang melahirkan
fikiran seseorang melalui butiran yang ditulis dan difahami secara sendiri.
Maka, kedua-dua pelengkap ini merujuk kepada sebuah komunikasi yang
dikenali sebagai sistem ejaan. Sistem ejaan rumi telah menjadi persetujuan
dalam penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sejak 1967.Negara
Malaysia menugaskan panduan ejaan rumi di bawah pengurusan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP).
4.1 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
MENGIKUT KRONOLOGI
Kewujudan tulisan rumi di Alam Melayu sebenarnya sudah berlaku ketika
era pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Kemuncaknya berlaku
selepas kedatangan kuasa Portugis yang diketuai oleh Alfonso
d'Albuquerque yang berjaya menawan Kota Melaka. Kejayaan tersebut
menyebabkan ramai orang barat datang ke Melaka sama ada untuk
menjalankan aktiviti berdagang dan pada masa yang sama menawan
Melaka daripada pihak Portugis seperti kuasa Sepanyol. Pada asalnya,
orang pertama yang menggunakan tulisan rumi ialah David Barbosa pada
tahun 1516 di Melaka.
4.1.1 SEJARAH AWAL TULISAN RUMI
1 -Sistem ejaan ini diperkenalkan 2 SISTEM EJAAN -Dihasilkan oleh pelayar Belanda Cornelius de
oleh Pigafetta berdasarkan sistem RUMI HOUTMAN Houtman sebelum tiba ke ke Kepulauan
SISTEM ejaan dan dialek dari Itali Melayu tahun 1596.
EJAAN
RUMI/LATIN -Ejaan Rumi ini mengandungi -Beliau ditangkap oleh Sultan Bantam III
PIGAFETTA pelbagai abjad Rumi yang boleh kerana dikatakan membuat konflik terhadap
dipadankan dengan Rumi bahasa orang Belanda.
Melayu moden.
-Selepas beliau keluar A.W Hamilton
mengeluarkan kata-kata tersebut dan
dinamakan( The First Duth-Malay Vocabulary).
4
3
SISTEM EJAAN RUMI BOWREY
Thomas Bowrey telah memperkenalkan ejaan
rumi ini dan telah dijilidkan menerusi Kamus
pertamanya dalam bahasa Inggeris-bahasa
Melayu yang berjudul A Dictionary of English
and Malayo and English.
4
SISTEM EJAAN RUMI
THOMSEN
Ejaan ini mengambil nama sempena seorang Padri bernama C.H
Thomsen yang telah berjaya menerbitkan buku berjudul A
Vocabulary of English and Malayan Languages mengandungi lebih
kurang 200 patah perkataan yang dikeluarkan pada tahun 1820.
4.1.2 PERKEMBANGAN TULISAN RUMI
SEBELUM MERDEKA
Secara keseluruhannya, sistem ejaan rumi pada asalnya merupakan usaha beberapa
individu khasnya orang barat yang membawa masuk ideologi mereka ke Alam Melayu
ini. Tujuan mereka pastinya banyak dan antaranya ialah keagamaan, perdagangan, dan
perhubungan sosial. Selepas pemerintahan mereka berakhir, kuasa British telah
monopoli Tanah Melayu pada tahun 1826 sehingga 1957. Pemerintahan Belanda
berakhir pada tahun 1824 dan menyerahkan kuasa kepada pihak British. Pada ketika itu,
Belanda telah membuat perjanjian dengan pihak British dan dinamakan perjanjian
Inggeris-Belanda 1824 sekali gus British membuat dasar baharu dengan
menggabungkan 3 buah negeri di bawah naungan mereka iaitu Singapura, Melaka dan
Pulau Pinang. Bermula pada tahun 1826 sehingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat
Hindia- Timur British ( British East India Company) dan menjadi sebuah jajahan tanah
yang besar. Ideologi membawa tulisan rumi adalah satu perkara yang amat penting bagi
mereka bagi memudahkan urusan pentadbiran sebagai contoh Ejaan Rumi Negeri-Negeri
Selat (1878), Ejaan Rumi Swettenham (1881), Ejaan Rumi Maxwell (1882) dan banyak
lagi.
SISTEM EJAAN NEGERI-
NEGERI SELAT (1878)
Ejaan rumi ini bagi menyeragamkan penggunaan tulisan di bawah naungan British
khasnya untuk menulis nama orang dan nama tempat. Mereka beranggapan bahawa
ketidak seragaman dalam tulisan akan menyebabkan kesukaran pembelajaran bahasa
dalam kalangan bahasa dalam kalangan orang Inggeris sendiri. Sehubungan dengan itu ,
satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Jawatankuasa Ejaan Negeri-Negeri Selat
.Menurut Ismail Dahaman (2007), ejaan Rumi Jawatankuasa Ejaan Negeri-Negeri Selat
tidak mendapat sambutan dan sokongan yang baik dalam kalangan sarjana. W.E.
Maxwell (1882), berpendapat bahawa ejaan ini perlu dikaji semula dan megambil dua
perkara .
a) Mendapat tranliterasi Rumi yang tepat dan sepadan dengan tulisan Jawi
b) Kata yang dieja perlu dapat disebut dengan betul oleh pembaca Inggeris
Ejaan Rumi
Swettenham(1881)
Pada tahun 1881 ,F.A. Swettenham telah berjaya menerbitkan
sebuah kamus Jawi-Rumi menurut ejaan Inggeris di Singapura
dan telah mengambil namanya sendiri sebagai nama sistem
Ejaan Rumi Swettenham.
Sistem ejaan ini dianggap istimewa kerana ianya tidak terikat
dengan mana-mana peraturan transliterasi sebelumnya.Hal ini
kerana ,beliau beranggapan bahawa kaedah tersebut sukar
terutamanya melakukan transliterasi yang melibatkan huruf-
huruf vokal di mana tiada yang sama dalam tulisan Jawi.
Ejaan Rumi Swettenham(1881)
Beliau telah berusaha dengan gigih untuk mewujudkan padanan Menurut Ismail Dahaman
huruf Rumi bagi semua huruf dan itu adalah langkah awal yang
diambil olehnya.Menurut Ismail Dahaman (2007),Swettenham lagi,tindakan yang diambil oleh
telah melakukan ejaan perkataan Melayu dengan Rumi dengan
melihat pada bentuk ejaan pada tulisan Jawinya di dalam Seettenham adalah mengelirukan
kamusnya.Perkara itu dapat dilihat di jadual dibawah:
dan kurang bijak .Sistem
.
keserasiaan huruf vokal dalam
sistem ejaan yang telah
diperkenalkan oleh Swettenham
telah menunjukkan pewujudan pola
suku kata yang mengandungi vokal
/e/ dan /o/ di samping /i/ dan /u/
pada suku kata akhir tertutup.
Ejaan Rumi Wilkinson
(1904)
Sistem ini merupakan ejaan rumi yang pertama digunakan di Persekutuan Tanah
Melayu . Pada asasnya, sistem ejaan ini digunakan di Negeri-negeri Bersekutu dan
R.J Wilkinson menubuhkan sebuah Jawatankuasa Ejaan Rumi pada tahun 1904.
Harfiah menjurus kepada keseragaman manakala kelemhaan yang dihadapi ialah
ketandusan sistem vokal Arab untuk dipadankan dengan huruf vokal bahasa
Melayu. Fornetik merupakan cara pembahagian bahasa Melayu mengikut sebutan
kata-kata itu. Wilkinson mendapati bahawa sistem pelambagaan vokal Arab tidak
menggambarkan hakikat sistem vokal Melayu yang sebenar. Jadi, beliau
menggunakan dua cara dengan menetukan grafem iaitu digraf yang membawa
maksud dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi dan cara kedua
menggunakan titik di bawah huruf tertentu.
Ejaan Rumi Za'ba (1941)
''Sistem Ejaan Rumi Za'b a'' merupakan sistem yang penting untuk pendidikan di
sekolah-sekolah yang telah disusun oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba). Sistem ini
juga dikenali sebagai ''Ejaan Sekolah'' yang ditambah baik daripada Sistem Ejaan
Rumi Wilkinson. Banyak perkara yang diterapkan dalam sistem ejaan ini kerana
sistem ini lebih baik daripada sistem ejaan lain.
Pelambangan vokal
Pembahagian huruf vokal kepada enam bunyi iaitu bunyi atas kasar, bunyi bawah
kasar, bunyi atas halus, bunyi bawah halus, bunyi hadapan kasar, bunyi hadapan
halus. Za'ba memegang konsep bahawa tulisan Rumi Melayu hendaklah dieja
mengikut bunyinya
Pelambagaan konsonan
Istilah 'huruf benar' merupakan nama lain bagi huruf konsonan. Huruf ini tidak boleh
berdiri dengan sendirinya kerana bergantung terhadap huruf vokal. Beliau
membahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan padanan jawi:
Digraf Rumi yang sepadan dengan Huruf Rumi tunggal yang sepadan dengan dua
Jawi tunggal huruf Jawi
Penulisan kata pinjaman
Perkataan yang menggunakan ejaan asal bahasa Inggeris yang belum disesuaikan dengan bahasa Melayu perlu
dimirringkan. Sebagai contoh, perkataan stamp, office, ticket, motor-car dan sebagainya. Bagi kata daripada
bahasa Arab juga perlu dimiringkan mengikut kategori tertentu.
Penulisan tanda sempang
Kata ulang juga boleh dikenali sebagai kata ganda. Kata ini boleh ditulis secara tanda sempang pada tengah-
tengah perkataan (-)
Penulisan kata depan
Za'ba menegaskan bahawa perkataan kata sendi seperti di dan ke ditulis dengan menggunakan kata sempang.
Sebagai contoh di-dataran dan di-Melaka.
Penulisan huruf besar
Za'ba menyenaraikan sebanyak 15 situasi yang membolehkan penggunaan huruf
besar :
(i) Huruf permulaan di pangkal ayat
(ii) Sesudah habis ayat, maka akan dimulakan dengan huruf besar
(iii) Selepas tanda tanya
(iv) Selepas tanda seru
(v) Huruf pertama di pangkal baris syair dan pantun
(vi) Huruf pertama pada pangkal dialog atau cakap ajuk
(vii) Huruf pertama pada pangkal teriakan untuk bercakap dengan orang lain
(viii) Huruf pertama nama orang
(ix) Huruf pertama nama orang
(x) Huruf pertama nama tempat
(xi) Huruf pertama nama bangsa
(xii) Huruf pertama gelaran atau pangkat
(xiii) Huruf pertama nama buku
(xiv) Huruf pertama nama bulan, hari cuti dan lain-lain
(xv) Huruf pertama yang kebanyakan diseru oleh orang
EJAAN RUMI FAJAR ASIA (1943)
Sistem ejaan ini telah digunakan oleh Majalah Fajar Asia yang diterbitkan di
Singapura. Majalah berbahasa Melayu ini menggunakan sistem ejaan terbit pada
awal tahun 1940-an semasa pemerintahan kuasa Jepun di Tanah Melayu dan
Singapura.
EJAAN RUMI KONGRES
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke -3 telah mempersetujui bahawa ejaan
ini merupakan sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang berlangsung pada 16-
21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura.Seramai lebih kurang 500 orang
perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu dari
seluruh Malaya telah menghadiri kongres ini.Profesor Prijana turut hadir iaitu
Menteri Pendidikan Pengajaran dan Pendidikan Indonesia sebagai ketua wakil
rasmi dari negara Indonesia.
Rumusan uang dapat dilakukan oleh kongres tersebut adalah berksitan dengan
sistem ejaan bagi kedua-dua belah negara asia tenggara tersebut.Rumusan itu
berbunyi lebih kurang seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia yang berbeza-
beza sedikit berkaitan ejaan dan ada perkara yang perlu disamakan kerana dasar
bahasa kedua-duanya adalah sama.Berikut adalah 14 ketetapan berhubung sistem
ejaan bahasa Melayu.
EJAAN RUMI KONGRES
Abjad
30 huruf dan grafem baru yang menjadi lambang fonem-fonem Melayu dan bukan
Melayu telah diterima sebagai huruf-huruf dalam tulisan Rumi di Ejaan Kongres
Pelambangan Vokal
.
Dalam bahasa Melayu ada lima huru
f vokal dengan enam fonem vokal yang telah
ditetapkan oleh Ejaan Kongres
EJAAN RUMI PBMUM (1959)
Sistem ejaan ini selalu digunakan dalam penerbitan jurnal bahasa yang diterbiitkan oleh Persekutuan Bahasa Melayu
Universiti Malaya (PBMUM) pada tahun 1959. Objektif sistem ejaan ini dilakukan adalah satu percubaan ke arah
penyatuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia. Terdapat banyak ciri kelainan dan cadangan
baru yang dikemukan oleh PBMUM :
Menolak penggunaan huruf-huruf kembar atau rangkap konsonan.
ch digantikan dengan c
sh digantikan dengan x
Ejaan Malaya hendaklah disatukan dengan bahasa Indonesia.
Kata depa' ke' atau 'di' ditulis secara rapat dengan kata yang mengikutnya.
Kata lah, kah, tah, dan pun serta kata ganti nya ditulis dengan rapat.
Penulisan kata turunan mestilah ditulis secara seragam pada awalan dan akhiran yang dirangkaikan dengan kata
dasar itu diulang dengan menggunakan angka dua seperti cara2 dan pendapat2.
4.2 PERANAN DBP DALAM MENYERAGAMKAN
SISTEM EJAAN RUMI
PENGENALAN
Pada 22 Jun 1956 sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, resolusi Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 telah diadakan Dewan Bahasa dan Pustaka yang
ditubuhkan di Johor Bahru . Selepas mendapat kelulusan Akta Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun 1959, DBP yang pada awal penubuhan bertaraf
jabatan kerajaan bertukar menjadi badan berkanun. DBP diletakkan di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat DBP mengikut Akta DBP (Semakan
1978, Pindaan dan Perluasan 1995) ialah membina dan menjulang tinggi bahasa
kebangsaan ibunda negara. Pada masa yang sama ini, badan ini bertanggungjawab
untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa ilmu.
MENGANJURKAN PROGRAM PENULISAN DAN PENGIKTIRAFAN TERHADAP SASTERAWAN
DBP berperanan dalam memastikan sistem ejaan rumi diseragamkan untuk memastikan bakat kesusateraan
terutamanya penggunaan bahasa kebangsaan dapat dilahirkan.Sehubungan dengan itu, banyak program yang
kerajaan telah lakukan dari semasa ke semasa seperti Minggu Penulis Remaja dengan harapan dapat melahirkan
penulis muda yang berkualiti pada masa akan datang. Dalam usaha memastikan kesusteraan tidak ditelan dek
zaman DBP menerapkan cara penganugerahan bagi menggalakkan para sasterawan menerokai bidang ini secara
mendalam. Kesan dalam memperkasakan bahasa sastera dan sistem ejaan rumi bahasa Melayu, Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagtai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun
1959.
MEMBAKUKAN EJAAN DAN SEBUTAN
Seterusnya, Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan dalam membakukan ejaan dan sebutan serta
membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan sebagai salah satu usaha menyeragamkan
sistem ejaan rumi dalam bahasa Melayu. Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah, menengah mahupun institusi pengajian tinggi perlu giat dijalankan
bagi memastikan anak muda telah diberikan pendedahan lebih awal. Sejurus dengan itu, pihak DBP telah
menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Istilah dengan kerjasama institusi
pengajian tinggi awam . Jawatankuasa ini memikul tugas yang berat dalam menyeragamkan sistem ejaan Rumi
dengan mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu yang betul dalam bidang sains asas
dan sains gunaan sekali gus tidak mengelirukan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Perubahan ini
telah membuka mata masyarakat berkenaan dengan perkembangan korpus bahasa Melayu yang berkembang
dengan pesat sekali memandangkan kewujudan banyak perkataan baharu.
PENERBITAN BUKU-BUKU MENGGUNAKAN BAHASA KEBANGSAAN
Peranan lain Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi
termasuklah menerbitkan, mencetak atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah
dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan. Tidak dapat dinafikan bahawa, Dewan Bahasa dan
Pustaka bertindak sebagai salah sebuah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia dan menjadi
sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah,
kamus-kamus serta pelbagai bentuk bahan ilmiah dan badan ini sering berkolabrasi dengan penerbit buku-buku
yang terkenal Karangkraf serta PTS. Pihak DBP telah memainkan peranan yang cukup penting dalam mencetak
dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan sebagai bahan ilmiah
untuk semua peringkat pelajar tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah sekali gus menyeragamkan
slibus terhadap pendidikan negara. Dapat dilihat melalui usaha ini, generasi muda dapat mempelajari ejaan dan
kosa kata yang betul melalui buku teks yang dijadikan sumber rujukan utama dalam pembelajaran seharian.
Tambahan pula, generasi pada masa akan datang dapat menambah pembedaharaan kata dan menghasilkan
buku- buka yang berkualiti tinggi yang mampu menarik minat para pembaca. Menurut Bekas Menteri Kehakiman
Malaysia, Dato’ Dr, Sulaiman Hj. Daud (1990), Dewan Bahasa dan Pustaka telah berjaya menerbitkan tidak
kurang daripada 50 judul buku undang-undang bahasa Melayu sejak 20 tahun lalu yang melibatkan para sarjana,
pengkritik dan pemantau bahasa dalam memastikan intipati buku-buku yang diterbitkan sangat berguna dan tidak
ada ralat.
MEMERIKSA SEMULA KESALAHAN EJAAN DAN TATABAHASA
Penggunaan Bahasa yang betul juga merupakan peranan DBP untuk memastikan sistem ejaan rumi tidak
disalahgunakan oleh masyarakat pada masa kini. Mutakhir ini, penggunaan Bahasa rojak seringkali digunakan
dan menjadi salah satu rutin harian dalam percakapan sama ada dalam media massa dan perbualan secara
nyata. Majoriti lebih selesa menggunakan bahasa rojak berbanding bahasa Melayu yang betul. Hal ini serba
sedikit telah melunturkan keaslian penggunaan bahasa Melayu sekaligus menjatuhkan kedudukan bahasa
Melayu. Bukan itu sahaja, segala notis atau risalah yang terpampar atau diedar oleh pihak kerajaan juga tidak
menggunakan Bahasa Melayu yang sebenar. Maka, pihak DBP haruslah berperanan dengan memastikan
segala ejaan dan penggunan Bahasa yang salah diperiksa sebelum diterbitkan kepada orang awam kerana
masyarakat pada masa kini akan mudah terikut-ikut dengan Bahasa yang ringkas dan menarik ini. DBP juga
berperanan dalam mewujudkan buku-buku, risalah-risalah dan akhbar-akhbar menggunakan bahasa Melayu
yang betul. Pihak DBP juga bertanggungjawab membetulkan kesalahan ejaan ataupun penggunaan bahasa
yang salah di papan-papan tanda dan poster-poster yang ada di sepanjang jalan. Jika perkara ini tidak
dibendung dengan lebih awal lagi , maka mereka akan terbiasa dengan penggunaan bahasa yang salah bak
kata pendeta, alah bisa tegal biasa.
4.3 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA KINI
PENGENALAN
Menurut Nuraini Yusoff et. al. (2005), cabaran dan isu berkaitan bahasa pada masa kini tidak boleh lari
dari membicarakan tentang sikap bangsa terhadap bahasa itu sendiri .Kehadiran teknologi dan digital
bukan sahaja memberikan 1001 kebaikan terhadap masyarakat namun perkara ini juga mendatangkan
kesan yang buruk terhadap sistem ejaan di negara kita. Sudah terang lagi bersuluh, masyarakat pada
masa kini acapkali menggunakan ''bahasa rojak'' dalam penggunaan SMS dalam semua situasi sama
ada secara rasmi dan tidak rasmi. Hal ini telah menjadi satu rutin dan budaya dalam kalangan
masyarakat kita sejak akar umbi lagi kerana segala maklumat yang disampaikan lebih ringkas dan
mudah untuk difahami. Hakikatnya, perkara ini tidak mendatangkan manfaat terhadap sistem ejaan
sekali gus kedaulatan dan kedudukan bahasa tidak dapat dipelihara. Berdasarkan konteks ini, mereka
sebenarnya beranggapan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kelas ketiga atau sering disebut
sebagai ‘low class’.
PENGARUH BAHASA ROJAK SEMAKIN BERLELUASA
Bahasa Inggeris merupakan bahasa yangi digemari oleh rakayat Malaysia untuk dipelajari dan dijadikan
sebagai bahasa kedua untuk berkomunikasi. Mereka yang terlalu mahir akan berasa sukar untuk
menterjemahkan sesuatu isu dengan menggunkan bahasa Melayu terhadap masyarakat kerana dalam
minda mereka sudah mempunyai kosa kata bahasa Inggeris yang terlalu banyak menyebabkan bahasa
rojak ini akan berlaku.
Remaja pada masa kini terlalu senang untuk dipengaruhi dan mereka suka mengikut situasi semasa. Jadi,
mereka akan suka menjadi kelainan dalam diri mereka supaya menjadi kebanggaan dalam kelompok yang
diwakili. Sebagai contoh, pelajar yang baru pulang dari menuntuk ilmu di luar negara akan menggunakan
dwibahasa dalam pertuturan mereka menandangkan mereka sudah lama berada di sana.
Budaya ikut-ikutan merupakan satu perkara yang sinonim dalam kalangan masyarakat kita kerana
pengaruh yang kuat antara rakan yang ingin mengekalkan identiti kelompok tersendiri. Perkara ini menjadi
ikutan terhadap orang yang rapat dengan kita apabila berkomunikasi namun mempunyai cara yang
tersendiri untuk diatasi seperti mengelakkan daripada berinteraksi dengan kelompok berkenaan.
Pepatah melayu ada mengatakan bahawa meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini dapat
dikaitkan dengan sifat generasi Y pada masa kini yang enggan menggunakan bahasa Melayu yang betul
sedangkan mereka sudah dididik sejak kecil lagi sama ada di sekolah mahupun rumah. Paling
menyedihkan lagi apabila pihak kerajaan sudah mengeluarkan perbelanjaan untuk menganjurkan kempen
tidak disokong oleh golongan remaja yang dilihat keras kepala.
Sikap individu yang beranggapan menggunakan bahasa asing sebagai salah satu bahasa yang boleh
dibanggakan. Lazimnya, pemikiran mereka beranggapan bahawa semua perkara yang datangnya dari
barat adalah baik. Kesan nya mereka akan mencampur aduk bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan
harapan dirinya mendapat pujian.
Pengaruh media massa merupakan pengaruh yang amat kuat kerana penggunaan bahasa dalam media
penyiaran sama ada media cetak dan media elektronik acapkali diperhatikan oleh masyarakat pada masa
kini. Hakikatnya, segala informasi dan media grafik yang disiarkan oleh pihak kerajaan di dalam televisyen
menggunakan bahasa Melayu yang tepat kerana perkara ini telah disemak oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka. Namun, penggunaan kata yang kurang tepat sebenarnya berpunca daripada penerbitan filem-
filem, lagu-lagu, komik-komik,serta majalah yang menjadi ikutan remaja pada masa kini. Hal ini sekaligus
menjadi penerapan dalam kehidupan seharian mereka.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi yang keempat, Patriotisme boleh didefinisikan sebagai
perasaan yang kuat terhadap tanah air. Kekurangan sifat patriotisme pada diri menyebabkan mereka
akan kurang semangat untuk menjiwai dan sayang terhadap bahasa Melayu kerana bahasa ini merupakan
bahasa rasmi negara yang diguna pakai oleh setiap orang untuk berkomunikasi.
KESIMPULAN
Sistem ejaan Rumi telah wujud sejak dahulu lagi walaupun sehingga ke hari ini terdapat beberapa
sistem tidak berjaya mencapai matlamatnya. Hakikatnya, Sistem Ejaan Wilkonson dan Sistem Ejaan
Za'ba oleh ketiga-tiga Ejaan Rumi Fajar Asia, Ejaan Kongres dan Ejaan Rumi PBMUM nampaknya
tidak berhasil kerana tidak mendapat tunjangan daripada pengguna bahasa yang dijadikan sebagai
percubaan untuk mengadakan sistem ejaan rumi bagi mengatasi ketidakselarasan. Sistem Ejaan
Fajar Asia tidak mendapat sokongan penuh kerana tidak diwarisi oleh masyarakat selepasnya yang
sebelum ini digunakan semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Tambahan pula, ejaan
Kongres hanya terbatas kerana ejaan ini hanya disokong oleh orang yang menyertai Kongres sahaja
manakala Ejaan Rumi PBMUM hanya terhad pada penerbitan Jurnal Bahasa sahaja yang wujud
dalam tempoh beberapa tahun sahaja. Konklusinya, setiap sistem ejaan yang diwujudkan pasti
mempunyai matlamat yang tersendiri. Cabaran bahasa Melayu dilihat semakin mencabar
memandangkan perkembangan terhadap era globalisasi semakin pesat membangun lebih-lebih lagi
dari aspek digital. Andaian yang dilakukan terhadap bahasa Melayu seperti mengatakan bahawa
bahasa Melayu telah tidak dihormati menyebabkan nilai bahasa itu semakin hilang dari kedudukan
asalnya. Maka, anak muda harus bangun dan sedar bahawa bahasa Melayu amat penting sebagai
bahasa Kebangsaan yang mampu memupuk perpaduan antara kaum di dalam negara kita.
Sekiranya perkara ini sekadar dipandang remeh maka bahasa akan lenya dari dunia dan akhirnya
menjadi kenangan anak muda pada masa akan datang.
RUJUKAN
Hashim Musa. (2003). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ismail Dahaman. (2007). Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Johan Jaffar. (2007). Punca Penutur Menggunakan Bahasa Rojak. Dicapai pada 30 Mei 2013 daripada
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1287.
Lim Swee Tin. (2011). Bahasa di Jajaran Masa: Isu dan Tanggapan. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara.
Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, & Mastura Mohamed Berawi (2015). Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan & Terjemahan. Sasbadi. Sdn. Bhd.
Mohd Naim Daipi. (1991). Perkembangan Ejaan Rumi Bahasa Melayu: Bahagian II. Sekata, 9(1), 28-48.
https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sekata-9-1-28.pdf