NAMA:
UMUR:
KELAS:
NAMA SEKOLAH:
NOMBOR KAD
PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TARIKH TEMPAT:
NAMA TOKOH:
NAMA:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
NAMA BAPA:
NAMA IBU:
NAMA ADIK-BERADIK:
NAMA ISTERI:
NAMA ANAK:
JAWATAN:
TARIKH MENIGGAL DUNIA:
Memimpin MIC parti Perikatan pada pilihan raya yang pertama yang
membawa kepada Parti Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi.
Salah seorang dari penendatangan Perjanjian Kemerdekaan.
Merupqkqn perunding yang berkebolehan dan sentiasa bekerja
keras untuk memastikan kehendak kaum India terjamin ,dan dalam
masa yang sama ,berhati –hati menyentuh isu sensitif.
Tenang menhadapi kritikan dan sentiasa mengambil jalan tengah
dalam berunding.
Niat beliau dalam berpolitik adalah untuk membangun dan menyatukan
kaum India.
Kaum India menganggap beliau sebagai ‘keturunan
karnan’. Mengikut epik Mahabaratha Karnan
merupakan seorang berhati murah dan akan memberi
apa saja yang dipinta oleh orang lain. Selain memiliki
hati yang murah Sambanthan juga memiliki nilai-nilai Tun V.T. Sambanthan merupakan salah
murni yang terpuji seperti kesabaran, menghormati seorang tokoh yang disanjung sepanjang
orang lain dan bertanggungjawab. Sambanthan juga masa khususnya masyarakat India di
dianggap pembela kaum India di Tanah Melayu. Malaysia. Pengorbanan harta beliau demi
membina sebuah sekolah untuk penduduk
tempatan jarang-jarang kita dapat dengar.
Sambanthan menubuhkan Koperasi ataupun lebih
dikenali NLFCS untuk membeli ladang-ladang yang
menghadapi masalah fragmentasi. Sambanthan
sekali lagi dijulang sebagai wira kaum pekerja ladang.
Sumbangan Tun V.T. Sambanthan dalam arena politik
ataupun kebajikan perlu didokumentasikan.
Pembelaan beliau ini dapat dilihat daripada dua sudut. Pertama
MIC diambil alih oleh kumpulan majoriti Tamil yang dipinggirkan
selama beberapa tahun oleh pemimpin elit (Ceylon, Punjabi dan
elit Tamil). Terdapat jurang yang besar antara kepimpinan
golongan elit dengan golongan bawahan.
Kebanyakan ladang besar dipecahbelahkan dan dijual
oleh pemilik Eropah apabila Persekutuan Tanah
Melayu diberi kemerdekaan. Akibatnya para pekerja
ladang berhadapan dengan kehilangan pendapatan
dan penginapan.
Sambanthan merapatkan hubungan pimpinan MIC
dengan golongan bawahan dan memenangi hati para
pekerja ladang yang menjadi 80 peratus penduduk India
di Tanah Melayu. Kedua pula menyelamatkan pekerja
India yang berhadapan dengan masalah fragmentasi
ladang.
Atas jasa dan sumbangan Tun Sambanthan, beliau telah dianugerahkan
pingat kebesaran P.M.S pada Ogos 1959 dan S.S.M pada Jun 1967. Beliau
juga dikurniakan Doktor Kehormat Dalam Undang-Undang (Hononary
Doctor of Law ) oleh Universiti Malaya pada Julai 1971.
Beliau pernah memegang portfolio sebagai Menteri
Buruh, Menteri Kesihatan, Menteri Tenaga, Menteri Pos
dan Telekomunikasi serta Menteri Perpaduan Negara
Setelah meletakkan jawatan sebagai presiden MIC, beliau telah dilantik
sebagai pengerusi Badan Perpaduan Nasional daripada 1974 sehingga
1978. Badan tersebut menggantikan Kementerian Perpaduan Nasional.
Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan
oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum.
Tun Sambanthan juga telah menyumbangkan tenaga dalam
usaha menuntut kemerdekaan.
Tun Sambanthan merupakan seorang yang mementingkan toleransi,
keharmonian dan kerjasama pelbagai bangsa dan kaum di negara kita
apabila beliau menjadi pemimpin Beliau merupakan pengikut ajaran Mahatma Gandhi yang
mempraktikkan anti-keganasan untuk mencapai kemerdekaan
Nama Tun Sambanthan diabadikan pada stesen LRT Tun
Samanthan dan Wisma Tun Sambanthan yang terletak di
Kuala Lumpur bagi mengenang jasa beliau.
Beliau meninggalkan dunia pada 18 Mei 1979 ketika berumur 59 tahun. Pada upacara
pengebumian beliau, hampir 15,000 orang telah hadir untuk memberikan penghormatan
terakhir, termasuk Tunku Abdul Rahman, sahabat karibnya dan Tun Tan Siew.
1.Setelah Tun V.T Sambanthan mengambil alih pengurusan di estet daripada ayahnya,
beliau telah menganjurkan kelas mengajar bahasa Inggeris untuk pekerja-pekerja di
estetnya. Hal ini demikaian kerana beliau mengetahui hanya melalui proses belajar dapat
memajukan diri sendiri dan ekonomi negara. Pada masa itu, taraf hidup orang India amat
rendah dan kebanyakan mereka hidup dalam serba kekurangan.
2.Penglibatan awal Sambanthan dalam politik bermula dengan niatnya untuk
membangun dan menyatukan kaum India. Atas dasar itu beliau menganjurkan Majlis
India Bersatu Perak pada tahun 1953. Dalam tahun yang sama juga beliau dilantik
sebagai pengerusi MIC Perak. Peristiwa yang melonjakkan nama menjadi pemimpin
utama politik MIC ialah ketika kunjungan oleh Vijaya Lakshmi Pandit, adik perempuan
Perdana Menteri India, Pandit Jawaharlal Nehru.
3.Tun Sambanthan sendiri talah melawat seluruh negara untuk mendaftarkan ahli baru. Estet pertama
yang dibeli ialah di Bukit Sidim, Kedah. Semasa beliau meninggal dunia pada tahun 1979, NFLCS telah
berjaya membeli 18 estet yang mempunyai jumlah luas kawasan 30,000 ekar yang ditanam dengan
pokok getah, koko, kelapa sawit, buah kelapa dan teh. Bilangan ahlinya pula meningkat kepada 85,000
orang. Atas usaha beliau dalam menggerakkan koperasi, beliau telah digelar sebagai Bapa Koperasi.
1. Bahasa Inggeris kepada masyarakat India. Tun V.T. Sambanthan menganjurkan pelajaran Bahasa
Inggeris kepada pekerja-pekerja estet. Tun Sambanthan mengetahui bahawa hanya melalui proses
pembelajaran dapat meningkatkan ekonomi negara. Pada masa itu, kebanyakan orang India hidup
dalam serba taraf hidup yang amat rendahHal ini menyebabkan Tun Sambanthan memberikan peluang
kepada masyarakat India untuk mempelajari Bahasa Inggeris.
2. Penubuhan Majlis India Bersatu Perak. Penglibatan awal Sambanthan dalam politik
dengan niat untuk membangun dan menyatukan kaun India. Seterusnya, beliau
dilantik sebagai pemimpin utama politik MIC Perak. Tun Sambanthan telah
menghulurkan banyak bantuan kepada masayarakat India untuk menaik taraf hidup
mereka
3. Tun V.T. Sambanthan telah menubuhkan sebuah sekolah Tamil yang bernama Mahatma Gandhi
Kala Salai di estet pada 14 ogos 1954. Tujuan pembukaan sekolah ini adalah untuk memberi
pendidikan kepada anak-anak pekerja estet. Dengan sekolah tersebut, anak-anak pekerja estet dapat
pendidikan yang sempurna. Selain itu, Tun Sambanthan juga berharap daripada pembelajaran di
sekolah dapat membantu negara melahirkan generasi yang berpengetahuan kepada negara.
AKHIRNYA ,SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN INDIA TUN V.T SAMBANTHAN
TELAH BANYAK BERJASA DALAM USAHA MEMAJUKAN MASYARAKAT INDIA
DALAM PELBAGAI BIDANG .MELALUI AKTIVITI SOSIAL EKONOMI YANG
DIJALANKAN BELIAU TELAH MENONJOLKAN CIRI-CIRI KEPIMPINAN
YANG SESUAI DENGAN ASPIRASI ORANG INDIA DI MALAYSIA .ATAS JASA DAN
SUMBANGAN TUN V.T SAMBANTHAN.