The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO (KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisrazali27, 2022-01-13 22:34:16

E-FOLIO (KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN)

E-FOLIO (KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN)

SAINS, TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

MPU23052

NAMA PENSYARAH: PUAN AISHAH BINTI
MOHAMAD SAID

TAJUK: APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM SAINS,
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

(KEMUDHARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN)

AHLI KUMPULAN

NAMA: MUHAMMAD IKHWAN NAMA: ANIS
HAKIM BIN AHMAD RIDZUAN NO. MATRIKS: 15DPB20F2007
KELAS: DPB2B
NO. MATRIKS: 15DPB20F2027

KELAS: DPB2B

NAMA: IRMAN HAIKAL BIN NAMA: AHMAD ZIKRY BIN NAMA: MUHAMMAD ZUHAIR
OTHMAN AHMAD SHAH IKRAM BIN ZAINI

NO. MATRIKS: 15DPB20F2007 NO.MATRIKS: 15DPB20F2011 NO. MATRIKS: 15DPB20F2025

KELAS: DPB2B KELAS: DPB2B KELAS: DPB2B

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. Pengenalan bagi kaedah Fiqh. 1-3

2. Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan. 4-7

3. Sesuatu yang diharuskan kerana darurat 8-10
dihadkan menurut kadar darurat sahaja. 11
12
4. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan 13
kemudaratan 14-20

5. Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan
dengan kemudaratan yang lebih ringan

6. Menolak kemudaratan adalah lebih utama
daripada mengambil kebaikan.

7. Aplikasi kaedah

1.0 PENGENALAN BAGI KAEDAH FIQH

Kaedah Fiqh merupakan satu prinsip umum yang boleh dijadikan
sebagai satu panduan umum dalam pembinaan hukum-hukum
Islam apabila terdapat masalah baharu yang memerlukan
keputusan hukum yang cepat. Prinsip umum ini membolehkan
sesuatu masalah baharu yang timbul dapat diselesaikan dengan
mudah mengenai hukumnya yang sebenar melalui rujukan kepada
sumber-sumber yang lain. Pengunaan kaedah fiqh tidak akan
menafikan nas-nas al-Quran dan hadis tetapi kedua-dua sumber
utama tersebut amat penting untuk memahami syariat dan
muamalah manusia. Kaedah fiqah ini dapat memberikan hukum
secara cepat apabila sesuatu permasalahan timbul.

1

Peranan Kaedah Fiqh

1. Memudahkan pemahaman terhadap hukum-hakam untuk
diguna pakai dalam perosalan sains teknologi dan
kejuruteraan

• Kaedah fiqh telah menetapkan formula teras atau asas
untuk diguna pakai sebagai rujukan sebelum memulakan
sesuatu penyelidikan.

• Persoalan baharu yang timbul dalam kajian sains, teknologi
dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada Al-Quran dan hadis
serta kaedah fiqh bagi menentukan sesuatu hukumnya
timbul.

• Kaedah fiqh adalah garis panduan kepada para saintis
dalam melaksanakan uji kaji. Segala ciptaan dan inovasi
yang dihasilkan sebenarnya mejurus kepada kaedah fiqh.

2

2. Membantu manusia khususnya para saintis, dan jurutera untuk
menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu dalam bidang
sains teknologi dan kejuruteraan.

• Kaedah ini telah membantu saintis dan jurutera mengenal pasti
dan menyelesaikan isu dalam operasi mereka.

• Isu-isu dalam sains teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani
melalui panduan kaedah ini supaya perasi dalam penyelidikan dan
inovasi mendapat keberkatan Allah SWT.

• Kaedah fiqh ini dapat mengatasi masalah kesulitan manusia dan
membantu menyelesaikan fiqh yang berlaku dalam masyarakat
pada hari ini.

3

2.0 Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan.

Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu
perkara yang menjadi kesukaran bagi mencapai
kepentingan asasi kehidupan manusia.

Kemudharatan melibatkan 6 perkara
• Agama
• Nyawa
• Maruah
• Keturunan
• Akal
• Harta

(Islam itu) itu tidak boleh bahaya dan membahayakan,

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4

• Ukuran kemudharatan merujuk kepada impak buruk atau negatif menurut
perspektif agama di samping sistem nilai dan norma masyarakat yang
tidak bercanggah dengan tujuan dan prinsip-prinsip syariat.

• Dalam bidang perubatan seperti pembedahan plastik dan kosmetik, Islam
hanya membenarkan sesuatu yang bertujuan untuk perubatan dan
kesihatan semata-mata.

• Tujuan selain daripada itu tidak dibenarkan dan hukumnya adalah haram
mengikut syariat Islam.

• Jika tujuan untuk memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma
kemalangan selain untuk menyembuhkan kecacatan tubuh badan manusia
yang normal.

• Sebagai contoh, seseorang mempunyai mulut yang sumbing. Islam
membenarkan pembedahan dan tidak mengubah ciptaan Allah S.W.T
kerana ingin mengembalikannya kepada kejadian yang sempurna sepeti
manusia normal.

5

Link video sebagai rujukan.

• https://www.youtube.com/watch?v=QmHKOu99Nww -
Pembedahan plastik dalam Islam ᴴᴰ I Ustaz Anwar
Hussain

• https://www.youtube.com/watch?v=WYxk_kD3fpA -
Pembedahan Palstik Dalam Konteks Shariah (Pegawai
Shariah Hospital Pakar An-Nur)

6

Justeru, kita sebenarnya tidak boleh sama sekali
melakukan kerosakan dan kemudaratan terhadap diri sendiri
atau orang lain, lebih-lebih lagi kepada nyawa dan maruah
seseorang. Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh
membawa kepada kemudaratan. Dalam masa yang sama,
Islam melarang umatnya membalas tindakan pihak lain yang
boleh memberikan kemudaratan.

7

3.0 SESUATU YANG DIHARUSKAN KERANA DARURAT DIHADKAN
MENURUT KADAR DARURAT SAHAJA (AL-DHARURAH TUQADDIR
BI QADARIHA

• Kaedah ini membawa maksud bahawa keharusan perkara yang dilarang
ketika darurat tersebut adalah mengikut kadar keperluannya.

• Kaedah darurat mengharuskan yang dilarang tetapi terikat dengan
kaedah lain dengan mengemaskinikan cara pelaksanaannya agar kaedah
itu tidak salah digunakan.

• Islam mengharuskan beberapa perkara yang dilarang ketika darurat
menolak kemudaratan kepada manusia, tetapi tidak patut bagi
seorang muslim mengambil peluang untuk terus-menerus merasa
selesa dan senang dengan sesuatu yang haram atas alasan darurat

8

• Tidak berdosa melakukan yang haram ketika darurat
dengan syarat tidak menginginkan dan melampaui
batas.

https://youtu.be/oOfboITGgTY

9

Sebagai contoh:
Seorang wanita tidak diharuskan pergi mendapatkan
rawatan dari doktor lelaki sedangkan pada masa itu
terdapat lagi doktor wanita yang boleh merawatnya

Contoh lain:
Seperti dalam bidang perubatan iaitu terpaksa
mengambil benda yang haram bagi tujuan
perubatan.

Contoh: Orang gila tidak boleh dikahwinkan melebihi satu isteri
kerana hajatnya tercapai dengan satu isteri sahaja.

10

4.0 KEMUDARATAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN
KEMUDARATAN (AL-DHARAR LA YUZAL BI AL-DHARAR)

Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu kemudaratan
yang dihilangkan atau disingkirkan tidak boleh mendatangkan
sesuatu kemudaratan yang lain sama ada kepada dirinya atau orang
lain.

Contohnya dalam bidang perubatan, Zahir dan Yazid
menghadapi penyakit yang sama dan ubat yang sama antara
mereka. Jika ubat itu kepunyaan Yazid, maka tidak harus diambil
ubat itu untuk diberikan kepada Zahir.

Contoh lain, dari segi pembinaan tembok antara dua buah
rumah yang berasingan telah runtuh secara tiba-tiba dan kedua
pihak pula tidak mahu membaikinya semula. Lalu pihak pertama
yang membaikinya semula, maka dalam hal ini pihak pertama
boleh menuntut separuh daripada perbelanjaan membaik pulih
tembok itu daripada pihak kedua

11

5.0 KEMUDARATAN YANG LEBIH BERAT DIHILANGKAN
DENGAN KEMUDARATAN YANG LEBIH RINGAN (AL-
DHARAR AL-ASSYAD YUZL BI AL-DHARAR ALAKHF)

Kaedah ini membawa maksud jika kita tiada pilihan lain
melainkan pastinya terpaksa menghadapi kemudaratan tersebut,
maka hukumnya perlulah dipilih sesuatu yang lebih ringan
kemudaratannya.

Sebagai contoh, Wanita yang hamil telah meninggal dunia
namun anaka dalam rahimnya masih hidup dan bergerak-gerak,
maka dalam Islam dibolehkan melakukan pembedahan perut
Wanita yang telah meninggal dunia itu untuk menyelamatkan
nyawa bayi dalam kandungan apabila didapati bayi itu ada harapan
untuk hidup kerana jika dibiarkan, kemudaratan bayi itu untuk
meninggal adalah amat besar.

12

6.0 MENOLAK KEMUDARATAN ADALAH LEBIH UTAMA
DARIPADA MENGAMBIL KEBAIKAN (DAR’ AL-MAFASAD
AWLA MIN JALIB AL-MASALIH)

Apabila bertembung dengan keburukan dan kemudaratan,
maka pada kebiasaannya hendaklah didahulukan dengan menolak
keburukan kerana penekanan syarak kepada perkara-perkara
larangan melebihi perkara yang ditetapkan.

Kaedah ini membawa maksud, jika terdapat pertentangan antara
kebaikan dan kemudaratan dalam sesuatu perkara, maka
mencegah kemudaratan itu adalah lebih baik daeipada mendapat
kebaikan.

13

7.0 APLIKASI KAEDAH

Kemajuan sains, teknologi dan kejuruteraan banyak membantu kehidupan
manusia agar menjadi lebih mudah, selesa, cepat dan melampaui
norma kehidupan manusia.

Jika dilihat dari aspek pengurusan kehidupan manusia pada hari ini, bukti
kukuh dapat disaksikan bahawa ciptaan sains, teknologi dan kejuruteraan
telah banyak membantu mengurangkan kesukaran dan kemudaratan dalam
hidup manusia. Contohnya, hubungan manusia dimana-mana jua mereka
berada kekal terjalin dengan wujudnya medium telekomunikasi dan
information communication technology (ICT)

Walau bagaimanapun, kemudaratan yang lain pulak timbul setelah wujudnya
kecanggihan dalam bidang tersebut apabila penyalahgunaan timbul. Teknologi dan
kejuruteraan sebenarnya dihasilkan untuk memudahkan dan meningkatkan kualiti
kehidupan manusia tanpa mengabaikan pembangunan insan.

14

Antara fenomena hari ini ialah maklumat telah berubah menjadi barang dagangan yang cukup
laris di pasaran. Penyebaran maklumat dan berita-berita palsu melalui media massa dan media
elektronik mahupun melalui penggunaan aplikasi whatsapp, telegram, facebook dan Instagram
ialah contoh penciptaan telekomunikasi dan maklumat yang telah disalahgunakan.

Islam mengajar kita agar segala maklumat yang diakses di dalam internet hendaklah dipastikan
sumbernya. Allah mengingatkannya dalam surah Al-hujurat;
‘Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasiq datang kepadamu membawa satu
berita, maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana
kebodohannya, yang akhirnya membawa kepada penyesalan.’

15

Aplikasi kaedah ini juga membolehkan sesuatu kemudaratan disingkirkan, iaitu dengan
membenarkan sesuatu yang asalnya dilarang atau haram untuk dilaksanakan atau digunakan.
Contohnya, penggunaan vaksin untuk imunisasi hepatitis B yang dihasilkan daripada ragi
dibenarkan dan harus kerana bagi tujuan perubatan.
Contoh lain, hukum menggunakan pelalian meningococcal meningitis, iaitu mencevax
Yang diambil dan diperoleh daripada sumber lembu adalah harus digunakan dalam bidang
perubatan. Walau bagaimanapun, meningococcal meningitis iaitu menomune yang
mengandungi unsur daripada khinzir adalah haram digunakan walaupun untuk tujuan
perubatan.

16

LINK VIDEO BERKENAAN KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN
• https://youtu.be/9nPLU02ze_M - ADAKAH SEMUA KEMUDARATAN PERLU DIHILANGKAN
• https://youtu.be/P0n10S0nsb8 - KEMUDARATAN HARUS DIHILANGKAN

17

JAM

MENARA JAM DI MAKKAH
18

KALENDER ISLAM TAHUN 2022
19

WAKTU SOLAT MALAYSIA
20


Click to View FlipBook Version