BSJ3063 APLIKASI KOMPUTER DALAM TULISAN JAWI TUGASAN BERPASANGAN (E-BOOK) NAMA PENSYARAH : DR. MAKMUR BIN HARUN
TAJUK PAKAIAN TRASIONALDI MALAYSIA
AHLI KUMPULAN NAMA : AHMAD ZABIDI UMRIE BIN ABDUL HALIM NO MATRIK : D20201094682 FAKULTI : FKMT NAMA : MUHAMMAD SHAHFEEZAN BIN TOTIK NO MATRIK : D20201094692 FAKULTI : FKMT
PENGENALAN Pakaian tradisional di Malaysia merupakan warisan budaya yang kaya dengan keindahan dan keunikannya yang tersendiri. Setiap kumpulan etnik di Malaysia mempunyai pakaian tradisional yang mencerminkan identiti, nilai budaya dan sejarah yang kaya. Contohnya, Baju Kurung menjadi pilihan utama wanita Melayu berpotongan longgar dan anggun, manakala Baju Melayu pula menjadi pilihan lelaki Melayu berpotongan maskulin dan klasik. Sebaliknya, baju Kebaya yang cantik beraksen dengan kain sarung labuh menggambarkan gaya tipikal Peranakan. Selain itu, memakai pakaian Batik yang dipenuhi dengan motif artistik dan warna-warna cerah menjadi pilihan ramai untuk pelbagai acara formal dan kebudayaan. Daripada fabrik yang kaya sehinggalah kepada kraftangan yang rumit, pakaian tradisional di Malaysia bukan sahaja menjadi lambang identiti etnik, tetapi juga memperkayakan kepelbagaian budaya negara yang unik.
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk 'cekak' tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika Pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah samping di sebelah luar baju. Pakaian Tradisional Kaum Melayu (Lelaki) Baju Melayu Cekak Musang Baju Melayu Telok Belanga Baju Melayu Cekak Musang Baju Melayu Telok Belanga Baju Melayu Teluk Belanga pula merupakan Baju Melayu Tradisional separa formal kerana tulang belut (kolar leher bulat) dan belahan halus di tengah-tengahnya yang dikemaskan dengan satu butang. Satu lagi perbezaannya ialah, bajunya dipakai di atas kain samping, bukan di bawahnya. Akhir sekali, gayakan baju raya ini dengan songkok untuk melengkapkan gaya Muslimin tradisional di Malaysia.
Pakaian Tradisional Kaum Melayu (Lelaki) Kain Sampin Juga dipanggil sebagai ‘ samping ’ yang berasal dari perkataan sampingan. Beza sampin dan kain sarung adalah sampin lebih pendek daripada kain sarung. Sampin biasanya dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Sampin akan diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar atau di sebelah dalam baju
Baju kurung Cekak Musang sama potongannya dengan Baju Kurung Telok Belanga. Hanya pada bahagian lehernya ditambah kolar tegak dua jari dan di dada dengan dilapik sedikit tebal untuk memasang butang sebanyak lima atau tujuh butir. Baju ini dahulunya perrnah dipakai oleh kerabat diraja dan golongan bangsawan, maka itu ianya dibuat dari fabrik mahal seperti broket dan baldu. Pakaian Tradisional Kaum Melayu (Perempuan) Baju Kurung Cekak Musang Baju Kurung Teluk Belanga Baju Kurung Cekak Musang Baju Kurung Teluk Belanga Baju Kurung Telok Belanga adalah pakaian tradisi wanita Johor yang masih dipakai sehingga ke hari ini. Potongan baju mengandungi badan, lengan, pesak dan kekek adalah longgar dan selesa dipakai serta dikemaskan dengan sebutir butang di leher. Baju ini juga dilengkapi dengan kocek di bawah dada kiri dan ada juga kocek yang dipasang di sisi bahagian dalam baju. Baju dan kain lazimnya dipakai sedondon atau bajunya dari fabrik kosong dan dipadankan dengan kain songket atau kain batik. Baju ini dipadankan dengan kain sarung ikatan ombak mengalun. Pada masa dahulu sehelai kain sarung lagi dipakai sebagai kain kelubung dan kerabat diraja Johor menghiasi bahu dengan selendang mantul dari sulaman corak kelingkan.
Pakaian tradisional cina samfu ini adalah sejenis baju dan seluar yang boleh dipakai oleh wanita dan lelaki dalam kehidupan seharian. Pakaian tradisional cina ini berupa baju longgar dan seluar yang diperbuat daripada kain lembut misalnya kain sutera. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian Tradisional Kaum Cina (Lelaki) SAMFOO CHANGSAN SAMFOO CHANGSAN Changshan adalah sejenis pakaian tradisional cina yang dikatakan berbaju panjang. Seperti cheongsam juga, changshan selalunya dipakai oleh kaum lelaki khususnya. Ia berasal dari Piyin Changshan pada zaman dahulu. Pakaian tradisional cina ini boleh dipakai untuk menghadiri majlis rasmi dan beberapa acara yang sesuai. Ia juga dikatakan pakaian yang selalu digunakan oleh golongan kelas atasan.
Cheongsam sering dipakai dalam majlis yang bersesuaian mengikut peredaran zaman seperti majlis perkahwinan dan tahun baru cina. Terdapat banyak jenis cheongsam, namun asalnya pakaian tradisional cina ini berlapis-lapis, penuh sulaman benang emas dan sutera. Pakaian Tradisional Kaum Cina (Perempuan) CHEONGSAM HANFU CHEONGSAM HANFU Istilah “Hanfu ” berasal dari kaum Han yang mula memakai pakaian ini. “Yifu ” bermaksud baju dalam bahasa mandarin atau bahasa cina. Lengannya kembang dan leher mempunyai kolar yang selesa. Pakaian hanfu ini juga menjadi pilihan ramai kaum untuk mencuba kerana ia amat sopan sekali, malah ia turut direka secara moden.
Dhoti juga merupakan salah satu pakaian kasual bagi kaum lelaki di India. Dhoti berbentuk segi empat tepat dan tidak berjahit.Panjangnya menghampiri 5 meter dan dapat membaluti seluruh pinggang si pemakainya. Dhoti biasanya dipadankan dengan kurta iaitu sejenis baju yang labuh. Pakaian Tradisional Kaum India (Lelaki) DHOTI KURTA DHOTI KURTA Kurta adalah sejenis pakaian labuh yang dipakai oleh kaum lelaki di India pada majlis-majlis rasmi dengan labuhnya di bawah atau di atas paras lutut si pemakainya. Masyarakat India lazimnya mengenakan kurta dengan salwar atau seluar panjang. Kebiasaannya kurta diperbuat daripada kain kapas atau linen.
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 meter panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atasbahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. Pakaian Tradisional Kaum India (Perempuan) SARI PUNJABI SARI PUNJABI Pakaian Salwar Kameez juga dikenali sebagai Punjabi. Punjabi amat popular di utara India dan biasa dipakai oleh perempuan kaum India di Malaysia. Punjabi terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar dan tudung kepala yang sesuai warnanya.
kesimpulan Pakaian tradisional di Malaysia mencerminkan kekayaan warisan budaya negara, kaya dengan kepelbagaian etnik, sejarah dan nilai budaya yang terus dipelihara dan dihayati sehingga kini. Daripada Baju Kurung yang anggun kepada Baju Melayu maskulin, serta Baju Kebaya yang cantik hinggalah kepada Baju Batik yang kaya dengan motif dan warna, setiap jenis pakaian tradisional memaparkan keunikan dan keindahannya yang tersendiri. Pemilihan pakaian tradisional bukan sahaja berdasarkan faktor estetika, tetapi juga merupakan ekspresi identiti etnik dan budaya masyarakat Malaysia.
terima kasih !!!