PAHLAWAN KEBANGGAANKU NAMA PELAJAR : PUTERA ELMAN KHALISH B. MOHAMAD YUSNIZAM KELAS : 5 ARIF No My Kid : 120704060607 NAMA GURU : NURUL HUDA BUKU SKRAP SEJARAH 1
ISI KANDUNGAN LAPORAN Tajuk : PAHLAWAN KEBANGGAANKU m/s Penyataan Masalah …3 Objektif kajian …3 Kaedah kajian …3 Analisis data …4 Hasil dapatan …5 Kesimpulan …5 Rujukan …6 2
Pahlawan Kebangganku - Awang Ahmad (Mat Kelubi) 1.0 PENYATAAN MASALAH Pergolakan tercetus di Pahang selepas beberapa tahun selepas Sultan Ahmad AlMuadzam Shah (1836-1914) terpaksa menandatangani perjanjian pada tahun 1888 meminta British memberi perlindungan ke atas Pahang. Gerakan menentang Inggeris di Pahang berlarutan antara tahun 1891 hingga 1894. Dalam gerakan menentang Inggeris, lahirlah pahlaan-pahlawan Pahang yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau dan Mat kelubi (sepupu Mat Kilau). Datuk Bahaman merupakan Orang Kaya Semantan, dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Besar Daerah dengan kuasa pentadbiran di Sungai Semantan, Temerloh hingga ke Jeram, Bentong. Datuk Bahaman marah dengan perbuatan Inggeris campur tangan dalam pentadbiran negeri. Selain itu beliau tidak lagi dibenarkan mengutip cukai hasil hutan oleh penguasa Inggeris 2.0 OBJEKTIF KAJIAN i. Mengenali tokoh-tokoh pahlawan tempatan ii. Meningkatkan kefahaman terhadap perjuangan tokoh tempatan untuk mendapatkan kemerdekaan negara iii. Menghargai jasa pengorbanan tokoh-tokoh tempatan iv. Menanam semangat patriotik dan rasa cinta kepada negara 3.0 KAEDAH KAJIAN kajian ini dilakukan dengan beberapa kaedah bagi mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan. 1. Data sekunder daripada maklumat cariandi laman web. 2. Temu ramah-cerita lisan daripada ibu bapa dan keluarga . 3
4.0 ANALISIS DATA 1. Mat Kelubi atau Mamat Kelubi ialah seorang pengikut setia Bahaman, Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau. 2. Nama sebenar Mat Kelubi ialah Awang Ahmad dan dia merupakan anak saudara Tok Gajah. Maksudnya Mat Kelubi ialah sepupu Mat Kilau 3. Mat Kelubi seorang pejuang yang berani 4. Mat Kelubi bertanggungjawab sebagai ‘Kapit’ (pengawal peribadi) kepada Bahaman. Mat kelubi setia kepada pejuangan bersama Dato Bahaman 5. Mat Kelubi handal ilmu persilatan dan tangkas berperang 6. Pada tahun 1894, telah berlaku pertempuran di antara pengikut Dato Bahaman dan tentera sikh yang berkhidmat dengan British. 7. Mat Kelubi telah diserang hendap oleh kumpulan pengikut Panglima Garang Yusof yang diupah oleh Inggeris. 8. Mat Kelubi terkena tembakan senapang. Dia terjun ke dalam sungai. Panglima Garang Yusof turut terjun ke dalam sungai dan menikam Mat Kelubi bertubi-tubi sehingga mati. 9. Mat Kelubi terjatuh ke dalam sungai, kepalanya dikerat, manakala badannya tanpa kepala telah hanyut di Sungai Pahang lalu terdampar pada pasir di Pulau Dedari, Kampung Pedah, Jerantut. Orang kampung yang menjumpai dan mengenali Mat Kelubi membawa mayatnya untuk dikebumikan di perkuburan Kampung Lama Pedah Gambar 1.1-Kubur Mat Kelubi di perkarangan masjid Pedah, Jerantut 4
5.0 DAPATAN KAJIAN • Orang melayu tidak berpuas hati dengan tidakan British untuk masuk campur dalam pentadbiran negeri • Penduduk setempat Bersatu hati menentang penjajahan British • Orang Melayu taat kepada ketua dan setiakawan. • Sultan Melayu merupakan ketua hal ehwal agama islam dan adat resam melayu 6.0 KESIMPULAN 1. Penghuni asal semenanjung Malaysia tidak suka penjajah campur tangan dalam pentadbiran negeri mereka. 2. Penentangan penjajah diketuai oleh pemimpin-pemimpin Tanah Melayu yang tidak suka pelbagai peraturan yang dikenakan ke atarsmereka. 3. Sikap berani dan bersatu hati yang ditunjukkan oleh pahlawan telah membawa kepada kemerdekaan negara. 4. Jika kita bekerjasama dan mengamalkan budaya perpaduan dalam kehidupan, kita mampu melawan anasir jahat yang mengancam negara kita. 5
7.0 RUJUKAN http : ilibur.pejuangKemerdekaan Malaysia Anda Kena Tahu// https://www.bing.com/pahlawan+melayu https://orangkata.my/Sejarah/mat-kelubi-pejuang-pahang-yang-dipisahkankepala-dari-badan https://lamanpahang.blogspot.com/masjid-mat-kelubi-kampung-pedah.html https://zabaq.blogspot.com/mat-kelubi-pahlawan-pahang-yang.html 6
Peta Negeri Pahang 7 8.0 LAMPIRAN
8 Sultan Ahmad al-Mu'azzam Shah ibni al-Marhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali, Sultan Pahang moden pertama
9 Sir Hugh Charles Clifford, Residen British di Pahang JP Rodger, Residen British Pertama di Pahang – beliau banyak menimbulkan rasa tidak puas hati pembesar di Pahang
Pahlawan Pahang- Mat Kelubi menjadi pengikut setia 10 Dato' Bahaman Bin Tuanku Imam Noh Tok Gajah (Imam Perang Rasu) Mat Kilau bin Imam Rasu