The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LMCR 2392 PENGURUSAN MASA 2_REPORT_18072022 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atyrahkwon, 2022-07-21 13:54:30

LMCR 2392 PENGURUSAN MASA 2_REPORT_18072022 (1)

LMCR 2392 PENGURUSAN MASA 2_REPORT_18072022 (1)

NAMA KURSUS:
LMCR 2392

PENGURUSAN MASA

TAJUK PROJEK:
KEMPEN BIJAK MENGURUS MINYAK MASAK TERPAKAI (MMT)

PENSYARAH:
DR FATIN HAZWANI

AHLI KUMPULAN:

NAMA NO. MATRIK

MOHD HUSAINI BIN MOHAMMED NOR A177968

KAMARIAH BINTI WAHAB A177965

MOHD SHAHRIL BIN ABU SHARI A177968

ATHIRAH KHAIRIAH BINTI KHAIR NASARUDDIN A178670
NOOR SYAIMAA’ BINTI RAHIM A178496

ISI KANDUNGAN 2
4
LATARBELAKANG PROJEK 4
PERINCIAN FRAMEWORK
PENCAPAIAN AKTIVITI PROJEK 10
19
- SEBELUM PROJEK 22
- SEMASA PROJEK 22
- SELEPAS PROJEK 23
GAMBAR AKTIVITI 23
MAKLUMBALAS KOMUNITI 31
IMPAK PROJEK
PENEMUAN DAN PERBINCANGAN PROJEK
RUMUSAN
LAMPIRAN
RUJUKAN

Projek Bijak Mengurus MMT 1

1.0 PENGENALAN
Menurut statistik kajian pencemaran 2016, setiap seisi rumah menggunakan minima secara purata
minyak masak sebanyak 2kilogram sebulan manakala 45% minyak yang tidak boleh digunakan
akan dibuang begitu sahaja. Pembuangan minyak masak terpakai pada hari ini tidak sistematik
seperti membuang di dalam sistem perparitan dan longkang mengakibatkan longkang tersumbat
dan berbau busuk. Ia secara tidak langsung memberikan impak negatif seperti menggalakkan
kehadiran haiwan perosak yang akan mendatangkan pelbagai penyakit kepada manusia. Kesan
buruk ini dapat diatasi dengan mengitar semula minyak masak terpakai ini. Tindakan ini dapat
menjamin persekitaran yang bersih, jauh daripada masalah pencemaran terutamanya pencemaran
air dan menjimatkan kos merawat air. Minyak masak terpakai sebenarnya boleh dikitar semula
menjadi minyak bio-diesel, sabun dan lilin. Pada masa kini, minyak masak yang dikumpul akan
dihantar ke sebuah syarikat untuk diproses menjadi bio-diesel Sisa minyak masak yang dihantar
ke pusat kitar semula akan melalui beberapa proses fizikal, kimia dan biologi sebelum diproses
menjadi bahan lain yang memberikan manfaat kepada masyarakat. Melihat kepada permasalahan
ini, kami datangkan solusi yang sesuai menggunakan pendekatan melalui kempen. Konsepnya kita
membantu menyelesaikan isu yang berbangkit di kawasan sekitar perumahan dengan pelbagai
inisiatif sesuai. Pada masa yang sama, kita dapat menjana pendapatan secara tidak langsung.
Melalui pendekatan ini, kita juga dapat mengasah kemahiran insaniah, komunikasi dan
menyantuni masyarakat. Kempen ini adalah untuk memberi impak yang besar dalam membantu
masyarakat menjaga kesihatan. Ia juga melestarikan alam sekitar apabila dapat mengawal
pencemaran akibat pembuangan sisa minyak masak terpakai secara tidak terurus sebelum ini.
Tidak dinafikan Masih ramai lagi masyarakat yang tidak menyedari tentang permasalahan ini dan
satu aktiviti/program telah dijalankan kepada masyarakat setempat termasuklah penerangan
mengenai bahayanya menggunakan minyak masak berulang kali dan membuangnya ke dalam
tempat yang tidak sepatutnya.

Projek Bijak Mengurus MMT 2

2.0 Objektif
• Memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap penduduk di KRT Taman Rakan
untuk mengurus minyak masak terpakai (MMT) serta cabaran-cabarannya dan
melahirkan sikap keprihatinan terhadap alam sekitar.
• Memberi peluang kepada penduduk disitu bagaimana untuk menguruskan minyak
masak terpakai.
• Menambahkan ilmu pengetahuan penduduk taman rakan tentang isu berkaitan
dengan minyak masak yang telah digunakan jika mereka buang sewenang-
wenangnya dan menggunakannya beberapa kali.
• Menggalakkan komuniti disitu melibatkan diri secara aktif untuk meningkat
kesedaran dalam menguruskan minyak terpakai.
• Menyampaikan maklumat berkaitan sisa minyak masak terpakai
• Mendidik komuniti cara menguruskan sisa minyak masak terpakai
• Mewawarkan saluran untuk komuniti menjana pendapatan sampingan dari jualan
sisa minyak masak terpakai

3.0 LATARBELAKANG PROJEK
Kempen bijak mengurus minyak masak terpakai yang telah dijalankan adalah untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat dan juga Komuniti KRT Taman Rakan khasnya berkaitan
kepentingan dalam menyimpan minyak masak terpakai (MMT) dapat menghasilkan barang
kegunaan seperti lilin, biodiesel dan lain-lain juga. dengan mengumpulkan minyak masak terpakai
didalam bekas/ botol yang bersesuaian (maksimum 3 kali penggunaan). Dapat menambah wang
pendapatan kerana minyak tersebut boleh dijual mengikut liter minyak ditetapkan. Kempen
kesedaaran minyak masak terpakai ini juga adalah untuk menyelamtkan alam sekitar dari
pencemaran air dan memberi impak kepada kesihatan masyarakat di Malaysia.

Projek Bijak Mengurus MMT 3

4.0 PERINCIAN FRAMEWORK

MINGGU TARIKH PERKARA
1 9 – 15 April
- Menyediakan dan membentang slide proposal serta mendapatkan
2 16- 22 April kelulusan daripada pensyarah, Dr Fatin Hazwani untuk menjalankan projek.
3 23-29 April
4 1 – 7 Mei - Mendapatkan kerjasama dengan jawatankuasa komuniti mengenai projek
yang bakal dijalankan.

- Mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan sisa minyak masak terpakai
- Menyediakan soal selidik menerusi google form untuk mendapatkan respons daripada

komuniti berkaitan tahap kesedaran berkaitan pengurusan sisa minyak masak
- Membuat poster untuk hebahan projek.
- Penyediakan tajuk poster yang akan dikeluarkan.

- Edaran soal selidik menerusi google form untuk mendapatkan maklumat berkaitan
tahap kesedaran berkaitan pengurusan sisa minyak masak

- Penyediaan video cara mengurus sisa minyak masak terpakai

MINGGU TARIKH PERKARA
5 9 – 15 Mei
- Membahagikan tugas kepada setiap ahli
6 16- 22 Mei - Penyediakan draf poster yang akan dikeluarkan.

a) Kesan minyak masak kepada alam sekitar & komuniti
b) Kepentingan sisa minyak masak terpakai
c) Peranan komuniti dalam menguruskan sisa minyak masak terpakai
d) Sisa minyak masak terpakai menjadi duit

- Hebahan mengenai Kempen Online Bijak Urus Minyak Masak Terpakai kepada
komuniti menerusi Fb dan group whatapps komuniti.

- Membahagikan tugas semasa kempen dilaksanakan kepada setiap ahli.

Projek Bijak Mengurus MMT 4

7 22-29 Mei Edaran poster kempen menerusi fb dan group whatapps untuk tajuk berikut:
a) Siri 1: Kesan minyak masak kepada alam sekitar & komuniti
b) Siri 2: Kepentingan sisa minyak masak terpakai

8 1 – 7 Jun Mengadakan FB Live/google meet bersama:

- Wakil komuniti

- Pihak pakar pengurusan MMT

9 8 – 14 Jun - Edaran poster kempen menerusi fb dan kumpulan whatapps untuk tajuk berikut:
c) Siri 3: Peranan komuniti dalam menguruskan sisa minyak masak terpakai
d) Siri 4: Sisa minyak masak terpakai menjadi duit

10 15- 21 Jun - Edaran soal selidik google form untuk dapatkan maklum balas komuniti dari kempen
yang telah dilaksanakan

- Penilaian kempen berdasarkan maklumbalas soal selidik

11 22-28 Jun - Menyediakan Laporan Kempen Online Bijak Urus Minyak Masak Terpakai
- Menyediakan slide dan video semasa projek berjalan sebagai dokumentasi projek.
- Kutipan hasil MMT daripada komuniti

12 29 Jun – 3 - Menyediakan video pembentangan dan dokumentasi projek.
Jul - - Siapkan laporan projek

5.0 PENCAPAIAN AKTIVITI PROJEK

Kempen mengurus minyak masak terpakai (MMT) ini melibatkan usahasama bersama
Komuniti KRT Taman Rakan dan disokong dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO)
yang pakar berkaitan MMT iaitu Green Waste Selangor (GWS). Usahasama ini
dilaksanakan bagi menjayakan objektif utama Kempan Online mengurus MMT dalam
memupuk kesedaran komuniti dalam menguruskan MMT secara betul dan teratur. Selain
itu, ia juga dapat memberi maklumat yang tepat kepada komuniti berkaitan kesan MMT
jika tidak diurus dengan betul serta dijelaskan juga MMT boleh dikitar semula untuk
menjadi bahan yang boleh diguna semula seperti biodiesel, sabun dan lilin. Dalam kempen
ini terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan iaitu edaran poster berkaitan MMT,
ceramah kesedaran menguruskan minyak masak terpakai bersama GWS dan aktiviti turun
padang bertemu Komuniti Taman Rakan dalam menjayakan dan menilai tahap kesedaran
yang dilaksanakan menerusi online Berjaya menarik minat komuniti dan menunjukkan
kesedaran berkaitan mengurus MMT dan pada masa yang sama MMT boleh menjana
pendapatan mereka secara sampingan.

Projek Bijak Mengurus MMT 5

5.1 SEBELUM PROJEK

Sebelum projek bermula, ahli kumpulan diagihkan untuk menyediakan beberapa perkara
seperti berhubung dengan komuniti yang dipilih iaitu KRT Taman Rakan. Pemilihan ini
dilakukan memandangkan projek yang hendak dilaksanakan belum pernah dilaksanakan di
komuniti tersebut, di mana pendedahan secara langsung berkaitan pengurusan minyak
masak terpakai (MMT) belum dihebahkan. Di samping itu, kami telah berhubung dengan
pengasas Green Waste Selangor (GWS) untuk mendapatkan Kerjasama beliau untuk
menyampaikan ceramah berkaitan pengurusan MMT. GWS dikenalpasti sebagai NGO
yang layak dihubungi memandangkan pihak mereka sudah hamper …tahun terlibat dengan
aktiviti pengurusan sisa dan ada kepakaran untuk pengurusan MMT. Pihak kami telah
menghantar surat permohonan kepada KRT Taman Rakan dan Green Waste Selangor
untuk mendapatkan Kerjasama bagi menjayakan projek ini.

5.2 SEMASA PROJEK

i) Aktiviti Agihan Poster Info Kempen

Kami telah menyediakan berapa poster softcopy untuk diedarkan dalam fb komuniti dan
group whatapps komuniti. Poster yang terlibat adalah berkaitan maklumat berikut:

Poster Siri 1: Kesan minyak masak kepada alam sekitar & komuniti
Poster Siri 2: Kepentingan sisa minyak masak terpakai
Poster Siri 3: Peranan komuniti dalam menguruskan sisa minyak masak terpakai
Poster Siri 4: Sisa minyak masak terpakai menjadi duit

ii) Aktiviti Ceramah Online

Kempen diteruskan dengan ceramah online yang telah diadakan pada 18 Jun 2022. Tajuk
ceramah tersebut adalah “Bijak Menguruskan Minyak Masak Terpakai”. Ceramah ini telah
disampaikan oleh Dr. Maisarah binti Tajuddin, Pengasas Green Waste Selangor (GWS).
Semua peserta yang hadir dalam ceramah online tersebut mendapat manfaat dan
pengetahuan tentang cara pengurusan minyak masak terpakai (MMT), mengetahui tentang

Projek Bijak Mengurus MMT 6

peranan dan tanggungjawab dalam membantu pengurusan MMT dan undang-undang
berkaitan pengurusan sisa terjadual. Semua warga yang hadir dalam ceramah tersebut
memberi tumpuan yang penuh semasa ceramah disampaikan dan peserta bertuah yang
menjawab kuiz dengan tepat diberikan hadiah.

Tentatif program ceramah online adalah seperti berikut:

WAKTU AKTIVITI
8.30 -9.00 mlm Persediaan dan kemasukkan peserta di atas talian
9.00 -9.30mlm Ucapan aluan dan pengenalan biodata penceramah jemputan
9.30 mlm Ceramah kesedaran Bersama Dr. Maisarah, wakil GWS
10.00 mlm Sesi soal jawab Bersama wakil GWS
10.30 mlm. Program tamat

Gambar 1: Poster Hebahan Program Ceramah Atas Talian

iii) Aktiviti Kutipan MMT

Pada 26 Jun 2022, pihak kami telah mengadakan majlis ringkas untuk memberi peluang
kepada komuniti untuk menunjukkan tahap kesedaran berkaitan pengurusan MMT dengan
menyerahkan hasil stok MMT yang telah mereka kumpul kepada wakil GWS bagi
menjayakan projek ini. Majlis ini telah dihadiri oleh wakil dari Green Waste Selangor
(GWS) dan jawatankuasa TKR Taman Rakan serta penduduk taman. Perjumpaan hanya
focus untuk aktiviti kutipan MMT dan perbincangan untuk Kerjasama berterusan antara
komuniti KRT Taman Rakan dan Green Waste Selangor.

Projek Bijak Mengurus MMT 7

Tentatif program semasa sesi kutipan MMT seperti berikut:

WAKTU AKTIVITI
9 pagi-9.30 pagi
9.45 – 10.30 pagi Ketibaan Dr Maisarah (GWS), Pengerusi KRT Taman Rakan
10.30 – 11.00 pagi dan Peraih MMT.
11.15 -11.30 pagi Penduduk datang membawa MMT untuk di jual.

11.30 pagu Sesi ucapan Pengerusi KRT Taman Rakan dan wakil GWS

Sesi penyampaian hadiah kepada Dr Maisarah (wakil GWS)
Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz MMT oleh
Pengerusi KRT Taman Rakan
Majlis bersurai dan jamuan makan.

Gambar 2: Bunting Program Kutipan MMT

Perbincangan antara GWS dan TKR Komuniti Taman Rakan berkaitan perkara berikut:

• Memberi taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula minyak masak terpakai.
• Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar jika MMT dibuang secara

tidak teratus dan ia memberi kesan kepada penduduk.
• Memberi pengiktirafan kepada penduduk yang aktif menyumbang dan terlibat secara

langsung dalam melaksanakan program pengumpulan MMT.
• Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan MMT secara teratus dan berjadual.
• Sediakan bekas dan botol kosong untuk menyimpan MMT.
• Menghubungi peraih yang dilantik untuk serahan MMT terkumpul.

Projek Bijak Mengurus MMT 8

5.3 SELEPAS PROJEK
Setelah projek ini menunjukkan hasil yang baik, ia akan diteruskan oleh Jawatankuasa
Surau TRK Taman Rakan. Urusan berhubung dengan pihak GWS akan dilaksanakan oleh
Jawatankuasa terlibat. Bagi menilai usaha kempen ini telah Berjaya dilaksanakan, maka
edaran soal selidik diedarkan sekali lagi kepada pihak komuniti untuk melihat tahap
kesedaran mereka selepas kempen ini. Sehubungan itu, kami telah menyediakan surat
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Komuniti TRK Taman Rakan dan GWS
kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang projek dilaksanakan.

Projek Bijak Mengurus MMT 9

6.0 GAMBAR AKTIVITI PROJEK
6.1 Edaran Poster Maklumat MMT
Berikut adalah poster yang diedarkan kepada komuniti menerusi FB Taman Rakan dan
menerusi kumpulan whatapps.

Projek Bijak Mengurus MMT 10

Projek Bijak Mengurus MMT 11

6.2 Ceramah Atas Talian
Berikut adalah gambar sepanjang sesi ceramah yang disampaikan oleh wakil Green
Waste Selangor pada 18 Jun 2022 menerusi talian google meet. Program dipinda
menerusi google meet memandangkan ada masalah dengan link fb live.

Sebahagian Pengisian Ceramah Atas Talian Pada 18 Jun 2022

Projek Bijak Mengurus MMT 12

Peserta Yang Menang Jawab Soalan Kuiz Atas Talian

Demostrasi Penghasilan Sabun Daripada MMT

Projek Bijak Mengurus MMT 13

6.3 Majlis Kutipan MMT dari Komuniti TRK Taman Rakan
Berikut adalah gambar ahli Jawatankuasa TRK Taman Rakan dan gambar sepanjang aktiviti dan
majlis kutipan MMT pada 26 Jun 2022

Pengerusi TKR Taman Rakan:Encik Mohd Zaki bin Ibrahim
dan Setiausaha TRK Taman Rakan:Puan Junaidah binti Kassim

Projek Bijak Mengurus MMT 14

Ketua kumpulan projek, Encik Husaini menyampaikan cenderahati kepada
Pengerusi TRK Taman Rakan sebagai tanda terima kasih

Pengerusi TKR Taman Rakan:Encik Mohd Zaki bin Ibrahim menyampaikan sumbangan
cenderahati kepada Dr. Maisarah Tajuddin, Pengasas Green Waste Selangor

Projek Bijak Mengurus MMT 15

Banner yang digantung untuk makluman kepada penduduk berkaitan aktiviti pungutan
MMT pada 26 Jun 2022

Aktiviti peraih yang di bawa oleh Green Waste Selangor menguruskan MMT yang telah
dikumpul oleh komuniti

Projek Bijak Mengurus MMT 16

PENDUDUK TELAH MENGUMPULKAN SEBAHAGIAN MINYAK
MASAK TERPAKAI UNTUK DI JUAL

Projek Bijak Mengurus MMT 17

MINYAK MASAK TERPAKAI ITU AKAN DIBELI PADA HARGA
RM1.80 SEKILOGRAM

MEMBERI PENGIKTIRAFAN KEPADA PENDUDUK DI KAWASAN
TERSEBUT KERANA TELAH BERJAYA MENJALANKAN PROGRAM

Projek Bijak Mengurus MMT 18

7.0 MAKLUMBALAS KOMUNITI
Penilaian projek ini kami peroleh berdasarkan edaran soal selidik sebelum kempan dan selepas
kempen. Berikut adalah hasil analisis soal selidik yang diperoleh sepanjang projek ini
dilaksanakan. Berdasarkan maklum balas soal selidik kami dapati bahawa komuniti memberi sedar
akan Sisa Minyak Masak Terpakai (MMT) telah meningkat dari 30% kepada 77%. Ini merujuk
kepada pengenalan sisa MMT sebagai sisa terjadual dan perlu dilupuskan dengan teratur. Rujuk
carta 1a dan 1b.

Maklumbalas Komuniti Sebelum Kempen MMT

Tahu Sisa MMT
30%

Tidak Tahu Sisa
MMT
70%

Carta 1a: Maklumbalas Komuniti Sebelum Kempen MMT: Tahu Berkaitan Sisa MMT

Maklumbalas Komuniti Selepas Kempen MMT

Tidak Tahu Sisa
MMT
23%

Tahu Sisa MMT
77%

Carta 1b: Maklumbalas Komuniti Selepas Kempen MMT: Tahu Berkaitan Sisa MMT

Projek Bijak Mengurus MMT 19

Maklumbalas Komuniti Sebelum Kempen MMT

Tahu Sisa MMT
Berbahaya
40%

Tidak Tahu Sisa
MMT Berbahaya

60%

Carta 2a: Maklumbalas Komuniti Sebelum Kempen MMT: Tahu Sisa MMT Berbahaya

Maklumbalas Komuniti Selepas Kempen MMT

Tidak Tahu Sisa Tahu Sisa MMT
MMT Berbahaya Berbahaya
62%
38%

Carta 2b: Maklumbalas Komuniti Selepas Kempen MMT: Tahu Sisa MMT Berbahaya
Berdasarkan carta 2a dan 2b, maklumat sebelum kempen, 60% ahli komuniti tidak mengetahui
bahawa MMT adalah dikategorikan sebagai sisa terjadual dan perlu dilupuskan mengikut
peraturan alam sekitar. Tetapi selepas kempen, kesedaran telah meningkat kepada 62% tahu
bahawa MMT adalah dibawah sisa terjadual dan bukan sisa sampah biasa.

Projek Bijak Mengurus MMT 20

Kaedah Urus Sisa MMT

10%
3%

42%

45%

Buang dalam longkang/tong sampah Urus sisa MMT dengan betul

Buang dalam tong sampah Serah kepada pemungut sampah

Carta 3: Kaedah Menguruskan Sisa MMT

Berdasarkan analisis, carta 3 menunjukkan bahawa kaedah-kaedah yang biasa digunakan oleh
komuniti untuk melupuskan sisa MMT. Kaedah biasa yang menjadi pilihan adalah membuang sisa
MMT ke dalam longkang dan tong sampah.

KAEDAH URUS SISA MMT YANG BETUL

Letak tepi tong Hantar ke pusat kitar
sampah semula
41% 36%

Jual kepada
pembeli/peraih

MMT
23%

Carta 4: Kaedah Menguruskan Sisa MMT yang Betul

Carta 4 menunjukkan bahawa komuniti biasa meletakkan sisa MMT ditepi tong sampah dan
pemunggut sampah atau pencuci bangunan akan kumpul MMT tersebut. Dan hanya 23% sahaja
yang menjual kepada peraih MMT.

Projek Bijak Mengurus MMT 21

8.0 IMPAK PROJEK

Kesan kebaikan dan kepentingan kitar semula MMT kepada penduduk dan alam sekitar serta
memberi peluang kepada penduduk untuk menjana pendapatan sampingan. Penduduk yang
mempunyai kesedaran secara tidak langsung menjamin alam sekitar yang baik untuk generasi
masa hadapan. Kesedaran yang wujud ini secara tidak langsung ia akan mengurangkan
pencemaran alam ke tahap yang lebih baik terutama pencemaran yang melibatkan pelepasan sisa
MMT yang biasa dilaporkan didada akhbar, di mana ia menyebabkan saluran paip tersumbat dan
memberi kesan kepada aliran air longkang. Air longkang yang tidak mengalir dengan baik akan
menyebabkan wabak penyakit dengan kehadiran nyamuk dan lalat, Situasi tersebut akan
menjejaskan kesihatan penduduk. Sehubungan itu, adalah amat penting penduduk diberi tahap
kesedaran untuk menguruskan MMT.

Kesan daripada projek ini juga dapat dilihat dari segi pengurusan masa dan pengendalian program
bersama penduduk setempat. Kekangan masa terlibat kerana penduduk hanya ada masa terluang
hanya hari minggu sahaja. Di samping itu, kekangan dari segi penyampaian ceramah secara online
masih perlu ditampung dengan program fizikal Bersama penduduk kerana mereka lebih suka
bersemuka. Di samping itu juga, kekangan penggunaan teknologi juga perlu ditambah baik
memandangkan masih terdapat penduduk yang lebih suka bersemuka.

9.0 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN PROJEK
Kejayaan projek adalah adanya Kerjasama yang baik dengan komuniti KRT Taman Rakan dan
kesediaan mereka untuk terus bekerjasama dengan Green Waste Selangor dalam melaksanakan
dan meneruskan projek ini secara konsisten adalah amat membanggakan diri kami selaku
penganjur projek ini. Projek ini akan diambil alih oleh jawatankuasa Surat KRT Taman Rakan dan
akan diteruskan usaha Bersama Green Waste Selangor. Aktiviti akan ditambah baik dari masa ke
semasa dan ia akan dijadikan salah satu aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R ‘Rethink,
Reuse, Recycle. Semoga usaha kecil kami bukan sahaja dapat memberi kesedaran kepada ahli
komuniti tetapi juga dapat menambahkan pendapatan mereka secara sampingan demi
kelangsungan hidup dalam ekonomi yang mencabar pada masa kini, terutama sekali setelah negara
kita memasuki fasa pandemik setelah sekian lama bergelut dengan Covid-19.

Projek Bijak Mengurus MMT 22

10. RUMUSAN

Program ini dijalankan adalah untuk memberikan manfaat kepada komuniti KRT Taman Rakan
khasnya untuk mengetahui kepentingan menjaga alam sekitar khususnya menguruskan pelupusan
sisa terjadual, khusus kepada minyak masak terpakai (MMT) minyak masak terpakai itu akan
dibeli semula oleh pihak tersebut pada harga RM1.80 sekilogram. Program ini dijalankan secara
berterusan sejak dua tahun lalu bertujuan mengumpulkan minyak masak terpakai dan diproses
menjadi biodiesel. Oleh itu, kita mengharapkan mereka dapat mengaplikasikan cara terbaik untuk
menguruskan MMT dan boleh menjana pendapatan hasil daripada menjual MMT atau mengitar
semuka MMT kepada produk yang boleh diguna semula seperti sabun dan lilin yang dihasilkan
daripada MMT. Semoga kempen yang dianjurkan secara maya oleh pihak GWS dengan cara
ceramah santai dan program turun padang untuk membuat kutipan MMT dapat diteruskan secara
konsisten dalam kehidupan seharian komuniti dan seterusnya menjadi masyarakat yang
menghargai, dan memelihara alam sekitar dengan sebaiknya. Anugerah alam sekitar yang
diberikan oleh Allah s.w.t perlu digunakan dengan penuh berhikmah dan bukannya merosakkan
nikmat kebaikan yang diberikan. Harapan kami, semoga kita sama-sama dapat memelihara alam
sekitar walaupun dengan hanya mengambil langkah kecil seperti mengitar semula MMT untuk
meningkatkan lagi kesedaran penjagaan alam sekitar untuk kesejahteraan alam dan ekonomi
komuniti.

11. LAMPIRAN

Lampiran yang disertakan adalah seperti berikut:

Lampiran Penerangan

Lampiran 1 Soal selidik kepada komuniti TRK Taman Rakan

Lampiran 2 Surat kepada jawatankuasa TRK Taman Rakan

Lampiran 3 Surat kepada Green Waste Selangor (GWS)

Lampiran 4 Surat penghargaan kepada TRK Taman Rakan

Lampiran 5 Surat penghargaan kepada Green Waste Selangor

Lampiran 6 Soalan kuiz MMT

Lampiran 1

Soal selidik kepada komuniti TRK Taman Rakan

Projek Bijak Mengurus MMT 23

TAHAP KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP
PENGURUSAN MINYAK MASAK TERPAKAI (MMT)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kami adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia sedang
menjalankan kajian mengenai “Tahap Kesedaran Komuniti Terhadap Pengurusan Minyak
Masak Terpakai (MMT)”.

2. Semua maklumat yang anda berikan adalah dirahsiakan dan akan digunakan semata-mata
untuk melaksanakan kajian ini.

3. Kerjasama anda adalah penting dan sangat berharga untuk menentukan kejayaan kajian ini dan
kami ucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang tuan-tuan dan puan-puan berikan.

Sekian.

A: Biodata Responden:

1 Jantina :

Lelaki
Perempuan

2 Umur:

18 tahun ke bawah
19 - 29 tahun
30 - 40 tahun
40 tahun ke atas

3 Bangsa:

Melayu
Cina
India
Lain-lain: nyatakan

B: PENGETAHUAN BERKAITAN SISA MINYAK MASAK TERPAKAI (MMT)

Projek Bijak Mengurus MMT 24

4 Pernahkan anda tahu berkaitan sisa minyak masak terpakai (MMT)?
Ya
Tidak

5 Tahukah sisa minyak terpakai adalah sisa berbahaya/terjadual?
Ya
Tidak

6 Tahukah macam mana menguruskan sisa minyak masak terpakai (MMT)?
Ya
Tidak

Bagaimana anda menguruskan SISA minyak masak terpakai (MMT) di rumah
7 anda?

Membuang minyak ke dalam tong sampah bersama sisa makanan lain
Membuang sisa minyak ke dalam sinki dan longkang
Menguruskan mengikut cara pengurusan sisa terjadual yang disarankan
oleh PBT/kempen urus sisa

C: CARA PENGURUSAN SISA MINYAK MASAK TERPAKAI

Jika anda menguruskan sisa MMT, apakah tindakan selepas mengumpul sisa minyak
8 masak terpakai?

Letak di tepi tong sampah supaya pemungut sampah/pekerja
pembersihan ambil.
Hantar ke pusat kitar semula
Jual kepada peraih minyak masak terpakai
Hantar untuk aktiviti kebajikan
Lain-lain: nyatakan

9 Berapa kuantiti sisa yang dapat dikumpul dalam tempoh sebulan?
dibawah 500 gram
501 - 999 gram
1 kg - 2 kg
3 kg-5 kg
5 kg ke atas

Lampiran 2

Projek Bijak Mengurus MMT 25

Surat kepada jawatankuasa KRT Taman Rakan

Lampiran 3

Projek Bijak Mengurus MMT 26

Surat kepada Green Waste Selangor (GWS)

Lampiran 4

Projek Bijak Mengurus MMT 27

Surat penghargaan kepada RTK Taman Rakan

Lampiran 5

Projek Bijak Mengurus MMT 28

Surat Penghargaan kepada Green Waste Selangor (GWS

Lampiran 6

Projek Bijak Mengurus MMT 29

Berikut adalah soalan kuiz yang disediakan untuk peserta semasa sesi ceramah kempen online
dan sesi kutipan MMT
1. Adakah Minyak Masak Terpakai dikategorikan sebagai sisa terjadual?

Jawapan: Ya, sisa terjadual
2. Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk menguruskan sisa Minyak Masak Terpakai

sebelum dilupuskan?
Jawapan: Sejukkan minyak, tapis ke dalam botol terpakai, serahkan kepada
pemungut/peraih sisa minyak masak terpakai.
3. Apa yang boleh dihasilkan daripasa sisa Minyak Masak Terpakai.
Jawapan:
• minyak biodiesel
• sabun
• lilin
4. Apakah kaedah unit atau sukatan untuk penjualan MMT yg dipasaran
Jawapan
• kilogram
• liter
• pukal
5. Apakah kesan daripada pengumpul minyak masak terpakai kepada masyarakat dan individu?
Jawapan
• alam sekitar lestari
• sistem pengairan dan perparitan bersih
• kurang masalah binatang perosak
• kawasan perumahan bersih dan tiada penyakit berjangkit/wabak.

Projek Bijak Mengurus MMT 30

12. RUJUKAN
Laman web https://greenwasteselangor.com
FB Green Waste Selangor:
https://www.facebook.com/greenwasteselangor.gws
Keratan akhbar:
• BIJAK URUS MINYAK MASAK TERPAKAI | Universiti Putra Malaysia
(upm.edu.my)

Video untuk pembuatan sabun dan lilin menggunakan MMT
• Buat Sabun dari Minyak Masak terpakai - Bing video
• KSSR Tahun 6 Sains - Bahan Buangan - Membuat lilin dengan minyak terpakai -
YouTube
Jurnal berkaitan MMT: Satinah Binti Awang, 2015: Kesedaran Kitar Semula Sisa Minyak
Masak dalam Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Sains Universiti Kebangsaan
Malaysia: Satinah-Awang.pdf (ukm.my)

Projek Bijak Mengurus MMT 31


Click to View FlipBook Version