The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SENI 2 RAGAM HIAS PENGANGKUTAN,ALAT PERMAINAN & ALAT DOMESTIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Qyra Amin, 2021-02-01 05:19:48

SENI 2 RAGAM HIAS PENGANGKUTAN,ALAT PERMAINAN & ALAT DOMESTIK

SENI 2 RAGAM HIAS PENGANGKUTAN,ALAT PERMAINAN & ALAT DOMESTIK

SENI RAGAM HIAS PENGANGKUTAN,
ALAT PERMAINAN DAN ALAT
DOMESTIK

ALATAN DOMESTIK REHAL, KUKURAN, JEBAK PUYUH & ACUAN PUTU

SENI RAGAM HIAS ALAT DOMESTIK

Alat domestik biasanya berkaitan dengan REHAL
keperluan harian terutamanya di rumah. KUKURAN
Contoh alat domestik tradisional yang JEBAK PUYUH
mempunyai seni ragam hias tertentu ACUAN PUTU
adalah seperti rehal, kukuran, acuan putu,
jebak puyuh, bakul dan nyiru.

REHAL

Rehal sebagai artifak yang sering dikaitkan dengan kesucian kitab Al-Quran ini juga
mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Selain kegunaannya untuk mengaji atau membaca Al-
Quran, rehal tradisi juga digunakan ketika majlis berzanji, marhaban, kelas agama, malahan kerap
menjadi barang hantaran perkahwinan serta sebagai alat bantuan mengajar di masjid dan surau
sejak sekian lama.

Rehal tradisi hanya ada dua teknik pembuatannya iaitu bersilang dan berjejari. Bila zaman
sudah berubah, muncul pelbagai rekabentuk rehal, antaranya berbentuk meja kecil dan kotak.
Pembuatannya menggunakan teknik ukiran kayu secara tebuk tembus dan timbul. Manakala motif
ukiran kebanyakannya menggunakan motif flora, geometrik dan kaligrafi. Selain ukir, terdapat
penggunaan teknik lain untuk mengindahkan rehal seperti teknik inlay menggunakan kulit kerang,
dan kulit telur serta tampalan kepingan tembaga dan disaluti dengan kulit tiram. Terdapat juga
rehal yang dihias dengan lukisan dan diwarnai dengan pelbagai bahan seperti lacquer ware, stained
coloured, atau dilukis dengan corak batik.

Rekabentuk dan ragam hias rehal tradisi mempunyai unsur-unsur yang melambangkan
budaya setempat dan ia mempunyai nilai-nilai artistik dan emosi kepada pemiliknya. Berbanding
rehal seperti meja kecil atau kotak yang mana permukaananya rata dan kosong. Walaupun ia
dianggap praktikal digunakan pada masa kini tetapi kewujudan rehal tradisi dalam masyarakat
Islam di setiap negara berhubung kait dengan seni, budaya dan kerohanian.

KUKURAN

KUKURAN ialah sejenis alat bergerigi yang digunakan untuk mengukur, mengeruk
(mengikis) isi kelapa. Ia alat terpenting dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional
kerana sebahagian besar resipi masakan menggunakan santan kelapa. Walaupun kini
penggunaan kukuran makin dilupakan dengan kehadiran peralatan moden, namun di
sesetengah kampung khidmatnya masih diperlukan.

Kukuran tradisional dibentuk daripada batang kayu yang dilengkapi tempat duduk
dan tempat untuk meletakkan besi mata kukur. Kemudian penciptaan kukuran turut
berkembang iaitu ia diperbuat daripada papan yang berbentuk empat segi dan
membolehkan mata kukuran dibuka apabila hendak digunakan dan dilipat selepas selesai.

Hasil kreativiti seniman Melayu, kukuran direka berasaskan bentuk binatang
berkaki empat, bermotifkan alam sekitar seperti tumbuhtumbuhan dan awan larat. Bentuk
ukiran kukuran ini berbeza antara kawasan bergantung kepada pengaruh kesenian setempat.
Biasanya kukuran terdapat dalam bentuk kukur duduk, kukur kotak dan kukur silang.

JEBAK PUYUH

Jebak puyuh antara seni kraf warisan yang boleh diandaikan kian dilupakan.
Penggunaannya yang berfungsi sebagai perangkap burung-burung kecil seperti burung
puyuh tidak segalak seperti suatu ketika dahulu.

Walaupun demikian, satu aspek yang masih kekal diperkatakan adalah
keunikan rupa bentuknya yang menggunakan gabungan teknik anyaman dan seni ukiran
kayu. Misalannya, jebak puyuh yang berasal daripada Terengganu ini dibuat daripada
kayu jenis angsana. Bahagian jenangnya diukir dengan ukiran tebuk tembus silat dengan
motif bunga sukun dan kerawang pucuk kacang dan bunga sukun dengan corak awan
larat. Manakala di bahagian kiri dan kanan ukiran bermotifkan sulur bayung bunga
dala.

ACUAN PUTU

Acuan putu ialah alat untuk membuat kuih putu kacang.
Seni ragam hias yang biasanya ialah motif Bunga atau daun.
Kepelbagaian seni ragam hias pada dasar acuan akan menghasilkan pelbagai
bentuk kuih putu.


Click to View FlipBook Version