The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lydora0223, 2022-09-30 02:56:45

KAJIAN TINDAKAN (HELDORA THOMAS)

KAJIAN TINDAKAN (HELDORA THOMAS)

HELDORA THOMAS

iSMK GUM GUM, PPM 46 ELOPURA,

SANDAKAN SABAH.

[email protected]

ABSTRAK

PROGRAM BAKAT SUKAN MELALUI SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI SUBJEK (PJK): KAJIAN TINDAKAN

PELAJAR SMK GUM GUM

HELDORA THOMAS

Kajian ini digunakan untuk meninjau sejauhmana subjek PJK di Smk Gum Gum mampu
melahirkan atlet-atlet yang berbakat. Kajian ini akan mengkaji keberkasanan program Latihan
yang telah dilaksanakan. Kajian ini akan mengkaji jenis-jenis masalah, faktor masalah terjadi
dan Langkah-langkah mengatasi masalah tersebut. Terdapat tiga objektif utama dalam kajian
ini iaitu, untuk mengasah bakat pelajar dalam aktiviti kesukanan, untuk menyediakan set
induksi yang baik dan berkesan serta melahirkan atlet yang berkebolehan dan dapat
mengharumkan nama sekolah dalam mana-man pertandingan yang disertai. Seramai 20
0rang murid yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 sehingga
tingkatan lima. Kaedah yang digunakan dalam kajian Tindakan ini adalah pemerhatian. Hasil
kajian menunjukkan bakat-bakat pelajar dapat digilap dan diasah melalui aktiviti pembelajaran
dalam kelas bagi subjek PJK. Keberkesanan Program Latihan yang dijalankan juga
membantu untuk meningkatkan motivasi para pelajar.

Kata kunci: Bakat pelajar, program Latihan dan motivasi.

1.0 REFLEKSI PDP YANG LALU

Guru telah membuat pemerhatian dalam kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
(PJK) bagi kelas yang diajar. Guru mendapati bahawa, segelintir murid mempunyai tanggapan
bahawa subjek PJK tidak penting. Tanggapan ini berpunca daripada factor seperti guru yang
mengajar sebelum ini bukan dari opsyen PJK, factor ibubapa dan murid itu sendiri (malas).

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, guru membuat rumusan bahawa sesuatu
program perlu dilakukan supaya pelajar mengambil serius subjek PJK tersebut dan bakat
pelajar dapat digilap. Berdasarkan aktiviti pdp, dalam topik Olahraga, guru mendapati ramai
murid yang mempunyai bakat dan membuahkan hasil jika diberikan perhatian. Hal ini
demikian, akan dapat memberikan semangat kepada murid untuk terus mengikuti kelas Pjk
yang dijalankan. Guru juga mendapati bahawa, murid-murid tersebut tiada platform yang
bersesuaian untuk menyerlahkan lagi bakat yang ada. Mungkin murid-murid ini berfikir
bahawa, aktiviti yang dijalankan dalam pdp hanyalah syarat dalam subjek tersebut.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini melibatkan,

1. 20 orang murid dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.
2. Mereka adalah yang dikenal pasti mempunyai bakat dalam sukan Olahraga iaitu 9

orang murid perempuan dan 11 orang lelaki.

3.0 TINJAUAN ASAL MASALAH

Guru telah membuat pemerhatian dalam kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)
bagi kelas yang diajar. Guru mendapati bahawa, segelintir murid mempunyai tanggapan
bahawa subjek PJK tidak penting. Tanggapan ini berpunca daripada factor seperti guru yang
mengajar sebelum ini bukan dari opsyen PJK, factor ibubapa dan murid itu sendiri (malas).

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, guru membuat rumusan bahawa sesuatu
program perlu dilakukan supaya pelajar mengambil serius subjek PJK tersebut dan bakat
pelajar dapat digilap.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN:

1. Untuk mengasah bakat pelajar dalam aktiviti kesukanan.
2. Untuk menyediakan set induksi yang baik dan berkesan.
3. Melahirkan atlet yang berkebolehan dan dapat mengharumkan nama sekolah dalam

mana-mana pertandingan yang disertai.

5.0 KESIMPULAN

Guru mendapati bahawa murid-murid mengambil mudah subjek PJK dan
menunjukkan sifat kurang berasa seronok. Faktor ini disebabkan oleh tanggapan murid itu
sendiri bahawasanya, subjek ini tiada penilaian akhir iaitu peperiksaan penting seperti SPM.
Faktor lain seperti, pihak ibubapa juga menjadi salah satu punca murid mempunyai tanggapan
negatif, dan guru yang mengajar bukan Opsyen juga salah satu punca. Guru merasakan,
masalah ini dapat ditangani dengan menggilap bakat murid yang ada untuk dijadikan atlet
sekolah. Strategi yang digunakan adalah dengan merancang program Latihan bagi murid
yang terlibat. Pada peringkat awal, guru mendapati bahawa, pelajar menunjukkan motivasi
yang baik di dalam kelas. Hal ini demikian, mereka merasakan seperti diperhati oleh guru dan
merasakan mereka berbakat dalam program yang dijalankan.

Guru bersetuju dengan Tindakan yang diambil. Melalui pemerhatian, tingkah laku
murid mula berubah. Setiap kali kelas PJK, murid mula menunjukkan tingkah laku yang positif
iaitu, melakukan setiap aktiviti dengan bersungguh-sungguh. Bagi Tindakan yang telah
dijalankan, guru menyedari bahawa, program seperti ini menyuntik motivasi kepada murid
untuk melakukan yang terbaik. Salah satu cabaran yang dihadapi dalam kajian Tindakan ini
adalah, apabila murid yang terlibat tidak hadir ke sekolah pada hari Latihan dijalankan. Salah
satu puncanya ialah, murid tersebut tidak sihat dan terpaksa mengambil cuti sakit. Selain itu,
murid yang tiada kenderaan untuk pulang ke rumah selepas aktiviti Latihan juga menjadi salah
satu cabaran program ini dijalankan. Kurangnya motivasi dari pelajar adalah cabaran yang
paling utama. Tetapi guru selalu memberikan idol-idol yang terkemuka dalam bidang sukan
dan selalu berkongsi kata-kata semangat kepada murid.

Selepas program ini berjaya, guru mendapati bahawa tingkah laku murid juga sudah
berubah dan selalu memberikan respon yang baik kepada guru, selepas program ini Berjaya.
Perasaan guru sepanjang kajian ini berlangsung juga amat puas hati. Guru percaya bahawa,
kejayaan yang diciptakan memberikan motivasi kepada pelajar untuk selalu memberikan yang
terbaik dan membuat sungguh-sungguh apa saja yang mereka perlu lakukan.

Kesimpulannya, Tindakan yang diambil memberikan hasil yang baik. Objektif dalam kajian
Tindakan juga telah tercapai. Memegang motto “NO PAIN, NO GAIN” iaitu tiada
kesakitan/pengorbanan, tiada hasilnya, adalah salah satu kata-kata semangat yang masih
dipegang oleh murid tersebut walaupun program telah selesai. Pada masa akan datang, guru
akan meningkatkan lagi program-program yang dapat menaikkan lagi semangat para pelajar
bukan saja dalam aspek Sukan tetapi dalam pdp subjek PJK.


Click to View FlipBook Version