LATIHAN PENANDA WACANA
Soalan 1 hingga Soalan 25
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Sudah beberapa kali Pak Husin mengalami kerugian kerana haiwan ternakannya
mati.______________,masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha.
A Di samping itu
B Oleh sebab itu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun
2. Puan Salasiah menghidangkan lauk-pauk ini di atas meja.______________,dia pun mempersilakan
tetamunya menjamu selera.
A Oleh itu
B Selepas itu
C Namun begitu
D Sudahlah begitu
3. Sambutan Hari Guru akan diadakan tidak lama lagi.______________,murid-murid yang akan
mengambil bahagian dalam acara persembahan sedang giat berlatih.
A Sebaliknya
B Di samping itu
C Lebih-lebih lagi
D Oleh sebab itu
4. Pihak polis sering mengadakan rondaan di kawasan itu. ________________,jenayah ragut masih
kerap berlaku.
A Sebelum itu
B Kalau begitu
C Namun begitu
D Di samping itu
5. Mula-mula ,saya akan menyapu sampah di halaman rumah. _______________,saya akan
membuang sampah sarap ke dalam tong sampah.
A Lantaran itu
B Sebelum itu
C Selepas itu
D Semenjak itu
6. Aktiviti vandalisme banyak membawa keburukan dalam masyarakat. ________________, tabiat
tersebut perlulah dihindarkan.
A Padahal
B Di samping itu
C Namun demikian
D Oleh yang demikian
7. Encik Jamal tidak berpuas hati dengan perkhidmatan talian telefon di kawasan tempat
tinggalnya._______________,beliau telah pergi ke syarikat berkenaan untuk membuat aduan.
A Justeru
B Namun begitu
C Tambahan pula
D Walau bagaimanapun
8. Kira-kira lima tahun yang lalu,Encik Sariman terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya.
______________,dia takut untuk menunggang motosikal.
A Sebelum itu
B Namun begitu
C Semenjak itu
D Bagaimanapun
9. Amalan menabung banyak membawa kebaikan kepada kita.____________,amalan tersebut
digalakkan terutamanya kepada murid-murid sekolah.
A Di samping itu
B Namun begitu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun
10. Encik Yuzairi berasa bimbang dengan keadaan anaknya yang sering mengalami tekanan
perasaan._____________,beliau telah menghantar anaknya untuk mendapatkan rawatan kaunseling.
A Oleh itu
B Namun begitu
C Tambahan pula
D Walau bagaimanapun
11. Nasib Encik Fong sangat malang apabila kertanya rosak lagi di tengah jalan. _____________,
keretanya itu baru sahaja dibaiki semalam.
A Padahal
B Namun begitu
C Semenjak
D Oleh sebab itu
12. Zaimah suka melancong dalam negara kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang
menarik. _________________, melancong dalam negara dapat menjimatkan belanja.
A Oleh itu
B Biarpun
C Selain itu
D Namun begitu
13. Tam Lai tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya berjimat cermat._________________,dia
bertambah kerap mengunjungi pusat-pusat hiburan bersama-sama dengan rakan-rakannya.
A Sebaliknya
B Semenjak itu
C Tambahan pula
D Sungguhpun begitu
14. Aiman mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia._______________,Aiman gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
A Lebih-lebih lagi
B Bagaimanapun
C Lantaran itu
D Padahal
15. Sudin seorang yang pemalas tetapi suka berangan-angan menjadi kaya. ______________, dia
sering di gelar Mat jenin oleh penduduk di kampungnya.
A Namun begitu
B Bagaimanapun
C Oleh yang demikian
D Sungguhpun demikian
16. Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan iti _____________ pada musim perayaan.
A sebab itu
B lebih-lebih lagi
C oleh sebab itu
D oleh yang demikian
17. Siti Jeslina sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di sekolahnya.
_____________,dia tidak pernah bersikap sombong atau bangga diri.
A Oleh itu
B Di samping itu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun
18. Sayur-sayuran banyak mempunyai khasiat.___________________,kita digalakkan makan sayur-
sayuran setiap hari.
A Namun begitu
B Oleh yang demikian
C Di samping itu
D Walau bagaimanapun
19. Sudah beberapa kali permohonan pinjaman Encik Hashim di tolak._______________,masalah itu
tidak melemahkan semangatnya untuk berniaga.
A Di samping itu
B Oleh sebab itu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun
20. Wabak demam denggi sering menular di negara kita. ____________,rakyat diseru agar sentiasa
menjaga kebersihan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
A Justeru
B Kemudian
C Semenjak itu
D Bagaimanapun
21. Golongan remaja amat mudah dipengaruhi oleh gaya hidup yang tidak sihat.______________,bagi
mereka yang mengalami masalah keluarga.
A Lebih-lebih lagi
B Oleh sebab itu
C Namun begitu
D Padahal
22. Rafina berasa amat sedih kerana ayahnya tidak dapat pulang pada hari itu. ___________,hari
tersebut merupakan hari lahirnya yang ke sepuluh.
A Justeru
B Namun begitu
C Tambahan pula
D Walau bagaimanapun
23. Encik Jamilul didapati bersalah kerana melakukan pecah amanah. _____________, beliau telah
dipecat oleh majikannya.
A Selepas itu
B Sebelum itu
C Lantaran itu
D Semenjak itu
24. Berita tentang peletakan jawatan Encik Rafik heboh diperkatakan oleh para pekerjanya.
____________________,Encik Rafik telah menafikan berita tersebut.
A Biarpun
B Namun begitu
C Bagaimanapun
D Tambahan pula
25. Pengawal keselamatan itu berasa amat mengantuk kerana sudah seharian dia
berjaga._____________,dia terlena di atas kerusi.
A Selain itu
B Sebaliknya
C Lebih-lebih lagi
D Oleh sebab itu