BMMB 1074 NURUL ATHIRAH HASSAN ASERI T U L I S A N J A W I PERKEMBANGAN BM 2
PENGENALAN SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU SISTEM TULISAN PALAWWA SISTEM TULISAN KAWI SISTEM TULISAN JAWI SISTEM TULISAN RUMI JUSTIFIKASI PENGGUNAAN TULISAN RUMI BERBANDING TULISAN JAWI PADA MASA KINI? KESIMPULAN
Orang Melayu telah menggunakan tulisan sejak abad ke-4 Masihi di Champa,Vietnam.Kemudian terdapat pula bahan tulisan berbahasa Melayu di Sajamerta, Jawa Tengah pada awal abad ke-7, Kota Kapur, Sumatera pada akhir abad ke-14 dan di Minye Tujuh, Acheh juga pada abad ke-14. Orang Melayu mula menggunakan tulisan Arab atau Jawi kira-kira pada abad ke-3 hijrah atau ke-10 Masihi di Kedah dan kemudiannya pada abad ke-11 di Phang-Rang(Vietnam), Pahang, Brunei dan Gerisik di Jawa Timur.Selepas itu, wujud tulisan arab dalam bentuk Jawi Melayu seperti pada batu bersurat atau prasasti, manuskrip lama, surat perjanjian dan surat izin berniaga yang sangat banyak jumlahnya.
SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU
Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di kawasan Kepulauan Melayu. Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit Tulisan Pallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu Kuno.Bukti penggunaan tulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman, Tulisan Pallava ialah suatu sistem tulisan abjad suku kata (abugida) yang berasal daripada tulisan Brahmi dari Selatan India. Tulisan ini juga dikenali sebagai Vatteluttu atau "tulisan bulat".Tulisan ini digunakan untuk menulis sesetengah bahasa Dravidia di India Selatan dan Sri Lanka.
CONTOH TULISAN PALAWWA HURUF PALAWWA
Tulisan Kawi (Tulisan Jawa Kuno) merupakan sistem terawal di Kepulauan Melayu Ia telah wujud dalam kurun ke-8 Masihi.Tulisan ini turut dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Tambahan lagi, Tulisan Kawi berasal dari huruf Vangki iaitu huruforang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel,India. Orang-orang Melayu Kuno menulis menggunakan huruf-huruf Kawi di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar dan kepingan lofgam. Huruf Kawi turut lenyap pada tahun 1400 Masihi.Tulisan Kawi merupakan tulisan Melayu lama yang digunakan oleh nenek moyang kita dahulu.
TULISAN KAWI TULISAN KAWI AKSARA KAWI
Tulisan Jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad ke-10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berdagang di Kepulauan Melayu. Selain menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab turut menyebarkan dakwah Islam. Antara kesan penyebaran dakwah Islamiah adalah dengan penggunaan huruf-huruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu (Hamdan Abd Rahman, 1999). Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf Arab atau lebih dikenali sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi digunakan secara meluas pada abad ke-11 hingga 14 Masihi. Dapat dikatakan bahawa Orang Melayu yang celik huruf pada ketika itu merupakan golongan yang celik Jawi.
PERINGKAT PERKEMBANGAN EJAAN JAWI
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT I PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT II PERINGKAT PERKEMBANGAN EJAAN JAWI
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT I MENGGUNAKAN TULISAN ARAB Tulisan ini menggunakan sistem ejaan Arab sepenuhnya. Ejaannya menggunakan tulisan Srab yang lengkap dengan tanda-tanda baris bagi mengeja perkataan Melayu asli atau kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab. Contohnya:
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT I MENGHILANGKAN BARIS Tulisan Jawi masih dipengaruhi oleh sistem ejaan Arab, tetapi tanda-tanda baris telah dihapuskan serta disebut sebagai tulisan Arab Gundul. Ejaan bagi perkataan masih sama cuma tanda-tanda baris tidak diletakkan. Contohnya:
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT I MENGGUNAKAN HURUF SAKSI Ejaan Jawi pengaruh Melayu pada tahap awal adalah dengan meletakkan dan menggunkan hurf-huruf saksi pada suku kata pertama. Ada tiga huruf Arab yang dijadikan huruf saksi iaitu أ) alif), و) wau) dan ي) ya). Contohnya:
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT I HURUF SAKSI PADA SUKU KATA PERTAMA DAN KEDUA Pada tahap ini, huruf saksi dan vokal telah diletakkan pada kedua-dua suku kata pertama dan kedua, memandangkan kebanyakan perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Contohnya:
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT II EJAAN P.BM.P.B DIRAJA Panduan ejaan ini telah disusun oleh Mejar Dato ’ Mohd. Said Sulaiman, seorang pegawai kanan kerjaan Johor yang sangat mencintai bahasa Melayu. Panduan ejaan ini digunakan secara rasmi oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.PB. Diraja Johor). Dalam panduan ejaan ini diterangkan beberapa kaedah mengeja perkataan bahasa Melayu dengan huruf Jawi, iaitu dengan penggunaan huruf saksiأ) alif), و) wau) dan ي) ya), cara mengeja perkataan berimbuhan, penggunaan huruf ء ,penggunaan dan perbezaan huruf ك .ق dan
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT II EJAAN P.BM.P.B DIRAJA Terdapat juga beberapa pola ejaan seperti contoh-contoh berikut: Pola 1:Tiada perubahan perkataan sekalipun diimbuhkan.
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT II EJAAN P.BM.P.B DIRAJA Pola 2:Ditambah alif (ا (pada kata dasar yang mempunyai imbuhan akhiran -an.
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT II EJAAN P.BM.P.B DIRAJA Pola 3 :Memindahkan alif (ا (daripada suku kata pertama ke suku kata kedua.
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT II EJAAN JAWI ZA’’BA Sejak tahun 1918, Za ’ba telah berusaha untuk mengumpulkan kata Melayu sehingga terbit buku Daftar Ejaan Melayu:Jawi-Rumi pada tahun 1949.Beliau juga telah menyusun buku Rahsia TUlisan Jawi yang diterbitkan pada tahun 1931 serta Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 yang diterbitkan pada tahun 1940. Beliau telah memberikan panduan ejaan yang lengkap dan terperinci. Beliau turut mengetahkan sekurang-kurangnya 20 peraturan dan hukum ejaan Jawi bagi kata dasar dan 20 peraturan bagi kata berimbuhan.
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT II EJAAN JAWI ZA’’BA Berikut merupakan buku yang diterbitkan oleh Za ’ba:
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT II SISTEM EJAAN DIAN Pada tahun 1970, pengarang majalah Dian di Kelantan memperkenalkan Sistem Ejaan Jawi yang berdasarkan sistem fonetik, iaitu mengeja perkataan sebagaimana perkataan itu dilafazkan. Terdapat beberapa contoh sistem ejaan Dian seperti: 1. Ejaan mengikut bunyi. 2. Penggunaan tanda ‘ o ’ kecil dan ‘ e ’ kecil bagi membezakan bunyi perkataan. 3.Huruf ‘ ث ’digunakan bagi kata ganti nama ketiga. 4.Jika ث sebagai konsonan, huruf vokal أ) alif), و) wau) dan ي) ya) digunakan. 5.Bunyi diftong boleh dieja menggunakan sistem yang ditetapkan.
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT II CONTOH SISTEM EJAAN DIAN 1.Ejaan mengikut bunyi. 2.Huruf ‘ ث ’digunakan bagi kata ganti nama ketiga. 3.Penggunaan tanda ‘ o ’ kecil dan ‘ e ’ kecil bagi membezakan bunyi perkataan. 4.Jika ث sebagai konsonan, huruf vokal أ (alif), و) wau) dan ي) ya) digunakan.
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT II PEDOMAN EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN Satu bengkel ejaan Jawi telah diadakan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 1983.Bengkel ini menggunakan sistem ejaan Jawi Za 'ba sebagai panduan asas. Pada tahun 1986, ebuah buku pedoman ejaan jawi diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan judul Pedoman Ejaan Jaw yang Disempurnakan (PEJYD) dan diikuti oleh penerbitan buku Daftar Ejaan RUmi-Jawi
HURUF ABJAD JAWI
Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ejaan rumi yang dilaksankan pada tahun 1972 itu merupakan hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-MAlaysia bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia.Pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka ditugaskan untuk menyusun pedoman ejaan rumi di Malaysia. Maklumat yang termuat dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu ini berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Rumi yang telah diterbitkan oleh DEwan Bahsa dan Pustaka khususnya daripada terbitan-terbitan berikut: Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia , Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975 (edisi kedua 1987); ii. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975 (edisi semakan 1991); dan iii. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981 (edisi kedua 1988 PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Abjad dan huruf abjad rumi bahasa Melayu mengandungi 26 huruf yang tersusun seperti yang berikut: PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU D Dalam sistem ejaan rumi, terdapat 5 huruf vokal yang digunakan bagi melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf -huruf tersebut ialah a, e, i, o, u.
Buku- buku Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
JUSTIFIKASI PENGGUNAAN TULISAN RUMI BERBANDING TULISAN JAWI PADA MASA KINI?
1.KEHADIRAN TULISAN RUMI Kehadiran tulisan Rumi di Tanah Melayu telah menjadi salah satu sebab tulisan Jawi kian dilupakan dan dipinggirkan. Ini adalah kerana Tulisan Rumi mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi berbanding tulisan Rumi kerana ianya adalah tulisan yang digunakan oleh pemerintah pada masa itu sehingga ia mengatasi tulisan Jawi. Pada ketika ini tulisan Rumi telah diperkenalkan oleh penjajah barat lalu diserapkan ke dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu.
2.AKTA BAHASA KEBANGSAAN Antara salah satu titik perubahan yang drastiK dalam mengeTepikan tulisan Jawi telah dilakukan oleh ahli-ahli bahasa dan menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi negara ialah dengan tertubuhnya ‘Akta Bahasa Kebangsaan;. Sejak itu, tulisan Jawi mulai hilang tempat sebagai tulisan utama bagi seluruh kepulauan Melayu amnya dan Tanah Melayu pada masa itu.Walaupun akta ini tidak melarang sebarang penggunaan Jawi tetapi kesannya amat besar terhadap pengunaan dan perkembangannya. Akta ini terus digunkan oleh pelajar-pelajar di Tanah Melayu sehingga sekarang. Dengan mengubah sistem pendidikan di Negara inilah dapat dilihat sebagai salah satu cara yang akan berkesaan untuk mentarbatkan lagi tulisan Jawi.
3.TIADA MINAT YANG MENDALAM Golongan yang diharap dapat meluaskan penggunaan tulisan Jawi ini kelihatan tidak begitu berminat untuk menggunakannya. Golongan yang dimaksudkan itu adalah golongan yang terdiri daripada mahasiswa pengajian Islam. Mereka sendiri lebih mengutamakan tulisan Rumi dari tulisan Jawi. Seharusnya golongan daripada mereka lah yang patut menunjukkan contoh kepada mahasiswa lain tentang kepentingan tulisan Jawi.Penguasaan tulisan Jawi di kalangan orang Melayu terutamanya bagi orang muda semakin terhakis. Mata pelajaran Jawi hanya menjadi mata pelajaran sampingan dan hanya para pelajar aliran agama sahaja yang menggunakannya u. Walaupun pelbagai usaha dan kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan dan swasta untuk menaikkan kembali minat masyarakat melayu terhadap tulisan jawi, namun usaha itu masih belum menampakkan hasil yang membanggakan.
Tulisan Jawi merupakan sistem tulisan orang-orang Melayu sejak zaman-berzaman. Pelbagai langkah telah diambil dan perancangan dibuat sebelum ini bagi mendaulatkan tulisan ini agar dapat diterima oleh seluruh masyarakat. Saya berharap agar usaha untuk mempertingkatkan taraf ejaan jawi setanding dengan ejaan rumi akan diteruskan oleh para pejuang bahasa. Sejarah sebelum ini membuktikan bahawa tulisan jawi mampu menjadi medium penulisan yang meluas digunakan pada masa dahulu sekaligus tidak mustahil tulisan ini masih mampu untuk mengungkapkan pelbagai bidang ilmu. Sebagai individu atau masyarakat pengguna bahasa, kita sendiri perlulah mempelajari tulisan jawi supaya kita tidak disebbut sebagai orang yang ‘buta Jawi”. Saya berharap tulisan Jawi terus tersebar luas dan mantap digunakan di negara kita ini.
RUJUKAN Hashim Bin Musa. (2006). Sejarah perkembangan tulisan Jawi. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Abdul Aziz, S. H. (2009). Bahasa Melayu II (1st ed.). Oxford Fajar Sdn Bhd.
NURUL ATHIRAH HASSAN ASERI BM 2 (PPISMP)