GAGAK MENIRU HELANG
Pada suatu hari, terdapat seekor helang yang sedang terbang di udara. Ia ternampak seekor anak biri-biri yang berjalan pergi dari kawanannya. Helang menjunam pantas. Dengan cakarnya yang kuat, ia menyambar anak biri-biri.
Helang terbang tinggi ke udara membawa anak biri-biri. Seekor gagak yang lapar melihat perbuatan helang. Ia berfikir, “” Jika helang mendapat makanan dengan mudah, aku pun boleh berbuat demikian!”” Gagak mahu meniru cara helang menangkap anak biri-biri.
Gagak pun terbang di udara. “”Anak biri-biri terlalu kecil bagi aku, ”” fikir gagak. “”Aku akan tangkap biri- biri yang besar supaya aku mendapat makanan yang lebih banyak. ””
Gagak memerhati kawanan biri-biri dengan rasa tamak. Akhirnya, ia memilih salah seekor biri-biri. “”Itu yang paling besar, ”” kata gagak kepada dirinya.
Gagak menjunam pantas seperti helang. Ia hinggap pada belakang biri-biri yang dipilihnya. Gagak mencekau biri-biri dengan cakarnya. Ia tidak dapat mengangkat biri-biri kerana sangat berat.
Gagak mencuba lagi berkali-kali. Namun, tetap tidak dapat mengangkat biri-biri tersebut. Tiba-tiba, seorang gembala berlari menuju ke arah gagak tersebut sambil menjerit dengan kuat, “”Hei, gagak yang jahat!””
Gagak cuba terbang pergi tetapi cakarnya terlekat pada bulu biri-biri. Gembala menangkap gagak lalu diberi kepada anaknya. Dia berkata, “”Gagak ini fikir ia boleh meniru helang. ””
Kita hendaklah sedar dan mengetahui akan keupayaan diri kita. PENGAJARAN
PERBENDAHARAAN KATA kawanan - kumpulan menjunam - terbang turun menyambar - mengambil dengan pantas meniru - mengikut perbuatan orang lain mencekau - menangkap dengan cakar
KOD QR SOALAN KUIZ DAN VIDEO BUKU CERITA BERSUARA SOALAN QUIZZIZ PAUTAN VIDEO BUKU CERITA BERSUARA
PAUTAN SOALAN KUIZ DAN VIDEO BUKU CERITA BERSUARA SOALAN QUIZZIZ PAUTAN VIDEO BUKU CERITA BERSUARA https://quizizz.com /join? gc=84717367 https://youtu.be/ WgitEGJcErM? feature=shared