The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirahnabilah005, 2022-04-20 10:55:13

E-FOLIO ETIKA

E-FOLIO ETIKA

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SESI 2 2021/2022

NAMA PENSYARAH:MAZLAN BIN OSMAN
TAJUK TUGASAN

KESIHATAN DAN PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

NAMA PELAJAR NO MATRIK

NUR AMIRAH NABILAH BINTI MOHD NAZRI 03DET21F1020

ZAINAB ALIA SALINA BINTI MOHD SHUKRI 03DET21F1186

PUTRI NURFATIN ALISA BINTI MEGAT 03DET21F1169
MUHAMMAD NURNIZAM 03DET21F1044

AINA SEFFIYA BINTI ZULKHAIRU

NUR MAJDINA BINTI MUHAMMAD 03DET21F1146

UNIT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3
2.0 DEFINISI KESIHATAN 4
3.0 DEFINISI PERPADUAN 5
4.0 KEPENTINGAN KESIHATAN 6
5.0 ISI DAN HURAIAN
6.0 KESIMPULAN 7-15
7.0 LAMPIRAN 16
8.0 RUJUKAN 17-18
19-20

Kesihatan dan perpaduan dapat dikaitkan dengan PENGENALAN
kerjasama antara organisasi dalam bidang kesihatan

dalam memastikan masyarakat dengan tidak
membezakan agama, bangsa dan kaum bagi
memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan
bermasyarakat yang aman dan harmoni. Selain itu,
kesihatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia penting dalam membangunkan sebuah negara
yang harmoni dan sejahtera ke arah negara maju.
Kesihatan rakyat Malaysia amat diutamakan dalam
menjamin kesejateraan rakyat. Apabila kesihatan rakyat
terjamin, maka pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat
dilaksanakan dan secara tidak langsung dapat
memupuk perpaduan. Struktur bidang perubatan ini
juga lazimnya terdiri daripada pakar-pakar dan staf
yang berlainan bangsa dan agama, bersama-sama
berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi memastikan
kesihatan masyarakat terjamin. Hal ini juga dapat
menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan

perpaduan dan kesihatan ini berlaku.

DEFINISI Kesihatan adalah keadaan umum organisme hidup, kerana
KESIHATAN melaksanakan fungsi vitalnya dengan cara yang efisien, yang
memungkinkannya berfungsi dengan baik di lingkungannya.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), konsep
kesihatan dikaitkan dengan keadaan kesejahteraan fizikal,
mental dan sosial, dan bukan hanya dengan ketiadaan penyakit.
Kesihatan juga ditakrifkan pada dua tahap. Pertama, tahap
subjektif ialah subjek percaya bahawa dia berada dalam
kesejahteraan dan kedua, tahap objektif iaitu apabila ada data
yang memungkinkan untuk mengesahkan keadaan tersebut.
Istilah kesihatan berasal dari bahasa Latin salus, salūtis, yang
bermaksud 'keselamatan', tetapi juga 'salam'. Oleh itu, kata kerja
memberi salam menginginkan kesihatan yang lain. Dalam
pengertian yang luas, kesihatan juga digunakan untuk merujuk
pada keadaan dan fungsi kelompok, institusi atau kegiatan.
Digunakan sebagai kata seru ('Cheers!') Ini adalah formula untuk
bersulang.

Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau DEFINISI
PERPADUAN
bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam
kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai
matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata
lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.
Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum
yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di
Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban.
Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak
yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan
lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.

KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM
MENYATUPADUKAN KAUM

~ Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan
tidak mementingkan diri.

~ Meningkatkan kesejahteraan rakyat tanpa
mengira perbezaan kaum.

~ Wujud sikap saling mengambil berat dan tolong-
menolong sesame kaum.

~ Mendisiplinkan masyarakat dalam
mementingkan kebersihan dan menjaga antara

satu sama lain.
~ Negara aman dan harmoni apabila adanya rakyat

yang bersatu padu dan ekonomi negara akan
berkembang di persada dunia

Isi 1: Menyediakan program khidmat penjagaan

kesihatan untuk memudahkan rakyat Malaysia.

Negara Malaysia mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang cekap iaitu sektor penjagaan
kesihatan yang dikendalikan oleh kerajaan yang berfungsi dengan sistem penjagaan kesihatan

swasta.Antara kemudahan penjagaan kesihatan yang baik dapat dikawal oleh doktor yang
berpengalaman tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta kakitangan yang dilatih di
Malaysia. Selain itu, terdapat banyak prosedur perubatan yang diminta di negara ini antaranya

ialah rawatan kesuburan, estetik, pemeriksaan kesihatan am dan pergigian. Seterusnya,
mempunyai kesihatan yang baik adalah sangat penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Ini

kerana , setiap rakyat Malaysia akan mempunyai akses yang sama kepada perkhimatan
penjagaan kesihatan yang berkualiti pada kos yang berpatutan yang disediakan oleh

perkhidmatan awam dan swasta. Akses ini sangat berkualiti dan akan diperluaskan di kawasan
atau masyarakat yang kurang mendapat liputan di bandar atau luar bandar. Disamping itu,

perluasan perkhidmatan kesihatan ini termasuklah kepada isi rumah miskin dan berpendapatan
rendah. Akhir sekali, langkah ini dapat menempatkan lebih ramai pakar dalam bidang perubatan
dan kesihatan serta mewujudkan lebih banyak kemudahan penjagaan kesihatan di kawasan yang
diperlukan dan mengembangkan proses jangkauan kesihatan. Antara contohnya ialah, pasukan
penjagaan kesihatan bergerak, perkhidmatan doktor udara dan sukarelawan kesihatan kampung

akan diperluaskan di kawasan pedalaman.

Isi 2: Mengadakan minggu kempen derma darah

kempen derma darah dilihat sebagai satu usaha menggalakkan masyarakat menderma dan
menjalani pemeriksaan kesihatan. Justeru, kempen ini dapat mengeratkan perpaduan antara
kaum di Malaysia. Menurut Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan iaitu Datuk
Lee Kim Shin, aktiviti menderma darah bukanlah sesuatu yang berbahaya memandangkan ia

dilakukan mengikut prosedur dan pemeriksaan terlebih dahulu oleh pegawai kesihatan.
Kempen menderma darah ini menonjolkan ikatan rakyat Malaysia merentasi jurang etnik,
budaya dan bahasa. Contoh kempen yang telah dijalankan ialah kempen Negaraku 2014 Astro
yang memberi fokus kepada keunikan sebagai rakyat Malaysia yang disampaikan melalui

tema, "Semangat Perpaduan Mengalir Dalam Diri Kita". Ujar Henry Tan, Ketua Pegawai
Operasi Astro, acara utama dalam kempen Negaraku 2014 itu ialah kempen derma darah
#kitasama yang menekankan perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira kepelbagaian dari

segi budaya, bahasa dan bangsa. Selain itu,kempen derma darah merupakan aktiviti
kemanusiaan, kerana mendermakan darah kepada orang yang memerlukan secara sukarela.

Manakala, perpaduan adalah proses menyatupadukan masyarakat untuk membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta terhadap negara. Akhir sekali, kepelbagaian

etnik di Malaysia, menjadikan setiap rakyat mengimpikan perpaduan antara etnik.

Isi 3: Menyediakan perkhidmatan hospitaliti dan klinik

Seperti yang kita sedia maklum dan berpengetahuan, jika ada masyakarat yang sakit klinik dan hospital
sudah tentu akan menjadi tempat kunjungan untuk sesiapa sahaja yang perlu memeriksa masalah

kesihatan dan mendapatkan ubat. Klinik dan hospital adalah untuk semua orang tidak kira bangsa dan akan
menjadi tempat rujukan setiap rakyat dalam mendapatkan rawatan terhadap sebarang masalah kesihatan
yang dihadapi. Begitu juga dengan pegawai yang bertugas sama ada doktor, jururawat, pembantu hospital

dan semua kakitangan hospital akan memastikan pesakit yang datang akan diberikan rawatan.
Semua klinik dan hospital di Malaysia menjadi detik sesuatu perpaduan di kalangan rakyat yang mesti
diteruskan malah dibanggakan. Sebagai doktor atau jururawat, mereka tetap akan merawat pesakit yang
datang walaupun berlainan bangsa dan agama kerana itulah tugas mulia yang harus semua rakyat perlu

bangga khususnya ketika susuatu yang terjadi seperti wabak penyakit berjangkit atau gempa bumi
melanda di negara.

Oleh itu, setiap masyarakat tidak perlu bimbang apabila hidup di negara Malaysia kerana rakyatnya yang
tidak membezakan bangsa serta agama dalam segala urusan. Masyarakat juga tidak perlu takut untuk
berinteraksi dengan bangsa yang berbeza karana kerajaan sentiasa memupuk sifat bertolak ansur dan
saling menghormati antara satu sama lain. Lebih lagi masyarakat yang beragama Islam, perlu menjaga

imej sebagai umat Islam supaya masyarakat nampak Islam adalah agama yang terindah dan pandai
menjaga maruah diri dan bangsa. Dengan ini, kita dapat bekerjasama dalam mengurangkan penularan

penyakit berbahaya.

Isi 4: Memperjuangkan perpaduan pada hari ini

Tugas paling mendesak bagi rakyat Malaysia pada masa kini tanpa mengira perbezaan
bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal

utuh. Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam They, berkata
perkara itu hanya boleh dicapai jika semua pihak menolak sebarang bentuk ekstremisme

yang boleh menjejaskan keharmonian ahtara kaum dan agama.
Selain itu, katanya, penting bagi semua rakyat yang sederhana dan patriotik untuk terus
memperjuangkan usaha membentuk Bangsa Malaysia yang bersatu padu. "Kita mampu
menggapai impian jika kita bersatu padu selain mempunyai pelan jangka panjang yang baik
serta berusaha dengan bersungguh sungguh. Saya berharap kita dapat mempunyai lebih
banyak detik detik perpaduan seperti ini dan dapat mengekalkan semangat patriotisme dan
perpaduan yang sama dalam apa juga jenis sukan dan aktiviti riadah yang lain. Kita perlu

mengekalkan semangat perpaduan dan muhibah dan patriotisme bukan sahaja ketika
merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan hari Malaysia pada 16 September ini,".
Sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan patriotik, adalah menjadi kewajipan kita untuk
mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan
perbuatan provokasi dan keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan kekacauan.

Isi 5: Kesihatan dan Perpaduan

Program kesihatan berupaya menghimpunkan masyarakat sekali gus memperkukuh
perpaduan komuniti di sini. Pertama sekali perkara yang boleh kita dapat daripada kesihatan
dan perpaduan ialah kita dapat menjalinkan sesuatu hubungan antara masyarakat satu sama

lain. Hal ini dapat memupuk kekuatan perpaduan dalam kalangan masyarakat walaupun
berlainan agama budaya dan asal usul. Sebagai contoh, perkara yang boleh menyebabkan
kesihatan dan perpaduan itu terjalin bersama adalah aktiviti gotong-royong. Ketika aktiviti
gotong-royong dilaksanakan sudah semestinya badan kita akan mengeluarkan peluh yang
membolehkan tubuh badan kita terus kekal cergas. Sudah semestinya sikap tolong menolong

akan hadir sewaktu aktiviti gotong-royong. Hal ini dapat meningkatkan komunikasi dalam
sesebuah masyarakat maka perpaduan akan terjalin. Seterusnya, sudah semestinya kita dapat
meningkatkan kesihatan dan perpaduan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak

kerajaan kepada masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dianjurkan oleh
kerajaan kepada masyarakat adalah aktiviti sukan negara. Hari Sukan Negara merupakan hari

yang paling did tunggu tunggu oleh kerajaan sangat lah menyeronokkan dan bermanfaat.

Isi 6: Sektor ekonomi

Dalam sektor ekonomi, sama ada etnik Melayu, Cina atau India, ahli perniagaan yang
bermurah hati turut menyumbang dengan ketara dalam penjagaan kesihatan.
Bekerjasama dengan masyarakat, mereka telah melancarkan program pemberian amal
yang berjaya untuk mereka yang memerlukan. Contohnya, menyediakan perkhidmatan
perubatan, barangan asas isi rumah, dan sedikit bantuan kewangan kepada
masyarakat yang memerlukan.

Di samping itu, ahli perniagaan itu mengadakan ceramah pendedahan mengenai
kesihatan untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat berbilang kaum. Pada
masa yang sama, ia dapat mengukuhkan perpaduan sosial, mencegah penularan
penyakit berjangkit dan kronik, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Aspek perpaduan dan kesihatan kekal sebagai pemacu utama pembangunan di negara
maju. Penambahbaikan penjagaan kesihatan tertumpu kepada menangani keperluan
penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan, menambah baik sistem penyampaian
penjagaan kesihatan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan, dan
meningkatkan kerjasama dengan sektor swasta dan NGO

Isi 6: Sektor ekonomi

Secara khusus, kajian menunjukkan bahawa majoriti remaja B40 yang tinggal di
kawasan perumahan mengakui bahawa mereka gemar berkawan dengan rakan yang
berlainan kaum (81.1% - item 1). Sebahagian besar daripada mereka juga mengakui
bahawa mereka dan jiran sekeliling saling menghormati antara satu sama lain (89.4% -
item 2) dan bertolak ansur dengan rakan berlainan kaum (82.4%). Sebanyak 87.1%
remaja B40 yang menyertai kajian ini mengakui bahawa mereka boleh melakukan
pelbagai aktiviti bersama rakan-rakan yang berlainan kaum (87.1% - item 4).

Hasil kajian ini konsisten dengan Ruth et al.(2016), yang mendapati majoriti responden
dalam kajian menunjukkan keselesaan dalam melaksanakan tugas merentasi kaum,
gemar bergaul dengan rakan-rakan Berasa selesa dipimpin oleh kaum dan seronok.
berseronok dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa.

Walaupun berdasarkan analisis regresi berganda langkah demi langkah bagi sampel
kajian 244 remaja (Jadual 5), kajian mendapati empat (4) faktor yang mempengaruhi
perpaduan remaja B40 yang tinggal di perumahan awam Tingkah Laku Sosial, Kejiranan
dan Kasih Sayang untuk Malaysia.

Isi 6: Sektor ekonomi

Berdasarkan analisis yang dilakukan, dapatan secara signifikan menunjukkan kesihatan
diri menyumbang sehingga 29.0% perbezaan perpaduan dalam kalangan remaja B40
yang tinggal di kawasan perumahan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa faktor
kesihatan diri merupakan petunjuk utama perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang
tinggal di kawasan perumahan. Dan gabungan kesihatan peribadi dan tingkah laku
prososial menyumbang 6.6% lagi perubahan kepada perpaduan. Sementara itu, faktor
kejiranan dan kecintaan terhadap Malaysia menyumbang 3.1% dan 1.4% kepada
varians perpaduan.

Kombinasi keempat-empat faktor peramal tersebut telah menyumbang sebanyak
40.1% varians terhadap semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal
di tinggal di kawasan perumahan rakyat. Oleh itu, bagi menambah baik dan
meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di
kawasan perumahan rakyat, maka faktor-faktor seperti kesihatan diri, tingkah laku
prososial, hubungan kejiranan dan semangat cintakan Malaysia perlu dipertingkatkan
melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan bagi
membantu meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang
tinggal di kawasan perumahan rakyat.

Isi 6: Sektor ekonomi

Ini kerana semangat perpaduan merupakan aspek penting kerana ia menyemai dan
mencerminkan perpaduan nilai-nilai murni yang perlu dihayati bersama dalam
masyarakat berbilang kaum dan etnik di Malaysia. Hasil kajian ini juga dilihat sebagai
menambah pembolehubah baharu berkaitan faktor yang mempengaruhi domain
pengetahuan berkaitan perpaduan social.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibuat dengan adanya setiap perbincangan ini, kita dapat lihat perkaitan antara
kesihatan dan perpaduan. Kesihatan dan perpaduan ini saling melengkapi kerana terdapat perpaduan
antara masyarakat. Oleh itu, segala masalah dapat dihadapi bersama. Semua masyarakat perlu saling
bantu-membantu dan berkerjasama dalam apa jua yang terjadi. Sebagai analoginya, kes covid-19 yang
baru-baru ini merebak ke seluruh negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kes ini dapat
diredakan di negara kita dengan adanya kerjasama daripada rakyat yang patut terhadap arahan pemimpin.
Rakyat bekerjasama dalam mengikut SOP yang ditetapkan serta mengikut perintah kawalan pergerakan.
Di sini kita dapat lihat kerjasama ini telah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di
Malaysia dan mampu mengelakkan kes semakin menular walaupun bukan pulih sepenuhnya.

Seterusnya, kesimpulan yang dapat diolah adalah berkenaan diri kita sendiri. Kita mestilah menjaga
kesihatan diri dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di sekeliling kita supaya dapat memupuk
perpaduan antara kaum dengan menjaga kebersihan bersama. Seperti contoh, kebersihan diri perlu dijaga
dengan rapi dan mandi setiap hari supaya badan tidak berbau kerana apabila orang sekeliling mendekati
udara akan tersebar. Dengan ini, kita perlu menjaga kebersihan diri supaya ramai yang akan berminat
untuk berkawan dengan kita.

Akhir sekali, kita hendaklah berganding bahu dengan masyarakat sekeliling supaya masalah yang
bertimbun mampu diselesaikan dengan selamat dan berjaya. Kita juga sewajarnya menanam semangat
perpaduan yang amat mendalam bagi seseorang untuk bekerjasama dalam bidang kesihatan. Oleh itu,
sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing. Hal ini dikatakan kerana kita cuba untuk
mengelakkan perkara berulang sekali lagi.

LAMPIRAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

~ https://www.astroawani.com/gaya-hidup/kempen-derma-darah-kitasama-tonjol-
semangat-perpaduan-rakyat-malaysia-114426?amp=1

~ Kempen Derma Darah Pemangkin Semangat Perpaduan (theinspirasi.my)

~ Kempen Derma Darah Pemangkin Semangat Perpaduan (theinspirasi.my)

~ Perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik kepada rakyat Malaysia | Utusan
Borneo Online

~ Perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik kepada rakyat Malaysia | Utusan
Borneo Online

~ PERPADUAN DAN KESIHATAN: MPU21032 ETIKA DAN PERADABAN
(dat1aperpaduandankesihatanmpu21032.blogspot.com)

RUJUKAN

~ EFOLIO ETIKA DAN PERADABAN ( KESIHATAN DAN PERPADUAN )
(pepdmh1ak8.blogspot.com)

~ https://mypt3.com/karangan-perpaduan-kaum-pt3

~ https://pepdmh1ak8.blogspot.com/2020/09/efolio-etika-dan-peradaban-
kesihatan.html?m=1

~ https://pepdmh1ak8.blogspot.com/2020/09/efolio-etika-dan-peradaban-
kesihatan.html

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version