The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puterinurindah03, 2022-12-05 09:50:19

Cream Brown Modern Music Event Magazine

Cream Brown Modern Music Event Magazine

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN



DIPLOMA PELANCONGAN DAN HOSPITALITI



MPU23072
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM



TAJUK : PRINSIP SYARIAH DAN KAEDAH FIQH DALAM

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI



DISEDIAKAN UNTUK:
NORZIRA BINTI AHMAD



DISEDIAKAN OLEH:
NAMA & NO. MATRIK
NURUL NADIANA BINTI AHMAD ZAIDI 18DUP21F1034
AINNUL MARDHIAH BINTI AHMAD ZAINI 18DUP21F2004
NUR AZRINA BINTI SHAMSULEFFLE 18DUP21F2029
PUTERI NUR INDAH BINTI JALAL 18DUP21F2006

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
MUKA HADAPAN 1
ISI KANDUNGAN 2
SIDANG EDITORIAL
PENGHARGAAN 3-4
5
PENGENALAN 6
CONTOH KAEDAH FIQH 7-12
13
RUJUKAN

SIDANG EDITORIAL

NUR AZRINA
BT

SHAMSULEFFLE

AINNUL
MARDHIAH BT
AHMAD ZAINI

PUTERI NUR
INDAH
BT JALAL

NURUL NADIANA
BT

AHMAD ZAIDI

PENGHARGAAN magazine

Bersyukur ke hadrat Ilahi serta selawat ke atas
junjungan besar iaitu Nabi Muhammad SAW
dapatlah kami menyiapkan e- folio kami dengan
cemerlang dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung terutamanya kepada pensyarah kami Pn
Norzira Binti Ahmad yang telah banyak memberi
segala tunjuk ajar , nasihat , dorongan serta kritikan
yang membina kepada kami sehingga kami berjaya
menyiapkan laporan akhir ini . Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang banyak
membantu dari segi pandangan dan kewangan dalam
menyiapkan tugasan akhir ini . Dengan ini kami
bersyukur ke hadrat Allah SWT maka siaplah projek
akhir ini . Harapan kami semoga laporan ini dapat
dijadikan contoh dan panduan kepada pihak-pihak
yang berkenaan pada masa hadapan

reallygreatsite.com

PENGENALAN magazine

Pengertian Fiqh
- Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud
memahami . Pada asalnya ia bermaksud memahami
agama secara keseluruhannya . Namun kemudiannya
dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam
yang berkaitan dengan hukum hukam amali sahaja
iaitu percakapan , perbuatan dan hal ehwal luaran
manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan syarak .

Secara kiasan, fiqh bermaksud ilmu tentang
ketetapan hukum Islam daripada sumbernya.
Mendapatkan hukum agama daripada sumbernya
memerlukan mujtahid (individu yang beritihad)
yang mempunyai pemahaman mendalam dalam
perbincangan fiqh yang berbeza. Seorang faqih mesti
melihat secara mendalam ke dalam sesuatu perkara
dan tidak berpuas hati dengan makna yang zahir
sahaja, dan orang yang hanya mengetahui rupa satu-
satu perkara sahaja tidak layak sebagai seorang
faqih.

reallygreatsite.com

5 KAEDAH FIQH

1. SEGALA URUSAN BERDASARKAN NIAT
. ( AL-UMAR BIMAQASIDIHA )



2. KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
( Al-YAKIN LAYUZALU BIS-SYAKKI )



3. KESUKARAN ADALAH SEBAB KEPADA KEMUDAHAN & KERINGANAN
( Al-MUSYAKKAH TAJLIBUT TAISIR )


4. MUDARAT MESTI DIHILANGKAN
( AD-DHARAR YUZAL )


5. ADAT SEBAGAI HUKUM
( AL-ADAH MUHAMMAMAH )

KAEDAH 1 DECEMBER 2022 | ISSUE 10

SEGALA URUSAN

BERDASARKAN NIAT

MAKSUD NIAT :
BAHASA - Qasad ( tujuan hati ) dan iradah.
( kehendaki hati )
ISTILAH - Suatu lintasan dalam hati untuk
melaksanakan sesuatu perkara

TUJUAN NIAT : Menentukan nilai sesuatu
amalam, membezakan taraf sesuatuibadah,
dan menentukan kualiti ibadah seseorang.

SYARAT SAH NIAT :
Beragama islam, mumaiyyiz, tahu bentuk perbuatan dan niat yang dilakukan, ikhlas
kerana Allah, tidak bertentangan dengan maqasid Syariah

DALIL :
"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah akhirat,
kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya;
dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia
semata - mata , Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami
tentukan) dan ia akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak"
(Surah al-Syura 42:20)

CONTOH SITUASI :

1 .Menunaikan ibadah haji atau umrah
semata-mata tujuan untuk melancong bukan
kerana ibadah tidak akan diberikan ganjaran
oleh Allah.

2. Pembinaan hotel atau tempat penginapan
untuk pelanggan akan diberikan ganjaran .
Sebaliknyaa jika pembinaan tersebut
bertujuan untuk maksiat adalah dosa

KEYAKINAN TIDAK KAEDAH 2

HILANG DENGAN KERAGUAN

(Al-Yakin Layuzalu Bis-syakki)

MAKSUD YAKIN :
Sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti.

MAKSUD SYAK :
Keraguan yang setaraf terhadap sesuatu perkara

MELIBATKAN :

Setiap keputusan perlu didasari keyakinan dan
kepastian, sesuatu yang meragukan & status tidak
dapat dipastikan tidak seharusnya menggugat
perkara yang dipastikan dan bukti dan fakta yang
sah, kukuh lagi meyakinkan adalah untuk mengukur
sesuatu kepastian.

FIRMAN ALLAH:

Sesungguhnya zhan (sangkaan) tidak menandingi

kebenaran walau sedikit pun.
(Surah Yunus 36)

DALIL:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa"
( surah Al - Hujarat 49:12)

CONTOH SITUASI:

1 .Penentuan arah kiblat yang disediakan dalam bilik
hotel atau rumah tumpangan adalah memadai
untuk dijadikan sebagai panduan solat kepada
pelanggan yang menginap

KAEDAH 3

KESUKARAN ADALAH SEBAB KEPADA
KEMUDAHAN & KERINGANAN

(AL-MUSYAKKAH TAJLIBUT TAISIR)

- Kaedah yang diamalkan bila berhadapan dengan
kesukaran dan kesusahan
- islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan
yang dihadapi
- iaitu merujuk kepada beberapa kelonggaran dalam
melaksanakan kewajipan tertentu

FIRMAN ALLAH :

"(Dengan ketetapan demikian itu) Allah mengkehendaki
kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak
mengkehendaki kamu menanggung kesukaran"
(Al-Baqarah 2:185)

HADIS :
Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
"Sesungguhnya Allah tabaraka wataála suka ketika
rukhsah dari-Nya diambil, sebagaimana Ia membenci
tatkala maksiat kepada-Nya dilakukan"

SEBAB DIBERI KERINGANAN :

Musafir , sakit , terpaksa , terlupa , jahil ,
kekurangan, umummul balwa
(suatu yang telah diterima umum dan
dimaafkan)

CONTOH SITUASI :

1. Seseorang yang melancong ke suatu tempat
dengan niat yang baik dibenarkan untuk
melaksanakan solat qasar dan jamak kerana
bersama musafir adanya kesukaran

KAEDAH 4 Kemudaratan

Hendaklah Dihilangkan

‫)نر ر ُ ُ ر )الضر يزال‬




Kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang

menjadi kesukaran atau mendatangkan bahaya

dan mudharat hendaklah dihapuskan. Kaedah ini

juga membawa maksud sesuatu yang boleh

mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan

perkara yang berbahaya itu juga hendaklah

dihilangkan.

Firman Allah swt:

‎‫رو رما َل ُكم َا ََّل رت ْأ ُك ُلوا م َّما ُذك رر اس ُم ا هلَّل رع َليه رو رقد رف َّص رل َل ُكم َّما رح َّر رم‬
‫ُّ َررُُىَىىى‬

Maksudnya: “Dan mengapa kamu tidak mau memakan dari apa (daging

hewan) yang (ketika disembelih) disebut nama Allah, padahal Allah telah

menjelaskan kepadamu apa yang diharamkan-Nya kepadamu, kecuali jika

kamudalamkeadaanterpaksa.” (Al-An'amAyat119)




‫ه‬‎ْ ‫عليكم ىاَل ما اضطررتم ىالي‬

‫ر‬‎ ‫ال نضروال نضا‬

Maksudnya: “Tiada mudarat dan tidak boleh memberi mudarat” (Ibn Majah,

Kitab al-Ahkam, Bab Man Bana Fi Haqqihi, Hadis 2431).




Terdapat 2 kaedah yang terhasil:




Kaedah 1: Darurat mengharuskan perkara yang dilarang
Kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang dilarang atau haram hukumnya
disisi syarak boleh berubah menjadi harus sekiranya berlaku darurat.

Contohnya: Pelancong bercuti di pulau terpencil, dan mereka tersesat didalam
hutan. Tiada sumber air dan makanan yang bersih kecuali binatang yang haram
sebagai contoh, khinzir.

Kaedah 2: Perkara yang diharuskan kerana darurat dihadkan menurut kadar
darurat sahaja
Kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang diharuskan ketika darurat hanya
boleh dilaksanakan sekadar untuk menghilangkan darurat tersebut dan tidak
boleh berlebihan dalam melakukannya.

Contohnya: Minum arak ketika darurat hanya dibenarkan untuk menghilangkan
haus sahaja bukan dengan menghabiskan sebotol arak.

KAEDAH 5

Adat Dijadikan
Sebagai Rujukan
Hukum

(‫)العادة محكمة‬

Adat merupakan sesuatu perkara yang dibuat secara berulang-ulang sehingga menjadi
kebiasaan yang sebati dalam diri (Imam Jalaluddin Abdul Rahman, t.t).
Kaedah ini disandarkan kepada firman Allah dari Surah al-A’raf ayat 199:

Firman Allah (swt):

ُ‫خىذْالرعفرورْو ُأمرىبْاُلعرىفرَواعرض رعنْالرجاىهىل ن ْي‬

Maksudnya: Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara
yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil
dengan kejahilannya). (Surah al-A’raf: 199)

i. Uruf tersebut tidak bertentangan dengan nas syarak. Perkara Isu-isu cabang fiqh yang tiada
ini adalah perkara utama yang perlu dipertimbangkan. dalil. Para ulama telah

Walaupun kebiasaan tersebut dilaksanakan secara meluas oleh menetapkan beberapa syarat
masyarakat namun tetap tidak akan dipertimbangkan dalam bagi membolehkan uruf
penetapan hukum. Sebagai contoh, pelancong yang ingin
digunakan dalam pembinaan
melakukan riba akan tetapi ditolak kerana bercanggah dengan hukum antaranya:
hukum syarak.




ii. Uruf tersebut telah diamalkan oleh masyarakat secara
menyeluruh dan meluas. Hal ini bermaksud uruf mestilah
perkara yang telah diamalkan secara berulang-ulang dalam

kehidupan seharian sebilangan besar masyarakat. Maka,
amalan yang dilakukan oleh individu atau golongan minoriti

tidak boleh diiktiraf sebagai uruf semasa

RUJUKAN

AL-QURAN


Abu Ghuddah, 'Abd al-Sattar. 1992. Buhus Fi al-Fiqh
al-Tibb Wa al-Sihhat al-Nafsiyyah Min Manzur
Islamiyy. Beirut: Dar al-Aqsa.


Banjar al-Makkiy, Muhammad Nur al-Din Merbau.
1994. al-Durar


al-Bahiyyah Fi Iddah al-Qawa'id al-Fiqhiyyah. T.tp.:
al-Maktab al-Fanni Li


al-Difayah Wa al-Islam.


Al-Bayhaqiyy, Abu Bakr Ahmad ibn al-Husayn ibn
Ali. 1999. Sunan al-Kubra. Beirut: Dar al-Kutub al-
'Ilmiyyah.


Al-Bukhariyy, Muhammad bin Ismail. 1400H. Sahih
al-Bukhariyy. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-Arabiyy..

LINK


https://www.academia.edu/32349313/Kaedah_Asa
s_5_Adat_sebagai_Sumber_Rujukan_Hukum


https://tayibahv2.wordpress.com/2016/02/10/ke
mudaratan-hendaklah-dihapuskan/


https://prezi.com/p/0nsvjjgiem03/kemudaratan-
hendaklah-dihilangkan/


https://anyflip.com/knvaz/asce/basic


https://www.scribd.com/presentation/7856036/B
ab-5-Kaedah-Kaedah-Fiqh


https://maruwiahacis.files.wordpress.com/2013/0
9/bab-5-aplikasi-kaedah-fiqh-b.pdf


Click to View FlipBook Version