BUKU RESEPI LOCAL
DESSERT
1
ISI KANDUNGAN M/S
4
BIL TAJUK 5 - 11
1 PENGENALAN
2 MALAY DESSERT 12 - 19
1)KUIH KETAYAP 20 -25
2)KUIH LAPIS 26
3)KUIH KERIA
4)PENGAT PISANG
3 NYONYA DESSERT
1)KUIH BOM
2)ONDE ONDE
3)TANG YUAN
4)ANGKOO
4 INDIAN DESSERT
1)KESARI
2)BOONDI LADDU
3)KHEER
5 PENUTUP
2
PENGENALAN
Malay dessert atau lebih dikenali pencuci mulut tradisional ialah hidangan penutup setelah hidangan
utama iaitu main course. Dessert biasanya mempunyai rasa manis dan menyegarkan.
3
KUIH KETAYAP
BAHAN BAHAN
KULIT KETAYAP
- Tepung gandum (250 gram)
- Santan kotak (200 gram)
- Air pandan (400 gram)
- Garam (1/2tsp)
INTI KUIH KETAYAP
- Inti kelapa (1kg)
- Air gula melaka (200 gram)
- Gula pasir (200 gram)
- Tepung gandum (1tsp)
- Tepung jagung (1tsp)
4
CARA CARA
1- Masukan santan kedala air pandan.
2- Gaulkan bahan tersebut sehingga sebati dengan
menggunakan whisk.
3- Setelah sebati masukkan kedalam pengisar bersama telur
dan tepung gandum yang telah diayak.
4- Kisar semua bahan sehingga sebati dan biarkan seketika.
5- Masukkan gula Melaka dan gula pasir serta air ke dalam
kuali tunggu sehingga mendidih.
6- Kemudian masukkan inti kelapa kedalam gula yang telah
mendidihkan tadi.
7- Masak inti kelapa sehigga menjadi pekat dan masukkan
tepung gandum dan tepung jagung dan gaul sehingga
sebati.
8- Seterusnya panaskan kuali dan tuang acuan menggunakan
1 cup kedalam kuali.
9- Apabila kulit ketayap tadi telah masak angkat perlahan lahan
dengan menggunakan spatula.
10- Setelah selesai sejukkan beberapa minit dan letakkan
inti yang telah disiapkan tadi.
11- Gulung kuih ketayap dengan melipatkan bahagian kiri
dan kanan dan gulung sehingga menutupi inti .
12- Ulang langkah yang sama sehingga adunan habis.
13- Produk siap dan telah sedia dihidangkan.
5
KUIH LAPIS
BAHAN BAHAN
- Tepung beras (500gram)
- Tepung gandum (250gram)
- Tepung ubi (3tsp)
- 1 kotak santan
- Garam (1tsp)
- Ros (1tsp)
- Air (400ml)
- Pewarna merah
Air gula
- Gula pasir (600gram)
- 2 setengah cup air
- Minyak jagung
6
CARA CARA
1- Masukkan kesemua tepung yang telah diayak ke dalam satu
bowl
2- Kemudian masukkan satu kotak santan dan air gaul
sehingga sebati
3- Masukkan sedikit minyak jagung untuk memberi lemak
4- Tapiskan acuan yang telah digaulkan sebentar tadi
5- Bahagikan kepada dua bekas
6- Masukkan esen sirap sikit demi sedikit dan gaul sehingga
sebati
7- Letakkan 2 cup acuan sirap kedalam bekas Loyang siap
dilapikkan dengan plastic
8- Kukus selama 15 minit dan buka penutup kukus setiap 5
minit untuk mengelap wap air
9- Seterusnya letakkan acuan putih kedalam ke atas
permukkan acuan sirap
10- Ulang langkah sehingga adunan habis
11- Produk siap dan boleh dihidangkan
7
KUIH KERIA
BAHAN BAHAN
- Keledek (2kg)
- Tepung gandum (200 gram)
- Shortening (20 gram)
- Gula kastor (200 gram)
- Air (100 gram)
CARA – CARA
- Potong dadu keledek dan rebus sehingga empuk
- Angkat ubi keledek yang telah lembut dan lenyekkan
sehingga lumat
- Masukkan shortening dan tepung gandum
- Gaul sehingga sebati menggunakan tangan
- Bentukkan adunan menjadi bulat dan gunakan jari manis
untuk membuat lubang ditengah
- Panaskan minyak dan masukkan keria yang sudah dibentuk
- Goreng sehingga warna sedikit perang
8
- Untuk air gula pula masukkan gula melaka dan air dan
kacau sehingga sedikit likat
- Masukkan keria yang telah siap digoreng tadi kedalam air
gula
- Gaul sehingga sebati pastikan gula melekat pada keria
- Produk siap dan sedia dihidangkan
9
PENGAT PISANG
BAHAN BAHAN
- Pisang tanduk
- Gula melaka
- Gula kastor
- Sagu
- Santan
- Garam
- Daun pandan
CARA CARA
- Potong pisang tanduk secara dadu kemudian rendamkan
kedalam air
- Rebuskan sagu sehingga warna menjadi clear
- Masukkan pisang ke dalam periuk bersama air
- Seterusnya masukkan santan,gula kastor,gula melaka dan
garam dan gaul sehingga sebati
10
- Masukkan sagu yang direbuskan tadi air rebusan sagu itu
hendaklah dibuang terlebih dahulu
- Letakkan periuk ke atas api yang perlahan dan gaul
sehingga menjadi sedikit likat dan sehingga pisang menjadi
empuk
- Produk siap dan sedia dihidangkan
11
KUIH BOM
BAHAN BAHAN
- keledek (1 kilo)
- Tepung gandum (1/2 cup)
- Garam (1tsp)
- Bijan
- Air
INTI KUIH BOM
- Kelapa parut (1 kilo)
- Air gula melaka (200 gram)
- Gula pasir
- Tepung gandum dan tepung jagung
12
CARA CARANYA
1- Rebus keledek sehingga lembut
2- Kemudian lenyekkan keledek dan campur bersama tepung
gandum
3- Gaul sehingga menjadi doh dan ambil secubit adunan dan
leperkan
4- Kemudian letakkan inti kelapa di tengah tengah dan tutup
inti dengan rapat dan kemas
5- Gumpalkan adunan sehingga menjadi bulat
6- Golekkan adunan di atas bijan
7- Pastikan bijan melekat pada keliling
8- Kemudian panaskan minyak untuk mengoreng kuih bom tadi
9- Goreng sehingga keperangan
10- Produk siap dan sedia dihidangkan
13
KUIH ONDE ONDE
BAHAN BAHAN
- Tepung pulut (1kg)
- Tepung gandum (1tsp)
- Air pandan (1kg)
- Gula Melaka yang telah dipotong kecil
- Kelapa parut yang dikukus
CARA CARA
1- Masukkan tepung pulut dan tepung gandum yang sudah
diayak ke dalam bowl.
2- Kemudian masukkan air daun pandan yang telah dikisar
sedikit demi sedikit kedalam adunan tepung.
3- Gaul sehingga sebati dan menjadi doh
14
4- Sediakan tray dan taburkan sedikit tepung agar doh yang
dibentuk tidak melekat
5- Ambil secubit doh kemudian bentukkan menjadi leper dan
masukkan gula melaka yang dipotong kecil tadi
6- Setelah doh siap panaskan air sehingga mendidih
7- Masukkan doh yang dibulatkan tadi kedalam air didihan
rebus sehingga doh tersebut timbul dipermukaan
8- Kemudian golekkan doh ke dalam kelapa parut
9- Ulang langkah ini sehingga adunan habi
10- Onde onde kita telah siap dan boleh dihidangkan
15
KUIH TANG YUAN
BAHAN BAHAN
- Air (1liter)
- Gula kastor (1/2 cup)
- Gula pasir (1/2 cup)
- Daun pandan 2 helai
- Gula kastor (1tsp)
- Tepung pulut (2cup)
- Air (200 ml)
- Pewarna
16
CARA CARANYA
- Air gula tang yuan
- Masukkan air kedalam periuk
- Seterusnya masukkan gula berserta daun pandan yang
dipotong dua
- Buka api kecil dan masakkan air gula sehinga gula larut
- Tutup api dan biarkan sementara
- Isi tang yuan
- Masukkan gula dalam tepung pulut campurkan kedua bahan
tersebut
- Kemudian masukkan pula air sedikit demi sedikit dan gaul
sehingga menjadi doh
- Sediakan mangkuk untuk bahagikan doh kepada empat
warna iaitu merah,oren,putih dan kuning
- Ambil sedikit doh dan bulatkan menjadi doh kecil sehingga
habis keempat empat warna tersebut
- Setelah selesai doh. Sediakan pula periuk dan air untuk
merebus doh yang dibulatkan tadi
- Rebus bebola doh tadi sehingga dia naik terapung
- Setelah siap merebus letakkan bebola tadi kedalam air gula
yang telah disiapkan
- Tang yuan siap untuk dihidangkan
17
KUIH ANGKOO
BAHAN BAHAN
- Keledek (200gram)
- Tepung pulut (300gram)
- Tepung ubi (1/2tbsp)
- Gula kastor (2tbsp)
- Minyak masak(2tbsp)
- Air (160ml)
- Inti kacang merah
CARA CARA
1- Potong keledek kemudian sediakan periuk berisi air dan
rebuskan keledek sehingga lembut
2- Setelah keledek lembut angkat keledek sahaja tanpa air.
Kemudian lenyek keledek sehingga lumat
3- Campurkan kedua dua tepung tadi kedalam keledek yang
telah dilenyekkan gaul sehingga sebati
18
4- Masukkan minyak kedalam tepung yang dicampurkan
dengan keledek tadi
5- Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit uli sehingga
menjadi doh
6- Tambahkan pewarna merah pada doh
7- Bulatkan inti kacang merah menjadi bulatan yang sederhana
besar
8- Sediakan kulit daun pisang dan potong mengikut saiz kuih
angkoo
9- Ambil segenggam besar doh dan leperkan. Masukkan inti
kacang merah yang telah dibulatkan tadi dan tutup serta
bulatkan
10- Sapukan minyak jagung pada acuan terlebih dahulu
11- Letakkan doh kedalam acuan dan tekan mengikut
bentuk acuan tersebut
12- Keluarkan doh pada acuan dan letakkan diatas daun
pisang tadi
13- Kemudian kukuskan lebih kurang 30 minit sehingga
masak
19
KESARI
BAHAN BAHAN
- Tepung suji (300 gram)
- Gula pasir (300 gram)
- Air suam (3 cup)
- Susu (3cup)
- Ghee (2cup)
- Kacang gajus (200 gram) potong dadu
- Kacang almond (100 gram) potong dadu atau keeping
- Kismis (50 gram)
- Garam secukup rasa
- Pewarna oren
20
CARA CARA
1- Dalam api yang kecil sangai tepung suji selama 3 ke 4 minit
sehingga naik bau kemudian tambahkan secawan ghee dan
kacau sehingga sebati
2- Kacau dalam 2 ke 3 minit dan pastikan api pelahan kerana
ia mudah hangus dan terlebih masak
3- Biarkan sementara
4- Gunakan kuali letakkan 2 sudu besar ghee dan gorengkan
kacang dan kismis sehingga keperangan
5- Dalam kuali yang sama tambahkan sedikit air dan biarkan ia
sehingga mendidih. Kemudian tambahkan susu dan biarkan
sehingga mendidih
6- Letakkan kismis dan kacang yag teah digoreng tadi dalam
kuali yang sama
7- Sebaik sahaja gelembung muncul perlahan api dan
masukkan tepung bersama ghee yang disangaikan tadi
8- Kacau sehingga menjadi kental
9- Tambahkan ghee semasa mengacau
10- Sediakan dulang atau bekas dan letakkan ghee
padanya
11- Setelah kesari mengental tuangkan kedalam dulang
tadi dan biarkan sehingga sejuk
12- Apabila sudah sejuk potong dalam bentuk diamond dan
siap dihidangkan
21
BOONDI LADDU
BAHAN BAHAN
- Tepung kacang kuda (200gram)
- Gula pasir (300gram)
- Kacang gajus (50gram)
- Kacang badam(50gram)
- Kismis (50gram)
- Sedikit champor
- Garam 1tsp
- Sedikit baking soda
- Air
CARA CARA
1- Masukkan garam kedalam tepung kacang kuda dan
gaulkan. Seterusnya masukkan baking soda dan sedikit
demi sedikit dan gaul menggunakan whisk (pastikan adunan
tidak terlalu cair atau terlalu pekat)
22
2- Sediakan periuk dan masukkan air dan gula masak
sehingga gula menjadi sedikit likat
3- Untuk adunan tepung tadi asingkan kepada tiga warna iaitu
merah,oren dan hijau
4- Panaskan minyak di dalam kuali besar dan periksa gula tadi
jika sudah likat boleh masukkan sedikit sahaja champor
kedalam air gula tadi
5- Panaskan minyak di dalam kuali. Kemudian gorengkan
tepung tadi dengan acuan semasa mengoreng sambil
mengetuk getuk supaya ia lebih terbentuk
6- Setelah siap mengoreng masukkan kedalam bowl dan
tuangkan air gula tadi dan gaul sehingga sebati
7- Kepal laddu itu sehingga menjadi bebola lakukan sehingga
laddu habis
8- Siap dan boleh dihidangkan
23
KHEER
BAHAN BAHAN
- Susu segar (1cup)
- Beras (1cup)
- Gula
- Saffron
- Kismis
- kacang
- Biji buah pelage
- Vanilla custard powder
24
CARA CARANYA
1- Masukkan susu kedlam periuk dan panaskan pada api
perlahan
2- Masukkan sedikit beras yang perlu dihancrukan sedikit demi
sedikit menggunakan tangan. Masukkan lebihan beras ke
dalam periuk
3- Gaulkan sehingga sebati dan biarkan selama 12 hingga 15
minit
4- Masukkan gula dan gaulkan
5- Masukkan sedikit buah pelage dan safron kedaam periuk
gaulkan sehingga gula larut
6- Masukkan sedikit kismis dan kacang
7- Dan gaul sehingga beras tadi masak
8- Produk siap untuk dihidangkan
25
PENUTUP
Kesimpulannya kuih tempatan mempunyai kepelbagaian sumber
tempatan menjadikan hasil sesuatu kiih tempatan tersebut
mempunyai ciri ciri tersendiri dari segi warna,tekstur,rasa,bau dan
rupa bentuk yang berbeza.
26