The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sehgambaram09, 2022-05-05 06:17:50

e-folio

e-folio

MPU21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

E – FOLIO: DASAR – DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN
KELAS : DPM1A

PENSYARAH : MARZUKI BIN SEPIAAIL

ISI KANDUNGAN TAJUK

BIL PENGHARGAAN
1
2 MAKLUMAT AHLI KUMPULAN
3
4 PENGENALAN

5 DASAR EKONOMI BARU
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
6
DASAR PENDIDIKAN NEGARA
DASAR SOSIAL NEGARA

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
DASAR WAWASAN NEGARA
KESIMPULAN

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan diberikan kepada semua yang
memberi kerjasama dalam menyelesaikan tugasan e-folio
ini terutamanya kepada rakan sekumpulan kami.

AHLI KUMPULAN : KUMPULAN 6

NURUL WAHIDAH BINTI NURUL AIN ‘ AFINI BINTI SHAMINI A/P DURGASHREE A/P
MOHD WAZIR SADON EHGAMBARAM KALIMUTHU

15DPM21F2023 15DPM21F2039 15DPM21F2041 15DPM21F2027

PENGENALAN

• Perkataan dasar merujuk kepada
tingkah laku beberapa aktor atau pelaku
yang tertentu dalam pembuatan dasar
awam yang rasmi seperti agensi kerajaan
dan badan perundangan. Ianya juga
merupakan satu keputusan yang dibuat
oleh individu dan kumpulan tertentu
dalam sesebuah kerajaan mengikut
keadaan negara bagi mencapai
matlamat untuk mengurangkan masalah
tertentu dan pembangunan negara.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-
untuk-membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

• Negara yang tidak mempunyai dasar-
dasar tertentu akan kelihatan pincang dan
sukar bagi pemimpinnya memajukan
sesebuah negara. Dengan kata lain,
pembangunan sukar dilaksanakan tanpa
adanya dasar yang menjadi asas atau
tapak yang kukuh. Dasar amat penting
dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan
bagi menangani pelbagai masalah yang
timbul ekoran kesan peninggalan penjajah
yang terdahulu

• Keperluan dasar selain pembangunan
bertujuan meningkatkan taraf hidup
masyarakat dan merapatkan lagi jurang
antara kaum. Dasar-dasar dibentuk bukan
sahaja oleh negara-negara maju, malahan
lebih penting buat negara yag baru
membangun. Proses merancang,
menganalisis dan mengadakan perubahan
demi perubahan terhadap dasar-dasar
yang sedia ada di samping membuat
dasar-dasar baru yang bersesuaian dengan
hasrat mewujudkan sebuah negara maju.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-
dasar-kerajaan-untuk-membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-
kebudayaan-kebangsaan

Selepas merdeka, kerajaan telah memulakan
perancangan dan melaksanakan
pembangunan negara dengan lebih tersusun.
Terdapat beberapa dasar-dasar kerajaan ke
arah perpaduan negara iaitu

1) Dasar ekonomi baharu.

2) Dasar kebudayaan kebangsaan.

3) Dasar pendidikan negara.

4) Dasar sosial negara.

5) Dasar pembangunan nasional.

6) Dasar wawasan negara.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

Dasar Ekonomi Baharu

Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat seperti berikut:

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

• 1) Pembasmian Kemiskinan
Tanpa Mengira Kaum

• Melalui dasar ini kerajaan bertindak
untuk merapatkan jurang kekayaan antara
golongan kaya dan golongan miskin
tanpa mengira kaum. Jurang ekonomi
yang besar antara kaum akan
mencetuskan suasana yang tidak harmoni
akibat rasa tidak puas hati antara satu
sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar
Ekonomi Baru ini kerajaan telah
memberikan banyak tumpuan kepada
golongan seperti pekebun-pekebun
kecil,penghuni estet, petani, nelayan dan
pesawah

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-
dasar-kerajaan-untuk-membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-
kebudayaan-kebangsaan

• 2)Penyusunan Semula Masyarakat

• Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) penyusunan semula
masyarakat menjadi matlamat penting ekoran wujud
ketidakseimbangan pembahagian tempat tinggal,
pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kemudahan sosial,
kesihatan, pengangkutan dan perhubungan dan pemilikan
harta benda serta mutu dan taraf kehidupan pelbagai
kaum. Oleh itu, DEB menetapkan beberpa program di
dalam beberapa sektor ekonomi seperti perdagangan,
perindustrian, pertanian, perlombongan, pembinaan,
pengangkutan, perumahan dan pelajaran. Setiap kaum
akan mendapat faedah dan pembahagian yang adil.
Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk
pemilikan ekuiti dalam perusahaan dan perniagaan iaitu 70
peratus ekuiti rakyat termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum
Bumiputera pada tahun 1990.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

• Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah
mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan
keberkesanan pelaksanaan DEB iaitu:

• -Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan
kurang berupaya.

• -Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi
tertentu.

• -Melatih dan membentuk para usahawanan dan pedagang
baru di kalangan masyarakat bumiputera.

• -Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian
tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar bumiputera.

• -Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakkan
ihtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

Dasar Kebudayaan
Kebangsaan

• Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup
manusia. Ia berperanan penting dalam proses
pembangunan negara di Malaysia di mana
keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-
usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik. Bagi sebuah
negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum
seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan
nasional memerlukan perancangan yang teliti dan
rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang
bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini
harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan
utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan
negara.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

• Terdapat tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan
sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

• -Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau

• Rantau ini merupakan pusat pemancaran,
pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak
zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan
dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka
yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan
serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di
bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu -
Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah,
kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya.
Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup,
lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada
lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun
bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan
rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya
kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada
Kebudayaan Kebangsaan.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

• Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai

• Wajar Diterima Kebudayaan sebagai
sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-
ubah melalui proses penyerapan dan
penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini
bertepatan dengan situasi penduduk
berbilang kaum yang mewarisi pelbagai
budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya
Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang
sesuai dan wajar diberi penimbangan dan
penerimaan dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian
penerimaan dalam penyerapan ini adalah
bergantung kepada tidak wujudnya
percanggahan dengan Perlembagaan
dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan
kepentlngan nasional serta asas-asas moral
dan kerohanian sejagat pada amnya dan
pada Islam sebagai agama rasmi negara
khasnya.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

• Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam
Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

• Agama atau kepercayaan kepada Tuhan
merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan
rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
Agama Islam memberi panduan kepada
manusia dalam mengimbang dan
memadukan usaha bagi mengisi kehendak-
kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu
patut menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
memandangkan kedudukannya sebagai
agama rasmi negara, di samping telah
wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam
yang telah sedia didukung oleh sebahagian
besar rakyat rantau ini.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-
kerajaan-untuk-membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-
kebangsaan

• Pembangunan Kebudayaan
Kebangsaan amatlah penting untuk
mewujudkan sebuah negara yang stabil
dan bersatu padu. Dengan yang demikian
usaha-usaha pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan
untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

• -Mengukuhkan perpaduan bangsa dan
negara melalui Kebudayaan.

• -Memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan yang tumbuh
daripada Kebudayaan Kebangsaan.

• -Memperkayakan dan
mempertingkatkan kualiti kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian
yangseimbang dengan pembangunan
sosioekonomi.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/
08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-
kebangsaan

• Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi
berikut:

• -Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan
kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas
Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya;

• -Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya
melalui usaha-usaha membimbing dan melatih.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

Dasar Pendidikan Negara

Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan
Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem
pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara.

Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan
idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup
pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak,
ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian
atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

• Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah
masyarakat. Masyarakat sebagai penentu kepada sistem
pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitu
sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian,
autorian, marxis, komunis dan Islam. Selain daripada itu yang
dilihat dari aspek orientasi sosial ,orientasi ekonomi, orientasi
politik, orientasi pembangunan, fahaman agama
kepelbagaian kaum, teknologi dan pengaruh
perkembangan antarabangsa.

• Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan
mengenai urusan pendidikan negara ini dilakukan pada
peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan
melalui Sistem Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh
buah jawatankuasa. Dasar-dasar baru yang ingin
dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri
Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke
Bahagian-Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan
Sekolah-Sekolah.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

•Dasar Sosial Negara

• Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar
pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan
peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan
dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan
hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

• Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari
2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang
maju dan mapandari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.

• Setia panggota masyarakat berpeluang untuk
memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam
persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-
padu, berdayatahan, demokratik, bermoral, bertoleransi,
progresif, penyayang, adil dan saksama.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

• Objektif Umum Dasar Sosial Negara ialah:

• -Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti
tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya jantina
dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan
memberi sumbangan kepada arus pembangunan
negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara
berterusan.

• -Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan
masyarakat.

• -Membangun dan memperkasakan insan sepanjang
hayat.

• -Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan
sosial dan perkhidmatan sosial dan Menjana sinergimulti
sector

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

• Dasar Pembangunan
Nasional

• Tahun 1990, menandakan berakhirnya RRJPI
dan DEB. Dalam tempoh perlaksanaan DEB
(1971-1990), ekonomi Malaysia telah
berkembang dengan pesatnya walaupun
menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang
tidak boleh disangkal adalah walaupun
pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan
yang menyeluruh, namun banyak kejayaan
telah dicapai. Jelas bahawa proses
kejuruteraan (sosioeconomic engineering) ala
DEB ini memerlukan masa yang lebih lama
daripada apa yang telah diperuntukkan
dengan mengambil kira kesan-kesan daripada
pergolakan dunia amya. RRJPK2 (1991-2000)
telah digubal berasaskan DPN dan rancangan
ini menandakan bermulanya satu lagi era
baharu dalam usaha untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang
tahun 2020.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

• Strategi perlaksanaan DPN merangkumi
perkara berikut :

• -Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang
seimbang dan pengagihan yang saksama.

• -Memastikan pembangunan yang seimbang
bagi semua sektor ekonomi yang utama dan
pertumbuhan saksama.

• -Mengurangkan dan menghapuskan
suasana sosial dan ekonomi yang tidak
seimbang serta menggalakkan perkongsian
yang adil daripada pembangunan Negara.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

• Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional
menerusi pengurangan atau menghapuskan jurang
perbezaan pembangunan ekonomi di antara
negeri-negeri dan kawasan-kawasan.

• -Membangunkan sebuah masyarakat yang maju
dan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang
tinggi.

• -Memajukan pembangunan sumber manusia dan
mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan
produktif.

• -Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras
penting dalam perancangan dan pembangunan
sosioekonomi.

• -Memastikan perlindungan alam sekitar dan
ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan
pembangunannegara dapat dikekalkan secara
berterusan.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

DASAR WAWASAN
NEGARA

Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara’.
Dimensi baharu yang diperkenalakan dalam DWN
adalah seperti berikut :

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

-Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber
dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan.

-Pelaburan dalam negeri dan pembangunan
keupayaan tempatan di samping penarikan.

-Membangunkan Malaysia sebagai sebuah
masyarakat berasaskan pengetahuan.

-Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan
perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan
pengetahuan yang lebih tinggi.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara’. Dimensi baharu yang diperkenalakan dalam
DWN adalah seperti berikut :

DIMENSI BARU :
- Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan.

- Pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping penarikan.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

Teras Utama Dasar
Wawasan Negara:

• -Membina bangsa yang berdaya tahan dengan
memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat
patriotik, mendidik kematangan politik, membina
masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan
penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta
meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.

• -Menggalakkan pewujudan masayarakat yang
saksama melalui pembasmian kemiskinan dan
pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan
dan dalam kumpulan etnik serta wilayah..

• -Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi
dengan memperkukuh sumber pertumbuhan,
institutsi kewangan dan korporat serta pengurusan
ekonomi makro

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

• -Mempertingkatkan daya saing untuk mengahadapi
cabaran globalisasi dan liberalisasi.
• -Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai
ditambah bagi semua sektor ekonomi dan
mengoptimumkan daya pemikiran bangsa.
• -Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk
menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan
berpengetahuan.
• -Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan
untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

• Kesimpulan

• Dasar-dasar negara yang digubal
oleh kerajaan bertujuan untuk
menjadikan sebuah negara aman dan
damai serta menstabilkan sistem
didalam negara. Dasar-dasar kerajaan
sentiasa berubah dari masa ke semasa
mengikut pemimpin yang memimpin
dalam suatu tempoh masa. Namun
matlamat dasar-dasar tersebut masih
sama walaupun mempunya sedikit
perubahan. Selepas tercetusnya
Tragedi 13 Mei segala dasar yang
digubal khusunya pada awal tahun
1970-an adalah berteraskan DEB
sebagai dasar induk yang bertujuan

untuk mencapai perpaduan negara.

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-
membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

DARI : KUMPULAN 6


Click to View FlipBook Version