The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26421376, 2022-04-21 02:02:49

MODUL PERJUMPAAN

MODUL PERJUMPAAN 1

MODUL
SUMUR

1

MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA
CIRI-CIRI : Hormat Menghormati
AKTIVITI
MASA : Memberi salam/bertegur sapa ketika bersua
BAHAN
OBJEKTIF : Simulasi Salam

LANGKAH : 30 minit

: Nyanyian lagu yang mengandungi perkataan
“Assalamualaikum”.

: Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :

 Menyatakan konsep salam menurut Islam.
 Melafazkan ucapan salam dengan sempurna.

:
 Ahli diminta menyanyikan lagu komersial yangmengandungi

perkataan “Assalamualaikum”di corong- corong radio.
 Ahli memberi sumbang saran galakan memberi salam dan

menjawab salam.
 Naqib merumuskan aktiviti dengan sebuah kisah tentang

Rasulullah s.a.w. berkaitan salam.

REFLEKSI : Mendahulukan memberi salam dan mengamalkannya
dalam kehidupan seharian.

2

LAMPIRAN:

Adab pertama  Urutan salam yang disabdakan Rasulullah s.a.w dalamhadis
Adab Kedua
riwayat Bukhari adalah sebagai berikut:
o Orang berkenderaan memberi salam kepada
yang berjalan.
o Orang yang berjalan memberi salam kepada
orang yang duduk
o Rombongan yang sedikit memberi salam kepada
rombongan yang lebih banyak
o Yang kecil (muda) memberi salam kepada yang
besar (tua)

 Adab mendahulukan salam. Rasulullah SAWmengajar kita

untuk memberi salam lebih awal daripada orang lain. Orang

yang memulakan salam ialah orang yang paling mulia.
 Hadis: sabda Rasulullah SAW :

”Seutama-utama manusia bagi Allah adalah yang mendahulukan
salam” (riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Adab Ketiga  Adab menjawab salam setara atau lebih. Apabila ada
Adab Keempat seseorang yang memberi salam kepada kita, makasebaik-
bainya kita memberikan jawapan yang sama (setara).
Contohnya ucapan “Assalamualaikum” dijawab dengan
“Waalaikumussalam”

 Adab berjabat tangan. Selain mengucapkan salam, akhlak
yang indah bagi seorang muslim ketika bertemu dengan
saudaranya adalah berjabat tangan denganerat.

 Hadis: Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW,: “Wahai
Rasulullah, jika seseorang dari kami bertemu dengan
saudaranya apakah harus menunduk- nunduk?.” Rasulullah
SAW menjawab, ”Tidak!”. Tanyanya sekali lagi, “Apakah
merangkul kemudian menciumnya?” Jawab Rasulullah
SAW,”Tidak!”. Tanyanya sekali lagi, “Apakah meraih
tangannyakemudian menjabatnya?” Jawab Rasulullah SAW,
“Ya!”. (riwayat Muslim)

3

Adab kelima

Selain memiliki nilai ukhuwah, berjabat tangan jugamenghapus dosa antara
dua orang muslim yang melakukannya. Hendaklah berjabat tangan sesama
mahram atau sesama jantina.
 Hadis: Rasulullah SAW bersabda:

”Tidaklah dua orang muslim yang bertemu kemudian berjabat tangan
kecuali Allah akan mengampuni dosakeduanya sampai mereka
melepaskan jabatan tangannya”. (riwayat Abu Daud)

 Berwajah manis iaitu memberi
senyuman
danpenampilan yang menyenangkan.

 Tidak memalingkan muka iaitu berusaha

untukmenatap orang ketika berjabat tangan.

 Hadis: Sabda Rasulullah SAW:

“Jangan kalian meremehkan kebaikan sedikit pun, meskipun hanya wajah
yang manis saat bertemu dengan saudaramu”. (riwayat Bukhari)

4

MODUL
MENTOR
MENTEE

5

Bidang MODUL MENTOR MENTEE
Tajuk (TINGKATAN 1)
Objektif
: Psikososial Dan Kesejahteraan Mental Murid.
: Program Orientasi - Bina Hubungan.
: Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. meningkatkan rasa kasih sayang antara satu sama lain.
2. meningkatkan rasa kasih dan sayang kepada sekolah.
3. mewujudkan rasa sepunya.

Masa : 30 minit
Bahan
Langkah : Kertas A4

:

1. Mentee diminta beratur dalam satu baris dan menomborkan diri mengikut
urutan.

2. Mentee menulis nombor yang dimiliki di atas kertas serta merenyukkannya
menjadi bola.

3. Dalam tempoh 50 saat, mentor mengarahkan mentee membaling kertas
yang direnyukkan itu kepada rakan yang lain.

4. Selepas tamat tempoh masa yang diambil, mentor mengarahkan setiap
mentee hanya membuka sebiji bola kertas yang bertulis nombor sahaja .

5. Mentee perlu mencari dan berkenalan dengan rakan yang memiliki nombor
tersebut.

6. Proses ini akan diteruskan sehingga semua mentee dapat mengenali antara
satu sama lain.

Falsafah : Tak kenal maka tak cinta.

MODUL MENTOR MENTEE
(TINGKATAN 2)

Bidang : Pendidikan Kerjaya Murid.
Tajuk
Objektif : Kerjaya Idaman.

: Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. pendedahan mengenai kerjaya.
2. mengetahui bahawa setiap orang mempunyai kerjaya pilihan.

Masa : 30 minit
Bahan : Kertas A4.
Langkah
:
1. Mentor bertanya tentang kerjaya pilihan mentee.
2. Mentor meminta mentee menyenaraikan bidang tugas kerjaya pilihan.
3. Mentor membuat rumusan berkenaan kerjaya.

Falsafah : Setiap individu mempunyai kerjaya pilihan

MODUL MENTOR MENTEE
(TINGKATAN 3)

Bidang : Pendidikan Kerjaya Murid.
Tajuk : Hala Tuju Dan Perancangan Kerjaya.
Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. mengetahui aliran pengajian di menengah atas.
2. mengenali diri dan potensi serta menggalakkan mentee meneroka alam

kerjaya.

Masa : 30 minit
Bahan
Langkah : Lembaran kerja (Lampiran 37)

:

1. Mentor memberi penerangan kepada mentee berhubung tajuk yang akan
dibincangkan.

2. Soal jawab secara lisan antara mentor dan mentee berkaitan masa hadapan
mentee.

3. Mentor mengedarkan lembaran kerja.
4. Mentee mengisi lembaran kerja yang diedarkan.
5. Mentee berkongsi jawapan dengan rakan-rakan mentee lain.

Falsafah : Kejayaan esok bermula hari ini.

LAMPIRAN 37

PERANCANGAN DAN HALA TUJU KERJAYA
CITA-CITA SAYA ADALAH

ALIRAN YANG AKAN DI AMBIL DI TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

ALIRAN SUBJEK

JURUSAN/BIDANG YANG AKAN SAYA AMBIL DI IPTA / IPTS

NAMA
TINGKATAN

MODUL MENTOR MENTEE
(TINGKATAN 4)

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.
Tajuk
Objektif : Suai Kenal.
: Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. mengenali diri antara satu sama lain dengan lebih mendalam.
2. mengeratkan silaturrahim antara mentee.
3. mewujudkan suasana mesra dalam kalangan mentor dan mentee.

Masa : 30 minit
Bahan
Langkah : Bola kecil/benda yang bersesuaian.

:

1. Mentor memulakan aktiviti dengan memegang bola dan memperkenalkan
dirinya seperti nama, bilangan adik-beradik, tempat tinggal, kegemaran dan
lain-lain.

2. Selepas memperkenalkan diri, mentor melontar bola kepada salah seorang
mentee dan meminta mentee tersebut memperkenalkan diri.

3. Aktiviti diteruskan kepada mentee-mentee lain.
4. Mentor membuat rumusan pada akhir aktiviti.

Falsafah : tak kenal maka tak cinta.

MODUL MENTOR MENTEE
(TINGKATAN 5)

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid
Tajuk
Objektif : Pengurusan Stres.
: Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. memahami maksud stres.
2. mengenal pasti tanda-tanda stres.
3. meningkatkan kemahiran mengurus stres.

Masa : 30 minit
Bahan
Langkah : Tiada

:

1. Mentor bersoal jawab dengan mentee tentang stres.
2. Mentor menerangkan maksud stres.
3. Mentor meminta mentee memberikan tanda-tanda stres yang diketahui.
4. Mentor dan mentee membincangkan keburukan stres.
5. Mentor berkongsi langkah-langkah yang boleh dilakukan ketika mengalami

stres:
i. aturan pernafasan ketika stres
ii. urutan bahu,
iii. mendengar lagu
iv. berzikir,
v. membasuh muka

6. Mentor dan mentee mempraktikkan aktiviti aturan
pernafasan dan urutanbahu.

Falsafah : Mencegah lebih baik daripada merawat.


Click to View FlipBook Version