The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eeyamai11, 2023-11-04 10:14:15

Alkohol Dalam Minyak Wangi

E-book STKDI (MPU23052)

Keywords: e-folio stk

NAMA NOMBOR PENDAFTARAN ALEEYA MAISARAH BINTI SAARI 02DKM22F2001 MUHAMAD AZIMAN BIN HASSAN 02DKM22F2005 MUHAMMAD IFWAT NAJMI BIN MOHD ZEAMLEE 02DKM22F2010 MUHAMMAD FIRDAUS BIN AZIZ 02DKM22F2011 MUHAMMAD SHAMEEL AIMAN BIN MOHD SHAHRULRIZAL 02DKM22F2006 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM (MPU23052) A L K O H O L D A L A M M I N Y A K W A N G I PENSYARAH : PUAN YUSIDAWATI BINTI YUSOF PROGRAM : DKM2A


PENGENALAN 1 SEJARAH ASAL MINYAK WANGI DAN TUJUAN 2 - 3 DALIL 4 - 5 HUKUM 6 PENERANGAN 7 KESAN DAN IMPAK 8 PENUTUP DAN RUJUKAN 9 ISI KANDUNGAN


Minyak wangi adalah campuran minyak esensial dan senyawa aroma, fiksatif, dan pelarut yang digunakan sebagai pewangi pada tubuh manusia, objek atau ruangan. Ramai orang memakainya terutama kaum hawa agar mereka dapat berpenampilan dengan lebih bergaya, dan agar terlihat lebih percaya diri. Jenis minyak wangi terbahagi kepada dua iaitu minyak wangi beralkohol dan non alkohol. Untuk minyak wangi beralkohol, banyak yang masih waswas dan bertanya-tanya tentang hukum menggunakan parfum beralkohol. Bahkan ada yang tidak berani menggunakannya ketika solat kerana tidak tahu tentang hukum menggunakan parfum beralkohol. Mereka takut memakai parfum beralkohol ketika solat. Permasalahan sebenar disini adalah bagaimanakah hukum menggunakan parfum beralkohol? Adakah pemakaian berakohol dilarang dalam Islam? Contoh- contoh minyak wangi Pengenalan 1


2 Sejarah Asal Minyak Wangi Istilah “Parfum” berasal dari Bahasa Latin yang bermaksud asap. Digunakan merujuk kepada minyak wangi. Minyak wangi yang paling awal ditemui adalah di Mesir. Mengikut banyak rujukan, Mesir menggunakan minyak wangi yang diperbuat dari Dupa (kemenyan) dan kayu manis untuk upacara ritual seperti kelahiran sehinggalah upacara kematian. Botol minyak wangi juga paling awal digunakan di Mesir iaitu sekitar tahun 1000 SM. Buktinya ialah dengan penemuan 3000 botol minyak wangi oleh ahli arkeologi di makam Firaun. Kemudian diikuti penggunaan minyak wangi di Semenajung Arab sekitar abad ke-7. Jabir Ibnu Hayyan yang dikenali dengan gelaran Bapa Kimia Moden telah menghasilkan minyak wangi dengan menggunakan teknik penyulingan, pengewapan, dan penyaringan. Pada abad ke-9, Al-Kindi seorang penulis Arab, telah mengumpulkan ratusan resepi untuk membuat minyak wangi dalam bukunya “Kimiya Al-‘Itr”. Dalam buku tersebut dinyatakan juga penggunaan kapur barus dalam penghasilan minyak wangi. Kebanyakan minyak wangi pada waktu tersebut ialah digunakan pada bawah lengan dan pergelangan. Seterusnya penemuan pada abad ke 11 dan 12 di Semenanjung Arab, menggunakan minyak wangi jenis Ghaliya (daripada kayu), Musk (Kasturi) dan Floral (kombinasi bunga). Mengikut kajian sejarawan, penggunaan minyak wangi mula memasuki Eropah pada abad ke14. Hunguria adalah bangsa yang pertama menghasilkan minyak wangi. Atas arahan Ratu Elizabeth mereka telah menghasilkan minyak wangi yang terkenal dengan nama “Air Hunguria”. Pada abad ke-16, Rene Le Florentin seorang berbangsa Itali telah membawa masuk minyak wangi ke Perancis. Ketika itu, penggunaan minyak wangi banyak digunakan oleh golongan raja kerana ingin menutupi bau badan mereka kerana mereka jarang mandi. Akhirnya penggunaan minyak wangi telah terkenal di Perancis pada abad ke-18 sehingga penghasilan minyak wangi di komersialkan. Banyak tumbuhan dan bunga-bunga di usahakan untuk membekalkan sumber minyak wangi.


TUJUAN 3 Kemenyan dan kayu manis Eau de cologne 4711 and Imperial Majesty Jabir Ibnu Hayyan dan Al-Kindi Sebagai tambahan, minyak wangi yang menggunakan teknik moden tertua yang dihasilkan ialah Eau de Cologne 4711 yang sehingga kini masih lagi didapati digunakan sehingga sekarang. Ianya telah dihasilkan di Kota Cologne, Jerman. Manakala minyak wangi paling mahal di dunia ialah Imperial Majesty yang dihasilkan atas permintaan Ratu England. Dibuat pada tahun 1872 dengan harga jualan sebanyak $249,043.40. Botolnya berukuran 500 ml yang diperbuat dari berlian putih dan replika mahkota Ratu Victoria. Untuk mengetahui bahawa adakah minyak wangi yang mengandungi alkohol halal atau haram digunakan oleh umat Islam. Untuk menerangkan isu tentang pemakaian minyak wangi yang mengandungi alkohol. Untuk menjelaskan prinsip etika Islam dalam sains dan kejuruteraan mengenai pembuatan minyak wangi. 1. 2. 3.


4 Dalil Definisi alkohol menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah : 1. Cecair yang mudah terbakar dan juga memabukkan. 2. Minuman keras; beralkohol mengandungi alkohol. Terdapat dua pandangan ulama dalam isu ini : 1) Pandangan Jumhur Ulama al-Syafieyyah memandang bahawa alkohol adalah najis kerana ia termasuk dalam jenis bahan cecair yang memabukkan. Disebut dalam Kitab Fiqh al-Manhaji (1/183-184): “Pertama: Arak dan semua cecair yang memabukkan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: ْلَمْيِسُر َوا َأْلنَصاُب َوا َأْلْزاَلُم ِرْجٌس ِّمْن ْلَخْمُر َوا َّنَما ا ِإ َّلِذيَن آَمُنوا ُّيَها ا َأ َيا اْجَتِنُبوُه َلَعَّل ُكْم ُتْفِل ُحوَن َعَمِل الَّشْيَطاِن َف Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah: 90) Maksud kotor dalam ayat di atas ialah najis. Daripada Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: َّن ُكَّل َخْمٍر َحَراٌم ُكَّل ُمْسِكٍر َخْمٌر َوَأ Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.” Riwayat Muslim (2003)” Ini juga adalah pendapat muktamad dalam mazhab Maliki, Hanafi, dan Hanbali. Rujuk al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (40/93-94).


5 1) Pandangan Minoriti Mereka berpendapat arak itu haram minumnya tetapi sifatnya tidak najis. Mereka berdalilkan dengan perbuatan para sahabat antaranya Abu Talhah yang menumpahkan dan memecahkan tempayan-tempayan arak setelah arak diisytihar haram di dalam Islam, sehingga mengalir arak itu di jalan-jalan di Madinah (Rujuk Sahih al-Bukhari no. 2464). Jika arak najis, nescaya para sahabat tidak melakukan perkara itu kerana terdapat larangan untuk membuang rata najis dan kencing di jalanan. Mereka menjawab istidlal kenajisan arak pada ayat 90 surah al-Maidah dengan maksudnya adalah najis hukmiyyah atau maknawi, bukannya pada zat atau ainnya. Dalam erti kata lain, batang-batang panah yang digunakan untuk meneka nasib, tanah pada berhala dan alat-alat judi itu bukan najis pada ainnya. Najis maknawi juga ada di dalam ayat al-Quran: ْلُمْشِر ُكوَن َنَجٌس َّنَما ا ِإ Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis, (Surah al-Taubah: 28) Najis di sini bererti najis pada kepercayaan, bukan pada badan. Justeru pendalilan najis berdasarkan lafaz rijs pada ayat ini tidak bersifat qat’i (pemutus). Ini adalah pendapat Rabi`ah Syeikh kepada Imam Malik, al-Laith bin Saad, alMuzani sahabat dan anak murid kepada Imam al-Syafie dan golongan ulama mutaakhkhirin seperti al-Syaukani dalam Nail al-Autar, al-San’ani dan Syeikh Muhammad Rashid Ridha, dan Syeikh Atiyyah Saqr. Rujuk Fatawa Atiyyah Saqr (1/78); al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (40/93-94). Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”


Sumber JAKIM : 6 Hukum Minyak wangi yang beralkohol adalah HARUS digunakan ketika solat. Hal ini kerana alkohol yang terkandung dalam wangian bukan dari sumber yang najis. Sumber JAIS : SAH digunakan ketika solat tetapi perlu dipastikan dahulu minyak wangi itu tidak diperbuat daripada najis atau benda yang haram. Penjelasan para ulama tentang wangian beralkohol https://www.youtube.com/watch?v=4BceLG1eL4Y https://www.youtube.com/watch?v=c8RV8S0UMdI


JENIS-JENIS MINYAK WANGI 7 Penerangan Eau de Toilette merupakan antara wangian yang paling popular dan lebih ringan. Ia juga dijual dalam botol semburan. Baunya boleh bertahan selama 2-4 jam. Konsentrasi minyak wanginya pula adalah di antara 5 hingga 15%. Eau de Toilette mempunyai alkohol yang tinggi. Oleh sebab itu, baunya lebih mudah tersebar dan lebih kuat daripada minyak wangi lain. 1) Eau de Toilette (EDT) 2) Eau de Perfum/Parfum (EDP) Eau de Parfum pula mempunyai konsentrasi minyak pati yang lebih rendah berbanding perfume. Selalunya, dalam sebotol Eau de Parfum, ada sekitar 15-20% ekstrak minyak wangi. Selain itu, harganya tidak semahal parfum. Kandungan alkohol dan air dalam Eau de Parfum juga lebih tinggi berbanding parfum, namun ia masih mempunyai konsentrasi pewangi yang tinggi. Eau de Parfum boleh bertahan selama 6 hingga 8 jam. Walaupun Eau de Parfum mempunyai kandungan alkohol yang tinggi sedikit, ia masih disyorkan untuk individu yang mempunyai kulit sensitif. 3) Perfume Parfum merupakan minyak wangi tahan lama yang mempunyai konsentrasi ekstrak paling tinggi – sekitar 20 -30% dalam satu-satu wangian. Selalunya, minyak wangi jenis ini adalah yang paling mahal disebabkan kandungan pati yang tinggi. Wangian yang dihasilkan oleh perfume boleh bertahan sehingga 24 jam. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, anda digalakkan untuk memakai parfum. Ia tidak mengandungi alkohol yang tinggi berbanding minyak wangi jenis lain. 4) Eau de Cologne (EDC) Eau de Cologne merupakan wangian dengan konsentrasi minyak wangi yang paling rendah. Kandungan ekstrak wangiannya adalah sekitar 2-4%. Formulasi Eau de Cologne selalunya berbau lebih maskulin, namun ada juga cologne yang mempunyai bau yang lebih feminin.Eau de Cologne dijual dalam botol semburan yang besar. Disebabkan baunya yang tidak tahan lama, anda mungkin perlu mengaplikasikannya berkali-kali. Harganya juga lebih murah berbanding wangian yang disebutkan di atas. 5) Eau Fraiche Eau Fraiche merupakan wangian yang mempunyai konsentrasi air paling tinggi. Hanya ada sekitar 1-3% sahaja ekstrak wangian dalam sebotol Eau Fraiche. Minyak wangi jenis ini hanya dapat bertahan selama 1 jam. Oleh sebab itu, ia selalunya digunakan untuk menyegarkan diri.


8 Kesan dan Impak Bagi anda yang menghidapi ekzema akan mengalami kesan yang lebih padah. Ini kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya sabun ataupun syampu. Dalam satu kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson. Walaupun ada banyak kesan sampingannya, penghindaran diri dari bahan wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk jagaan peribadi mengandunginya. Parkinson Ekzema


9 Penutup Sebolehnya kita mengambil langkah warak untuk meninggalkan penggunaan alkohol dalam urusan harian kita. Ini untuk meninggalkan khilaf dalam kalangan ulama. Ini juga bagi mengelakkan syubhah, khususnya jika kita tidak pasti alkohol dalam bahan-bahan pewangi berasal daripada pembuatan arak atau bukan. Sabda Rasulullah SAW: َدْع َما َيِريُبَك ِإىَل َما اَل َيِريُبَك Maksudnya: "Tinggalkan apa yang kamu ragui kepada apa yang tidak kamu ragui" Riwayat al-Tirmidzi (2442) Justeru, boleh pilih alternatif-alternatif yang diyakini suci dan halal. Namun jika terdapat keperluan, boleh menggunakannya mengikut garis panduan yang ditetapkan. Pendapat ulama lainnya menyatakan bahwa menggunakan minyak wangi atau wewangian adalah halal hukumnya meskipun mengandung alkohol. Pendapat tersebut adalah berdasarkan pada hadis-hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri menyukai minyak wangi dan menganjurkan seseorang menerima apabila diberikan padanya minyak wangi. Sebagaimana hadis berikut : “Barang siapa yang ditawarkan padanya minyak wangi, hendaknya ia tidak menolaknya. Sebab, ia mudah dibawa dan bannya harum.” (HR Muslim, Nasai dan Abu Daud) Rujukan https://pencintaperfume.wordpress.com/2019/09/16/sejarah-minyak-wangi/ https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/953-irsyad-alfatwa-siri-ke-185-menggunakan-alcohol-swab-dan-minyak-wangi-beralkohol https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/jenis-minyak-wangi/


Click to View FlipBook Version