The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dokumentasi Minggu AntiDARVIH 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by paksu_arif, 2019-03-06 20:00:21

Dokumentasi AntiDARVIH 2019

Dokumentasi Minggu AntiDARVIH 2019

18 - 22 Feb 2019

Unit Bimbingan & Kaunseling

SMK Batu Laut
42800 Tg. Sepat, Kuala Langat

Selangor Darul Ehsan

KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU ANTIDARVIH

SMK BATU LAUT
2019

1. PENGENALAN

Masalah yang berkaitan dengan pendidikan, pengendalian dan pengawasan pelajar-pelajar yang
bermasalah sememangnya merupakan masalah yang membimbangkan serta mencabar keupayaan
guru dan ibu bapa / penjaga semenjak bermulanya pendidikan formal. Sungguhpun terdapat
kesukaran-kesukaran ini, usaha-usaha telah dijalankan untuk mengenal pasti sebab-sebab
kenakalan pelajar-pelajar ini dan usaha-usaha mencari alternatif mengatasinya. Untuk
merealisasikan tujuan tersebut maka Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Batu Laut mengambil
inisiatif untuk menganjurkan “Minggu Anti DARVIH”.

2. RASIONAL

Golongan pelajar ini mempunyai masalah yang khusus tetapi mempunyai keperluan asas yang sama
seperti pelajar-pelajar yang lain. Adalah penting ia dikenal pasti pada peringkat awal supaya bantuan
dan bimbingan dapat diberikan.

3. OBJEKTIF

3.1. Meningkatkan motivasi pelajar untuk menentang gejala penagihan dadah dalam keluarga
dan masyarakat.

3.2. Mendedahkan pelajar dengan aspek perundangan negara berkaitan dengan dadah.
3.3. Mendedahkan kepada pelajar dengan risiko mengambil bahan-bahan yang dilarang.

4. TARIKH

18 – 22 Februari 2019

5. AJK PELAKSANA

Penasihat : Tn. Hj. Azman bin Mashuri.
Pengerusi Pengetua SMK Batu Laut
Naib Pengerusi 1 : En. Baharin bin Sedali
Naib Pengerusi 2 PK HEM SMK Batu Laut
Setiausaha : En. Rosli bin Saderi
N. Setiausaha PK Pentadbiran SMK Batu Laut
Bendahari : Pn. Nor Azimah bt Basiran
AJK PK Ko-Kurikulum SMK Batu Laut

: En. Mohd Arif bin Alias
Guru Kaunseling SMK Batu Laut
: Pn. Siti Umidah bt Mohd Sani
Guru Kaunseling SMK Batu Laut
: Tn. Hj. Hafizin bin Sohaili
Pn. Hjh. Zurina binti Salleh
Tn. Hj. Hafiizin bin Sohaili

6. TENTATIF PROGRAM

TARIKH HARI PERKARA PERSONALIA
18.02.2019 Isnin - Pelancaran Program - Pengetua
‘Minggu Anti DARVIH SMK Batu Laut’
- Pelajar & semua
Tn. Hj. Azman bin Mashuri warga SMK Batu
Pengetua SMK Batu Laut Laut

- Bacaan Ikrar - Pelajar

- 5 minit anti dadah

18 - 22 Isnin - - Cari Kata - Pelajar & semua
2019 Jumaat - Tekasilangkata warga SMK Batu
- 5 minit anti dadah Laut
19.02.2019 Selasa
22.02.2019 Jumaat (semasa perhimpunan pagi) - Pelajar
- Pelajar berisiko
25.02.2019 Selasa - Ujian air kencing - AJK Program

- Penyemakan borang teka silangkata - Pentadbir
dan kuiz

- Penyampaian hadiah pertandingan

 Tertakluk pada pindaan akhir

7. BAJET

BIL PERKARA JUMLAH(RM)
RM 100.00
1 Makan dan minum pelajar RM 72.00
(24 orang X RM5.00)
RM 72.00
Hadiah Tekasilangkata (Baucer Makan)
RM 244.00
2 RM24.00 X 3 kategori ( PPKI, men rendah & men atas )
( Hadiah pertama, kedua dan ketiga – RM10, RM8 & RM6 )

Hadiah Cari Kata (Baucer Makan)

3 RM24.00 X 3 kategori ( PPKI, men rendah & men atas )

( Hadiah pertama, kedua dan ketiga – RM10, RM8 & RM6 )

JUMLAH

8. SUMBER KEWANGAN AMAUN (RM)
RM 244.00
BIL PERKARA RM 244.00
1 PCG Unit Bimbingan & Kaunseling

JUMLAH

9. PENUTUP

Sesungguhnya setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan, tidak terlepas daripada
melakukan kesilapan terutama golongan remaja. Justeru dengan adanya program seperti ini
dapatlah ia dijadikan sebagai satu wadah dan landasan untuk membina dan membentuk pelajar-
pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan dasar pendidikan
dan aspirasi negara.

Disediakan oleh: Disokong oleh:

………………………. …………………………

(MOHD ARIF BIN ALIAS)
Guru Kaunseling

SMK Batu Laut

Disahkan oleh:
…………………………….

1. Bismillah………………….
2. Assalamualaikum……………….dan Selamat Pagi
3. MOHON SEMUA GURU & RAKAN PELAJAR UNTUK BERDIRI BERSAMA
4. UP

IKRAR ANTI DARVIH

BAHAWASANYA KAMI RAKYAT MALAYSIA
BERIKRAR

UNTUK MENJAUHKAN DIRI
DARI DADAH, ALKOHOL, ROKOK, VAPE, INHALAN DAN HIV

PADA SETIAP MASA DENGAN:

• MEMENUHI MASA LAPANG
DENGAN KERJA-KERJA YANG BERFAEDAH

• MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI-AKTIVITI
YANG BERGUNA DAN BERFUNGSI
KEPADA MASYARAKAT

• MENJADI RAKYAT BERILMU, BERAKHLAK MULIA
DAN MENGAMAL CARA HIDUP SIHAT
DAN CERGAS

• MENYEDIAKAN DIRI UNTUK MENGISI
KEPERLUAN WAWASAN

• MEMBANTU SEGALA USAHA BAGI
MEMBEBASKAN NEGARA MALAYSIA
DARI ANCAMAN DADAH, ROKOK, VAPE, INHALAN DAN HIV

UP
Sekian, terima kasih

ISNIN

1. Bismillah………………….
2. Assalamualaikum………………..
3. dan Selamat Pagi

PROGRAM 5 MINIT ANTI DARVIH

CIRI-CIRI PELAJAR YANG MENJADI SASARAN PENGEDAR DADAH

1. Kawalan ibu bapa yang terlalu longgar
2. Suka ponteng sekolah atau ponteng kelas
3. Nakal
4. Merokok
5. Suka buang masa
6. Suka berfoya-foya
7. Suka merancang untuk bersuka-ria
8. Berpakaian tidak kemas / selekeh
9. Mutu pelajaran merosot
10.Selalu melanggar peraturan sekolah

MENGAPA PELAJAR SEKOLAH MENJADI SASARAN PENGEDAR ?
KERANA:

1. Pelajar sekolah adalah golongan yang mudah dipengaruhi
2. Golongan remaja suka kepada keseronokan
3. Golongan remaja suka mencuba-cuba
4. Remaja suka kepada cara hidup bebas
5. Daya tahan remaja kepada godaan tidak kuat
6. Mudah dapat wang daripada ibu bapa
7. Sudah ada tabiat asas kepada menagih iaitu tabiat merokok daripada ahli keluarga
8. Tidak suka kepada perkara-perkara yang membebankan diri atau fikiran seperti belajar
9. Suka kepada kawan-kawan yang menyeronokkan

RUMUSAN : Pengedar dadah menganggap bahawa pelajar sekolah yang bermasalah
adalah bakal pelanggan mereka yang setia, walaupun mereka tahu bahawa menagih
dadah banyak keburukannya

Sebelum akhir, sila ikut saya. Sedia
SAYA BENCI DARVIH
Sekian, terima

SELASA
1. Bismillah………………….
2. Assalamualaikum………………..
3. dan Selamat Pagi

PROGRAM 5 MINIT ANTI DARVIH
CARA PENGEDAR DADAH MEMPENGARUHI PELANGGAN BARU YANG
TERDIRI DARIPADA PARA PELAJAR
 Pengedar dadah mencari pelanggan baru seperti berikut :

1. Pengedar dadah akan mengenalpasti pelajar yang bermasalah di
rumah atau di sekolah

2. Pengedar dadah akan berbuat baik dan cuba berdamping selalu
dengan pelajar yang dikenal pasti

3. Pengedar dadah akan mulakan dengan belanja pelajar
tersebut sehingga dirinya dipercayai dan diterima sebagai sahabat

4. Pengedar dadah akan mulakan pengaruhnya dengan belanja
rokok semewah-mewahnya

5. Kemudian pengedar dadah akan beri peluang mencuba
dadah dengan percuma. Bila pelanggan baru sudah mula seronok
barulah dikenakan bayaran. Selagi pelanggan baru belum ketagih,
harga tetap murah. Bila sudah mula ketagihan, harga dadah
melambung
RUMUSAN : Pengedar dadah adalah manusia kejam yang mengaut
keuntungan di atas penderitaan orang lain.
AWAS! PENGEDAR DADAH SANGAT LICIK DAN CEKAP
Sebelum akhir, sila ikut saya. Sedia
SAYA BENCI DARVIH
Sekian, terima kasih

RABU
1. Bismillah………………….
2. Assalamualaikum………………..
3. dan Selamat Pagi

PROGRAM 5 MINIT ANTI DARVIH
MENGENAL PELAJAR YANG MENGGUNAKAN DADAH
Ciri-cirinya adalah seperti berikut :
1. Pandai berdalih
2. Selalu pinjam atau minta wang
3. Selalu bercakap bohong
4. Pakaian tidak kemas
5. Jadi murid yang pendiam atau memilih kawan yang tertentu sahaja
6. Menjual barang curi
7. Selalu membawa pakaian harian ke sekolah
10 Pelajaran semakin merosot
11 Enggan bertentang mata bila bercakap dengan orang lain
12 Memilki wang yang banyak
13 Menyorok-nyorokkan barang yang mencurigakan seperti pil, serbuk

putih seperti tepung atau daun kering pokok ganja
RUMUSAN :Pelajar yang menggunakan dadah selalu berada dalam
keadaan gelisah, bimbang dan takut walaupun dia cuba
menyembunyikan perasaannya. Dia berperasaan demikian sebab takut
ditangkap oleh pihak sekolah. Dia tahu kalau kena tangkap hukumannya
ialah buang sekolah atau jadi kes polis

Sebelum akhir, sila ikut saya. Sedia
SAYA BENCI DARVIH
Sekian, terima kasih

KHAMIS

1. Selamat Pagi
2. Salam sejahtera

PROGRAM 5 MINIT ANTI DARVIH

AKTA DADAH BERBAHAYA 1952
Undang-undang dadah yang paling keras sekali di dunia Akta ini
bertujuan menyekat atau mengawal kegiatan pengimportan,
pembuatan, penjualan, pemilikan, pengeksportan dan penggunaan
segala jenis dadah dan campuran dadah Hukuman di bawah
undang-undang ini :
Seksyen 39B (pengedar) HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI
MANDATORI ( tiada hukuman lain)
Seksyen 39A (penjual) HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP

1. AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983
Akta ini membolehkan pihak berkuasa menangkap penagih dadah
dan dihantar ke pusat pemulihan selama 2 tahun. Di pusat
pemulihan penagih dadah diberi pemulihan fizikal, psikologikal,
mental dan rohani

2. AKTA DADAH BERBAHAYA
(LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

Akta ini membolehkan Menteri Dalam Negeri menahan pengedar-
pengedar dadah selama 2 tahun tanpa bicara. Seksyen 6(1).
Penahanan ini boleh dilanjutkan selepas tamat tempoh penahanan
yang pertama. Seksyen 6(3) pula membolehkan Menteri Dalam
Negeri mengenakan perintah sekatan selepas tamat penahanan
tanpa bicara

RUMUSAN : Penagih-penagih yang sudah parah memang sukar
untuk dipulihkan. Mereka akan ulang semula tabiat lama setelah
keluar dari pusat pemulihan. Mereka hanya menanti maut

Sebelum akhir, sila ikut saya. Sedia
SAYA BENCI DARVIH

Sekian, terima kasih

JUMAAT

1. Bismillah………………….
2. Assalamualaikum………………..
3. dan Selamat Pagi

PROGRAM 5 MINIT ANTI DARVIH

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum
Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah
HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada
hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah
membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotin dan pelbagai
bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak
4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia
berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di
seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan
masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok,
antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang
menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok,
penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:”
Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu
dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas HARAM.
(Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap
menganggap (menfatwakan) ia adalah HARAM. Allah swt mengharamkan (apapun jenis)
pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

Allahu Akbar
SAYA BENCI DARVIH

Sekian, terima kasih











Bimbingan & Kaunseling

SMK BATU LAUT
42700 BANTING
SELANGOR DARUL EHSAN

PEMENANG PERTANDINGAN
MINGGU ANTI DADAH 2019

TEKA SILANGKATA

KATEGORI MEN. RENDAH PEMENANG TING
JOHAN Ain Nur Fasha binti Kamal Azmi 1 Delta
KEDUA Amri Muaazim 1 Delta
KETIGA Amirul Shah 1 Delta

KATEGORI MEN. ATAS PEMENANG TING
JOHAN Siti Nur Farahin binti Zulkifli 5 Sains
KEDUA Nurul Khairunnisa binti A Jais 3 Alpha
KETIGA Nur Farisya Irwayu binti Norizan 5 Sains

KATEGORI GURU / STAFF PEMENANG TING
JOHAN Pn Sit Maryam bt Ahmad 1 Alpha
KEDUA Pn. Lily Suryani binti 1 Alpha
KETIGA Pn. Hjh. Norliza binti Baharom 1 Alpha

CARI KATA TING
5 Sains
KATEGORI PEND. KHAS PEMENANG 5 SI
JOHAN Aisyah 3 Delta
KEDUA Fakhrullah
KETIGA Saifuddin bin Samsul Bahrin

KATEGORI MEN. RENDAH PEMENANG
JOHAN Mohammad Nuzul Haiqal bin Azura Hassan
KEDUA Nur Aqilah Faqihah binti Mohd Azmir
KETIGA Nurul Fatin Diana bt Mohd Hazam

KATEGORI MEN. ATAS PEMENANG
JOHAN Zaidi Naif Ajmal bin Mohd
KEDUA Mohd Hazaim bin Zamri
KETIGA Nur Sarah Syafiah binti Mohd Sufian

KATEGORI GURU / STAFF PEMENANG
JOHAN Pn. Roziana bt Mohd Yusub
KEDUA Pn. Rozana binti Abd Rahman
KETIGA Pn. Marina binti Hamzah

☺ TAWARAN SAH HANYA DI KANTIN SMK BATU LAUT DAN PADA
25 – 28.02.2019 (ISNIN -KHAMIS) SAHAJA

☺ ANDA PERLU MENUNJUKKAN BAUCER INI KEPADA PIHAK KANTIN
SMK BATU LAUT APABILA MENUNTUT HADIAH

☺ MAKANAN YANG DI AMBIL HENDAKLAH SENILAI DENGAN BAUCER YANG
DIMENANGI. NILAI MAKANAN YANG MELEBIHI NILAI BAUCER ADALAH
DIBIAYAI OLEH PEMENANG SENDIRI. PIHAK PENGANJUR TIDAK AKAN
BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS LEBIHAN NILAI TERSEBUT

☺ SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PAK SU @ MUMMY

☺ TAWARAN SAH HANYA DI KANTIN SMK BATU LAUT DAN PADA
25 – 28.02.2019 (ISNIN -KHAMIS) SAHAJA

☺ ANDA PERLU MENUNJUKKAN BAUCER INI KEPADA PIHAK KANTIN
SMK BATU LAUT APABILA MENUNTUT HADIAH

☺ MAKANAN YANG DI AMBIL HENDAKLAH SENILAI DENGAN BAUCER YANG
DIMENANGI. NILAI MAKANAN YANG MELEBIHI NILAI BAUCER ADALAH
DIBIAYAI OLEH PEMENANG SENDIRI. PIHAK PENGANJUR TIDAK AKAN
BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS LEBIHAN NILAI TERSEBUT

☺ SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PAK SU @ MUMMY

☺ TAWARAN SAH HANYA DI KANTIN SMK BATU LAUT DAN PADA
25 – 28.02.2019 (ISNIN -KHAMIS) SAHAJA

☺ ANDA PERLU MENUNJUKKAN BAUCER INI KEPADA PIHAK KANTIN
SMK BATU LAUT APABILA MENUNTUT HADIAH

☺ MAKANAN YANG DI AMBIL HENDAKLAH SENILAI DENGAN BAUCER YANG
DIMENANGI. NILAI MAKANAN YANG MELEBIHI NILAI BAUCER ADALAH
DIBIAYAI OLEH PEMENANG SENDIRI. PIHAK PENGANJUR TIDAK AKAN
BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS LEBIHAN NILAI TERSEBUT

☺ SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PAK SU @ MUMMY




Click to View FlipBook Version