The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMAD ANAZ BIN MOHD SHAHRIN Moe, 2023-05-18 11:12:17

PI Kemakmuran masyarakat

Kemakmuran masyarakat

ANAZ|PUTRA | AIMAN PN.SABARIAH BINTI MD YUSSOF PENGAJIAN ISLAM : MPU23032


penulis: MUHAMAD ANAZ BIN MOHD SHAHRIN PUTRA AMMAR BIN MOHD RIDZUAN AIMAN BIN ANUAR (03DDT22F1031) (03DDT22F1032) (03DDT22F1036)


PENGENALAN 1 OBJEKTIF 2 DEFINISI KEMAKMURAN 3 DALIL 4 KESAN KEMAKMURAN 5 ISU-ISU MASALAH 6 CARA MEMUPUK KEMAKMURAN 7-9 NILAI-NILAI MURNI 10 AKIBAT TIDAK MEMUPUK 11-12 KESIMPULAN 13 RUJUKAN 14 KEMAKMURAN ISI KANDUNGAN :


Setelah sekian lama, Malaysia telah membangun dengan kepelbagaian adat, bangsa dan agama yang menjadi tunjang kepada kekukuhan negara. Oleh hal demikian, masyarakat sangat berkait rapat dengan negara yang aman dan tenteram. Perpaduan antara kaum merupakan sebuah prinsip sangat penting dalam memastikan negara dalam keadaan aman. Semua kaum yang berlainan paras rupa dan warna kulit merupakan masyarakat dalam sesebuah negara yang perlu bekerjsama dan bertolak ansur dalam mengekalkan perpaduan antara satu sama lain. Persoalannya, bagaimana pandangan atau perspektif Islam dalam mencapai kemakmuran dalam kepelbagaian masyrakat dan kemaslahatan? PENGENALAN 1


objektif Mengetahui definisi kemakmuran dalam masyarakt Memahami dalil yang berkaitan dengan kemakmuran masyarakat Memupuk cara kemakmuran dalam sesebuah negara Mengelakkan isu-isu yang negatif terjadi dalam kemakmuran masyarakt majmuk Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka 2


DEFINISI : KEMAKMURAN Perkataan kemakmuran mengikut kamus dewan dan pustaka edisi keempat iaitu perihal yang berkaitan dengan kemewahan, kesejahteraan, serba cukup dalam kalangan masyarakat di dalam sesebuah negeri atau negara. Selain itu kemakmuran dapat didefinikan sebagai maju, berjaya, berkembang, kaya raya dan lain-lain lagi. 3 Ibnu Khaldun mengutarakan teori kemakmuran sejagat ini adalah dari sudut kerjasama dan muafakat. Untuk membina tamadun yang hebat, perlu hidup dalam keadaan ini. Hidup dalam keadaan saling memerlukan, dalam keadaan bantu membantu dengan kepelbagaian kepakaran dan kemahiran, dan hidup dalam keadaan berkongsi idea, saling bantu membantu.


DALIL Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: َباِبَل لتعارفوا َن ُكْمُشُعوًبا َو َق نَثى َوَجَعْل ْقَن ُكم ِّمن َذَك ٍرَوُأ ا َخَل َّن َها الَّناُسِإ ُّي َأ َي Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)..... (Surah Al-Hujurat: Ayat 13) Berdasarkan dalil Al-Quran Al-Karim diatas, sudah jelas bahawa Allah SWT memerintahkan kita umat Islam supaya kasih sesama umat manusia,sesungguhnya ia merupakan kekuasaan dan kehebatan Allah S.W.T dalam mewujudkan makhluk atau mencipta tubuh manusia. Maka tiada asbab untuk kita untuk bermusuhan, malah dikehendaki untuk bekerjasama dan bertolak ansur antara sesama kita dengan penuh ikhlas dan ikhsan. Terutama di negara Malaysia yang tak terhitung bangsanya yang menjadi sebuah cabaran yang penuh gundah-gulana dalam mencapai keamanan negara. 4


Islam dapat dikenali sebagai sebuah agama yang membawa keamanan dan bukan sebagai agama terrorism yang disangka oleh non-muslim atau orang kafir. Nilai jenayah dapat dikurangkan kerana tiada salah paham atau ancaman dari bangsa lain terutama dalam isu sensitif. Umat Islam dapat menunaikan ibadah dengan tenang tidak seperti umat Islam di negara lain yang ditindas. Keadaan dimana perpaduan dipupuk : Sekiranya perpaduan tidak dipupuk,maka perkara diatas tidak dapat dikecapi malah menjadi disebaliknya. 5 kesan-kesan terhadap berkaitan perpaduan


6 isu-isu Begitu juga dengan Ideologi-ideologi Barat yang muncul di era Reinassance pada mulanya muncul atas dasar mengajak manusia untuk memaksimumkan penggunaan akal, dan tidak terkongkong dengan mana-mana kuasa. Namun, setelah mereka bangkit menjatuhkan pemerintahan bergereja, kebebasan mereka befikir itu tidak dikawal. Di situlah punca kepada peperangan demi peperangan, manusia hidup saling ‘meruntuhkan’ antara satu sama lain Hilangkan kemakmuran menjadi satu asbab kepada jatuhnya empayar Islam ketika era kegemilangan Islam kerana berpunyanya apabila majoriti umat Islam mula hilang pegangan dan lebih mencintai keduniaan. Kecintaan kepada kedudukan, kemewahan, wang dan kemegahan telah digunakan sebaik mungkin oleh musuh untuk memusnahkan serta memecahbelahkan umat Islam


7 cara-cara memupuk perpaduan BERPERILAKU KEMANUASIAAN TERHADAP ORANG LAIN Meskipun berlain bangsa atau agama,kita hendaklah melayani mereka sama rata kerana mereka juga manusia biasa yang diberikan nyawa oleh Allah untuk hidup dimuka bumi Allah. Dalam sebuah riwayat disebutkan. Dari Ibnu Abu Laila bahwa ketika Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra. sedang berada di Qadisiyah, tiba-tiba ada iringan jenazah melewati mereka, maka keduanya berdiri. Lalu dikatakan kepada keduanya: Jenazah itu adalah termasuk penduduk setempat (yakni orang kafir). Mereka berdua berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah dilewati iringan jenazah, lalu beliau berdiri. Ketika dikatakan: Jenazah itu Yahudi, Rasulullah saw. bersabda: Bukankah ia juga manusia?. (Shahih Muslim No.1596


HORMATI AGAMA LAIN MESKIPUN SUDAH JELAS AGAMA ISLAM ADALAH AGAM YANG BENAR Meskipun Islam sebuah agama yang benar tapi ia bukan lah lisen kepada kita untuk mencaci serta mencerca orang kafir atau agama lain,kerana hukuman mereka telah ditetapkan oleh Allah S.W.T ,malah jika berlaku seorang yang beriman itu melanggar suruhan ini maka dia juga telah melanggar perintah Allah dan menyebabkan Islam dipandang serong oleh golongan mereka kerana Allah S.W.T berfiman : “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan Setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Surah Al-An’am; 108) -sumber mufti wilayah persekutuan8


MERAIKAN MASLAHAH DALAM KONTEKS MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM Satu kaedah fiqh yang mashur menyebutkan : َحِة ِعَّيِة َمُنوٌط ِباْلَمْصَل ُّرُف ا ِإْلَماِم َعىَل الَّر َتَص Maksudnya: “Polisi pemerintah tertakluk kepada kemaslahatan rakyat” Maka disebabkan Malaysia merupakan negara yang melindungi serta memelihara perpaduan antara kaum,maka satu kaedah diatas dapat digunaka untuk orang muslim dapat bertindak atau membolehkan mereka bertolak ansur dalam beberapa aspek demi kemaslahatan orang ramai asalkan menepati garis panduan syarak serta tidak melanggar hukum Allah.Contohnya, cukuplah sekadar menghormati atau membiarkan mereka menunaikan perayaan mereka dengan tenang, jangan sehinggakan kita turut terlibat dalam perayaan atau ritual mereka.Atas dasar mengelakkan pepecahan perpaduan, huru-hara serta ketidakadilan. -sumber mufti wilayah persekutuan9


NILAI-NILAI MURNI BAIK HATI HORMAT MENGHORMATI PATRIOTISME KERJASAMA NILAI-NILAI MURNI Masyarakt juga perlu mempunyai nilai-nilai murni dalam memakmurkan sesebuah kemasyarakatan Antara contoh-contohnya adalah :- 10


Keharmonian negara akan terjejas. Ini bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. Keadaan masyarakat sekeliling juga berasa tidak tenteram, bebas dan maju dengan keyakinan diri sendiri serta bangga dengan apa yang telah dicapai disebabkan tiada perpaduan dan intergrasi di dalam negara. Hal ini akan mmbawa kepada pertelingkahan etnik seperti mana yang telah belaku pada 13 Mei 1969 di mana rusuhan kaum telah tercetus akibat ketidakadilan. AKIBATTIDAK MEMUPUK KEMAKMURAN 11


Wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Hal ini akan membawa kepada pergaduhan secara fizikal dan boleh menyebabkan kecedaraan yang serius atau lebih teruk, membawa maut. Kestabilan politik juga akan tergugat. Sekiranya tidak wujud perpaduan dalam diri masyarakat, wujudnya lebih parti-parti kecil yang boleh menyebabkan perang parti. Ini menunjukkan bahawa tiada keharmonian sesama masyarakat. 12


KEsIMPULAN Kemakmuran kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri. Sebagai rakyat yang hidup dalam kemakmuran, saya berharap semua orang dapat melakukan perkara tersebuat agar tiada masalah akan terjadi terhadap kemakmuran masyarakat pada hari ini dan akan datang. 13


RUJUKAN Muslim, M. D. N. (2019, February 19). Hubungan kaum harmoni ikut perspektif Islam. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/12/511568/hubungankaum-harmoni-ikut-perspektif-islam 17 nilai murni yang utama. (n.d.). https://www.slideshare.net/marcjacobs2012/17-nilai-murni-yangutama Admin. (2019, January 4). Empayar Islam jatuh bukan kerana perang - Indahnya Islam. Indahnya Islam. https://www.indahnyaislam.my/empayar-islam-jatuh-bukankerana-perang/ Adhar, Z. (2020, April 21). “Muafakat” dari kaca mata Ibnu Khaldun. HarakahDaily. https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/21/muafakat-darikaca-mata-ibnu-khaldun/ 14


SOLD OUT


Click to View FlipBook Version