NAMA : PUTRI TASNIM BINTI TAUFIQ ADLAN THOMSON
KELAS : 2 YALE 2021
NO. MAKTAB : JP201132
PENGENALAN
1. ADAT ISTIADAT diwarisi melalui peraturan atau dari mulut ke mulut sejak
berzaman-zaman. Adat istiadat berlaku kerana masyarakat mengamal dan
menjaganya dengan baik. Terdapat perbezaan diantara adat dan adat istiadat. Adat
istiadat juga bersifat lokal. Perkataan 'Adat' berasal daripada perkataan dalam
bahasa Arab iaitu 'Adah' yang bermaksud kebiasaan atau perbuatan yang dilakukan
secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan dan dihormati.
2. Antara adat istiadat diraja yang masih digunakan sehingga kini adalah pakaian
istiadat diraja, alat kebesaran diraja dan adab tertib pertuturan. Di antara
pakaian-pakaian kebesaran diraja adalah Tengkolok Diraja. Alat kebesaran Melayu
yang sangat dimuliakan adalah keris dan Keris Panjang Diraja adalah alat kebesaran
utama negara untuk istiadat pertabalan. Adab tertib pertuturan juga penting iaitu
menggunakan "Ampun tuanku" di hujung ayat semasa bertutur dengan Sultan.
Adat-adat istiadat ini masih diamalkan sehingga kini.
PERKEMBANGAN IDEA
1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut
kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan
dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja. Faktor berlakunya pertabalan raja adalah
• Raja tersebut telah memenangi undian terbanyak pada pemilihan yang dikenali
sebagai Majlis Raja-Raja
• Raja tersebut tidak berusia muda
• Raja tersebut sihat dan mampu untuk memerintah
• Raja tersebut menerima tawaran untuk menjadi Yang di Pertuan Agong yang baru.
2. Pada 29 Disember 2008, istiadat permasyhuran Tuanku Muhriz sebagai Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 berikutan kemangkatan Yang di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
pada 27 Disember 2008.
Pada 22 Februari 2009, istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Besar Seri Menanti
(Tunku Ali Redhauddin) iaitu Putera Empat.
Pada 14 April 2009, Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri
Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Pada 22 Oktober 2009, alat-alat kebesaran dipasang di halaman Istana Besar Seri
Menanti oleh Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri Amar Diraja. Antaranya ialah
lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang,
lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol (panji-panji) kuning, hitam dan merah.
Alat-alat kebesaran ini akan kekal terpasang di halaman Istana Besar Seri Menanti
selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan alat-alat kebesaran dilakukan pada
28 Oktober 2009.
Pada 25 Oktober 2009, istiadat bersiram di mana Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan akan bersemayam di atas
Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada. Orang
Empat istana akan menyempurnakan istiadat bersiram dengan menyembahkan
bedak limau setelah mengelilingi baginda berdua sebanyak tujuh kali. Baginda
berdua akan bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan akan diarak kembali
ke Istana Besar Seri Menanti.
Pada 26 Oktober 2009, istiadat pertabalan di Balairong Seri Istana Besar Seri
Menanti. Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
merupakan salah satu daripada tiga istiadat bersejarah di Negeri Sembilan pada
tahun 2009.
3. - Melambangkan maruah negara yang telah meletakkan institusi raja pada pangkat
yang paling tinggi
- Mencerminkan kekayaan adat resam, budaya dan identiti Malaysia sebagai negara
yang berdaulat
- Dapat memelihara keharmonian dan keamanan negara
4. - Supaya kita dapat menunjukkan tradisi kita sebagai sebuah negara dan bagaimana
kita mengangkat institusi diraja sebagai sesuatu yang sangat dihormati sesama kita.
5. Menjaga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan serta keistimewaan anak
Melayu dan negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
Penyelewengan duit juga perlulah dihindari bagi menghormati institusi diraja ini
kerana ia akan tercemar sebagai negara yang membangun.
RUMUSAN
1. Saya sudah faham tentang adat istiadat diraja dan proses pertabalan di Malaysia.
2. Saya dapat menambah ilmu ketika saya melakukan kerja ini.
3. Saya berharap agar kertas kerja saya dapat memberi maklumat kepada semua.