MODUL SOALAN RAMALAN DAN JAWAPAN
SEJARAH
PT3 2019
(TINGKATAN 2)
KE ARAH “A” SEJARAH
DISEDIAKAN OLEH: EN. L. BENEDICT
TEL : 0175944051
HAK MILIK
FOKUS PT3 STRUKTUR DAN ESEI TINGKATAN 2
1
BAB 1 : KERAJAAN ALAM MELAYU
1 (a) HURAIKAN ASPEK PERSAMAAN ANTARA KERAJAAN ALAM MELAYU
Dari aspek geografi, Kerajaan Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New
Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik sampailah ke Taiwan. Menurut Abdul Haji Hassan, seorang
ahli akademik, telah menyatakan bahawa Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas
menjadi Kepulauan Melayu sehingga selatan Thailand. Menurut Ismail Hussein pula, iaitu dalam buku Antara
Dunia Melayu Dengan Dunia Kebangsaan ; Alam Melayu meliputi Selatan Vietnam, Kemboja, Selatan Myanmar,
Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina. Alfred Russel Wallace juga telah menyatakan Alam
Melayu dalam aspek geografi ini. Menurut beliau, Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga
Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea. Menurut Ding
Choo Ming pula, Dunia Melayu melipuyi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand dan Filipina.
Kesimpulan daripada semua pengkaji sejarah di atas adalah, Geografi Alam Melayu merangkumi Malaysia,
Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, selatan Thailand, selatan Myanmar dan sel Indochina.
Dari aspek bahasa pula, penggunaan bahasa serumpun kita adalah Bahasa Melayu. Bahasa Melayu ini
tergolong dalam Bahasa Austronesia. Terdapat persamaan bunyi perkataan bagi beberapa etnik di Alam
Melayu. Sebagai contoh, Empat dalam bahasa Melayu disebut Papat dalam bahasa Jawa, Ampat dalam bahasa
Melayu Brunei, Apat dalam bahasa Tagalog Filipina dan Pat dalam bahasa Melanau Sibu. Salah satu faktor
mengapa Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Alam Melayu adalah, sifat orang Melayu yang suka
belayar. Mereka telah meluaskan lagi penggunaan Bahasa Melayu ini. Bahasa Melayu juga adalah satu bahasa
yang sederhana yang mudah dipelajari, membuatkan Bahasa Melayu diterima di Alam Melayu.
Penduduk Alam Melayu mempunyai persamaan budaya. Penduduk mempunyai budaya serumpun yang
meliputi bahasa dan tulisan, persuratan, struktur sosial, kepercayaan dan adat. Antara persamaan budaya yang
terdapat di Alam Melayu ialah, dari kategori kesenian, seni membuat alat gangsa dan seni mempertahankan
diri iaitu ciptaan asli tempatan. Seterusnya, bagi nilai serumpun, penduduk di Alam Melayu ini sentiasa
mengamalkan dan membuat gotong-royong sesama penduduk. Persamaan dari segi seni persembahan pula,
dijadikan contoh, persembahan Wayang Kulit di Kelantan dan Jawa.
1 (b) HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEMASYHURAN KERAJAAN BERIKUT
a. Srivijaya (abad ke-7)
Srivijaya terletak di satu lokasi yang strategik di Selat Melaka iaitu di Lembah Sungai Musi, Sumatera, iaitu
merupakan laluan kapal antara Barat dengan Timur. Srivijaya memperkukuhkan empayar dengan menakluki
Bangka & Taruma, iaitu kawasan-kawasan sekitarnya. Sangramadhananjaya telah menakluki Sumatera, Selatan
Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kera. Penaklukan ini membolehkan Srivijaya menguasai jalan laut
antarabangsa, iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda. Selain itu, ia juga membolehlan Srivijaya menjadi kuasa
perdagangan utama di Alam Melayu. Srivijaya juga menjadi pusat pengajian agama Buddha.
b. Majapahit (abad ke-13)
Majapahit terletak di Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur yang merupakan laluan kapal perdagangan.
Majapahit masyhur semasa Patih Gajah Mada menjadi Perdana Menteri. Patih Gajah Mada telah berjaya
mengembalikan keamanan dan keselamatan di Majapahit tersebut. Beliau juga telah meluaskan kuasa ke timur
Pulau Jawa, Pantai Timur Sumatera, Pesisir Selatan dan barat Pulau Borneo, Bahagian selatan dan timur
Sulawesi, Kepulauan Maluku. Ini membolehkan Majapahit menjadi pusat perdagangan yang terkenal.
c. Kedah Tua (abad ke-5)
2
Kedah Tua terletak di kedudukan yang strategik di Sungai Mas dan Sungai Bujang yang merupakan pintu masuk
di sebelah utata Selat Melaka. Kedah Tua terkenal kerana kegiatan perdagangan di Lembah Bujang. Kedah Tua
menjadi tumpuan pedagang dari timur dan barat, juga menjadi pusat perkembangan agama Buddha.
1(c) KBAT: BUKTIKAN LOKASI MEMAINKAN PERANAN PENTING KPD KEMAJUAN KERAJAAN DI ATAS
Ketiga-tiga kerajaan di atas terletak di kedudukan strategik iaitu laluan kapal antara Timur dengan
Barat. Sebagai contohnya, Kedah Tua terletak di pintu masuk sebelah utara Selat Melaka membolehkan
ia maju sebagai pelabuhan entrepot. Selain itu, lokasi Kedah Tua yang terletak di Gunung Jerai juga
menjadi punca Kedah Tua maju sebagai pusat perdagangan. Gunung Jerai menjadi panduan kepada
kapal untuk datang ke pelabuhan Kedah Tua. Kedudukan Kedah Tua yang berjiran dengan Perak,
Kelantan dan Terengganu juga membantu dalam memajukannya sebagai pusat perdagangan. Ini adalah
kerana negeri jiran main peranan untuk membekalkan hasil keluaran untuk diperdagangkan di
pelabuhan Kedah Tua.
Srivijaya juga maju sebagai kerajaan maritim disebabkan lokasinya yang strategik. Pelabuhan bagu
Srivijaya iaitu Palembang terletak di muara Sungai Musi yang membolehkan kapal besar boleh masuk
sampai ke pelabuhan untuk menjalankan urusan perdagangan. Selain itu, Srivijaya juga terletak di laluan
perdagangan antara timur dan barat di Selat Melaka membolehkan kapal-kapal pedagang singgah di
pelabuhan Palembang untuk menjalankan urusan perdagangan. Srivijaya juga terlindung dari tiupan
angin timur laut dan Barat Data oleh Banjaran Besar Sumatera dan Banjaran Titiwangsa. Ini
membolehkan urusan perdagangan boleh dijalankan sepanjang tahun tanpa ancaman angin kencang.
Lokasi Srivijaya yang berhampiran dengan tanah jajahannya di Tanah Melayu dan sebahagian Sumatera
juga membolehkan ia mudah mendapatkan bekalan dagangan untuk diperdagangkan.
Majapahit terletak di Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur yang merupakan laluan kapal perdagangan
yang melalui Selat Sunda dan Laut Jawa. Lokasinya yang terlindung dari tiupan angin juga membolehkan
ia menjalankan kegiatan perdagangan sepanjang tahun. Selain itu, lokasinya di Pulau Jawa yang subur
juga membolehkan ia mendapat bekalan barangan dagangan terutama hasil pertanian seperti beras.
******BENTUK SOALAN INI JUGA MUNGKIN KELUAR DI BAB 2 : PERDAGANGAN******
2 (a) HURAIKAN BENTUK HUBUNGAN KERAJAAN ALAM MELAYU DENGAN KERAJAAN LUAR
a. Hubungan Perdagangan
Kedudukan strategik iaitu di laluam kapal perdagangan antara Timur dengan Barat serta kekayaan hasil
bumi seperti galian, pertanian dan hasil hutan menjadi fakyor terjalin hubungan perdagangan. Hubungan
perdagangan ini menunjukkan sikap keterbukaan pemerintah Alam Melayu.
b. Hubungan Keagamaan
3
Hubungan dengan negara luar mendorong penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam. Penyebaran
agama ini mempengaruhi pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosiobudaya masyarakat Alam Melayu.
Agama Hindu tersebar melalui peranan pedagang, tentera dan golongan Brahmin. Maharaja Asoka, iaitu
Pemerintah Kerakaan Maurya, menghantar Sami-sami Buddha ke Alam Melayu untuk menyebarkan
Agama Buddha. Islam disebarkan melalui peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah. Penyebaran
agama ini menggambarkan sikap keterbukaan penduduk di Alam Melayu.
c. Hubungan Diplomatik
Ketiga-tiga kerajaan ini telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan India. Hubungan ini
bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan dan majukan perdagangan.
2 (b) KBAT: JELASKAN KEPENTINGAN HUBUNGAN LUAR KEPADA NEGARA KITA
Hubungan luar penting untuk mengukuhkan ekonomi negara. Ini adalah kerana dengan adanya hubungan
luar kita mudah memasarkan barangan keluaran tempatan tanpa sekatan dengan negara yang kita adakan
hubungan. Sebagai contohnya hubungan kita dengan India dan China membolehkankita mudah
mengeksport minyak kelapa sawit ke negara tersebut. Dengan ini negara kita akan dapat sumber
pendapatan yang akan mengukuhkan ekonomi negara kita.Melalui hubungan ini juga kita mudah menarik
kemasukkan pelabur asing untuk membuka kilang atau perniagaan di negara kita. Ia bukan sahaja
membantu pengaliran modal asing malah ia juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat
tempatan. Sebagai contohnya, hubungan baikdengan negara Jepun dan Korea membolehkan banyak
syarikat negara itu di buka di negara kita. Melalui hubungan luar juga kita mudah menyelesaikan sebarang
pertikaian dengan negara luar. Sebagai contohnya hubungan dengan Singapura membolehkan kita Berjaya
menyelesaikan beberapamasalah seperti tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih dan isu Tambak Johor.
Kita juga akan mudah menarik kemasukkan pelancong asing, pemindahan teknologi, menampungkeperluan
tenaga kerja dan lain-lain
4
BAB 2 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT KERAJAAN ALAM
MELAYU
1 (a) HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN SRIVIJAYA
Raja di Srivijaya diberi gelaran Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Raja juga mempunyai unsur
kesaktian Raja mereka dianggap Bodhisattva yang bermaksud Peranan raja sebagai Buddha di bumi. Di
Srivijaya pula pemerintahannya berlaku secara Pusat dan Wilayah iaitu Raja dibantu anak-anak raja,
Yuvarajay yang bermaksud Putera Mahkota, Pratiyuvaraja, raja muda dan Rajakumara. Raja dibantu oleh
golongan agama, tentera, pemungut cukai, hakim & penjaga harta kerajaan. Pentadbiran wilayah
terbahagi kepada dua, iaitu Kedatuan, yang ditadbir oleh Datu keturunan raja dan Pradatuan, iaitu yang
ditadbir oleh keturunan bukan raja.
2(b) KBAT: SISTEM PENTADBIRAN YANG TERATUR PENTING BAGI SESEBUAH NEGARA. BINCANGKAN
Sesebuah negara itu akan mudah melaksanakan dasar. Dasar yang dibuat di peringkat tertinggi
seperti cabinet disampaikankepada peringkat bawahan untuk dilaksanakan. Dengan ini masing-
masing dapat melaksanakan tanggungjawab dan melaksanakan dasar dengan berkesan. Pentadbiran
juga akan dijalankan dengan berkesan. Ini berlaku dengan pembahagian kuasa. Dengan ini tidak
berlaku pembolotan atau pertindihan kuasa. Oleh itu pentadbiran dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan Selain itu, negara akan aman. Pemerintahan yang sistematik akan menjamin kemanan
kerana pemimpin akanmenjalankan tanggungjawab seperti yang telah ditetapkan melalui dasar.
Dengan ini segala kehendak rakyat akan dipenuhi dan rakyat tidak akan menentang kerajaan.
Dengan ini keamanan dapat dicapai. Akhir sekali, ekonomi negara akan berkembang dengan pesat.
Pentadbiran yang sistematik akan mewujudkan keamanan. Keamanan negara akan memberi
keyakinan kepada pelabur untuk melabur modal. Ini bukansahaja menambahkan sumber
pendapatan negara mlah akan membuka lebih banyak peluang pekerjaanyang akan menjamin
kemakmuran ekonomi.
5
3(a) HURAIKAN KEGIATAN PERTANIAN YANG DIJALANKAN KERAJAAN ALAM MELAYU
Lokasi petempatan awal dan peranan sungai main peranan penting dalam perkembangan kegiatan
ekonomi kerajaan Alam Melayu. Tanah Melayu mempunyai tanah subur Alam Melayu sesuai utk
pertanian. Pada Awalnya, mereka bercucuk tanam untuk menyara diri. Apabila berlaku lebihan hasil ,
maka ia dipasarkan kepada penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian. Antara tanaman utama di Alam
Melayu adalah,tanaman Padi yang Dijalankan oleh kerajaan Funan, Champa Dan Angkor, sungai Mekong
menyuburkan tanah kerajaan Funan & Angkor di lembahnya, air hujan membekalkan air melalui Tasik
Tonle Sap dan Pemerintah Angkor membina kolam (Baray) untuk menyimpan air. Kesannya di Angkor,
padi menuaikan hasil 3-4 kali setahun. Di Champa, terdapat ketua air di setiap kampong untuk
menyelenggara terusan & daik iaitu benteng atau tembok panjang yg dibuat daripada tanah utk
mengawal air & banjir. Bagi kerajaan Majapahit pula, Pulau Jawa mempunyai tanah subur (Gunung Berapi)
yang sesuai untuk pertanian Lava Bes. Sungai Bengawan Solo & Sungai Brantas pula mengairi sawah padi.
Selain itu, Pemerintah membina sistem pengairan untuk meningkatkan pengeluaran padi. Untuk Kerajaan
Srivijaya pula, padi merupakan tanaman utama. Ia ditanam di kawasan pedalaman Palembang iaitu di
Tanah tinggi Pasemah & Hulu Musi. Di sana terdapat juga rempah ratus yang banyak. Antara rempah
ratus yang terdapat di Alam Melayu ialah bunga cengkih, buah pala & lada hitam. Bunga cengkih ditanam
di Kepulauan Maluku, manakala Buah pala di Pulau Banda dan lada hitam di Sumatera & Jawa. Ada juga
tanaman lain iaitu pisang, tebu, bijan, kekacang, kelapa, sayuran & buah-buahan. Ada yang menangkap
ikan di sawah, paya & sungai. Terdapat juga yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura. Jadi, Padi
ditanam kerana nasi merupakan makanan ruji penduduk Alam Melayu. Bunga cengkih, buah pala & lada
hitam pula ditanam sebagai tanaman dagangan.
3(b) KBAT: SATU KETIKA DAHULU ALAM MELAYU TERMASUK TANAH MELAYU TERKENAL DENGAN
6
PENGELUARAN HASIL PERTANIAN SEPERTI PADI. NAMUN KINI KITA MENGIMPORT KEBANYAKAN HASIL
TANAMAN. PADA PENDAPAT ANDA APAKAH PUNCA SITUASI INI DAN CADANGKAN LANGKAHUNTUK
MENGEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN KELUARAN HASIL TANAMAN NEGARA KITA
Generasi muda kurang berminat dengan sektor pertanian. Mereka tidak mahu berkerja di bawahcahaya
matahari dan hujan. Mereka lebih berminat berkerja di kilang atau pejabat. Generasi muda yang tiada berkerja
perlu diberi ceramah tentang kepentingan mereka terlibat dalam sektor pertanian supaya mereka faham
tentang sumbangan mereka terhadap negara dan rakyatdan seterusnya menjadi motivasi kepada mereka
untuk terlibat dalam bidang pertanian. Bidang pertanian kurang menguntungkan atau tiada jaminan untuk
mendapatkan pulangan yang banyak. Ini adalah kerana harga pasaran hasil pertanian ditentukan oleh orang
tengah atau pembeli daripetani. Selain itu mereka juga harus menanggung kerugian jika berlaku banjir atau
kemarau. Kerajaan harus memastikan tiada berlaku diskriminasi harga oleh orang tengah. Agensi kerajaan
seperti FAMA harus main peranan yang lebih untuk memastikan hasil keluaran petani dijual dengan harga
berpatutan dengan FAMA sendiri menjadi pembeli dan penjual hasil keluaran pertanian. Selain itukerajaan juga
harus membayar pampasan yang setimpal dengan kerugian yang dialami oleh petani akibat bencana alam.
Tindakan kerajaan seperti ini bukan sahaja menjamin pendapatan yang lebih baik dinikmati petani malah akan
menarik lebih ramai lagi menceburi bidang pertanian
7
BAB 3: SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU
1(a) HURAIKAN HASIL SENI BINA KERAJAAN ALAM MELAYU
Kerajaan Funan membina kapal besar yang boleh memuatkan 700 orang & 1000 tan kargo. Mereka juga
membina perahu panjang yang boleh membawa 100 penumpang. Selain itu, mereka membina sistem
pengairan yang boleh mengawal limpahan air dan banjir. Seterusnya, mereka juga telah membuat sistem
yang boleh mengalirkan air masin keluar dari tanah pertanian. Candi juga dibina oleh mereka yang
digunakan sebagai rumah ibadat, pusat pendidikan & tempat pertemuan masyarakat, sebagai contoh
Candi Go Cay Thi di Oc Eo. Kerajaan Angkor pula membuat seni bina berkaitan kegiatan pertanian. Baray
yangberukuran 2X8 km (Kolam takungan air) boleh enyalurkan 30 juta meter padu air ke sawah. Angkor
Wat & Angkor Thom pula dibina oleh Raja Suryavarman II. Ia mempunyai keluasan 208 hektar d a n
Menara utama setinggi 65 meter. Mereka juga telah membina kapal untuk perdagangan dan peperangan.
Kerajaan Champa pula membina Candi, anttara yg terkenal ialah Kompleks candi di Lembah Mi son, Dong
Duong & Po Nagar. Kerajaan Srivijaya juga berupaya membina candi seperti Candi Muara Takus & Candi
Muara Jambi. Srivijaya mempunyai ibu kota iaitu Palembang yang menjadi pusat untuk membina kapal.
Kerajaan China, Palembang menjadi pusat binaan kapal-kapal Melayu (Kun-lun-po) yang besar. Ia boleh
belayar sehingga ke pelabuhan Tonkin dan Tenggara China. Ukiran tugu di Bukit Siguntang,
Palembangpula menggambarkan kapal-kapal di era Srivijaya. Majapahit juga telah membina candi seperti
Candi Tikus di Jawa Timur & Candi Cetho di Jawa Tengah. Mereka mahir membina pintu gerbang seperti
Gapura Wringin Lawang yang bermaksud laluan raja, dan Gapura Bajang Ratu iaitu pintu masuk bangunan
suci di Jawa Timur. Kerajaan Kedah tua pula membina candi untuk agama Hindu & Buddha. Candi Buddha
terdapat di Bukit Choras, Bukit Pendiat & Bukit Meriam Candi Hindu terdapat di Bukit Batu Pahat &
Bendang Dalam. Kedua-dua candi ini mempunyai pengaruh seni bina kerajaan Chola. Terdapat juga seni
bina arca Hindu & Buddha di lokasi sama. Kerajaan Gangga Nagara mempunyai penemuan patung gangsa
setinggi 18 meter di Tanjung Rambutanmerupakan bukti seni bina. Patung Buddha juga ditemui di Sungai
Siput dan Pangkalan. Arca tersebut mempunyai pengaruh dari kerajaan Gupta, India.
8
2(b) KBAT: APAKAH KEPENTINGAN BINAAN KERAJAAN ALAM MELAYU PADA MASA SEKARANG DAN
BAGAIMANA IA BOLEH DIKEKALKAN (SESUAI JUGA UNTUK TAJUK BANDAR TERANCANG INDIA DAN
BINAAN DI ROM : TOPIK MODUL TINGKATAN 1)
KEPENTINGAN
Binaan-binaan tersebut dapat menjadi tarikan kedatangan pelancong asing. Tempat2 seperti Candid
an Wat menjadi destinasi pelancongan seperti Angkor Wat dan Candi Borobudur serta Candi Lembah
Bujang. Dengan ini ia menjadi sumber pendapatan negara kerana pelancong yang dating
membelanjakan wang mereka ditempat tersebut untuk penginapan dan makan minum. Selain itu
binaan tersebut juga membuktikan pencapaian ketamadunan Alam Melayu yang tinggistanding
ketamudunan barat lain seperti Rom dalam aspek seni bina. Binaan tersebut juga menjadi inspirasi
kepada generasi sekarang untuk maju dalam seni bina. Sebagai contohnya pembinaan terusan dan
Baray oleh kerajaan Alam Melayu masih diteruskan oleh negara2 Asia Tenggara untuk majukan
sektor pertanian dengan mengairi kawasan pertanian. Contohnyapembinaan tali air dan empangan
di Malaysia untuk mengairi kawasan tanaman padi. Selain itu binaan tersebut juga menjadi bukti
kewujudan pelbagai agama di Asia Tenggara. Sebagai contohnya seni bina Candid an Wat menjadi
bukti masyarakat Alam Melayu menganut agama Hindu dan Buddha
CARA MENGEKALKAN
Para pengunjung yang mengunjung ke kawasan binaan tersebut perlu menjaga kebersihan kawasan
sekitarnya. Pengunjung harus buang sampah di tempat yang disediakan dan jika tiada tempat di
sediakan untuk membuang sampah, pihak kerajaan perlu mengambil iniasitif untuk menyediakannya.
Kerajaan juga harus menyediakan peruntukan untuk membaiki kerosakan di binaan tersebut. Ini
penting untuk mengelakkan ia runtuh atau mengalami kerosakkan yang lebih teruk yang mungkin akan
menyebabkan binaan tersebut terus hilang. Kerajaan juga harus menjadikan kawasan tersebut sebagai
destinasi pelancongan dengan menambahbaikkan kemudahan di sekitarnya seperti tempat penginapan
dan gerai jualan. Dengan inikawasan ini akan tetap terpelihara kerana menjadi sumber pendapatan
negara. NGO juga harus main peranan dengan menganjurkan kempen kesedaran tentang kepentingan
menjaga tapak warisan tersebut. Dengan ini orang ramai akan sedar tentang kepentingannya serta tidak
melakukan sesuatu yang boleh merosakkannya.
9
BAB 4 : AGAMA, KEPERCAYAAN & KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM
MELAYU
1(a) HURAIKAN KEPERCAYAAN AWAL MASYARAKAT ALAM MELAYU
Animisme adalah kepercayaan setiap makhluk, hidupan & tumbuhan memiliki roh atau semangat yang
berkaitan dengan kepercayaan terhadap makhluk halus & menyembah roh nenek moyang, yang dipanggil
“HYANG”. Dengan cara menyembah roh nenek moyang ini, mereka akan dapat kebaikan dan menghindari
kesusahan bagi ahli keluarga yang masih hidup. Contohnya, Perayaan Hari Moyang oleh masyarakat
Temuan di Bukit Cheeding, Banting Selangor. Dinamisme pula berkaitan dengan kepercayaan terhadap
kekuatan yg dikenali sebagai “MANA” atau “SEMANGAT”. Setiap benda atau makhluk mempunyai
“mana” yg boleh mempengaruhi kehidupan seseorang. Sebagai contoh, upacara pemujaan semangat
tanaman untuk mendapatkan hasil yg banyak. Pawang masyarakat Iban menyediakan makanan korban
(MIRING) semasa sambutan hari Gawai.
1(b) KBAT : ADAKAH KEPERCAYAAN ANIMISME DAN DINAMISME MASIH DIAMALKAN? JELASKAN
YA, kerana Orang Iban, Sarawak semasa Pesta Menuai mengadakan Upacara Miring yang disambut
untuk menyatakan terima kasih kepada “petara” atau tuhan. Kaum Kadayan pula mengadakan Makan
Tahun , sebagai tanda kesyukuran atas hasil yang diperolehi oleh petani. Kaum Melanau mengadakan
Pesta Kaul yang bertujuan untuk mengelak malapetaka buruk oleh roh jahat (Ipok) Pesta Keamatan
diraikan oleh Kadazandusun & Murut yang merupakan simbol kesyukuran untuk meraikan semangat
padi atau bambaazon dan bambaroyon. Ia dijalankan oleh bobohizan atau bobolian (wanita). Upacara
kesyukuran kepada semangat padi ini diadakan dengan harapan tahun depan mendapat lebih banyak
hasil tuaian padi. Mereka juga mengadakan pertandingan ratu cantik atau dikenali sebagai unduk Ngadau.
Ia berkaitan dengan asal usul pengorbanan Huminodun, yang merupakan Puteri anakKinoingan atau
Minamangun (Pencipta) yang mengorbankan diri bagi membantu manusia dalam kesusuhan semasa
musim kemarau.
10
2(a) SALAH SATU ASPEK KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU IALAH SISTEM
PEMERINTAHAN BERAJA. JELASKAN CIRI-CIRI SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA YANG DIAMALKAN
OLEH KERAJAAN ALAM MELAYU
Pemerintah mengasimilasikan pengaruh agama dalam pentadbiran. Raja pula menjadi tonggak kerajaan
Kedudukan raja diperkukuhkan dengan sistem pemerintahan yang dibantu oleh pembesar. Rakyat
perlulah mentaati raja. Pemilihan Raja adalah berasaskan keturunan & pembesar mengesahkannya
kerana keturunan raja dianggap suci & berdaulat. Raja boleh dipilih daripada golongan tentera seperti di
Funan & Champa. Wanita keturunan raja boleh menjadi pemerintah di Champa. Semasa kerajaan Hindu
Buddha, raja dianggap titisan dewa (Jelmaan tuhan) & mesti dihormati. Selepas Islam memperkenalkan
konsep Khalifah. Raja ditaati. Mengingkari raja dianggap ingkari tuhan atau dianggap derhaka. Bagi
gelaran pemerintah pula, untuk Hindu & Buddha, menggunakan gelaran Raja dan Maharaja. Islam pula
menggunakan gelaran Sultan. Bagi menggambarkan kebesaran kuasa, Ia diharuskan untuk menggunakan
gelaran untuk Raja
2(b) SALAH SATU KEUNIKAN ALAM MELAYU IALAH SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA. BAGAIMANA
SISTEM INI BOLEH DIKEKALKAN.
Sistem raja berkuasa mutlak yang ada pada hari ini seperti di Brunei harus diubahsuai menjadi sistem
Raja Berperlembagaan. Ini adalah penting supaya rakyat merupkan mejoriti di sesebuah negara
mendapat hak yang sebenar. Raja harus menjalankan tugas mengikut peruntukan dalam perlembagaan.
Keadaan ini menyebabkan rakyat akan mentaati instiutusi raja dan seterusnya tidak akan menentang
untuk mengubah sistem ini. Rakyat juga harus patuh kepada perlembagaan yang menjelaskan hak dan
kedudukan raja di sesebuah negara. Sebagai contohnya, di Malaysia Raja menjadi ketua agama Islam,
oleh itu rakyat harusmenghormati keputusan raja berkaitan agama Islam. Dengan ini instiutusi raja akan
terbela dan akan kekal. Kerajaan juga harus mengambil tindakan ke atas sesiapa yang mencemarkan
nama instiutusi Rajamengikut peruntukan yang ada dalam undang2. Dengan ini orang ramai akan takut
untuk mencabar instiutusi Raja yang mungkin akan mengancam kedudukan institusi tersebut. NGO juga
harus mengadakan kempen dan ceramah untuk menyedarkan orang ramai supaya merekamenghargai
instiuti tersebut serta terus memberi sokongan supaya institusi Raja terus kekal.
11
BAB 5: KESULTANAN MELAYU MELAKA ***BAGI FOKUS LEBIH***
1 (a). PEMILIHAN LOKASI YANG STRATEGIK OLEH PARAMESWARA MENJADI KUNCI PERKEMBANGAN
MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN. BUKTIKAN @ SEBAB PARAMESWARA MEMILIH MELAKA
UNTUK MENDIRIKAN KERAJAAN
Antara bukti kedudukan Melaka yang strategik adalah laluan perdagangannya yang terletak di laluan
perdagangan antara Timur(China) – Barat (India). Ini membolehkannya mengawal laluan kapal. Bentuk
Muka Bumi yang berbukit-bukau menjadikannya ia sesuai sebagai banteng pertahanan & panduan kepada
kapal dagang. Pokok bakau dan api-api juga menjadi benteng pertahanan & pelindung semula jadi,
manakala muara sungai yang terlindung dari angin monsun yang membolehkan kapal datang berlabuh
dengan selamat.
1 (b). HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KELANCARAN KEGIATAN PERDAGANGAN DI PELABUHAN MELAKA
(JIKA TANYA FAKTOR MELAKA MUNCUL SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN DAN PELABUHAN ENTREPOT
TULIS JAWAPAN LOKASI DI ATAS DIIKUTI JAWAPAN DI BAWAH)
Peranan syahbandar adalah mengendalikan urusan perdagangan. Syahbandar bertugas sebagai pengurus
pasar & gudang, menjaga kebajikan & keselamatan pedagang. Mereka juga harus bertanggungjawab
untuk memeriksa alat timbang, sukat & mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, mengurus cukai dan
menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal. Dari segi cukai perdagangan, pedagang tertarik dengan
pengurusan cukai yang cekap dan sistematik. Pedagang dikenakan cukai pelabuhan yang rendah. Cukai &
bayaran surat kebenaran berniaga adalah merupakan sumber pendapatan kerajaan. Terdapat 2 jenis
cukai iaitu cukai rasmi (Cukai Import), atau dikenali sebagai cukai “Panduan”.Kadarnya pula berbeza
mengikut tempat asal pedagang Arab, India, Ceylon, Siam, Pegu “ 6% ” dan bagi penduduk alam Melayu
“ 3% “. Cukai Tidak Rasmi pula dalam bentuk hadiah atau persembahan. Cukai ini dikenakan kepada
pedagang China & Jepun. Nilai hadiah sama dengan cukai 5%. Bahan makanan (beras) pula tidak
dikenakan cukai untuk menampung keperluan makanan Melaka.
Untuk mata wang, urusan jual beli dijalankan melalui pertukaran barangan & menggunakan mata wang.
Pertukaran berlaku antara barangan dari Alam Melayu + China dengan barangan dari Barat & India.
Penggunaan mata wang ini melancarkan urusan jual beli. Pada awalnya, digunakan tukaran nilaian seperti
jongkong timah, serbuk emas & Kulit siput (Cowrie). Wang timah dikenali “Calains” , iaitu terpahat dari
nama Sultan Melaka. Terdapat juga wang emas dan perak. Mata wang dari luar juga digunakan dari Pasai,
Hormuz & Cambayd.
Orang laut terkenal dengan sikap taat setia & memastikan urusan perdagangan dijalankan tanpa
gangguan. Mereka menjadi pelayar & penunjuk arah yang cekap. Mereka juga menjadi tentera laut untuk
menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka.
Alam Melayu mempunyai pelabuhan yang dilengkapi dengan kemudahan, salah satunya adalah gudang
yang dibina untuk menyimpan barang. Kemudahan pengangkutan, bekalan makanan & minuman,
khidmat membaiki kapal, tempat penginapan dan tempat ibadat juga ada disediakan di kerajaan-
kerajaan di Alam Melayu ini. Syahbandar juga cekap dalam menjaga kebajikan pedagang.
12
1 c) KBAT HURAIKAN CARA MAJUKAN PELABUHAN NEGARA KITA SETANDING DENGAN PELABUHAN
LAIN
Kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudaan seperti gudang menyimpan barang yang lebih sistematik
danselamat supaya kapal-kapal yang berlabuh merasakan ada jaminan keselamatan terhadap barangan
mereka. Kerajaan juga harus menyediakan perkhidmatan pengangkutan terkin dan pantas supaya
barangandari pelabuhan dapat sampai ke destinasi pada masa yang tetap. Kita juga perlu memberi
latihan terhadap kakitangan pelabuhan supaya mereka mampu memberi perkhidmatan yang terbaik. Ini
penting supaya para pedagang yang menggunakan pelabuhan kita rasapuas hati dan sering menggunakan
pelabuhan negara kita pada masa hadapan. Kita juga harus berusaha mengeluarkan lebih banyak produk
tempatan untuk tujuan eksport. Denganini sudah pasti pelabuhan kita akan sibuk dan digunakan secara
obtimum untuk tujuan import dan eksport. Kerajaan juga harus menyediakan perkhidmatan membaiki
kapal yang lebih moden supaya para pedagang yang menggunakan pelabuhan kita tidak menghadapi
masalah jika kapal mereka mengalami kerosakan.
2. (a) HURAIKAN CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG BERIKUT:
i. Hukum Kanun Melaka
Hukum Kanun Melaka ditulis semasa pemerintahan S. Muzaffar Shah dan disusun semula oleh Sultan
Mahmud Shah. Ia Mengandungi 44 fasal berkaitan hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan pembesar.
Ia juga menyatakan hukum Islam berkaitan jenayah, urusan jual beli & kekeluargaan. Hukum Kanun
Melaka dicipta untuk mengatasi masalah jenayah dan mewujudkan keamanan & menjamin keselamatan
rakyat.
ii. Undang-undang Laut Melaka
Undang-undang Laut Melaka ini ditulis semasa Sultan Mahmud Shah memerintah. Ia bertujuan
menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan. Ia mengandungi 25 fasal berkaitan, iaitu peraturan di
laut, tertib berniaga & tatacara jual beli. Ia juga menyatakan tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi
dan syahbandar.
2 (b) PADA PENDAPAT ANDA APAKAH KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG BAGI SESEBUAH NEGARA
Pada pendapat saya, ia dapat menjamin keamanan negara. Sebarang masalah dapat diselesaikan
dengan merujuk undang-undang negara. Dengan ini negara akan aman tanpa sebarang masalah
dan perselisihan antara masyarakat. Selain itu, ia juga akan menjadi panduan kepada kerajaan
dan pemimpin menjalankan tanggungjawab kepada rakyat. Iniboleh mengatasi masalah
pembolotan kuasa oleh mana2 pemimpin kerana mereka perlu menjalankantugas mengikut
undang-undang. Seterusnya, menjamin hak rakyat. Rakyat akan mendapatkan hak mereka
mengikut undang-undang. Sebagai contohnyahak untuk bersuara dan berpersatuan Seterusnya,
meningkatkan imej negara. Negara yang ada undang2 akan lebih aman dan stabil. Oleh itu orang
luar akan memandang tinggi negara tersebut Disamping itu, ia dapat menarik kemasukan
13
pelancong asing. Ini kerana keselamatan mereka dijamin oleh undang-undang yangsedia ada.
Akhir sekali, ekonomi negara akan berkembang pesat dengan adanya undang-undang. Keamanan
dan kestabilan yangwujud kerana undang-undang menarik kemasukan pelabur asinh dan ini akan
mengembangkan ekonomi negara selain menjamin peluang pekerjaan.
3. (a) HURAIKAN PERANAN (CARA) MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM
A. Pengislaman perintah.
Pada mulanya, pengislaman pemerintah iaitu Sultan Iskandar Shah menyebabkan Melaka muncul sebagai
pusat penyebaran Islam . Perkara ini telah diikuti oleh pembesar & rakyat. Sultan Muzaffar Shah
menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
b. Perkahwinan
Puteri Sultan Mansur Shah berkahwin dengan putera Raja Siak. Dengan ini Siak menjadi kerajaan Islam.
c. Peranan Ulama
Sultan menghantar ulama & mubaligh ke seluruh kawasan. Sultan Alauddin Riayat Syah telah menghantar
ulama mengajar Raja Pahang, Kampar & Inderagiri tentang agama Islam.
d. Perdagangan
Disebarkan di Melaka oleh pedagang Arab, India & China. Disamping berjual beli, sifat mubaligh yang ada
dalam diri mereka mendorong penyebaran Islam. Mereka juga sebarkan Islam di kawasan singgahan iaitu
Brunei, Filipina & kepulauan Indonesia.
e. Perluasan Kuasa
Negeri naungan & jajahan memeluk Islam, sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka. Sultan
menjadi penaung aktiviti dakwah & perbincangan kitab agama, sebagai contoh Darul Manzum.
Tempat Pembelajaran
Pada zaman Sultan Muzaffar Shah, Madrasah, masjid & surau menjadi tempat pembelajaran Al-Quran &
ilmu tasawuf.
Pemerintahan & Pentadbiran
Undang-undang Islam terkandung dalam Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka. Ulama
main peranan penting dalam pentadbiran. Jawatan mufti & kadi diwujudkan untuk melicinkan
pengurusan agama Islam.
3 (b) KBAT: SEJAUH MANAKAH PEDAGANG MAIN PERANAN MENARIK MINAT MASYARAKAT UNTUK
MEMELUK AGAMA ISLAM
Pedagang juga menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan. Dengan ini penduduk tempatan
memahami ajaran Islam lalu memeluk agama Islam. Mereka mengamalkan nilai islam dalam Islam dalam
perniagaan sepert.jujur dan tidak menipu dalam timbangan. Ini menarik penduduk tempatan untuk
menghayati nilai islam lalu memeluk Islam. Ia dapat menunjukkan sifat mahmudah seperti jujur, sopan
14
santun. Ini menarik orang tempatan untuk menerima ajaran islam. Mereka mengamalkan sifat berhemah
semasa berdakwah. Tidak memaksa sesiapa menerima Islam. Dengan inipenduduk tempatan menerima
Islam secara sukarela. Pedagang juga membawa ulama dan pendakwah bersama mereka untuk
menyebarkan Islam. Pedagang juga menetap dan membuka perkampungan Islam. Menjadikan
perkampungan sebagai pusatperbincangan tentang Islam. Sifat baik pedagang juga menarik minat wanita
tempatan lalu mereka berkahwin dengan pedagang danmemeluk agama Islam. Pedagang juga
mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan. Menggunakan keistimewaanyang diberikan
pemerintah. Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
4 (a). HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
i. Faktor dalaman:-
a. Masalah kepimpinan
Kelemahan Sultan Mahmud Shah & pembesar telah menyebabkan ketidakstabilan politik. Terjadi akibat
amalan pilih kasih, rasuah & penyelewengan dalam pentadbiran. Perbalahan sesama pembesar juga
berlaku seperti merebut kuasa, sebagai contoh ketika Raja Medeliar dan Laksamana Koja Hassan merebut
kuasa dengan Bendahara Tun Mutahir.
b. Masalah Perpaduan
Rakyat tidak bersatu dan berpecah berlaku antara Orang Melayu dengan Tamil Islam kerana persaingan
kuasa antara pembesar. Masalah ini juga berlaku atas sebab askar upahan dari luar iaitu dari Pulau Jawa
yang tidak taat setia.
ii. Faktor Luaran :
Serangan Portugis
Kekayaan , keagamaan & kemasyhuran (Gold, Glory, Gospel) merupakan faktor kedatangan Portugis
ke Alam Melayu. Mereka ingin monopoli perdagangan rempah. Portugis juga ingin menyebarkan
agama Kristian & menghapuskan penguasaan pedagang Islam. Kunjungan Lopez de Sequeira
pada 11 Sep 1509 memulakan hubungan Melaka-Portugis. Kegagalan rundingan menyebabkan
Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka. Portugis telah melancarkan 3 serangan terhadap
Melaka, iaitu pada 25 Julai, 10 Ogos dan 24 Ogs 1511. Selepas itu, Portugis berjaya menguasai
Melaka.
4 (b) HURAIKAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH MELAKA UNTUK MENGHADAPI SERANGANPORTUGIS
Melaka telah membuat lancaran perahu laju & perahu berapi. Di kawasan pantai pula diperkukuhkan
pertahanan dengan kayu-kayan, pelbagai jenis meriam dan peti-peti berisi serbuk peluru. Tembakan
Meriam tidak terhenti di pantai. Mereka juga telah menggunakan tentera bergajah. Mereka juga
menggunakan Hikayat Amir Hamzah dan Ali Hanafiah untuk menaikkan semangat askar Melaka.
4 (c). KBAT: APAKAH IKHTIBAR YANG KITA DAPAT DARI KEJATUHAN MELAKA DI TANGAN PORTUGIS?
Kita harus mengekalkan perpaduan. Perpaduan merupakan benteng pertahanan yang utama bagi
sesebuah negara. Perpecahan di kalangan rakyat akan memberi peluang kepada orang luar untuk
15
menguasai dan seterusnya menjajah kita. Sebagai contohnya perpecahan antara Orang melayu dengan
Tamil Islam menyebabkan kerajaan Kesultanan Melaka menjadi lemah dan ia memberi peluang kepada
Portugis mudah menguasai Melaka. Kita harus berhati-hati semasa mengadakan hubungan dengan
kuasa luar. Jika tidak kita mudahdikuasai oleh negara kita. Sebagai contohnya, Sultan Mahmud Shah
yang tidak berhati2 semasa kedatangan Portugis telah menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis.
Kita harus melengkapkan diri kita dengan sistem pertahanan yang moden. Ini penting untuk
mempertahankan negara kita apabila diserang musuh. Sebagai contohnya kajatuhan Melaka berpunca
dari senjata yang dimiliki oleh askar Melaka tidak standing dengan senjata yang dimiliki tentera
Portugis. Kita juga tidak harus mengharapkan orang luar untuk memperkukuhkan benteng pertahanan
negara.Mereka tidak akan taat setia kepada negara kita dan tidak akan mempertahankan negara kita
jika diserang musuh. Sebagai contohnya, salah satu punca kejatuhan Melaka ialah askar upahan dari
Jawa melarikan diri semasa serangan Portugis.
BAB 6: KESULTANAN JOHOR
1 (a) HURAIKAN CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR
Persaingan Johor – Acheh – Portugis (Perang Tiga Segi) yang berlaku selama 100 tahun
Acheh, Johor dan Prtugis berperang untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka. Perang ini berakhir
apabila pada tahun 1641, Johor memberi bantuan kepada Belanda untuk mengalahkan Portugis di Melaka.
Acheh merosot setelah kematian Sultan Iskandar Thani.
a. Perang Johor Jambi: Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi
Pada bulan Jun 1679, Johor menyerang & mengalahkan Jambi. Ia enyebabkan Jambi tunduk di bawah
Kesultanan Johor Riau yang berpusat di Riau.
b. Konflik Pembesar (Perebutan Kuasa)
Perebutan kuasa berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun AbdulJamil
dan berakhir dengan pengunduran Laksamana ke Terengganu. Keturunan Bendahara kembali berkuasa.
c. Ancaman Raja Kechil:
Pada Jun 1718, Raja Kechil menyerang Johor. Dia telah menuntut takhta kerajaan Johordan mendakwa
dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I. Dia telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sulatan Johor
Riau. Dia juga telah menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Raja Sulaiman meminta
bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil. Pada 4 Okt 1722, Raja Kechil kalah.
1 (b) HURAIKAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH JOHOR UNTUK MENGHADAPI CABARAN
a. Pemindahan Pusat Pemerintahan:
Pusat pemerintahan terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor. Semasa Sultan Ibrahim (1677-1685),
Kepulauan Riau Lingga menjadi pusat pemerintahan. Pemindahan pusat pemerintahan merupakan
muslihat mempertahankan diri daripada ancaman Acheh dan Portugis.
16
b. Membina Kota Pertahanan:
Kota pertahanan sering berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan. Antara kota pertahanan adalah
Kota Kara, Kota Sayong, KotaMakam Tauhid, Kota Batu Sawar, Kota Seluyut, Kota Panchor, dan Kota Johor
Lama. Kota Kara pula dibina semasa pengasasan kerajaan. Kota tersebut dibina oleh Sultan Alauddin
Riayat Shah I yang terletak di Kuala Sungai Telor. Pagarnya dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40
kaki (12 meter) dan lengkap dengan bedil & meriam.
c. Menjalinkan Hubungan Dengan Belanda
Mereka mengadakan perjanjian persahabatan dengan Belanda. Dasar berbaik dengan Belanda merupakan
strategi menghadapi ancaman Portugis dan Acheh. Pada tahun 1602, hubungan bermula apabila Belanda
menawarkan bantuan kepada Sultan AlauddinRiayat Shah II untuk melindungi Johor dari serangan
Portugis & Acheh. Pada tarikh 17 Mei 1606, Perjanjian Johor Belanda berlaku antara Admiral Belanda,
Cornelis Matelief de Jonge dengan Sultan Alauddin Riayat Shah II diatas kapal Belanda bernama Orenje
Belanda minta bantuan untuk menyerang Melaka. Johor mengambil bahagian perang Belanda-Portugis
dengan memberikan bantuan mengangkut peralatan perang, membuat tapak meriam menggali parit kubu,
menyekat musuh lari ke dalam hutan dan menaikkan semangat tentera Belanda. Johor juga membantu
Belanda dengan mengepung dan menyerang Portugis di Melaka. Pada Januari 1641, mereka berjaya
menewaskan Portugis di Melaka.
1 (c) APAKAH IKHTIBAR YANG DIPEROLEHI MELALUI STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH JOHOR
DALAM MENGHADAPI CABARAN
Kita harus mengekalkan perpaduan. Perpaduan merupakan benteng pertahanan yang utama bagi
sesebuah negara. Perpecahan di kalangan rakyat akan memberi peluang kepada orang luar untuk
menguasai dan seterusnya menjajah kita. Kita harus berhati-hati semasa mengadakan hubungan dengan
kuasa luar. Jika tidak kita mudah dikuasai oleh negara kita. Sebagai contohnya, walaupun Belanda
merupakan rakan baik Johor dan bersepakat dengan Johor menyerang Melaka namun Johor tidak dapat
Melaka selepas Portugis kalah. Kita harus melengkapkan diri kita dengan sistem pertahanan yang moden.
Ini penting untuk mempertahankan negara kita apabila diserang musuh. Sebagai contohnya pemerintah
Johor membinaKota Kara untuk mempertahankan pusat pemerintahan negeri Johor. Kita juga tidak harus
mengharapkan orang luar untuk memperkukuhkan benteng pertahanannegara. Sebagai contohnya orang
Bugis berkuasa di negeri Johor setelah memberi bantuan untukmengusir Raja Kechil.
2. (a) JOHOR JUGA TERKENAL SEBAGAI PUSAT PERSURATAN MELAYU YANG TERKENAL. JELASKAN
DUA KARYA AGUNG YANG DIHASILKAN DI JOHOR
i. Sulalatus Salatin:
Sulalatus Salatin bermaksud “Salasilah Raja-Raja” atau “Peraturan Segala Raja-Raja”. Asalnya buku itu
bernama “Hikayat Melayu”, dan telah disusun & ditulis semula oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612.
Kandungannya adalah asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan Melaka dan sejarah
Kesultanan Melayu Melaka.
ii. Hikayat Hang Tuah
Buku ini ditulis oleh pengarang di Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka pada 1641. Hikayat Hang
17
Tuah ini merupakan epik kepahlawanan yang merentas sepanjang zaman kegemilangan Melaka.
Kandungannya berkaitan ketaatan Hang Tuah kepada raja & Keturunan Kesultanan Melaka.
2 (b) APAKAH KEPENTINGAN HASIL KARYA AGUNG TERSEBUT
Melalui Sulalatus Salatin kita boleh mengetahui Asal usul keturunan raja-raja Melaka bermula dari
pengasas Kesultanan Melayu Melaka hingga pemerintah terakhir sebelum Melaka jatuh ketangan
Portugis. Sulalatus Salatin memberi gambaran tentang Adat istiadat kerajaan untuk kita ketahui semasa
zaman kesultanan Melayu Melaka. Sebagai contohnya adat pertabalan Sultan, adat pemakaman dan
adat perkahwinan. Keseluruhannya melalui Sulalatus Salatin kita dapat mengetahui Sejarah Kesultanan
Melayu Melaka.Seperti pengasasan, kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka. Hikayat
Hang merupakan karya epik kepahlawanan yang merentas sepanjang zaman kegemilanganMelaka.
Melalui karya Hang Tuah kita dapat gambaran yang jelas tentang sifat pahlawan Melayu yang gagah
berani serta penuh taat setia kepada Raja dan negara. Kedua-dua karya diatas juga penting kepada kita
kerana ia menjadi bukti orang melayu boleh menghasilkan karya bertaraf dunia. Sebagai contohnya,
HHT & Sulalatus Salatin diiktiraf sebagai hasilkesusasteraan klasik & epik Melayu tradisional oleh
UNESCO dalam Daftar Ingatan Dunia.
BAB 7: KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU DAN SELANGOR
1. (a) NAMAKAN KERAJAAN YANG DIASASKAN OLEH WARIS KESULTANAN MELAYU MELAKA
Pahang dan Perak.
1 (b) BUKTIKAN KERAJAAN DIATAS DIASASKAN OLEH WARIS KESULTANAN MELAYU MELAKA
i. Kesultanan Pahang:
Kesultanan ini diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, Pahang
sebahagian wilayah naungan Melaka. Seri Bija Diraja dilantik sebagai wakil memerintah Pahang. Pada
Zaman Sultan Mansur Shah, baginda telah menghantar puteranya, Raja Muhammad untuk ditabalkan
sebagai Sultan Pahang. Semasa Raja Muhammad berangkat ke Pahang, baginda diiringi golongan
bangsawan Melaka. Mereka dilantik sebagai Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung & Hulubalang
Besar untuk membantu mentadbir Pahang. Pada 1470, Raja Muhammad mengasaskan Kesultanan Pahang
dengan gelaranSultan Muhammad Shah. Sultan Muhammad mendirikan pusat pentadbiran di Pekan.
ii. Kesultanan Perak:
Pada abad ke-15, Perak merupakan wilayah naungan Melaka. Serangan Portugis menyebabkan Sultan
Mahmud & keluargannya meninggalkan Melaka & bersemayam di Kampar, Sumetera. Pembesar Tun
Saban & Nakhoda Kassim ke Kampar menjemput putera Sultan Mahmud Shah untuk Raja Muzaffar untuk
ditabal sebagai Sultan. Raja Muzaffar berangkat ke Perak bersama alat kebesaran iaitu sebilah pedang
Cura Si Manja Kini, sebilah keris, cap mohor, nobat & Surat Ciri. Baginda berangkat bersama anak, isteri,
para pengikut & pengiring yg menjemputnya dari Perak. Pada tahun 1528, Raja Muzaffar mengasaskan
Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Tanah Abang di pesisir Sg. Perak merupakan pusat
pentadbiran pertama.
18
1. (c) JELASKAN ASPEK YANG DIWARISI NEGERI DIATAS DARIPADA KESULTANAN MELAYU MELAKA
Di kedua-dua negeri tersebut Sultan sebagai tonggak utama kerajaan dan pengganti pemerintah
berasaskan adat Temenggung. Di Perak, putera sultan mewarisi takhta melalui sistem giliran. Sistem
pembesar empat lipatan juga diamalkan di kedua-dua negeri tersebut. Di Pahang sistem pentadbiran
turut berasaskan pembesar empat, lapan dan enam belas, samaseperti Pembesar Empat Lipatan di
Melaka. Empat pembesar utama di Pahang ialah: Orang kaya Indera Shahbandar, Orang Kaya Indera
Segara, Orang Kaya Pahlawan dan Orang Kaya Indera PerbaJelai. Di Perak juga masih berasaskan
pembesar empat, lapan, enam belas & tiga puluh dua. Perak mempunyai empat pembesar utama iaitu
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja, Orang Kaya Temenggong
Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Di kedua-kedua negeri tersebut Sultan merupakan
ketua agama Islam sama seperti negeri Melaka. Hukum Kanun Melaka menjadi asas perundangan bagi
negeri-negeri tersebut.
BAB 8 : KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
1 (a) HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PENENTU HUBUNGAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN
PERLIS DENGAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG LAIN
i. Keserumpunan
Persamaan dalam aspek bahasa & budaya menjadi pendorong hubungan dengan negeri lain. Persamaan
ini memudahkan interaksi antara kerajaan. Setiap kerajaan bersikap toleransi dalam menerima amalan
budaya kerajaan lain.
ii. Geografi
Sempadan negeri jiran memudahkan hubungan diplomatik sesama negeri. Banyak sumber alam sebagai
contoh padi, rotan dan rempah serta sumber bumi iaitu hasil galian seperti biji timah menjadi tarikan
perhubungan. Sungai juga dikongsi bersama sebagai laluan perhubungan. Kepentingan sungai
mendorong setiap negeri berusaha menjamin keselamatan laluan sungai. Pembinaan pelabuhan di pinggir
sungai juga menggalakkan hubungan dengan negeri jiran & kuasa luar. Pangkalan Alor Pasai menjadi
laluan perdagangan pelabuhan Kuala Kedah manakala Sungai Linggi menjadi laluan penting perhubungan
& perdagangan serta kawasan pungutan cukai kerajaan Negeri Sembilan.
iii. Agama
Penyebaran agama Islam bermula apabila pemerintah menerima Islam. Peranan Ulama juga
mengukuhkan kegiatan keagamaan. Berkongsi institusi pendidikan agama menerusi kehadiran penuntut
dari wilayah lain. Masjid Kampung Laut di tebing Sungai Kelantan juga telah dibina untuk membantu
menyebarkan islam dikalangan penduduk tempatan dan pedagang luar.
1 (b) HURAIKAN CARA NEGERI-NEGERI TERSEBUT MENJALIN HUBUNGAN DIPLOMATIK
i. Pengiktirafan
Pengiktirafan ini bertujuan mengabsahkan (Mengesahkan pelantikan) sultan sebagai pemerintah. Ia dapat
mewujudkan hubungan antara kerajaan berdaulat yang sama taraf. Pada abad ke-15, Sultan Mahmud
dari Melaka mengiktiraf kedaulatan Kedah & Kedahmengakui ketuanan Sultan Melaka. Pada tahun 1775,
Sultan Terengganu mengiktiraf Kesultanan Kelantan yang disatukan oleh Long Yunus.
19
ii. Pertahanan
Pertahanan ini penting untuk memastikan kelangsungan sesebuah kerajaan.Hubungan pertahanan akan
mengekalkan kedaulatan kerajaan dengan mengelakkancampur tangan asing. Long Yunus mendapat
bantuan ketenteraan dari Terengganu & Reman (Hulu Perak) semasa menyatukan Kelantan. Long Gaffar
dari Reman dilantik sebagai Perdana Menteri Kelantan & Panglima Perang untuk membantu mengekalkan
keamanan Kelantan.
iii. Perkahwinan
Perkahwinan diraja (Siasah) akan mengukuhkan hubungan & menjamin kedaulatan. Onang Kening (Puteri
Kelantan) berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah, Melaka dan melahirkan Raja Muzaffar yang menjadi
Sultan Perak yang pertama. Che’Ku Wan (Puteri Long Yunus)dikahwinkan dengan Tengku Muhammad
(Putera SultanTerengganu). Raja Perlis (Syed Hussin) berkahwin dengan Tengku Nor Asiah (Cucu Sultan
Abdullah Shah, sultanKedah yang ke-20).
1 (c) JELASKAN KEPENTINGAN HUBUNGAN DIPLOMATIK BAGI SESEBUAH NEGARA (KEPENTINGAN
MENJAGA HUBUNGAN DENGAN NEGARA LAIN)
Hubungan luar penting untuk mengukuhkan ekonomi negara. Ini adalah kerana dengan adanya
hubungan luar kita mudah memasarkan barangan keluaran tempatan tanpa sekatan dengan negara
yang kita adakan hubungan. Sebagai contohnya hubungan kita dengan India dan China membolehkan
kita mudah mengeksport minyak kelapa sawit ke negara tersebut. Dengan ini negara kita akan dapat
sumber pendapatan yang akan mengukuhkan ekonomi negara kita. Melalui hubungan ini juga kita
mudah menarik kemasukkan pelabur asing untuk membuka kilangatau perniagaan di negara kita. Ia
bukan sahaja membantu pengaliran modal asing malah ia juga menyediakan banyak peluang pekerjaan
kepada rakyat tempatan. Sebagai contohnya, hubungan baikdengan negara Jepun dan Korea
membolehkan banyak syarikat negara itu di buka di negara kita. Melalui hubungan luar juga kita mudah
menyelesaikan sebarang pertikaian dengan negara luar. Sebagai contohnya hubungan dengan
Singapura membolehkan kita Berjaya menyelesaikan beberapamasalah seperti tuntutan bertindih ke
atas Pulau Batu Putih dan isu Tambak Johor. Lain-lainnya, ia akan membuatkan sesebuah negara itu
mudah menarik kemasukkan pelancong asing, membuat pemindahan teknologi menampungkeperluan
tenaga kerja dan lain-lain.
BAB 9 : WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
1 (a) JELASKAN KEUNIKAN ADAT PERPATIH YANG DIAMALKAN DI NEGERI SEMBILAN
i. Jurai Keturunan Sebelah Ibu
Kaum perempuan dianggap Ibu Soko kerana ibu yang melahirkan anggota masyarakat. Setiap anak adalah
anggota suku ibunya. Anggota suku dianggap sedarah kerana berasal drpd moyang perempuan yg sama
sebelah ibu.
ii. Pelaksanaan Hukuman
Pelaksanaan hukumannya berjalan secara bersifat pemulihan yang memberi pertimbangan terhadap
20
pesalah kearah kebaikan. Mereka juga mengutamakan perasaan & kepentingan pesalah. Kesalahan kecil
diselesaikan dengan saling bermaafan atau denda yang ringan.
iii. Perkahwinan
Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap keluarga besar & bersaudara. Mereka
galakkan perkahwinan di luar suku bagi wujudkan persaudaraan antara suku. Lelaki yg berkahwin akan
tinggal di rumah isteri dan menjadi anggota keluarga suku isterinya. Mereka digelar “Orang Semenda”
(Orang mendatang). Beliau bertanggungjawab mengerjakan tanah pusaka isteri, berkelakuan baik &
menjaga nama suku isteri. Beliau juga berperanan mengendalikanurusan peminangan dalam keluarga.
Jika berlaku perkahwinan sesama suku, wanita itu akan hilang hak mewarisi pusaka. Jika lelaki akan hilang
hak untuk menyandang jawatan dalam adat. Jika ingin mengembalikan hak, perlu menjalankan adat
memulih pusaka.
iv. Upacara Kedim:
Berlaku apabila mahu menerima orang dari suku lain menjadi ahli suku. Orang tersebut akan bersumpah
taat setia & bersaudara dengan ahli suku yg akan disertai serta dibuatpenghebahan.
v. Wanita Mewarisi Pusaka
Wanita mewarisi harta pusaka seperti tanah & rumah. Ini bertujuan supaya wanita tidak terabai. Pusaka
itu haruslah diwarisi secara turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan.
1 (b) HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN
Di Negeri Sembilan, mereka menggunakan sistem adat Perpatih. Tiga kumpulan utama berkuasa melantik
penyandang pesaka adat (pemimpin) iaitu Perut, Suku & Luak. Pemimpin ialah Ketua adat (Ibu Soko,
Buapak, Lembaga, Undang & Yamtuan Besar atau Yangdi-Pertuan Besar). Penyandang pesaka adat
(Pemimpin) di semua peringkat dipilih hasil permuafakatan (DEMOKRASI).
i. Yamtuan Besar @ Yang di-Pertuan Besar
Dipilih oleh Undang Yang Empat untuk menjadi ketua negeri. Mereka juga menjadi lambang kesatuan &
persekutuan
ii. Undang:
Undang merupakan ketua Luak yang dilantik oleh Lembaga. Undang Yang Empat ialah Sungai Ujong,
Jelebu, Johol & Rembau. Undang Yang Empat akan berkerapatan memilih seorang Yamtuan Besar atau
Yang di-Pertuan Besar. Mereka perlulah daripada keturunan Yamtuan Radin.
iii. Lembaga:
Lembaga merupakan Ketua Suku yang dilantik oleh Buapak. Mereka berperanan untuk memilih Undang
dan Penghulu, menjaga keamanan dan keselamatan, menyelesaikan pertelingkahan antara suku dan
mengurus pembahagian harta pusaka.
iv. Buapak:
Buapak dilantik oleh Anak Buah dalam Perut dan menjadi rujukan aspek berkaitan adat & hukum.
21
v. Ibu Soko:
Ibu Soko mengetahui, memahami & menghafal adat & asal usul kelompok keluarga yang
diwakilinya. Ibu Soko juga perlu memilih Buapak dalam kelompoknya. Pelantikan pemimpin di
semua peringkat tidak boleh dijalankan tanpa Ibu Soko
1 (c) HURAIKAN KELEBIHAN @ KEBAIKAN SISTEM DEMOKRASI @ PERMUAFAKATAN @ PEMILIHAN
PEMIMPIN DARI PERINGKAT BAWAH BAGI SESEBUAH NEGARA
Sistem demokrasi dapat melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang
dipilih. Seperti yang kita tahu rakyat juga terlibat dalam menentukan hala tuju politik Negara. Olehitu,
Sistem demokrasi memberi ruang dan perluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang
berkebolehan dan berkualiti. Seterusnya, rakyat juga mempunyai hak bersuara, berpolitik dan
berpersatuan. Pemimpin yangterpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat. Hal ini
dapat membantu dalam perkembangan ekonomi Negara. Antara kelebihan lain bagi sistem demokrasi
ialah, kecekapan pentadbiran Negara yang sistematik telah dibentuk dan segala permasalahan dapat
diselesaikan melalui rundingan. Hal ni dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Dengan
itu, perancangan pembangunan kerajaan dapat mudah diatur. Disamping itu, kerjasama dalam
masyarakat dapat ditingkatkan. Keadaan ini dapatmengurangkan tekanan antarabangsa. Akhir sekali,
Sistem ini juga dapat memperkukuhkan perpaduan dan menjamin kestabilan politik yangsecara tidak
langsung menarik pelaburan asing bagi membantu perkembangan sistem industri Negara.
ATAU
1 (c) JELASKAN KEPENTINGAN USAHA MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN BANGSA
Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini
harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara
hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan
sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita smakin lenyap ditelan arus pemodenan.
Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat
majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk
potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi
pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah
terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kitaprihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak
orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran.
Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi padahari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama
kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan. Budaya
tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional
yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran.
Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama- sama. Jiran
tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi.Kita saling menerima dan memberi. Semangat
kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan. Budaya perlu dikekalkan
demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan
ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita.
22
Dari sini kita akan mendapat iktibar. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan
ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada padahari ini berpunca daripada yang silam.
Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri. Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat
mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budayanegara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah,
wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih
memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan
budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negara juga perlu disekat. Tempat
dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti
dan dilihat sepanjang masa. Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui
latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni
Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di
sekolah. Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha
ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita
akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan
lebih dekat. Dengan ini, senijiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.
BAB 10 : SARAWAK DAN SABAH
1(a) HURAIKAN KEGIATAN EKONOMI YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT SABAH DAN
SARAWAK ATAU SEJAUH MANAKAH BENTUK MUKA BUMI DAN LOKASI PETEMPATAN
PENDUDUK SABAH SARAWAK MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI MEREKA
i. Sarawak
Mereka hidup dipengaruhi kedudukan & tempat tinggal. Sebagai contoh, di pesisir pantai, mereka akan
menjalankan kegiatan perdagangan, menangkap ikan, membuat Perahudan perusahaan sagu. Kegiatan ini
dijalankan oleh orang Melayu, Kedayan dan Melanau. Masyarakat di lembah sungai pula menanam Padi,
menanam Buah dan Sayur. Kegiatan-kegiatan ini dijalankan oleh orang Melayu, Iban, Bisaya, Melanau,
bidayuh. Di kawasan pedalaman pula, mereka mengutip hasil hutan, memburu binatan dan menanam
padi yang dijalankan oleh Kenyah, Iban, Penan, Kayan, Kelabit dan Penan.
ii. Sabah
Masyarakat Sabah juga sama seperti ada di Sabah. Di Pesisir Pantai, mereka menangkap Ikan, buat Perahu,
kutip hasil laut dan berdagang. Kegiatan-kegiatan ini dijalankan oleh kaum Brunei, Bajau / Sama, Iranun
dan Suluk. Masyarakat di Lembah Sungai iaitu kaum Kadazandusun, Rungus, Orang Sungai menjalankan
kegiatan pertanian seperti menanam buah-buahan dan sayur. Di pedalaman pula, orang Murut mengutip
hasil hutan, tanam padi dan kutip sarang burung.
1(b) ALAM SEKITAR PENTING UNTUK MANUSIA MENERUSKAN HIDUP. NAMUN IA SEMAKIN DALAM
KEADAAN YANG MEMBIMBANGKAN KERANA AKTIVITI MANUSIA. CADANGKAN LANGKAH
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR.
Penghutanan semula
Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok
yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya
23
masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar
seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi,
Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan perananpenting bagi melaksanakan langkah ini
dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan
Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.
Penggunaan baja organic
Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli
daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan
penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan
petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada
alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik
dapat menambahkan kesuburan tanah, baja organik jugaadalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan
tidak mencemarkan alam sekitar.Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu
campuran najis burung dankelawar sebagai baja.
Kaedah biologi
Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak.
Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap
sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun
serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam
sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helangdigunakan untuk
menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.
Pertanian tetap
Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya
mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman
masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakatpedalaman kurang
mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani
sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada
pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap.
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan
mengurangkan hakisan tanih.
Kaedah perundangan
Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telahdigubal dan dikuatkuasakan
untuk melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya:
Akta kualiti alam sekitar(1974)
Akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya
kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan
memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini
merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaranalam sekitar seperti masalah
pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara.
24
Penilaian impak alam sekitar(EIA)
Penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yangmenekankan aspek pengurusan alam
sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti
alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak
yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitanalam sekitar perlu turun padang secara
kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.
25