The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

latihan ini berbentuk pdf.sesuai untuk peljar form 1,2,3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danialfitri670, 2021-10-06 23:03:42

Latihan ulasan format PT3

latihan ini berbentuk pdf.sesuai untuk peljar form 1,2,3

Latihan 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang
terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan.

merangsang
patriotisme

mengurangkan mengasah bakat
tekanan dan minat

sumber

pendapatan

Salah satu peranan muzik yang boleh digariskan ialah mengurangkan tekanan.
Muzik berentak perlahan seperti instrumental selalu digunakan sebagai terapi
minda kerana diyakini mampu menghadirkan ketenangan kepada pendengarnya.
Selain itu, muzik juga dapat digunakan sebagai sumber untuk meraih pendapatan.
Misalnya, komposer lagu akan mencipta lagu dengan gubahan irama yang indah
seterusnya bekerjasama dengan penulis lirik, penerbit dan penyanyi dalam usaha
memasarkan lagu tersebut sekali gus mengaut keuntungan yang lumayan.
Seterusnya, muzik juga berperanan merangsang patriotisme dalam kalangan
rakyat. Lagu-lagu berentak patriotik seperti Sehati Sejiwa dan Keranamu Malaysia
sering diputarkan di radio dan televisyen terutamanya ketika bulan kemerdekaan
bagi menyuntik patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Latihan 2
Bina 6 ayat berdasarkan gambar Yang diberi dibawah. Faham dulu apa
gambar Yang diberi.

Jawapan:

1. Raju menuntun basikalnya kerana rantai basikalnya terputus dalam
perjalanan.

2. Seorang pelayan menatang dulang berisi makanan sambil menuju ke meja
pelanggan.

3. Seorang petani mengandar dua buah bakul berisi sayur-sayuran untuk
dijual di pasar.

4. Puan Tan mendukung anaknya yang sedang menangis supaya dapat
menenangkannya.

5. Encik Ramli membawa sebuah peti yang berisi barang-barang miliknya
sambil berbual-bual dengan rakan.

6. Seorang murid menggalas beg sekolahnya sambil mengayuh basikal menuju
ke sekolah.


Click to View FlipBook Version