The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Perbelanjaan Kerajaan Group 8

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOORHIDAYAH SYAFIQAH BINTI MUHAMAD, 2024-05-12 04:02:38

Perbelanjaan Kerajaan

Ebook Perbelanjaan Kerajaan Group 8

PERBELANJAAN KERAJAAN PERBELANJAAN KERAJAAN


Dengan pembinaan lebuh raya dan lapangan terbang baharu dapat membuka peluang perniagaan besar sekaligus berkembang dengan lebih luas. Saya sangat gembira bahawa kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur. Betul tu Ali, tapi saya lebih suka jika lebih banyak peruntukan diberi dalam bidang pendidikan. Sekolah di kebanyakan kawasan terutamanya pedalaman memerlukan lebih banyak guru dan kemudahan pembelajaran yang lebih baik.


Ya, pendidikan juga penting. Mungkin kerajaan akan memberi lebih banyak peruntukan kepada pendidikan pada masa akan datang.


Betul tu Mak Senah, produk makanan kita yang mempunyai inovasi menjadikan makanan tersebut tahan lama dan dapat dipasarkan dengan lebih berkesan sekaligus memudahkan masyarakat kini dalam penyediaan makanan seharian mereka. Ini boleh mendorong kita sebagai usahawan kecil berkembang dan bersaing dalam pasaran negara sebelum memasuki pasaran global. Saya senang mendengar peruntukan itu Pak Karim. Ianya adalah untuk membangunkan industri kecil dan sederhana.


Kamu betul, Pak Karim. Zaman sekarang inovasi dan tekonologi adalah kunci dalam pertumbuhan jangka panjang. Saya juga berharap kerajaan akan memberi tumpuan kepada peniaga kecil seperti kita yang memerlukan peruntukkan cukup pada masa akan datang.


Saya sangat gembira apabila mendengar berita bahawa kerajaan mengambil langkah untuk tingkatkan akses perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar.Akses kesihatan sangat penting untuk penduduk desa di sini. Ya betul. Selain itu, saya juga teruja dengan pelan memperbaiki sistem pengangkutan awam. Kita semua penduduk kampung lebih mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.


Saya juga setuju dengan apa yang awak katakan. Akses kesihatan di desa buat masa sekarang sangatlah terhad. Jika kerajaan ambil langkah untuk tambahkan sistem kesihatan yang lebih baik di klinik di juga sangat bagus dan membantu.


Nora, saya sangat gembira apabila mendengar berita bahawa kerajaan akan mengagihkan peruntukan bagi mempromosikan sektor pelancongan. Ya. itu pasti membantu industri pelancongan untuk pulih kembali. Tetapi saya juga berharap belanjawan kali ini dapat menyokong pekerja seperti kita. Ini juga mampu memberi dorongan kepada sektor pelancongan selepas berlaku kemelesetan ekonomi barubaru ini


Betul juga tu. Mungkin kerajaan boleh memberi insentif kepada agensi pelancongan tempatan untuk mengembangkan pakej-pakej pelancongan domestik yang boleh menarik pelancong dalam dan luar negara. saya juga berharap kerajaan memberi latihan kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka. Akibat kemelesetan ekonomi, ramai pekerja dalam sektor pelancongan terjejas. Kerana kekurangan pelancongan antarabangsa.


Click to View FlipBook Version