ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN 1 1.0 PENGENALAN 2 2.0 GAMBARAJAH PELAN LANTAI 3 3.0 KESIMPULAN 4 4.0 RUJUKAN 5 5.0 LAMPIRAN 6
1 PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas rahmat dan kurnianya, maka kerja kursus PJMS 3232 ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Dalam penghasilan kerja ini, banyak liku dan cabaran yang telah dihadapi. Namun, saya sangat berterima kasih pertama sekali kepada pensyarah saya Dr Raymie A. Bakar yang tidak jemu hati, tidak kering lidah mendidik, berkongsi dan mencurahkan ilmu kepada saya untuk menjayakan tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa, yang menyokong dan memberi kekuatan kepada saya. Tanpa mereka, siapalah saya. Tidak dilupakan juga, pensyarah-pensyarah bagi subjek lain, dan rakan-rakan yang telah membantu saya. Sekian, terima kasih.
2 1.0 PENGENALAN Pergerakan asas merupakan salah satu tunjang utama dalam kemahiran pendidikan jasmani. Pergerakan asas merangkumi dua aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor . Pergerakan lokomotor dapat ditakrifkan sebagai pergerakan badan yang dilakukan dimana badan akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ringkasnya, pergerakan lokomotor ini melibatkan pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan yang dilakukan. Bagi pergerakan bukan lokomotor pula ialah merupakan pergerakan yang tidak mengubah kedudukan, tapak atau dasar pergerakan berubah. Selain itu, kedua-dua kemahiran pergerakan ini juga melibatkan manipulasi penggunaan alatan bagi memastikan pelajar dapat mengawal pergerakan sambil mengendalikan alatan yang berbeza bentuk dan saiz. Dalam tugasan ini mempamerkan beberapa contoh pergerakan lokomotor dan juga pergerakan bukan lokomotor
32.0 GAMBARAJAH PELANRajah 1. Pelan P
3 N PERGERAKAN LANTAI ergerakan Lantai
4 Berdasarkan rajah 1 di atas, dapat kita lihat satu pelan pergerakan lantai yang menggabungkan antara kemahiran pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi penggunaan alatan. Antara alatan yang digunakan ialah, bola, belantan dan juga gelung. Dalam pelan lantai tersebut mengandungi 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Berdasarkan pelan lantai tersebut, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan lokomotor disusun secara berselang-seli . Misalnya, kita akan mulakan pergerakan bukan lokomotor dahulu kemudian baru pergerakan lokomotor, selepas itu pergerakan bukan lokomotor pula dan seterusnya secara selang-seli hingga ke penamat. Bagi setiap pergerakan mempunyai tahap kesukaran untuk kita melakukan pergerakan tersebut. Terdapat empat pergerakan iaitu pergerakan yang pertama, kesembilan. pergerakan ke-13 dan ke-17 yang mempunyai tahap kesukaran rendah apabila dilakukan. Pergerakan-pergerakan tersebut mudah untuk dilakukan kerana kita tidak perlu menggunakan sebarang alatan dan melakukan imbangan. Selain itu, terdapat sembilan pergerakan yang mempunyai tahap kesukaran sederhana apabila dilakukan iaitu pergerakan yang kedua hingga keempat, ketujuh hingga ke lapan, ke-12, ke-14, ke-16 dan ke-19. Pergerakan-pergerakan tersebut berada pada tahap sederhana kerana memerlukan imbangan yang baik dan koordinasi badan yang pantas serta terdapat manipulasi alatan. Misalnya, pergerakan imbangan sisi sambil memegang gelung. Di samping itu, ada juga pergerakan yang mempunyai tahap kesukaran yang tinggi. Terdapat tujuh pergerakan iaitu pergerakan yang kelima hingga keenam, ke-10 hingga ke-11, ke-15, ke-18 dan ke-20. Pergerakan tersebut mempunyai tahap kesukaran yang tinggi kerana melibatkan manipulasi alatan, fleksibiliti dan imbangan. Ringkasnya, terdapat gabungan pergerakan yang kompleks dalam satu pergerakan. 3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, pergerakan-pergerakan yang terdapat dalam pelan lantai tersebut merupakan pergerakan asas dalam kehidupan seharian. Setiap pergerakan yang kita lakukan
5 sedikit sebanyak mempunyai perkaitan dengan pergerakan lokomotor dan juga pergerakan lokomotor. Sebagai contoh, berjalan, berlari, melompat dan banyak lagi. Manipulasi penggunaan alatan adalah cara kita menggunakan alatan tersebut dengan betul dan terkawal semasa membentuk satu atau lebih gerakan. Penggunaan alatan dalam melakukan gerakan dapat meningkatkan lagi koordinasi anggota badan kita seperti tangan dan kaki, mata dan tangan, mata dan kaki serta lain-lain. Ringkasnya, Secara keseluruhannya, pergerakan asas terdiri daripada tiga komponen utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. 4.0 RUJUKAN Hainur. (2009).Lokomotor dan bukan lokomotor. Retrieved August 11, 2011, from http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html Hoe, Wee Eng. (2009). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan (3rd ed.). Karisma Publication Sdn. Bhd. Ishak, Asmadi & Hashim, Hairul & Ahmad, Hishamuddin & Jawis, Nidzam. (2012). MODUL LATIHAN DAN KECERGASAN. Universiti Pendidikan Sultan Idris Kok Mong Lin, Lim Siew Geck, & Teng Siew Lian. (2014). Pergerakan Asas (1st ed.). Oxford Fajar Sdn Bhd. Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2013). Belajar Melalui Bermain : Prinsip Utama Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Utusan Publications & Distributors Veitch, C., & Nur, L. Z. (2012). Gimnastik. Institut Terjemahan Negara Malaysia.
6 5.0 LAMPIRAN