The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODEL ASSURE
KPN60104
PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by n.mizad, 2021-10-27 10:53:03

MODEL ASSURE

MODEL ASSURE
KPN60104
PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

PENGENALAN

Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran
yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik.

Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982).

Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang
menggunaan media.

ASSURE diambil daripada perkataan assure yang bermaksud memastikan. Ini bertujuan untuk

memastikan pembelajaran berlaku di dalam kelas.

Model ASSURE menumpukan kepada pembelajaran dan elemen yang wujud di dalam kelas seperti
guru, pelajar, kurikulum dan kemudahan. (Sivadasan, C. 2003). Pemilihan Model ASSURE adalah
bertepatan dengan struktur baharu

LANGKAH BERLAKU

A Analyze Learners Sebelum bermulanya sesi pengajaran dan
(Menganalisis Pelajar) pembelajaran.

S State Objectives Persiapan sebelum memulakan pengajaran
(Menyatakan Objektif)
Ketika bermulanya sesi pengajaran.
S Select Methods, Media Materials
(Memilih Kaedah, Media dan Material) Ketika berlangsungnya sesi pengajaran.

U Utilize Media & Materials Ketika berlangsungnya sesi pengajaran.
(Menggunakan Media dan Material)
Di akhir sesi pengajaran dan
R Require Learner Participation pembelajaran
(Memerlukan Penglibatan Pelajar)

E Evaluate & Revide
(Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian)

ENAM ELEMEN MODEL ASSURE

aProses pengajaran menjadi lebih berkesan
kerana pengajaran yang bersistematik

Model ASSURE bukan hanya berpusatkan guru tetapi ia juga
berpusatkan kepada murid di mana murid aktif dalam
menyertai pembelajaran dan dapat meningkatkan kefahaman.

Guru lebih mahir dalam menggunakan alat berteknologi seperti
komputer, kamera digital, rakaman video dan sebagainya

Hubungan di antara guru dan pelajar akan menjadi lebih rapat
kerana model ASSURE menitikberatkan guru mengenali
latarbelakang murid termasuk latarbelakang sosio ekonomi,
kesediaan belajar dan gaya pembelajaran murid.

Penggunaan model ini akan menggalakkan para guru sentiasa
menggunakan alat bantu bahan mengajar (ABBM) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PnP).

Memastikan bahan media yang digunakan adalah sesuai
dengan peringkat umur dan persekitaran pelajar.

Tahap Aplikasi dalam model ini dalam pembelajaran
mempunyai objektif yang jelas

Pembelajaran akan lebih berkesan dengan adanya bahan media
yang sesuai semasa pengajaran guru.

Pelajar juga akan tertarik dengan pengajaran guru.

Penyediaan bahan media dalam Reka Bentuk Pengajaran tidak bersesuaian
dengan analisis pelajaran.

Kemudahan alatan teknologi yang kurang dan tidak lengkap.

Guru kurang kreatif dalam menyediakan reka bentuk pengajaran yang
bersesuaian dengan analisis pelajaran.

Guru terpaksa menggunakan banyak tenaga dan usaha untuk menyediakan,
meneliti dan menyemak semula bahan pengajaran sebelum menggunakannya.

KESIMPULAN • Model ASSURE dapat membantu guru merancang pengajaran yang dapat memanfaatkan

1 penggunaan media di dalam bilik darjah masing-masing.

• Oleh sebab itu, dengan perancangan yang sistematik dan penuh ketelitian, guru akan dapat

2 mencapai kompetensi dalam pengajaran, manakala murid pula memperoleh pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang diharapkan.
• Dengan melibatkan murid secara optimum, murid belajar menggunakan maklumat untuk

3 menyelesaikan masalah dan mereka melaksanakannya secara berinteraksi dengan guru, rakan
sebaya, media dan bahan sumber.
• Semua elemen dalam Modul ASSURE saling berkaitan dan semestinya diberikan perhatian oleh

4 guru untuk merancang pengajaran supaya matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran
tersebut akan tercapai.

• Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah sangat

5 penting bagi dijalankan oleh guru dalam setiap pengajaran hariannya didalam kelas.

• Kesimpulannya, penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik

6 berbanding model-model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik.

RUJUKAN Azman Wan Chik-Editor(1985),Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru dan Bahan.Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa Dan Pustaka..

Chin Yoon Poh.(2009)Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman.

Ee Ah Meng (1991),Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu.Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.

Ee Ah Meng.(1999).Psikologi Pendidikan.Edisi Kedua.Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti.

Esah Sulaiman (2003), Modul Pengajaran : Asas Pedagogi. Skudai: Jabatan Asas Pendidikan , Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia

Fatimah Bt Hj Daud.(2003) Modul Pembelajaran Kursus Bestari.Jabatan Pengajian Melayu,Maktab Perguruan Kota
Bharu.

Juriah Long,Raminah Hj Sabran, Sofia Hamid.(1990), Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia.Petaling Jaya:Penerbit
Fajar Bakti.

Mel Silberman.(2009) Pembelajaran Aktif:101 Strategi Untuk Mengajar Apa Jua Subjek.Kuala Lumpur:Institut
Terjemahan Negara Malaysia.

Yusuf Hashim.(1997), Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti


Click to View FlipBook Version