MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-35 ( 2021 )
SK TANJONG AYER HITAM
( Secara Atas Talian )
AHAD
24 OKTOBER 2021
JAM 8 MALAM
DIRASMIKAN OLEH :
YANG BERHORMAT
DATO’ SRI DR WEE JECK SENG
Timbalan Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi 1
Merangkap Ahli Parlimen Tanjung Piai
1
KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG SK TANJONG AYER HITAM
ُ اَﻟ َﺳﻼ ُم َﻋﻠَ ْﯾ ُﻛم َو َر ْﺣ َﻣﺔُ اَ ِ� َوﺑَ َرﻛﺎﺗُﮫdan Salam Pontian Dinamik. Sebelum meneruskan bicara,
ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam Mesyuarat Agung Sekolah Kebangsaan Tanjong Ayer Hitam kali ke-34.
Terima kasih juga kerana diberi kesempatan untuk melakarkan kata alu-aluan dalam
buku ini. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang meneruskan kecemerlangan SKTAH
yang merupakan kesinamambungan tradisi selama ini dan memberikan pengertian yang besar
khasnya kepada pelajar dan ibu bapa dengan pelbagai peristiwa suka duka dan pahit manis
yang mewarnai pengalaman kita. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat
melahirkan generasi yang cemerlang dalam akademik mahupun sahsiah.
Permuafakatan antara ibu bapa dan guru-guru yang dijelmakan melalui Sarana Ibu
Bapa dan Sarana Sekolah merupakan tunjang dalam melahirkan kejayaan anak-anak.
Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-
anak meletakkan diri mereka bagi melakar kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum
mahupun kokurikulum. Jelaslah di sini, komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan
negara yang dengan falsafah; rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang sedang dilaksanakan sekarang.
Justeru, saya menyeru semua murid untuk sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian
diri dan berpegang teguh pada akujanji yang dilafazkan kerana kegigihan dan ketabahan itu
mampu membentuk modal insan yang cemerlang dalam mengharungi cabaran mendatang.
Akhir kalam, saya mendoakan agar SKTAH sentiasa beroleh kejayaan dan segala usaha
kita akan diberkati Allah SWT. Semoga SKTAH terus berjaya dalam segala bidang.
Sekian terima kasih.
2
SEKAPUR SIRIH
GURU BESAR SK TANJONG AYER HITAM
Assalamualaikum dan salam takzim. Ribuan terima kasih kepada jawatankuasa
Mesyuarat Agung PIBG SK Tanjong Ayer Hitam kali ke-35 tahun 2021 kerana memberi
peluang kepada saya bagi mencoretkan sepatah dua kata.
Terdahulu saya ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada barisan AJK
PIBG yang telah merancang dan melaksanakan program tahunan ini. PIBG yang sentiasa
memberikan sokongan padu membolehkan pihak sekolah melaksanakan program rutin yang
dirancang mencakupi program peningkatan akademik, sahsiah serta mencungkil bakat anak-
anak. Bantuan kewangan yang diberikan dapat melancarkan lagi aktiviti sekolah, sekali gus
memberi peluang anak-anak menonjolkan bakat dan potensi masing-masing.
Ucapan tahniah buat ibu bapa yang anak-anaknya telah mempamerkan bakat dan
potensi dalam akademik, sukan serta kokurikulum dan seterusnya membawa nama SKTAH ke
peringkat yang lebih tinggi. Keakraban ibu bapa dengan guru-guru dan pihak sekolah adalah
resipi terhadap kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh anak-anak SKTAH. Sesungguhnya,
penyatuan sebegini akan melorongkan kepada kemenjadian anak-anak SKTAH yang lebih
kukuh dalam menyediakan mereka bagi mendepani cabaran mendatang.
Terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan
moral kepada anak-anak ke arah menentu hala tuju mereka. Marilah kita bersama-sama
melentur buluh dari rebungnya agar anak-anak SKTAH menjadi anak-anak yang soleh dan
solehah, penyejuk mata hati ibu bapa dan guru-guru, serta beroleh kejayaan di dunia dan
akhirat kelak. Aamiin.
Sekian, terima kasih.
3
ATUR CARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG SK TANJONG AYER HITAM, PONTIAN KALI KE-35
TAHUN 2021
SECARA ATAS TALIAN
7.45 malam : Pendaftaran Ibu Bapa & Penjaga Murid
8.00 malam : (Google Form)
8.15 malam : Ucapan aluan pengacara majlis
8.25 malam:
Bacaan Doa
9.00 malam :
9.15 malam: Ucapan Guru Besar
: Ucapan Yang Dipertua PIBG 2019/2021
: Ucapan Perasmian
Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
(Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi 1
Merangkap Ahli Parlimen Tanjung Piai)
Roda Bertuah 1
Mesyuarat Agung Bermula
1. Amanat Pengerusi Mesyuarat
(YDP PIBG SKTAH)
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34
3. Membentang Penyata Laporan Aktiviti
4. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan 2020
5. Perbahasan Usul
Roda Bertuah 2
4
10.30 malam : 6. Pembubaran Jawatankuasa Sesi 2019 / 2021
7. Pemilihan Pengerusi Sementara
10.45 malam :
11.00 malam : Roda Bertuah 3
8. Pengumuman Jawatankuasa Sesi 2021 / 2023
8.1 Yang Dipertua
8.2 Naib Yang Dipertua
8.3 Setiausaha Kehormat (Lantikan Sekolah)
8.4 Bendahari (Lantikan Sekolah)
8.5 Ahli Jawatankuasa
(8.5.1) 8 orang jawatankuasa Ibu Bapa
(8.5.2) 3 orang jawatankuasa Guru
9. Pemilihan 2 orang Pemeriksa Kira-kira
Roda Bertuah 4
Ucapan Sulung YDP PIBG
2021/2023
Penyampaian hadiah :
- Cenderahati Kehadiran
- Cenderahati AJK PIBG SKTAH 2019/2021
Roda Bertuah 5
Bersurai
5
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU No. Tel./Faks : 07-6952426
SK TANJONG AYER HITAM
JALAN KOLAM AIR, KAYU ARA PASONG
82010 PONTIAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
Ruj.Kami : JBA6024/PIBG/100-9/2/1/ ( )
Tarikh : 20 OKTOBER 2019
Ibu Bapa/ Penjaga Murid/ Guru-guru,
SK Tanjong Ayer Hitam,
82010 Kayu Ara Pasong,
Pontian, Johor Darul Ta’zim.
Tuan/ Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK TANJONG AYER HITAM KALI KE-35 TAHUN 2021
SECARA ATAS TALIAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Agung PIBG SK Tanjong Ayer Hitam kali ke-35 akan
diadakan sebagaimana butiran berikut:
TARIKH : 24 OKTOBER ( AHAD )
MASA : 8 MALAM
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
LINK : AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi menunaikan tanggungjawab sebagai
ahli PIBG SK Tanjong Ayer Hitam, Pontian.
4. Bersama-sama ini disertakan link Pencalonan AJK PIBG 2021/2023 dan link Borang Usul.
Borang Pencalonan AJK PIBG 2021/2023:
https://forms.gle/5RPZdZy4BTUniLF59
6
Borang Usul:
https://forms.gle/kcZPn3z6yfjgGHSX6
5. Sila isi dan hantar borang pada link tersebut berakhir pada ketetapan di bawah:
4.1 Borang Pencalonan AJK PIBG 2021/2023 :
- Ahad, 24/10/2021 jam 8 malam
4.2 Borang Usul
- Sabtu, 23/10/2021 jam 12 tengah hari
6. Kerjasama dan komitmen daripada pihak tuan/puan amat diharapkan.
Sekian, terima kasih.
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
Saya yang menjalankan tugas,
………………………………………………………….
(HAZLIA BINTI MIDON)
Setiausaha Kehormat,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Tanjong Ayer Hitam, Pontian.
7
JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35
SK TANJONG AYER HITAM, PONTIAN
PENASIHAT : PN. SITI FATIMAH BINTI ALIP
PENGERUSI : EN. ZAMRI B. MOMEN
N. PENGERUSI : EN. SYAIPUL IDAHAM BIN MUHD NUR
SETIAUSAHA : PN. HAZLIA BINTI MIDON
BENDAHARI : PN. HAZLIA BINTI MIDON (MEMANGKU)
AJK PELAKSANA
PENDAFTARAN / RODA CABUTAN BERTUAH PENGACARA MAJLIS
PN. NORAZLINA BINTI MASNAN PN SITI ATIQAH BINTI ALI
BUKU PROGRAM/MESYUARAT BACAAN DOA
PN HAZLIA BINTI MIDON EN. AZMAN BIN ATAN
CENDERAHATI KEHADIRAN PENCATAT MESYUARAT
PN. SITI RAIHAN BT MOHAMAD PN. NURULLAIN BINTI SALBANI
PN. ROS SIDAH BINTI UMAR
PN. SITI AMINAH BINTI ALI ASENAN PN. NORAZLINA BINTI MOHD KHALID
PN. KASNI BINTI HAMZAH PN. NORAINI BINTI MOHD TOBI
HADIAH CABUTAN BERTUAH/ AJK PUBLISITI
CENDERAHATI AJK PIBG 2021/2023 EN. SHARUDIN BIN SAHARI
PN ROSLINA BINTI JAMIL EN. AGAMAN BIN MD SAID
PN RAFIDAH BINTI ARIFFIN EN. AZMAN BIN ATAN
PN. JULIANA BINTI HAMZAH PN. NORAINI BINTI MOHD TOBI
PN. NURULLAIN BINTI SALBANI PN. NORAZLINA BINTI MOHD KHALID
PN. KASNI BINTI HAMZAH
AJK SERANTA/ PN. JULIANA BINTI HAMZAH
PERAKAM PERISTIWA PN. ZALEHA BINTI NURDIN
EN AMIENUR ISQANDAR BIN RAHMAT
8
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK TANJONG AYER HITAM, PONTIAN
KALI KE-34 (2020)
TARIKH : 8 MAC 2020 ( AHAD)
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SK TANJONG AYER HITAM, PONTIAN
PERASMIAN : TN HJ MOHD KOPLI BIN YUNUS
( PENGURUS BESAR STESEN JANAKUASA TANJUNG BIN )
KEHADIRAN: 60 ORANG
AGENDA:
1.0 UCAPAN GURU BESAR SKTAH (PN NORSYAKINAH BT ABDULLAH)
1.1Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada Tn Hj Kopli
bin Yunus, Pegawai Besar Stesen Janakuasa Tanjung Bin, Ketua Kampung
Kawasan 8, YDP PIBG, Naib YDP PIBG, barisan AJK, guru-guru dan ibu
bapa.
1.2Beliau rasa berbesar hati kerana pada mesyuarat hari ini, terdapat bekas
murid SKTAH tahun 70-an turut hadir untuk meraikan majlis dan memberi
sokongan kepada sekolah ini. Hasrat beliau juga, semua bekas murid
SKTAH dapat berkumpul semula dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.
1.3Pada tahun 2019, SKTAH mencapai 100% tahap minimum 5 mata pelajaran
utama dalam UPSR. Ini menjadikan sekolah kita mencapai peratus lulus
100% selama 3 tahun berturut-turut.
1.4Pada tahun itu juga, sekolah kita telah menerima Anugerah Kehadiran
Terbaik melebihi 95%. Beliau juga memberitahu, kekuatan sekolah seramai
12 orang guru menggembeleng tenaga untuk memastikan kejayaan sekolah.
1.5Program ‘Kita Bersaudara’ telah diwujudkan bertujuan untuk memastikan
murid menjaga sesama sendiri. Manakala program ‘Jangan Tinggal Daku’
pula dilaksanakan untuk memastikan murid-murid tidak meninggalkan
9
barang-barang mereka di sekolah. Secara tidak langsung, ia memupuk rasa
tanggung jawab dalam diri.
1.6Beliau berharap agar semua ibu bapa dapat bersama-sama dalam program
sekolah demi memastikan objektif yang disasarkan tercapai.
Tindakan: Makluman
2.0 UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG (EN. ZAMRI BIN HJ. MOMEN)
2.1Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini.
Beliau juga mengalu-alukan kesudian Tn Hj Kopli bin Yunus hadir untuk
merasmikan majlis pada hari ini.
2.2Beliau memberitahu, pada tahun 2019 sekolah kita telah menerima
sumbangan PIBG sebanyak RM3000 daripada Yang Berhormat Datuk Wira
Dr Md Farid bin Md Rafik.
2.3Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru besar kerana selama
setahun menerajui sekolah ini, pelbagai kaedah telah diperolehi untuk
kemajuan sekolah dan anak-anak SKTAH ini.
2.4Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir. Beliau
mengajak semua ibu bapa untuk memikirkan bagaimana cara untuk
meramaikan kehadiran dalam mesyuarat PIBG ini.
2.5Guru-guru memberikan komitmen yang terbaik untuk anak-anak SKTAH.
Perbincangan dua hala antara guru dan ibu bapa perlu dilaksanakan untuk
menyelesaikan masalah yang timbul demi anak-anak SKTAH ini.
2.6Sebagai penutup, beliau mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada yang
memberi sumbangan dalam pembentukan murid sama ada secara sengaja
mahupun tidak.
Tindakan: Makluman
3.0 UCAPAN PERASMIAN (TUAN HJ MOHD KOPLI BIN YUNUS)
3.1 Beliau mngucapkan syukur diatas limpah kurnia dan rahmat dari Allah
S.W.T
3.2 Beliau memberi ucapan ali-aluan kepada barisan pentadbir SKTAH dan
PIBG SKTAH.
10
3.3 Beliau berasa teruja hadir ke SKTAH ini kerana inilah kali pertama beliau
mendengar nama SK Tanjong Ayer Hitam yang pada sangkaan beliau,
sekolah ini terletak di Ayer Hitam.
3.4 Beliau pernah bersekolah di sekolah yang bilangan muridnya tidak sampai
50 orang. Ini menunjukan bilangan murid sesebuah sekolah bukanlah
kayu pengukur untuk mencapai kejayaan.
3.5 Beliau mengucapkan tahniah kepada kaum ibu yang mendominasi dalam
sesuatu mesyuarat sama seperti SM Dato’ Penggawa Barat.
3.6 Beliau mencadangkan agar sekolah ini dijadikan tempat perkhemahan
unit kokurikulum kerana mempunyai prasarana dan suasana yang baik.
Sekali sekala memberi peluang kepada murid bandar untuk merasai
suasana dan kesegaran kampung.
3.7 Beliau mencadangkan program angkat antara guru dengan
murid. 1 orang guru untuk 2 orang murid. Ia bertujuan untuk memberi
semangat kepada murid-murid tersebut. Antara cara pelaksanaan yang
dicadangkan ialah guru menziarahi rumah murid dan murid bermalam di
rumah guru
supaya kedua-dua belah pihak dapat meluangkan masa bersama.
3.8 Ibu bapa perlu berbangga dengan sekolah kurang murid yang mempunyai
prasarana hebat. Ibu bapa juga perlu sentiasa memberi pendapat dan
cadangan membina kepada pihak sekolah demi kemajuan anak-anak.
3.9 Beliau juga mencadangkan aktiviti berkelompok seperti yang
dilaksanakan di SK Serkat iaitu aktiviti berkelompok kecemerlangan
bersama sekolah lain. Aktivti ini dicadangkan agar dapat mengeratkan
hubungan diantara
ibu bapa, guru-guru dan warga sekolah serta masyarakat setempat.
3.10 Beliau akan cuba membantu SK Tanjong Ayer Hitam mengikut
kemampuan.
3.11 Beliau berdoa supaya lebih ramai murid SK Tanjong Ayer Hitam mencapai
6A pada UPSR tahun 2020.
Tindakan: Makluman
11
4.0 AMANAT DAN PESANAN PENGERUSI MESYUARAT (EN. ZAMRI B. HJ.
MO’MEN)
4.1 Beliau memaklumkan bahawa pada tahun ini tiada pelantikan baharu.
4.2 Pn Maslinda yang dilantik sebagai Pemeriksa Kira-Kira telah menghantar
surat perletakkan jawatan secara rasmi.
4.3 Beliau mengingatkan ahli mesyuarat untuk membahaskan usul dan
cadangan nanti.
Makluman
5.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE-33
5.1 Setiausaha PIBG, Puan Hazlia binti Midon membentangkan Minit
Mesyuarat Agung SKTAH Kali Ke-33 untuk disemak dan disahkan.
Pencadang : Pn Siti Aminah bt Ali Asenan
Penyokong : Pn Hamdanah bt Sehab
6.0 PEMBENTANGAN PENYATA LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019
6.1 Setiausaha PIBG, Puan Hazlia binti Midon membentangkan Penyata
Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2019.
7.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN
2019
7.1 Bendahari PIBG, Puan Nurul Sofia binti Mazlan membentangkan Penyata
Kewangan PIBG Bagi Tahun Berakhir 2019.
Pencadang : Pn Hamdanah bt Sehab
Penyokong : Pn Noriah binti Muhammad
12
8.0 MEMBAHASKAN USUL/ CADANGAN/ ISU-ISU BERBANGKIT
8.1 Usul/ Cadangan Yang Diterima Tanpa Bahas
8.1.1 Menubuhkan ALUMNI bekas pelajar SKTAH.
Pencadang : En Zamri bin Mo’men
Penyokong : Pn Siti Aminah bt Ali Asenan
Maklum balas :
i) Pn Norazlina bt Masnan memberi respon, penggunaan Facebook,
Telegram, Google drive Form perlu diperbaiki dan aktifkan jika
ALUMNI ini hendak ditubuhkan.
ii) YDP PIBG mencadangkan agar En Syaipul Idaham, NYDP PIBG
menjadi penggerak ALUMNI ini.
iii) Usul ini diterima sebulat suara.
8.1.2 Mengaktifkan saham wakaf SKTAH melalui ALUMNI ‘We Care’ Bank
Rakyat.
Pencadang : En Zamri bin Mo’men
Penyokong : Pn Norsyakinah bt Abdullah
Maklum balas :
i) YDP PIBG menjelaskan untuk membuka saham wakaf ini, pihak
sekolah perlu ada akaun di Bank Rakyat. Ahli mesyuarat bersetuju untuk
membuka akaun tersebut dengan permulaan RM1000.
ii) Beliau mengingatkan bagi sesiapa yang berhasrat untuk membuat
sumbangan boleh salurkan ke akaun ini.
iii) Usul ini diterima sebulat suara.
13
8.2 Usul/ Cadangan Yang Diterima Untuk Dibahaskan
Mencadangkan agar memasang penapis air di sekolah untuk keperluan
murid.
Pencadang : En Zaki Hassin bin Md Noor
Maklum balas :
i) Guru Besar SKTAH menyatakan perkara ini akan menimbulkan
beberapa isu seperti bayaran bulanan dan bil elektrik. Pemasangan ini juga
perlu mendapat kebenaran dan akan masuk dalam senarai harta modal
sekolah.
ii) Beliau menambah, sebagai inisiatif, pihak pengusaha kantin boleh
menyediakan air masak sebagai galakkan minum air kosong.
iii) Cik Siti Atiqah mencadangkan agar ibu bapa menyumbangkan air
mineral spritzer ke sekolah secara berkala bagi menggalakkan anak-anak
SKTAH minum air kosong.
iv) Cadangan dari seorang Agen Penapis air agar meneruskan cadangan
memasang penapis air kerana bayaran bil bulanan tidak akan membebankan
pihak sekolah iaitu serendah RM10 sahaja. Namun, perlu ada kawalan
terhadap penggunaan mesin ini.
v) Pn Norliza menyokong pemasangan ‘Water Dispenser’ tanpa ada
komitmen bulanan oleh pihak sekolah.
vi) NYDP, En Syaipul Idaham menambah, untuk memasang penapis air
ini pihak sekolah perlu membuat permohonan. Ia perlu didaftarkan dan secara
tidak langsung, ia akan menjadi harta modal sekolah. Keadaan kewangan
SKTAH pula tidak menggalakkan. Jika pemasangan ‘water dsipenser’ pula, kita
perlu fikirkan tempat dan waktu bila perlu diambil oleh murid-murid. Namun
beliau sangat berbesar hati jika ada ibu bapa yang mahu memberi sumbangan
kepada sekolah.
vii) YDP PIBG membuka undian bagi membuat keputusan pada usul ini.
14
- Pemasangan mesin COWAY : 7 orang
- Memasang Water Dispenser : 30 orang
- Penyediaan air masak oleh pengusaha kanti : 12 orang
viii) Usul ini diterima dengan sedikit penambahbaikan
9.0 UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 Pn Roslina berkongsi pengalaman beliau mengajar anak-anak tahun 1 Arif.
Beliau menjelaskan, murid kelas ini masih ramai yang tidak menguasai. Hanya
4 daripada 15 orang yang mahir membaca. 2 orang murid masih tidak kenal
huruf. Untuk pendaftaran transisi, SKM seperti sekolah ini tidak layak
Pendidikan Khas. Oleh yang demikian, beliau amat mengharapkan kerjasama
daripada ibu bapa untuk memastikan kecemerlangan anak-anak.
9.2 Cik Siti Atiqah juga menambah tentang penguasaan nombor. Beliau
berharap ibu bapa memastikan persediaan murid sebelum ke sekolah seperti
buku-buku mesti dibawa, jadual waktu mesti ada dan sentiasa dirujuk, kerja
rumah mesti disiapkan dengan pantauan ibu bapa, alat tulis mesti lengkap
dibawa ke sekolah dan kehadiran harian perlu dititik beratkan.
9.3 Encik Syaipul Idaham mengulas sedikit tentang tahap penguasaan murid-
murid tahun 1 Arif. Beliau berpendapat, jika hanya 4 daripada 15 orang yang
menguasai, berkemungkinan murid-murid ini mempunyai masalah lain seperti
disleksia, autism dan lemah pembelajaran. Beliau juga mencadangkan agar ibu
bapa yang terlibat mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. Ibu bapa juga
boleh mencari maklumat di aplikasi ‘Google Search’ tentang ciri-ciri autism,
disleksia mahupun lemah pembelajaran. Sebagai cadangan, pihak sekolah
boleh memanggil pihak hospital untuk memberi penerangan tentang masalah
ini.
15
9.4 En Zamri selaku pengerusi majlis mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua yang mengambil bahagian dalam mesyuarat ini. Apa jua
perbincangan yang dijalankan pada hari ini adalah satu penanda aras untuk
mencapai kejayaan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
( HAZLIA BT MIDON ) ( ZAMRI B. HJ. MOMEN )
Setiausaha Kehormat PIBG, Yang Dipertua PIBG,
SK Tanjong Ayer Hitam, Pontian. SK Tanjong Ayer Hitam, Pontian.
16
PENYATA LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK TANJONG AYER HITAM
TAHUN 2020
BIL TARIKH AKTIVITI TEMPAT
1 20 OGOS Penerimaan Bakul Makanan untuk 30 SK Tanjong Ayer
2021 orang murid asnaf daripada Ahli Hitam
Parlimen Tanjung Piai Kali Pertama
2 26 OGOS Penyerahan Bakul Makanan kepada 30 SK Tanjong Ayer
2021 orang murid asnaf Kali Pertama Hitam
3 13-15 OGOS Majlis Bacaan Yasin Khusus Untuk Kediaman Masing-
2021 Keselamatan dan Kesihatan Cikgu Masing
Rosmadi dan Ahli Keluarganya serta (Google Meet)
Seluruh Warga SKTAH Yang Terbias
dengan Virus Covid-19
4 20 Penerimaan Bakul Makanan untuk 30 SK Tanjong Ayer
SEPTEMBER orang murid asnaf daripada Ahli Hitam
2021 Parlimen Tanjung Piai Kali Pertama
5 23 Penyerahan Bakul Makanan kepada 30 SK Tanjong Ayer
SEPTEMBER orang murid asnaf Kali Kedua Hitam
2021
6 24 OKTOBER Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35 Kediaman Masing-
2021 Masing
(Google Meet)
17
PENYATA KEWANGAN PIBG SK TANJONG AYER HITAM
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019
TARIKH PENDAPATAN JUMLAH TARIKH PERBELANJAAN JUMLA
(RM) H(RM)
Januari Baki awal b/b 1255.13 30.1.20 Kejohanan Olahraga 40.00
1.1.20 Sumbangan ibu bapa 3290.00 31.1.20 MSSD Zon Bandar 4505.13
19.1.20 dan penjaga Baki h/b
4545.13 4545.13
Februari Baki b/b 4505.13 9.2.20 Jamuan Mesy. AJK PIBG 30.00
1.2.20 Sumbangan ibu bapa 70.00 17.2.20 Bil.1 2020 80.00
4.2.10 dan penjaga Jamuan Mesy. AJK PIBG
Bil.2 2020
29.2.20 Mesyuarat Agung 2020:
Fotostat surat memo
Jamuan ibu bapa 6.00
Jamuan VIP 350.00
Kain rentang
Latar pentas 80.00
Hadiah perasmi 60.00
Hadiah cabutan bertuah 250.00
10 hadiah terawa-l 50.00
300.00
100.00
29.2.20 Baki h/b 3269.13
4575.13 4575.13
Mac Baki b/b 3269.13 8.3.20 Hadiah Cemerlang 260.00
1.3.20 18 UPSR 10.50
Kertas A4
Persiapan jamuan 150.00
60.00
31.3.20 Fotostat buku 15.00
3269.13 Peralatan kebersihan 2773.50
jamuan 3269.13
Baki h/b
April Baki b/b 2773.50 30.4.20 Baki h/b 2773.50
1.4.20
2773.50 2773.50
Mei Baki b/b 2773.50 31.5.20 Baki h/b 3295.55
1.5.20 Sumbangan pada mesy. 405.00
2.5.20 Agung 117.00
Pertandingan Teka
Suka-suka
3295.55 3295.55
Jun Baki b/b 3295.55 3.6.20 Pembelian mask, hand
1.6.20 Sumbangan ahli 1500.00 sanitiser dan
4.6.29 Parlimen kelengkapan sanitasi
500.00
30.6.20 Baki h/b 4295.55
4795.55 4795.55
Julai Baki b/b 4295.55 8.7.20 Jamuan ibu bapa
1.7.20 26.7.20 (Taklimat Pembukaan
Sekolah Pasca Covid 19)
Hadiah perkahwinan 150.00
Cikgu Siti Atiqah 150.00
31.7.20 Baki h/b 3995.55
4295.55 4295.55
19
Ogos Baki b/b 3995.55 25.8.20 Dana jaring hijau dan
1.8.20 penggantian kipas
1000.00
31.8.20 Baki h/b 2995.55
3995.55 3995.55
Sept Baki b/b 2995.55 30.9.20 Baki h/b 2995.55
1.9.20 2995.55 2995.55
Oktober 2995.55 30.9.20 Baki h/b 2995.55
1.10.20 Baki b/b 2995.55 2995.5
2995.55 30.11.20 Baki h/b
Nov 2995.55 2995.55
1.11.20 Baki b/b 2995.55
Dis 2995.55 30.9.20 Baki h/b 2995.55
1.12.20 Baki b/b 2995.55 2995.55
20
USUL 1USUL-USUL DARIPADA AJK PIBG, GURU-GURU DAN IBU BAPA ATAU PENJAGA
USUL 2 USUL/ CADANGAN YANG DITERIMA UNTUK DIBAHASKAN
USUL 3 PENCADANG OLEH :
PN MADHEANA BINTI MOHD IRSYAD
Sekiranya PDPR diteruskan selepas ini, mohon pihak sekolah ubah jadual. Hanya
membuat 2 subjek untuk satu hari iaitu sebelum rehat dan selepas rehat
Penyediaan Jadual Waktu PdPR disediakan oleh pihak sekolah adalah berdasarkan
Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Versi 2.0 dan mengikut kesesuaian
sekolah.Sekiranya cadangan di atas dilaksanakan ada subjek-subjek yang tidak diajar
dan sukatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh persekolahan 2021 ( 190 hari
setahun).
PENCADANG OLEH :
PN MADHEANA BINTI MOHD IRSYAD
EN MOHD AZHAR BIN ABD MUTALIB
Menaiktaraf kebersihan tandas sekolah bagi memastikan keselesaaan dan
kebersihan murid di sekolah
Skop tugas pekerja pembersihan sekolah ialah membersihkan tandas sekolah
mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 2 kali sehari.Kebersihan tandas
sekolah sentiasa berada di dalam keadaan yang baik.
PENCADANG OLEH :
PN NORFAZILAH BINTI AWANG
Mengutamakan keselamatan anak-anak terutama waktu pulang dari sekolah
dengan pantauan pengawal keselamatan supaya tidak berlaku kemalangan.
Ibu bapa juga dimohon untuk peka tentang waktu pulang anak-anak di sekolah
bagi mengelakkan mereka menunggu terlalu lama terutama pada musim Covid-19.
21
USUL 4 1) Keselamatan murid-murid di sekolah memang menjadi keutamaan pihak sekolah
bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 1.30 petang.Pematuhan SOP memang
USUL 5 sentiasa diingatkan kepada anak murid dari semasa ke semasa.Pihak ibu bapa perlu
mengambil anak-anak sebaik sahaja sesi persekolahan berakhir.
USUL 6
2) Skop kerja pengawal keselamatan ialah mengawasi aset dan keselamatan
sekolah.Untuk keselamatan murid-murid di dalam kawasan sekolah adalah
tanggungjawab pihak sekolah.Keselamatan murid-murid di luar kawasan sekolah
sewaktu pulang bukan lagi menjadi tanggungjawab sekolah.
PENCADANG OLEH :
PN AILA SYAFIZ BINTI SAPIEE
Memohon pihak sekolah menyediakan Wifi yang bersesuaian untuk digunakan
oleh guru dan murid di sekolah.
Peruntukan Wifi yang disediakan oleh Maxis di bawah KPM ialah sebanyak 50gb.
Sekiranya ada pihak ibu bapa yang ingin menyumbang untuk meningkatkan
keupayaan internet di sekolah adalah sangat dialu-alukan.
PENCADANG OLEH :
PN MADHEANA BINTI MOHD IRSYAD
Menambah baik pembelajaran pra sekolah.
Penambahbaikan PdPc sentiasa dijalankan dan diberi keutamaan oleh Guru Pra.
PENCADANG OLEH :
PN AILA SYAFIZ BINTI SAPIEE
Mohon diguna pakai cara PDPR ketika pembelajaran bersemuka dijalankan
contohnya kuiz online, mencari maklumat menggunakan internet dan membuat
video dan analisis yang menggunakan aplikasi bersesuaian.
Teknik ini turut digunakan semasac PdPC bersemuka.
22
USUL 7 PENCADANG OLEH :
EN MOHD AZHAR BIN ABD MUTALIB
Keceriaan dan Kebersihan kantin amat penting diutamakan
Pengusaha kantin sentiasa mengutamakan keceriaan dan kebersihan kantin
sekolah.Pihak sekolah sangat mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama dari pihak
ibu bapa.
USUL/ CADANGAN YANG DITERIMA TANPA BAHAS
TIADA
23
SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH
PERSATUAN IBU BAPA & GURU( PIBG )
SK TANJONG AYER HITAM
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN& TERIMA KASIH KEPADA
SEMUA PIHAK ATAS SUMBANGAN & KHIDMAT BAKTI YANG DIBERI DALAM
MENJAYAKAN
MESYUARAT AGUNG PIBG SK TANJONG AYER HITAM
KALI KE-35 TAHUN 2021
YANG BERHORMAT DATUK DR SRI WEE JECK SENG
TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI 1
MERANGKAP
AHLI PARLIMEN TANJUNG PIAI
YANG DIPERTUA DAN BARISAN AJK PIBG
GURU-GURU & KAKITANGAN SK TANJONG AYER HITAM
PARA IBU BAPA / PENJAGA
SERTA
SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG KALI KE-35
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
SEKIAN TERIMA KASIH
24