KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH, JALAN PASIR PUTEH – SEMERAK, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN
No Telefon : 09-7860517 l No Fax : 09-7860514 l Email : [email protected]
SIDANG REDAKSI
BULETIN 2021
EDISI 01/2021
Pengerusi:
CHE SAUTI BIN CHE
IBRAHIM
Timb. Pengerusi:
ZAINUDDIN B ABDUL
RAHMAN
Naib Pengerusi 1:
NIK RAHIM BIN NIK
MOHAMED SALLEH
Naib Pengerusi 2:
RASMIZI BIN ABDUL
RASHID
Editor:
EN. MOHD FADZLI
BIN MOHAMAD SAEI
Ajk:
EN. SHUKRI BIN
ISMAIL
PN. SITI ZUBAIDAH
BT ALI
1
Edisi 01 / 2021 (Januari)
UNIT AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN: PROJEK LEMBU
Pelbagai baka lembu yang berkualiti telah dipeliharan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran pelajar
KVPP. Antara baka lembu yang diusahakan ialah limousine, charolais, black angus, Kedah-Kelantan dan
baka sado. Rezeki KVPP apabila lembu tersebut melahirkan anak apabila menjelangnya tahun baru 2021.
2
Edisi 01 / 2021 (Januari) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI TANAMAN: PROJEK TERUNG
Projek penanaman terung telah diusahakan oleh Unit Agroindustri Tanaman KVPP bermula
01 Disember 2020 dengan sebanyak 228 pokok telah ditanam. Sekarang ini, terung telah
mengeluarkan hasil dan dipasar di sekitar komuniti KV Pasir Puteh. Permintaan agak meng-
galakkan dan secara tidak langsung mendatangkan pendapatan yang agak lumayan.
3
Edisi 01 / 2021 (Januari) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI TANAMAN: PROJEK TANAMAN KOBIS
Penanaman kubis bermula 24 November 2020 dengan sabanyak 368 pokok telah diusahan oleh
Unit Agroindustri Tanaman KVPP. Kobis yang diusahakan sudah hampir mengeluarkan hasil dan
akan dpasarkan sekitar daerah Pasir Puteh.
4
Edisi 01 / 2021 (Januari) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI TERNAKAN POLTRI:
PROJEK AYAM PEDAGING
Projek ayam pedaging sebanyak 500 ekor telah dipasarkan di bazar pertanian KVPP yang terletak di luar pa-
gar kolej. Projek ayam pedaging ini dibesarkan tanpa menggunakan bahan kimia. Pembesaran secara semula-
jadi menyebabkan permintaan dari penduduk setempat sangat tinggi. Semau kerja pemprosesan dilakukan oleh
pelajar tahun 2 SVM Agroindustri Ternakan Poultri.
5
Edisi 01 / 2021 (Januari) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI TERNAKAN POLTRI:
PROJEK AYAM PENELUR
Projek ayam telor telah mula diusahakan oleh Unit Agroindustri Ternakan Poltri semenjak tahun 2020 dan sehingga
kini masih mendatangkan hasil. Hasil telor telah dipasarkan kepada warga KVPP dan juga kepad komuditi setempat.
Permintaan terhadap hasil telor ayam KVPP sangat menggalakkan.
6
Edisi 01 / 2021 (Januari) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI TERNAKAN POLTRI:
BBQ AYAM TANDA PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR
Diadakan pada 25 Januari 2021 sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang berpenat lelah memelihara ayam.
Projek terbaru mereka ialah ternakan ayam pedaging dan ternakan ayam penelur.
7
Edisi 01 / 2021 (Januari) Buletin KV Pasir Puteh
JAMUAN AKHIR TAHUN DI HOTEL PERDANA, KOTA BHARU
Majlis Jamuan Kelab Staf Akademik KVPP di adakan pada 30 Disember 2020 berempat di Hotel Perdana,
Kota Bharu untuk makan tengah hari. Majlis tersebut diserikan dengan cabutan bertuah. Majlis berlang-
sung dalam suasana yang sangat gembira dan ceria.
8
Edisi 01 / 2021 (Januari) Buletin KV Pasir Puteh
LAWATAN PEMERIKSAAN DAN PERSEDIAAN PEMBUKAAN KOLEJ OLEH BPLTV
Lawatan diadakan pada 04 Januari 2021 yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Puan Hafi-
idzah bt Omar serta beberapa orang pegawai iaitu En. Shahrom Azham, En. Mohd Hanifiah, Cik Aiza
Musfira, En. Saifulnizal, Pn. Azleen Shuhaida, En. Muhamad Syahmi dan En. Mohd Rizal Sambil melihat
tahap pematuhan SOP pembukaan kolej, mereka juga melawat semua kawasan KVPP untuk melihat pro-
jek pertanian dan penternakan terkini yang diusahakan oleh pelajar KVPP.
9
Edisi 01 / 2021 (Januari) Buletin KV Pasir Puteh
LAWATAN KERJA PENGARAH BPLTV KE KV PASIR
PUTEH
Pengarah BPLTV Tuan Haji Azman bin Haji Adnan telah membuat
lawatan kerja ke KVPP pada 28 September 2020. Beliau telah
melawat semua unit dan beliau menunjukkan sangat minat ter-
hadap bidang pertanian dan penternakan yang diusahakan oleh
KVPP.
10
KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH, JALAN PASIR PUTEH – SEMERAK, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN
No Telefon : 09-7860517 l No Fax : 09-7860514 l Email : [email protected]
SIDANG REDAKSI
BULETIN 2021
EDISI 02/2021
Pengerusi:
CHE SAUTI BIN CHE
IBRAHIM
Timb. Pengerusi:
ZAINUDDIN B
ABDUL RAHMAN
Naib Pengerusi 1:
NIK RAHIM BIN NIK
MOHAMED SALLEH
Naib Pengerusi 2:
RASMIZI BIN ABDUL
RASHID
Editor:
PN. SITI ZUBAIDAH
BT ALI
AJK:
EN. MOHD FADZLI
BIN MOHAMAD SAEI
EN. SHUKRI BIN
ISMAIL
Edisi 02 / 2021 (Februari)
UNIT AGROINDUSTRI TANAMAN: AMALI MEMETIK, MEMBORONG DAN
MEMASARKAN HASIL TANI BUAH TEMBIKAI
Amali memetik, memborong dan memasarkan hasil tani buah tembikai adalah kerjasama dengan pengu-
saha ladang tembikai di Tok Bali yang dilangsungkan pada 05 Februari 2021. Pihak KV Pasir Puteh
mendapat harga yang rendah untuk memborong lebih kurang 500 kg tembikai. Selain itu, pelajar juga
dapat ilmu baru dalam pergaulan bersama komuniti setempat.
2
Edisi 02 / 2021 (Februari) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT DISIPLIN : TAKLIMAT PENAMPILAN DIRI PELAJAR
Taklimat ini berlangsung pada 03 Februari 2021 dari jam 03.00 hingga jam 5.00 petang. Taklimat
Penampilan Diri Pelajar merupakan salah satu slot pengisian pelajar untuk hari Rabu
(menggantikan perjumpaan kokurikulum). Taklimat disampaikan oleh Ketua Unit Disiplin iaitu En.
Mohd Fadzli bin Mohamad Saei. Isi kandungan taklimat ini menyentuh tentang pemakaian pelajar,
gaya rambut dan kekemasan diri. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Nik Rahim bin Nik
Mohamed Salleh membuat penambahan berkaitan dengan keperluan pelajar untuk menepati masa.
3
Edisi 02 / 2021 (Februari) Buletin KV Pasir Puteh
PORTLUCK KELAB STAFF AKADEMIK
Portluck Kelab Staf Akademik kali ini yang berlangsung pad 07 Februari 2021 ditaja oleh Unit
Agroindustri Poltri selaku penaja menu utama. Lain-lain menu ditaja oleh individu perseorangan.
Portluck ini adalah salah satu aktivti untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga
KVPP.
4
Edisi 02 / 2021 (Februari) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA:
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG
Program Amalan Guru Penyayang yang berlangsung pada 08 Februari 2021 adalah salah satu aktivti tahunan
UPK. Gimik amalan guru penyayang tahun ini ialah guru bertugas akan menyambut kehadiran pelajar pada
waktu pagi dan mengagihkan pelitup muka. Hal ini kerana memakai pelitup muka adalah perkara wajib dalam
norma baharu.
5
Edisi 02 / 2021 (Februari) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI TANAMAN:
MEMUNGUT DAN MEMASARKAN HASIL TANI SAYUR SAYURAN
Menjelang bulan Februari 2021, projek penanaman kobis dan terung telah mencapai tempoh matang. Pelajar di-
tugaskan untuk memungut hasil tanaman mereka dan mengkelaskan mengikut gred. Hasil tani tersebut kemudian
dipasarkan untuk warga KVPP dan masyarakat setempat. Hasil tani yang diusahakan oleh pelajar sememangnya
6
Edisi 02 / 2021 (Februari) Buletin KV Pasir Puteh
PROGRAM LAWATAN PENANDAARASAN SEKOLAH LESTARI
HIJAU KE KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH
Pada 16 Februari 2021, KV Pasir Puteh telah menerima kunjungan daripada SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh. Kun-
jungan tersebut adalah bertujuan untuk lawatan ke unit-unit pertanian. Dikesempatan ini juga berlangsung acara
menandatangani NoU antara KV Pasir Puteh dan SMK Cherang Ruku. Hasrat SMK Cherang Ruku adalah untuk
mendapatkan bimbingan dalam aspek kemahiran untuk melestarikan sekolah mereka.
7
Edisi 02 / 2021 (Februari) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN : PROJEK TERNAKAN KAMBING
Projek Ternakan Kambing di Unit Agroindustri Ternakan
Ruminan semakin meluas. Dengan kerjasama industri luar,
baka kambing KV Pasir Puteh semakin bertambah dan
menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. Projek jualan dag-
ing kambing segar juga akan dilancarkan tidak lama lagi
dengan menggunakan penjenamaan sendiri.
8
Edisi 02 / 2021 (Februari) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA : PERTANDINGAN VIDEO KREATIF PELAJAR 2SVM
Pertandingan Video Kreatif diadakan adalah untuk mengasah bakat pelajar dalam bidang teknologi. Ternyata pelajar
kita mempunyai bakat kreatif dalam menghasilkan video yang menarik dengan hanya menggunakan bantuan aplikasi
terkini dalam telefon bimbit mereka. Pertandingan seperti ini akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang.
9
Edisi 02 / 2021 (Februari) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN : KELAHIRAN BARU BAKA
SANEN
Kelahiran baru baka Sanen untuk tahun 2021. Anak kambing betina baka Sanen ini dilahir pada 3 Februari 2021 di
kandang KVPP Farm. Kambing baka Sanen merupakan kambing tenusu terbaik yang mampu menghasilkan susu
berkualiti tinggi. Kambing baka Sanen juga memerlukan penjagaa yang rapi dari segi permakanannya.
10
KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH, JALAN PASIR PUTEH – SEMERAK, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN
No Telefon : 09-7860517 l No Fax : 09-7860514 l Email : [email protected]
SIDANG REDAKSI
BULETIN 2021
EDISI 03/2021
Pengerusi:
CHE SAUTI BIN CHE
IBRAHIM
Timb. Pengerusi:
ZAINUDDIN B
ABDUL RAHMAN
Naib Pengerusi 1:
NIK RAHIM BIN NIK
MOHAMED SALLEH
Naib Pengerusi 2:
RASMIZI BIN ABDUL
RASHID
Editor:
EN. SHUKRI BIN
ISMAIL
AJK:
EN. MOHD FADZLI
BIN MOHAMAD SAEI
PN. SITI ZUBAIDAH
BT ALI
Edisi 03 / 2021 (Mac)
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 4 SVM
Peperiksaan semester 4 SVM bermula 01 Mac 2021. Peperiksaan kali ini agak mencabar bagi pela-
jar dan para pensyarah kerana proses pembelajar banyak berlangsung atas talian sahaja kerana
merebaknya virus Civid-19. Semoha pelajar-pelajar dapat menjawab dengan tenang dan cemer-
lang.
2
Edisi 03 / 2021 (Mac) Buletin KV Pasir Puteh
Taklimat Pematuhan SOP Norma Baharu
Taklimat ini berlangsung pada 02 Mac 2021 dari jam 08.00 hingga 09.00 pagi bertempat di surau
KVPP. Taklimat disampaikan oleh Tuan Pengarah dan juga oleh Timbalan Pengarah Sokongan
Akademik sempena hari pertama pembelajaran di kolej untuk pelajar 1 SVM dan 1 DVM setelah
sekian lama belajar dari rumah secara atas talian. Isi kandungan taklimat ini menyentuh tentang
SOP yang perlu dipatuhi oleh pelajar sepanjang berada di kolej dan juga semasa berada di asrama.
3
Edisi 03 / 2021 (Mac) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN:
PENTERNAKAN RUSA
Sebagai permulaan Unit Agroindustri Ruminan menternak 4 ekor rusa untuk dijadikan
induk pembakaan. Kandang khas telah dibina di hadapan pejabat pentadbiran untuk
rusa bergerak bebas di kawasan rumput yang tumbuh secara semulajadi.
4
Edisi 03 / 2021 (Mac) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI TANAMAN:
PROJEK PENANAMAN SALAD KAEDAH HIDROPONIK
Unit Agroindustri Tanaman telah mengusahakan penanaman salad melalui kaedah hi-
droponik. Hasilnya sangat subur dan telah dipasarkan di kedai-kedai makan sekitar
Pasir Puteh.
5
Edisi 03 / 2021 (Mac) Buletin KV Pasir Puteh
PROJEK IKAN AIR TAWAR KVPP
Projek penternakan ikan air tawar telah mula dilaksanakan pada bulan Mac 2021 di KVPP . Antara
ikan diusahan ialah ikan patin, puyu, haruan, keli dan ikan talapia.
6
Edisi 03 / 2021 (Mac) Buletin KV Pasir Puteh
PROGRAM INREACH :
JELAJAH KVPP OLEH PELAJAR DARI SMK CHERANG RUKU
Pada 15 Mac 2021 pelajar dari SMK Cherang Ruku telah datang ke KVPP untuk melihat sendiri suasana
pembelajaran dan kemudahan yang ada di KVPP berkaitan bidang pertanian dan penternakan. Mereka
juga diberi pendedahan mengenai projek-projek pertanian dan penternakan terkini yang sedang di-
usahakan di KVPP.
7
Edisi 03 / 2021 (Mac) Buletin KV Pasir Puteh
PENSYARAH DAN AKP
G4
JABATAN PENDIDIKAN UMUM
8
Edisi 03 / 2021 (Mac) Buletin KV Pasir Puteh
JABATAN VOKASIONAL
9
UNIT TERNAKAN POLTRI
UNIT TANAMAN
Edisi 03 / 2021 (Mac) Buletin KV Pasir Puteh
JABATAN PERAKAUNAN
UNIT BAHASA
UNIT PENDIDIKAN ISLAM
10
Edisi 03 / 2021 (Mac) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT SAINS DAN MATEMATIK
UNIT KEMANUSIAAN
11
Edisi 03 / 2021 (Mac) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
AKP
12
KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH, JALAN PASIR PUTEH – SEMERAK, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN
No Telefon : 09-7860517 l No Fax : 09-7860514 l Email : [email protected]
SIDANG REDAKSI
BULETIN 2021
EDISI 04/2021
Pengerusi:
CHE SAUTI BIN CHE
IBRAHIM
Timb. Pengerusi:
ZAINUDDIN B
ABDUL RAHMAN
Naib Pengerusi 1:
NIK RAHIM BIN NIK
MOHAMED SALLEH
Naib Pengerusi 2:
RASMIZI BIN ABDUL
RASHID
Editor:
EN. MOHD FADZLI
BIN MOHAMAD SAEI
AJK:
EN. SHUKRI BIN
ISMAIL
PN. SITI ZUBAIDAH
BT ALI
Edisi 04 / 2021 (April)
UNIT AGROINDUSTRI TERNAKAN POLTRI:
Unit Agroindustri Ternakan Poltri KVPP telah memelihara Ayam Kampung Kacukan (AKK)
sebanyak 200 ekor. Ayam ini mengambil masa 40 hingga 50 hari untuk mencapai tempoh ma-
tang dengan anggaran berat antara 1.2 kg hingga 1.5 kg. Jenis makanan ayam yang digunakan
ialah Gold Coin 201 dan 202. Projek ini diuruskan oleh pelajar sepenuhnya dengan bimbingan
oleh guru-guru. Harga jualan ayam yang sudah diproses ialah RM10 sekilo.
2
Edisi 04 / 2021 (April) Buletin KV Pasir Puteh
Kambing pedaging kacukan ini diberi nama “Marry” yang berumur 16 bulan telah selamat me-
lahirkan anak sulung tunggal pada 21.4.2021. “Marry” telah melahirkan anak betina.
Unit agroindustry ternakan ruminan:
Kambing pedaging kacukan ini diberi nama “Old Lady” selamat melahirkan anak pada 14.4.2021. Ke-
lahiran kali ni kembar 3. Walau bagimanapun hanya 2 ekor yang hidup, manakala seekor lagi men-
galami kematian akibat kelemasan dalam perut. Anak yang lahir tersebut terdiri daripada 2 betina
dan 1 jantan (yang hidup 1 jantan dan 1 betina).
3
Edisi 04 / 2021 (April) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI TANAMAN:
PROJEK STRAWBERI
Unit Agroindustri Tanaman telah berusaha mempelbagaikan penanaman di KVPP. An-
taranya ialah mencuba mengusahakan penanaman strawberi dan usaha ini berjaya
kerana strawberi yang ditanam telah mengeluarkan hasil.
4
Edisi 04 / 2021 (April) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI TERNAKAN POLTRI:
PROJEK TERNAK ITIK
Unit Agroindustri Ternakan Poltri telah mengusahakan ternakan itik penelur dan
pedaing. Itik penelur telah mengeluarkan telur dan dipasarkan sekitar pasir puteh. Itik-
itik ini dijaga oleh pelajar KVPP sepenuhnya dengan bimbingan para guru.
5
Edisi 04 / 2021 (April) Buletin KV Pasir Puteh
KVPP juga mencuba projek penternakan ikan patin bertempat di “Fish Lagoon”. Projek ini adalah
kali pertama diceburi oleh KVPP. Semga projek ikan patin ini berjaya.
6
Edisi 04 / 2021 (April) Buletin KV Pasir Puteh
MAJLIS JAMUAN KELAB PENSYARAH DAN STAF
Pada 12 April 2021, Kelab Pensyarah dan Staf KVPP telah mengadakan majlis jamuan dengan kerjasama
guru-guru yang dinaikan pangkat dan guru-guru yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
serta turut mendapat sumbangan daripda pihak KBK. Majlis ini berlangsung di Dewan Terbuka yang meli-
batkan semua pensyarah, AKP dan pasukan KBK..
7
Edisi 04 / 2021 (April) Buletin KV Pasir Puteh
Pendaftaran pelajar baharu berlangsung pada 06 April 2021 (Selasa). Pendaftaran ini dilakukan mengikut SOP yang
ditetapkan kerana penyebaran Covid 19 masih belum ada kesudahan. Terdapat empat kursus yang ditawarkan iaitu
Perakaunan, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan dan Agroindustri Ternakan Poltri.
8
Edisi 04 / 2021 (April) Buletin KV Pasir Puteh
Pendaftaran ini dilaksakan pada 20 April 2021 (Selasa) yang melibatkan pelajar yang layak ke peringkat diploma
dan pelajar yang masih berminat untuk menyambung pelajaran setelah tamat pengajian di peringkat Sijil Voka-
sional Malaysia (SVM). Pendaftaran berlangsung di dalam kelas masinh-masing.
9
Edisi 04 / 2021 (April) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI TANAMAN:
Penanaman “Rock Melon” merupakan projek tahunan Unit Agroindustri Tanaman yang betujuan untuk
mengajar para pelajar.
10
KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH, JALAN PASIR PUTEH – SEMERAK, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN
No Telefon : 09-7860517 l No Fax : 09-7860514 l Email : [email protected]
SIDANG REDAKSI
BULETIN 2021
EDISI 05/2021
Pengerusi:
CHE SAUTI BIN CHE
IBRAHIM
Timb. Pengerusi:
ZAINUDDIN B
ABDUL RAHMAN
Naib Pengerusi 1:
NIK RAHIM BIN NIK
MOHAMED SALLEH
Naib Pengerusi 2:
RASMIZI BIN ABDUL
RASHID
Editor:
PN. SITI ZUBAIDAH
BT ALI
Ajk:
EN. MOHD FADZLI
BIN MOHAMAD SAEI
EN. SHUKRI BIN
ISMAIL
1
Edisi 05 / 2021 (Mei)
UNIT AGROINDUSTRI POLTRI: PEMINDAHAN ITIK MASCOBI DAN ITIK
PENELUR KE KAWASAN KOLAM DUCK POND SIRI I
3 MEI 2021
Sebanyak 400 ekor itik dipindahkan ke kawasan kolam Duck Pond. Tujuan itik-itik ini dipindahkan adalah un-
tuk meningkatkan penghasilan dan kualiti telur. Kawasan kolam Duck Pond dibina khas untuk habitat itik.
2
Edisi 05 / 2021 (Mei) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI POLTRI: PEMINDAHAN ITIK MASCOBI DAN ITIK PENELUR KE
KAWASAN KOLAM DUCK POND SIRI II
6 MEI 2021
Proses pemindahan itik mascobi dan itik penelur ke kawasan kolam diketua oleh Timbalan Pengarah Pengurusan, En.
Rasmizi dan dibantu oleh En. Kamarulazhan serta KBK. Proses ini perlu dilakukan dengan teliti supaya itik-itik tersebut berasa
selamat di tempat baharu. Kawasan kolam Duck Pond telah dibina khas untuk habitat itik. Sebanyak 200 ekor itik Mascobi dan
200 ekor itik penelur dilepaskan dalam kawasan kolam Duck Pond secara berperingkat.
3
Edisi 05 / 2021 (Mei) Buletin KV Pasir Puteh
MISI MENGHANTAR PULANG PELAJAR KV ZON KELANTAN
KE NEGERI MASING-MASING
6 MEI 2021
KVPP diberi amanah oleh BPLTV untuk menghantar semua pelajar KV Zon Kelantan ke negeri masing-
masing. Pelajar dari KV lain berkumpul di KVPP sebelum bertolak. Lebih kurang 29 orang semua pelajar.
Misi ini diketuai oleh En. Mohd Rizal Zaini dan dibantu oleh En. Muhammad Syahmi Marzuqi yang meru-
pakan pensyarah KVPP. Antara persinggahan perjalanan tersebut ialah KV Kuantan, KV Temeloh, KV
Gombak dan berakhir di KV Shah Alam.
4
Edisi 05 / 2021 (Mei) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI POLTRI : JUALAN ITIK PROSES SEGAR
DAN TELUR ITIK
18 MEI 2021
Jualan itik proses segar dengan harga RM13/kg mendapat sambut yang baik dalam kalangan
masyarakat setempat dan warga KVVP sendiri. Daging itik yang lembut ini sesuai dimasak pelbagai
menu. Selain itik proses segar, telur itik juga ada dijual. Telur itik yang segar ini dijual dengan harga
yang sangat berpatutan. Perkhidmatan COD disediakan untuk pelanggan sekitar daerah Pasir
Puteh.
5
Edisi 05 / 2021 (Mei) Buletin KV Pasir Puteh
UNIT AGROINDUSTRI RUMINAN: KELAHIRAN ANAK KAMBING
DAN PERKEMBANGAN LEMBU SADO
Ibu kambing yang disangka bunting angina telah pun melahirkan 2 ekor anak pada awal Mei 2021. Anak yang
dilahirkan itu seekor jantan dan seekor lagi betina. Kedua-dua anak kambing sihat dan sempurna fizikal.
Lembu baka Belgium Blue Calistha yang lahir pada Februari lalu diberi nama Mek Calistha. Kini anak lembu terse-
but berusia 4 bulan dan mampu meragut rumput sendiri. Anak lembu ini akan dijadikan baka induk.
6
KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH, JALAN PASIR PUTEH – SEMERAK, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN
No Telefon : 09-7860517 l No Fax : 09-7860514 l Email : [email protected]
SIDANG REDAKSI
BULETIN 2021
EDISI 06/2021
Pengerusi:
CHE SAUTI BIN CHE
IBRAHIM
Timb. Pengerusi:
ZAINUDDIN B
ABDUL RAHMAN
Naib Pengerusi 1:
NIK RAHIM BIN NIK
MOHAMED SALLEH
Naib Pengerusi 2:
RASMIZI BIN ABDUL
RASHID
Editor:
EN. MOHD FADZLI
BIN MOHAMAD SAEI
AJK:
EN. SHUKRI BIN
ISMAIL
PN. SITI ZUBAIDAH
BT ALI
Edisi 06 / 2021 (Jun) Buletin KV Pasir Puteh
PENGURUSAN TERTINGGI
KV PASIR PUTEH
2