50 20. Karnival Darul Ehsan 2022 (KaDE'22) 6-7 Disember 2022 SK Antara Gapi 21. Hari Graduasi PPKI Tahun 6 8 Febuari 2023 SKTPP 22. Jamuan Akhir Tahun PPKI SKTPP 2022/2023 11 Febuari 2023 SKTPP MESYUARAT AJK PIBG SESI 2022/ 2023 Bil Perkara Tarikh Masa 1. Mesyuarat AJK Kali Pertama 6 Ogos 2022 8.30 pagi 2. Mesyuarat AJK Kali Kedua 5 November 2022 8.30 pagi 3. Mesyuarat AJK Kali Ketiga 1 April 2023 8.30 pagi 4. Mesyuarat AJK Kali Keempat 10 Jun 2023 8.30 pagi *Semua mesyuarat diadakan di Terminal Muafakat (Bilik Mesyuarat) SK Taman Putra Perdana *
51 LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 Bil Nama Jawatan Tarikh Dan Bilangan Jumlah 6.8.2022 5.11.2022 1.4.2023 10.6.2023 BIL.1 BIL.2 BIL.3 BIL.4 1 Pn. Hjh Rohaidah bt Mohd Ali Penasihat H H H H 4/4 2 Tn. Hj Khairul Azhar b Mohammad Suffian YDP H H H H 4/4 3 Pn. Normawati binti Saad NYDP H H H THB 3/4 4 Pn. Norbaizura binti Nordin Setiausaha H H H H 4/4 5 Pn. Syahirah binti Tumar Naib Setiausaha H H H THB 3/4 6 Pn. Azwani binti Mohamed Noordin Bendahari THB H H H 3/4 7 Pn. Nor Azian binti Ahmad Naib Bendahari H H H H 4/4 8 Pn. Azura binti Mohamad Zawawi AJK Ibu Bapa H THB THB H 2/4 9 Pn. Siti Faezah binti Ahmad AJK Ibu Bapa H H H THB 3/4 10 Pn. Hamidah binti Affendi AJK Ibu Bapa H THB H H 3/4 11 En. Kamarul Badlishah bin Kamarulzaman AJK Ibu Bapa H H H H 4/4 12 Tn. Haji Megat Md Saleh b. Md. Arshad AJK Ibu Bapa THB THB H H 2/4 13 En. Hafiz bin Zainol Shokor AJK Ibu Bapa H H H THB 3/4 14 Pn. Nor Azila bt Ab Razak Juru Audit Ibu Bapa H H H H 4/4
52 LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 Bil Nama Jawatan Tarikh Dan Bilangan Jumlah 6.8.2022 5.11.2022 1.4.2023 10.6.2023 BIL.1 BIL.2 BIL.3 BIL.4 14 Nor Hanim binti Ismail AJK Guru H H H THB 3/4 15 Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji AJK Guru H H H H 4/4 16 Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin AJK Guru H H THB THB 2/4 17 Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah AJK Guru THB THB H H 2/4 18 Muhammad Dzarfan AJK Guru H THB H THB 2/4 19 Pn Azizah bt Mokhlas PK Pentadbir an & Kurikulum H THB H H 3/4 20 Pn Noraizah binti Dun PK HEM H H H THB 3/4 21 Pn. Fauziah binti Salehoddin PK Kokurikulu m H H H H 4/4 22 En. Naga Kannan A/L Vadivale PK Petang - - H H 2/2 23 En. Asrulafandi bin Ismail PK PPKI - - H H 2/2 * H – HADIR * THB – TIDAK HADIR BERSEBAB
53 PEMBENTANGAN & PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN 2022/2023
54
55
56
57 USUL DAN CADANGAN
58 USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-19/2023 A. USUL KHAS AJK PIBG Bil Usul dan Cadangan 1 Menaikkan sumbangan PIBG daripada Rm 50 kepada RM100. Tn. Haji Megat Md Saleh b. Md. Arshad RASIONAL: Tujuan kenaikan adalah kerana kos bahan untuk penyelenggaraan semakin menningkat dan keperluan program yang banyak serta penglibatan murid yang ramai. Ini untuk memastikan semua aktiviti sekolah berjalan dengan baik. Justeru, sekolah dan komuniti perlu saling bergantung dan membantu untuk meringankan beban pihak sekolah yang kekurangan dana. 2 Naiktaraf papan putih kelas-kelas kepada Smart Whiteboard En. Kamarul Badlishah bin Kamarulzaman RASIONAL: Tujuannya adalah untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan perkembangan teknologi, menambahkan minat murid di dalam mencari ilmu serta meningkatkan taraf pendidikan anakanak SKTPP. B. KURIKULUM / PENTADBIRAN Bil Usul dan Cadangan 1 Perbanyakkan kerja rumah (homework) untuk murid. Mohamed Sultan Mydin (5 Debian) JAWAPAN: - Guru-guru mata pelajaran sentiasa diberi panduan dan penekanan dalam memberikan latihan/ ulang kaji kepada murid. Kebiasaannya latihan yang diberikan oleh guru akan diselesaikan di dalam kelas dengan bantuan dan bimbingan daripada guru. Sekiranya latihan tidak dapat disiapkan semasa sesi pembelajaran, murid dibenarkan untuk membuat latihan di rumah dan dikembalikan semula kepada guru untuk disemak. - Kuantiti latihan yang dibuat bergantung kepada kemampuan dan kebolehan pelajar. 2 Jadual kelas dalam seharian dipertimbangkan tidak terlalu banyak subjek dalam sehari. Shuzila Binti Rahim (4 Turqoise)
59 JAWAPAN: Jadual waktu yang diberikan adalah berdasarkan kepada pekeliling yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu: TAHAP 1 : 3 hingga 4 mata pelajaran sehari TAHAP 2 : 5 hingga 6 mata pelajaran sehari 3 Group kelas diletakkan semua guru yang mengajar supaya ibu bapa boleh bertanya mengenai urusan pembelajaran anak di kelas. Group tersebut hanya untuk guru memberi info kepada ibubapa. Ibubapa disarankan untuk membuat group yang mana hanya ibubapa sahaja di dalam group tersebut supaya ibubapa boleh bertanya sesama ibu bapa yang lain di dalam group tersebut sebelum bertanya pada group yang ada guru-guru. Ianya bertujuan supaya info-info dari guru tidak terlepas pandang dan ibu bapa tidak menanyakan soalan berulang kali dan juga tidak mengganggu guru semasa waktu bercuti. Noor Hasanah Binti Mohd Nazri (1 Lycra) JAWAPAN: - Group kelas memang ada dimasukkkan guru-guru mata pelajaran bertujuan memudahkan maklumat diberikan kepada murid-murid. Segala maklumat berkenaan mata pelajaran mahupun maklumat berkenaan program sekolah kebiasaannya akan dimasukkan dalam group tersebut. - Ibu bapa boleh membuat inisiatif untuk mewujudkan group yang hanya terdiri daripada ibu bapa sahaja. 4 Jika boleh untuk memudahkan urusan budak tahun 1, masukkan semua cikgu yang mengajar kelas tersebut dalam group telegram dan update kerja sekolah yang diberi.Untuk pemantauan ibu bapa kerana kebanyakkan ibu bapa tidak faham anak bagitahu apa dan banyak kerja sekolah tidak dibuat disebabkan dia tidak faham untuk sampaikan kepada ibu bapa. Terima kasih. Umi kalsom (1 Polyester) JAWAPAN: Group kelas memang ada dimasukkkan guru-guru mata pelajaran bertujuan memudahkan maklumat diberikan kepada murid-murid. Segala maklumat berkenaan mata pelajaran mahupun maklumat berkenaan program sekolah kebiasaannya akan dimasukkan dalam group tersebut. 5 Sekiranya ada anak-anak yang kerap tidak menyiapkan kerja sekolah laporkan kepada ibu bapa dengan segera. Mohammad Radhi Bin Ibrahim ( 5 Window) JAWAPAN: Terima kasih kerana mengambil berat tentang tugasan/kerja sekolah anak-anak. Guru-guru mata pelajaran sentiasa membuat semakan tugasan dan meminta murid untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. 6 Kekalkan jadual harian yang meminimakan subjek dan buku yang perlu dibawa oleh murid-murid. Muhamad Audan (1 Polyester)
60 JAWAPAN: Jadual waktu yang diberikan adalah berdasarkan kepada pekeliling yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu: TAHAP 1 : 3 hingga 4 mata pelajaran sehari TAHAP 2 : 5 hingga 6 mata pelajaran sehari 7 Pengurangan subjek terutama utk murid tahun 1,2 dan 3. Muhammad Khairi (1 Polyester) JAWAPAN: Penetapan bilangan subjek telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak sekolah perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh KPM. 8 Saya cadangkan diwajibkan diadakan orientasi seminggu awal pada pelajar yang hendak masuk darjah 1. Ini bagi memudahkan pelajar dan ibu bapa sebelum menempuh alam persekolahan. Siti Sabariah binti Sarif (1 Polyester) JAWAPAN: - Orientasi Tahun 1 akan diadakan semula bermula tahun hadapan. Walaubagaimanapun, Orientasi Tahun 1 pada tahun-tahun sebelumnya tidak dapat diadakan ekoran daripada keadaan semasa ketika itu dimana dunia dilanda COVID-19. Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk memastikan tahap keselamatan dan kesihatan murid diutamakan bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini. - Bagi murid Tahun 1 yang baru memasuki sekolah, pihak sekolah ada memberikan pendedahan awal kepada murid-murid semasa berada di dewan/bilik darjah berkenaan dengan kedudukan kelas mahupun bilik-bilik khas. - Guru- guru sentiasa membantu murid-murid agar keperluan mereka semasa di sekolah mencukupi. 9 Adakan kelas tuisyen untuk pelajar tahun 5 dan 6 anjuran PIBG. Mohamad Nizam bin Mohamad Ghaus (5 Windows) JAWAPAN: Kelas tambahan masih belum dapat dilaksanakan pada waktu ini. Namun, perkara ini akan dibincangkan bersama PIBG sekiranya kelas tambahan sudah boleh dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 10 Harap supaya pada tahun hadapan guru memberi senarai buku aktiviti yang patut dibeli bagi mengelakan pembaziran. Ini kerana pembelian buku aktiviti telah dibuat pada tahun lepas tetapi tidak digunakan dengan baik mungkin dan diharap koperasi sekolah dapat membekalkan stok buku yang mencukupi. Muhamiza binti Muhammad (6 Huawei) JAWAPAN: - Buku-buku aktiviti yang disenaraikan di dalam senarai pembelian buku telah dipilih oleh pihak sekolah dan buku tersebut memang digunakan oleh guru mata pelajaran. - Pihak sekolah sentiasa memantau pembekalan stok supaya mencukupi. Sekiranya tidak mencukupi, boleh memaklumkan kepada guru kelas.
61 11 Mewujudkan satu AJK (bersama ibubapa (sukarela) dan guru) bagi murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) (tercicir) bagi membantu anak anak ini dalam pelajaran mereka. Sasira binti Nordin (6 Sony) JAWAPAN: - Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa). - PIBG dan guru-guru akan mengadakan perbincangan bersama dengan ibu bapa bagi murid yang terlibat. 12 Kertas ujian atau peperiksaan murid diberi semula pada murid selepas di semak / di beri tanda markah jawapan yang betul supaya murid tahu kesalahan dan untuk rujukan ibubapa tahap anak kuasai. Siti Farhah bt Marbawi (3 Rajawali) JAWAPAN: Pihak sekolah sentiasa memantau pemulangan kertas soalan ujian atau peperiksaan kepada murid. Sekiranya masih tidak menerima kertas tersebut, murid-murid boleh berjumpa dan berhubung dengan guru mata pelajaran. Kebiasaaannya, kertas ujian atau peperiksaan dalam simpanan guru mata pelajaran terutamanya bagi murid yang tidak hadir. 13 Memaklumkan jadual pentaksiran lebih awal sekurang kurangnya sebulan. Jennifer Aunasegran (3 Rajawali) JAWAPAN: - Pihak sekolah mengambil perhatian tentang keadaan ini. - Jadual pentaksiran akan dimaklumkan di dalam group kelas dan juga dikongsikan melalui blog sekolah. - Ibu bapa boleh melihat kepada group sekolah untuk mendapat maklumat yang terkini. 14 Keputusan peperiksaan murid pada hari 'report card' dalam bentuk markah. Bukan TP PBD. Zaimey bin Zaiton (2 Lamborghini) JAWAPAN: Pihak sekolah perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penilaian pentaksiran sekolah rendah bagi murid adalah menggunakan TP (Tahap Penguasaan). Perubahan ini telah digunakan pada tahun-tahun sebelum ini. 16 Kurangkan subjek 1 hari dari 5 kepada 3 subjek sahaja. Hikmah md ikhlas bin Ramli (2 Honda) JAWAPAN: Jadual waktu yang diberikan adalah berdasarkan kepada pekeliling yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu: TAHAP 1 : 3 hingga 4 mata pelajaran sehari TAHAP 2 : 5 hingga 6 mata pelajaran sehari Berkenaan penggunaan buku, murid diminta oleh guru mata pelajaran untuk membuat catatan dalam jadual waktu atau buku nota masing-masing tentang penggunaan buku aktiviti atau buku tulis yang berkaitan pada hari yang terlibat penggunaannya.
62 17 Waktu awal sekolah bermula 8.00 pagi. Farmin Shahlan Dahlan (6 Samsung) JAWAPAN: Tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan olehKementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 18 Isu meletakkan pelajar berdasarkan peratusan murid. Hasruddin bin Hasbullah (1 Denim) JAWAPAN: Pihak sekolah tidak meletakkan murid mengikut peratusan kerana tertakluk kepada arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tidak membezakan murid di dalam bilik darjah. 19 Murid perlu diberikan latih tubi yang banyak sebagai satu usaha untuk membiasakan menjawab soalan peperiksaan sebenar. Semakan ibubapa ke atas buku aktiviti dan juga buku latihan mendapati kurang latihan diberikan. Anak enggan membuat latih tubi sekiranya tiada arahan daripada guru mata pelajaran. Semasa sesi cuti sekolah juga tiada homework diberikan guru. Saya perlukan kepastian kerana hasil semakan dengan ibu bapa lain juga mendapati tiada homework diberikan guru. Zariana binti Awang Mat (5 Mandriva) JAWAPAN: - Terima kasih kepada ibu bapa yang cakna kepada tugasan anak-anak. Pihak sekolah terutamanya guru-guru sentiasa memberikan latih tubi yang bersesuaian dengan murid. Walaubagaimanapun, kebanyakan murid dapat menyiapkan tugasan yang diberikan di sekolah. Sekiranya murid-murid tidak sempat untuk menyiapkan tugasan di sekolah, murid-murid diberi kebenaran untuk menyiapkan tugasan di rumah. - Semua guru sudah dimaklumkan untuk menggunakan semua buku sebagai latihan sampingan dalam kelas dan di rumah. Selain itu, pihak pentadbir ada membuat pemantauan dan penyemakan buku latihan bagi memastikan semua guru dan murid menggunakan buku yang telah disediakan. - Sebagai langkah pengukuhan di rumah, anak-anak boleh membuat ulang kaji tajuk yang telah dipelajari. 20 Jam untuk mata pelajaran sains ditambahkan. Nur Fadhilah binti Othman ( 1 Rayon ) JAWAPAN: Tertakluk kepada pekeliling yang dikeluarkan olehKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 21 Melantik penjaga keselamatan lalu lintas pada waktu balik sekolah. Alya binti Hadi (3 Kenari) JAWAPAN: - Pengawal yang mengawal lalu lintas memerlukan kos bayaran dan pihak sekolah serta PIBG tiada peruntukan bagi menampung kos tersebut. - Pihak komuniti setempat boleh bekerjasama dengan PIBG dalam membantu kawalan lalu lintas semasa murid datang dan pulang daripada sekolah. - Guru-guru yang bertugas mingguan berada di pagar bagi memantau keselamatan murid-murid.
63 22 Balik awal pukul 5.50 petang pada hari isnin dan selasa atau seragamkan waktu balik. Nur Farhanah binti Tahir ( 1 Rayon) Dian Farlina binti Zainal Abidin ( 1 Rayon) Afiq Bin Ismail ( 1 Rayon) JAWAPAN: - Tertakluk kepada kalendar akademik sekolah dan SPI Bilangan 2016 (terkini) juga tertakluk kepada peraturan masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). - Dasar yang telah dibentuk tidak boleh diubah. Oleh kerana itu, pelajar tidak boleh pulang awal kerana akan menyebabkan waktu pengajaran terpaksa dikurangkan. 23 Setiap ada tugasan sekolah yang diberikan cikgu-cikgu, ditulis dalam buku komunikasi. Jadi senang ibu bapa tahu tugasan sekolah anak seperti tahun-tahun sebelumnya kerana anak-anak kadang lupa muka surat berapa tugasan itu.Terima kasih. Selma Silalahi ( 1 Satin) JAWAPAN: Guru-guru mata pelajaran sentiasa memberi peringatan kerja rumah di dalam group kelas. Muridmurid perlu sentiasa peka dengan kerja rumah yang telah diberikan sebagai menanam sikap bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan. Murid-murid juga mempunyai Buku Komunikasi. Murid digalakkan untuk menggunakan buku tersebut secara optimum untuk mencatat segala maklumat penting yang disampaikan di sekolah. 24 Kurangkan beban beg sekolah (walaupun dah ikut jadual tapi beban beg sekolah masih lagi berat). Norlaila binti Mohd Noordin (4 Zircon) JAWAPAN: Beg sekolah berat adalah kerana mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, atas inisiatif guru-guru, ada buku aktiviti dan buku latihan pelajar yang disimpan di bahagian belakang kelas dan murid menulis dalam jadual waktu dan buku nota masingmasing tentang penggunaan buku aktiviti atau buku tulis setelah diberi penerangan oleh guru. 25 Beban buku teks anak dan silibus pembelajaran Mohd Fauzi bin Jubail ( 1 Brocade ) JAWAPAN: - Beban buku teks adalah kerana mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, atas inisiatif guru-guru, ada buku aktiviti dan buku latihan pelajar yang disimpan di bahagian belakang kelas dan murid menulis dalam jadual waktu dan buku nota masing-masing tentang penggunaan buku aktiviti atau buku tulis setelah diberi penerangan oleh guru. - Silibus pembelajaran telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan perlu diikuti oleh semua sekolah. 26 Mohon guru adakan taklimat kepada ibu bapa pelajar tahun 6 berkenaan penilaian yang menggantikan UPSR, apakah persediaan yang perlu dibuat,apakah penilaian markah yang akan diambil dan sebagainya. Saya tidak jelas memandangkan ini anak pertama saya. Fatimah Noraziah ( 6 vivo)
64 JAWAPAN: Sekiranya guru-guru telah mendapat taklimat berkenaan penilaian bagi pelajar Tahun 6 yang baru, pihak sekolah akan merangka perjumpaan dan memaklumkan kepada ibu bapa. 27 Pembelian buku untuk tahun baru, tolonglah order lebih kerana selalu sangat stok tidak cukup. Amisyaidatina Ahmad Pakarudin ( 3 Kenari ) Nieyta ( 3 Kenari ) Wan Ismail bin Wan Yusoff ( 4 Citrine) JAWAPAN: Pihak sekolah sentiasa memantau pesanan dan pembelian buku mengikut enrolmen murid semasa. Sekiranya tidak mendapat stok buku yang berkenaan, ibu bapa boleh memaklumkan kepada guru kelas dan akan dipanjangkan kepada pihak kedai buku. 28 1. Penggunaan pelbagai teknik atau kaedah pengajaran kreatif supaya dapat menarik minat pelajar turut serta dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Melibatkan pelajar secara aktif semasa pengajaran supaya pelajar dapat berinteraksi secara langsung dengan guru dan rakan-rakan di dalam kelas. 3. Penggunaan peralatan teknologi sebagai alat bantu mengajar bagi meluaskan lagi pengetahuan pelajar. 4. Lebih mendedahkan pelajar kepada aktiviti berkumpulan dan pembentangan untuk memupuk sikap positif. Sabrina binti Haris ( 4 Citrine) JAWAPAN: 1. Guru-guru mata pelajaran sentiasa menggunakan teknik dan kaedah pembelajaran yang kreatif dan pelbagai semasa sesi pembelajaran di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah. 2. Guru-guru juga sentiasa menggalakkan penglibatan murid secara aktif seperti mengadakan sesi perbincangan di dalam kumpulan kecil, kuiz dan sebagainya. 3. Penggunaan peralatan teknologi sebagai alat bantu mengajar ada disediakan di Makmal Komputer. Pihak sekolah sentiasa menggalakkan guru-guru untuk menggunakan teknologi terkini seperti smartboard dan komputer semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 4. Guru-guru mata pelajaran sentiasa memberi peluang kepada murid menjana idea dalam aktiviti berkumpulan bagi mengembangkan ilmu pengetahuan di samping membentuk budaya pembelajaran yang positif dan menyeronokkan. 29 Minta pihak sekolah menyuruh pengawal keselamatan memantau kenderaan waris yang drop anak ke sekolah agar tidak menghalang laluan untuk kereta lain bergerak. Ada waris yang park sesuka hati depan pintu B untuk menunggu anak sesi pagi keluar sampai menghalang waris lain untuk drop anak sesi petang. Hal ini menyebabkan jalan sesak sampai tidak bergerak akibat waris yang penting diri terutama pada hari rabu apabila sesi pagi pulang jam 12.20 tengah hari. Harap pihak sekolah arahkan security sekolah pantau hal ini. Mohd Syafiq bin Amirdin (2 Mercedes) JAWAPAN:
65 - Ibu bapa perlu mengubah sikap dan saling menghormati ibu bapa yang lain yang turut sama mengambil anak. - Ibu bapa perlu bekerjasama dan lebih prihatin agar tidak menghalang laluan yang mendatangkan gangguan seperti kesesakan lalu lintas dan sebagainya. - Pengawal keselamatan sentiasa menjaga dan mengutamakan keselamatan pelajar. 30 Waktu balik, minta security buat kerja sikit bukan duduk tengok sahaja lalu lintas sesak. Nieyta ( 3 Kenari ) Wan Ismail bin Wan Yusoff( 4 Citrine) JAWAPAN: Pengawal keselamatan sentiasa menjaga keselamatan pelajar, memastikan keadaan lalu lintas selamat untuk murid melintas jalan. 31 1. Murid-murid melintas selepas turun dari kereta tidak ada orang dewasa atau guard yang monitor. 2. Hanya dua barisan kereta untuk menurunkan murid-murid. 3. Saya cadangkan supaya murid-murid dikumpulkan dan melintas secara berkala. Contoh: Muridmurid berkumpul kemudian guardakan berikan arahan untuk melintas. 4. Motorsikal tidak mengikut aliran trafik - guard perlu kawal. Zurini Zakaria (5 Nitrux) JAWAPAN: 1. Kehadiran murid sebaik sahaja turun daripada kereta hingga ke pintu pagar adalah dalam pengawasan ibu bapa. Ibu bapa boleh mengambil peranan sebagai orang dewasa untuk membantu anak masing-masing melintas jalan dengan selamat. Pengawal keselamatan tetap akan memantau semasa murid-murid melintas jalan. 2. Ruang tempat menurunkan murid di luar kawasan sekolah adalah dalam kawalan Majlis Perbandaran Sepang. Atas inisiatif pihak sekolah, kon-kon diletakkan di kawasan tersebut serta dilakukan pembahagian tiga lorong untuk memudahkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak. 3. Cadangan telah dilaksanakan. Pengawal keselamatan sentiasa mengumpulkan murid dan melepaskan murid untuk melintas jalan secara berkumpulan apabila keadaan jalan raya selamat untuk murid melintas. 4. Motorsikal yang tidak mengikut aliran trafik di luar kawasan sekolah bukan dalam kawalan pengawal keselamatan sebaliknya penunggang motorsikal perlu mematuhi peraturan jalan yang telah ditetapkan. 32 Pemantapan kawalan keselamatan bagi kanak-kanak ketika pulang melalui pagar B, pagar belakang (sesi pagi dan petang). Menyediakan tambahan pengawal keselamatan yang boleh bertindak sebagai penjaga murid melintas di gate A (Pukul 1.00 petang). Muhammad Aizat bin Abdul Rashid (1 Wool) Nurulhayati binti Ramli (1 Lycra) Nieyta (1 Jersey) Faziana suhada binti harun ( 3 Kenari ) JAWAPAN: - Pemantapan kawalan keselamatan bagi murid pulang ke rumah melalui pagar B sentiasa diutamakan. Unit keselamatan sekolah sentiasa merangka susunan pergerakan keluar masuk murid agar pergerakan murid lancar.
66 - Pengawal keselamatan sekolah ditentukan oleh pihak kementerian. Sekiranya ada pihak yang suka rela untuk menjaga keselamatan pelajar adalah dialu-alukan. Sekiranya ingin mengupah RELA, sekolah tiada peruntukan untuk membayarnya. Namun, pihak sekolah akan mengadakan perbincangan dengan PIBG untuk mengatasi masalah ini. 33 Rentetan dari kes pelajar keluar melepasi pagar sekolah pada sesi petang tempoh hari, mohon tingkatkan kualiti/kuantiti pengawal keselamatan kerana orang awam atau murid boleh keluar masuk sesuka hati terutamanya pada waktu pertukaran sesi pagi ke petang. Muhammad Asri Azhari (2 Porsche) JAWAPAN: Pengawal keselamatan telah diberikan peringatan untuk menutup pintu pagar tepat pada waktu yang telah ditetapkan. 34 Mohon pihak sekolah minta pengawal keselamatan menjaga lalu lintas depan pagar B untuk pelajar yang ingin melintas dan membeli diseberang jalan yang berdekatan longkang. Nur Hazwani binti Abdul Wahab ( 1 Brocade) JAWAPAN: - Pengawal keselamatan sentiasa memastikan keselamatan murid diberi keutamaan. Pengawal keselamatan tidak dapat menjaga lalu lintas. Walaubagaimanapun, pengawal keselamatan akan membantu murid untuk melintas jalan secara berkumpulan. - Sekolah tidak mampu untuk menanggung kos upah penjaga trafik lalu lintas serta kesukaran mencari calon. Mohon ibu bapa menurut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah serta mengingatkan anak-anak agar tidak membeli makanan daripada peniaga makanan di luar dan sentiasa mengingatkan mereka untuk berhati-hati semasa melintas jalan. - Pihak sekolah sentiasa mengadakan program-program berkenaan keselamatan murid di sekolah seperti: Kempen dan peringatan agar sentiasa menjaga keselamatan di jalan raya sentiasa diingatkan sama ada semasa berada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Bacaan ikrar keselamatan jalan raya semasa perhimpunan mingguan. 35 Pengawal keselamatan memastikan van sekolah tidak menghalang laluan masuk kereta di gate B dan tidak parking untuk menunggu di laluan. Zukhairi bin Md Yusuff (6 Samsung) JAWAPAN: - Pengawal keselamatan tidak dapat menjaga laluan masuk kereta di Pagar B. - Pihak van sekolah bahkan semua pihak yang menggunakan kenderaan kereta dan motorsikal seharusnya mengikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bagi menjamin kelancaran aliran trafik semasa mengambil dan menghantar anak ke sekolah. 36 Pihak sekolah dapat menyediakan seorang penjaga lalu lintas di gate B untuk menjaga keselamatan anak-anak ketika melintas masuk ke pagar sekolah dan mengawal kenderaan yang meletak kenderaan di hadapan pintu pagar gate B. Zamiri bin Othman (4 Amber) Diyana Suraya binti Wahab (5 Solaris)
67 JAWAPAN: - Pengawal yang mengawal lalu lintas memerlukan kos bayaran dan pihak sekolah tiada peruntukan bagi menampung kos tersebut. - Pihak komuniti setempat boleh bekerjasama dengan PIBG dalam membantu kawalan lalu lintas semasa murid datang dan pulang daripada sekolah. 37 Waktu untuk hantar & ambil murid dari sekolah. Minta ada 1 guard yang jaga lalu lintas untuk melicinkan proses menghalau ibu bapa yang tidak faham bahasa, yang suka parking kereta hantar atau ambil anak di laluan drop off. Jem tak boleh bawak bincang terutama pada hari rabu. Hafizah Mohd Yusof ( 3 Merak ) JAWAPAN: - Pengawal yang mengawal lalu lintas memerlukan kos bayaran dan pihak sekolah tiada peruntukan bagi menampung kos tersebut. - Pihak komuniti setempat boleh bekerjasama dengan PIBG dalam membantu kawalan lalu lintas semasa murid datang dan pulang daripada sekolah. - Ibu bapa perlu bekerjasama dan lebih prihatin agar tidak menghalang laluan yang mendatangkan gangguan seperti kesesakan lalu lintas dan sebagainya. C. HAL EHWAL MURID Bil Usul 1 Guru dapat membenarkan murid meninggalkan buku teks di loker dan pelajar perlu kunci menggunakan kunci sendiri. Membuat penambahbaikan locker murid. Ahmad Faisal Bin Baharuddin (1 Polyester) Razif fazwan (1 Jersey) Nur Shahidah Binti Senin (1 Lycra) JAWAPAN: - Murid-murid dibenarkan untuk menyimpan buku-buku mereka di dalam locker. - Pelajar perlu membawa kunci locker masing-masing dan memastikan kunci tersebut disimpan dengan selamat bagi mengelakkan masalah hilang/tercicir yang menyebabkan locker tidak dapat dibuka. - Locker murid adalah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah hanya menerima kemudahan tersebut seperti yang dibekalkan. 2 Pembaikan Tandas: Membina tandas duduk (1 atau 2 pada setiap tandas) untuk keselesaan murid dan membetulkan pintu tandas. Noraini binti Abdul Aziz (4 Emerald) Noor Aryati Abdul Wahab (4 Emerald) Siti Zubidah Abdul Rahim (4 Turqoise) Nur Nadia Bt Noor Hashim (1 Wool) Muhammad Ammar Bin Zainuddin (1 Wool)
68 JAWAPAN: 1. Pihak sekolah sentiasa membaiki kerosakan tandas yang dilaporkan. Namun, beberapa minggu selepas itu, kerap berlaku kerosakan semula. Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas. Ibu bapa boleh mengambil usaha untuk sentiasa memberi kefahaman dan peringatan kepada anak-anak mereka agar menjaga kemudahan sekolah yang digunakan. 2. Pihak sekolah tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membina tandas duduk. Sekiranya ibu bapa ingin membantu, ianya sangat digalakkan. Ibu bapa boleh berhubung dengan pihak sekolah sekiranya berhasrat untuk memberi dana atau sumbangan bagi pembelian kelengkapan tandas murid. 3 Tambahan cleaner untuk tandas sekolah. Muhammad Sya'aban Abdul Hamid (1 lycra) Noriz bt Abu (3 Kasawari) JAWAPAN: Bekalan pekerja pembersihan sekolah adalah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Bilangan pekerja juga telah ditetapkan. 4 Ibu bapa seharusnya tidak dibenarkan menunggu anak betul-betul depan pagar B sampai pelajar tiada ruang untuk keluar. Kena beri laluan untuk pelajar keluar. Kena beri keutamaan terhadap keselamatan pelajar juga kerana terpaksa menolak-nolak untuk keluar. Keadaan jadi sangat sesak di depan pagar, kadang-kadang tunggu anak lama tapi sebenarnya anak dah lama keluar. Tak nampak sebab ada ibu bapa berdiri betul-betul di depan pagar. Dalam pemerhatian saya juga, pengawal keselamatan sekarang tidak bertegas dengan isu ini. Mohamad Bakhtiar bin Mohamad Azmi (1 Polyester) JAWAPAN: Seringkali diberitahu tetapi tidak diendahkan. Ibu bapa perlu mempunyai kesedaran sivik dan bekerjasama antara semua ibu bapa agar aliran trafik berjalan dengan lancar disamping dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. 5 Mendapatkan servis pembersihan harian bagi tandas sekolah yang terlalu kotor dan tidak dibaiki. Nur Afifah Ijap (5 Windows) JAWAPAN: - Tandas sentiasa dibersihkan dua kali sehari iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang. - Pihak sekolah dan PIBG mengadakan gotong royong bagi memastikan tandas sentiasa bersih dan dapat digunakan dengan sebaiknya. - Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas demi kemudahan bersama. 6 Sejak kebelakangan ini sering berlakunya kecurian di dalam kelas semasa ketiadaan murid dan juga buli. Ada murid yang masih takut untuk memberitahu kepada guru bertugas. Saya cadangkan supaya pihak sekolah memanggil penceramah khusus IPD untuk memberi kesedaran kepada pemuda-pemuda harapan negara. Siti Salbiah binti Hamzah (1 Polyester)
69 JAWAPAN: - Ibu bapa bagi murid yang terlibat boleh berhubung terus dengan guru kelas anak masingmasing. Pihak sekolah akan memberi perhatian kepada permasalahan yang dihadapi. - Pelbagai program berkenaan keselamatan ada dirancang dan turut sama melibatkan pihak polis. - Sekolah mempunyai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang sentiasa datang ke sekolah untuk mengambil laporan berkaitan dengan persekitaran dan keselamatan sekolah. 7 Menitikberatkan waktu dan pelepasan solat bagi murid sesi petang. Kebanyakan mereka masih belajar solat. Jadi bila perkara ini diambil sambil lewa, bagaimana murid hendak belajar jika tiada sokongan daripada pihak guru. Contoh:murid minta izin untuk solat tapi tidak dibenarkan, alasan guru, sesi pembelajaran sedang berjalan. Ya kita paham murid dibenarkan untuk solat waktu rehat. Tapi kadangkadang tidak sempat. Terpaksa kelam kabut makan untuk kejar waktu hendak solat. Lagi alasan guru tidak dibenarkan bila pergi berdua. Tengok dari segi positif bila solat berteman, boleh tolong 'guide' murid yang tidak biasa solat. Boleh tolong betulkan tudung atau pinkan baju (saya pernah tengok kejadian ini. Rasa macam seronok tengok anak-anak bekerjasama tolong kawan dia ambil wuduk dan butangkan baju kemeja) dan pernah berlaku pada anak saya sendiri, guru tidak izinkan dia solat sebab dia lupa niat solat. Bila saya tanya, cikgu ada ajar tak? Dia cakap tidak. Terus suruh duduk tidak boleh keluar solat. Bila anak kami di sekolah, Kami parents harapkan tunjuk ajar dari cikgu. Bukan dibiarkan anak faham sendiri. Maaf saya sangat berharap perkara macam ini tidak berlaku lagi. Terima kasih. Mohamad Hafizal Hashim (1 Wool) JAWAPAN: - Setiap kelas dibekalkan dengan “KAD SOLAT”. 1 kad solat tersebut membolehkan dua orang murid untuk menunaikan solat zohor dan asar di surau. - Guru-guru sentiasa memberi galakan, nasihat dan peringatan kepada murid akan kepentingan menjaga solat. - Pihak sekolah akan memantau dan mengambil perhatian agar keadaan ini tidak berlaku lagi. 8 Menambah sedikit waktu rehat disebabkan bagi murid kelas tingkat 3 dan beratur untuk membeli makanan minuman menjadi waktu makan yang singkat. Mohd Hakimi bin Ahmad Nadzry (3 Kasawari) JAWAPAN: Waktu rehat selama 20 minit adalah mengikut dasar yang telah ditetapkan dan ianya tidak boleh diubah menajdi 30 minit. 9 Kurangkan kuantiti murid dalam kelas. Murid-murid sangat bising ganggu pelajar yang betul-betul hendak belajar.Terima kasih. Maaf, sekadar cadangan. Zubaidah bt Sarriffulddin (3 Kasawari) JAWAPAN: Setuju. Walaubagaimanapun, bilangan pelajar yang ramai menyukarkan pihak sekolah untuk meletakkan jumlah pelajar yang lebih sedikit disebabkan kekangan bilik darjah yang tidak banyak.
70 10 Menambahbaikan keadaan tandas pelajar dan kebersihan tandas seperti pembersihan berkala. Sabrina Haris ( 4 Citrine) Tunku Shawn Farzir bin Tengku Uzir ( 4 Topaz) Noraini binti Abdul Aziz ( 2 Honda) Razif Fazwan (1 Jersey) Zatul Izzati bt Hasim ( 4 Topaz) Norhayati bt Yahaya (6 Huawei) JAWAPAN: - Tandas sentiasa dibersihkan dua kali sehari iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang. - Pihak sekolah dan PIBG mengadakan gotong royong bagi memastikan tandas sentiasa bersih dan dapat digunakan dengan sebaiknya. - Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas demi kemudahan bersama. - Pihak sekolah sentiasa membaiki kerosakan tandas yang dilaporkan. Namun, beberapa minggu selepas itu, kerap berlaku kerosakan semula. Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas. Ibu bapa boleh mengambil usaha untuk sentiasa memberi kefahaman dan peringatan kepada anak-anak mereka agar menjaga kemudahan sekolah yang digunakan. 11 Tolong adakan SOP untuk sambut pelajar Tahun 1. Mohammad Afandi bin Mohd Faizal Ong ( 1 Viscose ) JAWAPAN: - Pihak sekolah ada mengadakan program Guru Penyayang di bawah Unit Hal Ehwal Murid. - Guru-guru yang bertugas akan menyambut semua murid yang hadir ke sekolah di pintu pagar A dan B. - Program Guru Penyayang ini bukan hanya melibatkan Tahun 1, malah merangkumi Prasekolah, PPKI dan semua murid sehingga Tahun 6. 12 Bagaimana pihak sekolah akan menangani isu buku-buku aktiviti yang tidak cukup setiap kali sesi baru bermula? Ini kerana parents terpaksa ke book shop 2-3 kali semata untuk dapatkan sebuah buku? Usul saya ialah ambil order sekurangnya 90% dari jumlah murid. Yusrina binti Mohd Ariffin ( 3 Merak ) Nieyta ( 1Jersey) JAWAPAN: Pihak sekolah telah memaklumkan bilangan dan keperluan buku berdasarkan enrolmen murid pada tahun semasa. Kadang kala stok yang diberi daripada pembekal adalah terhad. Walaubagaimanapun, ibu bapa boleh memaklumkan kepada guru kelas berkenaan ketiadaan buku. Pihak kedai buku akan berusaha untuk mendapatkan stok buku tersebut. 13 Setiap kelas ada ‘tandas angkat’ atau ‘kawasan angkat’: tujuan agar setiap murid mempunyai rasa bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan sekolah. Muhammad Ishkandar Bin Abdul Hamid (3 Rajawali)
71 JAWAPAN: Pihak sekolah akan memberi pertimbangan berkenaan perkara ini. 14 Tandas yang berbau busuk, cadangan saya supaya dapat mempertingkatkan kebersihan tandas, terima kasih Mohamad Kamal Phatami ( 3 Merak ) JAWAPAN: - Tandas sentiasa dibersihkan dua kali sehari iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang. - Pihak sekolah dan PIBG mengadakan gotong royong bagi memastikan tandas sentiasa bersih dan dapat digunakan dengan sebaiknya. - Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas demi kemudahan bersama. 15 Isu buli. Saya sudah usulkan pada guru kelas anak saya semasa tahun 2022 lagi tetapi sehingga ke hari ini masih berlaku kes buli terhadap anak saya, iaitu budak minta duit dari anak saya. Mohon pihak yang berkenaan dapat selesaikan isu ini. Terima kasih Masneh binti Dillah ( 3 Merak ) JAWAPAN: - Gejala buli sentiasa dipantau. Ibu bapa bagi murid yang terlibat boleh berhubung terus dengan guru kelas anak masing-masing. Pihak sekolah akan memberi perhatian kepada permasalahan yang dihadapi. - Guru-guru sentiasa memberi penekanan kepada murid-murid. Antara bentuk pendekatan yang dilakukan oleh pihak sekolah ialah: Unit bimbingan dan Kaunseling sentiasa mengadakan program yang dapat menyemai dan membentuk suasana persekitaran yang selamat dan kondusif. Guru bertugas mingguan memberikan penerangan tentang tema nilai-nilai murni semasa perhimpunan mingguan. Makluman dan hebahan melalui poster, bahan bacaan, video yang dikongsi melalui media sosial rasmi sekolah (Blog, Instagram dan Facebook). Guru sentiasa bersikap tegas tetapi berhemah dan berkasih sayang dalam membentuk sikap dan peribadi yang baik dalam kalangan pelajar. Malahan, guruguru sentiasa mengingatkan pelajar untuk sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. 16 Guru harus lebih peka dengan isu buli di sekolah. Nur Hamizah binti Amir Hanafiah (2 Lamborghini) JAWAPAN: - Gejala buli sentiasa dipantau. Ibu bapa bagi murid yang terlibat boleh berhubung terus dengan guru kelas anak masing-masing. Pihak sekolah akan memberi perhatian kepada permasalahan yang dihadapi. - Guru-guru sentiasa memberi penekanan kepada murid-murid. Antara bentuk pendekatan yang dilakukan oleh pihak sekolah ialah: Unit bimbingan dan Kaunseling sentiasa mengadakan program yang dapat menyemai dan
72 membentuk suasana persekitaran yang selamat dan kondusif. Guru bertugas mingguan memberikan penerangan tentang tema nilai-nilai murni semasa perhimpunan mingguan. Makluman dan hebahan melalui poster, bahan bacaan, video yang dikongsi melalui media sosial rasmi sekolah (Blog, Instagram dan Facebook). Guru sentiasa bersikap tegas tetapi berhemah dan berkasih sayang dalam membentuk sikap dan peribadi yang baik dalam kalangan pelajar. Malahan, guru-guru sentiasa mengingatkan pelajar untuk sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. 17 Memperbaiki sistem pembelian buku-buku sekolah daripada kedai buku. sebagai contoh menyediakan stock buku buku sekolah yang diperlukan sebelum sesi pembelian buku sekolah dijalankan Apsah binti Alee (4 Turqoise) JAWAPAN: - Pihak sekolah berusaha untuk menyediakan perkhidmatan buku yang lebih baik dan tersusun. Antara penambahbaikan yang sedang diusahakan ialah: Pembelian buku menggunakan kaedah online. Ibu bapa boleh menempah buku secara dalam talian dan mengambil buku pada hari yang telah ditetapkan selepas proses tempahan dan penyusunan buku selesai. 18 Mengadakan program pemeriksaan gigi di sekolah Lelly Hashida binti Md Noor Affandi (4 Emerald) JAWAPAN: Program pemeriksaan gigi dijalankan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang. 19 Fasiliti di dalam bilik darjah ditambah baik & berfungsi dengan sempurna. Shahril Abdul Ghani @ Ghabi (4 Emerald) JAWAPAN: Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sentiasa berusaha menambahbaik kemudahan dan fasiliti sekolah. Walaubagaimanapun, penaiktarafan bilik-bilik darjah dan kemudahan sekolah adalah tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 20 Berikan bantuan makanan RMT pada semua murid yg hanya bapanya saja bekerja, ibu surirumah, utk meringankan beban keluarga. Nurzuhaili binti Tamami (6 Neffos) JAWAPAN: Pemberian bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada murid adalah berdasarkan perkapita yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu RM310.00. 21 Perketatkan keselamatan anak-anak terutama di pagar belakang. Anak-anak tidak dibenarkan keluar dari pagar sekolah sehingga ibubapa sampai. Jika berlaku penculikan anak-anak macam mana. Pihak mana pula yang bertanggungjawab. Saya harap dapat pencerahan dari pihak tuan. Dasimah binti Ismail ( 1 crepe )
73 JAWAPAN: - Pihak sekolah sentiasa memberikan keutamaan kepada keselamatan murid. - Pintu pagar A dan B sentiasa ditutup pada masa yang telah ditetapkan dan hanya dibuka semasa waktu murid datang dan balik daripada sekolah. - Bagi murid yang pulang lewat di Pagar B, pengawal keselamatan tidak membenarkan murid-murid berada di luar pagar dan membawa mereka untuk menunggu di dalam kawasan sekolah di kawasan pondok pengawal bagi memantau keselamatan mereka. Pengawal keselamatan hanya akan membenarkan murid keluar apabila ibu bapa telah sampai. 22 Minta ada cara yang berkesan dan nasihat pelajar yang meminta duit dari pelajar lain. Nur Hazwani binti Abdul Wahab ( 1 Brocade) JAWAPAN: - Ibu bapa bagi murid yang terlibat boleh berhubung dan memaklumkan kepada guru kelas anak masing-masing. Pihak sekolah akan mengambil perhatian yang sewajarnya. - Guru-guru sentiasa memberikan nasihat dan teguran kepada murid agar selalu berkelakuan baik sepanjang berada di sekolah. 23 Mohon pihak PIBG tidak membenarkan pelajar Tahun 1 membeli makanan diluar semasa waktu balik, sementara menunggu ibubapa dan transport ambil. Ini membahayakan anak - anak melintas ke seberang jalan. Yati Sri Mulyati ( 1 Viscose ) JAWAPAN: Pihak sekolah telah mengambil perhatian dan tindakan bagi mengatasi masalah tersebut. Antaranya: PIBG telah memberi nasihat dan teguran kepada peniaga yang menjual makanan di luar kawasan sekolah, malah Guru besar sendiri pernah memberi teguran tetapi tidak diendahkan. Pihak sekolah telah memberi peringtaan kepada murid agar tidak membeli makanan di luar kerana dikhuatiri makanan yang dijual tidak berkhasiat. Pihak sekolah dan PIBG telah melaporkan kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPS) setiap bulan. Hasil laporan itu, Pihak MPS juga ada membuat rondaan dan pemantauan. Pihak sekolah memohon jasa baik dan kerjasama daripada ibu bapa agar turut sama mengingatkan anak-anak agar tidak membeli makanan di luar kawasan sekolahyang boleh membahayakan nyawa dan keselamatan mereka semasa melintas jalan. 24 Maklumkan pada parent jika terima RMT atau sudah dibatalkan. Nieyta ( 3 Kenari ) JAWAPAN: - Murid-murid yang layak mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah dimaklumkan melalui penyerahan borang setuju terima yang diberikan kepada murid untuk disampaikan kepada ibu bapa. - Senarai nama murid yang layak menerima bantuan dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
74 25 Info dari guru subjek, tolong inform awal jangan last minute. Nieyta ( 3 Kenari ) JAWAPAN: Maklumat yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah akan disalurkan terus dari semasa ke semasa. Ibu bapa boleh melihat terus ke dalam group kelas agar tiada maklumat yang tertinggal. Selain itu, ibu bapa juga boleh medapatkan maklumat daripada blog rasmi sekolah. 26 Kedai buku tidak menjual peralatan selain daripada keperluan pempelajaran. Liyana Arsyad ( 1 Jersey ) Noor Azlina Bt Ismaal ( 1 Rayon) JAWAPAN: - Pihak sekolah sentiasa mengawal dan memantau penjualan barang-barang dan harga di kedai buku dimana barang-barang yang dijual hanya untuk tujuan pembelajaran di dalam bilik darjah. - Ada AJK dari pihak guru yang sentiasa memantau dan bermesyuarat serta mengadakan perbincangan dengan pihak pengurus kedai buku yang berkaitan dengan pengurusan kedai buku. 27 Adab dalam teguran terhadap anak murid. Asfarizman bin Aspan (4 Zircon) JAWAPAN: Guru-guru sentiasa memberikan contoh yang terbaik dalam memberi teguran dan didikan kepada murid-murid. 28 Perbaiki sistem pengaliran air dalam tandas murid. Sharifah Jasmalina Binti Syed Jamal (4 Emerald) JAWAPAN: Pekerja pembersihan sentiasa memantau keadaan semasa kerja-kerja membersihkan tandas dilakukan. Sekiranya menghadapi sebarang permasalahan, pekerja pembersihan akan memaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah dan akanmengambil perhatian bagi memperbaiki atau menambahbaik kemudahan yang ada di sekolah.
75 D. KOKURIKULUM Bil Usul 1 Untuk tahun ini biar berterusan pakai baju sukan atau kokurikulum Mohd Hanis bin Zakaria ( 1 Satin ) Nurul Mazuin Binti Nor An (6 Huawei) JAWAPAN: Pemakaian baju adalah berdasarkan kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2 Naik taraf padang sekolah kerana SKTPP sentiasa menjadi juara dalam banyak bidang sukan seperti bola, ragbi, olahraga dan kriket juga lain-lain. Maka rasanya sudah boleh difikirkan untuk fasiliti yang lebih baik agar kecemerlangan dalam bidang sukan boleh pergi jauh selain ke peringkat lebih tinggi. Lydia Nafhatun binti Mohd Ali (4 Turqoise) JAWAPAN: PIBG sentiasa membantu dalam meningkatkan fasiliti sekolah. Naik taraf sekolah memerlukan kos yang besar. Walaubagaimanapun, pihak sekolah sentiasa berusaha untuk menyediakan infrastruktur sekolah yang terbaik untuk kemudahan dan keselesaan murid-murid. 3 Pemakaian kasut sukan semasa pjpk1. Noraini bt Che hussin (2 Ferrari) JAWAPAN: Pemakaian kasut sekolah adalah memadai dan seragam untuk semua murid disamping membentuk disiplin murid dalam berpakaian. 4 Baju sukan seeloknya dibuka tempahan awal sesi dibuka dan siap seawal mungkin dan bukannya selepas sukan. Wan Ismail bin Wan Yusoff ( 4 Citrine) Nieyta ( 3 Kenari ) Yusrina binti Mohd Ariffin (6 Oppo) JAWAPAN: - Akan diusahakan bagi sesi persekolahan tahun hadapan. - Proses penetapan rumah sukan dan tempahan baju mengambil masa. - Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelian baju sukan supaya tidak berlaku kelewatan membeli kelengkapan sukan anak-anak. - 5 Waktu pjpk1, boleh pakai kasut sport supaya kasut sekolah tidak cepat sangat rosak. Wan Ismail bin Wan Yusoff ( 4 Citrine) Nieyta (1 Jersey) JAWAPAN: Pemakaian kasut sekolah adalah memadai dan seragam untuk semua murid disamping membentuk disiplin murid dalam berpakaian.
76 6 Mengadakan acara sukan untuk waris dan guru bagi mengeratkan silaturrahim. Suleeana ( 4 Citrine) JAWAPAN: Acara sukan untuk waris dan guru telah diadakan bagi setiap tahun terutamanya semasa Hari Sukan Tahunan sekolah. Pihak sekolah khususnya di bawah unit Kokurikulum sentiasa berusaha untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam acara dan program sekolah. 7 Kelab, persatuan dan kelab permainan sebaiknya biar murid membuat pilihan terlebih dahulu dengan beberapa pilihan sebelum guru menetapkan ke mana pilihan yang sesuai. Norana Abu Bakar (4 Amber) Khusaida Binti Mohd Khair (3 Kasawari) JAWAPAN: Tertakluk kepada kekosongan kelab persatuan, sukan permainan dan unit beruniform di peringkat sekolah. 8 Tshirt sukan sekolah dijual di kedai buku seperti tshirt PJ. Mohamed Ridzuan (6 Sony) JAWAPAN: - Penjualan baju sukan di kedai buku sedang dalam perancangan menggunakan sistem offline dan online. - Maklumat berkenaan penjualan baju sukan akan disalurkan dari semasa ke semasa. E. PRA SEKOLAH Bil Usul 1 Kerapkan memberi makanan nasi waktu sesi makan di pra. Sarra Maykla ( 5 Unix) JAWAPAN: Penetapan menu makanan bagi murid Prasekolah telah ditetapkan merangkumi makanan yang sihat dan seimbang. 2 Tambahan guru untuk 1 kelas. Dalam 1 kelas ada 2 orang tenaga pengajar dan seorang pembantu agar murid yang masuk pra di umur 6 tahun dapat belajar dengn lebih cepat. Hasmah Binti Hasan (Pra Cempaka) JAWAPAN: Penetapan bilangan guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) adalah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
77 3 Mohon tambah kipas angin dalam kelas untuk persediaan cuaca yang terlalu panas. Siti Norayuni binti Abd Rahim (Pra Orkid) JAWAPAN: PIBG telah banyak kali membantu prasekolah dalam pembelian kipas dan lampu kalimantang serta penyelenggarannya. Ibu bapa yang ingin membantu sangat dialu-alukan. F. KANTIN Bil Usul 1 Memperbaiki mutu dan kualiti kantin sekolah terutama dari segi pemberian makanan kepada pelajar sekolah. Apsah binti Alee (4 Turqoise) JAWAPAN: - Pihak kantin memang menguatkuasakan pemakaian topi dan sarung tangan semasa penyediaan dan pemberian makanan kepada pelajar. - Borang Penilaian Kendiri Kantin sentiasa diisi setiap hari. Oleh itu, pihak pengusaha kantin sentiasa bersedia dalam pemantauan mutu dan kualiti setiap hari yang dijalankan oleh pihak pentadbir. - Pihak kantin telah mendapat 100% pematuhan kualiti makanan yang telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang. 2 Harga makanan di kantin mahal. Daud (5 Unix) Norliza binti Mohd Noor (3 Camar) JAWAPAN: - Harga makanan dan minuman yang dijual di kantin adalah dipantau oleh pihak pentadbir di bawah Hal Ehwal Murid. - Makanan yang dijual adalah tidak melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan dan mengikut sebut harga yang telah dipersetujui di dalam perjanjian. 3 Cuba perbaiki kantin terlalu susah anak-anak membeli makanan misalnya tahun satu Nafsiah binti Achmad (3 Camar) JAWAPAN: Sistem pembelian makanan semasa waktu rehat di kantin telah ditingkatkan. Jumlah pelajar yang terlalu ramai semasa beratur dapat dikurangkan dengan pelaksanaan pengasingan pelajar lelaki dan perempuan.
78 4 Menghentikan penjualan makanan segera di kantin seperti nugget, sosej dan maggiegoreng.Tidak elok untuk tumbesaran dan kecerdasan murid-murid. Azlan bin Bujairoma (3 Tempua) JAWAPAN: - Pihak kantin perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan tidak dapat menepati cita rasa pelajar secara keseluruhannya. - Sebenarnya, bukan Maggie yang digunakan, sebaliknya adalah mee kering yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. - Biasanya mee kering dijadikan menu mee goreng/sup. - Tiada serbuk Maggie yang digunakan dalam penyediaan makanan. - Penjualan makanan seperti nugget tidak dibenarkan. - Hal ini kerana sekiranya pihak kantin tidak melaksanakan penyediaan dan penjualan makanan di kantin mengikut peraturan yang telah ditetapkan, pihak kantin akan dikenakan tindakan. 5 Harga makanan dan minuman di kantin tidak berpatutan Nurul Azuin (3 Rajawali) JAWAPAN: - Harga makanan dan minuman yang dijual di kantin adalah dipantau oleh pihak pentadbir di bawah Hal Ehwal Murid. - Makanan yang dijual adalah tidak melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan dan mengikut sebut harga yang telah dipersetujui di dalam perjanjian. 6 Mencadangkan kantin sekolah menjual kuih muih tradisional seperti karipap atau donut kerana makanan ini lebih berkhasiat dari nugget dan sosej Nur Amirah binti Abdul Rahim ( 3 Enggang) JAWAPAN: - Penjualan makanan segera seperti nugget dan sosej tidak dibenarkan. - Kuih muih tradisional tidak dijual namun digantikan dengan makanan berkhasiat yang lain termasuk buah-buahan. 7 Tambah baik servis kantin. Azmi bin Che Zan (1 Denim) JAWAPAN: - Telah dimaklumkan kepada pengusaha kantin. - Borang Penilaian Kendiri Kantin sentiasa diisi setiap hari. Oleh itu, pihak pengusaha kantin sentiasa bersedia dalam pemantauan mutu dan kualiti setiap hari yang dijalankan oleh pihak pentadbir. - Pihak kantin telah mendapat 100% pematuhan kualiti makanan yang telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang. 8 Diharapkan pihak kantin dapat menjual pelbagai makanan sihat dan seimbang kepada murid-murid. Safwan Habidin ( 1 Satin ) JAWAPAN:
79 - Pihak kantin perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan tidak dapat menepati cita rasa pelajar secara keseluruhannya. - Pelbagai makanan ada dijual di kantin dan penyediaan makanan adalah berbeza pada setiap hari dalam satu minggu. Makanan yang di jual dikantin adalah seragam dan sama pada hari tersebut. Ibu bapa boleh membekalkan makanan tambahan kepada anak masing-masing yang sesuai dengan cita rasa sendiri. 9 Portion untuk makanan dikantin dibesarkan memandangkan harga naik. Saliza binti Rosli (2 Porsche) JAWAPAN: Telah dimaklumkan kepada pengusaha kantin. 10 1. Makanan kantin mahal dan tidak sedap. Ayam RM2.00 tak sepadan dengan harga. 2. Makanan RMT, sediakanlah yang elok-elok dan sedap. 3. Open tender kantin baru. Nieyta ( 4 Citrine) JAWAPAN: 1. Setiap makanan yang dijual dikantin adalah berkualiti kerana telah mengikut prosedur penyediaan makanan yang telah ditetapkan. Harga makanan yang dijual adalah murah dan berpatutan mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. 2. Makanan RMT telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bukan itu sahaja, AJK Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dibawah seliaan unit Hal Ehwal Murid sentiasa memantau pengurusan pemberian RMT di kantin. 3. Tender kantin akan dibuka setiap dua atau tiga tahun sekali. 11 Diharapkan pihak kantin dapat menjual pelbagai makanan sihat dan seimbang kepada murid-murid. Safwan Habidin (1 Satin) JAWAPAN: - Pelbagai makanan ada dijual di kantin dan penyediaan makanan adalah berbeza pada setiap hari dalam satu minggu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Dalam suasana norma baharu, makanan yang dijual perlu disesuaikan dengan keadaan (dibungkus bagi mengelakkan banyak sentuhan) yang mana ianya berkualiti dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. - Ibu bapa boleh membekalkan makanan tambahan kepada anak masing-masing yang sesuai dengan cita rasa sendiri. 12 Masih ada kes buli even darjah 1 alhamdulillah guru cekap untuk issue ini. Cadangan agar ada ambil pakej makan dari kantin untuk parents bayar bulanan. Jadi pihak kantin boleh bagi list menu jika parents setuju kami proceed. Jadi pelajar tinggal ambik sahaja di kantin waktu rehat bagi yang berminat untuk join pakej bayar bulanan ini. Jadi mereka tidak perlu beratur membeli makan khusus tahun 1 hingga 3. Ummuhasunah (1 Lycra)
80 JAWAPAN: - Tiada kemudahan dalam penyediaan sistem bayaran secara bulanan. - Bagi penyediaan perkhidmatan makanan yang dibayar secara ansuran bulanan kepada murid yang berminat, ibu bapa yang berminat boleh datang berurusan dengan pihak kantin. Sebagai contoh, sebelum ini terdapat dua penjaga telah membuat perjanjian dengan pihak kantin untuk menyediakan makanan yang dibayar secara ansuran bulanan kepada anak mereka. G. LAIN-LAIN Bil Usul 1 Melarang penjual makanan ringan di luar pagar berdekatan sekolah. Norana binti Abu Bakar (2 Lamborghini) Norazmira bin Abu Hassan ( 6 Vivo) Siti Sarah binti Ismail (4 Amethyst) Azziadnin Akmar (3 Tempua) JAWAPAN: - Pihak sekolah mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga yang menjual makanan yang tidak berkhasiat di luar kawasan sekolah dan mengganggu kelancaran sewaktu pelajar pulang daripada sekolah dengan melaporkan kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk tindakan lanjut. - Ibu bapa juga boleh membuat aduan melalui pautan ‘e-aduan’. 2 Laluan para pelajar sekolah yang lebih tersusun terutama semasa sesi baru persekolahan dibuka di setiap awal persekolahan. Apsah binti Alee (4 Turqoise) JAWAPAN: Akan dibincangkan diperingkat PIBG bersama dengan unit keselamatan sekolah dalam menyediakan laluan pelajar yang menjamin kelancaran pergerakan murid. 3 Penambahbaikan kipas di bilik darjah akibat global pemanasan/elnino yang sedang melanda dunia. Pihak guru mungkin boleh cadangkan kepada para ibu bapa dengan menggunakan talian whatsapp yang sedia ada untuk menyumbang kipas standfan supaya pelajar dapat belajar dengan lebih selesa dan kurangkan risiko strok haba. Puteri Nur Cellene binti Abd Hamid (4 Emerald) Janariah binti Md Saman (6 Iphone) JAWAPAN: Pihak sekolah tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menambah bilangan kipas di dalam kelas. Sekiranya ibu bapa ingin membantu, ianya sangat digalakkan. Ibu bapa boleh berhubung dengan pihak sekolah sekiranya berhasrat untuk memberi dana atau sumbangan bagi pembelian kelengkapan murid di dalam bilik darjah.
81 4 Menambah kipas dinding untuk keselesaan pelajar. Mohamad Idham bin Zainuddin (3 Kasawari) Mohd Hakimi bin Ahmad Nadzry (3 Kasawari) JAWAPAN: Pihak sekolah tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menambah bilangan kipas di dalam kelas. Sekiranya ibu bapa ingin membantu, ianya sangat digalakkan. Ibu bapa boleh berhubung dengan pihak sekolah sekiranya berhasrat untuk memberi dana atau sumbangan bagi pembelian kelengkapan murid di dalam bilik darjah. 5 Selenggara kipas-kipas dekat sekolah atau tambah baik keadaan dalam kelas supaya murid selesa belajar dengan keadaaan panas sekarang. Mohd faizal bin senin (3 Cenderawasih ) Megat Mazlan bin Megat Ahmad Basir ( 1 Rayon) Mohamed Ridzuan (6 Sony) JAWAPAN: Unit Pentadbiran telah menyiapkan kertas kerja berkenaan baik pulih kipas dan lampu kalimantang. Hasil daripada perbincangan, PIBG telah bersetuju untuk membiayai kos baik pulih kipas dan lampu kalimantang di kelas yang terlibat. PIBG sangat komited untuk membantu menyediakan kelengkapan di dalam bilik darjah dalam memastikan murid dapat belajar dalam suasana yang selesa dan kondusif. 6 Sediakan loker untuk murid-murid tahap 2. Dian Farlina Binti Zainal Abidin ( 4 Topaz) Noraini binti Abdul Aziz (4 Emerald) JAWAPAN: Buat masa ini loker yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk muridmurid Tahun 1 2022/2023. Namun, sebahagian buku latihan dan buku aktiviti ada disimpan di bahagian belakang kelas. 7 Pengurangan penjaja di luar sekolah untuk menjaga kesihatan para pelajar sktpp. Sebaliknya, pihak sekolah mungkin boleh menyerap masuk para penjaja tersebut untuk menjual di kantin sekolah demi menyediakan makanan yang lebih terkawal dari segi kebersihan. Puteri Nur Cellene binti Abd Hamid (4 Emerald) JAWAPAN: - Masalah penjaja telah dimaklumkan kepada Majlis Perbandaran Sepang. - Penjaja luar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah khususnya di kantin. 8 Para guru mungkin boleh lebih teliti dalam menyampaikan notis kepada ibu bapa tentang aktiviti pembelajaran atau kokurikulum sekolah. Puteri Nur Cellene binti Abd Hamid (4 Emerald) JAWAPAN: Pihak sekolah sentiasa meneliti dan memastikan maklumat yang diberi adalah tepat dan betul sebelum disalurkan kepada murid dan ibu bapa.
82 9 Menyediakan/membaiki/menyelia loker pelajar kerana kebanyakkannya telah rosak/tidak dapat dikunci dan ada yang tidak cukup untuk pelajar. Nor Riah binti Ismail (2 Honda) JAWAPAN: - Bilangan locker adalah mencukupi berdasarkan enrolmen muid semasa tahun 2022/2023. - Pihak sekolah tidak dapat membuat penyelenggaraan locker memandangkan penerimaannya daripada Kementerian Pendidikan Malaysia adalah secara one-off. - Murid-murid yang menerima kemudahan tersebut haruslah mengambil tanggungjawab dalam menjaga kemudahan yang disediakan agar ianya tidak rosak dan akhirnya menyebabkan ianya tidak dapat digunakan lagi. 10 Sistem pembayaran menggunakan kad untuk elakkan kecurian duit atau peras ugut. Ibu bapa hanya perlu topup& kad ini hanya boleh digunakan oleh pemilik kad sahaja sebab setiap kali kad itu digunakan akan keluar info &gambar pemilik kad tersebut. Jadi jika berlaku kecurian, penjual atau guru akan tahu siapa pemilik kad. Muhammad Nazierul Shaifee bin Md Suhaimi (1 Polyester) JAWAPAN: - Tiada kemudahan dalam penyediaan sistem kad. - Penggunaan sistem kad tidak dapat dilaksanakan atas faktor keselamatan dan penjagaan kad (risiko kad tercicir/hilang/murid berkongsi dengan murid yang lain) - Bagi ibu bapa yang berminat untuk memudahkan pembelian makanan dan minuman anak masing-masing boleh berurusan dengan pengusaha kantin. 11 Guru kelas menggunakan aplikasi Whatsapp untuk memberi maklumat berkaitan sekolah dan kelas. Muhammad Aizat bin Abdul Rashid (1 Wool) JAWAPAN: Bagi memudahkan semua murid mendapat maklumat yang terkini, guru kelas dengan kerjasama semua guru mata pelajaran akan berkongsi segala maklumat yang ada melalui WhatsApp/Telegram kelas masing-masing. Ibu bapa perlu sentiasa melihat maklumat di dalam WhatsApp/Telegram untuk mendapatkan maklumat terkini. 12 Menutup longkang besar di kawasan pagar A bersebelahan dengan papan tanda sekolah. Ahmad Shamsharull Ariff bin Kamal (3 Kasawari) JAWAPAN: PIBG telah membuat permohonan kepada Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan menunggu jawapan kelulusan kemudahan yang diminta untuk keselamatan pelajar. 13 Pelan penyuraian trafik terutama pagar B ketika waktu pulang bagi sesi pagi dan petang. Ketika ini kesesakan berpunca dari sikap ibu bapa yang parking sesuka hati sehingga menghalang laluan jalan utama. Shahrul Nizam bin Shoabani (5 Unix)
83 JAWAPAN: - Seringkali diberitahu tetapi tidak diendahkan. Ibu bapa perlu mempunyai kesedaran sivik dan bekerjasama antara semua ibu bapa agar aliran trafik berjalan dengan lancar disamping dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. - Walaubagaimanapun, guru-guru yang bertugas sentiasa memantau penyuraian murid yang bergerak secara bergilir-gilir bagi mengurangkan kesesakan di pintu pagar A dan B. Ibu bapa perlu bekerjasama dan lebih prihatin agar tidak menghalang laluan yang mendatangkan gangguan seperti kesesakan lalu lintas dan sebagainya. 14 Longkang tepi Pagar A. Laluan pejalan kaki bagi murid yang duduk dekat dengan sekolah harus ditutup. Bahaya sangat longkang terbuka. Sudah berapa orang pelajar jatuh dalam longkang itu. Parent hendak ambil anak sekolah jalan tepi longkang itu pun susah sebab parent luar parking kenderaan disitu. Rahayu binti Ariffin (5 Oracle) JAWAPAN: - PIBG telah membuat permohonan kepada Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan menunggu jawapan kelulusan kemudahan yang diminta untuk keselamatan pelajar. - Ibu bapa diharapkan agar tidak meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan supaya tidak menghalang laluan murid. 15 Pihak sekolah harus meletakkan pasukan Rela untuk mengawal kenderaan masuk. Noor Anisah binti Salim ( 4 Citrine) JAWAPAN: - Pengawal yang mengawal lalu lintas memerlukan kos bayaran dan pihak sekolah serta PIBG tiada peruntukan bagi menampung kos tersebut. - Pihak komuniti setempat boleh bekerjasama dengan PIBG dalam membantu kawalan lalu lintas semasa murid datang dan pulang daripada sekolah. - Sekiranya ingin mengupah RELA, sekolah tiada peruntukan untuk membayarnya. Namun, pihak sekolah akan mengadakan perbincangan dengan PIBG untuk mengatasi masalah ini. - PIBG akan membincangkan perkara ini kerana ianya memerlukan kelulusan daripada PDRM dan Majlis Perbandaran Sepang (MPS). 16 Wujudkan pengawal lalu lintas di sekolah. Siti Hanaldiatul binti Muslih ( 3 Cenderawasih ) JAWAPAN: - Pengawal yang mengawal lalu lintas memerlukan kos bayaran dan pihak sekolah serta PIBG tiada peruntukan bagi menampung kos tersebut. - Pihak komuniti setempat boleh bekerjasama dengan PIBG dalam membantu kawalan lalu lintas semasa murid datang dan pulang daripada sekolah. 17 Wujudkan semula kemudahan locker untuk semua pelajar bagi meringankan beban buku ke sekolah. Atau mohon pertimbangkan semula jadual sekolah supaya tidak banyak subjek dalam 1 hari. Safiyah Sofia Binti Mohd Syaaquan ( 3 Merak )
84 JAWAPAN: - Buat masa ini loker yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk murid-murid Tahun 1 2022/2023. - Pelajar berkongsi kelas antara tahap 1 dan tahap 2 menyukarkan penyediaan kemudahan tersebut. - Ini adalah kerana jumlah murid yang ramai didalam sesebuah kelas menyebabkan ruang yang ada menjadi sangat terhad dan dalam masa yang sama perlu mengambil kira keselesaan dan keselamatan murid di dalam kelas tersebut. - Jadual waktu yang diberikan adalah berdasarkan kepada pekeliling yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu: - TAHAP 1 : 3 hingga 4 mata pelajaran sehari - TAHAP 2 : 5 hingga 6 mata pelajaran sehari 18 Memperbaiki kipas dan lampu di dewan sekolah. Wan Mahani bt Wan Hashim (3 Rajawali) JAWAPAN: Unit Pentadbiran telah menyiapkan kertas kerja berkenaan baik pulih kipas dan lampu kalimantang. Hasil daripada perbincangan, PIBG telah bersetuju untuk membiayai kos baik pulih kipas dan lampu kalimantang di kelas yang terlibat. PIBG sangat komited untuk membantu menyediakan kelengkapan di dalam bilik darjah dalam memastikan murid dapat belajar dalam suasana yang selesa dan kondusif. 19 Membuka peluang kepada ibu bapa untuk masuk ke sekolah dan kelas anak untuk melihat sendiri kondisi fasiliti sekolah dan kelas. Membentuk pasukan sukarela ibu bapa untuk bekerjasama mengumpul dana/menyumbang kemahiran membaiki insfrastruktur sekolah yang telah lama/rosak. Nur Syamila binti Muhamad Ishak (3 Rajawali) JAWAPAN: - Terima kasih atas keperihatinan ibu bapa tentang kondisi fasiliti sekolah dan kelas. Ibu bapa dialu-alukan untuk menyumbang bakti sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk sama-sama berusaha meningkatkan fasiliti sekolah dan bilik darjah. - Ibu bapa boleh menyertai KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) dan berbincang serta menjana idea dalam menyumbang perkara yang diperlukan untuk peningkatan infrastruktur sekolah. 20 Menambah kipas angin di dalam kelas atau penambahbaikan kipas-kipas sekolah. Mohd Fikhri bin Che Mei (2 Mercedes) Mohammad Idham bin Zainuddin ( 1 Jersey) Siti Nanirohayu binti Mat Jemali (1 Denim) JAWAPAN: - Unit Pentadbiran telah menyiapkan kertas kerja berkenaan baik pulih kipas dan lampu kalimantang. Hasil daripada perbincangan, PIBG telah bersetuju untuk membiayai kos baik pulih kipas dan lampu kalimantang di kelas yang terlibat. PIBG sangat komited untuk
85 membantu menyediakan kelengkapan di dalam bilik darjah dalam memastikan murid dapat belajar dalam suasana yang selesa dan kondusif. - Pihak sekolah tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menambah bilangan kipas di dalam kelas. Sekiranya ibu bapa ingin membantu, ianya sangat digalakkan. Ibu bapa boleh berhubung dengan pihak sekolah sekiranya berhasrat untuk memberi dana atau sumbangan bagi pembelian kelengkapan murid di dalam bilik darjah. 21 Saya menyokong apa sahaja cadangan dari pihak ibu bapa atau guru-guru berkenaan kebajikan muridmurid di sekolah dan seluruh warga tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Mohd Farzani bin Ab Rahman (1 Denim) JAWAPAN: Terima kasih di atas keperihatinan yang diberikan oleh pihak ibu bapa/penjaga. 22 Kedai buku dapat dibuka pada hari Sabtu (setengah hari) untuk memudahkan ibu bapa yang bekerja membeli buku sekolah. Suzira binti Sulaiman (1 Denim) JAWAPAN: Kedai buku pada hari Sabtu pada hari persekolahan tidak dibuka kecuali pada hari penjualan buku yang telah ditetapkan. 23 Cadangan saya supaya pihak sekolah sediakan anggota rela untuk jaga lalu lintas di kawasan sekolah semasa pelajar pulang dan pergi sekolah. Che Ku Hasnifalina/Muhammad Syahmi (1 Organza) JAWAPAN: - Pengawal yang mengawal lalu lintas memerlukan kos bayaran dan pihak sekolah serta PIBG tiada peruntukan bagi menampung kos tersebut. - Pihak komuniti setempat boleh bekerjasama dengan PIBG dalam membantu kawalan lalu lintas semasa murid datang dan pulang daripada sekolah. - Sekiranya ingin mengupah RELA, sekolah tiada peruntukan untuk membayarnya. Namun, pihak sekolah akan mengadakan perbincangan dengan PIBG untuk mengatasi masalah ini. - PIBG akan membincangkan perkara ini kerana ianya memerlukan kelulusan daripada PDRM dan Majlis Perbandaran Sepang (MPS). 24 Lebih menjaga murid-murid pada waktu mereka naik dan turun tangga supaya tidak berlaku tolak menolak dan jatuh tangga. Norliza binti Mohd Noor ( 1 Rayon) JAWAPAN: - Pihak sekolah sentiasa memberi perhatian kepada aspek keselamatan sepanjang berada di dalam kawasan sekolah. - Pihak sekolah juga sentiasa mengambil perhatian segera sekiranya berlaku sebarang permasalahan.
86 25 Langsir yang lebih tebal untuk elak sinaran matahari terutama pada waktu sesi sekolah baru bermula pada waktu tengahari. Kutipan duit dari ibu bapa untuk membeli kain dan upah jahit. Nor Dalilah binti Yusoff ( 1 Rayon ) JAWAPAN: Ibu bapa boleh berbincang dengan guru kelas anak masing-masing. 26 Peniaga-peniaga di luar sekolah makin banyak serta mengambil tempat letak kereta atau van sekolah menunggu. Pihak sekolah harus ambil tindakan. Zurini Zakaria (5 Nitrux) JAWAPAN: - Pihak sekolah telah mengambil perhatian terhadap peniaga-peniaga yang menjual makanan yang tidak berkhasiat di luar kawasan sekolah dan mengganggu kelancaran sewaktu pelajar pulang daripada sekolah dengan melaporkan kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk tindakan lanjut. - Ibu bapa juga boleh membuat aduan melalui pautan ‘e-aduan’. - 27 Penjual ditepi jalan semasa ambil anak pulang dari sekolah, kerana murid-murid berlari dan menyeberang sesuka hati tanpa melihat kanan dan kiri. Risau saya semasa memandu. Harap cadangan dipertimbangkan. Selma Silalahi (2 Porsche) JAWAPAN: - Pihak sekolah telah membuat laporan kepada Majlis Perbandaran Sepang setiap bulan terhadap peniaga-peniaga yang menjual makanan yang tidak berkhasiat di luar kawasan sekolah dan mengganggu kelancaran sewaktu pelajar pulang daripada sekolah. - Ibu bapa boleh menasihatkan anak-anak agar tidak membeli makanan yang dijual di luar kawasan sekolah. 28 Menyediakan rack locker tiap kelas untuk meringankan beg murid Mohd Farhan Fauzi (2 Mercedes) Nisa binti Mokhtar (4 Amber) Nurdhia Liyana ( 4 Citrine) JAWAPAN: - Buat masa ini loker yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk murid-murid Tahun 1 2022/2023. Namun, sebahagian buku latihan dan buku aktiviti ada disimpan di bahagian belakang kelas. - Pelajar berkongsi kelas antara tahap 1 dan tahap 2 menyukarkan penyediaan kemudahan tersebut. - Jumlah murid yang ramai didalam sesebuah kelas menyebabkan ruang yang ada menjadi sangat terhad dan dalam masa yang sama perlu mengambil kira keselesaan dan keselamatan murid di dalam kelas tersebut.
87 29 Melakukan kawalan trafik ketika murid balik sekolah. Ikhwan Ramadhan Bin Awang (6 Huawei) Nieyta ( 1Jersey) JAWAPAN: - Pihak sekolah sentiasa memberi perhatian kepada aspek keselamatan lalu lintas semasa balik sekolah. - Pihak sekolah juga sentiasa mengambil tindakan dan perhatian segera sekiranya berlaku sebarang permasalahan. - Pihak komuniti setempat boleh bekerjasama dengan PIBG dalam membantu kawalan lalu lintas semasa murid datang dan pulang daripada sekolah. 30 Storage boxes for kids to leave their heavy text books in. Raja Kamarhisham bin Raja Kamarudin ( 1 Crepe) JAWAPAN: - Buat masa ini loker yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk murid-murid Tahun 1 2022/2023. Namun, sebahagian buku latihan dan buku aktiviti ada disimpan di bahagian belakang kelas. - Pelajar berkongsi kelas antara tahap 1 dan tahap 2 menyukarkan penyediaan kemudahan tersebut. - Jumlah murid yang ramai didalam sesebuah kelas menyebabkan ruang yang ada menjadi sangat terhad dan dalam masa yang sama perlu mengambil kira keselesaan dan keselamatan murid di dalam kelas tersebut. H. PPKI Tiada sebarang usul dan cadangan yang mengupas isu pendidikan khas di sekolah pada tahun ini.
88 AHLI JAWATANKUASA PIBG SK TAMAN PUTRA PERDANA SESI 2023/ 2024 PENASIHAT : YANG DIPERTUA : NAIB YANG DIPERTUA : SETIAUSAHA : NAIB SETIAUSAHA : BENDAHARI : NAIB BENDAHARI : AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA) 1: 2: 3: 4: 5: 6: AHLI JAWATANKUASA (GURU) 1: 2: 3: 4: 5: JURU AUDIT (IBU BAPA) : JURU AUDIT (GURU) :
89 Sekalung Penghargaan TUAN HJ. SHOPUAN ANUAR BIN AHMAD (KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR) PUAN HJH ROHAIDAH BT MOHD ALI (GURU BESAR SKTPP) TN HJ KHAIRUL AZHAR BIN MOHAMMAD SUFFIAN (YDP PIBG SKTPP) AHLI JAWATANKUASA PIBG WARGA PENDIDIK DAN STAF SKTPP IBU BAPA / PENJAGA MURID SKTPP DAN SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-19 TAHUN 2023
90