CADANGAN KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN HARI
KEMERDEKAAN DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA
PERTANDINGAN SELFIE MERDEKA & SELFIE KRAF MERDEKA
1.0 PENDAHULUAN
Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia merupakan satu aktiviti
tahunan yang dijalankan pada setiap tahun. Aktiviti ini dijalankan selama 16
hari. Dua pertandingan diadakan dengan Kerjasama Panitia Pendidikan
Kesihatan,Panitia Pendidikan Jasmani dan Panitia Pendidikan Moral. Pada
tahun ini sambutan bermula pada 01.09.2021 dan akan berlanjutan sehingga
16.09.2021.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberikan kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka adalah
Anak Malaysia yang bebas dan merdeka.
2.2 Memberi kesedaran kepada murid-murid untuk memahami erti
kebebasan dan keharmoniannya.
2.3 Melahirkan murid-murid yang kreatif dan inovatif walaupun Sambutan
Kemerdekaan dijalankan secara MAYA pada MUSIM PANDEMIK
COVID 19.
2.4 Membina jati diri murid-murid supaya menghargai bangsa dan kaum-
kaum lain yang membentuk masyarakat majmuk di Negara kita.
2.5 Menyedarkan murid-murid tentang kelebihan hidup di dalam sebuah
negara yang berdaulat dan merdeka.
3.0 MATLAMAT
3.1 Melahirkan murid yang cintakan tanah air
3.2 Mempertingkatkan amalan Pemikiran Aras Tinggi dan Pemikiran Kritis
serta Kreatif di kalangan murid.
3.3 Menyemai semangat Patriotik di kalangan murid.
3.4 Mendedahkan murid kepada Sambutan Hari Merdeka & Hari Malaysia.
4.0 NAMA PROGRAM
Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia
5.0 ANJURAN
Panitia Pendidikan Kesihatan
Panitia Pendidikan Jasmani
Panitia Pendidikan Moral
6.0 TEMA PROGRAM
“Semarak Merdeka”
7.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 01 September 2021 – 16 September 2021
Masa : -
Tempat : Online
8.0 TEMPAT PROGRAM
8.1 Rumah masing-masing
8.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar Tahap 1 & Tahap 2
9.0 PELAKSANAAN AKTIVITI
9.1 Pertandingan Selfie Merdeka – Tahap 2
9.2 Pertandingan Selfie Kraf Merdeka – Tahap 1
10.0 PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM
Ahli Jawatankuasa Pelaksana (Sila Rujuk Lampiran A)
Jadual pelaksanaan aktiviti Sambutan Merdeka (Sila Rujuk Lampiran B)
Anggaran Perbelanjaan (Sila Rujuk Lampiran C)
11.0 PENUTUP
Sambutan Hari Kemerdekaan merupakan satu aktiviti yang dijalankan
untuk memupuk semangat patriotik dan rasa cinta terhadap Negara.
Semoga dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, pelajar dapat menghayati
kemerdekaan yang diperolehi.
Disediakan oleh :
…………………………………
(Mustabshirah Binti Md Salleh)
Setiausaha
Panitia Pendidikan Kesihatan
Ulasan Guru Besar : Program ini diluluskan / Tidak diluluskan
………………………………………..
(En. Anuar Bin Romlee)
Guru Besar
Sk Jalan Paya Besar
LAMPIRAN A
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM SAMBUTAN HARI
KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA SKJPB
Penasihat : EN. ANUAR B ROMLEE
Timbalan Penasihat : TUAN SYED SYAHRUL NIZAR
B. SYED MOHD ZAINUDIN
Pengerusi : CKG. MOHD SUID B L.HUSIN
Naib Pengerusi : CKG. DINORAJA A/L AUDHIMOOLAN
Penyelaras : CKG. JURIAH WATI BT SAID
Setiausaha : CKG. MUSTABSYIRAH BT MOHD SALLEH
AHLI JAWATANKUASA KERJA
AJK Hadiah
CKG. SITI RAZLINA BT ABDUL RAHMAN
CKG. SUHAILA BT SABRAN
CKG. ZAINUN BT HUSIN
AJK Sijil
CKG.SITI HAJAR BT HASSAN
CKG. ZUNAINI BT ABDUL RAZAK
Hakim
SEMUA GURU
PK/PJ/PM
Jurugambar
CKG. FAUZIAH BT BAHAROM
CKG. JAMALIAH BT ABD. RAHMAN
Persediaan Persiapan Majlis Penyampaian Hadiah
CKG.DINORAJA A/L AUDHIMOOLAN
CKG. JURIAH WATI BT SAID
CKG.SITI HAJAR BT HASSAN
Juruacara
CKG. MOHD SUID B L.HUSIN
CKG. MUSTABSYIRAH BT MOHD SALLEH
LAMPIRAN B
JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN HARI
KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA
Tarikh Masa Aktiviti Guru Penyelaras
1/9/2021 8.00 pagi -Pertandingan Semua guru
hingga Selfie Kraf Merdeka PK/PJ/PM
16/9/2021 8.00 pagi
1/9/2021 Tahap 1 Semua guru
hingga - -Pertandingan PK/PJ/PM
16/9/2021 Selfie Merdeka
9.15
17/9/2021 Hingga Tahap 2
hingga 10.30 pagi
Pemilihan Semua guru
20/9/2021 PK/PJ/PM
pemenang
22/9/2021 Semua guru SKJPB
-Selfie Kraf dan
Merdeka (tahap 1) Semua murid SKJPB
-Selfie Merdeka
(tahap 2)
Majlis Penutupan
Bulan
Kemerdekaan
Peringkat Sekolah
Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan berdasarkan pembukaan sekolah selepas
musim pandemik Covid 19 tahun 2021.
LAMPIRAN C
ANGGARAN PERBELANJAAN Kuantiti x Harga Jumlah
Bil Perkara Seunit
1. Hadiah RM 240.00
24 x RM 10.00 RM 168.00
- Johan ( PLAK) 24 x RM 7.00 RM 120.00
- Naib johan ( PLAK) 24 x RM 5.00 RM 672.00
- Tempat ketiga (MEDAL) 168 x RM 4.00
- Saguhati (ALATULIS) RM 240.00
72 x RM 1.00 RM 168.00
2. Sijil Penghargaan 168 x RM 1.00
Sijil Penghargaan (saguhati)
Jumlah RM 1608.00