BIODATA IMAM-IMAM QIRAAT
NAMA: NUR AISYAH NASUHA BINTI MOHD REDZUAN
Imam Nafi’ Al-Madani
Nama sebenar: Nafi’ Bin Abd Rahman Bin Abi Na’im Al-Laithi
Nama gelaran: Abu Ruwim / Abu Hassan / Abu Abdul Rahman
Tahun lahir: Lingkungan 70 Hijrah
Asal: Asbahan
Wafat: Tahun ke 169 Hijrah di Madinah
Umur: 99 tahun
Beliau merupakan seorang yang berkulit hitam, mempunyai wajah yang
senang tersenyum dan berakhlak mulia. Beliau pandai bergurau dan
merupakan imam qiraat di Madinah. Beliau juga bertalaqqi dengan 70
orang imam ta’biin, iaitu Ja’far, Syaibah bin Nasoh, Muslim bin Jundab,
Yazib bin Ruman, Muhammad bin Muslim bin Shibab dan Abu Rahman bin
Hurmuz. Antara individu yang mengambil sanad dengan beliau ialah
Imam Malik bin Anas, Imam al-Laith bin Saad, dan Abu Amru bin A’la.
Perawi yang masyhur meriwayatkan bacaan Imam Nafi’ ialah Qalun dan
Warsh.
Imam Qalun
Nama sebenar: Abu Musa Isa Bin Mi’na Bin Wardan Bin Isa Bin Abd
Samad
Nama gelaran: Qalun (maksud baik dalam bahasa Rom)
Tahun lahir: 120 Hijrah (anak tiri Imam Nafi’)
Wafat: Tahun ke 220 Hijrah di Madinah
Qalun telah bertalaqqi dengan Imam Nafi’ ketika berusia 30 tahun selama
20 tahun. Boleh membaca al-Quran dengan sangan baik, boleh berbahasa
Rom dan tidak pernah mendengar perkara maksiat. Beliau mempunyai
penyakit pekak. Namun, Abu Muhammad al-Baghdadi pernah mengatakan:
“Qalun termasuk orang yang paling tulis di antara orang yang tuli,
sehingga suara trompet tidak dapat didengarnya. Namun, apabila
dibacakan al-Quran, maka ia dapat mendengar dengan baik.
Imam Warsh
Nama sebenar: Abu Sa’id Uthman bin Said bin Abdullah bin Amru bin
Sulaiman bin Ibrahim
Nama gelaran: Warsh (kerana kulitnya putih)
Tahun lahir: 110 Hijrah
Asal : Quraiwan (Mesir)
Wafat: Tahun ke 197 Hijrah di Mesir
Umur: 87 tahun
Beliau merupakan seorang yang matang, biru kedua matanya, putih
kulitnya, lincah pergerakannya, suka berjubah singkat, seorang pakar
bahasa Arab dan memiliki suara yang merdu. Warsh berguru dengan Imam
Nafi’ dan menyumbangkan ilmunya di Mesir. Beliau mengambil bacaan
daripada Imam Nafi’.
Imam Ibnu Kathir Al-Makki
Nama sebenar: Abu Sa’id Abdullah bin Kathir bin Amru bin Abdullah bin
Zazan bin Fairuz bin Hurmuz
Nama gelaran: Abu Ma’bud
Tahun lahir: 45 Hijrah
Asal : Makkah
Wafat: Tahun ke 120 Hijrah di Makkah
Umur: 75 tahun
Imam Ibnu Kathir berbadan tegap, berkulit hitam manis, bermata biru, serta
putih kepalanya dan berjanggut. Beliau juga merupakan seorang yang
fasih berkata-kata. Ibnu Kathir mempunyai ramai anak murid. Anak
muridnya yang masyhur adalah al-Bazzi dan Qunbul.
Imam Al-Bazzi
Nama sebenar: Abu Hassan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Al-
Qassim bin Nafi’
Nama gelaran: Abu Hassan
Tahun lahir: 170 Hijrah
Asal : Makkah
Wafat: Tahun ke 250 Hijrah di Makkah
Umur: 80 tahun
Beliau merupakan antara individu terawal yang meriwayatkan qiraat Ibnu
Kathir, penghafaz al-Quran yang terkenal dan merupakan sumber para ahli
qiraat pada masanya di Makkah. Al-Bazzi adalah antara perawi Ibnu
Kathir iaitu perawi yang terbaik yang boleh dipercayai. Beliau juga telah
menjadi muazzim dan imam di Masjidil Haram selama 40 tahun.
Imam Qunbul
Nama sebenar: Muhammad bin Abdul Rahman bin Khalid bin Muhammad
bin Said Al-Makhzumi Al-Makki
Nama gelaran: Al-Mazkhzumi & Qunbul
Tahun lahir: 195 Hijrah
Asal : Makkah
Wafat: Tahun ke 291 Hijrah di Makkah
Umur: 96 tahun
Beliau telah dibebaskan oleh keluarga al-Makhzumi sebagai hamba sahaya.
Oleh sebab itu, nama al-Makhzumi menjadi satu tanda pengabdian baginya.
Beliau berasal dari satu kelompok masyarakat yang disebut sebagai
Qanabilah. Sifat peribadi beliau yang dhobit dan diyakini di dalam qiraat
Ibn Kathir, maka beliau terkenal dengan akhlak yang mulia serta seorang
yang kuat dengan hukum agama. Beliau juga merupakan sumber bagi para
ahli qiraat di negeri Hijaz.
Imam Abu Amru
Nama sebenar: Zabbain bin al-A’la bin A’mmar bin al-Iryan bin Abdullah
bin al-Hussain bin al-Mazani.
Nama gelaran: Ibn al-A’la
Tahun lahir: 68 / 70 Hijrah
Asal : Makkah
Wafat: Tahun ke 154 Hijrah di Kufah, Iraq
Abu Amru merupakan seorang yang sangat dihormati di kalangan bangsa
Arab serta mendapat pujian daripada kebanyakan penyair. Beliau juga
pakar dalam bidang berkaitan al-Quran, seseorang yang dipercayai,
amanah dan alim dalam bidang agama. Beliau mempunyai ramai anak
murid antaranya ialah Duri dan Susi.
Imam Ad-Duri
Nama sebenar: Hafs bin Umar bin Abdul Aziz bin Suhban
Nama gelaran: Ad-Duri
Tahun lahir: 68 / 70 Hijrah
Asal : Makkah
Wafat: Tahun ke 154 Hijrah di Kufah, Iraq
Abu Amru merupakan seorang yang sangat dihormati di kalangan bangsa
Arab serta mendapat pujian daripada kebanyakan penyair. Beliau juga
pakar dalam bidang berkaitan al-Quran, seseorang yang dipercayai,
amanah dan alim dalam bidang agama. Beliau mempunyai ramai anak
murid antaranya ialah Duri dan Susi.
Imam As-Susi
Nama sebenar: Shalih bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Ibrahim al-
Jarud
Nama gelaran: Abu Syu’aib
Tahun lahir: 170 Hijrah
Wafat: Tahun ke 261 Hijrah di Riqqah
Umur: 90 tahun
Beliau mempunyai sifat peribadi yang luhur. Antaranya ialah, beliau
seorang yang dhobit, seorang yang dipercayai, rapat dengan gurunya
serta paling tua dalam kalangan sahabatnya.
Imam Ibnu ‘Amir Asy-Syami
Nama sebenar: Abdullah bin ‘Amir bin Yazid bin Tamin bin Rabi’ah bin
‘Amir al-Yahshabi
Nama gelaran: Abu Imran
Tahun lahir: 21 Hijrah
Wafat: Tahun ke 118 Hijrah di Damsyik
Imam Ibnu ‘Amir mempunyai banyak keistimewaan. Sebagai contoh, Ibnu
‘Amir merupakan imam qiraat di Syam dan berperanan sebagai gabenor
qadi dan imam di Damsyik. Beliau merupakan tokoh terbaik dalam
kalangan muslimin tabiin. Beliau menjadi ikutkan kaum muslimin bertahun-
tahun pada zaman Bani Umayyah. Antara murid beliau yang menjadi
perawi terkenal ialah Hisyam dan Ibnu Zakwan.
Imam Hisyam
Nama sebenar: Hisyam bin ‘Ammar bin Nasir bin Maisarah al-Silmi al-
Dimasyshqi
Nama gelaran : Abu al-Walid
Tahun lahir: 153 Hijrah
Wafat: Tahun ke 245 Hijrah
Antara keistimewaan beliau ialah merupakan seorang imam bagi penduduk
Damsyiq dan beliau merupakan seorang khatib, guru qiraat, dan pemidato
di Damsyiq. Imam Hisyam merupakan seorang yang boleh dipercayai, kuat
ingatan dan adil.
Imam Ibnu Zakwan
Nama sebenar: Abdullah bin Ahmad bin Basyar
Nama gelaran : Abu Muhammad / Abu Amru al-Dimasyhqi
Tahun lahir: 173 Hijrah
Wafat: Tahun ke 242 Hijrah di Damsyiq
Ibnu Zakwan merupakan imam yang masyhur dan dipercayai di Syam.
Beliau adalah imam Masjid Dimasyqi. Kitab karangan Ibnu Zakwan ialah
Aqsamul Quran wa Jawabuha dan Ma Yajibu a’la Qari Quran.
Imam ‘Asim Al-Kufi
Nama sebenar: Asim bin Abi Najud bin Bahdalah Al-Asadi
Nama gelaran: Abu Bakar
Wafat: Tahun ke 127 Hijrah di Kufah, Iraq
Imam Asim merupakan imam qiraat tujuh dari kalangan tabiin. Beliau juga
yang pakar dalam ilmu tajwid dan fasohah serta mempunyai suara yang
merdu. Anak muridnya ialah Hafs bin Sulaiman, Abu Bakar Syu’bah bin
Ayash dan Aban bin Taghlab. Beliau dikenali dengan orang yang paling
merdu suaranya dalam membaca al-Quran.
Imam Syu’bah
Nama sebenar: Syu’bah bin Ayash bin Salim Al-Hamat al-Asadi an-
Nahsyaly al-Kufi
Nama gelaran: Abu Bakar
Tahun lahir : 95 Hijrah
Wafat: Tahun ke 193 Hijrah
Beliau merupakan imam besar di Kufah dan merupakan ulama dalam
kalangan ahli Sunnah di Kufah. Beliau telah khatam al-Quran sebanyak 18
ribu kali.
Imam Hafs
Nama sebenar: Hafs bin Sulaiman bin Al-Mughirah bin Abi Daud Al-Kufi
Nama gelaran: Abu Umar
Tahun lahir : 90 Hijrah
Wafat: Tahun ke 180 Hijrah
Imam Hafs berguru dengan ayah tirinya iaitu Imam Asim dan dikenali
dengan seorang yang pakar dalam ilmu qiraat. Anak muridnya terdiri dari
Husin bin Muhamad Maruzi, Amru bin Asobah dan Fudail bin Yahya.
Riwayat Imam Hafs banyak digunakan sebagai bacaan di seluruh dunia.
Imam Hamzah Al-Kufi
Nama sebenar: Hamzah bin Habib bin Amarah bin Ismail al-Kufi at-
Tamimy
Nama gelaran: Abu Amarah
Tahun lahir : 80 Hijrah
Wafat: Tahun ke 156 Hijrah di Helwan, Kufah
Umur : 76 tahun
Beliau merupakan salah seorang dari imam qiraat tujuh dan merupakan
imam qiraat di Kufah. Setiap hujah beliau boleh dipercayai dan beliau
pakar dalam ilmu faraid bahasa Arab. Beliau juga seorang penghafaz hadis.
Imam Kholaf
Nama sebenar: Kholaf bin Hisham bin Tha’lab bin Kholaf al-Asadi al-
Baghdadi al-Bazzar
Nama gelaran: Abu Muhammad
Tahun lahir : 150 Hijrah
Wafat: Tahun ke 229 Hijrah di Baghdad
Imam Kholaf telah menghafaz al-Quran sejak berusia 10 tahun dan
merupakan seorang yang thiqah, zuhud, alim dan kuat beribadah. Ahmad
bin Ibrahim, Ishak bin Ibrahim, Ibrahim bin Ali dan Ahmad bin Zaid
merupakan anak murid beliau.
Imam Kholad
Nama sebenar: Kholad bin Khalid as-Syaibani al-Kufi
Nama gelaran: Abu Isa
Tahun lahir : 119 / 130 Hijrah
Wafat: Tahun ke 220 Hijrah
Imam Kholad merupakan seorang pakar ilmu qiraat dan thiqah. Beliau
berpengetahuan tinggi, pandai bertaranum serta seorang yang diyakini.
Imam Kisaei Al-Kufi
Nama sebenar: Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman bin Fairuz
Nama gelaran: Abu Hassan
Tahun lahir : 119 Hijrah
Wafat: Tahun ke 189 Hijrah
Beliau digelar kisaei kerana ia mulai melakukan ihram di kisaei. Imam kisaei
merupakan imam qiraat tujuh. Beliau alim di bidang al-Quran dan qiraat.
Beliau turut alim dan imam di dalam ilmu nahu dan bahasa Arab.
Imam Abu Harith
Nama sebenar: Al-Laith bin Khalid al-Marwazi al-Baghdadi
Nama gelaran: Abu al-Harith
Wafat: Tahun ke 240 Hijrah
Beliau juga sama seperti imam yang lain iaitu dipercayai serta pakar dalam
bidang qiraat. Anak muridnya Salmah bin Asim dan Al-Fadl bin Syazan.