The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1064 NAUFAL IZZUDDIN, 2023-12-13 08:33:05

CARA-CARA MENGAMBIL LESEN MEMANDU MANUAL

EBOOK DE SIAP

CARA-CARA MENGAMBIL LESENKERETA MANUALBY NAUFAL & RUSYAIDI


LANGKAH-LANGKAH UNTUK AMBIL LESEN KERETA MANUAL: Daftar di Kaunter Pendaftaran. Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) 1. 2.Kursus KPP di Metro Driving Academy diadakan selama 6 jam untuk Kursus Bahasa Malaysia pada hari sabtu & ahad manakalauntuk Kursus Bahasa Inggeris pula pada hari ahad sahaja. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ. 3. Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50. Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus


4. Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu. 5.Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru. 6. Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02


7. Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersediauntuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal. 8. Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ yang diadakan setiap hari khamis bagi Kampus Subang dan hari jumaat bagi Kampus Puchong. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal.


CERAMAH UNDANG-UNDANG SESI PEMBELAJARAN


ETIKA PEMAKAIAN KETIKA MENGAMBILLESEN


Click to View FlipBook Version