ANJURAN
2 ISI KANDUNGAN HALAMAN OBJEKTIF PROGRAM 2 KATA ALUAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI 3 KATA ALUAN PENGARAH HOSPITAL PULAU PINANG 4 AHLI JPPSPN 5 URUSETIA PROGRAM 6 ATURCARA PROGRAM 7 • Memberi pendedahan semasa berkaitan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304), QAP dan peraturan-peraturan baru kepada semua pekerja sinaran; • Memberi pendedahan berkaitan sinaran mengion dan tidak mengion terhadap pekerja, orang awam dan alam sekitar; • Memberikan pendedahan berkenaan tindakan awal dalam menghadapi kecemasan atau kemalangan radiasi; • Memupukkan amalan kerja yang baik dan betul di dalam kalangan pekerja sinaran; dan • Meningkatkan amalan integriti di kalangan penjawat awam. JAWANTANKUASA PROGAM PERLINDUNGAN SINARAN NEGERI PULAU PINANG
3 Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan limpah izinNya Jawatankuasa Program Perlindungan Sinaran Negeri (JPPSPN) yang dikelolai oleh Cawangan Kawalselia Radiasi Perubatan (CKRP), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sekali lagi berjaya menganjurkan 4 th PENANG RADIATION PROTECTION DAY bagi tahun 2023. Tahniah dan syabas kepada semua barisan AJK Penganjur yang sangat komited dalam memastikan program ini berlangsung dengan jayanya. Untuk makluman, objektif program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran terhadap perlindungan sinaran serta memberi pendedahan berkaitan kesan sinaran mengion kepada semua petugas kesihatan yang berurusan secara langsung dengan sumber sinaran mengion samada bagi tujuan dianostik ataupun rawatan ke atas pesakit. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada petugas kesihatan berkaitan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan atau kemalangan radiasi di samping memberi pendedahan berkaitan keperluan regulatori dan peraturan-peraturan terkini di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304). Program yang dianjurkan pada hari ini juga turut melibatkan penglibatan daripada pihak agensi luar iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat. Saya amat berharap agar kerjasama dengan agensi luar seperti ini akan diteruskan kerana ia dapat membantu petugas kesihatan meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam menghadapi kemungkinan berlakunya kemalangan radiasi dalam fasiliti perubatan. Adalah menjadi harapan saya, melalui program seperti ini anggota kesihatan menjadi lebih peka dan prihatin terhadap bidang tugas masing-masing terutamanya tugas yang melibatkan sumber-sumber radiasi yang mana ia boleh memberi kesan biologikal pada masa akan datang sekiranya tidak dikendalikan dengan betul mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Akhir kata, saya berharap agar semua anggota kesihatan yang bernaung di bawah nama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengambil berat berkaitan aspek perlindungan sinaran dan sentiasa mengaplikasikan prinsip-prinsip perlindungan sinaran sepanjang menjalankan tugas sebagai petugas kesihatan. Sekian, terima kasih YBRS. DR. FAZILAH BINTI SHAIK ALLAUDIN Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang
4 Salam Sejahtera, Setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian ke hadrat ilahi kerana memberi ruang dan kesempatan untuk menyampaikan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program “4th Radiation Protection Day 2023” ini. Kursus ini dijalankan untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan berkaitan sinaran mengion dan sinaran tak mengion yang dipraktikkan di Kementerian Kesihatan Malaysia serta kesannya terhadap kesihatan manusia. Dengan program ini, saya berharap para anggota kesihatan akan mendapat manfaat dari segi pendedahan berkaitan sinaran mengion dan sinaran tak mengion yang digunakan dalam perubatan dan persekitaran serta kesan terhadap kesihatan manusia. Seterusnya, pematuhan dibawah Akta Perlesenan Tenaga Atom, 1984 (Akta 304) serta peraturan-peraturan yang termaktub dalam undang-undang Malaysia berkenaan perubatan, aplikasi perlindungan sinaran ketika menjalankan tugas masing-masing dapat dipatuhi dengan penuh integriti. Diharapkan melalui pelaksanaan program seperti ini dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran anggota kesihatan apabila melaksanakan tugas yang melibatkan penggunaan sinaran mengion dan tak mengion. Selain itu, pelaksanaan program ini turut membantu meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan dalam bidang kesihatan. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam program ini. Saya percaya kerjasama yang berterusan antara pelbagai pihak akan dapat membantu meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Hospital Pulau Pinang dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekian, terima kasih YBRS. DR. NUR ASLINA BINTI BAHAKODIN Pengarah Hospital Pulau Pinang JAWANTANKUASA PROGAM PERLINDUNGAN SINARAN NEGERI PULAU PINANG
5
6 PENAUNG PROGRAM YBHG. DATIN DR. AZIZAH BINTI ABD MANAN PENASIHAT PROGRAM ZAINUDIN BIN YASAK @ YUSOF PENYELARAS PROGRAM HABIBAH BINTI MAT AKIB PENGANJUR BERSAMA DR. PREMA DEVI CHELLAYAH AJK PROTOKOL MOHD HIZWAN BIN MOHD YAHYA NORA’AINILIZAI BINTI MOHAMED NOORDIN DR. HANIF BIN HASPI HARUN IZAM SYUWARI BIN ISHAK AJK PENDAFTARAN NURFAZIRA BINTI SHAFII HAWARIYEN BINTI SAAD AJK LOGISTIK/TEKNIKAL MOHD IRWAN SHAH BIN IDRUS MOHAMAD NAZREEN BIN HASHIM AJK BUKU PROGRAM DR. MUHAMMAD AZHAN BIN JAMAIL HEAH WHYE SHYUAN AJK JAMUAN ROHANIZA BINTI HARUN HABIBAH BINTI MAT AKIB AJK CENDERAMATA MASITAH BINTI OTHMAN ENG KAE YANN MUNISWARY A/P KRISHNAN AJK GIMIK PERASMIAN FATIN NADHIRAH BINTI A. HALIM MOHD HILMI BIN MD HIZIR NUR DALILA BINTI MANSOR AJK ICT AHMAD FAUZI TUMINI BIN ALI JURUKAMERA UNIT PROMOSI JKN PP PENGACARA MAJLIS SITI NAQUIAH BINTI ABDULLAH DOA USTAZ MUHAMMAD ZULATFI BIN HIJJAZ @ JUNID JAWANTANKUASA PROGAM PERLINDUNGAN SINARAN NEGERI PULAU PINANG
7 MASA AKTIVITI 07.30 pg – 08.00 pg Pendaftaran Peserta Urusetia 08.00 pg – 08.30 pg Bacaan Doa/ Ucapan Aluan Urusetia 08.30 pg – 09.30 pg Ceramah 1: Protection For Radiation Worker Penceramah Mohd Nathir B Mohd Kamari Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, KKM 09.30 pg – 10.00 pg Ucapan Perasmian Sambutan Hari Perlindungan Sinaran Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2023 YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang 10.00 pg – 10.30 pg Minum Pagi Urusetia 10.30 pg – 11.30 pg Ceramah 2: Emergency Response Team For Radiation Disaster Penceramah Dr. Cheng Ming Hann Ketua Jabatan Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Pulau Pinang 11.30 pg – 12.30 tgh Ceramah 3: Kesiapsiagaan JBPM Dalam Menghadapi Kemalangan Radiasi – Perkongsian Kemalangan Radiasi/ Aktiviti Drill Penceramah Tuan Nuzaihan B Abu Hassan Penolong Kanan Penguasa Bomba Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia 12.30 tgh – 1.00 ptg Vendor Talk Integrated Medical System 1.00 ptg – 2.15 ptg Makan Tengahari/ Rehat/ Solat Urusetia 2.15 ptg – 3.15 ptg Ceramah 4: Biological Effect of Ionizing Radiation Penceramah Dr. Nur Sakinah Bt Suardi Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia 3.15 ptg – 4.15 ptg Ceramah 5: Penjawat Awam Anti Rasuah Penceramah Tuan Mazlan B Haja Maideen Penolong Penguasa SPRM Pulau Pinang 4.15 ptg – 5.00 ptg Q & A Ucapan Penutup & Bersurai Urusetia
8 JAWANTANKUASA PROGAM PERLINDUNGAN SINARAN NEGERI PULAU PINANG
9
10 JAWANTANKUASA PROGAM PERLINDUNGAN SINARAN NEGERI PULAU PINANG