The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by logesbani, 2021-09-22 07:03:26

BUKU SKRAP TOKOH KEMERDEKAAN

BUKU SKRAP TOKOH KEMERDEKAAN

PENDAHULuAN

BUKU SKRAP INI BERTUJUAN
UNTUK MENGHARGAI TOKOH-
TOKOH KEMERDEKAAN .TOKOH
YANG SAYA SANJUNGI IALAH
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-
HAJ.WALAUPUN JASADNYA TIADA DI
DUNIA TETAPI JASANYA TETAP
TERPAHAT DI DALAM HATI SETIAP
WARGA MALAYSIA.SAYA SEBAGAI
ANAK MALAYSIA SENTIASA
SANJUNGI JASANYA DAN
KEPERIBADIANNYA.

BIODATA
SAYA

➢ NAMA:ARUNA A/P
THIYAGAN

➢ UMUR:10 TAHUN
➢ SEKOLAH:SK TAMAN

INDAHPURA 2
➢ KELAS:4IBNU BATTUTA
➢ NO K/P:110407-14-0994
➢ JANTINA:PEREMPUAN
➢ TARIKH LAHIR:7.4.2011
➢ BANDAR :SENAI
➢ DAERAH:KULAI

BIODATA

TOKOH

➢ NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah

➢ TARIKH LAHIR:

8 Februari 1903

➢ Tempat lahir:Alor Setar

➢ KELUARGA:Anak Ke-7
Ayah : Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Ibu : Cik Menyelara
Isteri : Mariam
Anak : Tunku Ahmad Nerang Putra ,Tunku Khadijah

➢ JAWATAN:

i) Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu dari 1955
ii)Perdana Menteri pertama 1957 - 1970

➢ Gelaran:

Bapa Kemerdekaan

➢ TARIKH MENINGGAL DUNIA:

➢ 6 Disember 1990

RASIONALISASI
PEMILHAN TOKOH

Tunku menjadi inspirasi bagi setiap
warga Malaysia . Keperibadian yang
berani,berpengetahuan dan
berpendidikan menarik minat saya
untuk menceritakan serba sedikit
tentang beliau. Sikap patriotisme
yang sangat tinggi berjaya mengorak
langkah membebaskan negara kita
daripada belenggu kuasa luar dan
mendapatkan kemerdekaan.
Beliaulah insan pertama yang
menanam sikap patriotisme di
kalangan masyarakat.

KELEBIHAN

TOKOH

❖ Seorang yang berpendidikan tinggi dan
berpengetahuan luas.Beliau telah merupakan
penuntut pertama yang menerima Pendidikan
di luar negara (United Kingdom) di bawah
tajaaan Kerajaan Negeri Kedah.

❖ Seorang yang sentiasa menuntut ilmu .Beliau
belajar dalam bidang perundangan di
England.Jawatan tertinggi beliau dalam
perundangan ialah Yang Dipertua Makkamah
Sesyen di Kuala lumpur.

❖ Seorang ketua yang berani .Beliau menjadi
Timbalan Pengarah perkhidmatan Pasukan
Kawalan Am Selatan Kedah.Bijak mengatur
strategi untuk mengelakkan pencerobohan
Jepun . Beliau telah memungut derma daripada
penduduk bandar tempatan dan membina
“Rumah Panjang”iaitu tempat pemindahan
orang awam” daripada serangan askar Jepun.

BUKTI

KREDIBILITI

TOKOH

▪ Berjaya menyatukan semua komuniti di Malaysia di
bawah Parti Perikatan dan mendapat kemenangan
majoriti dalam pilihan raya perseketuan.Dengan
ini,beliau Berjaya mendapat kepercayaan masyarakat
pelbagai kaum dan keyakinan terhadap dirinya.

▪ Seorang yang berprihatin terhadap kebajikan orang
awam.Beliau meletak jawatan dalam perkhidmatan
awam sebagai Yang Dipertua di mahkamah sesyen
dan menjadi presiden UMNO.Beliau menyedari
bahawa penyertaan dalam bidang politik yang dapat
mengubah nasib orang tempatan daripada kuasa
luar.

▪ Usaha beliau yang berterusan dan semangat tidak
mudah putus asah telah berjaya mendapatkan
kemerdekaan bagi negara kita.Laungan ‘Merdeka”
oleh Tunku di hadapan ribuan rakyat dengan tangan
yang diangkat naik sewaktu bendera British
diturunkan di Kuala lumpur menjadi detik
kebanggaan setiap warga Malaysia sehingga kini.

JASA DAN SUMBANGAN

Menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) dan menentang penubuhan Malayan Union
oleh Britain.Menjadi presiden UMNO pada tahun
1951 dan menaikkan semangat nasionalisme di
kalangan orang melayu untuk menuntut kemerdekaan
daripada British.

Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang
bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu pada
tahun 1954 tetapi tidak berjaya.Semangat nasionalisme
masih membara dalam hatinya.

Mengetuai rombongan kedua ke England selepas menjadi
Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama .Parti Perikatan
(gabungan tiga kaum ) yang diketuainya memenangi pilihan
raya persekutuan umum pada tahun 1955.Berjaya
menuntut kemerdekaan daripada England dan
mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Dengan
itu ,beliau digelar sebagai “Bapa kemerdekaan”

Memperkenalkan Pestabola Merdeka iaitu satu
pertandingan bolasepak antarabangsa.Idola yang menjadi
inspirasi bagi penubuhan pasukan bola sepak negara.

Membentuk Malaysia pada tahun 16 September 1963,
selepas Tanah Melayu bergabung dengan
Singapura,Sarawak dan Borneo Utara (Sabah).

penutup

Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj
merupakan tokoh yang paling saya
hormati dan sanjungi.Jasa dan sumbangan
beliau akan diingati buat selama-lamanya.
Seorang tokoh yang mengajar maksud
patriotisme.Oleh itu,setiap warga Malaysia
menjiwai semangat patriotisme dan
menghargai kemerdekaan yang diperolehi.

Saya amat berterima kasih kepada
pihak penganjur dan sekolah yang
memberi peluang kepada saya untuk
menghasilkan buku skrap ini.Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru pembimbing dan ahli keluarga yang
banyak membimbing dan memberi idea
dalam menyiapkan buku skrap ini.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version