Kisah PIPIT YANGBERANI MOHD KHAIRUDDIN BIN MAT JISLIM
Di sebuah hutan yang subur dan penuh dengan kehidupan, tinggal seekor burung kecil yang bernama Sang Pipit. Sang Pipit hidup bersama ibunya dalam sebuah sarang di dahan tinggi pada sebatang pokok yang besar. Ibunya ialah seekor burung yang sangat penyayang dan sentiasa menjaga Pipit sejak dia menetas dari telur. Namun, sejak kebelakangan ini, ibunya tidak dapat terbang untuk mencari makanan seperti biasa kerana ibunya jatuh sakit. 1
v Oleh hal yang demikian, Pipit sangat risau akan kesihatan ibunya. Dia tidak dapat berfikir cara penyelesaian untuk menyembuhkan ibunya. Namun, dia teringat akan cerita yang pernah disampaikan oleh burung-burung tua di hutan tersebut tentang satu bunga yang ajaib bernama “Bunga Raya”. Bunga ini merupakan bunga yang mempunyai kuasa penyembuhan yang luar biasa, tetapi bunga ini hanya tumbuh di atas sebuah gunung tinggi yang terletak di dalam hutan yang gelap. Walaupun Pipit tahu perjalanan itu berbahaya, tetapi dirinya tetap bertekad untuk mencuba demi menyembuhkan sakit ibunya. 2
Pada subuh keesokan harinya, Pipit meminta izin untuk keluar mencari bunga penawar itu kepada ibunya. Ibunya sentiasa berpesan kepada Si Pipit agar sentiasa berhati-hati dalam perjalanan. Walaupun ibunya berasa gelisah tetapi dirinya pun perlu memberi keizinan kepada anaknya untuk mengembara mengenali dunia luar. Ini juga merupakan proses pembelajaran bagi Si Pipit tentang dunia di luar sana. Ibu Si Pipit juga sentiasa mendoakan keselamatan buat anaknya ketika pergi dan pulang ke rumah. Pipit pun memulakan pengembaraannya untuk mencari bunga tersebut. 3
Pipit berasa sangat gembira ketika terbang kerana melihat keindahan alam yang hijau dan subur. “Begini rupanya keindahan alam yang belum pernah aku tengok sebelum ini” kata Si Pipit. Setelah beberapa jam terbang, Si Pipit bertemu dengan seekor monyet tua yang bernama Pak Bolong yang sedang berehat di atas dahan. “Pak Bolong, saya sedang mencari Bunga Raya untuk menyembuhkan ibu saya yang sedang sakit. Bolehkah Pak Bolong membantu saya?” tanya Si Pipit kepada Pak Bolong. Pak Bolong mengeluh sebelum menjawab, “Bunga itu memang wujud namun perjalanan ke sana sangat sukar. Kamu perlu berhatihati dengan ular berbisa yang menjaga kawasan tersebut” kata Pak Bolong kepada Si Pipit. 4
Walaupun Si Pipit berasa takut, dia tetap meneruskan perjalanannya dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Bolong. Tidak lama kemudian, Si Pipit pun tiba di sebatang sungai yang deras. Dia berasa penat kerana terlalu lama terbang sehingga menemui sebatang sungai. Pipit tidak tahu cara untuk menyeberangi sungai itu kerana dirinya tidak berdaya untuk terbang. 5
Ketika dia termenung, seekor kura-kura tua muncul dari dalam air. “Kenapa kamu nampak sedih wahai anak burung?” tanya kura-kura tua itu kepada Sang Pipit. “Saya mahu pergi ke hutan yang berada di seberang sungai ini untuk mencari Bunga Raya, tetapi saya tidak tahu cara untuk menyeberangi sungai ini,” kata Pipit kepada kura-kura tua itu dengan nada yang sedih. Kura-kura itu tersenyum dan menawarkan bantuan. “Naiklah ke atas cangkerang saya, saya akan membawa kamu ke seberang” kata kurakura tua itu kepada kepada Sang Pipit. 6
Pipit pun hinggap di atas cangkerang kura-kura dengan berhati-hati dan mereka pun menyeberangi sungai bersama-sama. Ketika menyeberangi sungai, kura-kura sedang melafazkan beberapa rangkap pantun dan Sang Pipit pun bertanya kepada kurakura tua itu. “Apakah yang pakcik sedang nyanyikan sebentar tadi?” tanya Pipit kepada kura-kura tua itu. “Saya bukan menyanyi tetapi saya melafazkan pantun” jawab kura-kura tua itu. “Sungguh merdu pantun yang dilafazkan oleh pakcik tadi. Tolong ajar saya pakcik tentang cara melafazkan pantun itu!” kata Pipit dengan nada yang teruja. Oleh itu, sepanjang perjalanan kura-kura itu pun mengajarkan Sang Pipit tentang cara membuat pantun dan melafazkan pantun. Setelah sampai di seberang sungai, Pipit pun berterima kasih kepada kura-kura dan meneruskan perjalanan. 7
Semakin jauh Pipit terbang, semakin sunyi suasana hutan. Pipit mula berasa takut tetapi dia tetap memberanikan diri untuk meneruskan perjalanan. Tiba-tiba dari celah dedaunan, muncul seekor ular hijau besar dengan mata yang tajam. “Apa yang kau buat di sini wahai burung kecil?” tanya ular itu dengan suara mendesis. “Saya mencari Bunga Raya untuk menyembuhkan ibu saya yang sedang sakit,” jawab Pipit dengan berani. Ular itu pun ketawa sinis. “Ramai yang mencuba tetapi mereka tidak pernah kembali. Kalau kau mahu melepasiku, kau mesti menjawab satu teka-teki”. Pipit tidak mempunyai pilihan lain dan menyahut cabaran tersebut. “Baiklah, berikan saya tekatekinya” kata Pipit dengan berani. 8
Ular tersebut pun memberi serangkap pantun teka-teki kepada Si Pipit. Seluar dipajak terasa sempit, Dibawa dagang sangatlah ringan, Jika bijak wahai sang pipit, Apakah diisi makin ringan? 9
Pipit terkejut bahawa teka-teki tersebut berbentuk serangkap pantun. Namun, Sang Pipit tidak gelabah untuk menjawab pantun tersebut dengan bijak kerana dia telah belajar cara membuat pantun bersama kura-kura tua tersebut. Tanpa berfikir panjang, Sang Pipit menjawab pantun tersebut dengan bijak dan lancar. Indah nyanyian diiringi bangsi, Tradisi puteri menjadilah tular, Semakin diisi semakin berisi, Belon jawapnya wahai sang ular. 10
Ular itu pun terdiam sebelum akhirnya tersenyum. “Betul. Kau boleh pergi” cakap ular kepada Pipit. Dengan hati yang lega, Pipit segera terbang melepasi ular itu dan meneruskan perjalanan ke puncak gunung. 11
Setelah beberapa jam yang melelahkan, akhirnya dia tiba di sebuah kawasan yang bercahaya samarsamar. Di tengah-tengah kawasan itu, dia melihat bunga yang bersinar indah. Semakin Si Pipit mendekat dengan sinaran indah itu semakin terserlah keindahan Bunga Raya yang dicaricarinya. Pipit segera mengambil bunga itu dengan paruhnya dan bersedia untuk pulang. 12
Namun, tiba-tiba angin kencang bertiup dan seekor burung helang besar muncul dari langit.“Siapa yang berani mengambil Bunga Raya?” tanya burung helang dengan suara garang. “Saya hanya mahu menyembuhkan ibu saya yang sakit. Tolong biarkan saya pergi,” rayu Pipit. Burung helang itu merenungnya seketika sebelum berkata, “Aku boleh membiarkan kau pergi, tetapi hanya jika kau berjanji akan menggunakan bunga ini dengan bijak dan tidak mementingkan diri sendiri” kata burung helang kepada Pipit. Pipit segera mengangguk. “Saya berjanji!” kata Si Pipit. Burung helang itu tersenyum dan berkata, “Pergilah, dan semoga ibumu sembuh.” 13
Dengan penuh kesyukuran, Pipit segera pulang. Dia melintasi semua rintangan yang telah dia hadapi sebelum ini, dan akhirnya sampai ke sarangnya. 14
Dengan berhati-hati, dia meletakkan kelopak Bunga Raya di paruh ibunya. Perlahan-lahan, warna di bulu ibunya kembali berseri dan matanya terbuka. “Pipit?” suara ibunya lemah tetapi penuh kasih sayang.“Ibu! Ibu sudah sembuh!” seru Pipit dengan gembira. 15
Burung tua-tua di hutan datang untuk melihat keajaiban itu, dan mereka semua bersorak gembira. Kisah keberanian dan kasih sayang Pipit tersebar ke seluruh hutan, dan dia dikenang sebagai burung kecil yang berani menghadapi segala cabaran demi menyelamatkan ibunya. Sejak hari itu, Pipit dan ibunya hidup bahagia bersama, dan mereka sentiasa menghargai setiap saat yang mereka luangkan bersama. Pipit belajar bahawa dengan keberanian dan kasih sayang, tiada halangan yang tidak dapat diatasi. 16
Ajaib : Sangat menghairankan, aneh, ganjil, pelik (luar biasa atau jarang terdapat dsb) Bangsi : Serunai (daripada buluh) Berbahaya : Sesuatu yg (dapat) mendatangkan bencana (kecelakaan, nahas, dll) Cangkerang : Kulit luar yg keras Dagang : Berniaga Deras : cepat (laju) sekali (aliran air, sesuatu gerakan, dsb) Sarang : Tempat burung tinggal Tular : Membiak atau menjangkit Mendesis : Berkata dengan perlahanlahan,berbisik,membisik Lelah : Penat Nada : Bunyi yang tertentu tinggi rendahnya. Pantun : Puisi lama yg biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Pajak : Kuasa untuk mengerjakan sesuatu dengan membayar Samar-samar : Kurang jelas GLOSARI
Cerita ini mengisahkan tentang seekor anak burung yang bernama Sang Pipit. Sang Pipit menggembara ke dalam hutan yang penuh dengan cabaran dan halangan untuk mencari sekuntum bunga ajaib yang boleh menyembuhkan ibunya yang jatuh sakit. Adakah si Pipit selamat kembali? Adakah ibunya dapat sembuh dari sakit tersebut? SINOPSIS