The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJALAH ELITE KOMANDER KESATRIA SHAH ALAM - EDISI 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azrin Kun, 2019-08-13 00:52:44

MAJALAH ELITE KOMANDER KESATRIA SHAH ALAM - EDISI 2

MAJALAH ELITE KOMANDER KESATRIA SHAH ALAM - EDISI 2

KARYA KREATIF

GURINDAM NASIHAT
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Inilah dia fenomena masyarakat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Marilah kita pakat mengingat,
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la Esok atau lusa mungkin kiamat,
minyak gamat. Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Semua nak tunjuk kuat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Masa tu, sindri mau ingat.
Tapi hidup pula yang melarat. Semoga ianya dapat mengingatkan kita
Yang perempuan, pakai mini sekerat. supaya segera meninggalkan maksiat
Suka pakai baju ketat. dan memperbanyakkan ibadat.
Suka sangat menunjukkan pusat. -KOMPENI G-
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.

ANTARA ANJING DAN AWEK CUN

Lembu : Hai anjing, apa khabar? Macam ada yang tak kena saja?
Anjing : Aku tengah tertekan ni. Kalau diikutkan, nak saja aku gigit manusia tadi.
Lembu : Eh, Kenapa?
Anjing : Macam ini, aku lalu tepi dua orang manusia tadi. Lelaki dan perempuan, mereka
sedang berkepit. Tiba-tiba, si Lelaki terperanjat dan terus melompat sambil berkata ‘hoi anjing,
pergi jauh-jauh, najis betul’.
Lembu : Mestilah, engkau haram. Najis tahap berat bagi manusia.
Anjing : Walaupun aku najis, kalau tersentuh aku masih lagi boleh disamak. Tapi yang dia entuh dan raba
awek dia itu apa? Boleh ke samak dosa?
Lembu : Betul tu, memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan yang sah, dosanya lebih berat dari
pada memegang engkau. Malah tidak boleh dicuci sekalipun disamak.
Anjing : Wah, pandai juga engkau ini, nampaknya selepas ini manusia kena ubah pepatah mereka
“pandai seperti lembu”.

Oleh: MOHD NAJIB, D-COY

99 | ELITE EDISI 2

KARYA KREATIF

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan
warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mem-
pengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah
komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keser-
entakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini
terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak
berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini
amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interfe-
rens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan
dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi
yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan
bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya
sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas
taichinya.

Wallahualam. -Nani 8245 (ED)

100 | ELITE EDISI 2

KARYA KREATIF

ANALOGI KEAMANAN

Oleh: KRM ADHWADIN BIN MOHAMMAD
Merah sungainya
Tangisan nyanyiannya
Kelabu mataharinya
Itulah permandangan sanubari di sana
Tidakkah kita sedar?
Tidakkah kita ingin mengubah?
Siapa kita untuk mengedahkannya?
Dayus semuanya…
Anak-anak ingin bermain riang.
Keluarga ingin bersantai..
Tapi hasrat itu tertangguh
Dek kerakusan rejim zalim
Ketamakan logistic dunia
Ayuh semua..
Mengerah keringat!
Membanting tulang
Mendamaikan kembali
Memulangkan kembali nostalgia indah
Keamanan yang sudah dirampas itu..
Kita bina keamanan sejagat

101 | ELITE EDISI 2

KARYA KREATIF

102 | ELITE EDISI 2

ELITE

PENGGERAK EVOLUSI KOMANDER

SKUAD KHAS

KESATRIA

103 | ELITE EDISI 2

PASUKAN KHAS KAWAD

PA S K A D

PASUKAN TEMPUR TANPA SENJATA

TTS

104 | ELITE EDISI 2

104 | ELITE EDISI 2

ELITE

PENGGERAK EVOLUSI KOMANDER

SEGMEN

IKLAN

106 | ELITE EDISI 2

CEMPAKA corner

s45 seksyen 2,
40450 shah alam





AUTOGRAF

ELITE

PENGGERAK EVOLUSI KOMANDER

TAMAT | ELITE EDISI 2

PUSAT KO-KURIKULUM Bahagian HEP & Alumni
Dewan Serbaguna Kolej Delima
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : +603 5544 3548
No. Faks : +603 5544 4011

MPKK Sebarang cadangan/aduan sila berhubung ke:

SIDANG REDAKSI ELITE

Majlis Perwakilan Komander Kesatria
Universtiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
[email protected]

DIKELUARKAN UNTUK KOANDER KESATRIA UiTM SHAH ALAM SAHAJA


Click to View FlipBook Version