The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zawani.iium, 2022-06-19 05:43:05

teks dai cilik

teks dai cilik

NAMA PESERTA : NOOR IZIATY SYUHADA
SEKOLAH : SK SEKSYEN 7 KOTA DAMANSARA
Tajuk : TUTUPLAH AURATMU
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 ( SEMAKAN )

Assalamualaikum w.b.t . Hai kawan-kawan, apa khabar semua ? Saya harap
kawan-kawan semua sihat walafiat. Cuba kawan-kawan lihat pakaian saya,
Kemas kan ? bersihkan ?
Ha, kawan-kawan jangan ingat pakaian kita hanya perlu bersih dan kemas
sahaja. Tetapi, pakaian kita mestilah menutup aurat dengan sempurna.
Sebabnya, apabila aurat terjaga, maruah terpelihara.
Apa maksud aurat ? Aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan
tidak boleh didedahkan. Batasan aurat bagi lelaki dan perempuan adalah
berbeza.

Bagi lelaki, aurat mereka ialah dari pusat hingga lutut, manakala bagi
perempuan pula seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Apakah pula hukum menutup aurat? Adakah wajib? Atau Sunat ? atau
Makruh? Haa..hukumnya mestilah wajib.

Sebagaimana firman Allah S.W.T di dlam surah An.Nur ayat 31 :

Maksudnya : “ Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya.”

Berdasarkan firman Allah SWT ini,tahu lah kita bahawa menutup aurat itu
wajib dan orang yang mendedahkan aurat akan mendapat dosa dan dimurkai
oleh Allah SWT. Nauzubillah..

Baiklah kawan-kawan, mengapa kita perlu menutup aurat?

Nasyid / Syair

Muslim beriman indah akhlaknya,
Menutup aurat banyak hikmahnya,
Bukti ketaatan pada yang Esa,
Maruah diri juga terjaga.

Oleh itu, faham lah kita kenapa kita perlu menutup aurat.

Kawan-kawan nak tahu tak Apa pula ciri-ciri pakaian yang menepati Syarak?

Pakaian yang menepati Syarak ialah:

Yang pertama : tidak ketat
Yang kedua : tidak jarang hingga menampakkan warna kulit aurat

ditutup.
Yang ketiga : tidak menonjol dan menarik perhatian.

Jadi ingatlah , kita perlulah sentiasa memakai pakaian yang menutup aurat kita
dengan sempurna.

Namun hari ini, saya berasa sangat sedih sekali..

Sajak Isu Semasa

Lihatlah kepada kehidupan masyarakat,
Apabila kita tidak menjaga aurat,
Si dara bertudung singkat berpakaian ketat,
Si lelaki mulalah datang memikat,
Syaitan mula bermain jerat,
Akhirnya terjebak dalam maksiat,
Maruah diri musnah tergugat.

Sirah
Janganlah kita lupa, Rasulullah ada mengingatkan..
Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah dilihat oleh baginda dan
salah satunya ialah perempuan-perempuan yang membuka aurat, yang
cenderung melakukan maksiat dan mendorong orang lain juga melakukan
maksiat. Kepala mereka mempunyai sanggul seperti bonggol unta yang senget.

Apa kata Rasulullah?
Mereka tidak akan masuk syurga, serta tidak dapat mencium baunya.

Justeru iti,
Saya menyeru kepada semua ibu bapa, didiklah anak-anak menutup aurat
sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Saya sarankan juga kepada para peniaga, juallah pakaian yang menepati Syarak
supaya hidup sentiasa diberkati Allah.

Saya akhiri dengan pantun yang berbunyi:

Jika di atas terdedah di bawah terbelah,
Inginkah mendapat murka ASllah?
Jika di atas ketat di bawah sendat,
Bagaimana hidup mendapat berkat?

Sekian terima kasih..


Click to View FlipBook Version