KIMIA TINGKATAN 4
AMALI KIMIA
TINGKATAN 4
NAMA: ______________________
TINGKATAN: ______________________
MODUL AMALI KIMIA 1
KIMIA TINGKATAN 4
STRUKTUR ATOM
Jirim
Aktiviti 1 : Menentukan takat lebur dan takat beku naftalena.
Takat lebur sesuatu bahan ialah suhu tetap di mana bahan itu dalam keadaan pepejal
bertukar menjadi cecair pada tekanan tertentu manakala takat beku pula ialah suhu
tetap di mana bahan itu dalam keadaan cecair bertukar menjadi pepejal pada tekanan
tertentu.
Takat lebur dan takat beku boleh digunakan untuk menguji ketulenan sesuatu bahan.
Bahan yang tulen mempunyai satu nilai takat lebur dan takat beku yang tertentu.
Manakala bahan tidak tulen melebur pada julat suhu bawah daripada takat beku bahan
tulen itu.
Bagaimanakah takat lebur dan takat beku suatu bahan ditentukan?
Dalam aktiviti ini anda akan menentukan takat lebur dan takat beku naftalena.
Naftalena sangat mudah terbakar.Oleh itu naftalena tidak dipanaskan secara terus,
sebaliknya kukus air digunakan.
Bahan : Serbuk naftalena
Radas : Tabung didih , termometer (0-1100C) , bikar 250 cm3 , kaki retort dengan
pemegang retort , penunu Bunsen , jam randik , tungku kaki tiga , kasa dawai ,
kelalang kon .
Prosedur :
Termometer
Naftalena Leburan
Air naftalena
Pemanasan naftalena Kelalang
2 MODUL AMALI KIMIA kon
Penyejukan naftalena
KIMIA TINGKATAN 4
A Pemanasan pepejal naftalena
1 Panaskan air di dalam bikar sehingga kira-kira 60 0C.
2 Isikan serbuk naftalena ke dalam sebuah tabung didih sehingga 1/3 penuh.
3 Panaskan naftalena dalam kukus air itu.Pastikan aras air lebih tinggi daripada
aras naftalena.
4 Kacau naftalena dengan termometer.
5 Catatkan suhu naftalena pada tiap-tiap 30 saat bermula daripada suhu 60 0C
hingga 90 0C. Kacau naftalena dengan termometer dari semasa ke semasa
dengan perlahan-lahan.
B Penyejukan cecair naftalena
1 Keluarkan tabung didih dalam bahagian A daripada kukus air.
2 Keringkan tabung didih itu.Masukkan tabung didih itu ke dalam sebuah kelalang
kon.
3 Catatkan suhu naftalena pada tiap-tiap 30 saat sehingga suhu turun ke kira-kira
650C.Naftalena hendaklah sentiasa dikacau.
Data dan Pemerhatian :
A Pemanasan naftalena
Masa/ s
Suhu/ 0C
Masa/ s
Suhu/ 0C
B Penyejukan naftalena
Masa/ s
Suhu/ 0C
Masa/ s
Suhu/ 0C
MODUL AMALI KIMIA 3
KIMIA TINGKATAN 4
Mentafsir Data :
1 Lukiskan dua graf suhu melawan masa pada paksi yang berlainan bagi
pemanasan dan penyejukan naftalena di muka surat 4 dan 5.
2 Berdasarkan graf yang dilukiskan, tentukan takat lebur dan takat beku bagi
naftalena.
Takat lebur : ………………………………………………
Takat beku : ………………………………………………
4 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
Pemanasan naftalena
MODUL AMALI KIMIA 5
KIMIA TINGKATAN 4
Penyejukan naftalena
6 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
Perbincangan :
1 Apakah yang dimaksudkan dengan
(a) takat beku?
……………………………………………………………………………..................
(b) takat lebur?
……………………………………………………………………………..................
2 Mengapakah naftalena tidak dipanaskan secara terus?
…………………………………………………………………………….......................
3 Mengapakah kukus air digunakan untuk memanaskan pepejal naftalena dalam
eksperimen ini?
…………………………………………………………………………….......................
4 Mengapakah cecair naftalena perlu dikacau semasa menyejuk?
…………………………………………………………………………….......................
5 Bahagian tengah kedua-dua graf pemanasan dan penyejukan naftalena
adalah hampir ufuk iaitu suhu tidak naik pada takat ini.Terangkan.
Proses pemanasan :
…………………………………………………………………………….....................
…………………………………………………………………………….....................
Proses penyejukan :
…………………………………………………………………………….....................
…………………………………………………………………………….....................
Kesimpulan :
……………………………………………………………………………...........................
MODUL AMALI KIMIA 7
KIMIA TINGKATAN 4
FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA
Formula kimia
Aktiviti 1 : Menentukan formula empirik magnesium oksida
Untuk menentukan formula empirik magnesium oksida, jisim magnesium dan oksigen
dalam magnesium oksida perlu diketahui.
Dalam aktiviti ini magnesium yang diketahui jisimnya dibiarkan terbakar atau bertindak
balas dengan oksigen dalam udara. Kemudian jisim magnesium oksida yang terhasil
dapat ditentukan.
Bahan : Pita magnesium , kertas pasir.
Radas : Mangkuk pijar dengan tudung, penyepit, penunu Bunsen, tungku kaki
tiga, alas segitiga tanah liat.
Prosedur :
PitaMamgnaegsinuemsium TLidudung
ribbon Mangkuk pijar
Mangkuk
Panaskan
1 Timbang sebuah mangkuk pijar bersama-sama dengan tudungnya.
2 Bersihkan 10 cm pita magnesium dengan kertas pasir.
3 Gulungkan pita magnesium dan masukkan ke dalam mangkuk pijar.Timbang
mangkuk dengan tudung bersama dengan kandungan.
4 Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
5 Panaskan mangkuk pijar tanpa penutup dengan kuat.Sebaik sahaja
magnesium mulai terbakar , tutup mangkuk pijar.
6 Sekali sekala buka tudung mangkuk pijar dan tutup semula dengan cepat.
Jangan biarkan wasap putih terbebas keluar.
7 Apabila semua magnesium sudah terbakar , padamkan api penunu Bunsen.
8 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
8 Timbang semula mangkuk pijar bersama-sama kandungannya apabila
kesemuanya sejuk.
9 Ulangi proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga suatu jisim
tetap diperolehi.
Data dan Pemerhatian
Bahan/radas Jisim (g)
Mangkuk pijar + tudung
Mangkuk pijar + tudung + magnesium
Mangkuk pijar + tudung + magnesium oksida
Mentafsir Data
1 Berdasarkan keputusan di atas, hitungkan :
(a) jisim
(i) magnesium : …………………………………………................................
(ii) oksigen : …………………………………………................................
(b) bilangan mol
(i) magnesium : …………………………………………................................
(ii) oksigen : …………………………………………................................
2 Tentukan formula empirik magnesium oksida.
………………………………………………………………………...............................
Perbincangan :
1 Mengapakah pita magnesium perlu dibersihkan dengan kertas pasir?
………………………………………………………………………...............................
2 Mengapakah tudung mangkuk pijar perlu dibuka sekali sekala?
………………………………………………………………………...............................
MODUL AMALI KIMIA 9
KIMIA TINGKATAN 4
3 (i) Nyatakan nama bagi wasap putih yang terhasil.
……………………………………………………………………….....................
(ii) Mengapa perlu untuk tidak membiarkan sebarang wasap putih terbebas
keluar daripada mangkuk pijar?
……………………………………………………………………….....................
4 Mengapakah proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan diulangi
sehingga mendapat suatu jisim yang tetap.
………………………………………………………………………...............................
5 Tuliskan persamaan bagi tindak balas antara magnesium dengan oksigen.
………………………………………………………………………...............................
Kesimpulan :
……………………………………………………………………….........................................
10 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
JADUAL BERKALA UNSUR
Unsur Kumpulan 1
Eksperimen 1 : Sifat kimia Unsur Kumpulan 1.
Unsur Kumpulan 1 juga dikenali sebagai logam alkali.
Unsur Kumpulan 1 bertindak balas cergas dengan air untuk menghasilkan larutan
hidroksida logam yang bersifat alkali dan gas hidrogen.
Unsur Kumpulan 1 juga bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan oksida
logam. Oksida logam yang terhasil boleh larut dalam air menghasilkan larutan
hidroksida logam yang beralkali.
Dalam eksperimen ini anda akan mengkaji sifat kimia dan kereaktifan logam alkali iaitu
litium, natrium dan kalium melalui tindak balas logam-logam tersebut dengan air dan
oksigen.
Tujuan : Untuk mengkaji sifat kimia Unsur Kumpulan 1 melalui tindak balas unsur-
unsur itu dengan air dan oksigen.
Pernyataan masalah : Bagaimanakah kereaktifan unsur-unsur Kumpulan 1 berubah
apabila bertindak balas dengan air dan oksigen?
Bahan : Litium, natrium, kalium, kertas litmus merah, balang gas berisi oksigen, kertas
turas, air suling.
Radas : Balang gas, pisau, besen, sudu balang gas.
A : Tindak balas logam alkali dengan air.
Hipotesis : Semakin ke bawah kedudukan logam alkali dalam Kumpulan 1, semakin
reaktif tindak balas logam tersebut dengan air.
Pembolehubah :
Dimanipulasikan : Jenis logam alkali
Kereaktifan tindak balas
Bergerak balas : Air dan saiz logam alkali.
Dimalarkan :
MODUL AMALI KIMIA 11
KIMIA TINGKATAN 4
Prosedur :
1 Potong ketulan kecil litium menggunakan pisau .
2 Keringkan permukaan berminyak litium dengan kertas turas.
3 Masukkan air suling ke dalam sebuah besen sehingga separuh penuh.
4 Letakkan ketulan litium di atas permukaan air dalam besen.
5 Apabila tindak balas berhenti, uji larutan yang terhasil dengan kertas litmus
merah.
6 Demonstrasi oleh guru : Guru kamu akan mengulangi langkah 1 hingga 4
menggunakan natrium dan kalium bagi menggantikan litium.
7 Rekod semua pemerhatian dalam jadual.
Data dan Pemerhatian :
Unsur Kumpulan 1 Pemerhatian
Litium
Natrium
Kalium
Mentafsir Data :
Berdasarkan keputusan di atas,
(a) nyatakan secara umum hasil -hasil tindak balas logam alkali dengan air.
…………………………………………………………………………………….................
(b) susun unsur-unsur kumpulan 1 mengikut kereaktifan yang menaik.
…………………………………………………………………………………….................
12 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
Perbincangan :
1 Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara
(a) litium dengan air : ………………………………………………………..........
(b) natrium dengan air : ………………………………………………………..........
(c) kalium dengan air : ………………………………………………………..........
2 Mengapakah kertas litmus berubah warna dalam eksperimen ini?
…………………………………………………………………………………...............
3 Mengapakah eksperimen yang melibatkan natrium dan kalium dicadangkan
dijalankan oleh guru bukannya murid-murid?
…………………………………………………………………………………...............
4 Adakah logam-logam alkali menunjukkan sifat-sifat kimia yang sama?
Berikan sebab bagi jawapan anda.
…………………………………………………………………………………...............
…………………………………………………………………………………...............
Kesimpulan :
…………………………………………………………………………………...........................
MODUL AMALI KIMIA 13
KIMIA TINGKATAN 4
B : Tindak balas logam alkali dengan gas oksigen
Hipotesis : Semakin ke bawah kedudukan logam alkali dalam kumpulan 1, semakin
reaktif tindak balas logam tersebut dengan oksigen.
Pembolehubah :
Dimanipulasikan : Jenis logam alkali
Kereaktifan tindak balas
Bergerak balas : Oksigen dan saiz logam alkali.
Dimalarkan :
Prosedur :
1 Potong ketulan kecil litium menggunakan pisau .
2 Keringkan permukaan berminyak litium dengan kertas turas.
3 Letakkan ketulan litium dalam sudu balang gas.
4 Panaskan ketulan litium dengan kuat sehingga terbakar. Dengan segera
pindahkan sudu balang gas ke dalam balang gas yang mengandungi oksigen.
5 Apabila tindak balas berhenti, tuangkan 10 cm3 air suling ke dalam balang gas.
Goncang balang gas dan uji larutan yang terhasil dengan kertas litmus merah.
6 Demonstrasi guru : Guru kamu akan mengulangi langkah 1 hingga 5
menggunakan natrium dan kalium bagi menggantikan litium.
7 Rekod pemerhatian dalam jadual.
Data dan Pemerhatian Pemerhatian
Unsur Kumpulan 1
Litium
Natrium
Kalium
14 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
Mentafsir Data :
Berdasarkan keputusan di atas,
(a) nyatakan secara umum hasil -hasil tindak balas logam alkali dengan oksigen.
…………………………………………………………………………………….................
(b) susun unsur-unsur Kumpulan 1 mengikut kereaktifan yang menaik.
…………………………………………………………………………………….................
Perbincangan :
1 Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara :
(a) litium dengan oksigen : ……………………………………………………….
(b) natrium dengan oksigen : ……………………………………………………….
(c) kalium dengan oksigen : ……………………………………………………….
2 Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas hasil pembakaran litium dengan air.
………………………………………………………………………………...................
3 Adakah logam alkali menunjukkan sifat kimia yang sama? Terangkan.
………………………………………………………………………………..................
………………………………………………………………………………...................
Kesimpulan :
……………………………………………………………………….........................................
MODUL AMALI KIMIA 15
KIMIA TINGKATAN 4
ELEKROKIMIA
ELEKTROLISIS
Eksperimen 1 : Mengkaji faktor kepekatan ion/elektrolit ke atas hasil
elektrolisis larutan akueus natrium klorida
Larutan akueus terhasil apabila bahan dilarutkan dalam air. Contohnya larutan akueus
natrium klorida, NaCl terhasil apabila natrium klorida dilarutkan dalam air. Larutan
akueus natrium klorida mengandungi ion-ion natrium, Na+ dan ion-ion klorida, Cl- serta
ion-ion hidrogen, H+ dan ion-ion hidroksida, OH- (daripada penceraian air)
NaCl → Na+ + Cl-
H2O H+ + OH-
Semasa elektrolisis, ion-ion klorida, Cl- dan ion-ion hidroksida, OH- akan bergerak ke
anod sementara ion-ion hidrogen, H+ dan ion-ion natrium, Na+ bergerak ke katod. Ion
manakah yang akan dipilih untuk dinyahcas di anod dan di katod? Ini kerana hanya
satu jenis ion sahaja akan dipilih untuk dinyahcas di elektrod.
Larutan elektrolit yang pekat akan menyebabkan kepekatan ion-ion daripada elektrolit
dalam larutan adalah tinggi. Contohnya, larutan akueus natrium klorida pekat
mengandungi kepekatan ion klorida yang tinggi berbanding ion hidroksida dalam
larutannya. Bagaimanakah kepekatan ion mempengaruhi pemilihan ion untuk
dinyahcas di elektrod?
Pernyataan masalah : Bagaimanakah kepekatan ion klorida, Cl- mempengaruhi
pemilihan nyahcas ion di elektrod semasa elektrolisis larutan
natrium klorida, NaCl?
Hipotesis : Apabila kepekatan larutan natrium klorida tinggi, ion klorida akan dipilih
untuk dinyahcas di elektrod (anod) semasa elektrolisis larutan natrium
klorida.
Pembolehubah :
Dimanipulasikan : Kepekatan ion klorida
Bergerak balas : Ion dinyahcas di elektrod
Dimalarkan : Jenis elektrolit/larutan natrium klorida, jenis elektrod/elektrod
karbon
Bahan : Larutan akueus natrium klorida, NaCl, 0.001 mol dm-3, larutan akueus
16 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
Radas natrium klorida, NaCl, 1.0 mol dm-3, kertas litmus merah, kayu uji
: Bateri, elektrod karbon, sel elektrolisis, wayar penyambung dengan
klip buaya, ammeter, tabung uji dan suis.
Prosedur :
Elektrod Larutan natrium klorida 1.0 mol dm-3
karbon
A
A Elektrolisis larutan akueus natrium klorida, NaCl, 0.001 mol dm-3
1 Isikan sel elektrolisis dengan larutan akueus natrium klorida, NaCl, 0.001 mol
dm-3 sehingga separuh penuh.
2 Susunkan radas seperti rajah di atas.
3 Hidupkan suis untuk alirkan arus elektrik selama 20 minit.
4 Uji gas yang dibebaskan di anod dengan menggunakan kayu uji berbara dan
uji gas di katod dengan menggunakan kayu uji menyala.
5 Catatkan pemerhatian anda.
B Elekrolisis larutan akueus natrium klorida, NaCl, 1.0 mol dm-3
6 Ulangi langkah 1 hingga 3 dengan menggunakan larutan akueus natrium
klorida, NaCl, 1.0 mol dm-3 bagi menggantikan larutan natrium klorida, NaCl,
0.001 mol dm-3.
7 Uji gas yang dibebaskan di anod dengan menggunakan kertas litmus biru
lembap dan uji gas di katod dengan menggunakan kayu uji menyala.
8 Catatkan pemerhatian anda.
Data dan Pemerhatian :
MODUL AMALI KIMIA 17
KIMIA TINGKATAN 4
Larutan Pemerhatian
Larutan natrium klorida, Di anod Di katod
NaCl, 0.001 mol dm-3
Larutan natrium klorida,
NaCl, 1.0 mol dm-3
Perbincangan :
1 Berdasarkan kepada eksperimen di atas, lengkapkan jadual di bawah.
Larutan Larutan natrium klorida, Larutan natrium klorida,
Ion-ion yang hadir
NaCl, 0.001 mol dm-3 NaCl, 1.0 mol dm-3
Ion- ion yang Anod
bergerak ke Katod
elektrod
Ion yang di Anod
nyahcas di Katod
elektrod
Setengah Anod
persamaan di Katod
elektrod
Anod
Hasil elektrolisis
di elektrod Katod
18 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
Kesimpulan :
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
MODUL AMALI KIMIA 19
KIMIA TINGKATAN 4
Eksperimen 2 : Mengkaji faktor jenis elektrod ke atas hasil elektrolisis larutan
akueus kuprum(II) sulfat, CuSO4
Jenis elektrod yang digunakan semasa elektrolisis akan mempengaruhi jenis ion yang
dinyahcas. Ini bermakna hasil elektrolisis bergantung kepada jenis elektrod yang
digunakan.
Larutan akueus kuprum(II) sulfat, CuSO4 mengandungi ion-ion kuprum(II), Cu2+, ion-
ion sulfat, SO42-, ion-ion hidrogen, H+, dan ion-ion hidroksida, OH-
CuSO4 → Cu2+ + SO42-
H2O H+ + OH-
Ion-ion sulfat, SO42- dan ion-ion hidroksida, OH- akan bergerak ke anod sementara ion-
ion kuprum(II), Cu2+ dan ion-ion hidrogen, H+ akan bergerak ke katod.
Apakah ion-ion yang anda jangkakan akan dipilih untuk dinyahcas di elektrod jika
elektrod kuprum digunakan semasa elektrolisis?.
Pernyataan masalah
Bagaimanakah jenis elektrod mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcas di
elektrod?
Hipotesis
Apabila elektrod kuprum digunakan selain daripada elektrod karbon, jenis hasil
yang terbentuk di anod adalah berbeza.
Pembolehubah dimanipulasikan
Jenis elektrod
Pembolehubah bergerak balas
Hasil elektrolisis di anod
Pembolehubah dimalarkan
Kepekatan larutan kuprum(II) sulfat
Bahan
Larutan kuprum(II) sulfat, 1.0 mol dm-3
Radas
20 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
Bateri, sel elektrolisis, elektrod karbon, elektrod kuprum, wayar penyambung
dengan klip buaya, ammeter
Prosedur
Elektrod karbon
Larutan kuprum(II) sulfat,
1.0 mol dm-3
A
A Elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4 dengan menggunakan elektrod
karbon
1 Isikan sel elektrolisis dengan larutan kuprum(II) sulfat, 1.0 mol dm-3 sehingga
separuh penuh
2 Susunkan radas seperti rajah di atas.
3 Hidupkan suis untuk alirkan arus elektrik selama 15 minit.
4 Uji gas yang dibebaskan di anod dengan menggunakan kayu uji berbara.
5 Catatkan pemerhatian di anod dan di katod serta warna elektrolit.
B Elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4 dengan menggunakan elektrod
kuprum
6 Bersihkan kepingan kuprum dengan menggunakan kertas pasir
7 Ulangi langkah 1 hingga 3 dengan menggunakan elektrod kuprum bagi
menggantikan elektrod karbon
8 Catatkan pemerhatian di anod dan di katod serta warna elektrolit.
Data dan Pemerhatian
MODUL AMALI KIMIA 21
KIMIA TINGKATAN 4
Jenis Di anod Pemerhatian Warna elektrolit
elektrod Di katod
Karbon
Kuprum
Perbincangan
1 Berdasarkan kepada eksperimen di atas, lengkapkan jadual di bawah.
Jenis elektrod Karbon Kuprum
Ion-ion yang hadir
Ion- ion yang Anod
bergerak ke Katod
elektrod
Ion yang di nyah Anod
cas di elektrod Katod
Setengah Anod
persamaan di Katod
elektrod
Hasil elektrolisis Anod
di elektrod Katod
2. Nyatakan perubahan warna larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4 dalam
eksperimen B. Terangkan jawapan anda?
22 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
.........................................................................................................................
.........................................................................................................................
.........................................................................................................................
Kesimpulan
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
Siri Elektrokimia
MODUL AMALI KIMIA 23
KIMIA TINGKATAN 4
Eksperimen : Membina siri elektrokimia dengan mengukur perbezaan voltan
pasangan logam dalam sel kimia (sel ringkas)
Siri elektrokimia ialah susunan logam-logam mengikut tertib kecenderungan logam
membebaskan elektron untuk membentuk ion (kation). Siri elektrokimia dibina
berdasarkan kepada
(i) perbezaan voltan pasangan logam dalam sel kimia
(ii) kebolehan logam menyesarkan logam lain daripada larutan garamnya.
Sel kimia dapat dibina dengan mencelupkan dua kepingan logam berlainan ke dalam
suatu elektrolit. Logam yang lebih elektropositif mempunyai kecenderungan yang lebih
tinggi membebaskan elektron dan logam ini bertindak sebagai terminal negatif. Jika
logam A lebih elektropositif daripada logam B, maka A berada di atas B dalam siri
elektrokimia.
Apabila kedudukan dua buah logam berada lebih jauh antara satu sama lain dalam siri
elektrokimia maka nilai voltan semakin tinggi.
Pernyataan masalah
Bagaimanakah siri elektrokimia dapat dibina daripada perbezaan voltan
pasangan logam dalam sel ringkas?
Hipotesis
Semakin jauh kedudukan dua logam dalam siri elektrokimia, semakin tinggi nilai
voltan.
Pembolehubah dimanipulasikan
Pasangan logam
Pembolehubah bergerak balas
Nilai voltan // Beza upaya
Pembolehubah dimalarkan
Jenis elektrolit // larutan kuprum(II) sulfat, kepekatan elektrolit/kuprum sulfat,
elektrod kuprum
Bahan
24 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
Larutan kuprum(II) sulfat 1.0 mol dm-3, kepingan kuprum, kepingan zink, pita
magnesium, kepingan ferum, kepingan aluminium dan kepingan plumbum.
Radas
Voltmeter, bikar, wayar penyambung dengan klip buaya, dan kertas pasir.
Prosedur
Cu Zn
Larutan kuprum(II)
sulfat, 1.0 mol dm-3
1 Bersihkan setiap kepingan logam dengan kertas pasir untuk menyingkirkan
lapisan oksida pada permukaan logam.
2 Tuangkan 100 cm3 larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4 1.0 mol dm-3 ke dalam
sebuah bikar.
3 Sediakan sebuah sel ringkas dengan susunan radas seperti di atas.
4 Celupkan kepingan kuprum, Cu dan kepingan zink, Zn ke dalam larutan
kuprum(II) sulfat dalam bikar.
5 Hidupkan suis dan rekodkan bacaan maksimum pada voltmeter.
6 Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan menggunakan pita magnesium, kepingan
ferum, kepingan aluminium dan kepingan plumbum secara bergilir-gilir bagi
menggantikan logam zink.
Data dan Pemerhatian
Pasangan logam Bacaan voltan/V Terminal negatf
Kuprum – zink
Kuprum – magnesium
Kuprum – ferum
Kuprum – aluminium
Kuprum – plumbum
Mentafsir data
MODUL AMALI KIMIA 25
KIMIA TINGKATAN 4
1 Berdasarkan kepada eksperimen di atas, lengkapkan jadual di bawah.
Pasangan logam Setengah Setengah Persamaan tindak
persamaan di persamaan di balas keseluruhan
Kuprum – zink terminal negatif terminal positif
Kuprum – magnesium
Kuprum – ferum
Kuprum – aluminium
Kuprum – plumbum
2 Berdasarkan keputusan eksperimen di atas, susun logam mengikut tertib
keelektropositifan menurun.
...........................................................................................................................
Kesimpulan
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
26 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
ASID DAN BES
Aktiviti Makmal : Menentukan takat akhir pentitratan semasa peneutralan
larutan natrium hidroksida dengan asid hidroklorik.
Kaedah pentitratan digunakan untuk memastikan semua asid bertindak balas lengkap
dengan semua alkali.
Pentitratan asid-bes juga merupakan satu kaedah menentukan kepekatan larutan asid
atau alkali di mana kepekatan salah satu bahan larutan tersebut diketahui.
Peneutralan adalah lengkap apabila bilangan mol ion hidrogen, H+, daripada larutan
asid adalah sama dengan bilangan mol ion hidroksida, OH-, daripada larutan alkali.
Takat di mana keadaan tersebut tercapai dikenali sebagai takat kesetaraan. Ini
bermakna takat akhir pentitratan telah dicapai. Takat akhir pentitratan dapat dikesan
dengan menggunakan suatu penunjuk. Penunjuk akan bertukar warna pada takat akhir
pentitratan. Takat akhir ialah isi padu asid yang ditambah untuk meneutralkan larutan
bes dengan sempurna.
Contoh penunjuk yang biasa digunakan dalam kaedah pentitratan ialah fenolftalein dan
metil jingga.
Medium Warna fenolftalein Warna metil jingga
Alkali Merah jambu Kuning
Neutral Tanpa warna Jingga
Asid Tanpa warna Merah
Persamaan kimia yang terlibat ialah
HCl + NaOH → NaCl + H2O
Persamaan ion yang terlibat ialah
H+ + OH- → H2O
1 mol asid hidroklorik bertindak balas dengan 1 mol sodium hidroksida menghasilkan 1
mol natrium klorida dan 1 mol air.
MODUL AMALI KIMIA 27
KIMIA TINGKATAN 4
Bilangan mol asid = kepekatan (molariti) asid x isipadu asid = 1
Bilangan mol bes kepekatan (molariti) bes x isipadu bes 1
Bahan
Larutan asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol dm-3 , larutan natrium hidroksida, NaOH,
1.0 mol dm-3 , penunjuk fenolftalein, air suling.
Radas
Pipet 25.0 cm3, pengisi pipet, buret, kelalang kon 250 cm3, kaki retort dengan
pengapit, jubin putih.
Prosedur
Asid hidroklorik
25.0 cm3 larutan natrium
hidroksida + fenolftalein
1 Bersihkan pipet 25.0 cm3 dengan air suling dan kemudian bilas dengan sedikit
larutan natrium hidroksida, NaOH, 1.0 mol dm-3.
2 Pindahkan 25.0 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH, 1.0 mol dm-3 dengan
menggunakan pipet 25.0 cm3 ke dalam kelalang kon yang bersih. Tambahkan
3 titik fenolftalein. Rekodkan warna larutan.
3 Bersihkan buret dengan air suling dan kemudian bilas dengan dengan sedikit
asid hidroklorik , HCl, 1.0 mol dm-3.
4 Isi buret dengan larutan asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol dm-3 dan apitkan pada
kaki retort.
5 Rekodkan bacaan awal buret.
6 Letakkan kelalang kon yang mengandungi 25.0 cm3 larutan natrium hidroksida
daripada langkah 2 di atas jubin putih yang diletakkan di bawah buret.
28 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
7 Buka pili buret dan alirkan larutan asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol dm-3 sedikit
demi sedikit daripada buret ke dalam kelalang kon sambil menggoncang
kelalang kon.
8 Hentikan penambahan asid hdroklorik daripada buret sebaik sahaja warna
larutan dalam kelalang kon berubah menjadi tanpa warna.
9 Rekodkan bacaan akhir buret.
10 Ulangi langkah 1 hingga 9 sebanyak 3 kali.
Data dan Pemerhatian
No pentitratan 1 (kasar) 2 3 4
Bacaan akhir
buret / cm3
Bacaan awal
buret / cm3
Isipadu asid
hidroklorik / cm3
Mentafsir Data
1. Hitung isipadu larutan asid hidroklorik yang digunakan.
2. Berapakah isipadu larutan asid hdroklorik, HCl diperlukan dengan tepat pada
takat akhir untuk meneutralkan 25.0 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH, 1.0
mol dm-3?
............................................................................................................................
3. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku dalam pentitratan asid-
bes di atas.
............................................................................................................................
MODUL AMALI KIMIA 29
KIMIA TINGKATAN 4
4. Hitung kepekatan larutan asid hidroklorik, HCl yang digunakan dalam unit
mol dm-3
[anggapkan kepekatan asid hidroklorik yang diberi tidak diketahui]
5. Mengapakah buret dibilas dengan larutan asid hidroklorik yang digunakan
dalam langkah 3?
............................................................................................................................
............................................................................................................................
6. Mengapakah jubin warna putih digunakan dalam aktiviti ini?
............................................................................................................................
............................................................................................................................
7. Nyatakan perubahan warna pada takat akhir pentitratan di atas.
............................................................................................................................
8. Aktiviti yang sama diulang dengan menggantikan asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol
dm-3 dengan asid sulfurik, H2SO4 1.0 mol dm-3
(i) Ramalkan isipadu asid sulfurik, H2SO4 1.0 mol dm-3 diperlukan untuk
meneutralkan 25.0 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH, 1.0 mol dm-3
30 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
.................................................................................................................
(ii) Terangkan jawapan anda dalam 8(i) di atas
.................................................................................................................
.................................................................................................................
Kesimpulan
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
MODUL AMALI KIMIA 31
KIMIA TINGKATAN 4
GARAM
Garam larut
Aktiviti 1: Menyediakan garam kuprum(II) sulfat.
Garam larut dapat disediakan melalui tindak balas asid dengan oksida logam (bes tak
larut).
→Acid + oksida logam garam + air
Oksida logam berlebihan ditambahkan kepada suatu isipadu tetap asid bagi
meneutralkan asid tersebut. Bes yang tidak bertindak balas dengan asid boleh
disingkirkan melalui penurasan. Hasil turasan adalah garam larut yang seterusnya
dipanaskan sehingga tepu dan disejukkan untuk menghablurkan garam tersebut.
Bahan:
Larutan asid sulfurik, H2SO4, 2 mol dm-3, serbuk kuprum(II) oksida, CuO
Radas:
Bikar, rod kaca, corong turas, kaki retort dan pengapit, penunu Bunsen,
kelalang kon, kertas turas, kasa dawai, tungku kaki tiga, mangkuk penyejat, silinder
penyukat, spatula.
Prosedur: Kuprum(II) oksida
Serbuk kuprum(II) berlebihan
oksida
Larutan Larutan
50 cm3 asid sulfurik garam garam
2.0 mol dm-3
Panaskan
1. Tuangkan 50 cm3 larutan asid sulfurik, H2SO4 , 2 mol dm-3 ke dalam bikar.
Hangatkan asid tersebut.
2. Dengan menggunakan spatula, tambahkan serbuk kuprum(II) oksida sedikit
demi sedikit ke dalam asid. Kacau campuran supaya sekata.
3. Teruskan menambah kuprum(II) oksida sehingga sebahagiannya tidak lagi
larut.
4. Singkirkan kuprum(II) oksida yang tidak bertindakbalas melalui penurasan.
32 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
5. Tuangkan hasil turasan ke dalam mangkuk penyejat. Panaskan dengan
perlahan-lahan larutan garam itu untuk menghasilkan larutan tepu.
6. Sejukkan larutan tepu tersebut sehingga hablur terbentuk.
7. Turaskan hablur kuprum(II) sulfat.
Data dan pemerhatian
Warna hablur garam yang terhasil: ...............................................................................
Perbincangan
1. Apakah yang kamu perhatikan apabila kuprum(II) oksida ditambahkan ke dalam
larutan asid sulfurik?
............................................................................................................................
2. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas di antara kuprum(II) oksida dan
asid sulfurik.
............................................................................................................................
3. Mengapakah serbuk kuprum(II) oksida ditambahkan sehingga berlebihan.
............................................................................................................................
4. Nyatakan bahan lain yang boleh ditindak balaskan dengan asid sulfurik bagi
menghasilkan garam kuprum(II) sulfat, CuSO4.
............................................................................................................................
5. Namakan jenis tindak balas dalam penyediaan garam kuprum(II) sulfat, CuSO4
di atas.
............................................................................................................................
6. Beri satu contoh tindak balas lain dalam penyediaan garam .
............................................................................................................................
MODUL AMALI KIMIA 33
KIMIA TINGKATAN 4
Garam tak larut
Eksperiment : Membina persamaan ion bagi pembentukan
plumbum(II) kromat(VI), PbCrO4.
Garam tidak larut dapat disediakan melalui tindak balas penguraian ganda dua. Tindak
balas penguraian ganda ialah tindak balas di mana ion-ion bahan tindak balas saling
bertukar untuk membentuk dua sebatian baru. Kedua-dua bahan mesti larut supaya
terdapat ion-ion bebas yang hadir yang dapat bertindak balas antara satu dengan yang
lain.
Persamaan ion ialah persamaan yang menunjukkan ion-ion yang mengalami
perubahan dalam sesuatu tindak balas. Persamaan ion bagi pembentukan suatu
garam tak larut dapat ditentukan secara eksperimen melalui kaedah perubahan
berterusan.
Penyataan masalah:
Bagaimanakah menentukan persamaan ion bagi pembentukan plumbum(II)
kromat(VI).
Hipotesis:
Jika isipadu larutan kalium kromat(VI) bertambah, maka ketinggian mendakan kuning
plumbum(II) kromat(VI) akan bertambah.
Pemboleh ubah:
Dimanipulasi : Isipadu larutan kalium kromat(VI)
Bergerak balas: Ketinggian ketinggian mendakan kuning plumbum(II) kromat(VI)
akan bertambah.
Dimalarkan : Isipadu dan kepekatan larutan plumbum(II) nitrat, kepekatan
larutan kalium kromat(VI), saiz tabung uji.
Bahan:
Larutan plumbum(II) nitrat, 0.5 mol dm-3, larutan kalium kromat(VI), 0.5 mol dm-3
Radas:
7 tabung uji, rak tabung uji, buret, rod kaca, pembaris meter, penyumbat.
34 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
Prosedur:
1. Label 7 tabung uji yang sama saiz dari nombor 1 hingga 7 dan letakkan dalam rak
tabung uji.
2. Isikan buret dengan larutan plumbum(II) nitrat, 0.5 mol dm-3. Alirkan 5.00 cm3
larutan plumbum(II) nitrat ke dalam setiap tabung uji.
3. Isikan buret yang kedua dengan larutan kalium kromat(VI), 0.5 mol dm-3.
Tambahkan larutan kalium kromat(VI) ke dalam setiap tabung uji mengikut isipadu
yang ditetapkan dalam Jadual 1.
4. Tutup setiap tabung uji dan goncangkan dengan sekata.
5. Biarkan selama setengah jam supaya mendakan itu mendap.
6. Ukur ketinggian mendakan dalam setiap tabung uji.
7. Catatkan warna larutan di atas mendakan dalam setiap tabung uji.
8. Rekodkan bacaan dan pemerhatian seperti dalam Jadual 1.
Data dan Pemerhatian
Tabung uji 1234 5 67
Isipadu larutan plumbum(II) 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
nitrat, 0.5 mol dm-3 (cm3)
Isipadu larutan kalium 1.00 2.00 3.00 4.00 5.00 6.00 7.00
kromat(VI), 0.5 mol dm-3 (cm3)
Ketinggian mendakan (cm)
Warna larutan di atas mendakan
Jadual 1
Mentafsir data
1. Plotkan graf ketinggian mendakan melawan isipadu larutan kalium kromat(VI) di
muka surat 35.
2. Hitung bilangan mol ion plumbum(II) dalam setiap tabung uji.
3. Daripada graf, tentukan isipadu larutan kalium kromat(VI) yang bertindak balas
lengkap dengan 5.00 cm3 larutan plumbum(II) nitrat. Terangkan jawapan anda.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
MODUL AMALI KIMIA 35
KIMIA TINGKATAN 4
36 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
4. Hitung bilangan mol kalium kromat(VI) yang bertindak balas lengkap dengan
5.00 cm3 larutan plumbum(II) nitrat.
5. Hitung bilangan mol ion kromat yang akan bergabung dengan 1 mol ion
plumbum(II).
6. Berdasarkan jawapan anda di (4), bina satu persamaan ion bagi pembentukan
plumbum(II) kromat(VI).
..................................................................................................................................
Perbincangan
1. Tabung uji yang sama diameter mesti digunakan. Mengapa?
..................................................................................................................................
2. Apakah warna
(a) larutan kalium kromat
..........................................................................................................................
(b) larutan plumbum(II) nitrat
..........................................................................................................................
(c) plumbum(II) kromat(VI)
..........................................................................................................................
MODUL AMALI KIMIA 37
KIMIA TINGKATAN 4
3. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara plumbum(II) nitrat dengan
kalium kromat(VI).
..................................................................................................................................
4. Mengapakah isipadu larutan plumbum(II) nitrat dimalarkan?
..................................................................................................................................
5. Isipadu kalium kromat(VI) yang berbeza ditambahkan kepada setiap tabung uji.
Mengapa?
..................................................................................................................................
Kesimpulan
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
38 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
Aktiviti 2 : Menguji kehadiran anion-anion dalam larutan akueus garam.
Kehadiran anion-anion boleh dikenalpasti daripada gas-gas yang terbebas apabila
sesuatu garam dipanaskan. Selain itu, kita juga boleh mengenalpasti kehadiran anion
dengan cara menjalankan ujian ke atas larutan garam akues.
Dalam aktiviti ini, kehadiran anion seperti ion karbonat, CO32-, ion klorida, Cl-, ion
sulfat, SO42- dan ion nitrat, NO3- dalam larutan garam akues akan dikenalpasti.
Bahan :
Tabung uji, spatula, rod kaca, tiub penyambung, penunu Bunsen, penyepit,
penyumbat.
Radas:
Larutan natrium karbonat, Na2CO3, 1 mol dm-3, larutan natrium klorida, NaCl,
1 mol dm-3, larutan natrium sulfat, Na2SO4, 1 mol dm-3, larutan natrium nitrat, NaNO3, 1
mol dm-3, larutan ferum(II) sulfat , FeSO4, 1 mol dm-3, larutan argentum nitrat, AgNO3,
0.1 mol dm-3, larutan barium klorida, BaCl2, 1 mol dm-3, larutan asid sulfurik, H2SO4, 1
mol dm-3, larutan asid hidroklorik, HCl, 2 mol dm-3, larutan asid nitrik, HNO3, 2 mol dm-
3, kertas litmus merah, larutan asid sulfurik, H2SO4 pekat, air kapur.
Prosedur:
(a) Ion karbonat, CO32-
1. Tuangkan 3 cm3 larutan natrium karbonat, Na2CO3 ke dalam tabung uji.
2. Tambahkan asid hidroklorik, HCl cair.
3. Alirkan gas yang terbebas ke dalam air kapur.
(b) Ion klorida, Cl-
1. Tuangkan 2 cm3 larutan natrium klorida, NaCl ke dalam tabung uji.
2. Tambahkan asid nitrik, HNO3 air.
3. Kemudian tambahkan 2 cm3 larutan argentum nitrat, AgNO3
(c) Ion sulfat, SO42-
1. Tuangkan 2 cm3 larutan natrium sulfat, Na2SO4 ke dalam tabung uji.
2. Tambahkan asid hidroklorik, HCl cair.
3. Kemudian tambahkan 2 cm3 larutan barium klorida, BaCl2.
MODUL AMALI KIMIA 39
KIMIA TINGKATAN 4
(d) Ion nitrat, NO3-
1. Tuangkan 2 cm3 larutan natrium nitrat, NaNO3 ke dalam tabung uji.
2. Asidkan larutan tersebut dengan menambahkan 2 cm3 asid sulfurik, H2SO4 cair
ke dalam tabung uji.
3. Kemudian tambahkan 2 cm3 larutan ferum(II) sulfat, FeSO4. Goncangkan
supaya sekata.
4. Condongkan tabung uji dan dengan berhati-hati tambahkan asid sulfurik, H2SO4
pekat supaya mengalir mengikut dinding tabung uji. Jangan goncang tabung uji
tersebut.
Data dan pemerhatian
Anion Pemerhatian Inferen
Ion karbonat, CO32-
Ion klorida, Cl-
Ion sulfat, SO42-
Ion nitrat, NO3-
Perbincangan
1. Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas antara asid dan ion karbonat, CO32-
............................................................................................................................
2. Dalam ujian bagi ion klorida, Cl-, ion sulfat, SO42- dan ion nitrat, NO3-, larutan
mesti ditambahkan dengan asid terlebih dahulu sebelum menambahkan reagen
lain. Mengapa?
............................................................................................................................
3. Lengkapkan jadual berikut:
40 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
Ujian Namakan mendakan Tuliskan persamaan ion
Ion klorida, Cl- putih yang terhasil bagi tindak balas berlaku
Ion sulfat, SO42-
MODUL AMALI KIMIA 41
KIMIA TINGKATAN 4
Aktiviti 3 : Menguji kehadiran kation-kation dalam larutan akueus garam.
Kehadiran kation-kation dalam larutan garam akueus boleh dikesan menggunakan dua
larutan alkali biasa iaitu larutan natrium hidroksida, NaOH dan larutan ammonia, NH3.
Fungsi alkali-alkali tersebut adalah untuk menghasilkan suatu hidroksida logam.
Ion logam + ion hidroksida hidroksida logam
Bahan:
Larutan aluminium nitrat, Al(NO3)3, 1 mol dm-3, larutan kalsium nitrat, Ca(NO3)2, 1 mol
dm-3, larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4, larutan ferum(II) sulfat, FeSO4, larutan ferum(III)
klorida, FeCl3, larutan plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2, 1 mol dm-3, larutan magnesium
nitrat, Mg(NO3)2, 1 mol dm-3, larutan zink nitrat, Zn(NO3)2, 1 mol dm-3, larutan
ammonium klorida, NH4Cl, 1 mol dm-3, larutan natrium hidroksida, NaOH, 2 mol dm-3,
larutan ammonia, NH3, 2 mol dm-3
Radas:
Tabung uji, bikar, penitis, penunu Bunsen, kertas litmus merah.
Prosedur:
(A) Menggunakan larutan natrium hidroksida, NaOH
1. Tuangkan 2 cm3 larutan aluminium nitrat, Al(NO3)3 ke dalam tabung uji.
2. Menggunakan penitis, tambahkan beberapa titis larutan natrium hidroksida,
NaOH ke dalam tabung uji. Goncang supaya sekata.
3. Perhatikan
(a) samada mendakan terbentuk
(b) warna mendakan yang terbentuk
4. Jika mendakan terbentuk, teruskan menambahkan larutan natrium hidroksida,
NaOH sehingga tiada sebarang perubahan berlaku. Pastikan campuran
tersebut digoncang dengan sekata.
5. Perhatikan samada mendakan itu larut dalam larutan natrium hidroksida, NaOH
berlebihan.
6. Ulangi langkah-langkah 1 hingga 5 dengan menggunakan larutan-larutan kation
yang disenaraikan dalam Jadual 3 untuk menggantikan larutan aluminium nitrat,
Al(NO3)3.
7. Rekodkan pemerhatian-pemerhatian.
(B) Menggunakan larutan ammonia, NH3
42 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
1. Ulangi langkah-langkah 1 hingga 7 dalam Bahagian A dengan menggunakan
larutan ammonia, NH3 untuk menggantikan larutan natrium hidroksida, NaOH.
2. Rekodkan pemerhatian-pemerhatian.
Data dan pemerhatian
Pemerhatian
Larutan kation Kation Larutan natrium Larutan ammonia,
Aluminium nitrat, hidroksida, NaOH NH3
Al(NO3)3
Kalsium nitrat,
Ca(NO3)2
Kuprum(II) sulfat,
CuSO4
Ferum(II) sulfat,
FeSO4
Ferum(III) klorida,
FeCl3
Plumbum(II) nitrat,
Pb(NO3)2
Magnesium nitrat,
Mg(NO3)2
Zink nitrat,
Zn(NO3)2
Ammonium klorida,
NH4Cl
MODUL AMALI KIMIA 43
KIMIA TINGKATAN 4
Perbincangan
1. Senaraikan kation-kation yang bertindak balas dengan kedua-dua alkali yang
menghasilkan:
Nama kation Tuliskan persamaan ion bagi
Mendakan hijau pembentukan mendakan
Mendakan perang
Mendakan biru
2. (i) Nyatakan kation yang bertindak balas dengan kedua-dua alkali yang
membentuk mendakan putih yang tidak larut dalam alkali berlebihan.
........................................................................................................................
(ii) Tuliskan persamaan ion bagi pembentukan mendakan putih di 2 (i).
.......................................................................................................................
3. (i) Nyatakan kation yang bertindak balas dengan kedua-dua alkali yang
membentuk mendakan putih yang larut dalam alkali berlebihan.
........................................................................................................................
(ii) Tuliskan persamaan ion bagi pembentukan mendakan putih di 3 (i).
.......................................................................................................................
4. Kation yang manakah membentuk mendakan yang larut dalam larutan
ammonia, NH3 menghasilkan larutan biru gelap?
............................................................................................................................
5. Kation yang manakah membentuk mendakan yang larut dalam larutan
ammonia, NH3 menghasilkan larutan tidak berwarna?
............................................................................................................................
44 MODUL AMALI KIMIA
KIMIA TINGKATAN 4
6. Bolehkah kita hanya menggunakan dua reagen seperti larutan natrium
hidroksia, NaOH dan larutan ammonia, NH3 untuk membezakan dan
mengenalpasti semua kation-kation di atas?
Terangkan jawapan anda.
............................................................................................................................
...........................................................................................................................
MODUL AMALI KIMIA 45