The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BHARATH KUMAR RAJINDRAN, 2023-10-09 12:47:58

BUKU PROGRAM MSSS KABADDI 2023

BUKU PROGRAM MSSS KABADDI 2023

MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR (MSSS) TAHUN 2023 PENGELOLA: JABATANPENDIDIKANSELANGOR,PEJABATPENDIDIKANDAERAHSEPANG,SJK(T)BBST ANJURAN:UPBM JPNSELANGOR SELASA - KHAMIS (10 - 12 OKTOBER 2023 ARENA BANDAR BARU SALAK TINGGI KABADDI Kejohanan 8.00 PAGI-5.30 PETANG


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEPANG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH kata alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim... Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah-Nya, kita dapat melangsungkan Kejohanan Kabaddi Majlis Sukan Sekolah Selangor 2023. Tahniah dan syabas kepada pentadbir Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Baru Salak Tinggi serta ahli jawatankuasanya yang berjaya mengelolakan kejohanan ini. Sebagaimana kita sedia maklum, aktiviti sukan sama ada sukan tenis atau permainan sukan yang lain sangat penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa tercinta ini. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekaligus mengeratkan tali silaturrahim selaras dengan kehendak YAB Perdana Menteri kita. Aspek ini juga sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membina Negara Bangsa dan membangunkan modal insan selaras dengan Fasafah Pendidikan Negara. Sukan bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan fizikal malah membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, menyusun strategi dan membina semangat berpasukan. Selain itu semangat kesukanan yang tinggi di kalangan atlet juga dapat melatih diri untuk mempunyai minda terbuka dan sanggup menerima apa jua keputusan dan responsif kepada pelbagai situasi. Saya percaya murid-murid yang berada dihadapan ini adalah murid-murid yang cemerlang dalam bidang sukan di sekolah masing-masing. Kejohanan ini merupakan satu medan untuk kita semua menunjukkan potensi, kebolehan dan bakat. Merekalah yang akan mengharumkan nama Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah dan keluarga di kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia nanti. Kejayaan bukan datang dengan sekelip mata, ia memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi serta usaha kuat dan sokongan semua pihak. Saya juga percaya, berkat kerjasama yang terjalin erat antara kita, mampu melahirkan anak-anak yang berupaya menjadi pendukung kegemilangan negara melalui kejohanan yang kita anjurkan ini. Saya yakin, para peserta kejohanan kali ini telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Apa yang kita lakukan ialah berjuang habis-habisan tanpa kenal erti penat dan putus asa. Berbalik kepada Kejohanan Kabaddi ini, saya juga ingin mengingatkan di sini, dalam kesibukan kita bersukan nanti, senantiasalah kita menyedari bahawa dalam sesuatu pertandingan, kemenangan atau kekalahan bukanlah ukuran penting untuk menentukan kualiti sesebuah pasukan. Pasukan yang berkualiti dan baik itu adalah pasukan yang senantiasa menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, bersatu padu, bertoleransi, sikap menerima kekalahan serta meraikan kemenangan yang tidak keterlaluan. Akhir kata, adalah diharapkan supaya kejohanan pada kali ini akan dimeriahkan dengan kejayaan dan semangat kesukanan yang tulen daripada semua atlet yang mengambil bahagian. Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada semua ahli jawantankuasa pelaksana yang telah menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan dedikasi. Datanglah ke kejohanan ini dengan seribu harapan dan pulanglah dengan kejayaan. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh.. Selamat maju jaya,


10 OKTOBER 2023 (SELASA) KATEGORI BAWAH 12 TAHUN LELAKI KATEGORI BAWAH 12 TAHUN PEREMPUAN TARIKH KEJOHANAN 11 OKTOBER 2023 (RABU) KATEGORI BAWAH 15 TAHUN PEREMPUAN KATEGORI BAWAH 18 TAHUN PEREMPUAN KATEGORI BAWAH 15 TAHUN LELAKI 12 OKTOBER 2023 (KHAMIS) KATEGORI BAWAH 18 TAHUN LELAKI


8 0. 0PAGI PENDAFTARAN DAN TIMBANG Tentatif KEJOHANAN 9.00PAGI KEJOHANAN BERMULA 1 3. 0 T/HARI REHAT 5.30PTG PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL 2 KEJOHANAN DISAMBUNG SEMULA .00PTG 6.00PTG BERSURAI HARI PERTAMA : EN.RAJOO SUNDARAM PKT., PJK.,PPA GURU BESAR - SJKT BBST HARI KEDUA : EN. SASHITHARAN PARAMASIVAM SETIAUSAHA KEHORMAT MAJLIS BELIA INDIA MALAYSIA NEGERI SELANGOR HARI KETIGA : EN. SIVAKUMAR A/L PERIASAMY YDP PIBG SJKT SEPANG


MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR (MSSS) 2023 KEJOHANAN KABADDI jawatankuasa pelaksana PENGERUSI : YG BHG TUAN HAJI ISHAK BIN ABDULLAH PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEPANG TIMBALAN PENGERUSI : EN NORAZLAN BIN AHMAD KANAL TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEPANG PTPS KABADDI : EN. ASOKAN A/L PERIYASAMY (RENDAH) - SJK (T) DENGKIL MSSD SEPANG EN. MURUGESSU A/L KALIAPPAN (MENENGAH) - SMK SUNGAI PELEK PENDAFRATAN & : EN. KUMARAN A/L MARUTHAVERAN - SJK (T) TELUK MERBAU TIMBANG BERAT PN. LAU CHIEW HUNG - SK BBST BUKU PROGRAM : EN. BHARATH KUMAR A/L RAJINDRAN - SMK SUNGAI RAWANG TEKNIKAL & STATISTIK : PN. KAMALADEVI A/P RENGASAMY - SK BBST CIK. NURUL ATIKAH BINTI ABDUL RAHIM - SK BBST PN. JANANY A/P PALANISAMY - SJK (T) DENGKIL JURUACARA : PN. AINA SOFIYA BINTI AHAMAD FAUZI - SK TAMAN SEROJA MAJLIS PERASMIAN & : EN. SIVANATHAN A/L ANBUSELVAM - SJK (T) BBST PENUTUPAN EN. MATHICHELVAN A/L KRISHNASAMY - SJK (T) AMPAR TENANG SIJIL/HADIAH : PN. MANGALA DEVI A/P MANIVANAN - SK METHODIST PERTOLONGAN CEMAS : EN. ARUL VENTHAN A/L HARI RAMAN - SK METHODIST & FOTOGRAFI PERSIAPAN TEMPAT : EN. SARAVANAN A/L RAMAN - SJK (T) SEPANG EN. SRI MAHATHEVAN A/L VADIVELU - SK TAMANN PUTRA PERDANA MAKAN/MINUM : PN. LEELAWATHY A/P KRISHNAN - SK METHODIST PN. VASANTHI A/P MANOGARAN - SJK (T) DENGKIL


SENARAI PENGERUSI TEKNIK PEMBANGUNAN SUKAN KABADDI NEGERI SELANGOR 2023 pengerusi teknik BIL NAMA NAMA SEKOLAH DAERAH 1 THURAIPANDIYAN A/L NYANA SENGRAM SJKT LADANG RIVER SELANGOR PTP NEGERI 2 SIVASANGKER SUNDRA RAJ PARTHEEBAN SJKT PJS 1 PTP PETALING UTAMA 3 ARUMUGAM A/L GOVINDASAMY SJKT RAWANG PTP GOMBAK (R) 4 RUKMONY A/P SHUNMUGAM SMK BUKIT GADING PTP GOMBAK (M) 5 K.NEDUNCHELIAN A/L M.KUPPUSAMY SJK(T) BANDAR MAHKOTA CHERAS PTP HULU LANGAT 6 THANA SEELAN A/L THIRUMANY SJKT BATANG KALI PTP HULU SELANGOR 7 KATHIRAVAN A/L ARJUNAN SMK KAMPONG JAWA, KLANG PTP KLANG 8 PATHMANATHAN A/L RAJARETHINAM SJKT SUNGAI MANGGIS PTP KUALA LANGAT (R) 9 MATHIVANAN A/L K.PERIASAMY SMK BANTING PTP KUALA LANGAT (M) 10 SIVAKUMAR A/L SEKHARAN SJKT LADANG SUNGAI TINGGI PTP KUALA SELANGOR (M) 11 DINESH A/L CHANDRAMOHAN SJKT VAGEESAR PTP KUALA SELANGOR (R) 12 KRISHNAN A/L PERUMAL KOLEJ TINGKATAN ENAM, PUCHONG PTP PETALING PERDANA (M) 13 KALA DEVI A/L NARAYANASAMY SMK PUCHONG UTAMA 1 PTP PETALING PERDANA (R) 14 PALANISAMY A/L JOSEPH SMK UNGKU AZIZ, SABAK BERNAM PTP SABAK BERNAM 15 MURUGESU A/L KALIAPPAN SMK SUNGAI PELEK, SEPANG PTP SEPANG (M) 16 ASOKAN A/L PERIYASAMY SJK TAMIL DENGKIL PTP SEPANG (R) 17 MUTHU ALAGAN PERIASAMY PKG KANCHONG DARAT PEGAWAI ICT KABADDI


BIL NAMA NAMA SEKOLAH DAERAH 1 VIKNESHWARAN A/LMUTHIAH SJKT SEPANG SEPANG 2 NAGA KANNAN A/L VADIVALE SK TAMAN PUTRA PERDANA SEPANG 3 KUKAN A/L NALLAPEN SJKT SEPANG SEPANG 4 KAMALADEVI A/P RENGASAMY SK BANDAR BARU SALAK TINGGI SEPANG 5 THARISHINI A/P MANA MOHAN SK KLIA SEPANG 6 DHARSHANAA A/P SUMNADE SK DESA PUTRA SEPANG 7 ASHVINIE A/P RAGUNATHAN SK SALAK SEPANG 8 KEERTHANA DEVI SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3 PETALING UTAMA 9 GHIRTHINI A/P MUNUSAMY SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA PETALING UTAMA 10 SATHIA KALAIVANI A/P RAJASEGARAN SJKT RRI SUNGAI BULOH PETALING UTAMA 11 GOBlE A/L KRISHNAN SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA PETALING UTAMA 12 PUNNIAH DEVAN A/L CHANDRAN SJKT PJS 1 PETALING UTAMA 13 ALICE A/P RAMAN SMK TELOK PANGLIMA GARANG KUALA LANGAT 14 TINISHAH A/P RAJEENDRAN SJKT SIMPANG MORIB KUALA LANGAT 15 SUNDHARI A/P MURUGAN SJKT PULAU CAREY SELATAN KUALA LANGAT 16 MANORANJINI A/P LOGANATHAN SMK BANDAR BANTING KUALA LANGAT 17 NANDINI A/P INDIRAN SMK TELOK PANGLIMA GARANG KUALA LANGAT 18 THIRUSELVAM K.PADMANABHAN SJKT LADANG GLENMARIE PETALING PERDANA 19 UMAMAGESWARAN KRISHNAN SJKT LADANG KINRARA PETALING PERDANA 20 LETCHUMI DAMODHARAN NAIR SMK PUCHONG UTAMA PETALING PERDANA 21 THANUJA SUBRAMANIAM SK PUSAT BANDAR PUCHONG 2 PETALING PERDANA 22 TAMILSELVIOLAKANATHAN SMK BANDAR PUCHONG JAYA PETALING PERDANA pegawai teknikal MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR (MSSS) 2023 KEJOHANAN KABADDI


BIL NAMA NAMA SEKOLAH DAERAH 23 POOBALASINGAM A/L KRISHNASAMY SK KHIR JOHARI SABAK BERNAM 24 NAGARAJAN A/L KARUPANAN SJKT BATU CAVES GOMBAK 25 KAMALVATHY A/P VETHACHALAM SJKT SARASWATHI SG BULOH GOMBAK 26 NESARAJAN A/L SUBARAYAN SK (2) TAMAN SELAYANG GOMBAK 27 JAYANTHY A/P ARUMUGOM SK 2 TAMAN KERAMAT GOMBAK 28 THAMINESH BARATH A/L SUKUMARAN SK PANDAN INDAH HULU LANGAT 29 SAMALA DEVI A/P PATHNPPAN SJKT BANGI HULU LANGAT 30 KAALiTASH SUBRAMANIAM SJKT RINCHING HULU LANGAT 31 SUMATHI A/P PATHIPPAN SJKT LADANG SEMENYIH HULU LANGAT 32 USHA DURAIRAJU SMK KAMPONG JAWA KLANG 33 MALANI DEVI A/P THILAINATHAN SMK KAMPONG JAWA KLANG 34 MAGESWARY A/P PARAMASIVAN SMK RANTAU PANJANG KLANG 35 PIREMADEVI A/P PERIYASAMY SJKT LADANG HIGHLANDS KLANG 36 PUNITHA MOHAN SJKT LADANG HIGHLANDS KLANG 37 KEHMALA A/P AYIABOO SJKT VAGEESAR KUALA SELANGOR 38 SHYLAJA WILLIAMS SM SAINS KUALA SELANGOR KUALA SELANGOR 39 SS PANDIAN SJKT BESTARI JAYA KUALA SELANGOR 40 SUGUMARAN A/L ARUMUGAM SJKT LADANG KAMPUNG BARU KUALA SELANGOR 41 GANESH A/L VANNIMUTHU SMK SERI TANJONG KUALA SELANGOR 42 TAVAMALAR A/P JAYARAMAN SJKT LADANG RAJA MUSA KUALA SELANGOR 43 KALAl CHELVI A/P PERUMAL SMK TIRAM JAYA KUALA SELANGOR 44 DEEPA SHANMUGAM SJKT SUNGAI RAMBAI KUALA SELANGOR pegawai teknikal MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR (MSSS) 2023 KEJOHANAN KABADDI


peNYERTAAN DAERAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR (MSSS) 2023 PENYERTAAN DAERAH MENGIKUT KATEGORI KEJOHANAN KABADDI


jadual pertandingan 10 OKTOBER 2023 (SELASA)


jadual pertandingan 11 OKTOBER 2023 (RABU)


jadual pertandingan 12 OKTOBER 2023 (KHAMIS)


PERATURAN & SYARAT 1. PERATURAN PERMAINAN KABADDI 1.1. Kejohanan Kabaddi MSSD Sepang akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh RULES OF KABADDI sebagaimana yang ditetapkan oleh WORLD KABADDI FEDERATION (WKF), ASIAN AMATEUR KABADDI FEDERATION (AAKF), PERSATUAN KABADDI MALAYSIA (KAM) dan peraturan am majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor. 2. PENYERTAAN 2.1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah di daerah Sepang. 2.2. Setiap sekolah hanya boleh mendaftar satu (1) pasukan sahaja bagi setiap kategori. 2.3. Bilangan peserta bagi setiap kategori bagi setiap pasukan adalah sekurang-kurangnya 7 orang dan tidak melebihi 12 orang pemain sahaja. 3. KELAYAKKAN PESERTA 3.1. Hanya peserta yang lahir pada tahun (Sila rujuk perenggan 5 kategori umur) dan selepasnya layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan. 3.2. Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan borang pendaftaran dan satu salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak / Sijil Lahir peserta yang mengambil bahagian. 3.3. Berat badan bagi pemain : 3.3.1. Kategori Umur Bawah 12 Tahun (lelaki & Perempuan - 55.5 Kg). 3.4.2. Kategori Umur Bawah 15 Tahun Lelaki – 70.5 Kg & Perempuan – 60.5 Kg. 3.4.3. Kategori Umur Bawah 18 Tahun Lelaki – 80.5 Kg & Perempuan – 70.5 Kg. 3.4. Semua pelajar diwajibkan melalui sesi menimbang berat pada masa yang ditentukan. (Hanya dibenarkan 2 kali sesi penimbangan sahaja) 4. KATEGORI UMUR (LELAKI & PEREMPUAN) 4.1. Lelaki & Perempuan bawah umur 12 tahun (lahir pada tahun 2011 dan selepasnya) 4.2. Lelaki & Perempuan bawah umur 15 tahun (lahir pada tahun 2008 dan selepasnya) 4.3. Lelaki & Perempuan bawah umur 18 tahun (lahir pada tahun 2005 dan selepasnya) 5. PENDAFTARAAN 5.1. Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 12 orang pemain sahaja dalam borang pendaftaran rasmi. Borang pendaftaran rasmi ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar, Pengetua ATAU PK Kokurikulum sekolah masing-masing. Semua murid perlu mengisi borang perakuan kesihatan. 5.2. Peserta hendaklah terdiri daripada WARGANEGARA MALAYSIA. 5.3. Semua peserta WAJIB membawa kad pengenalan asal atau Salinan Surat Beranak yang disahkan pentadbir sekolah masing-masing (murid sekolah rendah) sebagai pengesahan rasmi. Surat akuan, Surat Sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN DITERIMA. (Sila rujuk Peraturan AM 4 MSSM). 5.4. Pendaftaran Pengurus Pasukan, Jurulatih perlu disertakan dengan gambar pasport. Penganjur akan sediakan pas / tag untuk semua jurulatih dan pengurus.


PERATURAN & SYARAT 6. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN 6.1. Lelaki & Perempuan Umur Bawah 12 tahun 6.2. Lelaki & Perempuan Umur Bawah 15 tahun 6.3. Lelaki & Perempuan Umur Bawah 18 tahun 7. SISTEM PERTANDINGAN 7.1. Sistem pertandingan yang dijalankan adalah secara liga dan kalah mati. 7.2. Peraturan baharu dalam permainan kabaddi akan digunapakai dalam pertandingan peringkat MSS Selangor. Peraturan tersebut adalah: 7.2.1. Peraturan 30 saat (30 second rules) 7.2.2. Peraturan 3rd raid ( do or die) 7.2.3. Peraturan ‘Super tackle’ 7.2.4. Rolling subtitute 8. CARA-CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN 8.1. Pemenang perlawanan akan diberi tiga(3) mata, Seri akan diberi satu (1) mata, Manakala pasukan yang kalah tidak akan memperoleh apa-apa mata (0). 8.2. Pemenang kumpulan ialah pasukan yang mendapat jumlah mata terkumpul yang terbanyak dalam empat / tiga / dua perlawanan dalam kumpulan yang disertai. 8.3. Sekiranya seri, maka pemenang ialah pasukan yang memperolehi jumlah mata Permainan yang terbanyak. 9. TIME OUT 9.1. Sesebuah pasukan hanya dibenarkan menggunakan dua (2) time out dalam setiap separuh masa. 9.2. Time out hanya boleh dimohon oleh Jurulatih/ Pengurus pasukan / Ketua Pasukan. 10. PENGGANTIAN PEMAIN 10.1. Penggantian pemain boleh dilakukan apabila difikirkan perlu oleh, pengurus/jurulatih/ketua pasukan. (ROLLING SUBTITUTE) 10.2. Bilangan penggantian pemain dalam satu penggantian adalah 5 orang dan setiap pasukan dibenarkan membuat penggantian maksimum 2 kali sepanjang permainan. 11. PENGURUS PASUKAN 11.1. Pengurus Pasukan mestilah seorang guru dari sekolah yang terlibat. 11.2. Pengurus Pasukan mestilah berada di tempat pertandingan sepanjang masa pertandingan berjalan. 11.3. Pengurus Pasukan bertanggungjawab ke atas disiplin dan kehadiran peserta-peserta dan penyokong. Mata ‘teknikal’ akan diberi jika pengurus gagal mengawal peserta dan penyokongnya. 11.4. Pengurus Pasukan bertanggungjawab di atas segala urusan pertukaran peserta, bantahan atau perkara yang bersangkut paut dengan pasukannya.


12. JURULATIH PASUKAN 12.1. Jurulatih Pasukan mestilah seorang guru dari sekolah yang terlibat. 12.2. Jurulatih Pasukan mestilah berada di tempat pertandingan sepanjang masa pertandingan berjalan. 12.3. Jurulatih Pasukan bertanggungjawab Ke atas disiplin dan kehadiran peserta-pesertanya. 12.4. Jurulatih Pasukan bertanggungjawab di atas segala urusan pertukaran peserta, bantahan atau perkara yang bersangkut paut dengan pasukannya apabila menggantikan tempat Pengurus Pasukan. 13. MASA PERLAWANAN 13.1. Pusingan awal (Liga kumpulan) 13.2. Pertandingan Separuh Akhir dan Akhir 14. PASUKAN YANG LEWAT 14.1. Sekiranya sesebuah pasukan lewat sampai ke gelanggang permainan selepas lima (5) minit dari masa permainan dijadualkan, pasukan itu dianggap memberi kemenangan percuma (Walkover) kepada pasukan lawan. 14.2. Sekiranya sesebuah pasukan itu lewat sampai ke gelanggang permainan tetapi dalam tempoh kurang lima (5) minit, pasukan itu akan di denda dengan memberi mata teknikal kepada pasukan lawan. Bilangan mata teknikal adalah dua (2) kali ganda jumlah minit yang telah dilewati oleh pasukan. 15. KECEDARAAN, KETIDAKUPAYAAN DAN KECEMASAN 15.1. Sekiranya seseorang peserta tidak boleh meneruskan permainan akibat kecederaan, ketidakupayaan atau kecemasan, peserta tersebut boleh digantikan dengan pemain simpanan yang tersenarai dalam senarai asal pasukan. 15.2. Kecederaan ringan yang dialami oleh seseorang peserta haruslah ditutup / dibalut sepenuhnya dengan kadar segera supaya tidak mengganggu keselesaan permainan pihak lawan. 16.PERTUKARAN PEMAIN 16.1.Pertukaran peserta sesebuah pasukan hanya boleh dilakukan oleh Pengurus Pasukansatu (1) hari / (24 jam) sebelum acara bermula kepada Urusetia kejohanan. 16.2.Pertukaran peserta pada hari kejohanan tidak dibenarkan sama sekali. 16.3.Pertukaran peserta hanya bolehdilakukan dalam mesyuarat Pengurus Pasukan sahaja. PERATURAN & SYARAT


PERATURAN & SYARAT 17.PAKAIAN & PERALATAN PEMAIN 17.1 Semua pasukan diwajibkan memakai baju – T sekolah masing-masing atau jersey yang seragam untuk pasukan mereka. Baju – T yang digunakan mestilah mempunyai yang bernombor. Nombor di bahagian dada (Chest numbers) adalah digalakkan. 17.2 Seluar pendek sukan & Track bottom sahaja dibenarkan. Sebarang jenis seluar jeans, Bermuda shorts atau Cargo pants tidak dibenarkan. 17.3 Seluar pemain sesebuah pasukan haruslah mempunyai warna yang sama. Pemain dibenarkan memakai “Tights” 17.4 Pemain dibenarkan memakai ankle guard atau knee cap semasa bermain. 17.5 Pemakaian sebarang jenis bandage / balutan di tegah (TIDAK DIBENARKAN) sama sekali. 17.6 Pemakaian head gear sebagai penutup rambut dikepala dibenarkan. 17.7 Pakaian pemain hendaklah bersih dan kemas. Baju-T atau jersey pasukan hendaklah disemat (tuck in) dalam seluar sepanjang masa permainan. 17.8 Pemain DIWAJIBKAN memakai kasut sukan yang sesuai dan tidak berbahaya kepada pemain lain. 17.9 Pemain harus bersiap sedia sebelum masuk gelanggang dari segi fizikal dan pakaian. Sebarang ketidakaturan berkemungkinan diberi mata teknikal kepada pihak lawannya. 18.SUSUNAN GILIRAN PEMAIN 18.1 Senarai tujuh pemain utama hendaklah dimaklumkan kepada urusetia pertandingan dua puluh (20) minit sebelum pertandingan bermula. (Masa pertandingan, sila rujuk jadual pertandingan terkini atau akan diedarkan pada hari kejohanan). 18.2 Giliran penyerang (Raiding) oleh seseorang pemain tiada had. 19.BANTAHAN 19.1 Segala masalah berkaiatan dengan kelayakan (Status) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh bermaindi bawah bantahan (Under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSD Sepang. 19.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan pertandingan-pertandingan yang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta – merta dan tidak lewat daripada: 19.2.1 Lima (5) minit setelah keputusan rasmi diumumkan oleh pengadil bagi perlawanan tersebut di peringkat pusingan awal. 19.2.2 Sepuluh (10) minit setelah keputusan rasmi diumumkan oleh pengadil perlawanan tersebut di peringkat Akhir. 19.3 Sebarang bantahan secara lisan boleh dibuat terus kepada Pengadil perlawanan. Keputusan pengadil adalah muktamad. 19.4 Sebarang bantahan secara bertulis hendaklah dikemukan kepada Jemaah Juri Rayuan dalam tempoh masa 20 minit selepas perlawanan tamat. 19.5 Borang bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00 (Ringgir MalaysiaTiga Ratus Sahaja). Borang bantahan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan sama sekali.


20. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH 20.1 Pasukan yang terlewat masuk ke gelanggang pertandingan yang telah ditentukan oleh J/K Pengelola selepas lima (5) minit dari masa sebenar pertandingan yang termaktub dalam jadual pertandingan tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dana memberi kemenangan tanpa bertanding (walkover) kepada pihak lawan dengan kiraan mata 15 – 0. 20.2 Menarik diri (walkover) adalah tidak dibenarkan. Jika perkara ini berlaku maka pasukan berkenaan akan dikira sebagai menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh MSSD Sepang pada tahun berkenaan. 21. HADIAH 21.1 21.2 Pemain terbaik (Best Player) keseluruhan bagi setiap kategori (Lelaki & Perempuan) akan diberi hadiah. 22. JURI RAYUAN 22.1 Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada tiga (3) orang (minimum) atau Tujuh (7) orang (maksimum) daripada sekurang kurangnya 3 buah sekolah: 22.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya. 22.1.2 Setiausaha Agung MSSD Sepang / Wakilnya. 22.1.3 Pengerusi Teknik & Pembangunan Kabaddi Daerah Sepang. 22.1.4 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan / wakilnya. 22.1.5 3 orang Pengurus Pasukan daerah yang tidak terlibat dengan bantahan / kes tersebut. 23. BORANG PENYERTAAN 23.1 Borang penyertaan lengkap mestilah dihantar kepada jawatankuasa pertandingan pada Mesyuarat Pengurus Pasukan yang kedua / tarikh yang diputuskan dalam mesyuarat. 23.2 Borang penyertaan yang tidak lengkap tidak akan dilayan. 23.3 Kelewatan menghantar borang pendaftaraan akan mengakibatkan pasukan tersingkir daripada pertandingan. 23.4 Borang penyertaan yang lengkap mestilah disertakan dengan satu salinan dokumen pengenalan peserta (Kad Pengenalan atau Surat Beranak / Sijil Lahir). 23.5 Borang Penyertaan yang lengkap hendaklah dikirimkan kepada: Pengerusi, Jawatankuasa Pertandingan Kabaddi MSSD Sepang d/a: Guru Besar SJKT BBST (u/p : Urusetia Pertandingan Kabaddi) PERATURAN & SYARAT


PERATURAN & SYARAT 24. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR GELANGGANG PERTANDINGAN 24.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada gelanggang pertandingan dengan diiringi oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Pasukan. 24.2 Selepas tamat perlawanan, peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa keluar daripada gelenggang pertandingan dengan iringi oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Pasukan. 25. MEMANASKAN BADAN 25.1 Peserta –peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan oleh penganjur sahaja. 26. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 26.1 Tiap-tiap pertandingan akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang telah ditetapkan tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Kabaddi MSSD Sepang, berhak meminda susunan pertandingan jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindahan, Pengurus –pengurus Pasukan akan diberitahu. 26.2 Sebarang perkara ataupun syarat yang tidak dinyatakan, akan diputuskan mengikut budi bicara jawatankuasa pengelola setelah mendapat pandangan daripada Pengerusi Teknik Sukan Kabaddi Negeri Selangor. 27. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 27.1 Perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam pertandingan ini akan diuruskan oleh jawatankuasa Pengelola yang mana keputusannya adalah muktamad. 28. YURAN MASUK PERTANDINGAN 28.1 Tiada Yuran Pendaftaran 29. PENGADIL / PEGAWAI PERTANDINGAN 29.1 Jawatankuasa penganjur akan melantik pengadil / pegawai. 29.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh pengadil / pegawai perlawanan adalah muktamad.


PERATURAN & SYARAT 30. HAL-HAL LAIN 30.1 Tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut. 30.2 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, SESIAPAPUN TIDAK DIBENARKAN MASUK KE GELANGGANG PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN / VENUE CORDINATOR. 30.3 Jawatankuasa pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / atau kecederaan lain berlaku: 30.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan ke tempat pertandingan dan sebaliknya. 30.3.2 Semasa kejohanan dilangsungkan. 30.3.3 Di dalam dan di luar kawasan pertandingan. 30.3.4 Di tempat –tempat penginapan. 30.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan para peserta dan pegawai kejohanan terjamin setakat mana yang munasabah.


JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEPUTUSAN KEJOHANAN (LELAKI) BAWAH 12 TAHUN JOHAN NAIB JOHAN KETIGA (PEREMPUAN) BAWAH 12 TAHUN HARI PERTAMA


JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEPUTUSAN KEJOHANAN (PEREMPUAN) BAWAH 15 TAHUN JOHAN NAIB JOHAN KETIGA (PEREMPUAN) BAWAH 18 TAHUN HARI KEDUA


JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEPUTUSAN KEJOHANAN (LELAKI) BAWAH 15 TAHUN JOHAN NAIB JOHAN KETIGA (LELAKI) BAWAH 18 TAHUN HARI KEtiga


KEPUTUSAN SEMASA KABADDI MSSS


TERIMA KASIH KAMI INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEPANG, SJKT BANDAR BARU SALAK TINGGI, YDP PIBG SJKT SEPANG, PENGERUSI TEKNIK & PEMBANGUNAN SUKAN KABADDI NEGERI SELANGOR, SEMUA PENGERUSI TEKNIK & PEMBANGUNAN SUKAN KABADDI DAERAH, MAJLIS BELIA INDIA MALAYSIA, PERSATUAN KABADDI GURU-GURU SELANGOR, AHLI MAJLIS EN. SIVAKUMAR A/L PERIASAMY , AHLI MAJLIS EN. SUKUMARAN A/L KRISHNAN, AHLI MAJLIS EN. ARUMUGAM A/L RANGANATHAN, JAWATANKUASA PENGELOLA, PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL, PEGAWAI-PEGAWAI KONTIGEN DAERAH, SERTA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN KEJOHANAN INI. PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version