MAJLIS LATIHAN PERTANIAN KEBANGSAAN
(NATIONAL AGRICULTURE TRAINING COUNCIL)
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI
MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA AF-071-3:2015
PROGRAM OPERASI LADANG POLTRI
TAHAP 3
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI AF-071-3:2015 -C01
PENYELENGGARAAN LADANG AYAM
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA 1. LAKUKAN PENYELENGGARAAN PERALATAN REBAN
AYAM
NO. KOD
2. KELUARKAN SARAP TEBAL DARI REBAN AYAM
3. LAKUKAN AKTIVITI PEMUSNAHAN MAKHLUK
PEROSAK DI REBAN AYAM
4. LAKUKAN AKTIVITI PEMBERSIHAN REBAN AYAM
5. LAKUKAN NYAHKUMAN REBAN AYAM
6. LAKUKAN RAWATAN AIR MINUMAN
AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 1
DRP : 23
TAJUK:
RAWATAN AIR MINUMAN
TUJUAN:
Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai sumber air
minuman,kaedah merawat air minuman, pengambilan sampel air minuman untuk ujian
makmal dan rekod data rawatan air.
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 2
PENERANGAN:
DRPD : 23
1. SUMBER AIR MINUMAN
Sumber air minuman yang digunakan di ladang boleh diperoleh daripada pelbagai
sumber. Antara sumber air yang biasa digunakan adalah kolam tadahan, tube well
dan daripada syarikat bekalan air.
1.1 KOLAM TADAHAN
Kolam tadahan merupakan kolam yang dibina khas untuk penyimpanan air
mentah. Kolam tadahan air digunakan untuk menadah air hujan untuk
kegunaan ladang.
Gambarajah 1 Kolam Tadahan Air
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 3
DRPD : 23
Kolam tadahan air simen tertutup kalis perosak digunakan untuk menadah
dan merawat air
Gambarajah 2 Kolam Tadahan Air Simen
1.2 TUBE WELL
Tube well merupakan telaga yang digali untuk membekalkan bekalan air
bawah tanah kepada ladang.
Gambarajah 3 Proses Penggalian Tube Well.
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 4
DRPD : 23
Punca
elektrik
Saluran ke
tangki
tadahan
Pump air
Gambarajah 4 Sistem Bekalan Air Bawah Tanah
1.3 AIR DARIPADA SYARIKAT BEKALAN AIR
Air daripada syarikat bekalan air yang telah dirawat dan sedia untuk
digunakan.
i. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan
untuk air mentah sebelum rawatan dan air yang telah dirawat. Garis
panduan ini boleh digunakan sebagai sumber rujukan ketika
mengenalpasti kualiti air.
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 5
DRPD : 23
No. PARAMETERS UNIT RAW WATER
GROUP I MPN 5000
1 Total Coliform - -
2 E.Coli
3 Turbidity NTU 1000
4 Colour TCU 300
5 pH unit 5.5 - 9.0
6 Residue Chlorine mg/L
7 Total Chlorine mg/L -
-
GROUP II mg/L 1500
8 Total Dissolved Solids mg/L 6
9 Biological Oxygen Demand mg/L 10
10 Chemical Oxygen Demand mg/L -
11 Total Organic Carbon mg/L
12 Chloride mg/L 250
13 Anionic Detergent MBAS mg/L 1
14 Ammonia mg/L 1.5
15 Nitrate mg/L 10
16 Iron mg/L 1
17 Fluoride mg/L 1.5
18 Hardness mg/L
19 Aluminium mg/L 500
20 Manganese -
0.2
Gambarajah 5 Garis Panduan Kualiti Air Mentah Daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 6
DRPD : 23
No. PARAMETERS UNIT RAW WATER
GROUP III
mg/L 0.001
21 Mercury mg/L 0.003
22 Cadmium mg/L 0.01
23 Arsenic mg/L 0.07
24 Cyanide mg/L 0.05
25 Lead mg/L 0.05
26 Chromium mg/L
27 Copper mg/L 1
28 Zinc mg/L 3
29 Sodium mg/L 200
30 Sulphate 250
TRIHALOMETHANE mg/L -
mg/L -
31 Chloroform mg/L -
32 Bromoform mg/L -
33 Dibromochloromethane mg/L 0.01
34 Bromodichloromethane mg/L 0.05
35 Selenium mg/L 150
36 Silver -
37 Magnesium mg/L -
38 Boron mg/L 0.3
39 Nickel 0.002
40 Mineral Oil mg/L
41 Phenol 0.00003
mg/L 0.002
GROUP IV mg/L
mg/L 0.00003
42 Aldrin/Dieldrin mg/L
0.02
43 DDT 0.002
0.0002
44 Heptachlor & Heptachlor 0.001
Epoxide
45 Methoxychlor
46 Lindane (BHC)
47 Chlordane
48 Hexachlorobenzene
Gambarajah 6 Garis Panduan Kualiti Air Mentah Daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 7
DRPD : 23
No. PARAMETERS UNIT TREATED
WATER
GROUP I MPN Absent
1 Total Coliform - Absent
2 E.Coli
3 Turbidity NTU 5
4 Colour TCU 15
5 pH unit 6.5 - 9.0
6 Residue Chlorine mg/L 0.2 - 5.0
7 Total Chlorine mg/L 1
GROUP II
8 Total Dissolved Solids mg/L 1000
-
9 Biological Oxygen Demand mg/L -
-
10 Chemical Oxygen Demand mg/L
250
11 Total Organic Carbon mg/L -
12 Chloride mg/L 1.5
10
13 Anionic Detergent MBAS mg/L 0.3
0.4 - 0.6
14 Ammonia mg/L 500
0.2
15 Nitrate mg/L 0.1
16 Iron mg/L
17 Fluoride mg/L
18 Hardness mg/L
19 Aluminium mg/L
20 Manganese mg/L
Gambarajah 7 Garis Panduan Kualiti Air Yang Telah Dirawat Daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia.
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 8
.
DRPD : 23
No. PARAMETERS UNIT TREATED
WATER
GROUP III
21 Mercury mg/L 0.001
22 Cadmium mg/L 0.003
23 Arsenic mg/L 0.01
24 Cyanide mg/L 0.07
25 Lead mg/L 0.01
26 Chromium mg/L 0.05
27 Copper mg/L
28 Zinc mg/L 1
29 Sodium mg/L 3
30 Sulphate mg/L 200
250
TRIHALOMETHANE mg/L 0.2
31 Chloroform mg/L 0.1
32 Bromoform mg/L 0.1
33 Dibromochloromethane mg/L 0.06
34 Bromodichloromethane mg/L 0.01
35 Selenium mg/L 0.05
36 Silver mg/L 150
37 Magnesium mg/L 0.5
38 Boron mg/L 0.02
39 Nickel mg/L 0.3
40 Mineral Oil mg/L 0.002
41 Phenol
GROUP IV mg/L 0.00003
42 Aldrin/Dieldrin mg/L 0.002
43 DDT
0.00003
44 Heptachlor & Heptachlor Epoxide mg/L
0.02
45 Methoxychlor mg/L 0.002
46 Lindane (BHC) mg/L 0.0002
47 Chlordane mg/L 0.001
48 Hexachlorobenzene mg/L
Gambarajah 8 Garis Panduan Kualiti Air Yang Telah Dirawat Daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 9
DRPD : 23
ii. Piawaian kualiti air untuk kegunaan poltri adalah seperti jadual
dibawah:
Gambarajah 9 Kriteria Kualiti Air Untuk Poltri (Kirkpatrick & Fleming, 2008).
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 10
DRPD : 23
2. BAHAN UNTUK RAWATAN AIR MINUMAN
2.1 KLORIN (CALCIUM HYPOCHLORITE)
i. Klorin merupakan sejenis bahan kimia umum yang digunakan
untuk sanitasi air dan membasmi kuman. Klorin boleh didapati
dalam bentuk Calcium hypochlorite dan Sodium hypochlorite.
ii. Calcium hypochlorite Ca(OCl)2 untuk kegunaan rawatan air boleh
dijumpai dalam bentuk Chlorinated lime atau Bleaching powder
(serbuk peluntur); High Test Hypochlorite (HTH); atau kalsium
hypochlorite dalam bentuk tablet.
iii. Chlorinated lime atau Bleaching powder adalah dalam bentuk
serbuk putih. Ia mengandungi 20-35 peratus klorin (available
chlorine).
iv. High Test Hypochlorite (HTH) merupakan serbuk putih dan
mempunyai kepekatan klorin yang lebih tinggi iaitu 65 ke 70
peratus. Ia adalah lebih stabil.
v. Tablet diperbuat daripada campuran Calcium hypochlorite dengan
bahan lain bagi mencegah daripada menjadi serbuk,
menghentikan kelembapan dan membantu dalam melarutkan
klorin. Tablet boleh didapati dalam pelbagai saiz.
vi. Calcium hypochlorite secara umumnya adalah tidak stabil akan
hilang keberkesanannya jika disimpan lama. Kadar kehilangan
klorin akan bertambah cepat dengan adanya pencahayaan,
kepanasan, kelembapan dan pengudaraan. Semua bentuk klorin
perlu disimpan dengan betul.
Gambarajah 10 Serbuk Calcium Hypochlorite
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 11
DRPD : 23
2.2 TAWAS (ALUM/ ALLUMINIUM SULPHATE)
Tawas digunakan untuk mengentalkan keladak-keladak dan menjernihkan
air.
Gambarajah 11 Tawas
2.3 KAPUR (HYDRATED LIME)
Kapur digunakan untuk menaikkan nilai pH air mentah kepada pH yang
dikehendaki.
Gambarajah 12 Kapur
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 12
DRPD : 23
3. KAEDAH RAWATAN AIR MINUMAN
Rawatan air adalah satu proses untuk membuang bahan cemar (contaminants)
daripada air mentah untuk menghasilkan air yang selamat digunakan selain
memastikan air tidak keroh, tidak berwarna, tiada rasa dan bau. Kaedah rawatan
air yang biasa digunakan di ladang seperti berikut:
3.1 COAGULATION/ FLOCCULATION
Bahan penggumpal (coagulants), biasanya tawas (alum) akan ditambah
ke dalam air dan pembentukan partikel halus akan berlaku. Apabila
partikel halus tersebut digaulkan secara perlahan akan menyebabkan
partikel tersebut mengumpal dan bergabung menjadi mendapan yang
dikenali sebagai flocs. Flocs yang cukup berat akan mendap ke bawah
tangki. Melalui proses ini, air yang keroh dapat dijernihkan.
3.2 TAPISAN (FILTRATION)
Air yang telah selesai proses coagulation akan disalur melalui penapis
untuk menapis keluar partikel halus dan bakteria. Air yang telah ditapis
akan disimpan di dalam tangki air bersih untuk proses seterusnya iaitu
pembasmian kuman sebelum digunakan untuk seluruh ladang. Di reban,
penapis juga perlu dipasang sekiranya kandungan garam kalsium (calcium
salt) atau besi (iron) adalah tinggi dalam air. Ini akan menyebabkan injap
dan paip sistem drinker tersumbat. Sekiranya ini merupakan satu masalah,
adalah dinasihatkan supaya penapis dengan saiz jaringan (mesh size) 20
microns dipasang untuk menapis air ke reban.
Gambarajah 13 Penapis Untuk Menapis Air Bawah Tanah
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 13
3.3 PEMBASMIAN KUMAN
DRPD : 23
i. Dalam tangki air bersih, air akan dibasmi kuman untuk
memusnahkan mikroorganisma yang masih berada dalam air
selepas ditapis. Klorin akan digunakan untuk tujuan ini.
ii. Kepekatan klorin yang sesuai adalah antara 3-5 ppm pada peringkat
drinker.
iii. KIorin boleh dimasukkan ke dalam air dengan menggunakan klorin
proportioner (chlorinator) ataupun melalui larutan stok yang telah
dicampurkan daripada Calcium hypochlorite. Bagi membolehkan
contact time yang mencukupi, air yang telah melalui proses
pembasmi kuman akan ditadah dan ditahan dalam tangki air
sekurang-kurangnya 1 jam sebelum disalurkan ke sistem perpaipan
ladang.
iv. Klorin juga boleh dimasukkan ke dalam sistem air ladang dengan
cara shock chlorination dengan memasukkan klorin pada 50 -
200ppm. Tujuan utama shock chlorination adalah untuk sanitasi
telaga, paip dan peralatan lain yang air lalu. Ia bukan satu proses
yang berterusan dan tidak dapat melindungi telaga dan sistem
perpaipan bermasalah (defective) daripada komtaminasi yang
sentiasa hadir. Hanya sistem air yang dilindungi daripada
kontaminasi akan mendapat faedah daripada shock chlorination.
v. Superchlorination merupakan cara memasukkan klorin berkepekatan
tinggi ke dalam sistem paip reban dalam masa 12-24 jam sebagai
sebahagian daripada program pembasmian sistem perairan antara
gerompok. Untuk tingkatkan keberkesanan, sistem paip dalam
reban kena dibersihkan terlebih dahulu.
vi. Air yang dirawat perlu dipantau secara berkala untuk mengelakkan
air dengan kepekatan klorin tinggi disalurkan ke reban
memandangkan kepekatan klorin yang tinggi dalam air akan
merendahkan penggunaan air pada ayam.
vii. Kepekatan klorin dalam air rawatan perlu diuji dengan menggunakan
klorin testkit. Klorin testkit yang digunakan seharusnya hanya
mengesan residual klorin bebas yang terdapat dalam air dan
bukannya semua unsur klorin dalam air memandangkan klorin dalam
air boleh wujud dalam pelbagai bentuk.
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 14
DRPD : 23
viii. Jika air keroh, tawas digunakan terlebih dahulu sebelum
pembasmian kuman dilaksanakan.
Gambarajah 14 Klorin Dan PH Testkit
ix. Kepekatan klorin perlu diuji setiap hari bagi memastikan kepekatan
klorin adalah dalam lingkungan yang dikehendaki.
x. Propotioner (Chlorinator) digunakan untuk mencampurkan klorin ke
dalam air.
.
Gambarajah 15 Propotioner (Chlorinator)
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 15
DRPD : 23
xi. Pemasangan Chlorine proportioner pada telaga di mana air telaga
yang dirawat akan disimpan dalam holding tank.
Gambarajah 16 Pemasangan Chlorine Proportioner Pada Telaga
3.4 PENYEDIAAN LARUTAN CALCIUM HYPOCHLORITE UNTUK
MERAWAT AIR
i. Semua Calcium hypochlorite mengandungi bahan lengai yang tidak
dapat dilarutkan dalam air. Bahan lengai ini perlu diasingkan bagi
mengelakkan saluran daripada tersumbat.
ii. Setiap bentuk klorin akan mempunyai kepekatan yang berbeza.
Bagi memudahkan penggunaan, larutan klorin piawai 1% (10g klorin/
liter air atau 10,000mg/liter atau 10,000 ppm) akan disediakan. Ini
juga bertujuan untuk memastikan semua klorin dalam bentuk pepejal
dilarutkan sebelum digunakan.
iii. Kepekatan klorin dalam larutan yang disediakan tidak boleh melebihi
5%. Kalau melebihi, sebahagian klorin kemungkinan akan hilang
dalam mendapan.
iv. Pada kebiasaannya, Calcium hypochlorite akan dilarutkan dalam
satu bekas untuk membenarkan bahan lengai tersebut termendap
sebelum larutan klorin jernih disalurkan ke bekas lain.
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 16
DRPD : 23
v. Larutan klorin piawai yang disediakan perlu ditutup ketat dan
disimpan di kawasan yang sejuk, gelap, kering dengan bekas yang
tahan daripada menghakis. Kesan nyahkuman larutan klorin akan
berkurangan mengikut masa, oleh itu, hanya bancuh larutan yang
diperlukan untuk kegunaan 1-2 minggu.
vi. Formula pengiraan untuk penyediaan larutan klorin piawai adalah
seperti di bawah:
Calcium hypochlorite diperlukan (gram) = 1000 x V x C
S
Di mana: V = Isipadu tangki campuran dalam liter;
C = Kepekatan larutan klorin yang dikehendaki dalam %;
S = Kepekatan serbuk dalam peratus berat klorin.
Contoh:
Kirakan Calcium hypochlorite 20% yang diperlukan dalam gram untuk
menyediakan larutan klorin dengan kepekatan 0.5% (5 gram klorin per 1
liter air) menggunakan tangki dengan berisipadu 80 liter.
Calcium hypochlorite diperlukan = 1000 x 80 x 0.5
20
= 2000 gram
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 17
DRPD : 23
vii. Formula pengiraan untuk mendapat isipadu larutan klorin piawai
yang diperlukan untuk rawatan air di dalam tangki berdasarkan
contoh berikut:
Berapakah larutan klorin 2% perlu ditambahkan ke dalam 20 liter air untuk
mendapatkan kepekatan klorin 5mg/L (5ppm) dalam air?
i. Tentukan kepekatan klorin dalam 1 liter larutan klorin piawai
• Larutan klorin piawai 1% akan mengandungi 1% klorin
• 1l larutan klorin = 1000ml = 1000g = 1,000,000mg larutan klorin
• Setiap 1l (1,000,000mg) 2% (atau 0.02) adalah klorin
= 0.02x 1,000,000mg
= 20,000 mg klorin
Jadi, setiap 1 liter larutan klorin 2% akan mengandungi
20,000mg klorin.
ii. Kirakan jumlah klorin diperlukan untuk ditambahkan kepada 20 liter air
untuk dengan kepekatan klorin 5mg/l.
• 20l x 5 mg/l = 100mg klorin diperlukan.
iii. Kirakan isipadu larutan klorin 2% yang mengandungi 100mg klorin untuk
ditambahkan ke dalam 20 liter air.
• Ispapadu klorin diperlukan / Jumlah klorin dalam 1liter larutan
klorin 2%
= 100 mg / 20,000 mg/l
= 0.005 l larutan klorin 2%
= 5 ml larutan klorin 2%.
5ml larutan klorin 2% perlu ditambahkan ke dalam 20l air untuk
memastikan air tersebut mengandungi 5 mg/l klorin dalam air.
3.5 PENYELERASAN pH
pH akan diselaraskan dengan menggunakan kapur atau soda ash (sodium
carbonate) apabila pH air didapati rendah daripada piawaian, iaitu 6.5.
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 18
DRPD : 23
4. HANTAR SAMPEL AIR KE MAKMAL
Bagi memastikan kualiti air minuman, sampel air perlu diambil secara berkala
setiap tahun bagi memantau kandungan mikroorganisma dan kandungan mineral.
Tempat yang paling sesuai untuk mengambil sampel air adalah daripada pili air
sebelum drinker pertama. Air perlu dibiarkan mengalir selama 2-3 minit untuk
membolehkan sampel yang segar diperoleh. Sampel air perlu disimpan dalam
botol yang steril. Sampel air perlu dihantar ke makmal bertauliah dalam masa 24
jam sekiranya ujian bakteria perlu dilakukan.
Antara ujian yang perlu dilakukan adalah ujian:
i. pH,
ii. Bacteria count
iii. Water content analysis.
Keputusan yang diperoleh daripada makmal akan melambangkan kualiti air dalam
ladang, sehubungan itu, pencemaran sampel ketika sampel diambil dan ketika
penghantaran ke makmal perlu dielakkan.
Ujian pH perlu dilakukan di ladang secara berkala mengikut kekerapan ujian klorin
memandangkan pH mempengaruhi keberkesanan klorin untuk membasmi kuman.
Lingkungan pH yang disyorkan adalah pH 6.5 -7.
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 19
DRPD : 23
5. PATUHI JADUAL RAWATAN AIR
Jadual rawatan air perlu disediakan dan dipatuhi supaya air minuman yang
selamat diperoleh sepanjang masa. Segala rawatan yang telah dilaksanakan perlu
direkodkan.
Gambarajah 17 Laporan Ujian Air Untuk Kehadiran Bakteria Dalam Air Minuman
Di Ladang Ayam.
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 20
DRPD : 23
Gambarajah 18 Laporan Analisa Air Bawah Tanah Daripada Tube Well Di
Ladang.
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 21
SOALAN:
DRPD : 23
1 Berikan tiga (3) sumber air minuman di ladang ayam.
2 Nyatakan fungsi tawas dalam rawatan air minuman.
3 Apakah kepekatan klorin dalam air yang telah dirawat?
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 22
RUJUKAN:
DRPD : 23
1 http://www.water-research.net/index.php/water-treatment/tools/chlorination-of-
water, 20 Julai 2015, 10.50.
2 http://www.lookchem.com/Periodic-Table/Chlorine/
3 https://en.wikipedia.org/wiki/Water_chlorination
4 http://water.epa.gov/learn/kids/drinkingwater/watertreatmentplant_index.cfm
5 http://www.rouswater.nsw.gov.au/cp_themes/default/page.asp?p=DOC-FTO-
28-40-74
6 http://www.saj.com.my/V2/Content.php?menu_parent_id=2&content_id=25
7 http://www.extension.org/pages/32302/drinking-water-treatment-ph-
adjustment#.Vax2G_lW_IU
8 http://www.saj.com.my/V2/Content.php?menu_parent_id=2&content_id=27.
20 julai 2015. 14.30.
9 Weltzien. E.M. (2002). Water quality for poutlry. Factsheet 111. Poultry
Industry Council. Mukasurat : 2.
10 http://www.ces.ncsu.edu/depts/poulsci/tech_manuals/drinking_water_quality.h
tml.Drinking water quality for poultry (2007). North Carolina Cooperative
Extension Service, North Carolina State University 6/87, PS&T Guide #42.
11 Kirkpatrick & Fleming (2008). Ross Tech 08/47: Water Quality. Mukasurat 7.
12 http://poultry.ces.ncsu.edu/wp-content/uploads/2012/07/July-
2004.pdf?fwd=no. 30 Julai 2015, 16.10.
13 http://www.bae.ncsu.edu/extension/ext-publications/water/drinking/pst42-wqg-
poultry-sneed.pdf. 30 Julai 2015, 16.15.
14 http://disaster.ifas.ufl.edu/pdfs/chap06/d06-13.pdf. 30 Julai 2015, 17.30.
15 http://www.worldpoultry.net/PageFiles/22761/001_boerderij-download-
WP6277D01.pdf. 30 Julai 2015, 17.32.
16 http://www.who.int/water_sanitation_health/hygiene/emergencies/fs2_22.pdf.
3 Ogos 2015, 17.00.
17 http://www.who.int/water_sanitation_health/hygiene/emergencies/fs2_25.pdf.
3 Ogos 2015, 17.00.
18 http://www.who.int/water_sanitation_health/hygiene/emergencies/fs2_19.pdf.
3 ogos 2015, 17.00.
19 http://documents.oescoinc.com/PDF_spec_sheets/orchard-
nursery/Klorman_Standard_Unit_Users_Guide.pdf. 3 Ogos 2015, 17.32.
NO. KOD AF-071-3:2015-C01/P(6/6) MUKA SURAT: 23
DRPD : 23
20 Wojcinski, H (2002).Makesure chlorination is effective, world poultry. Elsevier
Volumne 18, No.5.
21 http://www.cdc.gov/parasites/crypto/gen_info/filters.html. 7 Ogos 2015, 11.30.
22 http://www.worldpoultry.net/Breeders/General/2009/8/Good-water-quality-is-
the-basis-for-good-bird-performance-WP006945W/. 7 Ogos 2015, 11.37
23 https://extension.umd.edu/sites/default/files/_docs/2012_DPI-
PoultryFarmWaterSupply-Campbell.pdf. 7 Ogos 2015, 11.43.
24 http://www.thepoultrysite.com/articles/1216/water-identifying-and-correcting-
challenges/. 7 Ogos 2015, 11.52.
25 http://blog.poolcenter.com/article.aspx?articleid=6165. 22 Ogos 2015, 11.05
am.
26 http://www.disaster.ifas.ufl.edu/PDFS/CHAP06/D06-13.PDF. 29 Ogos 2015,
10.07am.
27 http://www.who.int/water_sanitation_health/hygiene/emergencies/fs2_34.pdf.
29 Ogos 2015. 11.15am.
28 http://www.ksre.k-state.edu/historicpublications/Pubs/SC160.PDF. 29 Ogos
2015. 11.55am.
29 https://omegamanjournal.wordpress.com/2012/04/13/calcium-hypochlorite/.
29 Ogos 2015. 11.58am.
30 http://waterquality.cce.cornell.edu/publications/CCEWQ-05-
ChlorinationDrinkingWtr.pdf. 29 Ogos 2015. 2.34pm.
31 http://resources.cawst.org/asset/chlorine-disinfection-drinking-water-technical-
brief_en. 29 Ogos 2015. 3.29pm.
32 what is the chlorination formula to treat water? – KnowledgePoint. 28 Ogos
2015. 3.32pm.
33 http://www.khansahebsykes.com/pumps/deep-wells/. 24 Mac 2016. 11.05pm