Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Serdang BUKU LOG BOLA JARING Nama: NUR FATIN NASUHA BINTI MOHD ZARAWI No. Matrik: 211298 Kod/ Nama Kursus: SPE3544/ KEGIATAN SUKAN Program: BACELOR PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DENGAN KEPUJIAN Jabatan Pengajian Sukan Semester 1 Sesi 2023/2024 Disemak oleh : ………………………… Tarikh : ………………… Tandatangan : …………………
01. PENGENALAN
1.1 Sejarah Permainan Bola Jaring Permainan bola jaring merupakan antara permainan yang popular terutamanya dalam kalangan kaum wanita. Sukan ini dipelopor oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891. Pada tahun 1895, Dr. Isles dari Amerika Syarikat melawat sebuah maktab Pendidikan Jasmani iaitu Madame Bergman Osterberg’s Physical Training College di Hampstead, London dan mengajar sukan ini di sana. Pada awalnya, sukan ini dimainkan di dalam gimnasium dengan menggunakan dua buah bakul sebagai gol dan dinding gimnasium sebagai garisan. Pada ketika itu, sukan ini dikenali sebagai basketball kerana gelang gol ialah bakul. Oleh itu, selepas setiap jaringan dihasilkan, pengadil perlu memanjat tangga untuk mendapatkan kembali bola dari bakul sampah yang digantung sebagai gol. Selepas beberapa ketika, peraturan-peraturan sukan ini telah ditambah baik bagi memudahkan dan melancarkan permainan. Pada tahun 1901, sebuah buku peraturan telah diterbitkan di England. Tujuan penerbitan buku tersebut adalah untuk membezakan permainan bola jaring dan bola keranjang. Pengiraan skor dikira setiap kali bola dimasukkan ke dalam jaring. Namun, masih ada beberapa negara seperti Australia, New Zealand, India dan Fiji masih mengekalkan nama basketball pada ketika itu.
Apabila sukan ini mula dikenali di peringkat antarabangsa, sebuah persatuan yang dinamakan International Federation of Netball Association yang ditubuhkan pada tahun 1960 di Sri Lanka. Seterusnya pada tahun 1963, Kejohanan Bola Jaring Dunia telah diadakakan di Englan dengan Johan ulung bagi sukan ini ialah dari pasukan Australia. Namun pada ketika itu, sukan ini masih belum diterima sebagai satu sukan di Sukan Olimpik, Sukan Asean dan Sukan Sea. Di Malaysia, persatuan bola jaring yang ditubuhkan dikenali sebagai Persatuan Bola Jaring Malaysia pada tahun 1978. Di peringkat sekolah, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) melalui program bola jaring telah membantu mengembangkan dan memajukan sukan ini melalui pertandingan dalam kalangan pelajar sekolah.
1.2 Undang-undang dan Peraturan Bola Jaring Sukan bola jaring dimainkan oleh dua (2) pasukan yang terdiri daripada tujuh (7) pemain dalam sesuatu pasukan. Permainan ini menumpukan kepada jaringan gol untuk menentukan kemenangan. Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA) sahaja dibenarkan menjaringkan gol dari dalam Bulatan Gol. Jadual undang-undang asas permainan bola jaring adalah seperti berikut; Bil. Aspek Huraian 1. Tempoh permainan i. Terdapat dua bahagian iaitu selama 7/10/15/20 minit setiap separuh masa. Masa rehat ialah sama ada 1/3/5 minit. ii. Pasukan akan bertukar kawasan gol pada akhir separuh masa. 2. Pengadil Permainan ini diadili oleh dua orang pengadil. 3. Memulakan permainan i. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah. ii. Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir selepas setiap jaringan gol. 4. Hantaran ke dalam Hantaran ke dalam diberi kepada pasukan lawan apabila bola keluar gelanggang. 5. Gerak kaki Pemain tidak dibenarkan mengheret atau menggerakkan kaki mendarat. 6. Lebih kawasan Bola tidak boleh dihantar lebih daripada keseluruhan satu kawasan tanpa disentuh atau ditangkap terlebih dahulu oleh mana-mana pemain yang dibenarkan. 7. Off side Pemain dengan atau tanpa bola dianggap keluar kawasan jika memasuki mana-mana kawasan selain daripada kawasan bermainnya. 8. Halangan Pemain tidak dibenarkan menghalang pihak lawan yang memegang bola kurang daripada 0.9 meter (3 kaki). Jarak dikira daripada kaki mendarat. 9. Sentuhan Pemain tidak dibenarkan sama sekali melakukan sentuhan dengan pemain lawan, sama ada secara sengaja atau tidak.
02. ALATAN KELENGKAPAN PERMAINAN
1. Bola Jaring Bola yang digunakan bagi semua tahap umur ialah saiz 5. Bola getah atau bola kulit sahaja digunakan dalam permainan bola jaring. 2. Bibs Dua set bibs/tampalan berhuruf menunjukkan posisi permainan seperti berikut: GK - Goal Keeper GD - Goal Defence WD - Wing Defence C - Centre WA - Wing Attack GA - Goal Attack GS - Goal Shooter
3. Kasut Satu pasukan perlu memakai pakaian yang seragam. Pakaian dan kasut yang sesuai seperti gambar-gambar berikut: 4. Wisel Wisel akan digunakan oleh pengadil bersama seutas wristband. Tujuan penggunaannya adalah bagi mengelakkan kekeliruan giliran hantaran tengah oleh pemain setiap kali gol dihasilkan.
03. GELANGGANG
i. Ukuran gelanggang Ukuran gelanggang bola jaring yang dibahagikan kepada tiga kawasan adalah seperti gambarajah di bawah ini; ii. Jenis gelanggang a) Gelanggang rumput/ outdoor b) Gelanggang indoor iii. Tiang gol
04. PEMAIN & POSISI
Dalam sukan bola jaring, setiap pemain yang terlibat dalam permainan mempunyai posisi dan tugas masing-masing mengikut kawasan permainan masingmasing. A. PENJARING GOL (GS) • GS bertugas sebagai penjaring gol • Mesti mahir membuat jaringan • Tidak bebas bergerak B. PERTAHANAN GOL / PERTAHANAN DALAM (GD) • GD boleh menerima bola dari hantaran tengah • Pasukan pihak lawan di kawasan tengah,kawasan gol atau dalam jaringan • Menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA) C. PENJAGA GOL (GK) • Menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan di dalam kawasan mahupun luar kawasan • Menjaga kawasan jaring dan menghalang penyerang dalam kawasan jaring • GK bekerjasama dengan GD D. PENYERANG SAYAP (WA) • Menyerang dan tugas utamanya menghantar bola dari tengah ke kawasan jaring • WA biasanya menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah E. PENYERANG GOL (GA) • Ditugaskan sebagai penjaring • Bekerjasama dengan pemain tengah,penyerang sayap dan penjaring gol • Menerima hantaran tengah dan bertidak sebagai peyerang F. PENYERANG SAYAP (WD) • Menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan.
05. KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING
5.1 Hantaran Bola Hantaran bola dalam bola jaring merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Terdapat lima jenis kemahiran hantaran iaitu hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran lantun, hantaran lob dan hantaran sisi. a) Hantaran aras dada Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat. Teknik melakukan hantaran aras dada • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola. • Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada. • Ikut lajak
b) Hantaran aras bahu Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh. Teknik melakukan hantaran aras bahu • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. • Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan. • Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang. • Angkat tumit kaki belakang. • Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari. • Ikut lajak. c) Hantaran lantun Hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai permain berhampiran. Teknik melakukan hantaran lantun • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. • Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang. • Pindahkan berat badan ke kaki hadapan. • Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat. • Ikut lajak.
d) Hantaran lob Hantaran lob dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemain lawan. Teknik untuk melakukan hantaran lob • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala. • Ledingkan badan ke belakang sedikit. • Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan. • Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan meluruskan tangan. • Ikut lajak. e) Hantaran bawah tangan/ sisi Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Teknik melakukan hantaran bawah tangan/ hantaran sisi • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. • Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang. • Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran.
5.2 Gerakan Kaki Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat penting. Ketangkasan pergerakan memerlukan kemahiran gerak kaki tanpa melanggar undang-undang permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu menerima bola sebelum dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau semasa menangkap bola di udara. Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-undang adalah dalam keadaan berikut: i. Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah. ii. Setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki. iii. Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki. iv. Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.
5.3 Halangan dan Jaringan a) Menghadang/ halangan Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol. Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu; i. Berdiri menghadap pemain lawan. ii. Berdiri membelakangkan pemain lawan. iii. Berdiri di sisi pemain lawan. iv. Berdiri di belakang pemain lawan.
b) Menjaring Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan sesebuah pasukan ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan dikira apabila penjaring gol atau penyerang gol berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima hantaran dan tidak melanggar undangundang gerak kaki, penjaring dibenarkan melakukan jaringan dalam kedudukan berikut: i. Menjaring pada kedudukan statik. ii. Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring. iii. Melangkah setapak ke belakang dan menjaring. iv. Melangkah setapak ke sisi dan menjaring. v. Melompat dan menjaring. Teknik menjaring yang boleh dipraktikkan • Berada dalam kedudukan bersedia untuk menjaring. • Pegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan. • Buka jari semasa memegang bola dan pastikan kedudukan ibu jari berada di belakang bola. • Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan lutut. • Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu oleh pergelangan tangan dan jari-jari. • Ikut lajak.