The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengembaraan seorang kanak-kanak lelaki yang sesat di hutan bersama seekor belalang yang ajaib

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hananhafizah31, 2022-03-31 13:11:35

OMAR DAN SI BELALANG AJAIB

Pengembaraan seorang kanak-kanak lelaki yang sesat di hutan bersama seekor belalang yang ajaib

NUR HANAN HAFIZAH BINTI RIDZUAN
020420-03-0598

Omar Dan Si Belalang Ajaib

Pada suatu zaman dahulu, terdapat seorang kanak-kanak lelaki
yang sangat angkuh, malas dan tidak menghormati orang tua
termasuk gurunya di sekolah yang dipanggil Omar. Omar tinggal di
Kampung Bara Suci. Omar merupakan seorang kanak-kanak lelaki
yang sangat tidak berbudi bahasa dan tidak pernah menghargai
jasa orang lain walaupun orang tersebut sudah membantunya seperti
kacang lupakan kulit. Sebaliknya, dia hanya menyombongkan dirinya
memandangkan dia merupakan anak orang kaya di kampung itu.
Ramai rakan-rakan sekelasnya tidak suka berkawan dengan Omar
disebabkan sikap Omar yang suka berlagak di depan mereka.

1

Pada suatu hari, Omar mengikuti perkhemahan di hutan yang
dianjurkan oleh sekolahnya. Dia terpaksa pergi ke perkhemahan
walaupun ibu bapanya memberi keizinan kepada Omar untuk pergi
ke dalam hutan dengan tujuan untuk mengubah dirinya yang angkuh
itu. Sepanjang menuju ke tapak perkhemahan, guru dan rakan-rakan
sekelasnya menyanyi untuk menghidupkan suasana yang ceria pada
hari itu. Namun, tidak bagi Omar yang hanya dengan dunianya
sendiri yang memikirkan keseronokkan sahaja dia tidak tersedar
yang dia sudah jauh ketinggalan dari guru dan rakan-rakan
sekelasnya.

2

Sewaktu menuju ke tapak perkhemahan itu, tiba-tiba kakinya tersangkut
pada dahan kayu sehingga dia terjatuh. Dia membetulkan posisinya yang
terjatuh itu lalu melihat lututnya yang terluka itu. Dalam kesakitan, Omar
mencuba sedaya upayanya untuk berdiri walaupun lututnya sakit dan
terluka. Dari situ baru dia sedari, guru dan rakan-rakannya telah jauh
meninggalkan dirinya. Dia terlalu asyik dengan dunianya sendiri sehingga
terjatuh sampai dia tidak menyedari ketiadaan guru dan rakan-rakan
sekelasnya yang meninggalkan dirinya seorang diri di situ. Dia berasa
amat takut namun dia tetap menggagahkan dirinya untuk teruskan
berjalan mencari jalan untuk berjumpa kembali gur dan rakan-rakan
sekelasnya walaupun dia tidak mengetahui arah tuju jalan untuk menuju ke
tapak perkhemahan tersebut.

3

Dia meneruskan perjalanan ke dalam hutan untuk mencari tapak
perkhemahan yang disediakan itu tanpa dia sedari bahawa dia
sudah jauh tersesat ke dalam hutan. "Hm... Sudah puas aku berjalan
masuk ke dalam hutan ini. Tetapi masih lagi tidak jumpa cikgu dan
tapak perkhemahan itu. Aku rasa aku sudah tersesat ni. Di manakah
mereka semua ini?", monolog Omar seorang diri. Omar termenung
seorang diri sambil mengeluh memikirkan nasibnya. Dia memandang
sekelilingnya untuk melihat suasana hutan tersebut.

4

Terdapat pelbagai bunyi yang dia dengari terutamanya bunyi cengkerik
yang kuat di sekitarnya. Saat ini, dia mengingati wajah ibu bapanya
sehingga dia menangis mengenangkan keadaannya di hutan.
"Tsk...Tsk...Menyesal aku tidak mendengari cikgu aku tadi. Kalaulah
tidak, aku pasti sudah sampai di tapak perkhemahan itu." Hanya
tangisan Omar sahaja mengisi kesunyian hutan itu. 'Brrrrrrrr'. Terdengar
bunyi perutnya yang berkeroncong lapar itu menghentikan dirinya
daripada menangis. Dia mengesat air matanya lalu berhenti berehat
sebentar di satu pokok yang daunnya rimbun. "Tidak mengapa Omar.
Kau anak yang berani. Kau jangan menangis. Sekarang ini, cuba kau
fikirkan apa yang kau patut makan" kata Omar terhadap dirinya sendiri

5

Ketika mata Omar sedang melihat dan mencari makanan, tiba-tiba
dia terdengar suara orang menjerit meminta pertolongan.
"Tolong...Tolong aku! Tolong!", bunyi suara tersebut. Jeritan suara
meminta tolong itu hanya kedengaran tidak jauh daripada tempat
Omar berhenti berehat. Omar menghentikan misi pencariannya
mencari makanan dan sebaliknya terus mencari arah bunyi jeritan
tolong itu. Dia melihat sekelingnya sambil mencari bunyi tersebut
dengan bersungguh-sungguh dengan niat, boleh meminta bantuan
dengan orang tersebut tentang tapak perkhemahan atau jalan
keluar dari hutan itu memandangkan dia sudah sesat.

6

Namun, alangkah terkejutnya Omar apabila melihat empunya badan
jeritan itu. Dia mengingatkan bunyi suara tersebut merupakan
manusia rupa-rupanya seekor serangga yang merupakan seekor
belalang yang meminta pertolongan akibat terperangkap pada
sarang labah-labah. "Tolong...Tolong aku! Tolong!", bunyi suara
belalang tersebut. Omar memandang lama belalang itu sambil
menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu. 'Eh, belalang boleh
bercakap? Peliknya.', desis Omar di dalam hatinya. Omar berasa
pelik ketika melihat belalang tersebut.

7

Dalam diam, Omar perlahan-lahan mendekati belalang itu lalu
membantu melepaskan belalang tersebut daripada perangkap
labah-labah. Belalang tersebut terus terbang ke atas daun pucuk
paku sambil mengucapkan terima kasih atas budi baik Omar. "Terima
kasih...Terima kasih, budak." "Sama-sama, belalang." balas Omar
dengan menjarakkan dirinya daripada belalang itu. "Apakah nama
engkau? Mengapakah engkau berada di dalam hutan ini?", tanya
belalang tersebut.

8

"Nama aku Omar. Aku sepatutnya menuju ke tapak perkhemahan
bersama guru dan rakan-rakan sekelasku tetapi kaki aku tersangkut
pada dahan kayu sehingga aku terjatuh. Dan aku tidak menyedari
bahawa guru dan rakan-rakan sekelasku telah hilang dari pandanganku.
Siapakah kau? Macam mana kau boleh bercakap?", kata Omar. "Nama
aku Si Belalang. Tetapi kawan-kawanku di sini memanggilku dengan
nama Si Belalang Ajaib disebabkan diriku sahaja belalang yang boleh
bercakap di hutan ini.", balas Si Belalang Ajaib itu.

9

"Oh, begitu. Wahai Si Belalang Ajaib, kau mesti tahu jalan di dalam hutan
ini, bukan?", tanya Omar. "Tentulah aku tahu. Aku kan Si Belalang Ajaib
yang tinggal di hutan ini. Ke manakah engkau mahu pergi, wahai anak
muda?", balas Si Belalang Ajaib. "Aku sebenarnya mahu ke tapak
perkhemahan tetapi aku risau jika tersesat lagi. Jadi, aku mahu memohon
bantuan darimu untuk menunjukkan aku jalan keluar dari sini. Boleh, Si
Belalang Ajaib?". "Boleh sahaja, Omar. Aku akan membantumu
memandangkan engkau sudah membantuku melepaskan diri daripada
perangkap labah-labah. ", kata Si Belalang Ajaib. "Terima kasih, Si
Belalang Ajaib", balas Omar dengan riak wajah gembira.

10

Si Belalang Ajaib terus terbang di atas bahu Omar sambil
memberitahu dan menunjukkan jalan keluar dari hutan itu. Ketika
berjalan menuju keluar dari hutan, mereka terserempak dengan Si
Kumbang yang sedang terbang dari daun ke satu daun yang lain.
"Eh, Si Kumbang! Ke manakah engkau mahu pergi?", tanya Si
Belalang Ajaib kepada Si Kumbang."Bzzz...Bzzz", bunyi Si Kumbang
berdesing. "Oh, begitu. Baiklah, hati-hati ya, SI Kumbang. Aku pergi
dulu.", kata Si Belalang Ajaib.

11

Omar mengerutkan keningnya lalu bertanya kepada Si Belalang
Ajaib "Apa yang Si Kumbang itu cakap? Kau faham ke apa yang
dia cakap, Si Belalang?". "Tentu saja aku faham. Aku kan Si
Belalang Ajaib. Si Kumbang itu memberitahuku bahawa dia
hendak mencari makanan. Itu sahaja.", kata Si Belalang Ajaib.
"Oh, begitu.", balas Omar sambil mengangguk-anggukkan
kepalanya. Mereka meneruskan kembali perjalanan mereka untuk
berjalan keluar dari hutan itu.

12

Setelah jauh berjalan dari tempat mereka mula-mula bertemu,
tiba-tiba Omar mendengar suara orang memanggil namanya
dengan begitu kuat. Omar mula mencari bunyi suara tersebut
dengan mengikut bunyi suara itu. Omar mendapati terdapat
cahaya yang begitu di hujung hutan. Dia ternampak kelibat
beberapa orang manusia yang kelihatan sedang mencari sesuatu.
Dia terus berlari ke arah cahaya tersebut dengan keadaan
lututnya yang terluka itu.

13

Akhirnya, dia berjaya menjumpai guru dan rakan-rakan sekelasnya
yang sedang mengelilingi tempat tersebut. Guru Omar yang
ternampak dirinya terus menuju ke arah Omar sambil memeluknya.
"Syukur, alhamdulillah akhirnya cikgu jumpa juga kamu, Omar. Cikgu
begitu risau akan kamu tadi. Jangan buat begini lagi, Omar". jelas
gurunya. Omar menangis dalam pelukan gurunya sambil berkata
"Maafkan saya, cikgu. Terima kasih cikgu kerana mencari saya. Saya
berjanji tidak akan mengulanginya lagi."

14

Omar terus meleraikan pelukan gurunya itu lalu mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Si Belalang Ajaib yang berada di
atas bahunya tadi. Si Belalang Ajaib yang berada di atas
bahunya tadi terus terbang sambil menganggukkan kepalanya
yang menunjukkan tanda balasan ucapan 'sama-sama'. Si
Belalang juga tidak lupa memberi pesanan kepada Omar dengan
berkata "Ingatlah peribahasa ini. Hutang emas boleh dibayar,
hutang budi boleh dibawa mati.". Si Belalang Ajaib terus pergi
meninggalkan tempat Omar dijumpai itu.

15

Guru dan rakan-rakan sekelasnya yang melihat keadaan Omar
dengan Si Belalang Ajaib tadi hanya mampu tersenyum sahaja.
Mereka turut gembira dengan perubahan sikap Omar yang tidak
lagi angkuh dan menjadi seorang berbudi bahasa. Semenjak
daripada peristiwa itu, Omar telah menjadi seorang yang sangat
berbudi bahasa dan sentiasa membantu orang yang berada
dalam kesusahan.

16

Omar Dan Si Belalang Ajaib

Tamat..


Click to View FlipBook Version