The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farishadi13, 2020-10-26 15:29:20

E-FOLIO AGAMA

E-FOLIO AGAMA

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
(DUA 6022)

ISI KANDUNGAN

ISI M/S

1. Pengenalan 3

2. Definisi Hiburan Melampau 4

3. Punca-punca Hiburan Melampau 5-6

Dalam Kalangan Pelajar

4. Langkah-langkah Mengatasi 7-8

Keruntuhan Akhlak

5. Garis Panduan Tentang Hiburan 9-10

6. Kesan-kesan Hiburan Melampau 11

7. Contoh-contoh Hiburan Melampau 12

8. Kesimpulan 13

9. Rujukan 14

PENGENALAN

Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan
bermoral bagi mencerminkan masa hadapan negara yang maju dan
harmoni. Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini,
kadangkala kita leka tentang persekitaran sekeliling yang telah
mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan
kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-
perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi
ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan,
pertanian dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial
masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan
memacu pembangunan negara pada masa akan datang.

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan
dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang
negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu
petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan
pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai
murni kemanusiaan serta agama.

Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai
tunggak masa hadapan negara kini semakin meningkat. Gejala sosial
semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan
ummat juga tidak terkawal. Secara terperincinya, pelbagai faktor yang
menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan
remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.
Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada
masyarakat kita hari ini.

DEFINISI HIBURAN MELAMPAU

Hiburan yang bercanggah dengan ajaran
Islam terutama unsur- unsur khurafat, syirik dan
bidaah. Hiburan yang bercanggah dengan ajaran
Islam terutama unsur- unsur khurafat, syirik dan
bidaah

Hiburan yang tidak membataskan atau
mengamalkan percampuran antara lelaki dan
perempuan dalam satu tempat berlakunya
hiburan tersebut. Ini akan menyebabkan
berlakunya pergaulan bebas terlampau antara
lelaki dan perempuan tanpa ada segan silu,
duduk berlaga bahu, sentuh menyentuh dan
sebagainya yang kita lihat pada konsert atau
persembahan muzikal. Ini semua pasti membawa
kepada zina dan dosa besar.

Hiburan yang tidak menitikberatkan masa
atau waktu ibadat seperti diadakan program
ketika waktu azan atau hampir dengan waktu
beribadat. Ia juga membuang masa untuk jangka
waktu yang panjang

PUNCADAPLUANMCAKAHLIABNURGAANN MPEELLAAJMARPAU

Kurang bimbingan dan perhatian dari ibu
bapa.

Kurang didikan agama dan nilai murni
dalam diri.

Kurang didikan agama dan nilai murni
dalam diri.

Kurang kempen kesedaran yang boleh
membina jati diri, jiwa dan rohani.

Terdedah kepada perkara-perkara yang
membawa ke arah melalaikan
terutamanya media sosial.

Ketidakprihatinan pihak institusi dalam
penguatkuasaan undang-undang bagi
menangani isu-isu hiburan melampau
dalam kalangan pelajar.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
KERUNTUHAN AKHLAK

Individu
1. Mendekatkan diri dengan didikan agama.
2. Mendekatkan diri dan bergaul bersama orang yang
berpengetahuan dan yang lebih arif tentang ilmu

agama.
3. Berkawan dengan rakan yang dapat membantu
dalam pelajaran, mengajak ke arah kebaikan dan

sentiasa memberi dorongan yang positif.

Ibu bapa
1. Memberikan perhatian dan kasih sayang yang
secukupnya kepada anak-anak serta memantau

aktiviti mereka.
2. Menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.
3. Memberikan sokongan dan galakan kepada

anak-anak sehingga berjaya.
4. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak

dari mereka kecil.

Pihak Sekolah / Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
1. Pendekatan akademik boleh dilakukan dengan

penambahan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan
separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di
sekolah dan IPT.

2. Mengadakan lebih banyak kem jati diri yang boleh
meningkatkan sahsiah dan disiplin dalam kalangan

remaja.
3. Menyediakan sesi kaunseling untuk pelajar yang

bermasalah.

Kerajaan
1. Peranan kerajaan menguatkuasakan

undang-undang.
2. Menganjurkan dan melaksanakan program
kesedaran berkaitan masalah sosial di dalam

kalangan remaja.

GARIS PANDUAN TENTANG HIBURAN

Program Hiburan
a) Bermatlamatkan kebaikan dari segi kesejahteraan. b)

Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak
menganggu ketenteraman awam dan orang ramai.
c) Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan

sesitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
d) Tidak disertai oleh perbuatan-perbuata haram atau

maksiat.

Persembahan muzik
a) Tidak menimbulkan gerak-geri luar.
b) Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.

c) Tidak melalaikan.

Lirik
a) Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah

disempurnakan.
b) Tidak mengandungi sebutan yang boleh
membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah,
menggambarkan arak dan memberikan perangsang

melakukan dosa.
c) Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang

melanggar adab kesopanan dalam Islam.

Persembahan Artis
a) Berinteraksi dengan penonton secara
sopan dan disertai kata-kata yang boleh

membina nilai-nilai kemanusiaan.
b) Berpakaian sopan, kemas serta tidak
memakai pakaian yang boleh mendedahkan
diri kepada eksploitasi penonton dan tidak
bercanggah dengan kehendak Islam.
c) Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan
yang boleh menimbulkan perasaan yang
mendorong kepada maksiat dan menghina

Islam.

Persembahan Tarian
a) Berpakaian sopan, kemas serta tidak memakai
pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada
eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan

kehendak Islam.
b) Gerak tari yang dipersembahkan tidak

menimbulkan fitnah.
c) Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan

perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.

KESAN-KESAN HIBURAN MELAMPAU

1. Melahirkan golongan hedonisme. Hedonisme ialah
pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan

keseronokan atau kesenangan hidup.

2. Nilai-nilai murni kesopanan dan kesusilaan terhakis
dalam diri remaja.

3. Menyebabkan remaja lupa akan matlamat hidup
sebenar.

4. Pelajaran diabaikan.

5. Golongan remaja dan belia semakin jauh daripada
nilai-nilai keagamaan.

6. Peningkatan masalah sosial dan jenayah.

7. Mencemarkan maruah diri dan keluarga.

CONTOH CONTOH HIBURAN MELAMPAU

KESIMPULAN

Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata, “petanda
runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa
tersebut mencintai hiburan”. Kata-kata tersebut memberi

amaran bahawa, sesiapa jua terutama remaja haruslah
berwaspada dengan hiburan yang keterlaluan kerana sikap
seumpama itu boleh mendedahkan bangsa tersebut kepada

kemusnahan.

Semua remaja dan belia negara mempunyai tanggungjawab
dan obligasi masing-masing untuk menjanakan

pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Pemusa-pemudi negara merupakan

tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita
haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya

remaja dan belia yang berkualiti akan memangkinkan
kecemerlangan negara. Jika mereka tidak diasuh, dibimbing

dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi
negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak

dapat menjadi realiti.

Oleh itu, generasi yang merupakan aset negara ini perlu
terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri
dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri

sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di
pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju

yang lain dan terkenal di seluruh dunia.

RUJUKAN

1. Sumber :
http://puncahiburanmelampau.blogspot.com/

2. Sumber :
http://zulhilmi5996.blogspot.com/2018/02/hiburan-

melampau-dikenalpasti- sebagai.html

3. Sumber :
https://malaysiakasoma.blogspot.com/2017/09/remaja-

bermasalah.html

4. Buku Komunikasi dan Pengajian Islam
Siri Politeknik Oxford Fajar


Click to View FlipBook Version