JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama : PUTERI NUR SYAFIQAH BINTI RUSLAN No. K/P : 030407-11-0250 Angka Giliran : 2021202340272 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : T2S2.08 Nama Pensyarah : PUAN AMINAWATI ZAHARA BINTI MOHAMAD Tarikh Hantar : 19 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: SYAFIQAH Tarikh : 19 MAC 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:_SYAFIQAH Tarikh : 19 MAC 2024
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN TAHUN 5 BAHASA MELAYU -KEMAHIRAN MENULIS PUTERI NUR SYAFIQAH BINTI RUSLAN
PENGHARGAAN Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya,saya telah diberi peluang dan kesempatan untuk menyiapkan tugasan bagi kod subjek Pentaksiran Dalam Pendidikan (EDUP3153) dengan jayanya meskipun banyak halangan yang harus saya tempuhi. Saya,Puteri Nur Syafiqah binti Ruslan ingin merakamkan penghargaan kepada pensyarah kursus EDUP3153 iaitu Puan Aminawati Zahara Binti Mohamad yang sanggup meluangkan masa beliau untuk membantu dan memberi tunjuk ajar sehingga saya dapat menyempurnakan pentaksiran berterusan pada jangka masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga saya termasuklah kedua ibu bapa tercinta iaitu Ruslan bin Che Awang dan Zaviah binti Abdullah@Hasyim yang tidak jemu memberi semangat dan sokongan sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang kekangan. Sekalung penghargaan juga dititipkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah menyumbangkan masa,tenaga dan berkongsi pengetahuan mengenai subjek ini sehingga saya berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa semangat daripada mereka,sudah pasti saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pentaksiran berterusan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.Saya amat menghargai setiap pertolongan yang diberi.Sesungguhnya tugasan ini telah memberi pengalaman yang baru dan sangat berharga kepada saya. Sekian, terima kasih.
ISI KANDUNG PENGHARGAAN ISI KANDUNG JUSTIFIKASI 3 INSTRUMEN PENAMBAHBAIKAN RUMUSAN RUJUKAN PENGENALAN LAMPIRAN
PENGENALAN Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan salah satu cara yang telah digunakan oleh guru untuk mentaksir kemahiran dan menguji kefahaman murid (Ng Pei Juan et.al, 2023). Pelaksanaan PBD mampu untuk membantu guru mendapatkan maklumat mengenai perkembangan dan pencapaian murid bagi setiap subjek yang dipelajari secara holistik Fara Izzati & Siti Rahaimah (2021) berpandangan bahawa PBD dilaksanakan bagi memastikan pentaksiran menyeluruh dijalankan ke atas diri murid dan tidak berfokuskan peperiksaan semata-mata. PBd juga telah dilakukan secara formatif dan sumatif serta sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Pelaksanaan PBD yang dilakukan secara teratur dan tersusun mampu untuk memberi maklum balas mengenai penguasaan murid terhadap standard pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum PBD juga dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu kaedah pemerhatian,penulisan dan lisan (Mahaya Salleh et.al,2024). Semua maklumat yang diperolehi melalui PBD yang dilaksanakan bukanlah bertujuan untuk membandingkan aspek kemahiran dan perkembangan murid bahkan memberi peluang kepada guru untuk membantu murid meningkatkan lagi penguasaan mereka terhadap subjek yang dipelajari.
JUSTI F IKASI INSTRU M EN 1 : LE M BARAN KERJA KAEDAH PENTAKSIRAN : BERTULIS Standard Pembelajaran 3.3.2 Mengedit dan memurnikan perenggan dari aspek ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata, dan struktur ayat. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i.Mengedit dan memurnikan sekurang-kurangnya empat daripada tujuh perenggan teks “Selamatkan Sang Penyu” dari aspek kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan dengan betul Lampiran RPH
Berdasarkan rph pertama,instrumen pentaksiran alternatif yang digunakan oleh guru pada langkah kedua ialah lembaran kerja. Bagi memastikan pendekatan instrumen tersebut berjaya kepada murid-murid, guru telah menjalankan aktiviti latihan bertulis iaitu mengedarkan teks ‘Selamatkan Sang Penyu’. Murid-murid diminta untuk mengenal pasti kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan yang terdapat dalam teks dan menulis jawapan yang betul pada papan putih. Melalui lembaran kerja ini, pencapaian murid berasaskan persampelan pemikiran dapat ditaksir dengan melihat hasil akhir tugasan murid sama ada mencapai objektif yang dikehendaki atau tidak. Aktiviti yang dijalankan pada langkah dua telah melibatkan perbincangan secara dalam kumpulan. Kebaikan yang dapat dilihat melalui penggunaan instrumen lembaran kerja ialah dijalankan secara dalam berkumpulan. Justeru, murid dapat meningkatkan kemahiran sosial serta dapat memupuk nilai positif dalam diri mereka seperti nilai Kerjasama, bertolak ansur, bertanggungjawab dan berkempimpinan (Mohd Asnorhisham & Abdul Rahim ,2017). Selain itu, lembaran kerja yang berfokus pada penggunaan teks menunjukkan bahawa teks tersebut telah mencapai aras C4 pada teksonomi bloom iaitu aras menganalisis. Soalan-soalan yang mengandungi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) itu sesuai untuk diuji kepada murid tahun lima supaya mereka dapat berfikir di luar kotak untuk menganalisis kesalahan yang terdapat pada teks yang diberikan. Melalui lembaran kerja yang diedarkan, murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari itu iaitu mengedit dan memurnikan sekurang-kurangnya empat daripada tujuh perenggan teks “Selamatkan Sang Penyu” dari aspek kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan dengan betul. K E L E B I H A N
Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti terhadap penggunaan instrumen lembaran kerja ialah, guru tidak dapat menilai tahap pencapaian murid secara jitu terhadap hasil lembaran kerja yang diberikan. Hal ini kerana, hanya wakil murid sahaja yang perlu menulis jawapan di papan putih. Justeru, guru hanya dapat menilai prestasi murid itu sahaja dan tidak dapat menilai prestasi kesemua ahli kumpulan. Meskipun aktiviti yang dijalankan telah mencapai objektif namun sejauh mana objektif tersebut dapat dicapai oleh kesemua ahli kumpulan kerana hanya satu lembaran kerja sahaja diedarkan kepada setiap kumpulan dan sudah pasti ada murid yang tidak melibatkan diri dalam perbincangan. Hasil lembaran kerja murid juga tidak tidak ditunjukkan oleh guru KELEMAHAN EVIDEN
JUSTI F IKASI INSTRU M EN 2 : BUKU LATIHAN KAEDAH PENTAKSIRAN : BERTULIS Standard Pembelajaran 3.3.2 Mengedit dan memurnikan perenggan dari aspek ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i.i.Menulis semula petikan teks ‘Mesin Layan Diri’ yang telah diedit menggunakan struktur ayat yang betul dan gramatis. Lampiran RPH
Instrumen pentaksiran yang ditemukan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) kedua pada langkah tiga ialah instrumen buku latihan. Guru menggunakan pendekatan instrumen tersebut untuk melihat hasil kerja murid berdasarkan latihan dalam buku latihan Bahasa Melayu sama ada dapat mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Bagi memastikan instrumen ini berkesan terhadap murid, guru menggunakan kaedah tugasan bertulis iaitu dengan menjalankan aktiviti menyalin semula teks karangan dalam buku latihan Bahasa Melayu. Bagi mencapai objektif pembelajaran iaitu murid dapat menulis semula petikan teks ‘Mesin Layan Diri’ yang telah diedit menggunakan struktur ayat yang betul dan gramatis, murid telah diminta untuk menyalin semula teks ‘Mesin Layan Diri’ daripada buku latihan menggunakan ejaan, penggunaan kata, penggunaan imbuhan, dan tanda baca yang betul dan menghantar hasil kerja kepada guru untuk disemak. E V I D E N
KELEBIHAN Kelebihan instrumen buku latihan yang dapat dikenalpasti ialah dapat melatih murid murid menjawab pelbagai jenis soalan dalam buku latihan sekaligus meningkatkan pemahaman terhadap topik yang dipelajari oleh mereka. Hal ini kerana, buku latihan yang disediakan untuk setiap subjek pastinya sudah dirangka dengan pelbagai aktiviti untuk melatih dan meningkatkan tahap pemikiran murid supaya mereka dapat menjawab soalan-soalan sama ada daripada aras rendah, tinggi atau sederhana. Penggunaan instrumen buku latihan dalam bilik darjah penting untuk memperbaiki kesalahan murid. Kebiasaannya, semua murid akan mempunyai buku latihan masing-masing dan perkara ini akan memudahkan guru untuk mengajar sambil merujuk buku latihan tersebut. KELEMAHANKelemahan instrumen buku latihan ialah terdapat murid yang tidak membawa buku latihan ke sekolah justeru perkara ini akan menyukarkan guru untuk menyuruh murid menyalin teks berpandukan buku latihan tersebut. Selain itu, guru juga sukar untuk menentukan skema pemarkahan untuk hasil kerja murid berdasarkan latihan yang dilakukan. Hal ini kerana guru hanya menanda jawapan murid untuk memastikan murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran dan standard pembelajaran tetapi tidak dapat mengelaskan pemarkahan murid secara spesifik sekaligus tidak dapat mengenalpasti kelemahan murid dalam menjawab soalan yang diberikan. Hasil jawapan murid juga tidak direkodkan oleh guru.
JUSTI F IKASI INSTRU M EN 3 : PENILAIAN RAKAN SEBAYA KAEDAH PENTAKSIRAN : PE M ERHATIAN Standard Pembelajaran 3.3.2 Mengedit dan memurnikan perenggan dari aspek ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: Menyalin semula karangan “Jenayah Siber” yang telah dimurnikan dengan penggunaan aspek ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan yang betu Lampiran RPH
Instrumen pentaksiran yang digunakan dalam RPH ketiga pada langkah kedua ialah penilaian rakan sebaya kerana aktiviti yang dijalankan berpusatkan murid dan melibatkan maklum balas rakan sekelas. Guru menggunakan pendekatan instrumen ini untuk memastikan pembelajaran pada hari tersebut dapat mencapai objektif pembelajaran dengan bantuan penilaian daripada rakan-rakan sekelas. Kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian yang meliputi pemerhatian terhadap jawapan dan cara pembentangan murid. Murid-murid perlu menyalin semula petikan karangan yang telah dimurnikan pada papan putih dan wakil murid perlu menulis jawapan pada putih dan membentangkan hasil jawapan mereka kepada rakan sekelas. Melalui pembentangan lisan ,, rakan-rakan sekelas akan membuat pemerhatian untuk menyemak jawapan yang ditulis. KELEBIHAN Kelebihan instrumen penilaian rakan sebaya adalah memberi peluang kepada murid untuk mengambil bahagian dengan aktif ketika sesi pembelajaran. Menurut Noor Muslieah et.al (2022) , penggunaan instrumen ini dalam pembelajaran juga mampu membentuk sikap kerjasama antara setiap murid . Murid-murid dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap pembentangan yang dilakukan kerana mereka perlu menilai rakan-rakan mereka. Justeru, mereka tidak akan berbual-bual mahupun melakukan kerja lain ketika pembentangan berlangsung.
Kelemahan pendekatan instrumen penilaian rakan sebaya termasuklah, terdapat murid yang kurang berpengalaman dan pengetahuan untuk melakukan pentaksiran terhadap rakanrakan mereka justeru, mereka tidak tahu cara untuk menilai hasil kerja rakan sekelas. Perkara ini akan membuatkan penilaian yang dilakukan tidak relevan. Selain itu, murid juga tidak diberikan panduan yang khusus dan spesifikasi untuk mereka menilai rakan-rakan. Oleh itu, mereka tidak tahu aspek apa yang perlu mereka nilai. Terdapat juga risiko yang terjadi iaitu murid memberi penilaian berdasarkan hubungan personal dan persaingan dengan rakan-rakan yang dapat mengurangkan keadilan sepanjang proses penilaian berlangsung. Selain itu, guru juga tidak melampirkan teks ‘Jenayah Siber ’ pada RPH. KELEMAHAN
Antara penambaikan yang dapat dilakukan ialah, guru perlu menyediakan borang penilaian untuk setiap kumpulan. Borang penilaian tersebut perlulah mengandungi kesemua nama ahli kumpulan dan beberapa perkara yang hendak dinilai. Bagi melengkapkan borang penilaian tersebut, guru perlu membuat pemerhatian bagi mengenalpasti sama ada murid mengaplikasikan sikap bekerjasama, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan melihat jawapan murid sama ada mencapai objektif atau tidak. Berdasarkan borang penilaian tersebut, guru dapat melihat keberkesanan instrumen lembaran kerja yang dijalankan secara dalam kumpulan. PENAMBAHBAIKAN 01 Lembaran Kerja
02 Buku Latihan 03 Penilaian Rakan Sebaya Antara penambaikan yang boleh dilakukan oleh guru ialah menyediakan senarai semak kepada setiap murid. Guru perlu menfokuskan aspek-aspek yang perlu dinilai oleh rakan sekelas seperti gaya pembentangan, kejelasan suara, kekemasan tulisan di papan putih, ketepatan jawapan yang ditulis daripada segi tanda baca, ejaan dan penggunaan imbuhan. Selain daripada menilai hasil bertulis, murid juga dapat menilai aspek gaya pembentangan rakan-rakan mereka untuk diperbaiki lagi pada masa akan datang. Guru juga perlu menyediakan rubrik analitik untuk menilai hasil jawapan murid sekaligus menjadi panduan untuk melengkapkan senarai semak. Selain itu, guru juga perlu melampirkan eviden seperti teks karangan pada RPH yang telah dirancang sebagai bukti pembelajaran pada hari tersebut. Penambahbaikan yang dapat dilakukan ialah, guru perlu menyediakan borang markah ujian untuk setiap murid. Misalnya, apabila guru sudah menanda jawapan murid, guru perlu merekod pemarkahan tugasan mereka ke dalam borang markah ujian. Misalnya, guru perlu meletakkan target dalam borang tersebut misalnya murid yang mendapat markah 1-6 dikira sebagai lemah, 7-14 sebagai sederhana dan 15-20 adalah cemerlang . Borang tersebut juga perlu sentiasa digunakan setiap kali murid menghantar tugasan buku latihan secara individu. Hal ini untuk memudahkan guru mengesan tahap pengetahuan murid terhadap topik yang dipelajari serta guru juga dapat mengenalpasti kelemahan murid. Justeru, guru dapat merancang aktiviti untuk meningkatkan lagi pemahaman murid yang lemah. Selain itu, guru juga perlu menfotostat beberapa helai muka surat daripada buku latihan sebagai persediaan terhadap murid yang tidak membawa buku tersebut ke sekolah. Setiap hasil tugasan murid perlulah direkodkan oleh guru dan dilampirkan dalam RPH.
02RUMUSAN Instrumen Pentaksiran Alternatif yang dijalankan dalam bilik darjah sangat penting untuk digunakan supaya dapat mengukur tahap perkembangan murid serta mengesan tahap penguasaan merka dalam subjek yang dipelajari. Guru juga perlu bijak dalam menggunakan pendekatan instrumen tersebut untuk mengenalpasti kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri murid. Perkara ini sekaligus dapat meningkatkan potensi dalam diri murid. Guru juga dapat membaiki serta merancang pelbagai aktiviti yang lebih menarik berpandukan maklum balas daripada murid-murid. Pentaksiran alternatif yang dijalankan secara berterusan ini dapat memberi peluang kepada murid untuk bebas mengemukakan idea dan cadangan serta dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam dunia sebenar berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
02 RUJUKAN Fara Izzati & Siti Rahaimah. (2021). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia,11(2),81-94. Mahaya Salleh, Suzana, Hashiroh Hussein & Zakirah Imana. (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Selangor : Local Publications (M) SDN BHD. Mohd Asnorhisham & Abdul Rahim. (2017). Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan Dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,7(1), 66-73. Ng Pei Juan, Saemah Rahman & Shahlan Surat. (2023). Tahap Pengetahuan, Kemahiran Dan Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Malaysian Journal Of Social Sciences And Humanities,8(5),2-13. Noor Muslieah, Zaharah Hussin & Abdul Muhsein. (2022). Pendekatan Heutagogi : Persepsi Murid Terhadap Pentaksiran Rakan Sebaya. International Journal Of Education And Pedagogy,4(1),114-129.
02LAMPIRAN Perbualan Di Whatsapp
RPH 1
RPH 2
RPH 3