The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E FOLIO KEPELBAGAIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA K3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atiqahhamizi03, 2021-11-18 07:37:36

E FOLIO KEPELBAGAIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA K3

E FOLIO KEPELBAGAIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA K3

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU 21032

TAJUK

KEPELBAGAIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

SESI SEMASA
1 2021/2022

NAMA PENSYARAH

MADIHAH IZYANA BINTI MAHADI

BIL NAMA AHLI NO MATRIKS
1. ATIQAH BINTI MOHD HAMIZI (K) 25DSK21F1010
2. YOGATARISHINI MUNIANDY 25DSK21F1002
3. SYAZASYAHIRA BINTI SAMSUL 25DSK21F1028
4. NURUL IZZATI BINTI ESMAN 25DSK21F1025

5, AJIIBAH BINTI MOHAMAD ZIN 25DSK21F1036

1

QR KOD LINK

ISI KANDUNGAN M/S
1
BIL TAJUK 2
1. MUKA DEPAN 3
2. ISI KANDUNGAN 3
3. OBJEKTIF KAJIAN 3-6
4. PENGENALAN 6-9
5. KAUM MELAYU
6. KAUM CINA 10-14
7. KAUM INDIA 15
8. PENUTUP
10. SUMBER RUJUKAN & JADUAL PEMBAHAGIAN 16-21

TUGAS

2

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini kita dapat :

1) Mengenalpasti kaum yang terdapat di Malaysia.

2) Mengetahui latar belakang bagi setiap kaum yang dikaji.

3) Menghuraikan kaum yang terdapat di Malaysia iaitu kaum Melayu, India dan Cina,

4) Menyatakan sistem, tahap perkembangan, dan kesepaduan sosial dan kebudayaan merentas
bangsa bagi setiap kaum di Malaysia.

5) Menghuraikan kebaikan kesepaduan.

6) Memastikan kajian yang dilakukan daripada sumber yang sahih

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara dengan masyarakat berbilang bangsa dengan majoriti
masyarakat Melayu, Cina dan India. Terdapat pelbagai kaum etnik berbeza di Malaysia dengan
identiti budaya mereka yang unik dan istimewa, dengan beberapa persamaan di antaranya. Negara
ini terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur dan telah mendapat kemerdekaan
pada tanggal 31 Ogos 1957. Terdapat juga bangsa Eurasian yang merupakan kacukan keturunan
Eropah dan penduduk Melayu yang tinggal di Malaysia. Komuniti kecil di Melaka pula merupakan
keturunan penjajah Portugis yang mengahwini wanita-wanita tempatan. Mereka mengamalkan
budaya tempatan, namun bertutur dalam bahasa ibunda dan beragama Kristian. Setiap kumpulan
etnik memiliki ciri-ciri budaya sendiri yang berbeza berbanding yang lainnya, dan mereka
mengecap tahap integrasi yang berbeza. Bangsa Cina telah mengintegrasikan budaya Melayu di
beberapa lokasi, termasuklah di daerah-daerah di Terengganu, dan mereka turut membentuk
kelompok seperti kaum Baba Nyonya di Melaka dan Cina-Kadazan di Sabah. Penjajahan oleh
British telah menyemai satu identiti sepunya di antara kumpulan-kumpulan etnik dengan
pemikiran dan ciri-ciri yang diadapatasi dari pihak Inggeris menyatukan mereka. Budaya Malaysia
ini dilihat sebagai simbiosis budaya-budaya yang diamalkan penduduknya.Sistem perkahwinan
kaum melayu

3

SISTEM
SISTEM PERKAHWINAN KAUM MELAYU

1. Adat merisik dan meminang. Kedua-dua adat ini tidak jauh beza upacaranya. Hal ini
kerana kedua-duanya melibatkan pertemuan daripada pihak keluarga lelaki dan keluarga
perempuan bagi tujuan untuk meminang gadis yang telah dipilih.

2. Adat bertunang,pihak lelaki akan diwakili oleh saudara-mara terdekat,kebiasaannya satu
kenduri akan diadakan di rumah pengantin perempuan.hantaran pula kebiasaaanya terdiri
daripada sireh junjung sebagai bingkisan paling utama dan diikuti oleh barang-barang
yang lain.

3. Adat berinai.terdapat 3 peringkat dalam adat berinai dan kebiasaaanya diadakan secara
berperingkat.peringkat pertama ialah berinai curi iaitu hanya untuk sauadara-mara
sahaja,peringkat kedua ialah berinai kecil iaitu hanya untuk jiran tetangga,dan peringkat
terakhir ialah berinai besar iaitu didatangi oleh para jemputan khas dari kedua belah
pihak pengantin.

4. Akad nikah,merupakan acara kemuncak dalam perkahwinan disamping dituntut dalam
agama Islam.kebiasaannya boleh diadakan di rumah pengantin perempuan,masjid atau
pejabat kadi di tempat masing-masing.

5. Adat bersanding,kebiasaannya pasangan pengantin akan dihias rapi dan majlis
persandingan tersebut akan disambut meriah di tempat kedua-kedua belah pihak.Acara
menepung tawar pengantin di atas pelamin yang telah dihias indah dilakukan oleh wakil
dari kedua pihak pasangan pengantin.

4

TAHAP PERKEMBANGAN

Pembentukan masyarakat berbilang kaum di negara ini dapat dikesan sejak awal tahun Masihi
menerusi kegiatan perdagangan.Oleh sebab Tanah Melayu terletak di lokasi yang strategik,iaitu
di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dan Barat,maka Tanah Melayu menjadi
tumpuan dan tempat persinggahan para pedagang dari China,India,Eropah dan Arab.Kehadiran
orang Cina di Tanah Melayu bermula menerusi hubungan keselamatan antara Maharaja China
dengan kerajaan Melayu Melaka.Orang India pula bertapak di Tanah Melayu sejak abad ke-14.

Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu Tua seperti Kerajaan
Kedah,Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Gangga Negara telah menerima pengaruh Hindu-
Buddha yang dibawa oleh pedagang-pedagang India.Keagungan Kerajaan Melayu Melaka pada
abad ke-15 telah membawa ramai pedagang asing berhijrah ke Melaka.Mereka terdiri daripada
pedagang-pedagang yang datang dari China,India,Arab dan Eropah dan juga pedagang-pedagang
yang datang dari wilayah-wilayah Kepulauan Melayu.

KESEPADUAN SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
KAUM MELAYU

 SENI KRAF TANGAN
o Tekstil Batik
Perkataan batik berkait rapat dengan perkataan dalam Bahasa Melayu iaitu 'titik' dan dalam
perkataan Jepun iaitu 'ambo' yang bermaksud lukisan, maka gagungan daripadanya terhasil nama
batik
o Seni Tekat
Seni tekat juga disebut sebagai sulaman timbul atas tekat bersuji yang dikaitkan dengan sulaman
benang emas

5

o Songket
Pakaian yang sering digunakan dalam majlis perkahwinan, pertabalan raja-raja dan sebagainya.
Kain songket juga boleh dibuat baju, kains sarung, tanjak dan selendang.

 TEATER TRADISIONAL
o Wayang kulit Kelantan
Berasal daripada negeri Kelantan dan merupakan sejenis wayang kulit yang terkenal
di Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Patani.
o Makyong
Sejenis tarian teater yang dipercayai daripada negeri Terengganu. Tarian Makyong
yang semakin berkembang ke negeri Kedah, Kelantan, Patani dan Perlis. Tarian
Makyong merupakan tarian tertua di Malaysia dan sering dikaitkan dengan
kepercayaan animisme Melayu

SISTEM
KAUM CINA
 Sistem Kangcu (SISTEM EKNOMI)
-1844 Johor menjadi sebuah negeri melayu yang dapat mengawal orang-orang cina yang
jumlahnya lebih ramai daripada orang Melayu melalui sistem kangcu
-Temenggung Daeng Ibrahim, pemerintah kerajaan Johor pada ketika itu surat sungai yang
pertama kepada pekebun cina bernama Lau Lib Keng.
-Bermulalah penghijrahan orang cina dari Singapura ke Johor untuk penanaman gambir dan lada
hitam secara komersial di Tanah Melayu.

6

-Corak pemerintahan kerajaan Johor kepada pekebun cina kemudian dikenali sebagai sistem
kangcu.
-Sistem Kangcu bermaksud Ketua Petempatan Cina dalam bahasa Teochiew.
-Kerajaan Johor pula dikenali sebagai tuan sungai
-Dalam Surat Sungai, Tuan Sungai mestilah bayar cukai kepada Ungku Temenggung, jika gagal
dijelaskan dalam tempoh 3tahun, tuan sungai akan menerima hukuman berat.
- Perkembangan pesat disebabkan 3 faktor iaitu pengeluaran gambir dan lada hitam di Singapura
dan kepulauan Riau yang merosot. Selain itu, pemerintahan Inggris di Singapura mula
meningkatkan cukai tanah, juga faktor tanah Johor yang lebih luas.

TAHAP PERKEMBANGAN

 Kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19.
 Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin.
Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan
Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambil alihan
Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat
pada tahun 1826. Terdapat tiga kaum kecil ini yang berbicara dialek Cina yang berbeza iaitu
Mandarin, Hokkien, Kantonis.
Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat
kebenaran yang dipanggil Surat Sungai. Bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan
yang paling besar dari setahun ke setahun berbanding dengan bangsa lain. Orang Cina yang
berhijrah ke Tanah Melayu telah menyebabkan perkembangan dalam beberapa aspek seperti
pendidikan, seni bina, bahasa, makanan dan pakaian. Contohnya ialah :
1) Pendidikan
 Menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar.
 Wujudnya sekolah vernakular China seperti SJK (C).

7

2) Seni Bina
 Pembinaan tokong dan pagoda.

3) Bahasa
 Wujudnya tujuh golongan bahasa Cina iaitu Teochew, Hokkien, Kantonis, Mandarin,
Fuzhou, Hainanese dan Hakka.

4) Makanan
 Makanan tradisional yang paling dikenali ramai seperti dim sum, bubur cha cha, kuih
bulan dan lai-lain.
5) Pakaian
 Pengaruh pakaian tradisional Cina seperti Cheongsam, jubah labuh, samfoo dan lain-lain.

KESEPADUAN DAN KEBUDAYAAN MERENTAS BANGSA DI
MALAYSIA

 Kesepaduan amat penting bagi mewujudkan negara yang aman dan harmoni.
 Kesepaduan dapat ditunjukkan apabila menjelangnya hari perayaan.
 Hari perayaan bagi kaum Cina ialah Tahun Baru Cina.
 Tahun Baru Cina juga mempunyai hari rumah terbuka untuk meraikan perpaduan kaum.
Menurut titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, semangat
perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring
dengan mengukuhkan semangat jati diri. Melalui penghayatan perpaduan serta sejarah negara,
diharap akan lahirnya generasi muda yang akan bertindak sebagai warganegara yang matang lagi
bertanggungjawab.
Terdapat juga kewujudan budaya bagi kaum Cina yang sedang berkembang sehingga kini
iaitu tarian tradisional. Antara tarian tradisional kaum Cina yang terkenal ialah tarian singa dan
tarian kipas.

8

1) Tarian Singa

 Tarian ini adalah di mana penari akan meniru pergerakan
singa dengan menggunakan kostum singa.
 Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari.
 Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan
dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

2) Tarian Kipas

 Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana sering
ditarikan pada majlis-majlis perkahwinan diraja dan terdiri daripada
golongan wanita.
 Angin merupakan satu tradisi masyarakat China iaitu
mempercayai ‘feng shui’ yang merupakan satu kepercayaan tentang sesuatu petanda baik
dan buruk terhadap kehidupan mereka.
CONTOH TOKONG DAN PAGODA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

Tokong Thean Hou, Kuala Lumpur Pagoda Chin Swee , Pahang

9

SISTEM KAUM INDIA

SISTEM PEMBINAAN

 Masyarakat Hindu Malaysia telah membina kuil mengikut kepercayaan agama mereka sendiri.
Mahupun sebelum atau selepas merdeka, mereka membina kuil dengan pelbagai saiz dan
bentuk di ladang dan rumah mereka tanpa sebarang kekangan. Seperti kebiasaan di India
Selatan, majoriti orang Tamil mengamalkan Shaivisme. Kebanyakan kuil di Malaysia,
disembah mengikut dewa & dewi masing-masing.

SISTEM PENDIDIKAN

 Semua pelajar India dibenarkan menghadiri sekolah kebangsaan atau sekolah kebangsaan
Tamil. Di Malaysia, sistem pendidikan membolehkan bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT). Ini berterusan sehingga 1957,
apabila Malaysia mencapai kemerdekaan. Perkara ini ditekankan lagi dalam Penyata Razak.
Majoriti sekolah rendah Tamil terletak di ladang, dan hampir semua pelajar mereka
berketurunan India yang tinggal di ladang. Ladang-ladang ini telah diubah menjadi bandar dan
pembangunan perumahan moden & turut menetapi oleh kaum India yang tinggal di ladang
tersebut.

SISTEM PERKAHWINAN
 Perkahwinan Hindu secara tradisinya diadakan dalam bahasa Sanskrit, bahasa paling suci dari

semua upacara Hindu. Oleh kerana tradisi masa dan perbezaan dari perkahwinan barat moden,
serta perbezaan wilayah, keluarga, dan kasta, agama Hindu mempunyai banyak upacara.
Perkahwinan adalah penting dalam agama Hindu, dan upacara biasanya berwarna-warni dan
berlangsung beberapa hari. Rumah peserta juga dihiasi dengan belon dan hiasan lain.
Pertunangan dan ketibaan pihak pengantin lelaki ke kediaman pengantin perempuan, selalunya
dalam bentuk perarakan rasmi, berlaku sebelum perkahwinan. Pengantin perempuan dialu-
alukan ke rumah barunya sebagai sebahagian daripada upacara selepas perkahwinan. Dewa

10

Api Suci iaitu Agni adalah saksi utama perkahwinan Hindu. Menurut undang-undang dan
tradisi Hindu, tiada perkahwinan Hindu yang lengkap tanpa saksi api suci.

TAHAP PERKEMBANGAN
 Perkembangan agama Hindu di Malaysia sememangnya telah memainkan peranan yang sangat

penting dalam pembentukan Malaysia itu sendiri. Dengan perkembangan agama Hindu dan
diikuti dengan kefahaman masyarakat sekeliling, maka terhasillah masyarakat yang saling
menghormati dan bertolak ansur walaupun berbeza pegangan agama.

 Masyarakat Hindu Malaysia yang berasal dari India merupakan kumpulan etnik ketiga terbesar
di Malaysia selepas Masyarakat Cina dan Melayu.

 Pada akhir abad ke-19, semasa penjajahan British di Tanah Melayu (1874-1957), British telah
mengambil dua jenis buruh India dan mereka diasingkan secara pekerjaan.

 Mobiliti menaik kepada pangkat profesional dan kelas pertengahan boleh dilihat tetapi
kebanyakannya terhad kepada kumpulan sub-etnik yang mempunyai latar belakang pendidikan
Inggeris.

 Majoriti orang India Malaysia telah terperangkap dalam status kelas bawahan proletariat.
Kedudukan ini lebih kurang dikekalkan di Tanah Melayu dan Malaysia selepas merdeka.

 Diaspora di dunia kita di Malaysia berada dalam salah satu kedudukan yang paling
menguntungkan. Komuniti ini mempunyai sistem sekolah rendah Tamil yang tersusun dengan
baik, perkhidmatan radio dan Televisyen Tamil yang dibiayai oleh kerajaan & perkhidmatan
pawagam Tamil, kuil Hindu yang mendapat lindungan baik di seluruh negara, sebilangan besar
NGO India berdaftar, Pengerusi dalam pengajian India di Universiti of Malaya, dan parti
politik berasaskan India dan perwakilan politik India di peringkat persekutuan dan negeri.

11

Kesepaduan Sosial dan Kebudayaan Merentas Bangsa di Malaysia bagi kaum
India:

 Kesepaduan sosial merupakan jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok,
berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjam unsur budaya masing-masing.

 Budaya dan Adat Resam kaum India
o Dari aspek pemakaian
- Pemakaian sari bagi golongan perempuan India
- Pemakaian dhoti bagi golongan lelaki India
- Pemakaian baju punjabi

- Pemakaian kurta bagi golongan lelaki India
SARI

KURTA PUNJABI DHOTI

o Dari aspek makanan tradisi
- Kari
- Roti canai
- Roti naan
- Tosai
- Putu mayam (dimakan bersama gula merah dan kelapa parut)

12

o Perayaan
- Sambutan Deepavali disambut oleh semua penganut yang

beragama Hindu di seluruh negara
- Gabungan perkataan “Dipa” yang bermaksud cahaya dan

perkataan “Gavali” yang bermaksud barisan
- Perayaan Thaipusam disambut bagi menghormati dewa

Hindu iaitu Lord Murugan
- Ia juga disambut untuk menghapuskan dosa-dosa berpuasa selama sebulan dengan hanya

makan sayur sebanyak satu kali sehari
- Membawa patung Dewa Subramaniam dan diarak dengan muzik tradisi kaum India

o Adat kelahiran

- Semasa mengandung, adat Valaikappu adalah adat yang dilakukan ketika
kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia 7 hingga 9 bulan

- Wanita hamil tersebut dipakaikan gelang tangan baru yang dikenali sebagai
suulkaappu bagi melindungi bayi daripada kesukaran semasa bersalin

- Suul bermaksud ‘kandungan ibu’ dan Kaappu bermaksud ‘perlindungan’
- Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu

gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan dan dileburkan untuk dibuat
perhiasan bagi bayi yang telah selamat dilahirkan serta dipakai pada hari pemberian nama
- Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami akan membisikkan Gayatri Mantiram(sejenis
mantera Tuhan) di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong
- Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi
mendengar nama Tuhan dan bertujuan membawa rahmat kepada bayi tersebut
- Potong tali pusat. Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan timbuni di
sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-
bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelakkan dari dikorek oleh binatang liar

13

- Menyapu madu. Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur minyak sapi
pada lidahnya. Air gula juga turut dibenarkan

- Minyak savvennai yang merupakan campuran minyk bijan, minyak
lenga dan mambu juga kadangkala digunakan kerana ia dipercayai boleh
membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit

- Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur
- Membawa bayi pulang ke rumah. Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih

yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga
kali mengikut arah jam dan juga lawan arah jam
- Seterusnya para Cumanggali akan mencelupkan ibu jari ke dalam dulang tersebut dan
mencalitkan ke dahi ibu dan anak
- Mandi selepas bersalin. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi
dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan herba
- Ia bertujuan untuk mengelakkan penyakit sawan atau sakit kuning
- Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil
menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak
- Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan dan disapu dengan
bedak yang diperbuat daripada tepung beras supaya tidak dihinggapi
ruam
- Akhir sekali, bayi akan dibendung dengan kain bertujuan untuk
meluruskan anggota badan bayi

14

PENUTUP

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada tajuk kepelbagaian kebudayaan di Malaysia ialah kita
dapat mengetahui jenis kaum yang terdapat di Malaysia dari segi sistem yang digunakan, tahap
perkembangan sesebuah kaum serta kesepaduan sosial dan kebudayaan merentas bangsa di
Malaysia. Kita dapat mengetahui sistem perkahwinan yang digunakan oleh setiap kaum.
Contohnya, sistem yang terdapat bagi kaum Melayu ialah sistem perkahwinan seperti adat
merisik, adat meminang, adat bertunang, adat berinai, akad nikah dan bersanding. Selain itu,
tahap perkembangan bagi kaum Cina dari segi pakaian. Contohnya, pengaruh keunikan pakaian
tradisional kaum Cina seperti cheongsam, jubah labuh, samfoo dan lain-lain. Akhir sekali,
kesepaduan sosial dan kebudayaan merentas bangsa di Malaysia bagi kaum India dapat
dijelaskan melalui budaya dan adat resam bagi kaum itu. Contohnya, budaya pemakanan bagi
kaum India seperti kari, roti canai, roti naan, tosai serta putu mayam yang dimakan bersama gula
merah dan kelapa parut. Pengajaran yang dapat kita simpulkan dari tajuk ini ialah kita mestilah
sentiasa menghargai serta menghormati budaya dan adat resam kaum lain agar warisan negara
dapat dikekalkan.

15

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN

TAJUK:
MENERANGKAN SISTEM, TAHAP PERKEMBANGAN, KESEPADUAN SOSIAL &

KEBUDAYAAN MERENTAS BANGSA DI MALAYSIA

TOPIK:
NO 7. KEPELBAGAIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH:
PUAN MADIHAH IZYANA BINTI MAHADI

JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS

BIL NAMA AHLI NO MATRIKS
1. ATIQAH BINTI MOHD HAMIZI 25DSK21F1010
2. AJIBAH BINTI MOHAMAD ZIN 25DSK21F1036
3. NURUL IZZATI BINTI ESMAN 25DSK21F1025
4. SYAZASYAHIRA BINTI SAMSUL 25DSK21F1028
5. YOGATARISHINI MUNIANDY 25DSK21F1002

16

BIL NAMA SENARAI BUKTI

AHLI TUGASAN

1. ATIQAH 1)Membuat 1) https://online.anyflip.com/gpeku/fgcb/mobile/index.html
2) https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sistem_Kangcu
BINTI MOHD perbincangan 3)https://www.researchgate.net/publication/325247620_Pemupukan

HAMIZI bersama ahli

kumpulan.

2)Membuat isi

kandungan.

3)Mencari

maklumat

kesepaduan

sosial dan

kebudayaan

Merentas

Bangsa di

Malaysia kaum

melayu.

4)Mencari

maklumat sistem

kaum cina.

5)Membuat slaid

kesepaduan

sosial dan

kebudayaan

kaum melayu

6)Membuat slaid

sistem kaum

cina

Mengumpul dan

mengedit slaid

17

2 AJIBAH 1) Menerima tajuk 1) http://pmbab5.blogspot.my/2015/10/e-folio-pengajian-
. BINTI
daripada pensyarah. malaysia.html
MOHAMA
2) Berbincang tentang 2)https://www.jobstore.com/careersblog/2019/08/29/kepentingan-
D ZIN

pembahagian tajuk perpaduan-kaum-di-malaysia/

bersama ahli 3) https://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Cina

kumpulan. 4) https://sites.google.com/site/senidanbudayamalaysia/kia

3) Membuat tugasan

tajuk yang telah

dibahagikan oleh

ketua kumpulan iaitu

tahap perkembangan,

dan kesepaduan sosial

dan kebudayaan

merentas bangsa di

Malaysia bagi kaum

Cina.

4) Mencari rujukan

untuk tajuk yang

diberi.

5) Membantu rakan

yang kurang faham

tentang penggunaan

"Microsoft Word"

6) Mencari contoh

gambar bagi setiap isi

yang berkenaan.

18

3 NURUL 1)Menerima arahan 1) https://www.3ecpa.com.my/sumber-maklumat/pelbagai-
. IZZATI
daripada pensyarah topik/budaya-di-malaysia/?lang=ms
BINTI
2)Membuat 2) http://pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com/2015/02/20-
ESMAN

perbincangan bersama perkahwinan-masyarakat-melayu.html

ahli kumpulan di

group "whatsapp"

3)Memilih tajuk kecil

yang diberikan oleh

ketua di dalam group

4)Membantu rakan

sekumpulan

menyelesaikan

masalah

5)Membuat

pengenalan

6)Membuat slide

tugasan

7)Mencari maklumat

di internet

8)Mencari

menggunakan

medium "Google

Meet" untuk

mengambil gambar

kumpulan disamping

melakukan

perbincangan

9)Mencari maklumat

didalam buku

19

4 SYAZASYA 1)Menerima arahan 1) https://m.facebook.com/1698149750453362/posts/apa-yang-anda-

HIRA BINTI daripada pensyarah faham-mengenai-kesepaduan-sosialsaya-ingin-menerangkan-serba-

.

SAMSUL

2)Membuat sedik/1702589290009408/

perbincangan tentang 2) https://www.slideshare.net/fiqasaila/budaya-adat-resam-kaum-india

pembahagian tugas 3) http://devajitadj.blogspot.com/p/kaum-india.html?m=1

bersama ahli 4)http://sosiobudayadanagamamalaysia.blogspot.com/2017/12/adat-

kumpulan yang lain kelahiran-masyarakat-india.html?m=1

3)Mencari maklumat

berkaitan kesepaduan

sosial dan kebudayaan

merentas bangsa di

Malaysia bagi kaum

India

4)Membuat

kesimpulan yang

dapat dirumuskan

bagi tajuk

kepelbagaian

kebudayaan di

Malaysia

5)Membuat slide

powerpoint

20

5 YOGATARISH 1)Menerima arahan 1) Agama Hindu di Malaysia - Wikiwand
2)https://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduisme_di_Malaysia
INI 3)https://www.academia.edu/39243893/SEJARAH_PERKEMBANGAN_AGAMA_HINDU

. MUNIANDY daripada pensyarah

tentang tugas.

2)Mencari maklumat

tentang sistem & 4) Cerita Kecil Tentang Agama Hindu (solidaritas.my)
tahap perkembangan
5) Perkahwinan Hindu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

budaya agama hindu

di malaysia.

3)Bincang dengan alih

kumpulan tentang

pengagihan tugas.

4) Google Meet

bersama ahli

kumpulan untuk

perbincangan tugas.

5)Membuat slide e-

folio.

6)Mengumpul senarai

tugasan dari ahli

kumpulan & mebuat

jadual tugasan.

21

22


Click to View FlipBook Version