The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 1 MPU3333 Ustaz Abd Rashid Bin Abdul Halim@Jaafar.

Ahli Kumpulan:
1. AFIQ HAQIMI BIN AZIZAN 54213222035
2. MUHAMMAD MUSTAQIM BIN AZMIN
54213222030
3. MUHAMMAD AIMAN HAKIM BIN MOHD SAFIAN
54222222016
4. KHAIRUL IRFAN BIN KAMARUL ZAMAN 54213222029
5. MUHAMAD HARIS FARHAN BIN MUHAMAD ANUAR 54222222063

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairulirfan66, 2022-11-25 03:41:54

IDEOLOGI PLURALISME DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KEFAHAMAN DAN AMALAN ISLAM DI MALAYSIA

Tugasan 1 MPU3333 Ustaz Abd Rashid Bin Abdul Halim@Jaafar.

Ahli Kumpulan:
1. AFIQ HAQIMI BIN AZIZAN 54213222035
2. MUHAMMAD MUSTAQIM BIN AZMIN
54213222030
3. MUHAMMAD AIMAN HAKIM BIN MOHD SAFIAN
54222222016
4. KHAIRUL IRFAN BIN KAMARUL ZAMAN 54213222029
5. MUHAMAD HARIS FARHAN BIN MUHAMAD ANUAR 54222222063

TUGASAN MPU 333333
(ISU-ISU

KONTEMPORARI
MUSLIM DI MALAYSIA)

TAJUK: Ideologi
pluralisme dan
implikasinya terhadap
kefahaman dan amalan
Islam di Malaysia

1

AHLI-AHLI KUMPULAN

KHAIRUL IRFAN BIN
KAMARUL ZAMAN
54213222029.

AFIQ HAQIMI BIN AZIZAN
54213222035

MUHAMMAD AIMAN HAKIM
BIN MOHD SAFIAN
54222222016

MUHAMAD HARIS FARHAN
BIN MUHAMAD ANUAR
54222222063

MUHAMMAD MUSTAQIM BIN
AZMIN
54213222030

2

BORANG PENILAIAN

3

ISI KANDUNGAN

PERKARA

• Pendahuluan
• Definisi
• Sejarah/latar belakang
• Ciri-ciri
• Kesan Negatif Kepada Kefahaman dan Amalan

Islam

• Kaedah Menangani Ideologi
• Kesimpulan
• Bibliografi

4

1.0 PENDAHULUAN

Kepercayaan bahawa terdapat banyak agama yang berbeza yang masing-masing
mempunyai kepercayaan sendiri dikenali sebagai pluralisme agama. Sesetengah orang
berpendapat dan beranggapan bahawa ini adalah perkara yang baik kerana secara tidak
langsung membolehkan orang ramai bebas memilih apa sahaja agama yang mereka mahu.
Oleh itu, terdapat juga golongan yang beranggapan ini adalah perkara yang tidak baik. Hal
ini kerana agama yang berbeza akan berlakunya percanggahan pendapat. Falsafah yang
bermula di Barat ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia dalam beberapa dekad yang
lalu. Falsafah ini dibincangkan dalam kertas saintifik di seminar dan persidangan. Sarjana
muda juga telah menjadikan perkara ini sebagai tajuk kepada projek penyelidikan mereka.
Sejak kebelakangan ini, sesetengah pihak percaya bahawa ini adalah cara terbaik untuk
mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia.

Apakah sejarah falsafah ini dan bagaimana ia berkembang dari semasa ke semasa?
Penting untuk ditekankan bahawa soalan-soalan akan dikaji secara saintifik dan objektif
tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana agama atau tradisi. Apa yang akan
didedahkan adalah berdasarkan penemuan para alim ulama yang paling disegani di Barat,
yang menyokong falsafah pluralisme agama.
.

5

Menurut Abdullah Muhammad Zin, pluralisme agama adalah fahaman yang tidak
diterima oleh ramai masyarakat di Malaysia kerana bercanggah dengan akidah Ahli al-
Sunnah waal-Jama'ah. Hasniza Hussain, 2020, berkata terdapat banyak kebimbangan
mengenai pluralisme agama di Malaysia, dan topik ini dibincangkan oleh semua orang
dalam kalangan yang berbeza. Hujah-hujah terhadap isu-isu yang dibincangkan akan
menunjukkan bahawa pluralisme agama tidak memudaratkan akidah umat Islam, walaupun
sebahagian penganut akidah tersebut berpegang kepada pandangan Ahl al-Sunnah wa al-
Jama'ah. Terdapat pelbagai sebab mengapa orang mungkin menyokong pluralisme agama.
Beberapa sebab ini termasuk kepercayaan bahawa agama yang berbeza menawarkan cara
yang berbeza untuk melihat dunia dan boleh menjadi alat yang berguna untuk memahami
dan menghadapi cabaran hidup. Yang lain berpendapat bahawa pluralisme agama adalah
perlu untuk memelihara kebebasan beragama, kerana tradisi agama yang berbeza sering
mempunyai pandangan yang berbeza mengenai perkara etika. Yang lain percaya bahawa
pluralisme agama adalah bahagian penting dalam masyarakat yang bertoleransi, kerana
kepercayaan agama yang berbeza boleh membawa kepada konflik jika mereka tidak
dihormati

6

2.0 DEFINISI

Istilah "pluralisme agama" masih sering disalahfahami atau mengandungi pengertian
yang kurang jelas, meskipun istilah ini begitu terkenal dan mendapat sambutan secara
umum. Ianya amat mengejutkan, ternyata tidak banyak. Bahkan langka yang mencuba
mendefinisikan pluralisme agama itu. Istilah ini memerlukan definisi yang jelas dan tegas
baik dari segi erti literal mahu pun dari segi konteks di mana ia banyak digunakan,
khususnya dalam tugasan secara berkumpulan ini. Secara etimologis, pluralisme agama
berasal dari dua kata, iaitu "pluralisme" dan "agama". Dalam bahasa Arab diterjemahkan "al-
ta'addudiyyah al-diniyyah" dan dalam bahasa Inggris "religious pluralism". Oleh kerana
istilah pluralisme agama ini berasal dari bahasa Inggris, maka untuk mendefinisikannya
secara sahih harus merujuk kepada kamus bahasa tersebut. Pluralism bermaksud "jama’"
atau lebih dari satu. Dalam kamus bahasa Inggris mempunyai tiga pengertian. Pertama,
pengertian kegerejaan iaitu sebutan untuk orang yang memegang lebih dari satu jabatan
dalam struktur kegerejaan atau memegang dua jabatan atau lebih secara bersamaan, baik
bersifat kegerejaan mahupun bukan kegerejaan. Pengertian yang kedua, pengertian
falsafah yang bermaksud sistem pemikiran yang mengakui adanya landasan pemikiran yang
lebih daripada satu. Sedangkan ketiga, pengertian sosio politik ianya adalah suatu sistem
yang mengakui konsisten keragaman kelompok, baik yang bercorak ras, suku, aliran
dengan tetap menjunjung tinggi aspek-aspek perbezaan yang sangat ciri-ciri di antara
kelompok-kelompok tersebut. Pengertian yang ketiga tersebut sebenarnya boleh
disederhanakan dalam satu makna, iaitu berbagai kelompok atau keyakinan di satu waktu
dengan tetap terpeliharanya perbezaan-perbezaan dan ciri-ciri masing-masing.

7

Sementara itu, definisi agama dalam pemikiran. Barat telah mengundang pergaduhan
dan salah faham yang tak berkesudahan, baik di bidang ilmu falsafah agama yang bermakna
salah satu ilmu pengetahuan yang menarik untuk disemak. Bukan tanpa alasan, falsafah
melahirkan pemikiran berbagai macam hal dengan pendekatan yang lebih dalam dan
bermakna, teologi, sosiologi, antropologi, mahupun di bidang ilmu perbandingan agama
sendiri. Sehingga sangat sulit, bahkan hampir dikatakan mustahil, untuk mendapatkan definisi
agama yang boleh diterima atau disepakati pada semua kalangan. Seorang pakar ilmu
perbandingan agama, Wilfred Cantwell Smith, juga mengakui betapa sulitnya mendefinisikan
agama, dia menyatakan bahwa: "Terminologi (agama) luar biasa sulitnya didefinisikan (The
term is notoriously indefinable). Paling tidak, dalam beberapa dasawarsa terakhir ini terdapat
beragam definisi yang membingungkan yang tak satu pun diterima secara luas. Oleh kerana
itu, istilah ini harus dibuang dan ditinggalkan untuk selamanya." Ini bermakna pandangan
Smith ini tentu sahaja sangat berlebihan, kerana sebahagian besar ahli agama tidak
berpendapat sedemikian, disamping secara objektif, terminologi agama masih tetap digunakan
dalam bahasa harian baik oleh orang awam mahu pun para ahli. Berangkat dari kenyataan ini,
tidaklah salah bahkan dosa untuk memilih satu definisi agama yang memadai sebagai pijakan
ilmiah dan metodologi yang mutlak diperlukan untuk melakukan sebuah pengkajian dan
analisis.

Untuk mendefinisikan agama, setidaknya boleh menggunakan tiga pendekatan, iaitu dari

segi "fungsi", "institusi" dan "substansi"' para ahli sejarah sosial (social history), cenderung

mendefinisikan agama sebagai suatu sejarah institusi suatu pandangan hidup yang mudah

dibezakan dari yang lain, misalnya sangat mudah membezakan antara agama Budha dan

Islam dengan hanya melihat sisi kesejarahan yang melatar belakangi keduanya dan dari

perbezaan sistem kemasyarakatan, keyakinan, ritual dan etika yang ada dalam ajaran

keduanya. Sementara para ahli di bidang sosiologi dan antropologi cenderung mendefinisikan

agama dari sudut fungsi sosialnya iaitu suatu sistem kehidupan yang mengikat manusia dalam

kelompok kelompok sosial. 8

3.0 SEJARAH PLURALISME AGAMA

Pemikiran pluralisme tercetus pada masa Pencerahan Eropah dimana pada ketika itu manusia
diwarnai dengan pemikiran yang berorientasikan pemikiran akal dan pembebasan akal dari
kongkongan agama. Pergolakan pemikiran di Eropah bermula hal konflik antara gereja dan kehidupan
di luar gereja sehingga menimbulkan pahaman liberalisme yang matlamatnya membawa kepada
kebebasan, toleransi, persamaan dan keseragaman agama (pluralisme). Konflik dalaman yang
berlaku antara gereja dan golongan radikal yang bangkit membawa pencerahan pada era itu telah
menjadikan pluralisme sebagai tindak balas masvarakat dalam sosio masyarakat sehingga sebuah
sistem politik yang bertuhankan pegangan liberal. Hal perbincangan dan menjadi topik hangat sosio
ketika itu ialah perbahasan mengenai kebebasan beragama, hak asasi manusia, toleransi, persamaan
jantina dan mengenepikan soal kebenaran yang terkandung dalam agama-agama itu sendiri. Akhirnya
penganut pahaman ini membuat konklusi bahawa akan wujud satu keadaan dimana para penganut
daripada pelbagai agama hidup dalam keadaan aman menerusi keragaman yang di amalkan.

Selain itu. perkembangan pluralisme juga sering kali dikaitkan dengan kontlik yang berlaku
kepada gereja. Pada era itu juga pihak-pihak gereja mengamalkan pahaman iksklusit pada asalnya
dan telah bertukar kepada inklusif akibat hubungan yang berlaku ketika zaman missinari Gereja
Roman Katolik. Fahaman inklusif ini diktiraf secara rasminya pada Majlis Kedua Vatican sekitar tahun
1965, maka dengan munculnya inklusif ini membuatkan ruang untuk membiakkan pahaman
pluralisme semakin luas. Smith dalam karyanya yang bertajuk The meaning and The End of Religion
telah mengkritik penafsiran ahli teologo Kristian dan sarjana barat terhadap apa yang dipahami oleh
mereka sebagai agama (religion) adalah berasal daripada fahaman eksklusif agama Kristian kerana
bagi Smith ini sesuatu yang salah kerana menafikan hak agama lain. Seterusnya, pluralisme juga
dikatakan sangat berkait rapat dengan tradisi dan pengalaman keagama Kristian yang secara amnya
telah melalui perubahan dalam tempoh yang panjang menurut sejarah keagamaan mereka. Bermula
dengan kemelut kesahihan Injil, penukaran mengenai tafsiran terhadap kitab Injil dan ditambah lagi
dengan penyelewengan agama dikalangan pemimpin atau kelompok-kelompok gereja yang telah
memberi laluan kepada agenda mereka.

9

Selain itu, dokumen Nostra Aetate memetik sumber dari Bible yang menyebut bahawa
semua manusia dicipta oleh Tuhan dan kerana itu semuanya berkongsi matlamat yang
sama. Ini adalah kerana Tuhan mahu menyelamatkan manusia. Gereja tidak menolak apa-
apa yang baik dari agama Hindu dan Buddha, apalagi dengan Agama Islam yang
mempunyai pertalian erat seperti dalam kepercayaan kepada Tuhan, Nabi Ibrahim dan lain-
lain. Kerana itu, Islam dan Kristen perlu bekerjasama memperjuangkan keadilan sosial, nilai
moral, keamananan dan kebebasan. Pendirian ini hanya akan memperdalamkan lagi jurang
di antara Katolik Kristen dan agama-agama lain di dunia. Maka fahaman inklusivisme yang
diterima pada Perhimpunan Kedua Vatican cukup memberikan warna baru kepada Gereja
Roma Katolik pada akhir kurun yang ke 20. Bahkan pendirian ini telah memberi inspirasi
kepada ahli-ahli Kristen sendiri sehingga pendirian ini dianggap mewakili pendirian arus
perdana Kristen.

10

4.0 CIRI-CIRI PLURALISME DALAM AGAMA

Pluralisme terbahagi kepada dua iaitu pluralisme dalam pengajian etnik dan kedua
ialah pluralisme dalalam konteks agama. Kefahaman dan kesedaran tentang pluralisme
dalam konteks agama perlu dititikberatkan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana
pluralisme agama adalah fahaman yang sangat bahaya dan sering menjadi perbincangan
pada masa kini. Manakala pluralisme dalam pengajian hubungan etnik pula adalah
perbahasan berkaitan kepelbagaian dalam masyarakat.

Isu pluralisme agama menimbulkan fenomena yang baru dalam pemikiran islam.
Bukan sahaja mencetus pelbagai kontroversi dalam dunia islam dan antarabangsa serta
menggugat akidah islam. Antara ciri pluralisme agama ialah pluralisme adalah pandangan,
fikiran, keyakinan bahawa agama-agama yang pelbagai dan berbeza beza iaitu mempunyai
kesan dari segi ontology, soteriology dan epistemology Seperti dikemukakan Peter Byrne,
professor di King’s College London UK, pluralisme agama merupakan persenyawaan tiga
tesis.

Pertama, semua tradisi agama agama besar dunia adalah sama. semua merujuk dan
mengisyarat kepada suatu realiti tunggal yang transenden dan suci. Selain itu,
eksklusivisme merupakan juga adalah ciri ajaran pluralisme agama. Hal ini disebabkan
selama ini ajaran pluralisme agama diwar-warkan sebagai anti eksklusivisme. Ia sering
mendesakkan dirinya sebagai ajaran yang tampak ramah dan sangat menghormati
keperbezaan (the otherness) dan menyunjung tinggi kebebasan . Tapi pada hakikatnya, ia
telah merampas kebebasan pihak lain apabila dia mendeklarasi diri dan menuntut sebagai
pemberi tafsir, teori dan ajaran tentang kemajmukan, keberagaman & kepelbagaian agama
benar “bahawa semua agama sama.” Sesungguhnya pluralisme merampas agama-agama
selepas menuntut kebenaran mutlak.

11

Kemudian, ciri pluralisme agama ialah ia mempunyai satu gerakan yang terancang
yang berlindung di bawah gerakan-gerakan seperti global ethics, human rights dan interfaith
dialogue of faith dan civilizational dialogue. Selain itu, ideologi dan fahaman
pluralisme agama merupakan suatu serangan mental dan penjajahan pemikiran
yang berbahaya terhadap Islam serta penganutnya. Ia dilakukan secara halus untuk
mengelirukan pemikiran umat Islam dengan menggunakan nama seperti rasional,
toleransi dan perpaduan. Ia juga mempunyai jaringan luas hampir di seluruh dunia
termasuklah Malaysia.

Akhir sekali, pluralisme agama juga lebih cenderung meletakkan neraca akal & melebihi
neraca agama kerana akal dianggap sebagai berautonomi dan mampu memikirkan
segala-galanya. Disamping itu, ia menanamkan bibit kekeliruan dan ketidakpastian
dengan menggunakan moto yang kelihatan baik dan mulus seperti “One God
Different Ways”, “Unity in Diversity” dan sebagainya. Ia juga mempunyai elemen-
elemen fahaman Islam liberal, sekularisme, rasionalisme, penolakan autoriti
keagamaan dan longgar dalam perbahasan mengenai hakikat kebenaran sesuatu
agama dan sentiasa cuba menyamaratakan ajaran-ajaran agama yang berbagai.

Ciri-ciri pluralisme ini juga memisahkan nilai dalam agama dengan menyatakan nilai

sejagat atau umum dan mengatasi kebaikan nilai agama dan ini menidakkan peranan

agama dalam kehidupan seseorang. Seterusnya, ia memperjuangkan kebebasan

mengeluarkan pendapat dalam beragama kononnya setiap orang berhak untuk

memberikan pandangan walaupun pandangan itu sebenarnya bertentangan dengan agama

atau pandangan itu boleh menyakiti penganut-penganut agama lain. Metodologi

yang digunakan mereka iaitu relativisme iaitu dengan menyatakan bahawa

kebenaran adalah relatif dan tidak boleh didakwa mana-mana pihak, yang bertujuan

kononnya memberi kebebasan yang mutlak dalam mengeluarkan pendapat masing

masing. 12

5.0 KESAN NEGATIF PLURALISME KEPADA
KEFAHAMAN DAN AMALAN ISLAM.

Telah jelas bahawa pluralisme agama adalah suatu faham yang menyeleweng
daripada asas Islam, wajar pula kita meneliti kesan dan implikasinya dalam konteks
Malaysia secara khusus.

5.1 Implikasi Aqidah.

Pluralisme Agama sangat berpotensi untuk menghakis kemurnian aqidah para
penganut Islam di Malaysia secara sedar mahupun tidak. Pluralisme Agama juga membuka
pintu kepada kesyirikan dan kekufuran. Jika sudut aqidah umat Islam sudah terkompromi
maka sebenarnya keseluruhan jati-diri keagamaan umat itu sendiri sudah tergadai. Allah
SWT sangat tegas dalam hal aqidah berbanding aspek lain.

Bercakap tentang Islam di Malaysia, walaupun masih banyak kelemahan dan
kekurangan yang perlu ditampung tetapi menjaga kemurnian aqidah serta bertegas
terhadap penyelewengan aqidah adalah antara aspek diberi lebih perhatian. Sejak daripada
kes Natrah lagi hinggalah ke kes Nuraishah Bokhari, Azlina Jailani, kes-kes murtad yang
sampai ke pengetahuan umum akan menarik reaksi aggresif masyarakat Islam. Pihak yang
berwewenang, setakat ini, nampaknya masih bertahan dengan tafsiran dan perlaksanaan
undang-undang yang lebih menutup pintu murtad.

Di suatu sudut yang lain, fahaman-fahaman aqidah atas nama Islam yang

menyeleweng turut dikekang dan tidak diberikan kebebasan untuk berkembang-biak. Orang

awam di kalangan umat Islam sendiri sangat sensitif dan takut dengan ajaran sesat.

Bezanya, Pluralisme Agama adalah suatu fahaman yang datang dalam bentuk yang halus

serta dengan imej faham Islam yang lebih moden dan progresif. Oleh itu mungkin sahaja

seseorang itu sudah terjerumus ke dalamnya tanpa menyedari atau tanpa merasakan

bahawa ianya suatu yang salah.

13

5.2 Implikasi Keutuhan Umat.

Jika sudah kompromi dalam bab aqidah maka umat sudah menghakis keutuhan umat dan
menempah kebinasaan kalaupun mungkin kesan zahirnya tidak terus kelihatan. Tetapi, lambat
laun Pluralisme Agama akan tetap menimbulkan krisis yang besar dan jelas di tengah-tengah
tubuh Umat. Setidak-tidaknya akan mencetuskan pertelingkahan dan perselisihan sesama Islam
dalam bab aqidah yang dititik-beratkan oleh orang-orang Islam. Ini adalah kerana adalah
mustahil untuk umat Islam di Malaysia untuk bersepakat atas satu kesesatan seumpama
Pluralisme Agama. Maka umat akan terpecah kepada dua puak yang mungkin sahaja ketajaman
perselisihannya itu lebih tajam berbanding dengan perselisihan politik kepartaian. Malah sudah
nyata bahawa pendokong parti politik yang sama pun boleh jadi terjauh hati dan berpecah akibat
Pluralisme Agama. Perpecahan adalah antara punca utama kelemahan dan kemunduran Umat
yang tak mampu ditanggung dalam realiti Malaysia.

5.3 Implikasi Sosio-politik.

Susulan dan terkait dengan implikasi agama dan kefahaman, Pluralisme Agama juga akan
membawa akibat buruk kepada situasi sosio-politik umat Islam. Apabila kecemburuan umat
Islam di Malaysia terhadap agama dapat dicairkan melalui faham ini, maka agama sebagai
salah satu benteng paling kukuh bagi formula sosio-politik di Malaysia juga akan dirobohkan.
Pengkaji sosio-politik yang insaf akan mengakui bahawa sepanjang sejarah negara, agama
menjadi antara faktor utama di sebalik kekukuhan kedudukan umat Islam di negara ini.
Keteguhan umat Islam sebagai umat teras dalam masyarakat berbilang kaum dan agama pula
menjadi sangga utama yang terbina di sekelilingnya kestabilan dan keharmonian agama.
Merongkai formula yang sudah terbukti ini bererti merongkai ikatan yang selama ini mengikat
kesebatian masyarakat.

Pendek kata, Pluralisme Agama adalah suatu tikaman ke jantung negara dan bangsa kerana
Islam dan keislaman adalah jantung dan hati kepada Malaysia dan bangsa Melayu sebagai

14

bangsa terasnya. Oleh itu, jika Pluralisme Agama tidak dirasakan terlalu beracun atau berbisa
dalam konteks negara lain, di Malaysia ia adalah racun yang membunuh.

6.0 KAEDAH MENANGANI IDEOLOGI PLURALISME.

a) Perjuangan menegakkan Islam atau kembali kepada Islam adalah tanggungjawab

semua umat Islam.

b) Kembali kepada ajaran Islam, berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta mengikut

Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah. Kefahaman dan penghayatan al-Quran dan al-
Sunnah mestilah mengikut jalan yang muktabar.

c) Menghormati perbezaan dalam perkara yang dibolehkan dalam Islam. Umat Islam

mestilah mengurus perbezaan secara bijaksana. Perbezaan bukan sebab untuk
menjadikan umat Islam berpecah sebaliknya perbezaan membentuk Islam yang lebih
dinamik dan kontemporari.

d) Penerangan tentang Pluralisme Agama, bahaya dan perinciannya perlu dimasukkan

dalam sukatan pendidikan di semua peringkat yang sesuai.

e) Maklumat dan penerangan tentang Pluralisme Agama perlu disebarkan di kalangan

umat Islam dalam pelbagai bentuk kempen penerangan yang sesuai.

f) Individu dan kumpulan yang menyebarkan faham ini perlu dinasihatkan dan jika

mereka berterusan melakukannya perlu disusuli dengan tindakan undang-undang.

g) Pada masa yang sama, orang bukan Islam perlu diberi penerangan tentang asas dan

falsafah di sebalik ajaran Islam berkaitan dengan hubungan dan interaksi dengan
penganut agama lain. Dengan ini tidak akan timbul salah-faham terhadap ketegasan
umat Islam dalam aspek ini. Mereka juga tidak akan secara sengaja terlibat dalam
menganjurkan sesuatu yang boleh menjuruskan rakan-rakan Muslim mereka dalam

gejala Pluralisme Agama.

15

7.0 KESIMPULAN.

Daripada isu-isu yang telah dihimbau, nampak wujudnya beberapa kecenderungan
pemikiran Pluralisme Agama yang bergerak aktif di Malaysia telah tersasar dari asas
fahaman Islam yang sebenar.

Walaupun tidak seburuk jika di banding dengan beberapa negara umat Islam lain
tetapi oleh kerana masalah ini melibatkan aspek aqidah, apa-apa kepincangan perlu
dianggap serius dan kritikal. Dalam realiti dunia tanpa sempadan hari ini, situasi di negara
kita boleh mudah terpengaruh oleh perkembangan di negara lain dan keadaan boleh
menjadi lebih buruk dalam jangka masa yang singkat.

Oleh kerana kerangka perlembagaan dan perundangan Malaysia membuka jalan
kepada penanganan isu ini secara komprehensif, maka segala pendekatan yang ada
termasuk pendidikan, kempen kesedaran, dialog, penguatkuasaan undang-undang
hendaklah dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi membenteras gejala Pluralisme Agama di
negara kita.

16

8.0 BIBLIOGRAFI.

• Earnie Elmie Hilmi, Kamarudin Salleh, Nur Farhana Abdul Rahman (2019).

"Faktorfaktor Pengaruh Penyebaran Pluralisme Agama di Malaysia." BITARA
International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 2(1): 82.

• Ezi Fadilla, Azhari Andi. (2016). "Menyikapi Pluralisme Agama Perspektif Al-

Qur’an." Jurnal Ilmu-Ilmu Ushuluddin 17(1): 41.

• Muafakat Malaysia. Ancaman pluralism agama di Malaysia.

https://muafakatmalaysia.wordpress.com/2010/12/17/ancaman-pluralisme-agama-di-
malaysia-satu-tinjauan-awal/

• Bahaya pluralism, kesan dan implikasi fahaman pluralism agama.

https://apanamadotcom.wordpress.com/2011/04/23/bahaya-pluralisme-
%E2%80%93-bahagian-6-kesan-dan-implikasi-fahaman-pluralisme-agama/

• Ciri-ciri pluralism agama. http://aminiamir.blogspot.com/2011/03/ciri-ciri-

pluralisme-agama.html

17


Click to View FlipBook Version