The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainasafea13, 2022-06-11 11:02:25

novel bm f4 f5

novel bm f4 f5

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-
penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama
membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat
nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit
seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul
sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut.
Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada
empat orang lelaki dan seorang perempuan.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada
menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan
berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya.
Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah
Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat
bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah
mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka
merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan
terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana
memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah
pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi
akar-akar kayu dan daun-daun hutan.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan
dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan
minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha
memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan
kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa orang pemuda
yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam
keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel
berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah
telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya
memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga
segera kepada tubuh badan disamping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan
nyamuk.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat
diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke
pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi
alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 19.
Novel Jendela Menghadap JalanSebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh
mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek
masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya
Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari
belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak
Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah
berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian
Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang
pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup
melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja
sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib
mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan
keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili
bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan
pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas
faktor keselamatan.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang
ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili
dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa
alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan
budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah
memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak
menolak pelawaan itu.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh
mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah
merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman
ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan
perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk
bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka
sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-
ilmu agama ditegakkan

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat
tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri
dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua
penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli
Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh
ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala
Lumpur seminggu lagi.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 26.
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli
keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti
menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung
jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada
sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku.
Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh
terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan
mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana
tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan
pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk
kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya
berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak
Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah
akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili
bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari Jumaat nanti.
Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah
Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan
dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga
menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka
berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-
penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat
dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah.
Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak
berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar
ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk
kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah
mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk
perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia
bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan mengambil
terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid
diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis
perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam,
sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah
menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha
di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili
akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang
pisang

Kekuatan

Novel memaparkan kisah seorang anak yang taat akan perintah ibu bapanya yang sesuai dengan sasaran umur pembaca.
Penulis memberikan sikap yang sesuai untuk golongan sasaran pembaca. Penulis juga memaparkan sikap hormat-
menghormati terhadap ibu bapa.

Selain itu, novel ini juga mempunyai nilai setia kawan yang tinggi. Penulis menyatakan sikap Lili , Geetha dan Danel
sebagai persahabatan yang akrab dengan sangat baik. Persahabatan yang diceritakan oleh penulis amat menyayat hati.

Seterusnya, penggunaan ayat orang-orang muda dalam novel ini penuh kesopanan apabila bercakap dengan orang tua.
Sebagai contoh, cara percakapan Danel untuk menyakinkan atuk bahawa dia tidak lagi memerlukan rawatan tradisional atuk.
Penulis telah menerapkan satu sifat yang elok untuk pembaca dan golongan sasaran.

Di samping itu, sikap Abang Rashid yang mengambil berat telah mencuri hati pembaca juga menjadi tarikan dalam novel
ini. Penulis menggambarkan sikap Abang Rashid sebagai seorang yang bertanggungjawab . Sebagai contoh, Abang Arshid
menjaga keselamatan Lili dan sentiasa memastikan Lili selamat.

Akhir sekali penulis menggambarkan keindahan alam kampung itu bagaikan kampung itu indah dengan tumbuhan-
tumbuhan semulajadi. Bermula dengan peristiwa pergi melihat matahari terbenam hingga matahari terbit. Penulis dapat
menggambarkan situasi itu dengan sangat mudah dan difahami.

Kelemahan

Penulis perlu mengganti tempat kekecohan di surau itu dengan di tempat yang lebih sesuai. Surau adalah tempat
beribadah dan tidak elok berlaku jekecohan di situ. Sebagai contoh di dewan orang ramai lebih sesuai.

Selain itu , penulis cuba menggambarkan ketidaksefahaman orang kampung Ketika membuat keputusan. Pembaca
boleh menganggap bahawa orang kampung semuanya tidak berilmu dan tidak boleh bekerjasama dalam hal-hal seperti
menjual tanah dan sebagainya.

Seterusnya, penduduk kampung menyatakan tempat kampung itu tidak selamat untuk didiami apabila terdapat sesuatu
rusuhan. Sebagai contoh, Lili tidak dibenarkan duduk bersendirian kerana risau akan keselamatannya. Hal ini akan
menyebabkan pembaca berasa kampung adalah tempat yang tidak selamat.

Di samping itu, plot di mana datuk menghilang ke hutan dan masih belum pulang haruslah dibuang kerana itu
menyebabkan pembaca berasa seolah-olah atuk seorang yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri
sendiri.

Akhir sekali, penculikan yang berpunca daripada perbuatan anak- anak Che Jah. Penulis cuba untuk memaparkan
kejahatan yang berpunca daripada masalah keluarga.Pembaca yang terlibat dengan kes ini akan berasa tersingung. Oleh
itu, penulis tidak perlu metakkan kesalahan kepada anak-anak.

Cadangan penambahbaikan

Jalan cerita novel akan menjadi lebih baik jika Lili mempelajari ilmu rawatan tradisional daripada atok. Pembaca juga boleh
memperoleh ilmu baharu melaui penceritaan yang dibuat oleh penulis. Pembaca mungkin akan mengamalkan ilmu peribatan
tersebut.

Seterusnya, tidak akan terjadi konflik jika Danel tetap meneruskan rawatan ayah kepada datuk. Dia tidak perlu bertekak
dengan datuk tentang nasib ayahnya kerana ayah menghormati datuk.

Selain itu, penulis perlu menjadikan Danel seorang lelaki yang menjaga hati semua pihak. Walaupun dia suka akan Lili, dia
perlu berterus terang dengan Geetha yang terpahut hatinya terhadap Danel. Kisah percintaan seperti ini perlulah mengambil kira
semua pihak.

Di samping itu, pada pendapat saya sikap Lili yang agak menjaga tepi kain orang perlulah dikurangkan. Penulis cuba
menyatak sikap Lili yang prihatin tetapi malangnya ada sesetengah masalah yang dia tidak perlu campur tangan seperti masalah
rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, jalan cerita akan lebih menarik jika Lili mengambil tindakan terhadap penculiknya kerana masalah akan terus
selesai. Tetapi Lili menganggap masih ada peluang untuk penjenayah yang telah menculiknya. Keputusan yang dibuatnya itu
amatlah tidak masuk akal

SONGKET
BERBENANG

EMAS

Kegigihan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan hidup. Dahlia,
seorang gadis yang tinggal di Kampung Parit Haji Rais, cekal menempuh berbagai-bagai
cabaran dan dugaan. Dahlia tidak pernah menyalahkan nasib malang yang menimpa diri dan
keluarganya. Dahlia berusaha sedaya upaya untuk menghadapi semua ujian tersebut dengan
jiwa serta semangat yang kental.

Biografi penulis

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT
sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di
SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail
sehingga lulus SPM. Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang
penulisan. Tempat lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung tradisi masyarakat
berketurunan Jawa yang letaknya empat kilometer dari pekan Parit Raja.

SINOPSIS KESELURUHAN

Cerita Songket Berbenang Emas mengisahkan kegigihan Dahlia yang memegang peranan sebagai pelajar dan anak sulung dalam keluarga
Embong yang menghadapi kesusahan yang bertimpa-timpa. Dahlia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan disukai oleh rakan-
rakannya. Namun, akibat masalah keluarga yang dihadapi, tumpuannya terhadap pelajaran terganggu. Setelah ibunya dimasukkan ke Taman
Bahagia, Dahlia terpaksa menjaga adik-adiknya di rumah dan menyebabkan dia sering lewat ke sekolah. Akhirnya dia mengambil keputusan
untuk keluar terus dari asrama. Masalahnya bertambah apabila difitnah oleh Aton yang melihatnya dihantar balik oleh Azhari dan dituduh
membunuh Said yang tidak dapat diselamatkan semasa lemas di sungai. Keluarga mereka diuji lagi apabila Embong sebagai ketua keluarga
dipatuk ular tedung dan dirawat di hospital selama beberapa hari. Segala beban tugas rumah tangga terpaksa dipikul oleh Dahlia tanpa
meninggalkan tugasnya sebagai seorang pelajar. Dahlia tetap tabah menghadapi semua dugaan yang dihadapinya. Adiknya, Abu Bakar telah
menjumpai dua biji telur ayam yang berwarna hitam mengandungi paku, cincin akek, butiran pasir dan jarum semasa membersihkan kawasan di
bawah rumah mereka. Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur baik dan dibenarkan keluar dari hospital. Azhari telah menghantarnya balik
ke rumah. Nek Kiah tidak lagi membenci dan menghina keluarga Dahlia. Pertolongan Dahlia sekeluarga semasa dirinya terlantar sakit telah
menimbulkan keinsafan kepada Nek Kiah. Sepanjang menghadapi permasalahan, Dahlia dapat menangani semua itu dengan jayanya dan
memperoleh hasil seperti yang diinginkannya. Dahlia terpilih sebagai seorang daripada pelajar yang akan dihantar melanjutkan pelajaran ke
Jepun. Dahlia juga selamat ditunangkan dengan Azhari, lelaki pilihan hatinya. Cerita berakhir dengan kegembiraan apabila mereka sekeluarga
dapat berkumpul semula dan Saleha sudah sembuh daripada penyakitnya.

Sinopsis mengikut bab
1
Dahlia dan rakan-rakannya, Siti Wangi dan Kavita menjalani latihan bola jaring di sekolah. Mereka juga merupakan kumpulan pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan
STPM tidak lama lagi. Azhari, datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Dahlia dan menyatakan hasratnya untuk merisik Dahlia.

2
Azhari menghantar Dahlia balik ke kampung. Kepulangannya disambut dengan tangisan Anggerik. Melati memberitahu bahawa ibu mereka telah lama keluar tetapi masih
belum pulang ke rumah. Dahlia keluar mencari emaknya yang berpenyakit kerana sering berjalan dan bercakap sendirian sehingga tidak dapat mengawal diri sendiri. Dahlia
menjumpai ibunya di kebun getah. Apabila diajak pulang ke rumah, ibunya tidak mahu sehinggalah bapanya datang memujuk. Saleha lari dan mereka terpaksa meminta orang
kampung membantu mencari Saleha.

3
Nek Kiah memarahi Embong apabila melihat Saleha diikat. Haji Sulaiman dan beberapa orang pembantu dari Hospital Batu Pahat datang ke rumah Embong untuk membawa
Saleha. Walaupun pada awalnya, Embong tidak rela, tetapi untuk mengubati Saleha, dia mengizinkan Saleha dibawa ke hospital. Dahlia, Kiambang dan Melati turut bersedih
dan keberatan ibu mereka dibawa pergi.

4
Pemergian Saleha menyebabkan suasana bungkam. Dahlia menyelesaikan kerja-kerja di rumah sambil membimbing adik-adiknya belajar. Dahlia lebih merisaukan keadaan di
rumahnya sekiranya dia balik ke asrama. Namun, Embong memujuknya untuk kembali bersekolah. Embong teringat peristiwa Saleha mengadu tentang perasaannya yang sering
terganggu oleh suara yang pelik-pelik.

5
Dahlia lewat tiba di asrama. Cikgu Salwani menegur dan bertanyakan masalah yang dihadapi, namun Dahlia hanya mendiamkan diri. Pada petang tersebut, Dahlia ke Hospital
Batu Pahat untuk bertemu dengan ibunya tetapi diberitahu oleh Haji Sulaiman bahawa ibunya telah dihantar ke Taman Bahagia.

6
Haji Sulaiman memberitahu Embong bahawa Saleha telah dihantar ke Taman Bahagia. Nek Kiah berterusan menyalahkan keluarga Embong yang menyebabkan Saleha sakit.
Dahlia gagal menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai.

7
Dahlia terlalu sedih kerana tidak dapat menyelamatkan Said. Aton menuduh Embong dan Dahlia memang ingin supaya anaknya mati. Orang kampung juga menyebarkan berita yang sama.
Namun, Tauke Lim memuji mereka anak beranak. Semasa memotong kelapa sawit di Parit Haji Kadir, Embong dibelit ular sawa tetapi dia dapat menyelamatkan diri.

8
Semasa berehat dan tertidur di biliknya, Dahlia bermimpi dibelit ular sawa. Terdapat kesan cekikan di lehernya. Hal ini menghairankannya. Melati menyatakan hasratnya ingin berhenti sekolah
untuk menjaga Anggerik tetapi dihalang oleh Dahlia. Embong sampai di rumah dengan membawa ular yang telah dibunuhnya. Dahlia menjerit ketakutan dan menangis apabila melihat ular
tersebut. Hal ini menghairankan Embong. Dahlia menceritakan mimpi yang dialaminya kepada Embong.

9
Najib dan Kavita mengunjungi rumah Dahlia. Mereka berasa sayu akan kedaifan keluarga Dahlia. Anggerik yang masih sakit dibawa dengan kereta Najib ke hospital. Seman, bapa saudara
Dahlia balik ke kampung menziarahi Nek Kiah. Seman memujuk Nek Kiah supaya menjual tanah dan rumah yang didiami oleh Embong dan keluarganya.

10
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang tidak tinggal di asrama lagi dan sering lewat sampai ke sekolah. Dia tidak mahu memberitahu masalahnya kerana akan melibatkan nama baik ibunya kepada
Cikgu Salwani. Dia juga mahu menjaga adik-adiknya. Dengan perasaan sedih, Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam berjumpa dengan Dahlia setelah Kavita
menceritakan hal Dahlia kepadanya. Beliau menasihatkan Dahlia terus tinggal di asrama agar pelajarannya tidak terganggu dan cemerlang dalam STPM nanti.

11
Abu Bakar, adik Dahlia tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri dan sering keluar berpeleseran dengan kawan-kawannya. Walaupun kerap diimarahi oleh Embong, dia tetap
dengan perangainya dan tidak mahu membantu adik-adik yang lain. Mawar yang tinggal di asrama penuh kembali ke rumah kerana rindu akan ibunya dan ingin berjumpa dengannya. Dia tercari-
cari ibunya tetapi tidak ditemuinya. Embong tidak memberitahunya tentang keadaan Saleha dan menyuruh Mawar bertanyakan Dahlia.

12
Dahlia melawat ibunya di Taman Bahagia. Doktor memberitahu Dahlia bahawa penyakit ibunya pada tahap bahaya. Semasa di hospital, Dahlia bertemu dengan Azhari yang bertugas sementara
di situ. Dahlia berasa sedih kerana Saleha tidak mengenalinya. Kesihatan Saleha bertambah menurun.

13
Azhari menghantar Dahlia balik ke rumahnya. Embong bertanyakan keadaan Saleha. Oleh sebab memikirkan Mawar akan mengambil SRP pada bulan September nanti, Dahlia menyatakan
bahawa ibunya sihat. Namun dia tidak sanggup menipu ayahnya. Pada malamnya, Dahlia memberitahu keadaan sebenar Saleha kepada Embong. Semasa berbual-bual, sesuatu telah berlaku
kepada kambing peliharaannya. Embong keluar dan menuju ke kandang kambingnya.

14
Tauke Lim sentiasa membantu keluarga Embong. Tauke Lim membenarkan mereka berhutang barang-barang keperluan di kedainya. Tauke Lim datang ke rumah Embong untuk membeli
kambing peliharaannya. Namun, Embong memberitahu bahawa kambingnya telah hilang dicuri orang. Azhari ingin membawa keluarganya untuk merisik Dahlia. Dahlia keberatan dan
meminta Azhari menangguhkan hasratnya. Dia bimbang keluarga Azhari tidak akan memerimanya setelah melihat keadaan sebenar keluarganya. Embong memanggil Dahlia dan
memberitahu bahawa kawan Dahlia datang ke rumah.

15
Keluarga Azhari datang untuk merisik Dahlia. Embong menerima baik kedatangan keluarga Azhari kerana mereka begitu menyenangi Dahlia dan merestui perhubungan ini. Embong juga
menyuarakan kehendak Dahlia yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat universiti dan bekerja untuk membantu keluarga. Keluarga Azhari tidak membantah malahan menyokong
keinginan Dahlia untuk menyambung pelajaran. Perasaan Azhari menjadi tenang kerana keluarga Dahlia menerimanya sebagai calon menantu. Selepas Azhari dan keluarganya beredar,
Embong bertanyakan Dahlia sama ada keluarga Azhari mengetahui tentang keadaan Saleha yang boleh menyebabkan ikatan ini terputus. Perasaan Embong masih berbaur antara gembira
ataupun sedih selepas anaknya disunting orang. Embong terbawa-bawa dengan perasaannya dan mengingati Saleha yang masih ditahan di Taman Bahagia, Johor Bahru. Embong yang
merasakan dirinya telah lewat ke masjid, tergesa-gesa untuk bersiap. Embong menuju ke bilik air tetapi seekor ular telah mematuk pahanya.

16
Dahlia menasihati Mawar agar meneruskan persekolahan dan tugas menjaga keluarga adalah tugasnya sebagai anak sulung dalam keluarga. Dahlia berjaya menyakinkan Mawar supaya
menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya kerana dia pernah berjanji dengan emak mereka untuk mendapatkan keputusan cemerlang. Tambahan pula Mawar adalah murid
sekolah berasrama penuh. Keluarga mereka menghadapi pelbagai masalah, iaitu emak dan adik sakit, kambing hilang dan abah dipatuk ular. Dahlia mengambil iktibar daripada kisah Nabi
Ibrahim yang tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah. Sewaktu melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, Dahlia terserempak dengan Kavita dan Cikgu Hisyam yang menghantar Siti
Wangi yang pengsan sewaktu berlatih bola jaring. Cikgu Hisyam meminta Kavita menolong memfotostat nota-nota pelajaran sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah. Dahlia terkenangkan
pesanan abahnya yang meminta dia menjaga adik-adik di rumah dan menggunakan wang simpanannya sebanyak RM60.00 sebagai belanja sekolah. Kedatangan Nek Siah dan Seman ke
hospital telah membawa berita yang mengejutkan, iaitu mereka mahu menjual tanah dan rumah yang didiami oleh Dahlia dan keluarganya.

17
Walaupun terbeban dengan pelbagai urusan, Dahlia tetap mencuri masa untuk mentelaah pelajarannya. Kemunculan Abu Bakar telah mengejutkan Dahia. Dahlia telah memberitahu Abu
Bakar bahawa emak dan abah mereka telah dimasukkan ke hospital tetapi tidak diendahkan oleh Abu Bakar. Tanpa menunjukkan simpati akan keadaan keluarganya, Abu Bakar
meninggalkan rumah sekali lagi. Dahlia memeriksa barang yang disembunyikan oleh Abu Bakar dan berjaya menemui wang sebanyak RM120.00 yang disimpan dalam dompet. Azhari
telah singgah di rumah Dahlia dan mendapat khabar bahawa abah telah dimasukkan ke hospital. Azhari singgah untuk mengambil pakaian emak Dahlia dan dalam masa yang sama
mendapatkan nombor wad abah Dahlia. Kedatangan Nek Kiah telah menyebabkan Dahlia sakit hati dan geram kerana dia disindir selepas Nek Kiah terserempak dengan Azhari. Sikap Nek
Kiah yang beria-ia untuk menjual rumah mereka telah menimbulkan kekecewaan kepada Dahlia. Ketamakan Seman turut mempengaruhi Nek Kiah untuk menjual tanah itu walaupun emak
dan abah Dahlia masih berada di hospital.

18
Dahlia berasa susah hati kerana kedua-dua ibu bapanya masih di hospital sedangkan mereka memerlukan RM15000 untuk membayar Nek Kiah bagi menyelamatkan tanah dan rumah
mereka. Dahlia juga berasa serba salah sama ada meneruskan persekolahan atau bekerja di kilang demi membantu keluarga. Semasa menunggu bas, Dahlia didatangi oleh Tauke Lim.
Tauke Lim menunjukkan keprihatinan dirinya dengan mengambil berat akan keadaan yang menimpa keluarga Dahlia. Tauke Lim juga menunjukkan kekecewaan dirinya terhadap sikap
Nek Kiah dan Seman yang tidak putus-putus menyusahkan Dahlia sekeluarga. Dahlia dinasihati oleh Tauke Lim agar bertahan dan tidak berpindah dari rumahnya. Selain itu, Tauke Lim
turut menawarkan pertolongan kepada Dahlia. Pada mulanya Dahlia enggan untuk menerima pertolongan tersebut tetapi bertukar fikiran selepas Tauke Lim memintanya untuk mengajar
karangan Bahasa Malaysia kepada anaknya Ann yang akan mengambil peperiksaan SRP. Perihal Bakar yang tidak habis belajar dan malas bekerja turut diperkatakan oleh Tauke Lim.
Perbualan mereka terhenti kerana terdapat sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti dan penumpangnya telah melaungkan nama Dahlia.

19
Cikgu Hisyam dan Kavita telah memujuk Dahlia agar kembali bersekolah tetapi Dahlia tidak mahu mengabaikan adik-adiknya yang sangat memerlukan sokongan daripadanya. Selain itu,
Najib kawan baiknya turut datang melawatnya di rumah. Najib menawarkan pertolongan kepada Dahlia untuk membayar harga tanah seperti yang diminta oleh Nek Kiah. Dahlia enggan
memberitahu hal sebenar kepada Najib kerana tidak ingin mendedahkan bahawa orang yang ingin menjual tanah tersebut ialah neneknya sendiri. Pada yang sama juga Azhari singgah di
rumah Dahlia. Perasaan Azhari tidak senang kerana tetamu Dahlia ialah seorang lelaki. Najib yang sudah lama berkawan dengan Dahlia bertanyakan Azhari tentang status hubungannya
dengan Dahlia. Azhari menyatakan bahawa Dahlia ialah bakal isterinya dan selepas itu terus beredar dari situ. Nek Siah yang berada tidak jauh dari rumah Dahlia telah datang dan
memarahi Dahlia kerana membenarkan Najib dan Azhari masuk ke rumah sedangkan ibu bapanya tiada di rumah.

20
Embong telah dibenarkan pulang ke rumah setelah dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Tauke Lim mengunjungi Embong di rumah dan menceritakan tentang tanah yang ingin dijual
oleh Nek Kiah dan Seman. Nek Kiah yang tidak menyedari kepulangan Embong telah datang ke rumah dan memarahi Dahlia. Nek Kiah tergesa-gesa pulang setelah mendapati Embong
naik berang. Embong menasihatkan Dahlia supaya menyambung pelajaran semula dan menyerahkan segala masalah keluarga mereka kepadanya untuk diselesaikan. Embong berasa terharu
kerana hanya Tauke Lim sahaja yang datang menemuinya selepas dia keluar dari hospital. Malahan Tauke Lim juga sanggup membantunya untuk menyelesaikan masalah tanah tersebut.

21
Dahlia telah ke balai raya untuk bergotong royong bagi menjayakan Majlis Maulidurrasul. Dahlia berasa hairan kerana keadaan di balai raya lengang dan orang-orang kampung
tidak kelihatan seperti biasa. Haji Sulaiman meluahkan perasaan tidak senangnya kepada Dahlia atas sikap orang kampung yang tidak hadir ke balai raya untuk menyiapkan kenduri
menyambut maulud nabi. Semasa Dahlia bekerja seorang diri, Aton datang dan tanpa perasaan bersalah dia menyindir dan mengata Dahlia sesuka hatinya. Malahan dia turut
mempertikaikan kebaikan Tauke Lim kepada keluarga Dahlia. Dahlia yang berasa malu telah beredar dari situ. Abu Bakar yang menyaksikan peristiwa itu telah naik marah dan cuba
menerpa ke arah Aton tetapi sempat dihalang oleh Haji Sulaiman. Kepulangan Dahlia ke rumah dan diikuti oleh Abu Bakar telah menimbulkan kehairanan kepada Embong. Embong
berasa lebih hairan kerana Abu Bakar yang tidak mempedulikan keluarga beria-ia memujuk Dahlia yang sedih kerana kata-kata Aton di balai raya. Abu Bakar berasa bersalah kerana
selama ini dia telah mengabaikan keluarganya. Akhirnya Abu Bakar mengaku bahawa dialah yang menjualkan kambing abahnya.

22
Abu Bakar berasa kesal kerana telah menjualkan kambing abahnya tetapi Dahlia cuba memujuk Abu Bakar. Abu Bakar berasa insaf kerana selama ini dia telah mengabaikan
keluarganya demi kawan-kawan. Abu Bakar juga berjanji dengan Dahlia untuk berubah dan akan mempertahankan tanah mereka daripada gangguan Nek Kiah. Dahlia meluahkan
rasa hairannya kepada Abu Bakar kerana dia tidak nampak kelibat Nek Kiah pada pagi itu. Abu Bakar tidak mempedulikan perkara itu sebaliknya sibuk berkemas di sekeliling
rumah mereka. Semasa membersihkan bawah rumah, Abu Bakar telah menjumpai sesuatu yang mengejutkan, iaitu dua biji telur yang berwarna hitam. Telur hitam yang dipecahkan
itu mengandungi jarum peniti, cincin akek, butiran pasir dan dua bilah paku. Abu Bakar menerangkan bahawa ada orang yang dengki akan keluarga mereka tetapi Dahlia tidak
mempercayai perkara syirik dan menyuruh Abu Bakar tidak menyimpan perasaan dendam. Dahlia menjenguk keadaan Nek Kiah di rumahnya tetapi niat baik Dahlia itu dibalas
dengan kata-kata kesat.

23
Dahlia kembali bersekolah dan dia berasa gembira kerana kawan-kawan masih mengingati dirinya. Kavita telah memberitahu Dahlia bahawa Najib akan membawa keluarganya
berkunjung ke rumah Dahlia. Dahlia berasa tertekan kerana Najib dan Azhari hanya mementingkan diri mereka sahaja. Dahlia meminta Kavita menyampaikan pesanan kepada Najib
bahawa dia sudah bertunang dan hanya menganggap Najib sebagai sahabat baiknya sahaja. Dahlia berasa bersemangat untuk belajar kerana guru dan kawan-kawan sentiasa
memberikan sokongan kepadanya. Dahlia yang baru pulang dari sekolah berasa terperanjat kerana terdapat van putih di hadapan rumahnya. Embong yang menyedari kepulangan
Dahlia telah menggesa Dahlia naik ke rumah. Dahlia berasa gembira kerana ibunya telah pulang ke rumah. Belum sempat Dahlia bermesra dengan ibunya, Embong memanggil
Dahlia kerana Azhari ingin berjumpa dengannya. Azhari bertanyakan tentang Najib dan Dahlia meminta Azhari sendiri yang memikirkan jawapannya. Dahlia yang bimbangkan
keadaan Nek Kiah telah ke rumah neneknya dan memanggil nama orang tua itu tetapi tiada jawapan. Azahari menolong menolak pintu dan Dahlia mendapati bahawa neneknya tidak
sedarkan diri.

24
Nek Kiah dimasukkan ke hospital. Setelah dua hari di hospital, dia dibenarkan pulang, Nek Kiah dibawa ke rumah Dahlia dan mereka sekeluarga menjaga Nek Kiah yang masih
sakit. Nek Kiah berasa terharu kerana Dahlia dan adik-adiknya yang menjaga Nek Kiah semenjak dia jatuh sakit. Hujan yang tidak henti-henti turun telah menyebabkan banjir. Tiang
dapur rumah mereka runtuh dan menimpa Kiambang tetapi nasibnya baik kerana hanya lebam-lebam sahaja. Mereka sekeluarga telah dipindahkan ke balai raya dengan bot. Semasa
di pusat pemindahan, Dahlia dan ibunya menolong menyediakan makanan untuk mangsa banjir.

25
Dahlia tidak dapat mengulang kaji pelajaran kerana keadaan di pusat pemindahan yang begitu sesak dan tidak selesa. Embong memberitahu Dahlia bahawa rumah mereka telah roboh tetapi
Dahlia dapat menerimanya. Selepas empat hari barulah air surut. En Daim, iaitu wakil Ahli Parlimen Seri Gading sering menjenguk mangsa banjir untuk melihat keadaan mereka. Dia yang
pernah menjadi guru kepada Dahlia telah memuji Dahlia kerana rajin mengulang kaji pelajaran walaupun tempat itu tidak selesa. Tebing sungai yang pecah telah dibaiki dan jambatan yang
dihanyutkan air akan digantikan dengan yang baru. Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan dan meminta orang-orang kampung agar bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama
lain. Hasil ucapan Haji Sulaiman itu orang-orang kampung telah datang untuk membina semula rumah Dahlia.

26
Peperiksaan STPM semakin hampir dan Dahlia sudah bersedia, Dia juga membuat keputusan untuk tinggal di asrama kerana bimbang dirinya terlewat ke tempat peperiksaan. Cikgu Salwani
mengalu-alukan keputusan Dahlia untuk tinggal di asrama. Azhari dan keluarganya datang ke rumah Dahlia untuk bertanyakan keputusan keluarga Dahlia tentang perhubungan mereka.
Akhirnya persetujuan diambil, iaitu mereka akan ditunangkan selepas Dahlia tamat peperiksaan STPM. Kavita bertanyakan Dahlia tentang pelawaan yang dibuat oleh Najib sebelum ini tetapi
Dahlia menolak permintaan itu dengan memberitahu bahawa dirinya sudah dimiliki oleh orang lain,

27
Dahlia menunggu kedatangan Azhari untuk membeli cincin pertunangan dan pada masa yang sama dia masih mempertimbangkan keinginan dirinya yang mahu menyambung pelajaran ke
universiti dan bekerja untuk membantu keluarga. Sewaktu menunggu kedatangan keluarga Azhari, rumah Dahlia didatangi oleh Cikgu Daim yang membawa khabar gembira, iaitu Dahlia
terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun. Dahlia berasa amat gembira dan keluarganya menyokong. Namun begitu pendaftaran untuk kursus ini sehari selepas tarikh pertunangannya.
Azhari yang baru sampai telah terdengar berita itu dan dia terpaksa merestui pemergian Dahlia kerana sudah berjanji semasa merisik dahulu.

28
Majlis pertunangan Dahlia akan diadakan mengikut tarikh yang dirancang. Hubungan antara Nek Kiah dan Dahlia bertambah erat. Nek Kiah menerangkan kepada Dahlia berkenaan falsafah
tepak sirih kepada Dahlia. Selain itu, pengertian bagi setiap kandungan dalam tepak sirih turut diceritakan oleh Nek Kiah kepada Dahlia. Suasana di rumah Dahlia semakin riuh dengan
kedatangan saudara mara dekat dan jauh. Dahlia hanya bersiap secara ringkas sahaja dan dalam yang sama dia berasa sedih kerana pada petangnya dia akan berangkat ke Kuala Lumpur. Nek
Kiah telah menghadiahkan gelang pusakanya kepada Dahlia. Cikgu Hisyam, Kavita dan Siti Wangi datang memeriahkan majlis pertunangan Dahlia. Berita Dahlia mendapat tawaran ke Jepun
turut diketahui oleh mereka. Bas Dahlia akan bertolak pada pukul 5,00 petang tetapi rombongan Azhari yang berjanji datang pada pukul 2.00 masih belum kelihatan sedangkan waktu sudah
menginjak pukul 3.45 petang. Embong menyuruh Dahlia bersiap kerana khuatir dia ketinggalan bas. Dahlia bersalaman dengan ahli keluarga dan tetamu yang datang. Dia berasa sedih kerana
akan meninggalkan mereka. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung sebanyak RM500.00. Dahlia bernasib baik kerana sempat sampai ke stesen bas. Tiba-tiba Azhari muncul
dan mereka sempat mengucapkan selamat tinggal. Dahlia membaca kad kiriman Najib yang disampaikan melalui Kavita. Azhari menghadiahkan songket merah berbenang emas kepada
Dahlia atas kejayaannya. Azhari menghadiahkan Dahlia songket supaya Dahlia sentiasa mengingati asal usulnya sebagai orang Melayu.

Kekuatan

Kekuatan novel ini ialah menunjukkan bahawa Dahlia seorang pelajar yang cerdik dan terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan
bapa kepada adik-adiknya semasa mereka tiada. Penulis menyampaikan dengan baik sikapnya yang sanggup berkorban demi adik-adik yang
menjadi tonggak utama cerita ini.

Seterusnya, penulis menggambarkan kesanggupan Dahlia dan kerajinan Dalia menyelesaikan kerja rumah selepas pemergian ibunya. Dahlia
menunjukkan contoh yang baik dan perlu diikuti oleh semua pihak.

Selain itu, pengorbanan yang Dahlia buat iaitu dengan mengorbankan masa belajarnya dan sanggup keluar asrama demi menjaga adik –
adiknya. Contoh ini perlu diikuti terutamanya abang dan kakak yang sulung kerana itu adalah tanggungjawab mereka.

Di samping itu, penulis memaparkan sifat Dahlia yang selalu nasihat – menasihati adik adiknya supaya menjadi lebih kuat ketika ketiadaan
ibu bapa mereka. Penulis menggambarkan Dahlia sebagai seorang yang kuat untuk menghadapi dugaan. Penulis menggambarkan Dahlia
sebagai seorang pelajar perempuan yang kuat dan tabah

Akhir sekali , penulis menggambarkan keprihatinan tauke Lim terhadap keluarga Dahlia. Tauke Lim sanggup membiarkan keluarga mereka
berhutang dengan kedai walaupun untungnya tak seberapa. Hal ini menunjukkan bahawa masih ada lagi yang prihatin dengan nasib yang
menimpa kita.

Kelemahan

Penulis memaparkan nasib Dahlia selepas terpaksa menggalas tangungjawab menjaga adik – adiknya iaitu keputusannya yang
semakin merosat dan reputasi yang yang agak tidak memberangsangkan. Penulis jelas menunjukkan kekurangan Dahlia akibat
menjaga dik- adiknya menjadikan pembaca tidak berminat untuk melaksanakan tangungjawab tersebut.

Selain itu, pertuduhan Aton terhadap kematian Said selepas Dahlia tidak menyelamatkan Saidketika lemas di sungai
menunjukkan kebodohannya yang membawa kepada pengaruh yang tidak elok kepada pembaca. Jalan cerita ini tidak perlu
dimasukkan kerana hanya melemahkan sikap keyakinan seseorang.

Seterusnya, jalan cerita di mana Abu Bakar hanya mementingkan diri tidak perlu dimasukkan kerana menunjukkan bahawa
seorang Wanita tidak boleh hidup tanpa seorang lelaki. Hal ini hanya mengguris hati mana- mana pihak. Pembaca merasakan
bahawa tanpa bantuan seorang lelaki mereka tidak boleh berjaya.

Di samping itu, penulis menyatakan pelbagai masalah dan ujian yang dihadapi oleh keluarga itu. Penulis menyatakan
masalah yang merendahkan harga diri sesebuah keluarga. Penulis menyatakan masalah yang menimpa keluarga itu seperti Allah
tidak mengasihanu hambanya.

Akhir sekali, jalan cerita tentang perangai dan sifat Nek Kiah yang mementingkan diri perlu ditambah dengan plot yang lain.
Hal ini untuk mengelakkan pembaca mengurangkan rasa hormat terhadap orang tua.

Cadangan penambahbaikan.

Cadangan yang sesuai untuk jalan cerita ini ialah Dahlia tidak perlu memikirkan tentang perkahwinannya di usia yang muda.
Hal ini supaya generasi muda dan golongan pembaca lebih memikirkan tentang masa depan berbanding perkahwinan di usia
muda. Generasi muda perlulah lebih mementingkan pelajaran.

Seterusnya, jalan cerita akan menjadi lebih mudah jika Dahlia menghantar adik-adiknya ke rumah jagaan sementara. Dahlia
akan lebih fokus terhadap pelajarannya. Binaan plot akan menjadi lebih mudah.

Selain itu, jalan cerita akan menjadi lebih mudah jika Azhaari lebih memahami nasib yang menimpa keluarga Dahlia
berbanding hal perkahwinan mereka. Dahlia perlu lebih tegas tentang hal-hal mereka dan hubungan mereka.

Di samping itu, penulis menyatakan perbuatan syirik yang menunjukkan kecetekan akal penduduk kampung. Penulis cuba
untuk menerapkan sikap- sikap yang tidak patut dicontohi. Syirik ini dilaknak oleh Allah dan tidak diterima.

Akhir sekali, Nek Kiah perlulah lebih menerapkan sifat kasih sayang seorang nenek . Penulis perlu menjadikan nenek
seorang yang lebih penyayang. Penulis perlu menerapkan sifat yang lebih baik dalam diri orang tua.

TIRANI

Novel Tirani mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Waheeda yang mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya yang
pesek Untuk menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet telah melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula
wajahnya dengan memasang hidung palsu sehingga menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Setelah wajahnya menjadi cantik datang jugalah
kejayaannya dalam bidang kerjaya.. Dalam novel Tirani ini, cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga dia mengalami sakit jiwa
setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa
cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland.

Biografi penulis

Penulis Novel Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak.
Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan Rajang
Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.

Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar
raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).

SINOPSIS KESELURUHAN

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung
kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan
sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi
menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau
pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.

Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang
diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser.
Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan
oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan
ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland.

Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu
falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

BAB 1: MELONTAR PUING DUKA
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan
keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.

Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja
homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli
masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan
homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan
tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.

BAB 2: DAYANG MUDA
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau
Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik
dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana bercanggah dengan
hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda
kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara
Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

BAB 3: KATARSIS
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah abang
Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar
tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu
Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan
gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandaraya Kuching yang
dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan
katarsis.

Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju kerumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima
rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandaraya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya
untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah
yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di salah sebuah bilik dirumah
kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Keesokkan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga
menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Disini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di
Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

BAB 5: DOA SELAMAT
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada
ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di
situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak
bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-
tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah
juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.

Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di
luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang
tabah demi kecantikan wajahnya.

BAB 6: METAMORFOSIS
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi).
Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya
selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana.
Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau
Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

BAB 7: KE PULAU SENTOSA
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan
membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam disitu. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr
Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

BAB 8: HADIAH ALAM
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga
mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan
Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang
mugkin jauh ketinggaln berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temuduga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri
dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Ketrampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana
Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

BAB 9: WAJAH PESONO
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas.
Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex
kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan
seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mugkin menyebabkan
Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan
masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda
sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan
apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.

Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan
perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.

Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda
dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan
mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional
nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi
Sarawak.

BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH
Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya
Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo
Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada
Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini
diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang
perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibut
mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon
Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan
tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah,
dia tidak berapa sihat dan sering selsema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selsemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangna, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan

BAB 13: MATI HIDUP SEMULA
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai RM60juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya
gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.
Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan
Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis
pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan
telah menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda
di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh
Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan
SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana
Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

BAB 14: BAGAIKAN PUTERI
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama
muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan
kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

BAB 15: HIDUP RANGGI
Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung
awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong
asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan
terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan
gaya afsunnya boleh mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana
sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa
meniti dibibirnya.

BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN
Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang
ke Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector pelancongan. Kemudian dia pula
mengambilsekeping wadahberkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah
Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun,
Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan
Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser
pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin
bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan
semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

BAB 17: KONFLIK
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-
Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang
melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall Matang Jaya
untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin
Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.

.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami,
Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan
Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu,
Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan
sensitivity hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

BAB 18: DILANDA NOSTALGIA
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke
Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri
untuk menyambung jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen
of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.

Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu
zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu
Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka dating bersama team BRP bagi menyisat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual
dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-
bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid

BAB 19: BAGAIKAN BONGKAH BATU
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid
tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid sibuk kerana
di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak
bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk member
kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan . Hidungnya peset tidak
sama dengan hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha
menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkkan Waheeda.
Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka dihati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram.
Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

BAB 20: KE PUSAT RAWATAN ISLAM
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron
Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan
Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan
kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat
cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda
bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment
mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju
dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

BAB 21: SINAR DI HUJUNG TEROWONG
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani
sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk
membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank
Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di
Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati
akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

BAB 22: BAGAIKAN AIR GUNUNG
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa
disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan melihatkan
wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya
membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan
kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar
negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais
melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

BAB 23: SEJUK-SEJUK TROPIKA
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya
kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga
tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani.
Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat
kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa
dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka
agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid
dan Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan
kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya
curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua.Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak
mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya
mendapat zuriat. Izzati yang mendenagar terkedu.anakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya
di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan
dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati
pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

BAB 24: KAMA HATI
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman, wajah,
bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya.dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya.
Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk
kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi.Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati
mengungkapan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirinduinya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk
meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemua Zahid dan Waheeda pada petang itu
dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak
yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya.

Kekuatan

Penulis menyatakan pengurusan homestay Waheeda yang sistematik. Penulis menggambarkan bagaimana Waheeda
menguruskan homestay itu.

Seterusnya, kerjaya waheeda selepas berlaku perubahan dengan dirinya. Penulis menyatakan rezeki dia bertambah
selepas berlaku perubahan dengan rupa Waheeda.

Selain itu, penulis menyatakan kasanggupan Waheeda yang sanggup membuat apa sahaja untuk mengubah
nasibnya dengan melakukan perubahan terhadap rupanya.

Di samping itu, penulis menyatakan pengenalan terhadap adat istiadat melayu. Penulis menyatakan bahawa adat
melayu diperkenalkan dalam perkahwinan. Adat istiadat melayu diperkenalkan melalui novel ini dapat menambah
ilmu pengetahui pembaca tentang adat istiadat di Sarawak.

Akhir sekali, sikap Waheeda yang ingin berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain harus diambil iktibar
dari kisahnya. Waheeda berusaha untuk mengubah nasib keluarganya selepas ditinggalkan oleh suaminya.

Kelemahan

Kelemahan novel ini ialah jalan cerita yang menyebabkan Waheeda kurang keyakinan terhadap diri
sendiri walaupun rupanya dan mengajak kepada sikap tidak bersykur dengan rupa yang diberi. Pembaca
akan berasa bahawa mereka perlu mengubah rupa mereka untuk menjadi lawa dan berjaya.

Seterusnya, Waheeda yang diceritakan penulis mengubah wajahnya dengan pembedahan plastik boleh
menyebabkan salah faham terhadap pembaca. Hal ini kerana pembedahan plastic adalah haram di sisi
Allah s.w.t.

Selain itu, pergaulan yang tidak terbatas yang dipapar dalam novel ini perlu dibuang. Penulis cuba
membenarkan sentuhan bebas jantina yang perlu dibendung dari awal. Oleh itu, penulis perlu membuang
kejadian tersebut

Di samping itu, punca penceraian yang dinyatakan oleh penulis amatlah tidak masuk akal. Punca
penceraian Waheeda dan suaminya ialah disebabkan muka anak mereka tidak seperti mereka. Pembaca
dan golongan sasaran akan berasa penceraian itu ialah sesuatu yang dianggap mudah.

Akhir sekali, penulis terlalu memberi huraian tentang kepentingan rupa yang cantik dan sempurna dan
memandang rupa dengan merendah-rendahkan keyakinan seseorang. Penulis perlu mengubah jalan cerita
kerana tidak sesuai dengan golongan terutama yang selalu memandang rupa sebagai sesuatu yang penting

Cadangan penambahbaikan

Jalan cerita akan lebih menarik jika Waheeda lebih bersukur dengan rupa yang dikurniakannya. Setiap manusia
mumpunyai keistimewaan yang tersendiri. Penulis perlu cuba menerapkan sifat- sifat kesyukuran dalam diri
pembaca.

Selain itu, konflik dalam plot perlu dikurangkan. Oleh itu , Waheeda perlu dikurangkan dengan memasukkan
sikap berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Hal ini supaya tidak berlaku masalah dalam perkahwinan yang
membawa kepada kekecewaan.

Seterusnya, penulis perlu cuba untuk menyatakan bahawa cintanya hanya sia-sia. Cinta Waheeda terhadap
suaminya hingga membawa terhadap masalah mental hanyalah sia-sia. Penulis boleh cuka menukarkankan plot
kepada lebih baik seperti kebangkitan Waheeda selepas diceraikan.

Di samping itu, Waheed tidak perlu mengharapkan orang lain. Penulis cuba untuk meningkatkan semangat ketika
ditimpa masalah. Penulis boleh membangkitkan semangat pembaca supaya lebih berusaha.

Akhir sekali, sikap Waheeda supaya menjaga batas pergaulan dengan jantina lain. Perkara ini boleh
menyebabkan pembaca terikut-ikut dengan sikap yang dinyatakan dalam novel. Oleh itu, penulis boleh cuba untuk
membuang sikap-sikap itu

SILIR
DAKSINA

Novel Silir Daksina bertemakan kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada
penceraian umi dan ayahnya, Abdullah Kayan.

Perceraian tersebut menyebabkan Haikal terpisah jauh dari Ayahnya. Haiqal dipelihara oleh uminya dan ayah
tirinya, Walid. Mereka menetap di Kuala Terengganu. Haikal tidak dapat menemui atau mengenali ayah
kandungnya sehinggalah ayahnya meninggal dunia.

Biografi penulis

Penulis novel Silir Daksina, Nizar Parman, 42, adalah anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan
seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka
Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah. Novel Silir Daksina adalah novel pertama beliau namun
amat bertuah apabila terus menang tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori novel
remaja. Menurut laporan panel hakim HSKU novel ini menepati ciri-ciri yang mewajarkan ia memenangi HSKU
pada tahun 2009. Antaranya novel ini menampilkan watak remaja yang unggul serta mempunyai jati diri yang
tinggi dan berakhlak mulia.
Novel ini juga memberi sedikit sebanyak info mengenai tarian seni zapin yang makin dilupakan kini. Kekuatan
novel ini juga terletak pada integrasi kaum antara masyarakat Melayu dan Cina.

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal
didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan kandungan
nmanuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-
sebab tertentu. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal
tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian,
keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya. Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun
uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal
tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh
penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi
sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit
ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal
mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal
dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberkikan sokongan. Dendam
uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah
disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya membuka
rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad
untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal
memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin
tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya
juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat
akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-
pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah
menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah
dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia
menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan
membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung
Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara
orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman.
Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana
kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim
menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai
Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan
Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang
diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku
sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan anak-
anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan
untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa
alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku
yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling
menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari
nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.

iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam
memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat
penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik
bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim
bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang
sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya
kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.

iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam
kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut
tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang
dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku
kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,

v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di
warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya
seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk
sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita
aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai
oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang
mengelikan hati. Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang
keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping
potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling

vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu.
Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan
sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan
sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB

BAB 4: DESAKAN HATI

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar
buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita
yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu
makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu
Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi
johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya.
Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi
meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

BAB 5: RINDU

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir
sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya
menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal
mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal
mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak
membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun
Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal
itu kepada umi.

BAB 6: SATU KETETAPAN

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya
setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara diam-diam.

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung
tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke
Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

BAB 9: PERTEMUAN

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah
kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

BAB 10: PUSARA

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur ayahnya.
Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11: SUASANA BAHARU

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada
Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan
mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari
mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung
Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu
anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil
mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal
pada malam minggu.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan
terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak
percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik
dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari
zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

BAB 13: SINAR HARAPAN

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar.
Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

BAB 14: MENCARI KESERASIAN

Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

BAB 15: TETAMU ISTIMEWA

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

BAB 16: BERMULALAH EPISOD

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang
selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

Kekuatan

Penulis menyatakan kesanggupan watak utama mencari ayah kandungnya. Hal ini dapat meningkatkan semangat pembaca
yang menghadapi nasib yang sama. Walaupun dia tahu ayahnya telah meninggal, dia tetap berusaha untuk mencari jejak
ayahnya.

Seterusnya, sikap Haiqal yang menghormati ibunya. Haiqal tetap berusaha untuk memujuk ibunya supaya membenarkan dia
untuk pergi ke kampung ayahnya. Perkara ini dapat mengukuhkan semangat pembaca untuk berbuat sesuatu .

Selain itu, penulis menyatakan beberapa penyokong yang menyokong keputusan haiqal untuk pergi ke kampung ayahnya.
Penulis menyakinkan pembaca bahawa setiap perkara kebaikan yang kita lakukan mendapat sokongan daripada orang yang kita
percayai. Pembaca akan berasa yakin dengan perkara yang mereka lakukan.

Di samping itu, ayah tiri Haiqal atau walid yang menyokong Tindakan Haiqal mencuri hati pembaca. Walaupun Haiqal
berkeras untuk mencari ayah kandungnya. Walid tetap menyokong keputusan Haiqal walaupun ibunya tidak bersetuju. Oleh itu,
Haiqal akan berasa lebih bersemangat untuk mencari bapa kandungnya.

Akhir sekali, Haiqal telah menguruskan banyak amanah yang telah diwasiatkan olehnya. Antara wasiat yang ayahnya ialah
seni tarian yang diceritakan secara terperinci oleh penulis. Penulis dapat memberi gambaran kepada pembaca tentang bagaiman
seni tarian zapin dipersembahkan.

Kelemahan

Novel ini mempunyai kelemahan iaitu konflik yang timbul antara Haiqal dengan ibunya . Pembaca merasakn ini tidak sesuai dengan
sikap Haiqal yang sangat menghormati ibunya. Penulis perlu menukar jalan cerita kepada yang lebih baik. Memandangkan sikap Haiqal
ialah seorang yang sagat mengikut cakap dan homat orang tu

Selain itu, ibu Haiqal yang tidak membenarkan Haiqal pergi ke kampung ayah kandungnya. Penulis sepatutnya menerapkan sikap
seorang ibu yang sepatutnya menyokong keputusan anaknya. Jika ibu Haiqal membenarkan dan merelakan Haiqal pergi ke kampung
halaman ayahnya , tentu Haiqal tidak akan bersikap untuk mengabaikan percakapan ibunya.

Di samping itu, kedegilan Haiqal untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya perlu dikirangkan agar pembaca tidak terikut –
ikut dengan sikap Haiqal yang suka membuak keputusan sendiri. Penulis perlu cuba untuk menambah sebab lain yang mengharuskan
Haiql ke kampung tersebut.

Seterusnya,Haiqal yang mempunyai banyak halangan untuk ke kampung halaman arwah ayahnya. Penulis perlu memberi solusi yang
lebih munasabah ketika Haiqal pergi melawat ke kampung halaman arwah ayahnya. Pembaca akan merasakan bahawa Haiqal tidak
mendapat restu dari ibu menyebabkan perjalannya untuk ke kampung itu susah.

Akhir sekali, dilemma yang dirasai Haiqal ketika membaca manuskrip lama ayahnya perlulah dirasai juga oleh pembaca. Manuskrip
lama itu perlu diterjemahkan kepada pembaca supa pembaca lebih memahami perasaan Haiqal. Hal ini supaya pembaca lebih
memahami watak yang dibawa Haiqal.

Cadangan penambahbaikan

Novel ini akan lebih menarik jika jalan cerita dan watak ibunya lebih berfikiran terbuka iaitu membenarkan Haiqal untuk melawat
kampung arwah ayahnya. Plt akan lebih menarik tanpa konflik antara anak dan ibu. Hal ini kerana, hubungan ibu bapa dan anak tidak boleh
berada dalam keadaan konflik dan bermasalah.

Seterusnya , penulis perlu melebihkan sikap menghormati seorang anak terhadap ibunya . Penulis perlu menjadikan watak Haiqal lebih
menghormati ibunya. Pembaca akan merasakan bahawa sikap Haiqal adalah keterlaluan.

Selain itu, Haiqal perlu memikirkan idea yang lebih kreatif untuk memujuk ibunya supaya membenarkan Haiqal pergi ke kampung
arwah ayahnya. Penulis perlu memikirkan cara untuk menjadikan watak Haiqal sebagai seorang yang pandai mengambil hati orang tuanya.

Di samping itu, cadangan saya supaya Haiqal meneruskan legasi ayahnya dalam seni tarian zapin agar sambungan cerita menjadi lebih
menarik . Penulis juga boleh menerangkan maklumat tentang tarian zapin dalam novel untuk menambah ilmu pengetahuan tentang seni
tarian sebagai adat di negara kita yang diagungkan sejak zaman dahulu.

Akhir sekali, perkara seperti ibu haiqal menyokong keputusannya untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya amatlah digalakkan
untuk mengubah jalan cerita menjadi lebih baik. Pembaca akan berasa ibu bapa perlulah menyokong keputusan mereka.

BIMAKSAKTI
MENARI


Click to View FlipBook Version