MPU12022 BAHASA KEBANGSAAAN A
PENULISAN TOPIK 3
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK) HPK3 Menulis pelbagai jenis bentuk penulisan dengan jelas dan berkesan (A2, CLS 3b) Kaedah Penilaian Projek Mini 20% Laporan 25%
Kandungan Kursus Menjelaskan ciri-ciri penulisan Memahami teks kefahaman Membincangkan jenis-jenis teks dalam Bahasa Melayu 3.2.1 Gaya dan Laras Bahasa 3.2.2 Struktur 3.2.3 Bentuk wacana 3.1 3.2 3.3 3.3.1 Teks berformat 3.3.2 Teks tidak berformat 3.1.1 Teks prosa 3.1.2 Teks puisi
3.1 MEMAHAMI TEKS KEFAHAMAN Maksud penulisan Perihal atau kegiatan dan sebagainya seperti menulis (mengarang dll), hasil daripada menulis (mengarang dll). Kamus Dewan Edisi Keempat. Berasal dari perkataan TULIS menjadi kata terbitan PENULISAN. Disampaikan secara bertulis antara penulis dengan pembaca. Merupakan komunikasi satu arah dan secara tidak langsung. Contohcontoh penulisan ialah rencana, akhbar, majalah buku, novel, dan puisi.
JENIS-JENIS PENULISAN NARATIF Penulis menulis suatu peristiwa secara berturutan berdasarkan turutan kejadian samada bersifat fakta atau fiksyen. DESKRIPTIF Penulis menggambarkan sesuatu dengan jelas dan terperinci, menggambarkan perasaan dan ekspresi berdasarkan fakta-fakta yang dapat dilihat. ARGUMENTATIF Mempengaruhi pembaca untuk menerima pendapat/idea yang disampaikan dengan mengemukakan bukti dan fakta sebagai hujah untuk menguatkan penulisan. PERSUASIF Penulisan yang ditulis menggunakan pendekatan emosi dan mampu merangsang emosi pembaca. Kebiasaannya disertai dengan bukti dan fakta untuk mempengaruhi pemikiran pembaca. 01 02 03 04
Objektif penulisan ● Mengenali pelbagai jenis genre teks prosa dan puisi Bahasa Melayu. ● Menambahkan kosa kata Bahasa Melayu dengan menggunakan laras sastera yang indah dan halus seperti kiasan, metafora, simile, personifikasi, hiperbola, pengulangan, perlambangan, peribahasa dan lain-lain. ● Memahami bahasa yang tersurat dan tersirat dalam teks prosa dan puisi. ● Memahami nilai-nilai yang terdapat dalam teks puisi dan prosa. ● Mendapat mengalih bahasa dan merumuskan teks prosa dan puisi dengan menggunakan gaya dan laras bahasa yang sesuai.
3.1.1 teks prosa definisi Karangan yang bertulis dengan bahasa yang biasa (tidak berbentuk sajak dll), lawan puisi, memprosakan menukarkan puisi (sajak dan sebagainya) kepada prosa. Kamus Dewan Edisi Keempat.
JENIS-JENIS prosa CERPEN - Merupakan singkatan kepada cerita pendek. - Selesai dalam sekali baca. - Biasanya antara 1500-3000 patah perkataan (6-10 halaman). - Hanya berisi satu tema dan satu konflik. Bercerita tentang sepenggal peristiwa dalam kehidupan. NOVEL - Merupakan penulisan prosa panjang. - Mengandungi rangkaian cerita kehidupan seseorang watak dengan orang sekeliling. - Menonjolkan setiap watak dengan sikap secara mendalam. - Mengandungi unsur permulaan, konflik dan peleraian dalam sesuatu penulisan. Tebal dan panjang diambil kira bagi membezakannya dengan cerpen. 01 02
JENIS-JENIS prosa DRAMA - Aksi mimetik (peniruan) kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. - Mengandungi prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomim, atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. - Bukan hanya untuk dibaca tetapi untuk dipentaskan, dengan penghayatan berbeza antara pembaca dan pementasan. 03
UNSUR-UNSUR DALAM prosa INTRINSIK - Unsur yang membangunkan sebuah teks dalam prosa dari dalam. EKSTRINSIK - Unsur yang membangunkan teks dari luar. 01 02
Ciri-ciri intrinsik TEMA MESEJ LATAR SUDUT PANDANG
3.1.1 teks pUISI definisi Karangan yang berbentuk sajak (syair, pantun, dll); berpuisi mengarang puisi, menyatakan sesuatu dalam bentuk puisi, mempuisikan, melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dalam bentuk puisi. Kamus Dewan Edisi Keempat.
JENIS-JENIS pUISI PUISI TRADISIONAL - Anonim atau tidak diketahui siapa penulis - Terhad kepada jumlah baris, rima, irama, diksi, intonasi dan sebagainya. - Memiliki gaya bahasa yang statik dan sama. - Merupakan sastera lisan yang diajar dari mulut ke mulut. PUISI MODEN - Nama pengarang dan penulis diketahui. - Tidak terhad terhadap jumlah baris, rima, irama , diksi, intonasi dan sebagainya. - Mempunyai gaya bahasa yang dinamik dan berubah-ubah. - Puisi cenderung bersifat simetri atau memiliki gaya penulisan yang lengkap. - Menggunakan gaya sajak - Biasanya mempunyai empat rangkap. - Terdiri daripada gabungan sintaksis dan gatra. - Pada setiap gatra terdiri daripada empat hingga lima suku kata. -Isi puisi adalah tentang kehidupan. 01 02
jenis -jenis puisi tradisional/lama Pantun Seloka Gurindam Syair
Ciri-ciri puisi Mesej Gaya bahasa Bersifat intuitif Bentuk yang tertentu Tema Nada - melankolik, gembira, romantis Personifikasi Panduan unsur irama, simbol, bunyi dan emosi yang baik Imaginasi Memberi kesan kepada pembacaIsi - pemikiran, idea dan emosi
Contoh pantun
Contoh gurindam Barang siapa semangat belajar, Tentu hidup akan di jalan yang benar. Tuntutlah ilmu sepanjang masa, Meski sampai ke negeri Cina. Jangan malas membaca buku, Karena buku gudangnya ilmu. Belajar adalah wajib hukumnya, Agar jadi manusia yang lebih berguna.
Contoh puisi moden SAJAK KE MAKAM BONDA Kami menyusuri pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan tekapar mati, Hanya papan dimakan bumi. Dalam kenangan kami melihat, Mesra kasih bonda menatap, Sedang lena di dalam rahap, Dua tangan kaku berdakap. Bibir bonda bersih lesu, Pernah dulu mengucupi dahiku, Kini ku rasakan kasihnya lagi, Meski jauh dibatas bumi. Nisan batu kami tegakkan, Tiada lagi lalang memanjang, Ada doa kami pohonkan, Ada mawar kami siramkan. Senyum kemboja menghantar kami, Meninggalkan makam sepi sendiri, Damailah bonda dalam pengabadian, Insan kerdil menghadap tuhan. Begitu bakti kami berikan, Tiada sama bonda lahirkan, Kasih bonda tiada sempadan, Kemuncak murni kemulian insan.
Latihan pengukuhan 1) Pada pandangan anda, apakah tema dan nada sajak ini dan makna eksplisit (tersurat) dan implisit (tersirat) yang hendak disampaikan oleh penyajak kepada pembaca mengikut pemahaman masingmasing? 2) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata ‘’senyum kemboja menghantar kami’’ mengikut penggunaannya dalam sajak tersebut? 3) Apakah pengajaran yang boleh diperoleh melalui sajak Ke Makam Bonda?
3.2 menjelaskan cirI-ciri penulisan GAYA DAN LARAS BAHASA STRUKTUR BENTUK WACANA
3.2.1 gaya dan laras bahasa definisi Gaya bahasa: Cara pemakaian bahasa Laras bahasa: Variasi bahasa berdasarkan penggunaannya (Bahasa klasik, Bahasa Istana, Bahasa Sains, dll). Kamus Dewan Edisi Keempat. Cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Ia juga merupakan susunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifatindividu pengarang, fikiran dan tujuan. Hashim Awang 1987.
gaya dan laras bahasa Aspek ayat dari segi binaan, susunan dan panjang pendek Aspek bunyi seperti nada suara (drama, ucapan dll) Aspek perkataan khusus berkaitan bidang 1 2 3
gaya dan laras bahasa dalam sastera Contoh lambang - Bunga (menggambarkan gadis cantik). Contoh bombastik - Seksa (merayap menembusi urat saraf). Berunsur kreatif atau imaginatif Pemilihan diksi yang tersirat dengan lambang tertentu - unsur bombastik, hiperbola (gambaran berlebihan), ambiguiti (lebih daripada satu makna) 1 2 3
jenis -jenis laras bahasa Laras Umum Laras Kreatif Laras Teknikal Laras Klasik Laras Agama
3.2.2 struktur definisi Cara sesuatu binaan atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa Edisi Ketiga. Kamus Za’ba mentakrifkan kata struktur kepada sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang. Kamus Za’ba, 2001.
Struktur penulisan ● Perkenalkan isu atau persoalan daripada tajuk penulisan. ● Menggunakan gaya yang menarik, bertenaga dan memberangsangkan minat membaca. ● Kandungan mempunyai pertalian erat dengan judul supaya pembaca cekap menangkap isi. ● Panjang pendahuluan haruslah mengikut panjang keseluruhan penulisan tersebut
isi ● Berkembang dan bicara topik yang menjadi fokus penulisan secara terperinci. ● Fakta, pandangan, ulasan, pendapat, contoh, dan hujah. ● Hujah hendaklah mantap, logik dan berkesan.
penutup ● Merumuskan isi yang pernah dipersembahkan. ● Rumusan hendaklah berkait rapat dengan topik penulisan. ● Mempunyai hubungan dengan jenis penulisan.
3.2.3 bentuk wacana definisi Wacana merupakan keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan atau percakapan. Wacana didefinisikan sebagai kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan seperti pidato bahas, forum, syarahan, ceramah, khutbah atau tulisan seperti surat, artikel, cerpen dan novel. Kamus Dewan, 2005. Rujukan kamus dewan edisi keempat
Jenis-jenis wacana Wacana Lisan Wacana Tulisan 01 02
Wacana lisan Contoh - perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah, siaran televisyen dan radio Dihasilkan secara lisan - secara langsung antara penutur dengan pendengar Bersifat spontan, terdapat pengaruh dialek dan pantang larang Ekspresi wajah, nada suara & gerak badan digunakan semasa menyampaikan
Wacana tulisan Contoh - Rencana, akhbar, majalah, buku, novel Dihasilkan secara bertulis oleh seorang penulis 1. Komunikasi satu arah 2. Tidak langsung Jenis-jenis: Deskriptif, Naratif, Argumentatif, Persuasif
Ciri-ciri wacana Mempunyai tujuan Mempunyai unsur susun atur Mengandungi maklumat baharu Hubungan penutur dengan masyarakat Hubungan penutur dengan pendengar 1 2 3 4 5
3.3 MEMBINCANGKAN JENIS-JENIS TEKS DALAM BAHASA MELAYU
Jenis-jenis teks ★ Teks secara amnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. ★ Teks juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa dahulu dan juga masa kini.
Jenis-jenis teks ★ Penulisan teks perlulah ○ kemas, dapat dibaca dan difahami. ○ isi yang cukup, dan tersusun baik. ★ Terdapat dua jenis teks iaitu karangan berformat kusus teks dan karangan yang berformat umum. ★ Teks karangan berformat khusus ialah karangan yang terikat dengan format-format tertentu dari segi penulisan. ★ Teks karangan berformat umum ialah jenis teks karangan yang formatnya lebih sederhana.
Surat Rasmi Laporan Minit Mesyuarat 1 2 3 Jenis-jenis teks format khusus 3.3.1 teks berformat
01 Surat rasmi
● Penggunaan bahasa dalam surat kiriman rasmi mestilah mudah, tepat, padat dan tidak berbungabunga. Biasanya bentuk ayat pasif digunakan untuk menimbulkan suasana formal antara penerima dan pengirim. Surat rasmi ● Surat rasmi bersifat formal dan digunakan untuk tujuan yang penting sahaja seperti urusan pejabat. Contoh-contoh surat kiriman rasmi ialah surat aduan, surat rayuan, surat pesanan barang, surat undangan rasmi, surat permohonan dan surat edaran(pekeliling)
Ciri-ciri umum surat rasmi Alamat Pengirim Garisan panjang melintang Nama dan alamat penerima Tarikh Perkataan menghadapkan surat (sapaan) Kepala surat / Perkara Pendahuluan Isi Penutup Pengakuan tanggungjawab 1 2 3 4 5 6 12 11 9 7 10 8 Tandatangan Nama Pengirim (huruf besar)
02 laporan
LAPORAN Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku. Penulis mestilah benarbenar mengetahui segala butir tentang hal ataupun peristiwa yang hendak dilaporkan Penulisan laporan adalah tentang kegiatan persatuan, lawatan, hari penyampaian hadiah dan sebagainya Butir- butir seperti persoalan tentang apa, siapa, bila, di mana dan mengapa haruslah dapat dimasukkan dan diolah dengan baik dalam laporan.
Jenis-jenis laporan Laporan berkala Laporan yang dibuat secara periodik atau rutin dalam jangka waktu tertentu (laporan harian, mingguan, bulanan, atau tahunan). Laporan berbentuk surat Laporan yang dibuat secara tertulis dalam bentuk surat, isinya antara satu sampai empat halaman Laporan biasa Laporan yang isinya bersifat biasa dan tidak rahsia, sehingga jika laporan terbaca orang lain tidak menimbulkan dampak negatif. Laporan berbentuk Laporan yang ditulis menggunakan memo memo. Umumnya isi laporan pendek. Laporan visual Laporan yang disampaikan melalui penglihatan atau media lainnya seperti presentasi. Laporan penting Laporan yang isinya bersifat penting dan rahsia, sehingga hanya orang tertentu saja yang boleh mengetahuinya. K V S B M P
Ciri-ciri penulisan laporan Rencana tergolong dalam bentuk esei formal Penulisan rencana berbentuk formal Ada digniti (maruah) Penulisan yang logik Aspek penulisan terbatas Tempoh tidak terhad Bersifat ulasan subjektif Penulisan yang menyampaikan maklumat Penulisan yang jelas dan jitu
MINIT MESYUARAT Dicatatkan oleh Setiausaha 03
Format minit mesyuarat Bahagian kepala / tajuk - Bilangan minit mesyuarat Tarikh, Masa dan Tempat Penutup Kehadiran ditulis dalam susunan Agenda Penulisan Turut Hadir Hadir 1 2 3 4 5 Tidak Hadir Kata-kata Aluan Meluluskan minit mesyuarat yang lalu Perkara berbangkit Ganjaran Istimewa
3.3.2 TEKS TIDAK BERFORMAT
rencana