Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal
1
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MERENTAS KURIKULUM PRASEKOLAH
PENGURUSAN SISA PEPEJAL
DAN AMALAN 3R
oleh
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
2017
dengan kerjasama
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Hakcipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh digunakan semula, ataupun dipindahkan ke dalam
bentuk lain, secara elektronik, mekanik, penggambaran, perakaman dan sebagainya
tanpa izin pemegang hakcipta.
ISBN: 978-967-11474-6-7
KANDUNGAN
SEKAPUR SIREH 5
PENGENALAN 6
UNIT 1 : Pengenalan kepada Sisa Pepejal 7 - 14
UNIT 2 : Pengurangan Sisa Pepejal di Rumah 15 - 21
UNIT 3 : Pengurangan Sisa Pepejal di Sekolah 22 - 26
UNIT 4 : Guna Semula Sisa Pepejal di Rumah 27 - 29
UNIT 5 : Guna Semula Sisa Pepejal di Sekolah 30 - 35
UNIT 6 : Kitar Semula Sisa Pepejal 36 - 40
UNIT 7 : Kitar Semula Sisa Pepejal di Rumah 41 - 47
UNIT 8 : Kitar Semula Sisa Pepejal di Sekolah 48 - 53
UNIT 9 : Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam 54 - 60
UNIT 10 : Kitar Semula Kertas 61 - 69
UNIT 11 : Kitar Semula Plastik 70 - 72
UNIT 12 : Kitar Semula Kaca 73 - 78
UNIT 13 : Kitar Semula Tin Aluminium 79 - 86
UNIT 14 : Amalan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar 87 - 90
GLOSARI 91
PENGHARGAAN 93
SEKAPUR
SIREH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Sekalung tahniah diucapkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam (SWCorp) atas usaha menyediakan Modul
Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal Dan Amalan 3R
Merentas Kurikulum Prasekolah. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada
Sektor Prasekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia atas sokongan dan
kepakaran yang telah disumbangkan dalam proses menerbitkan modul ini.
Kerjasama yang telah diberikan ini menunjukkan sokongan penuh kedua-dua
pihak terhadap aspirasi murni kerajaan bagi membentuk minda masyarakat
kelas pertama.
Peribahasa Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya sangat tepat
bagi melaksanakan pendidikan pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R
bermula dari peringkat awal pendidikan kanak-kanak. Sekiranya dari usia
awal mereka telah didedahkan mengenai amalan-amalan yang murni
seperti ini, maka kita dapat menjangkakan generasi masa hadapan memiliki
nilai menjaga kebersihan sebagai amalan dan budaya sehari-harian.
Cabaran masa kini untuk melahirkan masyarakat yang menjaga kebersihan
dan cakna mengenai pengurusan sisa pepejal dengan baik adalah penting
demi menjaga kelestarian alam dan ekosistem mampan. Mudah-mudahan
generasi anak-anak ini akan dapat menikmati alam sekitar yang sihat.
Bagi merealisasikan matlamat penerbitan modul ini, saya ingin menyeru
semua pihak, baik pihak sekolah, guru-guru mahupun ibu bapa agar
bersama-sama memberikan komitmen terhadap pelaksanaan modul ini di
peringkat lapangan terutamanya di peringkat prasekolah dan tadika. Pihak
Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) akan memberi sepenuh kerjasama kepada semua pihak yang terlibat
dalam melaksanakan modul ini.
Selamat maju jaya.
Tan Sri Mohd Noh Bin Hj Omar
Menteri
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
5
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal
PENGENALAN
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal
dan Amalan 3R Merentasi Kurikulum Prasekolah dihasilkan sebagai
panduan bagi membantu guru prasekolah dan tadika untuk
menyampaikan maklumat pengurusan sisa pepejal dan amalan
3R (Reduce, Reuse dan Recycle) secara lebih teratur. Amalan 3R
merupakan suatu amalan pengurusan sisa pepejal yang telah
terbukti berkesan diamalkan sekian lama oleh negara-negara maju
seperti Jerman, United Kingdom dan Jepun bagi mengekalkan
kebersihan dan keindahan persekitaran. Melalui modul ini, kanak-
kanak prasekolah dan tadika akan diberikan pendedahan dan
pengetahuan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R
yang betul melalui aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul
ini.
Modul ini mengandungi 14 unit merangkumi pelbagai aktiviti yang
melibatkan penyampaian informasi melalui illustrasi, permainan,
projek kitar semula, mewarna, dan lagu bagi menerangkan setiap
elemen pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R secara praktikal.
Aktiviti yang dicadangkan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian
berdasarkan lokasi setempat, kemampuan dan kebolehan murid,
kreativiti guru, peruntukan waktu, perbezaan keperluan murid dan
kemudahan alatan aktiviti.
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal dan
Amalan 3R Merentasi Kurikulum Prasekolah ini telah dihasilkan oleh
guru–guru di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional (JPNIN) berteraskan informasi daripada
pakar-pakar pengurusan sisa pepejal daripada Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam
beberapa sesi bengkel yang telah diadakan sepanjang proses
pembinaan modul ini dijalankan. Modul ini diharap dapat memberi
idea kepada guru untuk menghasilkan suasana pendidikan
amalan 3R yang menyeronokkan kepada kanak-kanak prasekolah
dan tadika.
6
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal
UNIT 1: PENGENALAN KEPADA SISA PEPEJAL
1.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Menyatakan maksud sisa pepejal.
ii. Mengenal pasti beberapa jenis sisa pepejal.
iii. Menyatakan kesan pertambahan sisa pepejal.
iv. Menceritakan cara sisa pepejal diuruskan.
1.2 Bahan bantu mengajar
Buah tembikai, pisau, pinggan, kotak minuman, pembalut gula-gula, kertas tisu
yang telah digunakan, carta gambar pengurusan sisa pepejal di rumah dan di
sekolah.
1.3 Aktiviti
Aktiviti 1 : Potong dan Makan
i. Guru memotong buah tembikai di hadapan murid-murid dan
mengasingkan bahagian isi dan kulit. Murid diminta menyatakan bahagian
yang dikehendaki dan bahagian yang tidak dikehendaki.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid:
•A pakah yang boleh dilakukan terhadap bahagian isi?
• Apakah yang boleh dilakukan terhadap bahagian kulit?
• Mengapa?
iii. Murid diminta makan bahagian isi tembikai.
iv. Guru menjelaskan maksud sisa pepejal.
v. Guru menunjukkan sisa pepejal yang lain seperti bekas kotak minuman,
pembalut gula-gula, kertas tisu yang telah digunakan, botol plastik dan roti
berkulat.
vi. Guru bersoal jawab dengan murid tentang sisa pepejal yang boleh dikitar
dan tidak boleh dikitar semula.
vii. Murid diminta menyatakan cara mengitar semula sisa pepejal.
viii. Murid melengkapkan lembaran kerja (Lampiran 1)
7
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal
Aktiviti 2 : Pilih Mana Satu
i. Guru menunjukkan dua gambar (Lampiran 2A dan 2B).
ii. Guru bersoal jawab dengan murid:
• Manakah gambar yang kamu suka?
• Apakah perbezaan antara gambar 1 dan gambar 2?
• Apakah yang akan terjadi sekiranya sisa pepejal tersebut dibiarkan di
kawasan taman permainan?
iii. Guru menunjukkan kad imbasan menguruskan sisa pepejal di rumah
dan di sekolah (Lampiran 3). Murid membuat rumusan langkah-langkah
mengitar semula sisa pepejal.
Aktiviti 3 : Mari Menyanyi
Guru membimbing murid menyanyikan lagu “Mari Kitar Semula” dengan
menggunakan melodi lagu “Bangau Oh Bangau”.
Mari Kitar Semula
Kitar semula, mari kita lakukan
Kitar semula, mari kita amalkan
Plastik, tin, kaca
Mari kita asingkan
Plastik, tin, kaca
Mari kita asingkan
Tidak dilupa kertas yang digunakan
Kutip bersama elakkan pembaziran
Kutip bersama elakkan pembaziran
8
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal
1.4 Nota
i. Sisa pepejal merupakan bahan yang tidak dikehendaki kerana sudah
pecah, lusuh, tercemar atau rosak. Sisa pepejal juga dikenali sebagai
sampah.
ii. Sisa pepejal terhasil daripada rumah, bangunan perniagaan, sekolah,
pasar, pejabat, tempat awam dan sebagainya.
iii. Sisa pepejal dapat dikategorikan seperti berikut:
a. Sisa Pepejal Isi Rumah
Sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah atau mana-mana
premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman termasuklah sisa
taman.
b. Sisa Pepejal Awam
Sisa pepejal yang dihasilkan oleh tempat awam, yang di bawah
penyeliaan atau kawalan mana-mana pihak berkuasa tempatan.
c. Sisa Pepejal Komersil
Sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti komersial.
d. Sisa Pepejal Import
Sisa pepejal yang dihasilkan di negara lain dan diimport ke Malaysia
untuk diproses atau dilupuskan.
e. Sisa Pepejal Pembinaan
Sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti pembinaan atau
perobohan, termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan atau
pengubahan.
f. Sisa Pepejal Keinstitusan
Sisa pepejal yang dihasilkan daripada sekolah, pejabat, klinik, hospital,
perpustakaan dan rumah ibadat.
g. Sisa Pepejal Perindustrian
Sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti perindustrian.
iv. Komposisi sisa pepejal secara umumnya mengandungi sisa makanan, sisa
taman, plastik, kertas, lampin pakai buang, kaca, logam, sisa kebun dan
sisa isi rumah berbahaya.
v. Sisa pepejal seperti plastik, kertas, dan logam merupakan sisa pepejal
untuk dikitar semula kerana permintaan semasa yang tinggi.
9
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal
Lampiran 1
Tandakan ( √ ) dalam kotak bagi menentukan sisa pepejal yang boleh dikitar
semula dan tidak boleh dikitar semula.
Boleh dikitar Tidak boleh
semula dikitar semula
1 Pembalut gula-gula
2 Tisu terpakai
3 Botol plastik
4 Kotak minuman
5 Roti berkulat
10
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal
Lampiran 2A
11
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal
Lampiran 2B
12
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal
Lampiran 3
Langkah 1
Bersihkan barangan kitar semula untuk
menghilangkan kotoran
Langkah 2
Asingkan barangan kitar semula
mengikut jenis
Tin PlBaosttiok l
Kertas
13
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal
Langkah 3
Masukkan barangan kitar
semula ke dalam beg
plastik dan ikat dengan
kemas
Langkah 4
Masukkan ke dalam
tong kitar semula
14
Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah
UNIT 2: PENGURANGAN (REDUCE) SISA PEPEJAL
DI RUMAH
2.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. Menyatakan maksud pengurangan (reduce) sisa pepejal.
ii. Menyebut cara-cara mengurangkan penjanaan sisa pepejal.
iii. Menyatakan kebaikan kesan pengurangan sisa pepejal.
2.2 Bahan Bantu Mengajar
Roti, jem, susu, gambar sisa makanan, gambar-gambar situasi.
2.3 Aktiviti
Aktiviti 1 : Hargai Makanan
i. Guru bersoal jawab dengan murid tentang makanan kegemaran.
ii. Guru menyediakan roti, jem dan susu. Guru meminta murid makan
makanan tersebut.
iii. Guru bersoal jawab tentang perkara yang perlu diberi perhatian ketika
mengambil makanan.
iv. Guru menunjukkan gambar makanan yang tidak habis dimakan di rumah
(Lampiran 1).
v. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut.
Contoh soalan :
• Apakah yang kamu lihat dalam gambar tersebut?
• Kenapakah makanan itu tidak habis dimakan?
• Apakah yang perlu dilakukan terhadap makanan itu?
• Ke manakah makanan itu dibuang?
• Apakah yang harus kamu lakukan supaya makanan tidak dibuang?
vi. Guru merumuskan maksud pengurangan sisa pepejal di rumah kepada
murid.
vii. Murid melakukan aktiviti (Lampiran 2).
15
Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah
Aktiviti 2 : Kebaikan Pengurangan
i. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai situasi-situasi berikut
(Lampiran 3, 4 dan 5).
Contoh soalan :
Situasi 1
• Apakah kebaikan membeli makanan mengikut keperluan?
• Mengapakah kita perlu menabung wang lebihan pembelian
makanan?
Situasi 2
• Apakah keburukan membuang makanan?
Situasi 3
• Apakah kegunaan beg plastik?
• Apakah akibat membuang beg plastik?
2.4 Nota
i. Pengurangan sisa pepejal bermaksud pencegahan/pengurangan
sisa atau pengurangan sumber dalam konteks penggunaan dan
pembuangan barang-barang dikurangkan.
Ini termasuklah :
• Membeli barang yang tahan lama dan tahan lasak.
• Membawa bekas sendiri semasa membeli barang-barang.
• Menghasilkan produk jangka hayat yang panjang atau boleh diguna
pakai semula untuk mengurangkan penggunaan bahan mentah.
ii. Cara pengurangan penghasilan sisa pepejal di rumah
• Beli barang tanpa menggunakan beg plastik.
• Beli barangan dengan menggunakan beg guna semula.
• Beli barangan yang disenaraikan sahaja.
• Mengurangkan pembelian barang yang dibungkus.
• Guna bateri yang boleh dicas semula.
16
Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah
Lampiran 1
Makanan yang tidak habis dimakan di rumah
17
Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah
Lampiran 2
Amalan pengurangan penjanaan sisa pepejal di rumah.
Tandakan (√) bagi amalan yang betul.
Bawa bekas makanan
sendiri untuk membeli
makanan
Gunakan beg guna semula
RM5.00 Beli barang yang
RM28.00 disenaraikan sahaja
Beli tanpa
merancang
18
Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah
Lampiran 3
Situasi 1
Membeli makanan
mengikut keperluan
Kesan
Lebihan wang
saku disimpan
ke dalam
tabung
19
Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah
Lampiran 4
Situasi 2
Kanak-kanak tidak
menghabiskan makanan
yang dibeli
Kesan
Kanak-kanak
membuang
makanan
20
Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah
Lampiran 5
Situasi 3
Kanak-kanak
menyimpan beg plastik
Kesan
Kanak-kanak
menggunakan semula beg
plastik
21
Unit 3: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Sekolah
UNIT 3: PENGURANGAN (REDUCE) SISA PEPEJAL
DI SEKOLAH
3.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. Menyenaraikan sisa pepejal yang boleh dikurangkan di sekolah.
ii. Menyebut langkah-langkah untuk mengurangkan penjanaan sisa pepejal.
iii. Menyatakan kebaikan kesan pengurangan sisa pepejal.
3.2 Bahan Bantu Mengajar
Contoh sisa pepejal, lirik lagu “Tanya Sama Sampah”, kad ucapan,
lembaran kerja.
3.3 Aktiviti
Aktiviti 1 : Sisa Pepejal Oh Sisa Pepejal
i. Murid diberikan senarai semak seperti di Lampiran 1 dan dibawa
melawat di sekitar kawasan sekolah bagi mengenal pasti sisa pepejal yang
boleh dikurangkan. Murid dikehendaki menanda senarai semak
berdasarkan pemerhatian mereka.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.
iii. Murid diminta menunjukkan contoh sisa pepejal yang dijumpai dalam
kawasan sekolah.
iv. Guru membimbing murid untuk mengenal pasti langkah-langkah
mengurangkan sisa pepejal tersebut. Contohnya:
Sisa Pepejal Cara Mengurangkan
Kertas Guna kedua-dua belah muka surat
Pembungkus makanan Bawa bekas makanan sendiri
* Guru boleh mewujudkan keadaan sekiranya tidak terdapat sisa pepejal
di persekitaran sekolah.
22
Unit 3: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Sekolah
Aktiviti 2 : Nyanyian Lagu “Tanya Sama Sampah”
i. Guru membimbing murid menyanyikan lagu “Tanya Sama Sampah” dengan
menggunakan melodi lagu “Tanya Sama Pokok”.
ii. Murid menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan kreatif.
Tanya Sama Sampah
Tanya sama sampah
Kenapa banyak sangat
Nanti jawab sampah
Orang yang buang
Lihat pada sampah
Bau sangat busuk
Alam kan tercemar
Hilanglah indah
Pesan dari guru
Mesti ingat selalu
Kurangkanlah sampah
Dunia kan bersih
Marilah bersama
Jaga kebersihan
FIkirlah dahulu
Sebelum buang
* Guru boleh menggunakan melodi lain yang sesuai dengan latar belakang
murid.
23
Unit 3: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Sekolah
Aktiviti 3 : Kad Ucapan
i. Guru menunjukkan contoh kad ucapan.
ii. Murid diminta menghasilkan kad ucapan bertema alam sekitar.
iii. Murid diminta membentangkan kad ucapan masing-masing.
iv. Murid memberikan kad ucapan yang dihasilkan kepada rakan.
* Guru boleh menggunakan komputer untuk menghasilkan kad ucapan.
Aktiviti 4 : Amalan Baik
i. Guru bersoal jawab dengan murid tentang amalan untuk mengurangkan
sisa pepejal semasa berada di sekolah.
ii. Murid melengkapkan lembaran kerja berdasarkan tajuk perbincangan
(Lampiran 2).
iii. Murid diminta menyatakan kebaikan amalan mengurangkan sisa pepejal.
3.4 Nota
i. Pengurangan sisa pepejal di sekolah bermaksud mengurangkan sisa atau
sumber yang menyebabkan penggunaan dan pembuangan barang-
barang dikurangkan di kawasan sekolah.
Contohnya ialah :
• Membeli barang yang tahan lama dan tahan lasak.
• Membeli barang-barang yang dibungkus dari bahan mesra alam seperti
bekas makanan berasaskan hampas tebu (eco-pack).
• Membawa makanan dan minuman dengan menggunakan bekas
makanan guna semula.
• Menggunakan kedua-dua muka surat kertas untuk melukis dan menulis.
24
Unit 3: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Sekolah
Lampiran 1 Ada Tiada
Sisa pepejal di persekitaran sekolah
Tandakan (√) pada ruangan yang sesuai.
1 Kertas
2 Kotak minuman
3 Tin aluminium
4 Bekas polistrena
5 Plastik pembungkus makanan
KeIrKoApoNk
FISH CRACKERS
25
Unit 3: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Sekolah
Lampiran 2
Amalan mengurangkan sisa pepejal.
Tandakan ( √ ) pada gambar yang menunjukkan amalan yang baik.
Menggunakan bekas polistrena Menghabiskan makanan
Membawa bekal makanan Menggunakan sepenuhnya ruang
muka surat
Membazir ruang Tidak menghabiskan makanan
muka surat
26
Unit 4: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Rumah
UNIT 4: GUNA SEMULA (REUSE) SISA PEPEJAL DI RUMAH
4.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Menyatakan maksud guna semula (reuse).
ii. Mengguna semula sisa pepejal di rumah.
iii. Membincangkan kebaikan mengguna semula sisa pepejal di rumah.
4.2 Bahan Bantu Mengajar
Kotak terpakai, gunting, reben, gam, kertas warna, manik, tali pelbagai
warna, kertas manila.
4.3 Aktiviti
Aktiviti 1 : Boleh Guna Semula? Tidak Boleh Guna Semula?
i. Murid diminta membawa sisa pepejal yang telah digunakan dari rumah.
ii. Murid mengenal pasti sisa pepejal yang boleh dan tidak boleh diguna
semula dengan memasukkan sisa pepejal tersebut ke dalam kotak
yang telah dilabel sebagai “Boleh Guna Semula” dan “Tidak Boleh
Guna Semula”.
iii. Guru bersoal jawab tentang sisa pepejal yang telah dimasukkan ke
dalam kedua-dua kotak tersebut.
iv. Berdasarkan sisa pepejal di dalam kotak “Boleh Guna Semula”,
guru membimbing murid untuk menjawab soalan berikut :
• Nyatakan sisa pepejal yang boleh diguna semula.
• Bagaimanakah sisa pepejal tersebut boleh diguna semula?
v. Guru dan murid merumuskan maksud guna semula.
Aktiviti 2 : Kotak Ajaib
i. Murid menghias kotak kasut yang dibawa untuk dijadikan tempat
simpanan barangan peribadi.
ii. Murid menceritakan keistimewaan kotak yang dihasilkan.
27
Unit 4: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Rumah
Aktiviti 3 : Carta Guna Semula Sisa Pepejal
Murid mengambil gambar sisa pepejal yang boleh diguna semula yang
terdapat di rumah masing-masing. Contohnya botol jem dijadikan bekas
mengisi rempah ratus.
i. Murid bercerita tentang gambar yang dibawa.
ii. Murid menampal gambar yang dibawa untuk menghasilkan carta sisa
pepejal guna semula mengikut kumpulan.
iii. Murid diminta menyatakan cara mengguna semula sisa pepejal
(Lampiran 1)
iv. Murid diminta membincangkan kebaikan guna semula di rumah.
4.4 Nota
i. Guna semula sisa pepejal bermaksud mengguna semula barangan yang
tidak dikehendaki sama ada secara konvensional (mengguna semula
beg plastik yang sama berulang kali) atau secara kreatif (menghias dan
menggunakan kotak kasut sebagai tempat penyimpanan alat tulis).
ii. Sesuatu barangan diguna semula untuk kebersihan alam sekitar,
mengurangkan jumlah sisa pepejal atau sampah yang dilupuskan
di tapak pelupusan, mengelakkan pembaziran sumber, menghasilkan
bahan/ produk lain menggunakan bahan sedia ada.
28
Unit 4: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Rumah
Lampiran 1
Lukiskan gambar objek untuk guna semula sisa pepejal di rumah.
Guna semula
Kaca
Guna semula
Kertas
Guna semula
Plastik & aluminium
Guna semula
Lain-lain
29
Unit 5: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Sekolah
UNIT 5: GUNA SEMULA (REUSE) SISA PEPEJAL DI SEKOLAH
5.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Mengenal pasti sisa pepejal yang boleh diguna semula (reuse) di sekolah.
ii. Mengguna semula sisa pepejal.
iii. Menyatakan kebaikan mengguna semula sisa pepejal.
5.2 Bahan Bantu Mengajar
Bekas makanan; bekas kaca dan plastik, tin minuman, surat khabar, kotak tisu,
kotak kasut, gunting, gam, reben, manik, pembalut gula-gula atau kertas
warna, kertas majalah gambar buah-buahan tempatan.
5.3 Aktiviti
Aktiviti 1 : Ciptaanku
i. Guru menunjukkan sisa pepejal yang boleh diguna semula. Contohnya
kotak kasut, botol plastik, botol kaca, tin aluminium, kertas surat khabar,
buku dan kertas yang telah digunakan.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang sisa pepejal tersebut.
iii. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan berbincang
cara sisa pepejal tersebut boleh diguna semula.
iv. Murid diminta mengambil barangan yang mereka pilih dan menghias
barangan tersebut untuk diguna semula.
v. Murid menceritakan hasil kerja masing-masing.
Aktiviti 2 : Nyanyian lagu “Mari Guna Semula”
i. Guru membimbing murid menyanyikan lagu “Mari Guna Semula” dengan
menggunakan melodi lagu “Goreng Pisang”.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang lirik lagu dan kebaikan guna
semula di sekolah.
3300
Unit 5: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Sekolah
Mari Guna Semula
Mari kita guna semula
Kertas, botol, kain, kaca
Mari kita guna semula
Agar sekolah terjaga
Mari kita guna semula
Warga sekolah sejahtera
Mari kita guna semula
Selamatkan bumi kita
Aktiviti 3 : Alat Muzik
i. Murid diminta membawa botol plastik dan bahan lain seperti pasir,
kekacang, garam, batu kecil dan sebagainya.
ii. Murid mengisi satu bahan ke dalam botol plastik dan menutupnya semula
bagi menghasilkan marakas.
iii. Murid menghias botol masing-masing mengikut kreativiti.
iv. Guru membimbing murid bermain alat muzik yang telah mereka hasilkan
sambil menyanyi lagu “Mari Guna Semula”.
v. Murid diminta menyatakan kebaikan mengguna semula botol plastik.
vi. Murid diminta memberi cadangan cara mengguna semula botol plastik
dan bahan lain.
31
Unit 5: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Sekolah
Aktiviti 4 : Kolaj Buah-buahan Tempatan
i. Murid menghasilkan kolaj buah-buahan dengan menggunakan kertas
warna, majalah atau buku terpakai (Lampiran 1A, 1B dan 1C).
ii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kolaj yang dihasilkan.
5.4 Nota
i. Guna semula sisa pepejal bermaksud mengguna semula barangan yang
tidak dikehendaki sama ada secara konvensional (mengguna semula
beg plastik yang sama berulang kali) atau secara kreatif (menghias dan
menggunakan kotak kasut sebagai tempat penyimpanan alat tulis).
ii. Kepentingan barangan guna semula di sekolah adalah untuk menjaga
kebersihan sekolah, mengurangkan jumlah sisa pepejal atau sampah
dilupuskan di tapak pelupusan, mengelakkan pembaziran sumber,
mendidik warga sekolah supaya mengguna semula bahan terbuang.
iii. Sisa pepejal di sekolah boleh diguna semula dengan cara mengguna
semula sampul surat, kotak sebagai tempat menyimpan alat tulis, kertas
warna sebagai pembalut hadiah dan sebagainya.
32
Unit 5: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Sekolah
Lampiran 1A
33
Unit 5: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Sekolah
Lampiran 1B
34
Unit 5: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Sekolah
Lampiran 1C
35
Unit 6: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal
UNIT 6: KITAR SEMULA (RECYCLE) SISA PEPEJAL
6.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. Mengecam logo tong kitar semula.
ii. Membanding beza warna tong kitar semula dan sisa pepejal.
iii. Mengenal pasti sisa pepejal yang boleh dikitar semula mengikut warna
tong.
6.2 Bahan Bantu Mengajar
Gambar berwarna kawasan dapur rumah yang mengasingkan sisa pepejal
dan mencampurkan sisa pepejal, kotak terpakai, pensel, pensel warna, warna
air, berus, bola, radio, lagu (mengikut pilihan) dan bahan maujud sisa pepejal.
6.3 Aktiviti
Aktiviti 1 : Dare To Drop
i. Guru memperkenalkan logo dan warna tong kitar semula (Lampiran 1).
ii. Murid mengenal pasti logo dan tong kitar semula mengikut warna.
iii. Murid mewarna tong kitar semula mengikut sisa pepejal (Lampiran 2).
iv. Murid melukis sisa pepejal di dalam lakaran tong mengikut warna tong
kitar semula (Lampiran 3).
36
Unit 6: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal
Lampiran 1
Aktiviti 2 : Fun Recycle
i. Murid menyediakan tiga kotak kitar semula (menggunakan kotak terpakai)
dan bahan kitar semula seperti botol plastik, kotak tisu, tin minuman, surat
khabar dan lain-lain.
ii. Murid diminta duduk dalam bulatan. Tiga kotak dan bahan kitar semula
diletakkan di tengah bulatan.
iii. Sebiji bola diberikan kepada murid pertama untuk diberikan kepada murid
seterusnya semasa muzik/lagu diperdengarkan.
iv. Apabila muzik/lagu diberhentikan, murid yang memegang bola diminta
memilih satu bahan kitar semula dan memasukkan ke dalam tong kitar
semula yang betul.
v. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.
6.4 Nota
i. Kitar semula ialah proses memungut dan mengasingkan bahan kitar
semula bagi tujuan menghasilkan produk baharu.
ii. Contoh barangan yang boleh dikitar semula termasuklah bahan yang
diperbuat daripada:
• Kertas : Surat khabar, kotak, majalah, resit, kotak minuman dan kad keras
• Plastik : Beg plastik, botol pencuci, botol minuman, peralatan plastik
• Logam : Tin, aluminium dan besi
• Botol kaca
• Getah : Tayar
iii. Secara umumnya, tong kitar semula yang diletakkan di tempat awam
dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
• Tong berwarna biru - Kertas
• Tong berwarna coklat - Kaca
• Tong berwarna jingga - Tin dan plastik
37
Unit 6: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal
Logo kitar semula
Tong-tong kitar semula
38
Unit 6: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal
Lampiran 2
Warnakan tong kitar semula mengikut bahan sisa pepejal.
39
Unit 6: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal
Lampiran 3
Lukis gambar sisa pepejal mengikut warna tong kitar semula di bawah.
40
Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah
UNIT 7: KITAR SEMULA (RECYCLE) SISA PEPEJAL DI
RUMAH
7.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. Menyatakan maksud kitar semula (recycle).
ii. Menceritakan cara kitar semula di rumah.
7.2 Bahan Bantu Mengajar
Video/ bahan sisa pepejal di rumah, kad gambar tentang langkah-langkah
kitar semula sisa pepejal di rumah.
7.3 Aktiviti
Aktiviti 1 : Asingkan Sisa
i. Guru mempamerkan dua gambar bahagian dapur rumah yang
mengasingkan sisa kitar semula dan sisa baki (Lampiran 1A dan 1B).
Gambar A: Bahagian dapur rumah yang mengasingkan sisa kitar semula
dan sisa baki.
Gambar B: Bahagian dapur rumah yang mencampurkan sisa kitar semula
dan sisa baki.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar tersebut bagi
menjelaskan konsep asas kitar semula.
Contoh Soalan :
• Apakah perbezaan kedua-dua gambar yang ditunjukkan?
• Apakah kesan jika tidak mengamalkan kitar semula?
• Apakah sisa pepejal yang boleh dikitar semula?
iii. Guru dan murid membuat rumusan maksud kitar semula.
41
Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah
Aktiviti 2 : Pengurus Sisa Pepejal yang Hebat
i. Murid menonton tayangan video/ gambar tentang bahan-bahan kitar
semula yang terdapat di dalam rumah.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar tersebut bagi
menjelaskan maksud kitar semula dengan menggunakan bahan sisa
pepejal di rumah.
Contoh Soalan :
• Apakah barang yang ada di rumah yang boleh dikitar semula?
• Apa yang terjadi jika barang-barang ini tidak dikitar semula?
• Bagaimanakah kita melakukan kitar semula di rumah?
iii. Guru menerangkan langkah-langkah melakukan kitar semula di rumah
(Lampiran 2).
7.4 Nota
i. Mengasingkan sisa pepejal di rumah kepada bahan yang boleh dikitar
semula dan bahan yang tidak boleh dikitar semula merupakan asas
kepada aktiviti kitar semula di rumah.
ii. Bahan yang tidak boleh dikitar semula merupakan sisa baki dan akan
dilupuskan di tapak pelupusan. Oleh itu, penting bagi meminimakan jumlah
sisa baki untuk dikutip oleh kontraktor pembersihan bagi menyelamatkan
alam sekitar.
iii. Contoh sisa baki adalah sisa dapur, sisa makanan, sisa kotor dan lampin
pakai buang.
iv. Sisa kitar semula yang perlu diasingkan termasuklah bahan yang diperbuat
daripada kertas (kotak, buku, majalah, kotak minuman, resit, kad keras
dan surat khabar), bahan berasaskan plastik (beg plastik, botol pencuci,
botol minuman, bekas makanan dan polisterin) dan barangan lain yang
boleh dikitar semula (barangan logam, kaca, seramik, fabrik, getah,
barangan berasaskan kulit, sisa elektronik dan elektrik kecil serta sisa isi
rumah berbahaya seperti botol racun serangga).
v. Cara yang betul untuk melakukan kitar semula di rumah adalah:
• Mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis seperti kertas, plastik dan
lain-lain sisa kitar semula.
• Mengumpul dan meletakkan sisa kitar semula di dalam bekas yang
sesuai.
• Menghantar sisa kitar semula ke pusat kitar semula atau pemungut
barangan kitar semula.
42
Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah
Lampiran 1A
Bahagian dapur rumah yang mengasingkan sisa kitar semula dan sisa baki
43
Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah
Lampiran 1B
Bahagian dapur rumah yang mencampurkan sisa kitar semula dan sisa baki
44
Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah
Lampiran 2
Langkah 1
Mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis seperti
tin, kertas, botol plastik dan lain-lain sisa kitar
semula
Tin PlBaosttiok l
Kertas
45
Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah
Langkah 2
Mengumpul dan meletakkan sisa kitar semula
di dalam bekas yang sesuai
46
Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah
Langkah 3
Hantar sisa pepejal ke pusat kitar semula atau
kepada pemungut barang kitar semula
47
Unit 8: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Sekolah
UNIT 8: KITAR SEMULA (RECYCLE) SISA PEPEJAL
DI SEKOLAH
8.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. Menyatakan maksud kitar semula (recycle).
ii. Menghasilkan barangan yang boleh dikitar semula dari sisa pepejal
yang terdapat di sekolah.
iii. Menyatakan kebaikan kitar semula.
8.2 Bahan Bantu Mengajar
Barangan berasaskan plastik, kertas, kaca dan tin yang dikumpulkan dari
aktiviti nature walk, gam, gunting, reben, biji benih, pewarna makanan,
warna air, kotak, tali serap air, tanah.
8.3 Aktiviti
Aktiviti 1 : Nature Walk
i. Guru dan murid mengumpul sisa pepejal yang terdapat di persekitaran
sekolah dalam aktiviti nature walk.
ii. Murid mengasingkan barangan mengikut jenis sisa pepejal.
iii. Murid membersihkan sisa pepejal dan memasukkan ke dalam kotak kitar
semula (kertas, kaca, tin dan plastik).
iv. Sisa pepejal yang tidak boleh dikitar semula dimasukkan ke dalam tong
sampah.
Aktiviti 2 : Bottled Plant
i. Guru bersoal jawab dengan murid tentang bottled plant.
ii. Secara berpasangan murid menghasilkan bottled plant (Lampiran 1).
iii. Murid mempamerkan bottled plant di dalam kelas.
Aktiviti 3 : Bingkai Gambar
i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii. Guru mengedarkan kotak, kertas, gam, gunting, warna air, dan tali.
iii. Guru membimbing murid menghasilkan bingkai gambar (Lampiran 2).
48
Unit 8: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Sekolah
Aktiviti 4 : Alat Perkusi
i. Murid diberi peluang untuk meneroka bunyi yang dihasilkan oleh tin dan
botol bila diketuk, digoncang dan digeser.
ii. Guru mengemukakan soalan :
• Apakah yang kamu dengar? Ceritakan.
• Adakah bunyinya berbeza? Ceritakan.
• Kenapa bunyinya berbeza? Ceritakan.
iii. Guru membimbing murid untuk menghasilkan alat perkusi (Lampiran 3).
iv. Murid menyanyi lagu “Recycle” mengikut melodi lagu “Bangun Pagi”
sambil memainkan alat perkusi yang telah dihasilkan.
v. Murid membuat rumusan dengan menyatakan maksud dan kebaikan
kitar semula.
Recycle
Recycle, recycle
Recycle, everywhere
Bottle, plastic, paper, glasses
Recycle everywhere
8.4 Nota
i. Kitar semula di sekolah boleh dilakukan untuk menjaga kebersihan sekolah.
ii. Sisa pepejal yang mudah dijumpai di sekolah yang boleh dikitar semula
ialah:
• Kertas - kotak, kotak minuman, surat khabar, majalah, buku,
kertas yang telah digunakan kedua belah muka
• Plastik - botol dan beg
• Kaca - botol
• Tin - tin minuman dan bekas makanan
49
Gambar
Unit 8: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Sekolah
Lampiran 1 Bottled
Botol plastik Plant
1
Lubangkan penutup botol
2 3
A Alat
Perkusi• Potong di sini • Pasangkan tali
yang boleh
1/3 ketinggian menyerap air
botol
B
• Pasangkan
penutup botol
• Masukkan tanah dalam bahagian A A
• Isi air dalam bahagian B
• Masukkan bahagian A ke dalam bahagian B Anak Pokok
• Pastikan tali masuk ke dalam air supaya boleh
menyerap air
A
54
Tanah
B
• Pokok bunga Air
untuk hiasan
50