The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP KERJAYA DIGITAL
KERJAYA : JURUTERBANG (PILOT)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHE ASBAH BINTI YAKOB Moe, 2021-11-11 02:42:14

BUKU SKRAP KERJAYA DIGITAL

BUKU SKRAP KERJAYA DIGITAL
KERJAYA : JURUTERBANG (PILOT)

BUKU SKRAP KERJAYA DIGITAL

NAMA PELAJAR: AQILAH MUSFIRAH BINTI
MOHD KHAIRI
KELAS: 3 BUKHARI
PERTANDINGAN: BUKU SKRAP KERJAYA
DIGITAL
TAJUK: JURUTERBANG (PILOT)

JURUTERBANG (PILOT)

• Juruterbang merupakan

seorang yang menerbangkan
sebuah pesawat udara untuk
tujuan keselamatan atau
pekerjaan.

• TUGAS MEREKA ADALAH UNTUK

MEMBAWA PENUMPANG PERGI
DAN PULANG KE DESTINASI
DENGAN SELAMAT

CUBA KITA LIHAT GAMBAR DI ATAS, MESTI ANTARA KITA PERNAH TERDETIK
UNTUK MENJADI SEORANG PILOT. TERBANG DI UDARA, PAKAI PAKAIN YANG
BERUNIFORM SEMASA KERJA, TERBANG KE SANA DAN KE SINI SERTA KITA BOLEH

BEKERJA SAMBIL MENJELAJAH DUNIA.
TAPI……ADAKAH KITA TAHU SYARAT DAN KELAYAKAN UNTUK MENJADI PILOT?

TAHUKAH ANDA HALUAN SELEPAS SPM UNTUK
MENJADI SEORANG JURUTERBANG?

SYARAT-SYARAT UMUM DAN KELAYAKAN

• Berumur 18 hingga 24 tahun.
• Tidak hanya terhad kepada lelaki sahaja.
• Menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu,

Sains, Matematik dan Fizik dengan baik.

• Mempunyai rekod kesihatan yang baik.
• Sekurang-kurangnya 6/60 ketajaman penglihatan tanpa

bantuan optik, dibetulkan 6/6 dan tidak buta warna

• Ketinggian sekurang-kurangnya 160cm.

Terdapat 3 cara bagaimana seseorang itu boleh menjadi
seorang juruterbang iaitu:-

• Menyertai program juruterbang kadet di syarikat penerbangan

(sekiranya tawaran dibuka).

• Membiayai sendiri lesen PPL, CPL atau Frozen ATPL.
• Memohon kemasukan ke program kadet dengan lesen PPL sahaja.

Dengan kata lainnya, kamu haruslah mengikuti latihan penerbangan
mengikut masa yang telah ditentukan, tertakluk kepada jenis lesen
penerbangan yang kamu mahu ambil. Tempat latihan penerbangan yang
diluluskan oleh kerajaan Malaysia:

• Asia Pacific Flight Training
• Malaysia Flying Academy
• HM Aerospace
• Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
• Temuduga bersama Malaysia Airlines atau AirAsia

Apa beza lesen PPL, CPL dan Frozen ATPL?

1. Private Pilot License (PPL)
• Lesen ini membolehkan kamu menerbangkan

semua jenis kapal terbang berkuasa rendah.
Kamu boleh memohon Lesen PPL sekiranya
kamu mahu menjadikan bidang penerbangan
hanya sebagai hobi, mahu membawa pesawat
kecil yang boleh disewa dan tidak boleh
membawa penumpang. Jangkamasa
penerbangan yang harus dibuat untuk lesen ini
ialah 50 jam.

JOM SAMBUNG BACA

• 2) Commercial Pilot License (CPL)
• Lesen ini membolehkan kamu dibayar untuk menerbangkan pesawat komersil. Kamu harus

membuat latihan penerbangan sekurang-kurangnya 200 jam di bawah Approved Flying
Training Organization. Kamu juga harus mengambil tiga kertas peperiksaan yang ditetapkan
oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

• 3) Airline Transport Pilot License (ATPL)
• Untuk memperoleh lesen ATPL ini bakal juruterbang perlu melengkapkan penerbangannya

sebanyak 1500 jam dengan menggunakan lesen CPL serta menduduki enam lagi kertas
peperiksaan. Sekiranya kamu berjaya di peringkat ini, kamu sudah layak menjadi ‘First
Officer’ atau pegawai pertama dalam sesebuah penerbangan.

BERIKUT MERUPAKAN
SYARAT DAN LANGKAH-

LANGKAH UNTUK
MENJADI SEORANG
JURUTERBANG(PILOT)
TIDAK KIRA LELAKI ATAU

PEREMPUAN

SELAMAT
MAJU JAYA


Click to View FlipBook Version