The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KU NURUL FAZIRA KU AZIR, 2023-02-19 11:05:53

Final Report V3

Final Report V3

20 22 LAPORAN TAHUNAN FAKULTI KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI ELEKTRONIK UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS www.fkten.unimap.edu.my


ISI KANDUNGAN Dari Meja Ketua Pengarang 03 04 05 06 07 Seulas Pinang Pengenalan Teras Akademik Kata Aluan Ketua Editor Teras Penyelidikan 08 09 10 Teras Mahasiswa Teras Pengantarabangsaan, Industri & Komuniti Teras Penyerlahan Bakat Teras Penganjuran Webinar 01 02 11 Sidang Redaksi 12 Sidang Editorial


,sejahtera selamat dan السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Syukur alhamdulillah, dengan izinNya Laporan Tahunan 2022 berjaya diterbitkan untuk rujukan semua pihak. Sejak tahun 2020, kita menyaksikan pandemik COVID-19 melanda dunia. Ini tidak menghalang FKTEN (dahulunya dikenali sebagai FTKEN) dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada para pelajar dan semua pemegang taruh. Norma baharu diterapkan sesuai dengan landskap pengajaran dan pembelajaran secara hibrid di UniMAP. Pada September 2022, UniMAP telah melaksanakan penstrukturan baharu. Sebelum ini fakulti ini dikenali sebagai Fakulti Teknologi Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FTKEN), kini ia dikenali dengan nama Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN). Bagi memperkasakan bidang pengajian, Jabatan Komputer dan Jabatan Elektronik telah diwujudkan. Biarpun kita melalui penstrukturan baharu, namun semangat dan budaya kerja cemerlang perlu diteruskan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Jawatankuasa Pengurusan (JKP) FTKEN, terutamanya Prof. Dr. Ts. Dr. Azremi Abdullah Al-Hadi yang telah menggembleng tenaga dan usaha dalam memastikan kecemerlangan fakulti. Besar harapan saya agar barisan JKP terbaru akan dapat meneruskan semua KPI yang telah ditetapkan. Seulas Prof. Madya Ts. Dr. Siti Khadijah Za'aba Dekan Sepanjang tahun 2022 yang amat mencabar, pelbagai pencapaian yang dapat disifatkan sebagai berimpak telah kita capai. Sebanyak tiga persidangan antarabangsa telah dianjurkan dengan jayanya. Insentif yang wajar turut disalurkan kepada para penyelidik melalui pembiayaan yuran persidangan serta yuran penerbitan. Tahun 2022 juga menyaksikan inisiatif baharu untuk kesejahteraan emosi untuk semua staf dan pelajar melalui penubuhan Working Group Raudhah Fakulti. Untuk tahun 2023, saya berharap fakulti ini terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dari segi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, jaringan indutri dan sumbangan kepada masyarakat. Pada masa yang sama, fakulti tidak boleh ketinggalan dan perlu mengatur langkah dalam menyumbang kepada Sustainable Development Goals (SDG). Akhir kata, saya berdoa kesepakatan dan semangat kerjasama dalam FKTEN dapat terus disemat kukuh di sanubari semua staf FKTEN, demi merealisasikan kejayaan dan kelangsungan FKTEN ke puncak kejayaan. Terima kasih. Pinang


PENGENALAN Profil Fakulti Struktur Governan Jawatankuasa Pengurusan Misi dan Visi Fakulti Objektif Fakulti Carta Organisasi Petunjuk Prestasi Utama Fakta & Angka Sekalung Budi Sejuta Penghargaan


Profil Fakulti Pada 2020, penggabungan di antara Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik dan salah satu bahagian dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik telah terbentuk. Penggabungan tersebut telah mewujudkan satu fakulti yang amat kukuh; Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik (FTKEN). FKTEN merupakan fakulti yang berjaya tampil dengan pelbagai pencapaian dan kecemerlangan dengan komposisi staf dan pelajar terbesar di UniMAP. Kejayaan dengan kejayaan telah berjaya meletakkan FTKEN kukuh di industri berteraskan kejuruteraan elektronik. Sekali lagi FTKEN telah melalui proses penjenamaan semula pada September 2022 dengan beberapa perubahan struktur. Kini, FKTEN dikenali sebagai Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN). Dengan struktur baharu, FKTEN menempatkan dua jabatan; Jabatan Komputer dan Jabatan Elektronik yang masing-masing diketuai oleh seorang Ketua Jabatan. PENGENALAN / 6 Fakulti beroperasi di dua lokasi utama iaitu di Kampus Pauh Putra dan Kampus UniCITI. Biarpun lokaliti yang berbeza, namun komitmen dari staf fakulti tidak menghalang untuk program akademik fakulti menjadi yang terbaik. Fakulti menawarkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang mesra pelajar; melalui kaedah konvensional mahupun hibrid. Dengan kekangan pandemik yang melanda, fakulti tidak lokek memperuntukkan wang dalam usaha memberikan kemudahan yang baik untuk mendokong pengajaran dan pembelajaran hibrid. Kini, Dewan Serbaguna, Bilik Seminar, Bilik Tutorial malah Studio Lightboard merupakan hybrid classroom ready!


Struktur Governan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik PENGENALAN / 7


Bermula September 2022, berlaku penstrukturan semula fakulti. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan (JKP) merupakan Dekan Fakulti dan turut dibantu oleh dua orang Timbalan Dekan; Timbalan Dekan (Akademik dan Penyelidikan) dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Dalam memperkasakan tadbir urus akademik, FKTEN dibahagikan kepada dua jabatan iaitu Jabatan Komputer dan Jabatan Elektronik, yang masing-masing diketuai oleh Ketua Jabatan. Selain itu, para pegawai (Pengurusan & Profesional) turut dilantik sebagai Jawatankuasa Pengurusan Akademik. Selain daripada itu, terdapat 11 jawatankuasa dibawahnya yang ditubuhkan dalam membantu tadbir urus fakulti. JKP bertanggungjawab dalam memastikan semua agenda akademik serta KPI yang telah ditetapkan oleh Universiti dapat disalurkan kepada semua staf melalui kaedah yang sewajarnya. JKP fakulti komited dalam memberikan yang terbaik. JKP menjadi platform rasmi yang utama untuk membincangkan serta memperhalusi semua strategi yang perlu digalas oleh semua staf dalam memastikan KPI tercapai. Sepanjang tahun 2022, JKP telah bersidang sebanyak 14 kali, termasuk 2 kali Mesyuarat Khas JKP. Ini jelas membuktikan bahawa akademik dan pengurusannya merupakan agenda utama fakulti. Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik PENGENALAN / 8


Pengerusi Bersama Ts. Dr. Mohd Nazri A Karim Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengurusan Fakulti PENGENALAN / 10 Prof. Madya Ts. Dr. Siti Khadijah Za'aba Ahli Jawatankuasa Setiausaha Pengerusi PM Ts. Dr. Muammar Mohamad Isa Pn. Aiza Jasmi Dr. Azian Azamimi Abdullah PM Ts. Dr. Nik Adilah Hanin Zahri Dr. Ahmad Husni Mohd Shapri PM Dr. Mohamad Halim Abd Wahid PM Ir. Ts. Dr. Junita Mohd Noordin PM Ts. Dr. Amiza Amir Dr. Amir Nazren Abdul Rahim Dr. Noraini Othman Ts. Dr. Iszaidy Ismail PM Dr. Haniza Yazid Puan Wan Azlinawati Wan Ahmad Ts. Nazatul Syima Saad Dr. Chan Tian Seng Dr. Nuraminah Ramli Puan Mauwal Mohamed Encik Huzairie Shaari Puan Siti Salwa Rahim Ts. Dr. Rashidah Che Yob Dr. Nor Hidayah Saad


VISI Fakulti teknikal dalam bidang elektronik yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. MISI Untuk melahirkan individu berkemahiran yang dapat menunjukkan kecemerlangan teknikal dalam menyumbang kepada agenda daya saing UniMAP. Misi & Visi


Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik Objektif 01 02 03 04 05 06 07 Menawar dan memperkasakan program akademik berkualiti selaras dengan Pelan Strategik UniMAP Menyelaras dan memastikan imej dan keterlihatan program akademik dalam kalangan bakal pelajar Memperkukuhkan jalinan kerjasama fakulti dengan industri dan komuniti untuk faedah bersama Menyediakan ekosistem yang kondusif bagi menyokong pembangunan Memperkembangkan dan memperkukuhkan penyelidikan berkualiti tinggi dalam bidang kejuruteraan dan teknologi elektronik Membudayakan FKTEN sebagai fakulti dalam taman yang kondusif dan sejahtera Memperkasakan graduan yang bercirikan holistik agar menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara dalam bidang kejuruteraan dan teknologi elektronik


Alumni Tersohor YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Faizal Jamlos dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang (UMP)


PETUNJUK PRESTASI UTAMA


Bilangan program 13 pengajian prasiswazah Bilangan pelajar pascasiswazah & prasiswazah Bilangan makmal Bilangan staf fakulti 55 266 Bilangan graduan prasiswazah 2022 2888 706 Bilangan graduan pascasiswazah 2022 Bilangan Profesor dalam FKTEN 9 Fakta & Angka 47 37 Bilangan jurutera profesional FKTEN sehingga 2022 206 Bilangan pelajar mendapat PNGA 3.00 keatas


SEJUTA PENGHARGAAN Sekalung Budi


AKADEMIK Enrolmen dan Kemasukan Pelajar Prasiswazah Enrolmen dan Kemasukan Pelajar Pascasiswazah Pengukuhan Kualiti Akademik Lawatan Pakar Luar Akademik Pemerkasaan Akademik Sesi Perkongsian Kepakaran Istiadat Konvokesyen 16 & 17 Biasiswa & Insentif


Terdapat 10 program yang ditawarkan di FKTEN UniMAP. Berikut merupakan taburan jumlah enrolmen dan kemasukan pelajar baru ambilan 2022 bagi semua program di bawah FKTEN. Diploma Enrolmen Diploma Kemasukan 0 25 50 75 100 125 UR4523002 - Komputer UR4523003 - Elektronik Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Ambilan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kemasukan 0 50 100 150 200 UR6523001 -Mikroelektronik UR6523002 - Komputer UR6523004 - Elektronik Bioperubatan UR6523005 - Elektronik Sarjana Muda Kejurteraan Teknologi Enrolmen Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Kemasukan 0 20 40 60 UR6523007 - Sistem Elektronik UR6523008 - Rek. Tel. Komunikasi Elektronik UR6523008 - Rek. Rangkaian Elektronik Sarjana Muda Teknologi Enrolmen Sarjana Muda Teknologi Kemasukan 0 5 10 15 UR6523011 - Automasi Elektronik Industri AKADEMIK / 27 Enrolmen & Kemasukan Pelajar Prasiswazah 2022


AKADEMIK / 28 Enrolmen & Kemasukan Pelajar Pascasiswazah 2022 Mission Strategy Ke 3 masukan P 0 elajar Baharu Pascasiswazah 2022 (Penyelidikan) 22 Pelajar Pascasiswazah (Sarjana) 8 Pelajar Pascasiswazah (Ph.D) 2 Pelaja 7 r Aktif Se 0 cara Penyelidikan sehingga Disember 2022 61 Pelajar Aktif Antarabangsa 144 Pelajar Pascasiswazah (Ph.D) 209 Pelajar Aktif Tempatan 126 Pelajar Pascasiswazah (Sarjana)


AKADEMIK / 29 Pelajar Aktif Pascasiswazah FKTEN Secara Keseluruhan PELAJAR PASCASISWAZAH AKTIF 15 Pelajar Mod Campuran & Kerja Kursus 64Pelajar Aktif Antarabangsa 285 225Pelajar Aktif Tempatan 144 Pelajar Pascasiswazah (Ph.D) 141 Pelajar Pascasiswazah (Sarjana) 144 Pelajar Pascasiswazah (Ph.D) 126 Pelajar Pascasiswazah (Sarjana) 270 Mod Penyelidikan 140 Pelajar Pascasiswazah (Lelaki) 145 Pelajar Pascasiswazah (Perempuan)


AKADEMIK / 30 Kemasukan Pelajar Sarjana dan Ph.D Mengikut Program bagi Tahun 2022 Bil Pelajar Sarjana 0 2 4 6 8 Kejuruteraan Perhubungan Kejuruteraan Komputer Kejuruteraan Bioperubatan Kejuruteraan Elektronik Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan Bil Pelajar Ph.D 0 1 2 3 Kejuruteraan Komputer Kejuruteraan Perhubungan Kejuruteraan Bioperubatan Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan


Alumni Tersohor Dr. Abdulrahman Shuaei Alqudami Pensyarah, University of Queensland (Penerima Biasiswa Australian Government Research Training Program (RTP)


AKADEMIK / 32 Pengukuhan Kualiti Akademik Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Elektronik) dengan Kepujian Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Reka Bentuk Telekomunikasi Elektronik) dengan Kepujian Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Reka Bentuk Rangkaian Elektronik) dengan Kepujian Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri dengan Kepujian Diploma Kejuruteraan Komputer Diploma Kejuruteraan Elektronik Program TVET Berkualiti


Bengkel Kaji Semula Akademik Telah diadakan secara hybrid pada 7 Julai 2022 bertempat di Bilik Seminar FKTEN. Bengkel ini telah dihadiri secara atas talian oleh Pemeriksa luar iaitu Prof Ir Dr Noor Azuan Abu Osman dan juga Panel penasihat industri (IAP) iaitu Ir Shamila Ariaratnam manakala ahli jawatankuasa pengurusan FKTEN, pensyarah program, alumni dan wakil pelajar ytelah hadir secara bersemuka. Bengkel dimulakan dengan sesi pengenalan fakulti oleh Dekan FTKEN iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Azremi bin Abdullah Al Hadi diikuti dengan sesi pembentangan tentang struktur kurikulum program oleh Pengerusi Rancangan, Dr Azian Azamimi binti Abdullah. Selepas sesi pembentangan, sesi perbincangan telah berlangsung dan diakhiri dengan ringkasan mesyuarat yang berakhir pada pukul 4 petang. Program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan dengan Kepujian 7 Julai 2022 Bilik Seminar FKTEN AKADEMIK / 33


Bengkel Kaji Semula Akademik Bengkel semakan kurikulum ini melibatkan semua pemegang taruh (stakeholders) iaitu panel pemeriksa luar (external examiners) iaitu Prof. Ir. Eur. Ing. Ts. Dr. Vinesh Thiruchelvam dari Asia Pasific University, panel penasihat industri (industry advisory panel) iaitu Encik Kamarul Zaman Bin Abdul Rashid dari Intel Corporation (Programmable Solution Group), Jawatankuasa Pengurusan Fakulti, pensyarah, pelajar, alumni dan ibu bapa pelajar. Penglibatan panel pemeriksa luar dan panel penasihat industri dalam semakan kurikulum ini adalah sebagai Langkah CQI (continuous quality improvement) iaitu penambahbaikan dan pemantauan kualiti berterusan bagi program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer. Di samping itu juga, semua pemegang taruh berpeluang untuk berbincang dan memberi pandangan berkaitan dengan aspek keperluan akademik bagi memantapkan lagi kurikulum yang sedia ada. Bengkel yang berlangsung selama 1 hari ini dimulakan dengan sesi pengenalan fakulti oleh Dekan FTKEN iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Azremi bin Abdullah Al Hadi, diikuti dengan sesi pembentangan tentang struktur kurikulum program oleh Pengerusi Rancangan, Dr Nik Adilah Hanin Zahri. Seterusnya, sesi perbincangan telah berlangsung dan pelbagai maklum balas telah diterima daripada semua pemegang taruh. Bengkel ini diakhiri dengan ringkasan mesyuarat yang berakhir pada pukul 4 petang. Program Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer dengan Kepujian 19 Julai 2022 Dalam Talian AKADEMIK / 34


Lawatan Akreditasi oleh Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) Lawatan akreditasi bagi tiga program iaitu: Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Elektronik) Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik) Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Rekabentuk Rangkaian Elektronik). Sesi lawatan selama dua hari ini telah dilaksanakan di kampus UniCITI Alam, Sg. Chuchuh Padang Besar. Turut hadir bagi sesi lawatan tersebut ialah Pemeriksa Luar dan Panel Penasihat Industri (IAP). Lawatan Akreditasi Program oleh ETAC 29 Jun 2022 Kampus UniCITI AKADEMIK / 35


Lawatan Pakar Luar Program Satu lawatan pemeriksa luar bagi Program Kejuruteraan Komputer Dengan Kepujian (UR6523002) telah diadakan secara bersemuka pada 12 Disember 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FTKEN. Sesi lawatan ini melibatkan Panel Pemeriksa Luar Prof. Ir. Eur. Ing. Ts. Dr. Vinesh Thiruchelvam dari Asia Pasific University, ahli jawatankuasa pengurusan FKTEN termasuk Dekan PM Dr Siti Khadijah Za'aba, Ketua Jabatan Komputer Prof. Madya Ir. Dr. Junita Mohd Nordin, Pengerusi Rancangan Prof. Madya Dr. Nik Adilah Hanin Zahri, Penyelaras Jaringan Industri dan Pengurusan Kualiti, Dr Nuraminah Ramli dan juga pensyarah program seramai 10 orang. Lawatan ini adalah merupakan salah satu langkah untuk memantau perlaksanaan Outcome-based Education (OBE) dan peningkatan kualiti program bagi tujuan CQI (continual quality improvement) atau penambahbaikan kualiti berterusan bagi program Kejuruteraan Komputer. AKADEMIK / 36


Lawatan Pakar Luar Program Lawatan Panel Penasihat Industri bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan Dengan Kepujian (UR6523004) telah diadakan secara bersemuka pada 21 Disember 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FKTEN. Bengkel ini telah dihadiri oleh Panel penasihat industri (IAP) iaitu Ir Shamila Ariaratnam. Lawatan IAP dimulakan dengan sesi pengenalan fakulti oleh Dekan FTKEN diikuti dengan sesi pembentangan tentang program oleh Pengerusi Rancangan. Selepas sesi pembentangan, sesi perbincangan telah berlangsung dan diakhiri dengan ringkasan mesyuarat yang berakhir pada pukul 1 petang. Sesi petang pula diadakan di DK8 iaitu Ceramah industri bersama pelajar “Introduction to MS2058:2018 (Second Revision) Code of Practice for Good Engineering Maintenance Management of Active Medical Devices” dari jam 2-3:30 petang. Selepas ceramah industri, Panel IAP dibawa lawatan ke makmalmakmal bioperubatan dan lawatan berakhir pada pukul 5 petang. AKADEMIK / 37


Lawatan Pakar Luar Program Lawatan Pemeriksa Luar bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan Dengan Kepujian (UR6523004) telah diadakan secara bersemuka pada 28 Disember 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FKTEN. Lawatan ini telah dihadiri oleh Panel Pemeriksa Luar (EE) iaitu Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman yang juga merupakan Naib Canselor UNITEN. Turut hadir bersama-sama bagi menghadiri sesi perbincangan ialah ahli jawatankuasa pengurusan FKTEN termasuk Dekan, Ketua Jabatan Elektronik PM Dr Halim, Pengerusi Rancangan dan juga pensyarah program seramai 15 orang. AKADEMIK / 38


Prof. Madya Ts. Dr. Saifullizam Bin Puteh yang dilantik sebagai Pemeriksa Luar Program telah hadir pada satu siri lawatan yang telah dianjurkan pada 2- sehingga 21 April 2022. Lawatan oleh Pemeriksa Luar Program Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri (RY87/UR6523011) yang telah dijalankan di sekitar kampus UniCITI. Hadir bersama bagi sesi lawatan tersebut ialah Dekan, Timbalan Dekan (Akademik) serta Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Tidak ketinggalan juga, para staf akademik dan pelajar turut menyertai sesi temubual yang dijalankan. Lawatan Pakar Luar Program AKADEMIK / 39


Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN) telah menerima lawatan dari Prof. Ir. Ts. Dr. Abdul Manaf Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku Pemeriksa Luar bagi program Kejuruteraan Mikroelektronik. Lawatan selama 2 hari iaitu pada 12 & 13 Disember 2022 yang lalu adalah selari dengan keperluan akreditasi Engineering Accreditation Council (EAC). Selain melihat dan memberi maklumbalas terhadap perlaksanaan dan kualiti kurikulum sedia ada, lawatan ini juga penting sebagai aktiviti penambahbaikan kualiti berterusan. Lawatan Pakar Luar Program AKADEMIK / 40


NAMA PROGRAM TARIKH TEMPAT Program Development of PCB Layout 23/01/2022 – 24/01/2022 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Perbincangan antara Pihak Keysight Technologies (M) Bersama Dekan FTKEN serta staf program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Reka Bentuk Telekomunikasi Elektronik). 17/01/2022 Kampus UniCITI Alam Padang Besar. Integrated Design Project (IDP) Day 2022 Biomedical Electronic Engineering Programme 27/1/2022 Fakulti Kejuruteraan Teknologi Elektronik, Pauh Putra Taklimat dan latihan “Risk Based Medical Equipment Management’ FASILITATOR : CWorks Technologies Sdn. Bhd. 22/6/2022 – 23/6/2022 Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, FTKEN. Tips on Resume Writing and How to Success in Interview Panels : Mohamad Abd Hamid, HR Manager Rashid Hamid, Talent Acquisition 6/7/2022 Fakulti Kejuruteraan Teknologi Elektronik, Pauh Putra AKADEMIK / 42 Pemerkasaan Akademik


NAMA PROGRAM TARIKH TEMPAT Training Session on AI Application in Autonomous Fasilitator : WOWSYSTEM LTD. KOREA 24/6/2022 Dewan Serbaguna FTKEN,UniMAP INTEL LECTURE SERIES 1 Penceramah: Mr. Ng Chin Chuan (INTEL) 7/11/2022 Google Meet AKADEMIK / 43 Pemerkasaan Akademik


AKADEMIK / 44 Pemerkasaan Akademik


Alumni Tersohor Khairul Mustaqim Ridwan Wong CEO & Co-Founder Kinikio Dialysis Technologies Sdn Bhd


Sesi Perkongsian Kepakaran University of Cyberjaya (UoC) ke FTKEN. Seramai 6 orang delegasi daripada University of Cyberjaya (UoC) yang diketuai oleh Prof. Dr. Nasaruddin Bin Abdul Aziz, dekan The Faculty of Allied Health Sciences dan juga diiringi oleh Dr. Nor Kamalia Binti Zahari, Ketua Program Biomedical Engineering Technology telah membuat kunjungan ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik, Universiti Malaysia Perlis sebagai persediaan akreditasi. FTKEN telah berbesar hati menerima lawatan ini. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang FTKEN UniMAP menerima lawatan rasmi daripada pihak Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang yang diketuai oleh Tn. Hj. Johari Bin Osman@man, Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang pada 29hb Mac 2022 yang lalu. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengambil inisiatif menjalin kerjasama bersama antara Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM} Ledang dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP} untuk menyediakan laluan artikulasi bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan KKTM Ledang untuk menyambung pelajaran ke Peringkat ljazah Sarjana (Kepujian) Elektronik Bioperubatan TAKLIMAT & LATIHAN Taklimat dan latihan “Risk Based Medical Equipment Management’ daripada CWorks Technologies Sdn Bhd kepada pelajar-pelajar program Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, FTKEN. Seramai 40 orang pelajar dan juga 6 orang pensyarah telah mengikuti 2 hari kursus yang telah diberikan oleh CWorks Technologies Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Encik Rani Achmed, Chief Operating Officer. Terima kasih CWorks Technologies Sdn Bhd kerana telah memberikan latihan kepada pelajar-pelajar UniMAP sebagai persediaan untuk menjalani latihan industri dan juga persediaan untuk bekerja di sektor industri bioperubatan. Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik telah berbesar hati menerima lawatan ini. Semoga jalinan ini terus dapat dikembangkan demi kebaikan kedua-dua pihak. SESI PERKONGSIAN KEPAKARAN Lawatan industri daripada Maha Mangala Natural Product Sdn. Bhd. ke FTKEN. Syarikat ini telah menandatangani MOU dengan UniMAP selama 5 tahun. Seramai 6 orang delegasi daripada Maha Mangala Natural Product Sdn. Bhd. (MM) yang diketuai oleh Miss Mabel Ung, Director of MM dan juga diiringi oleh Mr. David See and Mdm. Ka Mooi telah membuat kunjungan ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik, Universiti Malaysia Perlis untuk tujuan perbincangan penyelidikan dalam Bidang Biobahan. FTKEN telah berbesar hati menerima lawatan ini. Aktiviti diteruskan dengan lawatan ke makmal-makmal FTKEN, dan lawatan ke INSAT. Seterusnya perbincangan penyelidikan diketuai oleh Dr Lim Chee Chin dan Dr. Cheng Ee Meng. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada MM. LAWATAN PENANDA ARAS LAWATAN PENANDA ARAS AKADEMIK / 46


Sesi Perkongsian Kepakaran Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Pada 8 Sept 2022, 9.00 pagi, seramai 29 pelajar dan 8 org pensyarah dari Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS),Perak hadir untuk sesi lawatan ke makmal clean room, makmal failure analisis dan Ic design fkten unimap dan PIC dari FKTEN Ts. Nazatul Syima ( penanda aras) dan Ts Wan Azlinawati bersama Ts. Rosyidi (lawatan makmal) . Sesi penanda aras di mulai dengan taklimat ringkas berkaitan FKTEN oleh PM Mohammad Halim (wakil dekan). Pn. Azhani ( Ketua Program) bersama 5 org pensyarah PSAS terlibat dlm penanda aras untuk kursus Digital System 1 dan Programmable Logic Controller (PLC) di bawah program Diploma kejuruteran FKTEN untuk melihat silibus ,modul makmal dan perjalanan kursus tersebut di FKTEN.Sesi perbincangan ini juga melibatkan ketua kursus untuk dari FKTEN En. Mohammad Nazri, Pn.Siti Noor Diana dan En Hafiz. Sesi lawatan dan penanda aras selesai pada jam 1ptg. Wakil delegasi dari PSAS amat berpuas hati dan objektif lawatan dan penanda aras telah tercapai dgn baik. Lawatan penanda aras daripada KV Seberang Perai, ke FTKE dan FTKEN telah dilaksanakan pada hari Rabu (6/07/2022). Lawatan delegasi daripada KV Seberang Perai diketuai oleh Pn. Siti Khalijah Binti Sabu (Ketua Jaminan Kualiti) bersama 18 orang pensyarah dan 32 orang pelajar. Manakala staf FTKEN, terdiri daripada 9 orang staf daripada Program Teknologi Automasi Elektronik Industri dan PR Diploma Kejuruteraan Elektronik telah hadir. LAWATAN PENANDA ARAS Universiti Malaysia Pahang (UMP) Lawatan penadaarasan daripada FTKEE, UMP ke FTKE dan FTKEN pada hari Jumaat (24/6/2022). Perbincangan di bahagikan mengikut Program. Di FTKEN, perbincangan dilaksanakan bagi Program Teknologi Automasi Elektronik Industri. Staf daripada Program Teknologi Automasi Elektronik Industri (UMP) seramai 4 orang dan staf Program Teknologi Automasi Elektronik Industri (UniMAP) seramai 6 orang telah hadir. SESI PERKONGSIAN KEPAKARAN Lawatan daripada KV Sungai Petani 1 ke FKTEN telah dilaksanakan pada hari Isnin (05/12/2022) yang diketuai oleh Pn Rusliza binti Ramli bersama 9 orang pensyarah dan 29 orang pelajar. Manakala staf FKTEN, terdiri daripada staf daripada Program Teknologi Automasi Elektronik Industri dan penolong jurutera. Di antara aktiviti yang telah dilaksanakan: 1. Sesi Pembentangan kurikulum KV sungai Petani 1 2. Sesi Pembentangan kurikulum Program Teknologi Automasi Elektronik Industri. 3. Promosi Program Teknologi Automasi Elektronik Industri. 4. Lawatan oleh Pensyarah KV dan pelajar ke Perpustakan Pauh Putra dan makmalmakmal FKTEN di UniCITI Kampus Alam UniMAP,Padang Besar. LAWATAN PENANDA ARAS LAWATAN PENANDA ARAS AKADEMIK / 47


Komputer : 83 384 114 Elektronik : 57 Mikroelektronik : 61 Sistem Elektronik : 30 Komputer : 73 E. Bioperubatan : 82 Elektronik : 64 Perhubungan : 43 Fotonik : 12 Rangkaian : 49 Komputer Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik : 24 Rekabentuk Rangkaian Elektronik : 31 Elektronik Bersepadu : 29 Komputer : 138 411 106 Elektronik : 51 Mikroelektronik : 72 Sistem Elektronik : 47 Komputer : 128 E. Bioperubatan : 106 Elektronik : 92 Perhubungan : 5 Fotonik : 1 Rangkaian : 7 Komputer Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik : 29 Rekabentuk Rangkaian Elektronik : 26 Elektronik Bersepadu : 4 Diploma Sarjana Muda Kejuruteraan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Bilangan Graduan Pelajar FKTEN Istiadat Konvokesyen 16 140 Bilangan Graduan Pelajar FKTEN Istiadat Konvokesyen 17 Diploma Sarjana Muda Kejuruteraan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan 189


Wong E-Hong Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Komputer) CGPA : 3.95 Norhidayah binti Mohd Rozi Rachel Ooi Qian Yi Lim Jia Chyin Anugerah Pelajar Istiadat Konvokesyen Kali ke 16 Prasiswazah ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA ANUGERAH EMAS CANSELOR ANUGERAH EMAS CANSELOR ANUGERAH EMAS NAIB CANSELOR (Pelajar Diploma) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mikroelektronik Dengan Kepujian CGPA : 3.87 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian CGPA : 3.92 Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Komputer) CGPA : 3.88 2 Penerima Hadiah Pelajaran 2 Penerima Hadiah Inovasi (Diploma) 10 Penerima Hadiah Inovasi (Sarjana Muda) 12 Penerima Hadiah Kecemerlangan Akademik (Diploma) 56 Penerima Hadiah Kecemerlangan Akademik (Sarjana Muda)


Lee Jessie Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer Dengan Kepujian CGPA : 3.92 Tan Yong Wey Sak Yee Liang Anugerah Pelajar Istiadat Konvokesyen Kali ke 17 Prasiswazah ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA ANUGERAH PELAJARAN ANUGERAH PELAJARAN IjIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mikroelektronik Dengan Kepujian. CGPA : 3.85 Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Komputer) CGPA : 3.93 7 Penerima Hadiah Inovasi (Diploma) 10 Penerima Hadiah Kecemerlangan Akademik (Diploma) 50 Penerima Hadiah Kecemerlangan Akademik (Sarjana Muda)


Anugerah Pelajar Istiadat Konvokesyen Kali ke 16 & 17 Pascasiswazah 34 Pelajar Pascasiswazah Graduate on Time (GoT) Pelajar Graduan Ph.D Konvokesyen ke 16 Pelajar Graduan Ph.D Konvokesyen ke 17 Pelajar Graduan Sarjana Konvokesyen ke 16 Pelajar Graduan Sarjana Konvokesyen ke 17 9 29 24 34


Bilangan pelajar 0 10 20 30 Babaker Trading & Contracting Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Lembaga Zakat Selangor Penang Future Foundation Scholarship Dermasiswa TVET B40 Yayasan Sime Darby Yayasan Tenaga Nasional AKADEMIK / 54 Biasiswa & Insentif Pada tahun 2022, pelbagai jenis pinjaman dan tajaan telah diperolehi oleh pelajar prasiswazah FKTEN. Selain daripada tabung PTPTN (305 orang) terdapat dua lagi tabung pinjaman yang diperolehi oleh pelajar iaitu Yayasan Selangor dan Yayasan Kelantan Darul Naim, masing-masing dengan seorang dan tiga orang pelajar. Tajaan ini termasuklah Dermasiswa TVET B40 yang menyediakan bantuan kewangan kepada golongan B40 yang melanjutkan pengajian di FKTEN. Jumlah keseluruhan pelajar yang menerima manfaat pinjaman tajaan ini adalah seramai 363 orang. SUMBER : PUSAT PEMBANGUNAN DAN PERKHIDMATAN PELAJAR


Bilangan pelajar 0 5 10 15 20 25 Wang Panjar Runcit MAIPs Tabung Sumbangan Zakat MAIPs Kali 1/2/3/4 Tabung Sumbangan Zakat Kali 1 & 2 Tabung Amanah Khas Kali 1, 3 & 4 Bantuan Covid-19 Bantuan Banjir 2022 Khairat Kematian Tabung Amanah Khas Kali 1/2022 - RM 300 Tabung Amanah Khas Kali 3&4/2022 - RM 300 Tabung Sumbangan Zakat Kali 1/2022 - RM 500 Tabung Sumbangan Zakat Kali 2/2022 - RM 300 Tabung Sumbangan Zakat MAIPs Kali 1/2022 - RM 500 Tabung Sumbangan Zakat MAIPs Kali 2/2022 - RM 500 Tabung Sumbangan Zakat MAIPs Kali 3&4/2022 - RM 500 Wang Panjar Runcit MAIPs (Bantuan Kecemasan Sara Diri) - RM 100 ke RM 200. Bantuan Banjir 2022 - RM 500 Bantuan Covid-19 - RM 500 Khairat Kematian - RM 500 Prihatin dengan kesempitan yang dihadapi oleh pelajar, UniMAP melalui Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar telah menyediakan bantuan bagi meringankan beban kewangan kepada pelajar FKTEN. Pemberian bantuan ini adalah secara “one-off” kepada pelajar yang membuat permohonan. Di antaranya adalah : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Selain itu, UniMAP juga menyalurkan bantuan kepada pelajar yang ditimpa musibah. Antara sumbangan yang dihulurkan adalah: Jumlah sumbangan yang disalurkan kepada Pelajar prasiswazah adalah sebanyak RM 38,800 yang berjaya dimanfaatkan kepada 88 orang pelajar FKTEN. AKADEMIK / 55 Biasiswa & Insentif SUMBER : PUSAT PEMBANGUNAN DAN PERKHIDMATAN PELAJAR


PENYELIDIKAN Impak Penerbitan Perolehan Dana / Geran Data Pameran Paten dan Hak Cipta Aktiviti Penyelidikan


Click to View FlipBook Version